PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM...
Transcript of PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM...
Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM
Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018
45
PERANAN SYARIKAT FREIGHT & FORWARDING DALAM
MEMUDAHCARA PROSES IMPORT EKSPORT DI NEGERI KELANTAN
MALAYSIA
Mohd Azian bin Husin @ Che Hamat
Kolej Komuniti Pasir Mas
ABSTRAK
Kajian kes ini membincangkan peranan syarikat freight & forwarding dalam
memudahcara proses import eksport yang berkaitan dengan agensi Jabatan Perkhidmatan
Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di bawah Kementerian Pertanian dan Asas
Tani di Negeri Kelantan. Kajian kes ini menggunakan kaedah temu bual yang bersifat
kualitatif bagi mengumpul data deskriptif ke atas pengurus syarikat freight & forwarding
iaitu DLSB dengan melihat kepada aspek peranan freight & forwarding dan Maqis,
masalah yang dihadapi dan cadangan penambahbaikan kepada kelancaran proses import
eskport. Hasil dapatan kajian kes ini menunjukkan bahawa pihak Maqis perlu
mengeluarkan satu standard khusus untuk memudahkan proses penyelarasan kerja
dengan memaklumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada agen-agen freight &
forwarding yang terdapat di Negeri Kelantan khususnya yang berurusan dengan import
eksport produk dari Thailand. Selain itu pihak Maqis juga hendaklah memaklumkan
secara menyeluruh berkenaan penambahan kos-kos atau yuran yang terkandung dalam
proses pemeriksaan dan persampelan produk. Untuk melancarkan proses import dan
eksport, pihak pelanggan hendaklah merujuk kepada kementerian yang terlibat dari aspek
maklumat pendaftaran dan kadar bayaran sebelum berurusan dengan Maqis, agen freight
& forwarding dan Kastam. Kajian kes ini dapat memberi sumbangan dari segi idea dan
cadangan ke arah penambahbaikan berterusan sama ada pihak Maqis mahupun agen
freight & forwarding. Cadangan kepada pengkaji akan datang perlu melihat aspek
keberkesanan proses import eksport kalangan pelanggan yang menggunakan khidmat
Maqis dari aspek kepuasan pelanggan dan kualiti perkhidmatan.
Kata kunci: freight dan forwarding, import eksport, kitaran pembekalan.
ABSTRACT
This case study discusses the role of freight & forwarding companies in facilitating the
export import process related to the Malaysian Quarantine and Inspection Service
(Maqis) agency under the Ministry of Agriculture and Agro-based in Kelantan. This case
study used qualitative interviewing methods to collect descriptive data on freight and
forwarding companies, DLSB by looking at the aspects of freight & forwarding and
Maqis role, problems faced and suggestions for improvement on the smoothness of the
Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM
Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018
46
import and esport process. The findings of this case study show that the Maqis need to
issue a specific standard to facilitate the process of aligning the work by informing the
Standard Operating Procedures (SOP) to freight & forwarding agents located in
Kelantan, particularly those dealing with imported export of products from Thailand. In
addition, the Maqis shall also disclose in detail the incremental costs or fees incurred in
the process of inspection and sampling of the product. To launch the import and export
process, the customer must refer to the ministry involved in the registration information
and payment rates before dealing with Maqis, freight & forwarding agents and Customs.
This case study can contribute in terms of ideas and suggestions towards continuous
improvement either the Maqis or the freight & forwarding agency. Suggestions for future
researchers need to see the effectiveness of the export import process among customers
who use Maqis services from aspects of customer satisfaction and service quality.
