Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

download Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

of 20

description

construction

Transcript of Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    PERANAN QUANTITY SURVEYOR DI DALAM INDUSTRI KONSTRUKSI DI MALAYSIA

    1 Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina, UTM, Malaysia

    2 Assossasi Presiden Konsultant QS Bumiputra Malaysia

    3,4 Jurusan Teknik Ekonomi Konsruksi, Universitas Bung Hatta

    Abstrak: Quantity Surveyor (QS) adalah salah satu pihak yang terlibat di dalam proses pembinaan

    memiliki peranan yang sangat penting khususnya dibidang pengurusan kewangan projek pembinaan.

    Di dalam pembinaan Malaysia, perunding QS merupakan pihak yang mesti dilibatkan sewaktu projekmasih dalam tahap ide. Kertas kerja ini memberikan gambaran tentang perkembangan QS di

    Malaysia, penglibatan QS dipelbagai sektor, perkhidmatan asas yang diberikan QS, serta peranan QS

    di dalam setiap tahap pembinaan.

    1. Pendahuluan

    Definisi Quantity Surveyor (QS) dalam konteks kertas kerja ini, adalah seorang professional yang

    berdaftar dengan Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM). Sebelum bisa mendaftar beliau

    perlu mendapat pendidikan di universitas yang diiktiraf dan telah bekerja tidak kurang dari 2 tahun.

    Setelah itu beliau bisa menjalankan tugas Quantity Surveyor (QS) samaada di kantor pemerintah atau

    private.

    Sebagai karyawan di firma QS atau di kantor pemerintah mereka akan dibayar gajian yang setaraf

    dengan gajian karyawan insineur. Bagi mereka yang mahu menjadi konsultan QS pula mereka

    diwajibkan bekerja tidak kurang dari 5 tahun selepas berdaftar dengan BQSM. Konsultan QS bisa

    menerima bayaran mengikut sekil bayaran standard BQSM. Sekil bayaran fee BQSM yang

    dilampirkan telah mendapat kelulusan pemerintah dan diterima pakai bagi semua projek-projek

    pemerintah. Bagi projek-projek private sekil bayaran fee adalah sedikit lebih rendah daripada sekil

    BQSM iaitu kurang dalam 20% - 30% daripada sekil tersebut. Kurikulum dan syllabus pengajian QS

    ini boleh dirujuk kepada kertas kerja kami yang bertajuk Proposal Pendidikan Profesion QS untuk

    Industri Konstruksi Indonesia.

    2. Sejarah Perkembangan Profesyen QS di Malaysia

    Profesyen QS dipercayai telah wujud di Malaya bermula pada awal tahun 1930an. Ia bermula apabila

    berlaku penghijrahan beberapa orang QS daripada negara England ke Singapura. Pada tahun 1934,

    Eric Watson dan Mr. Water telah menubuhkan firma perunding QS yang pertama di Malaya iaitu

    Messrs Water & Watson. Kewujudan firma tersebut telah bertahan sehingga tahun 1942. Selepas

    perang dunia kedua, kerajaan Malaya di bawah jajahan British telah menubuhkan Bahagian QS

    dibawah Jabatan Senibina pada tahun 1950. Walau bagaimanapun, peranan bahagian ini agak terhad

    kerana pada masa itu berada di bawah Cawangan Bangunan dan bertindak sebagai pegawai kontrak.

    Kebanyakan projek kerajaan pada ketika itu tidak banyak menggunakan senarai kuantiti. QS ketika itu

    lebih banyak bertindak sebagai pegawai kontrak dengan tugas utama memanggil tender berbentuk

    Lump Sum, mengurus kontrak tersebut dan seterusnya menyediakan Akaun Muktamad bagi projek

    yang telah selesai.

    Tiada sistem pembelajaran yang formal untuk melatih tenaga tempatan pada waktu itu. Para

    kakitangan tempatan mempelajari bidang QS menerusi QS asing yang bekerja di Jabatan Kerja Raya.

    Menerusi pengalaman kerja yang diperolehi, maka muncul beberapa QS tempatan selepas itu. Pada

    tahun 1951, kursus QS telah diperkenalkan di Maktab Teknik Kuala Lumpur yang bertujuan melatih

    anak watan menjadi QS berkelayakan. Bertitik tolah daripada itu, muncul lebih ramai QS tempatan

    yang terlatih.

    Sekitar tahun 1958 - 1959, beberapa firma perunding QS yang diasaskan warga asing telah wujud di

    Malaya seperti Frank & Vergeson, Chris & Cavanaugh dan Bridge Water & Coulton. Dato' Hj Ishak

    Mohd. Yusof seorang QS bumi putera berkelayakan pertama menubuhkan firma perunding QS

    Pakatan International. Seterusnya banyak firma perunding QS telah ditubuhkan selaras dengan

    perkembangan sektor pembinaan di Malaysia. Sehingga kini telah lebih 200 firma QS ditubuhkan dan

  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    lebih dari 700 orang QS yang telah berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan.

    3. Institusi Profesional

    Sejarah penubuhan institusi profesional QS di Malaysia bermula pada tahun 1961 apabila Royal

    Institusion of Chartered Surveyor (RICS) - Malayan Branch telah ditubuhkan. Kemudian institusi ini

    telah ditukarkan kepada Pertubuhan Juruukur Malaysia (Institution of Surveyor Malaysia - ISM).

    Pertubuhan ini terdiri dari dari pada Juruukur Tanah, Juruukur Bangunan, Juruukur Bahan dan

    Jurunilai Hartanah. Manakala keahlian ISM ini pula terbahagi kepada beberapa kategori iaitu student

    member, graduate member, professional member dan fellow member.

    Lembaga Jururuukur Bahan Malaysia telah ditubuhkan pada 10 November 1973

    berasaskan kepada Akta Pendaftaran Profesional 1967 berkaitan pendaftaran Juruukur Bahan. Akta

    tersebut telah mewajibkan setiap QS yang telah melalui praktis sebagai QS berdaftar dengan Lembaga

    Juruukur Bahan Malaysia. Ini bertujuan untuk memastikan khidmat profesional yang dijalankan oleh

    setiap QS adalah terjamin dan seterusnya melindungi masyarakat daripada sebarang kecuaian

    profesional.

    Untuk menjadi seorang QS berdaftar, para lulusan Sarjana Muda QS (atau setaraf) hendaklah

    memiliki pengalaman praktis selama dua tahun dengan badan atau pihak yang diluluskan oleh pihaklembaga. Walau bagaimanapun, memandang perkembangan pesat di dalam industri pembinaan dan

    pertambahan bilangan QS di Malaysia, syarat pendaftaran tersebut telah diperketatkan. Setiap QS

    yang ingin berdaftar perlu mencatatkan segala pengalaman praktisnya dengan mengisi buku log

    (catatan harian) selama dua tahun. Seterusnya QS juga perlu menduduki peperiksaan profesional.

    Sekiranya lulus ujian tersebut, QS tersebut boleh mendaftar dan menjadi ahli Lembaga Juruukur

    Bahan Malaysia.

    4. Penglibatan Profesyen QS

    Di dalam perkembangan profesyen ini didapati lima sektor utama di dalam masyarakat yang

    mempekerjakan QS. Pertama sektor swasta dalam bentuk praktik swasta, kedua sektor perkhidmatanawam, ketiga kontraktor-kontraktor, keempat syarikat perniagaan komersil dan yang kelima sektor

    pendidikan.

    i. Praktik Swasta

    Kebanyakan praktis swasta bermaksud menyediakan pengurusan kewangan projek yang efisien dan

    menyediakan perkhidmatan perundingan kos bagi majikan dan perekabentuk sepanjang tempoh

    proses pembinaan. Praktis swasta ini samaada QS tersebut membuka firma sendiri ataupun melakukan

    kerjasama dengan profesional lain. Praktik swasta merupakan sektor terbesar dalam penglibatan QS.

    iii. Perkhidmatan Awam

    Perkhidmatan awam merangkumi kerajaan pusat, kerajaan negeri, penguasa tempatan,perbadanan pembangunan bandar baru dan badan-badan berkanun lainnya. Pada kerajaan pusat QS

    dapat dijumpai pada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya.

    iii. Kontraktor

    Di dalam organisasi kontraktor, QS memiliki banyak tugas penting untuk dilaksanakan.

    Peranan QS di dalam syarikat kontraktor antara lain:

    a. Membuat anggaran penawaran

    b. Membuat kawalan kos selama pelaksanaan projek

    c. Menyiapkan dan melaksanakan perundingan dengan subkontraktor

    d. Menyiapkan kuatiti item-item kerja dan bahan yang diperlukan untuk memesan bahan dan jentera

    e. Melakukan pengukuran di tapak untuk tuntutan bayaran kemajauan

    f. Melakukan pengukuran di tapak terhadap apa-apa perubahan dan membuat perbincangan untuk

    menentukan harga

    g. Memberikan khidmat nasihat apabila berlaku perselisihan

    h. Mengurus masalah kontrak

  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    iv. Syarikat Perniagaan Komersil

    Beberapa syarikat perniagaan komersil telah mempekerjakan QS pada syarikat mereka antara lain:

    syarikat pemaju hartanah, pembuatan dan penyulingan, bank, syarikat insurans dan industri

    petrokimia.

    v. Sektor Pendidikan

    Pada sektor ini, QS melibatkan diri sebagai pensyarah pada institusi pengajian tinggi, sebagai

    instruktur pada pusat-pusat pelatihan industri konstruksi ataupun sebagai kakitangan yang mengurusproses pembinaan kompleks pendidikan tersebut.

