Peranan Pengetua Dalam Pengurusan Sekolah

8
Peranan Pengetua Dalam Pengurusan Sekolah Oleh : Mohd Yazid Yusoff Yayasan Islam Kelantan. Peranan Pengetua Teori Kepemimpinan Sifat Kepengetuaan Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kit membina bangsa kita. Dengan yang demikian tidak hairanlah kalau isu pendidikan tetap dibincang oleh masyarakat, walau apa pun bentuk dan taraf seseuatu masyarkat itu. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Kalau sistem dan carta organisasi sahaja yang berkesan t pengurusannya lembab, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah endidikan Negara hanya tinggal teru pejabat atau di bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-mata. demikian untuk men"ahirkan wawasan pendidikan negara, perlulah segenap pihak yang memikul tugas dan tanggungjawab menerima tugas dengan penuh amanah dan ikhlas. #erutama sekali sebagai seorang guru besar atau pengetua yang bertanggung jawab secara langsung di sekolahnya. $ari ini ramai juga orang memperkatakan tentang kewibawaan guru besar atau pengetua %kedua-dua dirujuk sebagai pengetua& di sekolah. 'acam-macam pendapat dan pandangan yang diberikan oleh mereka. Seolah-olah pengetua sahaja yang memainkan peranan tanpa dikaitkan dengan persekitaran dan sosio-budaya masyarakatsetempat. (alaupun banyak elemen yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan seeorang pelajar, tetapi kalau masing-masing mengetahui dan menginsafi tetang tugas dan tanggungjawabnya, kita yakin, Falsafah endidikan Negara akan terlaksana dan k akan dapat menuju ke satu era kecemerlangan ilmu dan pembangunan negara akan berlaku secara seimbang di antara, emosi, jasmani, rohani dan intelek. )ntuk itu, di sini kita cuba bincangkan tugas dan tanggungjawab seorang pengetua dalam mencapai tugas dan matlamat itu. Peranan Pengetua engetua adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah. Dia adalah seorang pentadbir, pengurus dan yang lebih besar di situ adalah seorang pemimpin. Dalam konteks ini, k tigatugasitu saya menggunakan istilah pemimpin atau kepemimpinan sahajakeranaaspek pentadbiran dan pengurusan adalah berkait langsung dengan kepempimpinan. Ketiga-tiga konsep it kita perlu memahami dan menghayati dengan jelas. Sebagai seorang pentadbir, yang melibatkan dir dalam pentadbiran pendidikan. maka ia perlu kepada proses kerjasama di antara dua orang atau le yang berasaskan kepada rasional yang tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan sebelumnya seperti mana yang telah dijelaskan oleh S*!ND+N % / &. 'anakala S0)K)1 % //&

description

peranan

Transcript of Peranan Pengetua Dalam Pengurusan Sekolah

Peranan Pengetua Dalam Pengurusan SekolahOleh : Mohd Yazid YusoffYayasan Islam Kelantan.Peranan PengetuaTeori KepemimpinanSifat Kepengetuaan

Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Dengan yang demikian tidak hairanlah kalau isu pendidikan tetap dibincang oleh masyarakat, walau apa pun bentuk dan taraf seseuatu masyarkat itu. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Kalau sistem dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya lembab, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Negara hanya tinggal terukir di pejabat atau di bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-mata. Oleh yang demikian untuk menzahirkan wawasan pendidikan negara, perlulah segenap pihak yang memikul tugas dan tanggungjawab menerima tugas dengan penuh amanah dan ikhlas. Terutama sekali sebagai seorang guru besar atau pengetua yang bertanggung jawab secara langsung di sekolahnya.Hari ini ramai juga orang memperkatakan tentang kewibawaan guru besar atau pengetua (kedua-dua dirujuk