Keywords: freight, forwarding, export import, supply chain
PENGENALAN
Logistik dan pengangkutan kebiasaannya dikaitkan dengan proses melancarkan
penghantaran barangan dalam negeri mahupun luar negeri. Walau bagaimanapun, apabila
urusan perdagangan dan pengangkutan telah mula berkembang sehingga peringkat
antarabangsa, justeru pengangkutan memerlukan syarikat freight & forwarding untuk
menguruskan proses pengiriman barangan agar lebih sistematik (rujuk rajah 1, berkenaan
dengan kebaikan syarikat freight & forwarding. Perkhidmatan freight & forwarding
menawarkan khidmat nasihat, penyediaan kertas kerja dan panduan untuk menguruskan
proses barangan door to door. Setiap pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih
kaedah yang sesuai dengan peruntukan seperti yang dicadangkan oleh syarikat freight &
forwarding. Syarikat kebiasaannya memilih aspek menjimatkan kos dan masa untuk
kepuasan pelanggan tanpa menggunakan vendor tunggal seperti berhubung secara terus
dengan syarikat trak, pengangkutan udara dan laut. Kajian kes ini akan membincangkan
peranan syarikat freight & forwarding dalam memudahcara proses import eskport melalui
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di bawah
Kementerian Pertanian dan Asas Tani di Negeri Kelantan.
Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM
Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018
47
Rajah 1
Kebaikan syarikat freight & forwarding
Latarbelakang kajian
Kajian kes ini membincangkan peranan syarikat freight & forwarding dalam melancarkan
proses import dan eksport bagi sempadan Malaysia – Thailand khususnya melalui agensi
Maqis. Jabatan ini berperanan untuk mengadakan perkhidmatan bersepadu yang
berhubungan dengan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen
kuarantin dan premis kuarantin dan pemerakuan bagi import dan eksport tumbuhan,
binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanah dan mikrooganisma dan termasuk
pemeriksaan dan penguatkuasaan yang berhubungan dengan makanan dan bagi perkara-
perkara yang berkaitan dengannya. Menurut Norhafizah & Norshamliza (2016), negara
Malaysia mengalami peningkatan dalam pengimportan makanan dari luar khususnya
daging lembu dan daging kambing yang menyumbang kepada imbangan perdangangan
makanan. Menurut statistik dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
peningkatan permintaan berlaku dari tahun 2010 berjumlah 3,568,000 tan metrik,
dijangka meningkat kepada 11,175,000 tan metrik pada tahun 2020. Defisit permintaan
untuk pengeluaran ternakan akan berlaku berjumlah 3,615,000 tan metrik kepada
14,790,000. Ini menunjukkan Malaysia amat bergantung kepada pengimportan produk
ternakan dari negara Australia, New Zealand, India dan Thailand untuk memastikan
bekalan daging memenuhi permintaan penduduk Malaysia. Proses pengimportan atau
pengeksportan akan melibatkan pihak Maqis sebagai jabatan yang mengawalselia proses
berkenaan. Justeru kajian kes ini melibatkan pemantauan dan temubual bersama pengurus
DLSB menunjukkan bahawa penubuhan Maqis mempunyai kesan pro dan kontra kepada
proses import mahupun eksport. Untuk menghuraikan kajian kes dengan lebih terperinci,
bab yang berikutnya akan membincangkan peranan DLSB, pernyataan masalah dan
kajian literatur.
Profil syarikat
Syarikat yang dijadikan sebagai kajian kes ini adalah sebuah syarikat perkhidmatan
logistik iaitu DLSB yang beralamat di Lot 2147, Taman Jaya Indah, 17200 Rantau
Panjang, Kelantan. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 11 September 2001 yang bertujuan
untuk menyediakan perkhidmatan sebagai agen import dan eskport yang dilantik oleh
Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM
Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018
48
Kastam Diraja Malaysia. Syarikat ini beriltizam untuk menjadi sebuah syarikat yang
relevan, berkualiti dan berdaya saing dalam menawarkan perkhidmatan dan jualan
produk kepada pelanggan. Syarikat ini bermatlamatkan untuk memberi perkhidmatan
logistik nasihat pertanian yang terbaik melalui penjualan produk-produk pertanian
bermutu tinggi dan juga menyediakan sewaan jentera berat industri yang terkini dan
efisien. Berikut merupakan perkhidmatan dan perniagaan yang dijalankan:
i. Perkhidmatan logistik dengan pelbagai kapasiti saiz.
ii. Agen berdaftar untuk import dan eskport oleh Kastam Diraja Malaysia.
iii. Perkhidmatan nasihat pertanian / pengimport / pembekalan input pertanian.
iv. Penyewaan kenderaan dan jentera berat.