    5. Skop (Service) Profesion Quantity Surveyor

    Service yang dilaksanakan oleh QS pada umumnya terbahagi kepada dua kategori berikut:

    5.1 Service Utama

    i. Penyediaan anggaran awal dan perancangan kos.

    Anggaran awal dibuat QS berdasarkan maklumat awal dari klien dan lukisan kasar Arkitek. Terdapat

    beberapa teknik yang digunakan oleh QS di dalam membuat anggaran awal ini iaitu; teknik keluasan

    lantai, isi padu, dan jumlah unit. Anggaran awal ini akan dijadikan asas oleh klien dalam menetapkan

    perbelanjaan projeknya. Berdasarkan anggaran awal ini, Arkitek akan membuat rekabentukpermulaan. Sebaliknya apabila Arkitek telah membuat rekabentuk awal dan dipersetujui klien, maka

    QS akan membuat anggaran awal berdasarkan rekabentuk tersebut.

    Perancangan kos merupakan suatu cadangan perbelanjaan keatas bangunan atau projek yang telah

    diagihkan untuk tiap-tiap elemen bangunan atau projek tersebut. QS di dalam membuat perancangan

    kos ini memerlukan sekurang-kurangnya lukisan layout dan elevation, petunjuk bahan dan material

    yang akan digunakan, maklumat kontrak serta analisis biaya perbandingan dari projek-projek lepas.

    ii. Penyediaan Bill of Quantities.

    Bill of Quantities (senarai kuantiti) merupakan senarai dari kerja-kerja yang harus dilakukan olehkontraktor. Ia merupakan satu bahagian terpenting dari kandungan dokumen kontrak yang berasaskan

    kuantiti. Senarai kuantiti ini harus dihargakan oleh kontraktor sebagai asas tawarannya.

    Senarai kuantiti disediakan oleh QS apabila lukisan-lukisan terperinci telah diterima dari Arkitek dan

    Insineur di dalam senarai kuantiti, QS perlu menerangkan jenis kerja, jenis dan saiz bahan, cara

    pemasangan, kuantiti serta unitnya. Di dalam membuat senarai kuantiti ini QS akan berpandukan

    kepada piawai pengukuran tertentu.

    iii. Penyediaan dokumen tender dan lapuran tender.

    Dokumen tender atau dokumen penawaran merupakan suatu dokumen yang digunakanuntuk memanggil dan memilih kontraktor bagi sesuatu projek. Kandungan dokumen tender ini antara

    lain

    a. Borang tawaran

    b. Sarat-syarat tender

    c. Senarai kuantiti

    d. Jadwal kadar harga

    e. Spesifikasi

    f. Lampiran

    Selain bertugas mempersiapkan kelengkapan dokumen tender, QS memberi nasihat

    kepada klien tentang jenis tender yang akan digunakan seperti tender terbuka, tender secara

    pemilihan, perundingan dan sebagainya.

    Apabila tarikh penutupan tender telah tiba, QS akan membuat penilaian keatas tender-tender yang

    diterima dari bakal kontraktor. Penilaian dibuat sama ada atas persyaratan yang dinyatakan klien

  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    ataupun format penilaian yang ada pada masing-masing QS. Penilaian disusun dalam suatu laporan

    antara lain berisi senarai petender dari terendah hingga tertinggi, kelebihan dan kekurangan masing-

    masing, cadangan kontraktor yang layak untuk dilantik klien meskipun keputusan muktamad berada

    ditangan klien.

    iv. Penyediaan dokumen kontrak.

    Dokumen kontrak dapat dikatakan sebagai dokumen perjanjian antara klien dengan

    kontraktor. Kandungan dokumen kontrak terdiri dari dokumen tender dilengkapi dengan syarat-syarat

    kontrak serta lukisan-lukisan kontrak. Perkara penting di dalam dokumen kontrak ini adalah jumlahharga kontrak serta tempoh penyiapan projek.

    QS didalam menyediakan dokumen syarat-syarat kontrak sama ada atas permintaan

    klien dengan menggunakan borang kontrak setara tertentu ataupun yang telah diubahsuai mengikut

    keperluan. Jika diperlukan, QS juga membuat pindaan-pindaan terhadap mana-mana syarat kontrak.

    v. Penyediaan progress payment & financial statement.

    Kemajuan kerja yang dibuat kontraktor perlu dinilai bagi menetapkan bayaran

    kemajuan (progress payment) yang sepatutnya diterima oleh kontraktor. Pengiraan penilaian

    kemajuan kerja ini harus dinyatakan di dalam kontrak, dan QS membuat penilaian berasaskan haltersebut.

    vi. Penyediaan final account.

    Selepas tamat tempoh pembinaan dan kontraktor telah menyelesaikan kerja-kerjanya, QS akan

    menydiakan suatu laporan final account (akaun muktamad). Laporan ini mengandungi semua bayaran

    yang telah dibuat dan perubahan-perubahan yang timbul. Penyediaan akaun muktamad ini untuk

    melihat berapa total kos sebenar yang ditanggung klien untuk menyiapkan sesuatu projek.

    5.2 Service Sampingan

    i. Penyediaan financial feasibility study & cash flow.Sebelum apa-apa pembinaan dijalankan keatas suatu tapak, seorang klien memerlukan suatu laporan

    tentang seberapa besar kemungkinan pembinaan yang akan dijalankan dapat dilaksanakan. Ia

    memerlukan nasihat yang tepat tentang harga sesuatu tanah, kemungkinan kos bangunan, dan

    kemungkinan harga sewa dan jual bangunan yang telah siap. Untuk mendapatkan jawaban tersebut

    diperlukan suatu kajian yang dikenal sebagai kajian kemungkinan (feasibility study), dan ia cenderung

    dugunakan untuk pembinaan dengan tujuan komersil seperti memajukan suatu kawasan atau

    pembangunan perumahan pelbagai jenis.

    ii. Menyediakan dokumen dan laporan bagi pra-kelayakan kontraktor

    Pra-kelayakan kontraktor biasanya dijalankan untuk cadangan pembinaan projek-projek besar danrumit dimana kualiti suatu projek merupakan tujuan utama. Ia memerlukan kontraktor-kontraktor

    berpengalaman dan pernah melaksanakan kerja-kerja tersebut dengan rekod yang baik. Tujuan pra-

    kelayakan ini adalah agar kontraktor-kontraktor yang akan memasuki tender nanti betul-betul

    kontraktor yang terpilih.

    iii. Pelaksanaan proses arbitration (Contractual disputes)

    Selain sebagai pakar kos, QS juga memiliki latar belakang disiplin ilmu undang-undang pembinaan,

    dengan pengetahuan di dalam undang-undang pembinaan ia dapat membantu perselisihan (dispute)

    yang terjadi di antara pihak-pihak yang berkontrak, sama ada dalam bentuk timbang tara (arbitration),

    pengantaraan (mediasi) dan litigasi. Dengan penglibatan dan kepakaran juruukur bahan di dalam

    undang-undang pembinaan, maka perasaan menang dan kalah diantara pihak yang bertikai dapat

    dihindari.

    Service QS amat berguna kepada pemilik pemerintah untuk menentukan budget sesuatu projek.

    Manfaat service QS telah diterima pakai dan berkembang luas bukan sahaja projek-projek bangunan

    tetapi juga projek-projek kejuruteraan sipil, elektrikal dan mekanikal.

  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    Projek-projek yang tidak mengguna service QS seringkali menghadapi biaya yang melewati budget.

    Oleh yang demikian service QS sangat diperlukan untuk menyediakan budget yang tepat. Pengawalan

    biaya semasa proses pembinaan amat juga diperlukan bagi mengelakan berlakunya lebihan biaya yang

    besar.

    Di Malaysia service QS tersebut sangat penting kerana pemerintah mewajibkan

    "accountability" dalam semua projek-projeknya. Administrasi kontrak (contract administration)

    merupakan service yang juga penting dalam perlaksanaan konstruksi projek.

    Service diatas sudah menjadi perkara yang lumrah kepada QS sejak beberapa dekad yang lalu iaitu

    kemahiran menganilisis, merencana biaya, mengukur serta menghitung nilai kerja-kerja pembinaan

    bagi mengujudkan "accountability" terhadap biaya tersebut. Dalam arti kata lain service QS dapat

    memberi "good value for money" kepada pemilik.

    6. Peranan (Roles) Quantity Surveyor di Malaysia

    Diperingkat tender QS bisa menilai bukan sahaja harga tender yang paling kompetitif yang dibida olih

    pretender tetapi juga keupayaan keuwangan dan teknikal pretender tersebut agar kontraktor yang

    dipilih untuk melaksana projek tersebut adalah yang terbaik. Seseorang QS perlu mahir menghitungkos buroh, material, plant & equiptment yang diperlukan untuk sesuatu projek dan berkebolehan

    menghitung rate / harga yang munasabah untuk sesuatu item kerja. Kemahiran ini membolihkan QS

    membuat rekomendasi unit harga/rate yang paling munasabah terutama ketika negosasi harga dengan

    kontraktor.

    Di peringkat pembinaan, QS akan bertanggungjawab mencatat perbelanjaan dan memonitor biaya

    supaya projek dapat di siapkan dengan kos yang paling munasabah. Untuk memberikan gambaran

    sebenar tentang kedudukan keuwangan bagi sesuatu projek, QS harus senantiasa menyediakan report

    kewangan yang berterusan kepada pemilik bagi memonitor budget projek tersebut.