sebagai pengetua) di sekolah. Macam-macam pendapat dan pandangan yang diberikan oleh mereka. Seolah-olah pengetua sahaja yang memainkan peranan tanpa dikaitkan dengan persekitaran dan sosio-budaya masyarakat setempat. Walaupun banyak elemen yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan seeorang pelajar, tetapi kalau masing-masing mengetahui dan menginsafi tetang tugas dan tanggungjawabnya, kita yakin, Falsafah Pendidikan Negara akan terlaksana dan kita akan dapat menuju ke satu era kecemerlangan ilmu dan pembangunan negara akan berlaku secara seimbang di antara, emosi, jasmani, rohani dan intelek. Untuk itu, di sini kita cuba bincangkan tentang tugas dan tanggungjawab seorang pengetua dalam mencapai tugas dan matlamat itu.Peranan PengetuaPengetua adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah. Dia adalah seorang pentadbir, pengurus dan yang lebih besar di situ adalah seorang pemimpin. Dalam konteks ini, ketiga-tiga tugas itu saya menggunakan istilah pemimpin atau kepemimpinan sahaja kerana aspek pentadbiran dan pengurusan adalah berkait langsung dengan kepempimpinan. Ketiga-tiga konsep itu, kita perlu memahami dan menghayati dengan jelas. Sebagai seorang pentadbir, yang melibatkan diri dalam pentadbiran pendidikan. maka ia perlu kepada proses kerjasama di antara dua orang atau lebih yang berasaskan kepada rasional yang tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan sebelumnya seperti mana yang telah dijelaskan oleh SIONDANG(1981). Manakala SYUKUR (1988) menjelaskan pentadbiran secara amnya tertumpu kepada hal-hal yang sebahagian besar berhubung dengan pembahagian kerja dan penyelarasan perhubungan untuk melahirkan kecekapan dalam organisasi.Kedua-dua konsep pentadbiran yang dikemukan oleh kedua-dua orang tadi adalah tidak lari dengan persepakatan. Tanpa melibatkan proses kerjasama maka pentadbiran dalam erti kata sebenarnya tidak berlaku di sekolah. Oleh itu, seorang pengetua yang berkesan hendaklah melaksana pentadbiran dengan melibatkan sekumpulan pekerja di bawahnya dengan cara yang disenangi . Mudah digauli dan menghargai pendapat dan pengalaman orang lain. Konsep "The boss is the boss" dalam zaman sekarang ini perlu dibuang terus dalam pemikiran pengetua. Zaman bercorak pentadbiran kolonial British telah berakhir. Hari ini bukan lagi zaman untuk menentukan tugas-tugas terlaksana tetapi zaman orang bercakap, berbincang dan mengkaji tentang kualiti, keberkesanan dan kecemerlangan.Sebagai seorang pemimpin sekolah, seharusnya mempunyai semangat dan kesedaran yang tinggi tentang wawasan 2020. Wawasan 2020 bukanlah alat untuk membelenggu kita di dalam `status quo'.Wawasan ini mengajak kita untuk menjadi pelakon utama, menjadi primadona, menjadi seri panggung kepada drama perubahan (zahid, 1994).Pemimpin adalah rahsia kehidupan gemilang umat dan sumber kebangkitannya. Sejarah umat adalah sejarah para pemimpin yang sedar, yang kuat jiwanya dan tinggi kemahuannya. Demikianlah kata-kata Al-marhum Hassan Al-Banna seorang mujahid Islam yang menjadi model dan keagungan pemimpin Islam pada zaman moden. Dari sini jelas kepada kita bahawa seorang pemimpin hendaklah mempunyai daya kesedaran yang tinggi dan mempunyai jiwa yang kuat dan mempunyai cita-cita yang tinggi.Peranan dan fungsi pengurus yang memimpin adalah mencetuskan usaha-usaha peningkatan kekesanan proses pengajaran-pembelajaran dengan sentiasa melakukan inovasi dan sekaligus menghargai inovasi tenaga kerja (Sokarno,1994). Melalui kata-kata bekas Pegawai Khas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ini, dapat kita simpulkan bahawa seorang pengetua hendaklah mempunyai cita-cita dan sentiasa mencari