PERANAN SENI DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

6
TAJUK : PERANAN SENI DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Salam Pendidikan: Kursus Ini Khas Untuk Pelajar IPG Yang Mengambil Major Pendidikan Seni Visual PENGENALAN: Merupakan satu teknologi yg boleh mengintergrasikan pelbagai media untuk membentuk satu aplikasi yang lengkap. Perkataan Multimedia membawa maksud berkomunikasi dalam cara yang berbeza. Perkataan multimedia berdasarkan dua perkataan utama iaitu multi dan media/medium MULTIMEDIA: MULTI bermaksud banyak, pelbagai iaitu menandakan terdapat lebih daripada satu media yang wujud di dalam sesuatu aplikasi. MEDIA merujuk kepada alat atau perantara untuk menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Secara amnya multimedia merupakan komunikasi lebih daripada satu cara. DEFINISI MULTIMEDIA: Jacquetta Megarry (1990) Multimedia ialah hipermedia yang berkeupayaan hiperteks iaitu penekanan diberi kepada cara-cara menggabung, menyunting, melaras bunyi, grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer dengan penggunaan tetikus Waterworth (1992)

description

PSV

Transcript of PERANAN SENI DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Page 1: PERANAN SENI DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

TAJUK : PERANAN SENI DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Salam Pendidikan:

Kursus Ini Khas Untuk Pelajar IPG Yang Mengambil Major Pendidikan Seni Visual

PENGENALAN:

Merupakan satu teknologi yg boleh mengintergrasikan pelbagai media untuk membentuk satu

aplikasi yang lengkap.

Perkataan Multimedia membawa maksud berkomunikasi dalam cara yang berbeza.

Perkataan multimedia berdasarkan dua perkataan utama iaitu multi dan media/medium

MULTIMEDIA:

MULTI bermaksud banyak, pelbagai iaitu menandakan terdapat lebih daripada satu media yang wujud di dalam sesuatu aplikasi.

MEDIA merujuk kepada alat atau perantara untuk menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat seperti teks, grafik, audio, video dan animasi.

Secara amnya multimedia merupakan komunikasi lebih daripada satu cara.

DEFINISI MULTIMEDIA:

Jacquetta Megarry (1990)

 Multimedia ialah hipermedia yang berkeupayaan hiperteks iaitu penekanan diberi kepada cara-cara  menggabung, menyunting, melaras bunyi, grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer  dengan penggunaan tetikus

Waterworth (1992)

 Multimedia ialah pesepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara, video dan grafik yang dihasilkan o leh teknologi berasaskan komputer.

Rosenberg (1993)

Page 2: PERANAN SENI DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

 Multimedia sbg gabungan imej statik, bunyi ,grafik, hiperteks dan video yg digunakan selaras dgn  teknologi komputer. Ia juga ialah satu kumpulan ahliteknologi merekacipta sesuatu untuk menarik  perhatian dan memuaskan hati mereka sesama sendiri.

Gayeski (1993)

 Multimedia sbg satu kumpulan media berasaskan komputer dan sistem komunikasi yg berperanan  untk membina, menyimpan, menghantar, dan menerima informasi berasaskan teks, grafik, audio  dsbnya.

Ron White (1996)

 Multimedia sebagai paparan maklumat yg boleh berkomunikasi dgn bantuan beberapa alat tambahan khasnya dalam komputer seperti pemacu cekera padat, perakam suara, pembesar suara,  kad audio dan beberapa perisian yg menggunakan cakera padat.

Halimah Badioze Zaman

 Multimedia sbg kesepaduan di antara pelbagai media: teks, numerik, grafik, imej, video animasi  dan suara dalam persekitaran digital, di samping mempunyai keupayaan interaktiviti bg  membolehkan pengguna mencapai maklumat keperluannya tanpa mengikut urutan.

ISO 14915 (2001)

 Antaramuka pengguna yg mengintegrasikan dan menyeragamkan media (media statik spt teks, grafik dan media dinamik seperti audio, animasi dan video)

Wikipedia

 Multimedia ialah penggunaan beberapa media yang berbeza untuk menyampaikan maklumat (teks, audio, grafik, animasi, video dan interaktiviti)

DEFINISI KREATIF:

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

Page 3: PERANAN SENI DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

DEFINISI PENDIDIKAN SENI VISUAL:

Seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, jadi definisi seni tidak terhad.

Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyataserta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya.

Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.

PSV bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.

DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI:

….merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.

Secara tepat dan mudah:

  penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,  memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Page 4: PERANAN SENI DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KOMPONEN TEKNOLOGI MAKLUMAT:

Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini.

Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di mana komponen utama teknologi

maklumat ialah komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan tahu-guna(know-how).

Ia boleh digambarkan seperti berikut:

1. TEKNOLOGI :

Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.

Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.

Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS danWindows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisianInternet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari.

Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu:

1. Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice.

2. Perisian Komersial / Sumber Tertutu Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk

membolehkan mereka melihat kod sumber tersebut.

Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang 

Page 5: PERANAN SENI DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistemtelefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti:

Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, 

Bluetooth, dsb Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, 

Radio dan Satelit

1. ORGANISASI:

Merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan, ia mempengaruhi pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut. Ia mungkin boleh dilihat dari sudut pentadbiran organisasi yang membahagikan organisasi kepada tiga bahagian iaitu peringkat operasi, taktikal dan strategik dimana setiap peringkat memerlukan sistem yang berbeza seperti rajah dibawah.

1. PENGGUNA:

Merupakan pengguna teknologi maklumat yang boleh dipecahkan kepada pengguna yang mengguna dan pengguna yang mentadbir maklumat tersebut.

Pengguna teknologi maklumat: Pengguna sistem yang tidak mentadbir sistem tersebut seperti kerani, jururuwang, pengurus, dsb

Pentadbir teknologi maklumat: Juruteknik komputer, pengurus teknologi maklumat, juru analisa sistem , pengaturcara program , dsb.....

PERANAN SENI DALAM ICT:

Menarik perhatian dan seterusnya mengekalkan tumpuan pengguna. Memudahkan proses komunikasi dan penyaluran idea atau mesej dilaksanakan. Meningkatkan keberkesanan proses komunikasi dan penyaluran idea atau mesej.

Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir (2006)