    Kemahiran QS mengukur dan mengharga biaya dengan tepat membolihkan belian dilantik sebagai

    auditor bagi mengesan kemungkinan penyelewengan dana projek. Peranan lain yang bolih dimainkan

    oleh QS di dalam melaksana projek pembinaan termasuklah menyediakan financial feasibility study

    sesuatu projek bagi membantu pemilik samaada mahu meneruskan projek tersebut atau sebaliknya.

    QS bolih juga memberikan service untuk menilai perancangan binaan kota perbandaran dan

    pembangunan daerah dengan menggunakan pengetahuan di dalam teknik penganggaran dan menilai

    kos. Dengan menggunakan pengalaman yang telah ada, seseorang QS itu akan dapat mengguna rekod

    kos yang dianalisis untuk merencana harga pembinaan mengikut saiz, lokasi dan type / jenis yang

    mana diperlukan olih pihak pemerintah bagi menguruskan budget industri konstruksi sesebuahnegara.

    7. Kesimpulan

    Peranan QS di Malaysia telah berkembang luas bukan sahaja difirma-firma QS tetapi juga diperlukan

    olih kontraktor, developers, bank, insuran companies, material suppliers dan industri pembinaan

    perkapalan (ship building). Olih yang demikian profesyen QS bertambah dikenali semakin ramai

    ingin memasuki bidang QS dan pendidikan QS juga kian tambah maju terutama dari aspek

    penggunaan komputer bagi memantapkan service QS sediaada selaras dengan cabaran teknologi

    terkini di dalam industri konstruksi.

    QS telah memainkan peranan yang besar dalam pengurusan biaya projek-projek di Malaysia dan

    diharapkan pengalaman kami di Malaysia ini dapat juga dimanfaatkan di Indonesia.

    KERJAYA UKUR BAHAN

    http://sqsconsultant.blogspot.com/2013/10/seorang-jurukur-bahan-atau-qs.htmlhttp://sqsconsultant.blogspot.com/2013/10/seorang-jurukur-bahan-atau-qs.html
  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    Seorang jurukur bahan atau QS berperanan menjadi seorang penasihat dan berkebolehan untuk

    menasihat pihak klien dari segi perancangan serta kawalan kos projek serta pentadbiran kontrak.

    Tugas seorang Jurukur Bahan adalah bermula dari proses Kajian Kemungkinan atau Feasibilty

    Studies sehinggalah penyediaan Akaun Muktamad.

    Walaubagaimanapun, tugas-tugas hakiki seorang Juruukur Bahan itu adalah berbeza selepas ia

    menamatkan pengajian berdasarkan cabang pekerjaan yang akan disertainya. Ini adalahlah kerana,

    apabila sesorang Juruukur Bahan itu menamatkan pengajian, ia boleh bekerja di sektor awam,

    perunding, kontraktor atau pemaju. Setiap cabang pekerjaan ini mempunyai perbezaan yang ketara

    yang diringkaskan dalam jadual berikut.

    TUGAS DAN PERANAN JURUUKUR BAHAN (QS)

    Juruukur bahan merupakan profesional terlatih, berkualiti dan mempunyai pengalaman dalam bermain

    dengan masalah bagi pihak klien. Pada dasarnya, juruukur bahan merupakan pakar kos yang

    bertanggungjawab menyediakan maklumat bagi memastikan projek tersebut adalah ditanggung

    bersama belanjawan yang munasabah dan pihak klien dapat memperoleh nilai kepada wangnya

    (Seeley, 1997). Manakala menurut Turner (1994), juruukur bahan akan bertindak sebagai penasihat

    kepada arkitek tentang kewangan projek apabila diperlukan. Dia bertanggungjawab ke atas semua

    nasihat kewangan yang diberi ke atasnya.

    Peranan juruukur bahan dalam sesuatu projek pembangunan amat diperlukan. Peranan dan

    tanggungjawab mereka dalam industri pembinaan adalah amat luas sama ada dalam peringkat pra

    kontrak atau pun pasca kontrak. Hal ini kerana juruukur bahan berperanan bermula dari projek

    dicadangkan sehinggalah projek tersebut berakhir.

    Dent (1974) dan Tuner (1994) mengelaskan peranan juruukur bahan kepada dua peringkat iaitu

    peringkat pra-kontrak dan pasca kontrak. Pada kebiasaannya, kerja pra-kontrak disediakan oleh

    juruukur bahan sebelum kontrak ditandatangani dan termasuk penyediaan senarai kuantiti bersama

    dengan perkhidmatan lain. Kerja pos kontrak pula merangkumi pengurusan kewangan kontrak seperti

    penyediaan bayaran kemajuan, bermula apabila kontrak telah ditandatangani dan penender berjaya

    memulakan operasi bangunan (Dent, 1974).

    http://sqsconsultant.blogspot.com/2013/10/tugas-dan-peranan-juruukur-bahan-qs.htmlhttp://1.bp.blogspot.com/-YY4RRyYnPJg/UkzxaOlpdUI/AAAAAAAAABo/Cb6vqth8QwM/s1600/Untitled+Ub.pnghttp://sqsconsultant.blogspot.com/2013/10/tugas-dan-peranan-juruukur-bahan-qs.html
  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    Selain itu, peranan juruukur bahan dilakukan mengikut peringkat (stage) berturutan. Perkhidmatan

    juruukur bahan ini dipecahkan mengikut peringkat-peringkat pembinaan atau proses reka bentuk.

    Royal Institute of British Architects (RIBA), telah menyediakan cadangan bentuk prosedur untuk

    arkitek dalam membuat penyediaan dan perlaksanaan projek bangunan. Pelan kerja ini mewakili

    analisis praktikal bagi operasi reka bentuk dan telah berjaya digunakan ke atas kebanyakan kontrak.

    Pelan tersebut telah dirumuskan di dalam jadual 2.2 dan menunjukkan peranan-peranan yang akan

    dimainkan oleh pelbagai ahli kumpulan reka bentuk melalui reka bentuk dan masa pembinaan

    (Seeley, 1997).

    Menurut Nor Ainah Abdullah (2001) pula, secara amnya, khidmat asas juruukur bahan termasuklah

    menyediakan kajian kemungkinan bagi menentukan sama ada sesuatu projek itu boleh dilaksanakan

    dari segi perbelanjaan dan keuntungan kewangan, menyediakan anggaran kos awalan dan

    perancangan kewangan, menyediakan dokumen-dokumen tawaran dan kontrak, laporan tender,

    memberi nasihat mengenai prosedur tender dan atur cara kontrak, mengukur dan menilai kemajuan

    kerja untuk bayaran, perubahan kerja, tuntutan-tuntutan dan juga menyediakan keperluan-keperluanbagi penyelesaian pertikaian secara timbang tara atau secara alternatif.

    tugas-tugas juruukur bahan :-

    Penyediaan Kajian Kemungkinan Penyediaan Anggaran Projek Penyediaan Dokumen Tender Proses Menender Laporan Tender

    Menyediakan Dokumen Kontrak Membuat Pembayaran Semasa Membuat Akaun AkhirPerubahan Kerja (Variations of Works)

    1. Bermaksud perubahan tentang skop kerja yang di lakukan untuk menyesuaikannya dengan keadaan

    tapak bina ataupun untuk menampung kekurangan dalam rekabentuk atau apa-apa perubahan yang di

    perlukan oleh pelanggan.

    2. Untuk membuat perubahan kepada kerja yang terkandung di dalam kontrak, arahan P.P di

    keluarkan dan nilai kerja perubahan di perakukan melalui perkakuan perubahan kerja.

    3. Selain daripada memperakukan nilai kerja perubahan yang di laksanakan melalui perakuan

    perubahan kerja, jumlah harga kontrak hendaklah di laraskan. Untuk itu perakuan pelarasan jumlah

    harga kontrak hendaklah di keluarkan.

    4. Untuk memastikan kontraktor di bayar dalam tempoh masa yang di tetapkan di dalam kontrak,

    maka penilaian perlulah di lakukan secepat mungkin.

    5. Akaun muktamad di sediakan secepat mungkin setelah kontraktor menunaikan obligasinya di

    bawah kontrak termasuk membaiki kecacatan dan tuntutan kerugian atau perbelanjaan tambahan yangkontraktor layak telah di nilai. Bayaran muktamad kepada kontraktor di buat melalui perakuan

    muktamad.

    Penyerahan Kerja

    http://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/perubahan-kerja-variations-of-works.htmlhttp://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/penyerahan-kerja.htmlhttp://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/penyerahan-kerja.htmlhttp://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/perubahan-kerja-variations-of-works.html
  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    1. Setelah perakuan siap kerja di keluarkan, kerajaan akan mengambil kerja tersebut dan kontraktor

    tidak lagi bertanggungjawab sebarang kerugian dan/atau kerosakan yang di sebabkan oleh atau akibat

    daripada kerja cacat atau kerja yang tidak mematuhi kontrak. Seberapa segera yang mungkin kerja

    tersebut hendaklah diserahkan kepada jabatan/kementerian pelanggan.

    2. Bagi tujuan penyerahan kerja kepada jabatan/kementerian pelanggan, satu pemeriksaan

    bersama(oleh jabatan, kementerian pelanggan, P.P, kontraktor dan pihak lain yang terlibat hendaklah

    di atur dan akhir sekali barulah bangunan tersebut di serahkan. Jabatan/kementerian pelanggan akan

    di nasihatkan mengenai keperluan penyelenggaraan kerja tersebut termasuk penyelenggaraanpemasangan mekanikal dan elektrikal. Semua dokumen berkaitan di perlukan bagi penyelenggaraan

    kerja oleh jabatan/kementerian pelanggan, Lukisan seperti dibina, manual operasi, perjanjian

    penyelenggaraan, dan sebagainya hendaklah di serahkan.