idea-idea baru untuk meningkat proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bekesan. Sekolah perlu kepada seorang pemimpin yang berjiwa besar, semangat dan cita-cita tinggi kerana kepemimpinan sekolah adalah begitu kompleks. Sebahagian besar inputnya adalah manusia. Manakala outputnya juga adalah manusia, tidak seperti firma atau kilang-kilang yang mengeluarkan produk yang berupa barangan(goods).Pengetua terpaksa berhadapan dengan guru-guru pimpinannya dan pelajar-pelajar sebagai sasarannya. Di sekelilingnya adalah masyarakat yang sentiasa melihat pekembangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu, melalui anak-anaknya. Jadi, sebagai seorang pengetua terpaksa berhadapan dengan tiga dimensi, guru dan kakitangan sokongan, murid dan masyarakat.Ke atasTeori kepemimpinanBeberapa teori kepemimpinan telah muncul dan banyak dibahaskan oleh golongan bijak pandai dalam usaha uuntuk melahirkan kepemimpinan yang berkesan. Di antaranya ialah teori kepemimpinan karismatik. Kini, teori karismatik tidak lagi merupakan sebagai angkubah utama untuk kejayaan kepemimpinan pengetua. Teori ini adalah terkenal dan menjadi panduan pada peringkat awal pengkajian dahulu setelah melihat kepada perkembangan sejarah bahawa pemimpin-pemimpina yang terkenal adalah terdiri dari mereka yang mempunyai peribadi yang menarik dan disenangi. Walaupun teori ini bukanlah faktor penentu kejayaan dalam kepemimpinan hari ini tetapi ini adalah asas yang perlu ada kepada seorang pemimpin.Satu lagi teori kepemimpinan yang selalu dibincangkan ialah teori perhubungan kemanusiaan. Dalam teori ini, pemimpin yang berjaya adalah terdiri dari pemimpin yang dapat memberi perhatian yang berat kepada tugasnya, dan mewujudkan kerjasama dengan orang-orang bawahannya. Di sini kita dapati sekiranya seorang pemimpin itu tidak menghargai pandangan dan usaha orang-orang di bawahnya maka tentunya kerjasama tidak akan berlaku dan dengan itu nescaya tidak akan dapat melahirkan satu bentuk kepemimpinan yang berkesan. Dalam konteks sekolah, guru-guru di bawah seliaannya mungkin mempunyai pandangan dan idea yang lebih bernas dari dia sebagai seorang pemimpin. Oleh itu pandangan dan sifat kepemimpinannya tidak sepatutnya bersifat autokratik. Sifat ini tidak akan melahirkan corak kepemimpinan yang berkesan tetapi di sebaliknya akan lahir guru-guru yang bersifat kayu mati(dead woods)kerana mereka akan bosan dengan kerenah seorang pengetua yang tidak mahu mendengar pandangan dan buah fikiran orang lain, kerana menganggap dia adalah lebih bijak dan pandai dari orang di bawah kawalannya.Mcgregor pula telah memperkenalkan teorinya yang dipanggil teori X dan teori Y. Dalam teori ini secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa sekiranya seseorang pemimpin (pengetua) itu menganggap orang-orang bawahannya malas dan tidak bertanggungjawab, maka lama-kelamaan mereka akan menjadi sebagai orang malas dan tidak bertanggungjawab. Di sebalikya, jika pemimpin itu menganggap orang-orang di bawahnya itu rajin dan bertanggungjawab, maka mereka akan lahir sebagai seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Dalam teori ini konsep menghargai dan meletakkan martabat orang-orangnya adalah juga sebagai penentu kejayaan sesuatu kepemimpinan itu. Setelah melihat kepada teori-teori tadi banyak diperbahaskan, maka timbul pula satu teori yang lebih menjuruskan kepada keadaan semasa. Teori ini dipanggil teori Kepemimpinan Mengikut Situasi(Situational Leadership Theories). Mengikut teori ini, keadaan yang berbeza memerlukan kepada corak kepemimpinan yang berbeza. Melalui teori ini dapatlah kita rumuskan bahawa pengetua hendaklah pandai dengan budaya