    3. Perakuan serahan kerja seperti di lampiran hendaklah di gunakan bagi menyerahkan kerja kepada

    jabatan/kementerian pelanggan.

    Kecacatan

    1. Kontraktor hendaklah memperbaiki kecacatan, kekecutan dan kerosakan lain yang mungkin

    kelihatan pada kerja dalam tempoh tanggungan (liability) kecacatan yang di sebabkan oleh bahan atau

    mutu kerja yang tidak menepati kontrak dengan perbelanjaan sendiri.

    2. Prosedurprosedur yang perlu di ikuti mengenai kecacatan kerja adalah seperti berikut:-

    a. Jabatan atau kementerian pelanggan hendaklah di nasihatkan supaya melaporkan dengan kadar

    segera apa-apa kecacatan yang kelihatan dalam tempoh tanggungan (liability)kecacatan

    b. Setelah menerima laporan mengenai sebarang kecacatan dari jabatan atau kementerian pelanggan,

    kontraktor hendaklah diarahkan memperbaiki kecacatan tersebut. Kontraktor akan di beri tempoh

    masa yang munasabah untuk berbuat demikian.

    c. Pada tarikh tamat tempoh liability kecacatan, satu pemeriksaan bersama keatas kerja (oleh

    kontraktor, P.P, jabatan kementerian pelanggan dan pihak lain yang terlibat) hendaklah diadakan.

    Sekiranya hasil daripada pemeriksaan bersama tersebut menunjukkan tiada lagi kecacatan, perakuan

    siap membaiki kecacatan iaitu borang JKR 203 Y/82 akan di keluarkan. Sekiranya terdapat kecacatan

    lagi, satu jadual kecacatan yang telah di kenalpasti hendaklah di sediakan dan di serahkan kepada

    kontraktor dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh tamat tempoh liability kecacatan. Kontraktor

    hendaklah membaiki kecacatan tersebut dalam tempoh masa yang berpatutan tetapi tidak lewat

    daripada tiga bulan dari tarikh penerimaan jadual kecacatan tersebut.

    d. Sekiranya kontraktor gagal membaiki kecacatan dalam tempoh masa yang di tetapkan, tindakan

    segera untuk membaiki kecacatan tersebut hendaklah di ambil dengan cara lain. Kos perbelanjaan

    yang terlibat di dalam membaiki kecacatan tersebut hendaklah di dapatkan kembali daripada

    kontraktor dengan cara potongan atau tuntutan daripada bon pelaksanaan atau sebagai suatu wang

    tuntutan tertentu.

    3. Salinan asal Perakuan Siap Membaiki Kecacatan hendaklah di keluarkan kepada kontraktor.

    Salinansalinanya hendaklah juga di edarkan kepada semua pihak sepertimana yang tersenarai di

    dalam perakuan tersebut.

    4. Pengeluaran Perakuan Siap Membaiki Kecacatan menandakan tamatnya obligasi kontraktor di

    bawah kontrak. Liabiliti bank atau syarikat insurans yang menjadi penggerenti bon pelaksanaan

    hendaklah juga di lepaskan.

    Kontraktor Tidak Menyiapkan Kerja

    http://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/kecacatan.htmlhttp://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/kontraktor-tidak-menyiapkan-kerja.htmlhttp://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/kontraktor-tidak-menyiapkan-kerja.htmlhttp://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/kecacatan.html
  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    Sekiranya penyiapan kerja telah terlambat dan sebab- sebab kelambatan tidak melayakkan kontraktor

    mendapat lanjutan masa, kerugian atau ganti rugi yang dialami oleh kerajaan akibat kelambatan kerja

    tersebut akan di tanggung oleh kontraktor. Kerajaan akan mendapatkan semula ganti rugi tersebut

    daripada kontraktor dengan mengeluarkan satu surat perakuan kerja tidak siap.

    Sekiranya penyiapan kerja telah terlambat dan sebabsebab kelambatannya melayakkan kontraktor

    mendapat lanjutan masa, maka satu pertimbangan akan di buat untuk menimbangkan tempoh lanjutan

    masa yang akan di berikan. Kemudian satu surat perakuan kelambatan dan lanjutan masa akan

    diberikan. Sekiranya kontraktor masih lagi tidak dapat menyiapkan kerjakerja tersebut, makakontraktor itu akan di tamatkan tendernya dan kontraktor lain akan di berikan tender tersebut untuk

    meneruskan kerjakerja tersebut sehingga siap.

    Penamatan pengambilan kerja kontraktor

    Penamatan di lakukan apabila terbukti kontraktor tidak mungkin dapat menyiapakan kerja atau

    kontraktor merperlihatkan niat untuk enggan menyiapkan kerja atau tidak berupaya menyiapkan kerja

    tersebut.

    Setelah pengambilan kerja kontraktor di tamatkan, kerja-kerja pembinaan hendaklah di serahkankepada kontraktor lain dan proses penyediaan dokumendokumen tender, pelawaan,penerimaan,

    pembukaan, penilaian dokumen-dokumen kontrak yang lain akan di ulangi. Antara sebabsebab yang

    membolehkan penamatan pengambilan kerja kontraktor dilakukan ialah:-

    1. Kontraktor melakukan kemungkinan di dalam memenuhi obiligasi seperti:-

    i. Mengantungkan perjalanan keseluruhan atau mana-mana bahagian kerja tanpa

    sebab yang munasabah.

    ii. Gagal meneruskan kerja dengan mengikut aturan

    iii. Gagal meneruskan kerja mengikut kontrak dan berulangkali cuai menunaikanobligasinya.

    2. Kontraktor tidak berupaya untuk meneruskan dan menyiapkan kerja seperti:-

    i. Kontraktor mengalami kebankrapan.

    ii. Menghadapi perintah penggulungan.

    Pengesyoran bagi penamatan pengambilan kerja kontraktor mestilah di kemukakan kepada pihak-

    pihak berkuasa yang berkenaan dengan menberi butir-butir mengenai kontrak dan maklumat lain yang

    di perlukan.

    Pegawai-pegawai yang di beri kuasa untuk menamatkan pengambilan kerja kontraktor adalah

    seperti,:-

    1. Ketua Pengarah JKR Malaysia

    2. Timbalan Ketua Pengarah

    3. Pengarah JKR setiap Negeri

    4. Jurutera Daerah

    5. Jurutera Bahagian.

    Prosedur-Prosedur Berikutan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor

    1. Satu tuntutan mestih di buat terhadap bank atau syarikat insuran yang mengeluarkan bon

    pelaksanaan dan gerenti insuran wang pendahaluan.

  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    2. Ketua Pengarah Kerja Raya mestilah di maklumkan mengenai tarikh penamatan pengambilan kerja

    kontraktor, bil tender, sebut harga, dan sebagainya.

    3. Kontraktor mestilah di arahkan memberhentikan semua operasinya di tapak bina, meninggalkan

    semua bangunan sementara, loji perkakas, kelengkapan serta bahan dan item yang tidak dipasang agi.

    Tapak bina mestilah di kawal 24 jam dan orang yang tidak berkenaan tidak dibenarkan memasukinya.

    4. Satu inventori semua bangunan sementara, loji, perkakas, kelengkapan, serta bahan dan item yang

    tidak di pasang di tapak bina dan rekod kerja yang telah siap mesti di sediakan.

    5. Kontraktor mestilah di arahkan untuk mengeluarkan semua bangunan sementara, loji, perkakas,

    kelengkapan serta bahan dan item yang tidak di pasang lagi yang tidak di perlukan bagi penyiapan

    baki kerja.

    6. Kerja-kerja yang telah disiapkan dan semua bangunan sementara, loji, perkakas, kelengkapan serta

    bahan dan item yang di tinggalkan di tapak bina mestilah di lindungi daripada kerosakan akibat cuaca.

    7. Dokumen-dokumen tender mestilah di sediakan dan tender atau sebutharga di pelawa untuk

    menyiapkan baki kerja tersebut. Walaubagaimanapun, tender untuk menyiapkan baki kerja lazimnyadipelawa dikalangan kontraktor yang terpilih.

    8. Subkontraktor di namakan dan pembekal di namakan mungkin akan di lantik semula kepada

    kontraktor baru dengan syarat mereka bersetuju meneruskan kerja subkontraktor atau membekal

    bahanbahan atau barang-barang dengan jumlah harga subkontrak atau harga yang sama seolah-olah

    pengambilan kerja kontraktor tidak di tamatkan.

    9. Sebaik sahaja kontraktor baru di lantik, satu penilaian terhadap kos kerugian atau kerosakan kepada kerajaan

    mestilah di buat dan satu tuntutan akan di buat terhadap kontraktor. Tuntutan ini mestilah dibuat terhadap

    kontraktor tidak lewat dari sembilan bulan dari tarikh penamatan pengambilan kerjanya.

    Bon Pelaksanaan, Insuran Kerja, Insuran Liability Awam, Insuran Semua Risiko Kontraktor (CAR), dan

    Perkeso

    1. Bon Pelaksanaan

    Bon pelaksanan merupakan satu bentuk kewangan yang perlu di sediakan oleh kontraktor sebagai jaminan

    kepada kontrak. Jumlah nilai bon pelaksanaan ialah 5% dari harga kontrak. Ia boleh di sediakan dalam bentuk

    tunai, deposit perbendaharaan, draf bank,gerenti insuran atau bank yang diluluskan. Hanya gerenti yang di

    luluskan oleh bank atau syarikat insurans yang di luluskan oleh kerajaan sahaja diterima. Untuk menentukan

    gerenti bank atau insuran yang dikemukakan oleh kontraktor itu sah, pengesahan mesti di buat dengan bank atau

    syarikat insurans dengan menggunakan borang standard seperti di lampiran.

    2. Insuran Kerja

    kontraktor adalah dikehendaki menginsuranskan kerja terhadap kerugian dan kerosakan yang disebabkan oleh

    kebakaran , petir, letupan, rebut, taufan, banjir, tanah runtuh, tangki air pecah atau melimpah, radas atau paip,

    kapal udara dan alatalat udara lain atau artikel yang gugur dari kapal udara, rusuhan dan kekacauan awam.

    Insuran tersebut hendaklah di laksanakan dengan pihak syarikat insurans yang diluluskan atas nama bersama

    kerajaan dan kontraktor. Jumlah yang perlu di insurankan ialah jumlah harga kontrak sepenuhnya dan di tambah

    sebrang amaun yang dinyatakan dalam lampiran kepada syarat-syarat kontrak atau di tempat lain di dalam

    dokumen kontrak. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja.

    3.Insuran Liability Awam

    Kontraktor di kehendaki menginsurankan liability yang berbangkit di sisi Comon law terhadap kecederaan

    diri, kematian seseorang atau kecedaraan dan kerosakan harta benda yang berbangkit dari atas dalam masa

    http://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/bon-pelaksanaan-insuran-kerja-insuran.htmlhttp://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/bon-pelaksanaan-insuran-kerja-insuran.htmlhttp://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/bon-pelaksanaan-insuran-kerja-insuran.htmlhttp://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/bon-pelaksanaan-insuran-kerja-insuran.html
  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    pelaksanaan kerja. Insuran ini hendaklah dilaksanakan atau di senggarakan atas nama bersama kerajaan dan

    kontraktor. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja termasuk tempoh liabiliti

    kecacatan dan di tambah tiga bulan empat belas hari. Walaupun had liability yang hendak di insurankan susah

    hendak di anggarkan, panduan mengenai had liabiliti yang di insurankan berdasarkan nilai kontrak untuk kerja

    dengan faktor risiko biasa adalah seperti berikut:-

    HARGA KONTRAK HADLIABILITI SETIAP KEMALANGAN UNTUK BILANGAN KEMALANGAN

    YANG TIDAK TERBATAS

    Tidak melebihi RM 25,000 RM 10.000

    RM 25,001 RM 50,000 RM 25,000

    RM 50,001 RM 150,000 RM 50,000

    RM 50,001 RM 250,000 RM 75,000

    RM 250,001 RM 500,000 RM 100,000

    RM 500,000 RM 1 Juta RM 150,000

    Melebihi RM 1 Juta RM 200,000

    Untuk kerja dengan risiko luar biasa seperti kerja kepada bangunan yang bersambung atau kerja terowong dan

    seumpanya, had liabiliti yang di nyatakan di atas hendaklah di naikkan kepada amaun yang lebih munasabah.

    4.Insurans Semua Risiko Kontraktor(CAR).

    Insurans Semua Risiko Kontraktor (CAR) boleh diterima sebagai ganti kepada insuran liability awam dan

    insuran kerja dengan syarat ianya menepati kehendakkehendak yang sama.

    PERKESO

    Kontraktor hendaklah mendaftar dengan PERKESO dan membayar caruman kepadanya dan /atau

    menginsurankan terhadap liabilitinya untuk membayar pampasan di bawah ordinan pampasan kerja,1952. Selain

    daripada mengemukakan bukti pendaftarannya sebagai majikan dengan PERKESO (dengan menegemukakan

    nombor pendaftaran beliau), kontraktor juga mesti mendapat insuran pampasan pekerja. Insuran tersebuthendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja termasuk liabiliti kecacatan di tambah 3 bulan dan 14 hari.

    Jumlah amaun yang hendak di insurankan ialah jumlah gaji pekerja yang tidak layak di lindungi di bawah skim

    PERKESO.

    DOKUMEN TENDER / KONTRAK

    Penyediaan Dokumen Tender

    i. Semua kontrak hendaklah berdasarkan senarai kuantiti ( kecuali ketua

    pengarah kerja raya memutuskannya)

    ii. Ia mempunyai kebaikan-kebaikan yang tersendiri seperti berikut:-

    a. Senarai kuantiti membolehkan petender-petender meletakkan harga

    berdasarkan kuantiti kerja yang sama yang hendak di laksanakan.

    b. Penggunaan sumber industri binaan dan Negara adalah lebih

    optimum. Kos membuat tender akan turun dan dalam jangka

    panjang harga tender juga akan menjadi lebih rendah.

    Contoh Dokumen

    Tender / Kontrak

    Keperluan Asas Dokumen Tender.

    http://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/dokumen-tender-kontrak.htmlhttp://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/dokumen-tender-kontrak.html
  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    Dokumen tender mestilah memenuhi keperluan asa seperti berikut:-

    i. Peruntukan-peruntukan dalam dokumen tender mestilah menjadi asas bagi satu

    kontrak yang boleh di laksanakan, kontraktor itu tidak boleh di kehendaki

    melaksanakan sesuatu yang mustahil.

    ii. Peruntukan di dalam dokumen tender mestilah mengambarkan perolehan mengikut

    tatacara yang diluluskan oleh kerajaan dan mestilah merangkumi dasardasar

    kerajaan yang terbaru.

    iii. Kerja yang di tentukan mestilah memenuhi kehendakkehendak daripada segi

    standard rekabentuk dan pembinaan.

    Penyedian Dokumen tender dan dokumen meja tender.

    Dokumen Tender.

    Dokumen tender yang di keluarkan kepada petender hendaklah mengandungi perkara-perkara seperti berikut:-

    a. Kontrak berdasarkan senarai kuantiti

    i . surat pelawaan menender kepada pretender

    ii. senarai semakan mengemukakan tender

    iii. borang tender JKR 203B-Pin 2/2002

    iv. borang maklumat mengenai pendaftaran pretender sebagai kontraktor kerajaan dan

    organisasi kontraktor. Butirbutir kerja kontrak yang telah di siapkan dan

    yang sedang dilaksanakan.

    v. Spesifikasi

    vi. Senarai kuantitivii Lukisan-lukisan

    b. Kontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi

    i. surat pelawaan

    ii senarai semakan mengemukakan tender

    iii. borang tender JKR 203C- Pin 2/2002

    iv. borang maklumat mengenai pendaftaran pretender sebagai kontraktor kerajaan dan

    organisasi kontraktor. Butirbutir kerja kontrak yang telah di siapkan dan

    yang sedang dilaksanakanv spesifikasi

    vi. ringkasan tender

    vii. jadual kadar harga

    viii. lukisan-lukisan

    Dokumen Meja Tender.

    Dokumen meja tender mengandungi dokumen tender dan dokumen lain mengikut susunan iaitu:-

    a. Kontrak berdasarkan senarai kuantiti

    i. surat pelawaan menender kepada petender

    ii. senarai semakan mengemukakan tender

    iii. perkara-perkara perjanjian dan syarat-syarat serta lampiran-lampiran berkembar

    (JKR 203Asem 10/83)

  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    iv. borang tender JKR 203BPin 2/2002

    v borang maklumat mengenai pendaftaran petender

    vi. surat setuju terima JKR 203Dsem 4/2002

    vii borang gerenti bank dan insuran untuk bon pelaksanaan

    viii. borang gerenti bank dan insuran untuk pendahaluan

    ix. spesifikasi

    x senarai kuantiti

    xi. lukisanlukisan

    b. Kontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi

    i surat pelawaan menender kepada petender

    ii. senarai semakan mengemukakan tender

    iii. perkaraperkara perjanjian dan syarat-syarat kontrak, serta lampiran berkembar

    (JKR 203Asem 10/83)

    iv. borang tender JKR 203CPin 2/2002

    v borang maklumat mengenai pendaftaran petender

    vi. borang maklumat mengenai pendaftaran petender

    vii borang gerenti bank dan insuran untuk bon pelaksanaanviii. borang gerenti bank dan insuran untuk pendahaluan

    ix. spesifikasi

    x ringkasan tender

    xi. jadual kadar harga

    xii. lukisanlukisan

    Kelayakan kontraktorkontraktor Untuk Mentender

    i. kontraktor mestilah mendaftar dengan pusat khidmat kontraktor

    ii kontraktor mendaftar di bawah kelas yang berbeza mengikut keupayaan merekaiii. kontraktorkontraktor kejuruteraan mekanikal yang berdaftar dalam kelas yang

    lebih tinggi dari kelas terbawah di benarkan mentender. Walaubagaimanapun kerja-

    kerja yang kurang dari RM 50,000.00, sebut harga akan di pelawa di kalangan

    kontraktor bumiputera sahaja. Sebut harga di buka kepada kerja-kerja yang

    melibatkan kos RM 200,000.00 kebawah, manakala tender untuk kos RM 200,000.00

    keatas.

    Pengelasan kontraktorkontraktor untuk kerja-kerja binaan dan civil.

    Pengelasan kontraktor telah di kelaskan mengikut had kewangan dan dinyatakan seperti berikut.