dan suasana persekitaran. Setiap sekolah mempunyai iklim sosial yang berbeza. Banyak faktor yang perlu diambil kira. Bermula dari suasana dalam sekolah, persekitaran di luar sekolah, budaya masyarakat setempat dan sebagainya. Oleh itu pengetua hendaklah bijak menggunakan daya kepemimpinan yang ada padanya. Pengetua harus bijak supaya tidak timbul satu kejutan kepemimpinan yang boleh menimbulkan ketegangan kepemimpinan oleh guru-guru dan masyarakat sekitar.Sifat kepengetuaanWalau apa teori pun tidak semudah seperti yang diperkatakan oleh teori itu. Penentu kepada kejayaan bukan hanya satu sahaja, tetapi kesemuanya adalah berasaskan kepada kebijaksanaan pengetua dan peka dengan keadaan sekelilingnya. Mencari punca sesuatu masaalah dan menyelesaikan berasaskan kepada punca-punca itu adalah penting.Dalam hal ini maka tidak timbulah seorang pengetua yang ditafsirkan sebagai suka mencari kesalahan. Seorang pengetua bukan ditugaskan untuk mencari kesalahan, tetapi untuk mengubati masalah. Membimbing mereka ke arah atau hala tuju yang betul secara klinikal Maka untuk inilah memerlukan daya kepemimpinan yang tinggi.Sebagai seorang pengetua, sudah semestinya mahu menjadi seorang pengetua yang berkesan. Seorang pengetua yang berkesan akan melahirkan guru, sekolah dan pelajar yang berkesan. Sifat pengetua yang menekankan kepada jenis kepemimpinan demokratik merupakan asas kepada keberkesanan seorang pengetua. Seorang pengetua yang mengutamakan corak kepimpinan yang demokratik akan disayangi dan mudah didampingi oleh guru. Dia mengambil kira dan turut berkongsi pengalaman serta idea dengan orang-orang di bawah kumpulannya. Sifat menghargai dan sentiasa membawa perbincangan dari idea-idea yang diketengahkan oleh kumpulannya adalah satu cara yang amat penting dalam menjalankan urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan sahaja dengan guru-guru tetapi seluruh kakitangan sokongan yang ada. Bagi orang-orang di bawah kawalannya, mereka akan merasa amat gembira kalau pemimpinnya menghargai idea mereka. Dengan ini akan lahirlah sikap mereka yang kuat dan rajin bekerja.Sebagai seorang pengetua yang demokratik, dia juga hendaklah mampu mempertingkatkan daya kreatif dan enovatif kakitangan di bawahnya. Dia adalah sumber kepada mereka untuk terus membangunkan diri. Bagi pekerja-pekerja di bawahnya, seorang pengetua hendaklah sentiasa dapat memberi dan menanamkan minat guru-guru dan kakitangan yang lain supaya dapat menyumbangkan tenaga dan idea dari semasa ke semasa. Dalam konteks ini, pengetua itu seharusnya mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi, sanggup menyertai sama dalam satu kumpulan kerja.Sebagai seoarang pengetua yang mempunyai ciri-ciri demokratik, selain dari di atas tadi, dia juga hendaklah menunjukkan sebagai seorang yang mempunyai minat berkomunikasi secara terbuka, seorang yang peramah mesra. Sentiasa menunjukkan wajah yang disenangi oleh pengikutnya. Mempunyai komunikasi dua hala.Tidak ada perasaan ego dan tidak menekankan kepada sifat autokratik. Pengetua sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri professional, hendaklah menggunakan saluran demokratik itu secara terpimpin, kalau demokratik tanpa batasan akhirnya akan lahir satu bentuk kepemimpinan yang lain iaitulaissez-faire.Teori kepemimpinanLaissez-faireini akan banyak memberi kuasa otonomi kepada pekerjannya. Pengikut atau pekerjanya mempunyai ruang yang amat bebas untuk membuat keputusan. Suasana sekolah akan menjadi pincang, urusan pengajaran dan pembelajaran tidak akan mencapai matlamat lagi.Melalui bebarapa huraian ringkas di atas tadi menampakkan kepada kita bahawa, Pengetua adalah teras kepada