    Kelas Had Kewangan

    A RM 10,000,000 keatas

    B RM 5,000,001 RM 10,000,000

    C RM 2,000,001 RM 5,000,000

    D RM 500,001 RM 2,000,000

    E RM 200,001 RM 500,000

    F RM 200,000 ke bawah

    Pengeluaran dokumen tender.

    1. Dokumen tender di keluarkan oleh ibu pejabat JKR oleh Bahagian Kontrak,

    Penyelengaraan dan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya, dan peringkat negeri oleh

    Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan dan pejabat negeri.

  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    2. Sebelum pengeluaran dokumen tender, pegawai yang mengeluarkan hendaklah:-

    i. Memastikan wakil kontraktor menunjukan bukti bahawa mereka di beri kuasa untuk menerima dokumen

    tender.

    ii. Tender di hadkan kepada kontraktor bumiputera dan memastikan kontraktor mengemukakan surat perakuan

    taraf bumiputera.

    iii. Perakuan taraf bumiputera hendaklah di semak untuk memastikan tarikh pendaftaran adalah masih sah,

    belum di batal atau kontraktor tidak digantung dari memasuki tender.

    iv. Memastikan bahawa pentender telah menghadiri sesi penerangan.

    3. Pegawai hendaklah mencatat nama, alamat, kelas pendaftaran dan taraf kontraktor dan tarikh yang ditentukan

    untuk penerimaan tender ke atas borang tender,dan menandatanganinya

    4. Bayaranbayaran yang diterima untuk dokumen tender hendaklah di masukkan kepada hasil, manakala

    wang cagaran lukisan di masukkan kepada akaun simpanan untuk dipulangkan kepada petender-petender nanti.

    Setuju Terima Tender

    1. Setelah kelulusan di terima daripada lembaga tender/jawatan kuasa khas dan kelulusan daripada

    perbendaharaan , pengeluaran surat setujuterima di keluarkan melalui borang JKR 203Dpindaan 4/2002.

    tender adalah terhad kepada kontraktor bumiputera, borang JKR 203Dpindaan 4/2002 hendaklah di sertakan

    dengan satu surat yang mengariskan syarat-syarat setuju terima tender tersebut.

    2. Sebelum surat setuju terima di keluarkan, pengesahan hendaklah dibuat dengan jabatan/kementerian

    pelanggan mengenai peruntukan.

    3. Surat setuju terima tender hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa. Kuasa bagi

    menandatangani surat setuju terima adalah sama dengan kuasa untuk menandatangani kontrak bagi pihakkerajaan.

    4. Setelah ditandatangani , ia hendaklah di hantar kepada pretender yang berjaya melalui pos berdaftar. Salinan

    surat ini hendaklah juga di hantar kepada pihakpihak yang di senaraikan di dalam surat setuju terima tender

    borang JKR 203DPindaan 4/2002 iaitu:-

    i. Perkeso

    ii. Juruukur bahan yang terlibat

    iii. Jabatan hasil dalam negeri

    Nombor Kontrak

    1. Perkara yang pertama di lakukan bila surat setuju terima tender di keluarkan ialah memohon nombor kontrak

    2. Pendaftaran di uruskan oleh dua bahagian iaitu di jabatan kerja raya di ibu pejabat oleh bahagian

    enyenggaraan kontrak dan bumiputera, dan di peringkat negeri oleh pejabat negeri.

    3. Satu system seragam untuk menomborkan kontrak telah di tetapkan seperti berikut:-

    i. ibu pejabat JKR/PER/IP/CAWANGAN/NOMBOR SIRI/TAHUN dimana cawangan ialah nama singkatan

    untuk cawangan di ibu pejabat JKR.

    ii. peringkat negeri JKR/PER/NEGERI/NOMBOR/TAHUN di mana NEGERI alah singkatan untuk negeri

    4. Permohonan mendapatkan nombor kontrak adalah dengan menggunakan borang Permohonan

    Untuk Mendapatkan Nombor Kontrak.

  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    Tempoh Sah Sesuatu Tender

    Sesuatu tender hendaklah dinilaikan dan pengesyoran di buat kepada lembaga tender atau jawatankuasa khas.

    Kelulusan di perolehi dan setuju terima dibuat dalam tempoh sah tender (kebiasaannya ialah 60 hari

    sebagaimana ditetapkan di dalam dokumen tender) Bagi mengelakkan tempoh sah sesutau tender di lanjutkan,

    tender hendaklah dinilai dan pengesyoran kepada lembaga tender di buat dalam tempoh 30 hari dari tarikh yang

    ditetapkan dalam penyerahan tender. Sekiranya tempoh sah sesuatu tender terpaksa di lanjutkan atas sebab

    sebab yang tak dapat di elakkan , persetujuan pretender yang disyorkan hendaklah di perolehi sekurang-

    kurangnya 2 minggu sebelum tempoh sah tarikh luput.

    Cara Bayaran Terhadap Tender, Sebut Harga, Dan Lantikan Terus

    Cara Bayaran Terhadap Tender, Sebut Harga, Dan Lantikan Terus

    1. Tender

    Tender merupakan kontrak yang bernilai RM 200,000.00 ke atas. Cara bayaran terhadap tender ialah apabila ia

    bernilai lebih daripada RM 50,000, maka kontraktor akan di bayar secara berperingkat-peringkat.

    2. Sebut Harga.

    Merupakan kontrak yang bernilai RM 200,000 ke bawah, ia merupakan projek yang kecil berbanding dengan

    tender. Cara bayaran sebut harga juga sama dengan cara bayaran tender iaitu untuk projek yang melebihi RM

    50,000 maka kontraktor akan di bayar secara berperingkat.

    3. Lantikan Terus

    Lantikan terus merupakan satu sara yang di gunakan untuk menyiapkan sesuatu kerja pembinaan jika ia berada

    di dalam situasi kecemasan, contohnya kesuntukan masa dan melibatkan masalah yang perlu di atasi dengan

    segera. Kontraktor akan terus dilantik untuk membuat dan menyiapkan projek tersebut tanpa mengikut prosedur

    biasa iaitu melalui pembukaan tender atau sebut harga. Cara bayaran lantikan terus juga masih sama dengan cara

    bayaran kepada tender dan sebut harga.

    Akaun Muktamad

    1. Akuan muktamad ialah akaun yang di sediakan untuk menunjukkan pembayaran-pembayaran yang telah di

    buat termasuk membaiki kecacatan, tuntutan kerugian, atau perbelanjaan tambahan kepada kontraktor.

    2. Akaun muktamad mestilah di sediakan secepat mungkin setelah kontraktor menunaikan obligasinya di bawah

    kontrak.

    Peraturan Dan Prosedur:-

    a. Akaun muktamad mestilah disediakan dan perakuan muktamad di sediakan dan di keluarkan tidak lewat dari

    3 bulan selepas tamat tempoh tanggungan (liability) kecacatan atau 3 bulan selepas di keluarkan Perakuan Siap

    Membaiki Kecacatan, mengikut mana yang terkemudian.

    b. Nilai kerja muktamad yang dilaksanakan dan bahan-bahan atau barangbarang yang di bekal oleh

    subkontraktor dan pembekal di namakan dan pemegang serahak, hendaklah di nyatakan secara berasingan

    dengan menggunakn lampiran A1, A2 dan A3 kepada Perakuan muktamad.

    c. Akuan muktamad mestilah mengambil kira perkara-perkara berikut:-

    i. Semua pelarasan jumlah harga kontrak untuk perubahan tuntutan kontraktor dan

    pelarasanpelarasan lain.

    ii. Bayaran yang telah di bayar kepada kontraktor, subkontraktor dan pembekal di

    http://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/cara-bayaran-terhadap-tender-sebut.htmlhttp://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/akaun-muktamad.htmlhttp://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/akaun-muktamad.htmlhttp://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/cara-bayaran-terhadap-tender-sebut.html
  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    namakan dan pemegang serah hak

    iii. Potongan dari wang yang akan di bayar kepada kontraktor, khususnya kos

    membaiki kecacatan di mana kontraktor gagal membaiki kecacatan dan amaun

    kesusutan nilai kerja oleh sebab adanya kecacatan tersebut.

    Pelarasan (Adjustment)Jumlah Harga Kontrak

    Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak telah di perkenalkan untuk tujuan pelarasan jumlah harga kontrak.

    Jumlah harga kontrak mestilah di laraskan bagi mengambil kira sebarang tambahan atau kekurangan daripada

    jumlah harga kontrak.

    Perkara-perkara yang menyebabkan jumlah harga kontrak perlu di laraskan adalah seperti berikut:-

    a. Perubahan kepada kontrak

    b. Tuntutan oleh kontraktor untuk kerugian dan/atau perbelanjaan tambahan.

    c. Kos berkaitan dengan ujian kerja atau bahan binaan dan pendedahan kerja untuk

    pemeriksaan.

    d. Fee dan caj untuk sambungan tetap kepada pembetung awam, bekalan air, dan

    elektrik tetap dan sambungan untuk pemindahan pembentungan dan bekalan air dan

    elektrik.

    e. Pengukuran semula kerja yang di ukur sementara di dalam senarai kuantiti.

    f. Pelarasan wang kos prima dan wang peruntukan sementara.

    g. Pelarasan bagi turun naik harga bahan-bahan binaan dan sebagainya.