pengurusan pendidikan di sekolah. Kalau pengetua sudah tidak ada kredibiliti dan karisme yang tinggi, sekolah sebagai tempat untuk menjana minda pelajar-pelajar akan berjalan dalam suasana yang pincang. Sekolah adalah 'duta wawasan' yang merupakan sebuah 'negara kecil' yang perlu segala-galanya. Pemimpin dan pengikut hendaklah sentiasa taat-mentaati dan harga-menghargai di antara mereka. Dengan wujudnya sifat kepemimpinan yang berkesan maka pengurusan dan pentadbiran di sekolah akan tercapai seperti yang diharapkan oleh setiap masyarakat dan kerajaan.Kepemimpinan Sekolah Efektif

Ditulis oleh Gunawan Trihantoro

Jumat, 18 Februari 2011 22:55

Kepemimpinan adalah sebuah kombinasi antara strategi dan karakter. Jika Anda harus bertindak tanpa salah satu dari keduanya, lebih baik bertindak tanpa strategi.(H Norman Schwarzkopf)Penelitian tentang efektivitas sekolah merupakan wilayah yang tumbuh dan berkembang pesat dalam dua dekade terakhir ini, baik di negara-negara maju seperti Amerika dan Inggris maupun negara-negara berkembang. Beberapa temuan dari studi ini, misalnya yang ditulis Reynolds et al (1999) dalam Improving Schools: Performance and Potential yang menyebutkan pentingnya memerhatikan sikap dan gaya kepemimpinan sekolah yang efektif dan mudah dicontoh oleh para kepala sekolah di manapun mereka berada.Beberapa temuan penting lainnya dari studi tentang kepemimpinan sekolah yang efektif juga digambarkan secara baik dalam studi Teddlie dan Stringfield (1993), yang melukiskan effective school leader akan membawa keseimbangan dalam proses operasional sekolah, bagaimana kurikulum dikembangkan, dan melibatkan hampir seluruh pemangku kepentingan sekolah dalam merancang dan mengambil suatu keputusan dengan penggunaan hierarki dan birokrasi tidak serta-merta menyulitkan kepemimpinan sekolah untuk menggunakan struktur formal dan informal dalam rangka memberikan reaksi terhadap faktor luar sekolah yang selalu berubah. Pertanyaan fundamental terhadap kondisi persekolahan di Indonesia adalah bagaimana cara kita memperoleh karakteristik kepemimpinan sekolah yang efektif dalam perspektif sistem pendidikan nasional?

Delapan karakterBeberapa penelitian penting dalam pengembangan kepemimpinan sekolah berkualitas menyebutkan setidaknya ada delapan karakter dasar bagaimana effective school leader dapat tumbuh dan berkembang. Pertama, seorang kepala sekolah harus menyadari pentingnya menjaga visi dan misi sekolah yang dirumuskan secara bersama. Dalam banyak kasus, sekolah-sekolah di Indonesia jarang sekali melakukan praktik perumusan visi-misi sekolah secara bersama. Padahal, kemampuan kepala sekolah dalam memimpin dan menjaga visi, misi, dan tujuan sekolah sangat dibutuhkan dalam rangka mengakomodasi kebutuhan internal dan eksternal sekolah. Sebuah kemampuan manajerial berkesinambungan yang selalu memerhatikan aspirasi atas-bawah seluruh pemangku kepentingan sekolah (Murphy and Louis, 1994).Kedua, kemampuan mengembangkan kemampuan partisipatif guru dan siswa. Peranan kepala sekolah sebagai seorang manajer sekaligus fasilitator harus mengemuka pada tahap ini. Indikasi kuat sebuah kepemimpinan sekolah yang efektif dapat tergambar dari seberapa besar partisipasi guru dalam menyemai proses pembentukan budaya sekolah yang positif bagi pengembangan bakat dan minat siswa serta prinsip-prinsip share-leaders dibangun dengan penuh kepercayaan dan kesadaran (Teddlie and Stringfield, 1993).Karakter ketiga yang patut dijadikan indikator kepemimpinan sekolah yang efektif adalah kepedulian kepala sekolah terhadap proses pengajaran. Paradigma tentang instructional leadership harus terus dikembangkan seiring dengan berkembangnya