    Peraturan dan prosedur yang perlu di patuhi dalam penyedian Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak adalah

    seperti berikut:-

    a. Satu perakuan pelarasan jumlah harga kontrak mestilah di sediakan dan di

    keluarkan apabila jumlah harga kontrak perlu di laraskan. Ia meliputi perubahan

    kerja.

    b. Semua butir di dalam perakuan mestilah di isi dengan betul

    c. Tarikh perakuan adalah tarikh P.P menandatangani perakuan tersebut.

    d. Huraian mengenai pelarasan hendaklah jelas dan tepat.nombor rujukan perakuan

    perubahan kerja mestilah di nyatakan.

    e. Butir-butir pengiraan bagi pelarasan tersebut mestilah di lampirkan kecuali bagi

    pelarasan yang disebabkan oleh kerja perubahan.

    Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak mestilah di tandatngani oleh P.P dan salinan asal hendaklah di

    keluarkan kepada kontraktor. Salinan lain akan di edarkan kepada semua pihak yang tersenarai dalam perakuan

    termasuk pihak-pihak berikut:-

    a. Akauntan kanan perbendaharaan atau badan berkuasa pembayaran lain.

  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    b. Juruukur bahan dan pihak-pihak lain yang terlibat.

    Bayaran Interim

    Merupakan bayaran yang di bayar kepada kontraktor dan dibuat mengikut prestasi pembinaan (nilai kerja di

    laksanakan). Bayaran interim di buat dengan menolak harga asal kontrak.

    Contohnya:-

    Bayaran Interim No 1.

    Harga kontrak = RM 1,915,000.00

    Nilai Kerja Dilaksanakan = RM 157,108.61

    Bayaran Interim Pertama = RM 157,108.61

    Bayaran kepada subkontraktor = RM 141,390.00

    Kredit akaun deposit wang jaminan pelaksanaan

    (10% dari bayaran di syorkan sehingga 5% harga kontrak) = RM 15,710.00

    Jumlah RM 157,100.00

    Bayaran Interim No.2

    Nilai Kerja di laksanakan = RM 336,523.64

    - Kurangkan Bayaran interim = RM 141,390.00

    Yang terdahulu No.1

    Nilai bersih kerja semasa = RM 195,133.64

    Bayaran interim merupakan bayaran kepada nilai kerja yang di laksanakan oleh kontraktor. Nilai kerja ini

    mestilah termasuk kerja awalan atau Perkara-perkara Am. Untuk tujuan penilaian interim, item bagi kerja

    awalan atau perkara-perkara am mestilah di kategorikan sama ada ianya perlu di bayar secara progresif

    semasa pelaksanaan kerja atau di bayar selepas siap kerja. Jika harga yang di letakkan oleh kontraktor untuk

    perlindungan insuran di dapati lebih tinggi daripada amaun premium sebenar yang di bayar. Amaun premium

    sebenar hendaklah di bayar di dalam penilaian yang pertama dan bakinya di bayar secara progresif semasa kerja

    di laksanakan.

    Nilai kerja yang di laksanakan oleh kontraktor mestilah mengambil kira bukan sahaja kerja yang termasuk di

    dalam kontrak tetapi mestilah juga mengambil kira kerja perubahan yang di laksanakan. Syarat-syarat untuk

    membolehkan perakuan interim pertama di keluarkan, dan bayaran di buat walaupun dokumen kontrak masih

    belum di tandatangani.

    a. Kontraktor mestilah telah mengembalikan surat setuju terima yang di tandatangani

    dan di saksikan.

    Menyerahkan bon pelaksanaan dan segala polisi insurans yang wajib.

    b. Perakuan interim dan baucher bayaran mestilah disertakan bersama salinan dokumen

    berikut yang diakui sah :-

    i. Surat setuju terima

    ii. Bon pelaksanaan

    iii. Polisi insuran yang wajib (Nota liputan tidak di terima)

    iv. Kelulusan lembaga tender dan kelulusan perbendaharaan. Jumlah harga

    kontrak melebihi 10 juta.

    http://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/bayaran-interim.htmlhttp://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/bayaran-interim.html
  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    .0

    1.1

    1.2

    1.3

    Pengenalan

    Secara asasnya, tugas utama pengurusan projek mewakili pihak Klien, merangkumi tiga (3) aspek utama :

    Memastikan projek dilaksanakan mengikut belanjawan yang ditetapkanMemastikan projek dilaksanakan didalam jangkamasa waktu yang ditetapkan

    Memastikan projek dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan

    Walaubagaimanapun, memandangkan bidang pengurusan projek merupakan satu bidang profesyenal yang masih baru di Malaysia,

    adalah lebih baik diperturunkan di sini butiran terperinci skop kerja agar tidak terdapat kekeliruan diantara profesyenal-profesyenal lainyang terlibat.

    2.0

    2.1

    a.

    b.

    c.

    d.

    2.2

    a.

    b.

    c.

    2.3

    a.

    b.c.

    Pembahagian Skop Kerja

    Tugas utama pengurusan projek adalah memastikan projek berjalan dengan licin. Memandangkan skop pengurusan projek secara

    keseluruhan adalah agak meluas, berikut diperturunkan butiran terperinci setiap bahagian yang dikenalpasti yang merangkumi sepanjang

    tempoh projek.

    Peringkat Permulaan dan Rekabentuk

    Di bawah skop ini, tugas-tugas utama yang bakal dilaksanakan adalah:

    Mesyuarat dengan Pemilik, Pengguna dan Kontraktor Rekabentuk

    Membuat ulasan ke atas lukisan-lukisan projek

    Membuat ulasan ke atas cadangan kos projekMenyediakan dokumen kontrak

    Peringkat Pembinaan

    Di bawah skop ini, tugas-tugas utama yang bakal dilaksanakan adalah:

    Mempengerusikan mesyuarat tapak projekMembuat pemeriksaan tapak secara berkala

    Mengesah dan menyediakan sijil perakuan pembinaan

    Peringkat Selepas Pembinaan

    Di bawah skop ini, tugas-tugas utama yangbakal dilaksanakan adalah:

    Membuat pemeriksaan berkala terhadap senarai kecacatan

    Mengesah dan menyediakan akaun muktamad

    Membantu di dalam penyerahan projek kepada pihak pemilik3.0

    3.1

    3.1.1

    a.

    b.

    c.

    d.

    e.

    f.

    g.

    a.

    b.

    3.1.2

    Cadangan Terperinci Skop Kerja

    Memandangkan cadangan skop kerja ada hubungkait nya dengan bilangan kakitangan serta jumlah man-month yang bakal diperlukan,

    maka disenaraikan berikut skop kerja terperinci yang normal serta tugas-tugas yang bakal dilaksanakan.

    Peringkat Permulaan dan Rekabentuk

    Mesyuarat dan perbincangan diantara Pemilik, Pengguna dan Kontraktor Rekabentuk

    Semasa peringkat ini, kami menjangkakan mesyuarat-mesyuarat serta pengemukaan berikut

    akan diadakan diantara semua pihak yang terlibat.

    Mesyuarat atau pengemukaan berkala bersama klien berhubung status kemajuan pembangunan.

    Mesyuarat berkala bersama pengguna untuk mengetahui keperluan khas yang diperlukan samada dari jenis pemasangan peralatan atau

    perkara-perkara lain yang lebih spesifik.

    Mesyuarat berkala bersama kontraktor rekabentuk untuk penjelasan teknikal dan hal-hal rekabentuk.

    Mesyuarat berkala dalaman untuk memastikan bahawa sasaran serta penglibatan terhadap projek ini dipenuhi.

    Mesyuarat berkala bersama klien dan agensi kerajaan untuk memastikan bahawa keperluan-keperluan seperti keluasan lantai, khidmat

    bangunan dan kelulusan-kelulusan lain dipenuhi apabila diperlukan.

    Mesyuarat pra-rundingan harga bersama klien dan agensi kerajaan untuk membincangkan samada kos yang dikemukakan oleh

    kontraktor rekabentuk adalah munasabah atau sebaliknya.

    Mesyuarat rundingan harga bersama kontraktor rekabentuk dan klien dan juga agensi-agensi kerajaan yang lain.

    Tidak termasuk dibawah skop kerja ini

    Mana-mana mesyuarat atau rundingan untuk membincangkan pembangunan lain selain dari yang termaktub didalam pelanpembangunan yang telah dipersetujui.

    Mana-mana mesyuarat dengan pihak-pihak lain yang tidak ada kena mengena secara langsung dengan projek ini.

    Ulasan lukisan-lukisan

    Apabila lukisan-lukisan diterima daripada pihak kontraktor rekabentuk, pihak teknikal kami akan menganalisa, memberi komen serta

    membuat cadangan kepada klien dari segi rekabentuk dan fungsi agar cadangan pembagunan memenuhi aspek-aspek berikut :

  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    a.

    b.

    c.

    d.

    e.

    a.b.

    c.

    3.1.3

    a.

    b.

    c.

    d.

    a.

    b.

    3.1.4

    a.

    b.c.

    Memastikan susunatur dan kedudukan bangunan-bangunan serta orientasi memenuhi keperluan klien

    Memastikan bilik-bilik yang disediakan termasuk keluasan dan penggunaan, memenuhi kriteria klien dan agensi kerajaan yang lain.

    Memastikan kemasan yang disediakan memenuhi kehendak klien dan memenuhi kriteria agensi kerajaan lain

    Memastikan keperluan khidmat bangunan yang disediakan adalah mencukupi, memenuhi kehendak klien dan agensi kerajaan yang lain.