metodologi pengajaran yang inovatif dan menyenangkan. Karakter ketiga itu merupakan sepertiga indikator keberhasilan kepemimpinan sekolah yang efektif (Levine, 1990). Dalam praktiknya, itu adalah kewajiban dari kepala sekolah untuk secara rutin berkunjung ke kelas-kelas, memantau sekaligus membimbing para guru dan siswa untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran. Menjadi partner dalam sebuah proses pembelajaran kolaborasi adalah bukti lain dari sifat dan karakter kepala sekolah yang peduli pada proses belajar-mengajar yang terjadi di kelas.Direct monitoring adalah karakter keempat yang dibutuhkan seorang kepala sekolah. Kemampuan mengelola sumber informasi pembelajaran melalui personal monitoring merupakan kelengkapan manajerial sekolah berciri efektif. Bahasa birokrasi negeri ini menyebutnya dengan inspeksi mendadak (sidak), sebuah kemampuan mendeteksi persoalan secara natural yang disebut Peter and Waterman (1982) sebagai management by wandering around. Jika proses itu berlangsung efektif, dapat dipastikan, sekolah tersebut berpotensi untuk mengembangkan budaya sekolah yang positif.Ciri kelima dari sekolah yang efektif adalah adanya kebijakan yang transparan dan terbuka dalam proses seleksi atau rekrutmen guru dan tenaga administratif sekolah. Jika proses seleksi memiliki standar baku dan metode yang terukur dan terencana dengan baik, dapat dipastikan, sekolah tersebut memiliki kesadaran yang sungguh-sungguh terhadap pentingnya standardisasi mutu guru dan sumber daya kependidikan sekolah yang baik. Dalam perspektif administrasi sekolah, prinsip-prinsip hands-on staffing juga diperlukan untuk melihat bagaimana tipologi pemantauan dan supervisi kelas akan dijalankan, dukungan dinas pendidikan terhadap kemampuan mengajar guru dengan cara memberikan in-service training program dan sertifikasi serta kemampuan mengelola konflik dan pembagian waktu belajar secara benar.Fokus terhadap pentingnya proses dan capaian dalam bidang akademis juga memiliki korelasi yang signifikan terhadap kepemimpinan sekolah yang efektif. Meskipun ujian nasional saat ini masih merupakan satu-satunya alat kelulusan siswa, bukan berarti seluruh orientasi akademis sekolah harus mengarah pada tujuan tersebut. Tugas seorang pemimpin sekolah adalah bagaimana membangun kesadaran akan pentingnya budaya akademis sekolah yang sehat, membangun komitmen terhadap prinsip-prinsip belajar tuntas yang berpusat pada anak didik (mastery of central learning skills), dan membangun basis pengembangan kurikulum yang pro pada kemampuan bakat dan minat siswa yang beragam dan pluralis. Orientasi akademis seperti itulah yang merupakan karakter keenam dari tujuan kepemimpinan sekolah yang efektif (effective school leader objectives).Aspek atau karakter ketujuh adalah pentingnya menumbuhkan rasa percaya diri dan kebanggaan komunitas sekolah terhadap sekolahnya. Harapan yang tinggi (high expectation) terhadap visi, misi dan tujuan sekolah harus diterakan pada seluruh benak komunitas sekolah. Dalam praktiknya, proses ini mengharapkan seluruh civitas academica sekolah terlibat secara langsung dalam perumusan kebijakan sekolah, mulai dari manajemen kelas hingga membangun hubungan baik dengan seluruh komunitas sekolah. Sementara itu, dari perspektif kepala sekolah, membangun rasa percaya diri komunitas sekolah dapat dimulai dengan mengawal integritas ruang belajar/kelas (guard the integrity of the classroom) agar lebih variatif, inovatif, dan kaya akan metodologi pengajaran (Teddlie et al, 1989).Karakter terakhir, kedelapan, adalah sistem pemantauan dan evaluasi yang dipilih dan akan digunakan sekolah dalam rangka mengukur tingkat kemajuan siswa, guru, orang tua siswa, dan manajemen sekolah. Pada setiap jenjang, proses pemantauan dan evaluasi memang bermuara pada hasil kerja siswa (student achievement). Namun, kepemimpinan sekolah yang efektif juga harus dapat merumuskan sistem pemantauan dan evaluasi yang dapat mengukur tingkat kemampuan guru, partisipasi masyarakat, dan manajemen sekolah sekaligus (Murphys: 1990).Isu yang belum terpecahkanDalam konteks sistem pendidikan nasional, rasanya amat sulit mengidentifikasi kepemimpinan sekolah efektif dengan menggunakan delapan standar karakter di atas. Contoh sederhananya adalah bagaimana kriteria pengangkatan kepala sekolah dilakukan oleh pengelola sekolah. Isu adanya suap terhadap pengangkatan kepala sekolah negeri di setiap provinsi dan kabupaten sangat kuat mengemuka karena jabatan kepala sekolah tidak lahir dari kebutuhan sekolah dan usul masyarakat yang diwakili komite sekolah, namun menjadi kebijakan dinas pendidikan kota/kabupaten. Karena itu sangat sulit rasanya menciptakan gaya kepemimpinan sekolah yang efektif selama proses rekrutmen tenaga kependidikan masih dilakukan dengan pola tertutup dan tidak transparan. Belum lagi tingkat kepedulian masyarakat terhadap sekolah juga sangat rendah, terutama sejak keluarnya Inpres SDN No 10/1973 yang merupakan titik awal dari keterpurukan sistem pendidikan, terutama sistem persekolahan di Tanah Air. Pemerintah seolah telah mengambil alih kepemilikan sekolah yang sebelumnya milik masyarakat menjadi milik pemerintah dan dikelola sepenuhnya secara birokratis bahkan sentralistis.Dalam penelitian Grey (1999), ketiadaan transparansi dalam proses rekrutmen tenaga kependidikan dapat menyebabkan rendahnya mutu lulusan sebuah sekolah. Karena itu, dalam upaya mempercepat arah desentralisasi dan otonomi bidang pendidikan, kebijakan tentang pola rekrutmen kepala sekolah harus dipikirkan secara komprehensif, melibatkan perguruan tinggi, dan badan independen lainnya yang peduli terhadap kualitas pendidikan nasional. Sebagai bentuk lain dari micro-political skills, kepemimpinan sekolah yang efektif menyaratkan intervensi politis yang efektif guna menciptakan sistem pendidikan nasional yang sehat dan bertanggung jawab.

ORGANISASI PEMBELAJARAN1.1Apakah Organisasi Pembelajaran?Ialah pembelajaran yang sistematik dan accelerated yang dicapai olehsesebuah organisasi secara menyeluruh dan bukan secara individu.Sesebuah organisasi pembelajaran itu hendaklah dapat mengubah(transform) data dan pengalaman kepada pengetahuan yang bolehdigunakan (accessible) oleh keseluruhan ahli organisasi dan yang relevankepada matlamat organisasi.Secara amnya, sesebuah organisasi pembelajaran akan mengamalkanprosedur pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning procedures), dansecara berterusan mengembangkan kapasitinya untuk membentuk masadepan organisasi.1.2Asas Organisasi PembelajaranAsas organisasi pembelajaran adalah berpandukan 5 disiplin pembelajaran(learning disciplines) seperti berikut :1.2.1KepakaranIndividu(PersonalMastery)mengembangkan kapasiti kendiri untuk mencapai objektif yangdihasratkan serta mewujudkan suasana persekitaran organisasiyang menggalakkan ahli-ahlinya untuk mempertingkatkan dirimereka.1.2.2ModelMental(MentalModels)merenung kembali, memperjelas dan menambahbaikkangambaran tentang keadaan sekeliling untuk melihat bagaimanaia mempengaruhi keputusan dan tindakan kita.1.2.3PerkongsianVisi(SharedVision)memupuk komitmen di kalangan ahli organisasi denganberkongsi visi tentang hala tuju organisasi.1.2.4PembelajaranSecaraKumpulan(TeamLearning)memupuk kemahiran berfikir secara berkumpulan agar dapatmeningkatkan ketrampilan yang lebih ketara