    Memastikan bahawa konsep rekabentuk mempunyai ciri-ciri nilai-kejuruteraan (value engineering) dan nilai wang yang dilabur. Pihakkami akan memastikan bahawa tiada pembaziran terhadap keluasan, khidmat bangunan atau cara-cara pembinaan yang mungkin akan

    memberi kesan terhadap kenaikan kos.

    Tidak termasuk didalam skop ini

    Ulasan terhadap pandangan rekabentuk (faade) dan nilai kecantikan (aesthetic) bangunanMenganalisa lukisan baru yang tidak bersangkut paut dengan projek ini

    Ulasan serta komen terhadap lukisan terperinci

    Ulasan Cadangan Kos

    Apabila pihak kami menerima dokumentasi kos dari kontraktor rekabentuk (PDA atau BQ), pihak teknikal kami akan menganalisa,

    memberi komen dan memberi cadangan kepada klien terhadap kebolehsaknaan kos yang dikemukakan. Kami akan mencadangkan

    sebarang pindaan agar klien mendapat kos munafaat (cost benefit) yang optimum. Tugas-tugas ini akan merangkumi :

    Membuat penilaian kos cadangan kontraktor rekabentuk secara am dan membuat penilaian kami sendiri.

    Mengkaji cadangan kos dan membuat perbandingan dengan kadar pasaran semasa.

    Sebarang kos yang kabur (ambiguous) akan dianalisa semula dengan kadar kiraan yang baru (new built up rate).

    Mencadangkan kepada klien kos cadangan kontraktor rekabentuk dan cadangan semula selepas mengambil perkiraan faktor seperti kos

    bangunan, kos awalan, tempoh penyiapan dan pembiayaan (financing).

    Tidak termasuk didalam skop kerja ini

    Pemeriksaan kos yang tidak terlibat dengan projek ini.

    Mengeluarkan spesifikasi atau bill kuantiti

    Penyediaan Dokumen Kontrak

    Sebagai kebiasaan untuk projek turnkey, kontrak JKR Turnkey Form akan digunakan untuk pentadbiran kontrak. Walaubagaimanapun,

    dengan adanya Perunding Pengurusan Projek, beberapa klausa akan diubah untuk disesuaikan mengikut keadaan. Didalam hal ini, pihak

    teknikal kami kami menasihatkan perkara-perkara berikut.

    Beberapa klausa akan dipinda dan sebab-sebab pindaan akan diperjelaskan.

    Menyedia deraf perjanjian untuk pihak kontraktor rekabentuk mengkaji dan memberi pandangan balas.

    Mencadangkan bentuk pembayaran dan factor-faktor lain yang berhubung dengan nya.Tidak termasuk didalam skop kerja ini Penyediaan serta pembikinan dokumen kontrak yang dipersetujui.

    3.2

    3.2.1

    a.

    b.

    c.

    a.

    b.

    3.2.2

    a.

    b.

    c.

    d.

    Peringkat Pembinaan

    Mempengerusikan mesyuarat tapak

    Pihak kami akan melantik seorang Pengurus Projek yang akan bertanggungjawab secara terus terhadap projek ini. Semasa peringkat

    pembinaan, Pengurus Projek akan empengerusikan mesyuarat tapak. Prosedur adalah seperti berikut :

    Memberi notis kepada semua pihak yang terlibat. Jadual mesyuarat tapak akan dirancangkan sepanjang tempoh projek sebagai garis

    panduan.

    Mempengerusikan mesyuarat tapak. Setiap displin teknikal yang melibatkan hal-hal akitek, kejuruteraan am dan struktur, mekanikal dan

    elektrik, ukur bahan dan peralatan makmal akan diperbincangkan.

    Penyediaan minit mesyuarat tapak.

    Tidak termasuk didalam skop kerja iniMengatur, memberi notis dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat lain selain dari mesyuarat tapak atau peralatan makmal.

    Penyediaan minit mesyuarat lain selain dari mesyuarat tapak.

    Pemeriksaan Berkala

    Dengan ketiadaan pengawasan tetap, pemeriksaan berkala akan dijalankan mengikut situasi berikut :

    Pemeriksaan akan dijalankan pada setiap mensyuarat tapak

    Pemeriksaan berkala mengejut akan dijalankan mengikut keperluan.

    Pemeriksaan keatas perkara-perkara yang spesifik yang memerlukan pandangan kami.

    Pihak kami juga akan melaporkan kepada KLIEN secara bulanan melalui laporan bulanan yang akan disediakan.

  • 5/22/2018 Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

    http:///reader/full/peranan-quantity-surveyor-di-dalam-industri-konstruksi-di-

    a.

    b.

    c.

    3.2.3

    a.

    b.

    c.

    a.

    Tidak termasuk didalam skop kerja ini

    Pengawasan tetap di tapak projek

    Pengawasan keatas perkara lain selain dari projek ini.

    Penyediaan laporan yang tiada hubungkait nya dengan projek ini.

    Mengesah Dan Menyediakan Sijil PembayaranPada peringkat ini, pihak kami juga akan mengesah tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh pihak kontraktor rekabentuk. Pihak kami

    akan memeriksa kembali tuntutan tersebut dan membuat penialain samada ianya adalah wajar atau tidak berdasarkan factor-faktor

    berikut:

    Segala dokumen tuntutan mencukupi. Ini termasuklah pengesahan dari perunding mereka yang mengesahkan bahawa kerja yang dituntuttelah disempurnakan. Nota hantaran untuk tuntutan bahan binaan di tapak mesti dikembarkan dan sebagainya.

    Jumlah tuntutan adalah sepertimana tahap pembinaan di tapak. Ini bermakna setiap elemen kerja yang siap mestilah dibuktikan

    Sijil tuntutan kerja akan dimajukan kepada KLIEN untuk pembayaran

    Tidak termasuk di dalam skop kerja ini

    Dokumen penilaian terperinci dan pengumpulan dokumen sokongan untuk pembayaran.

    3.3

    3.3.1

    a.

    b.

    c.

    a.

    b.

    c.

    3.3.2

    a.

    b.

    c.

    a.

    b.

    3.3.3

    a.

    b.

    c.

    a.b.

    c.

    d.

    Peringkat Selepas Pembinaan

    Pemeriksaan Berkala Terhadap Senarai Kecacatan

    Selepas penyiapan praktik, pihak kontraktor rekabentuk dikehendaki menyediakan senarai kecacatan. Segala kecacatan hendaklahdisenaraikan dan dipersetujui oleh kesemua pihak yang terlibat sebelum ianya disahkan sebagai senarai kecacatan yang diperakukan.

    Prosedur adalah seprti berikut:

    Memastikan bahawa kontraktor rekabentuk menyedia senarai kecacatan sebagai garis panduan kerja pembaikan.

    Mengatur pemeriksaan kecacatan secara berkala dan memastikan bahawa pembaikan kecacatan dilaksanakan.

    Memastikan perunding utama kontraktor rekabentuk menyediakan Sijil Siap Pembaikan Kecacatan (Certiificate of Making Good).

    Tidak termasuk di dalam skop kerja ini

    Mencatat dan menyediakan senarai utama kecacatan

    Pengawasan tetap terhadap pembaikan kecacatan

    Mengeluarkan sijil perakuan siap pembaikan kecacatan

    Mengesah dan Penyediaan Akaun MuktamadPada peringkat ini pihak kami akan membuat pemeriksaan akhir bersama klien dan kontraktor rekabentuk untuk memastikan bahawa

    kecacatan-kecacatan utama telah diperbaiki. Pihak kami akan mengesah projek siap berdasarkan perkara-perkara berikut :

    Memastikan kecacatan yang terdapat pada Senarai Kecacatan Utama telah dilaksanakan sepenuhnya dan kesemua kelulusan kerajaantempatan telah diperolehi.

    Memastikan bahawa kesemua dokumentasi berhubung dengan projek, terutamanya warranty dan guarantee dari pihak pembekal,

    dokumen operasi dan penyelenggaraan, lukisan as-built telah disediakan sepenuhnya sebelum ianya diserahkan kepada klien untuk

    simpanan.

    Selepas syarat-syarat kontrak telah dipenuhi, maka pihak kami akan mengeluarkan Sijil Akaun Muktamad.

    Tidak termasuk di dalam skop kerja ini

    Mengumpul warranty dan penyediaan dokumen operasi dan penyelenggaraan

    Membuat susulan dengan pihak kerajaan tempatan sekiranya terdapat masalah berhubung dengan Sijil Menduduki (Certificate ofOccupation)

    Membantu Didalam Penyerahan Projek

    Akhirnya pihak kami akan membantu agar penyerahan projek daripada kontraktor rekabentuk kepada klien dan juga pengguna akan

    dilaksanakan dengan licin. Hal ini akan melibatkan :

    Memastikan bahawa kesemua kelulusan kerajaan tempatan dan dokumentasi projek disiapkan dan diserahkan kepada klien.

    Memastikan bahawa kesemua warranty dan juga guarantee dipindah milik kepada klien.

    Memastikan klien mendapat projek sepertimana termaktub didalam kontrak, yakni kemasan, pepasangan, perabot dan juga peralatan

    yang tersebut didalam kontrak.

    Tidak termasuk didalam skop kerja ini

    Sebarang tambahan hiasan atau susunatur dalaman.Sebarang kerja tambahan dari pengguna yang tidak dibincang diperingkat perancangan projek.Sebarang tambahan kerja pertukaran susunatur selepas tamat tempoh kecacatan bangunan

    Sebarang pengawasan tambahan akibat perubahan yang tidak disebutkan didalam Senarai Kecacatan Utama.