Pernyataan masalah
Hasil pemantauan terhadap perjalanan syarikat DLSB menunjukkan beberapa masalah
dihadapi dalam aspek pengurusan berkaitan dengan import dan eskport yang dijadikan
sebagai kajian kes. Syarikat DLSB sebagai pemudahcara untuk melancarkan proses
import dan eskport barangan seperti haiwan, sayuran dan perikanan yang memerlukan
pemeriksaan dokumen lengkap khususnya melalui e-permit atau e-pelesenan atau e-sijil
3P yang perlu dipatuhi. Setelah pemeriksaan dokumen selesai, proses pemeriksaan fizikal
dan persampelan perlu dilakukan. Akibat daripada proses ini, menyebabkan berlaku
kelewantan dan penangguhan kepada proses import / eksport.
Antara kos yang perlu dibayar oleh pelanggan dalam proses import / eksport seperti
yuran pendaftaran permit, kos pemeriksaan fizikal, kos persampelan dan sijil pelesenan.
Kos tambahan adalah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Maqis, sekiranya berlaku
penangguhan dalam proses berkenaan seperti kos kuarantin atau sampel bermasalah akan
dikena caj tambahan yang bergantung kepada kos sehari. Justeru masalah ini menjadi
ketidakselesaan pelanggan dalam berurusan dengan pihak Maqis. Rajah 2 menunjukkan
carta alir proses pelaksanaan pemeriksaan barangan yang import atau eksport yang
dijadikan sebagai pernyataan masalah kajian kes ini.
Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM
Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018
49
Rajah 2
Carta alir proses pemeriksaan dokumen, pemeriksaan fizikal dan persampelan mengikut
garis panduan Maqis
Penubuhan Maqis juga dianggap sebagai mengambil alih peranan pihak-pihak dan
agensi-agensi kerajaan yang lain dalam proses pemeriksaan dan persampelan terhadap
produk dan barangan yang akan dieksport / diimport. Kebanyakan maklumat yang
diajukan oleh pelanggan kepada pihak Maqis kurang mendapat maklum balas, sering
tertangguh dan pegawai yang bertugas kurang yakin dengan maklumat yang ada. Ini
menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan mahupun agen yang berurusan dengan pihak
Maqis.
KAJIAN LITERATUR
Peranan Maqis
Maqis merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan agenda
melancarkan proses import atau eksport khususnya dalam produk makanan, ternakan,
perikanan, tumbuhan dan haiwan melalui pemeriksaan dokumen, fizikal dan persampelan
Tidak
- 10% dibuka secara
rambang
Pendaftaran e-
permit
(RM10.00)
Ya
Ya
Tidak
Tidak
Ya
1) Pemeriksaan Dokumen
2) Pemeriksaan Fizikal
3) Persampelan
Terima
Semak
- Dokumen import
- Daftar dalam e-permit /
e-pelesenan / e-sijil 3P
- Invois, Sijil kesihatan,
K1 , CITES dan SKP1 Lengkap
Periksa
Buka Bungkusan
Patuh
Tahan
(Larang
masuk /
Musnah)
Rawat
Sampel
Pelepasan
Patuh
- Spesis / kuarantin
- Borang penerimaan
sampel
- Serah ke makmal
- Patuh dan telah
diperiksa dan diberi
pelepasan
- No. pengenalan / Spesis
/ Jantina / Kuantiti
Kos
Pemeriksaan
(RM50.00)
- Bayaran untuk
sampel
bergantung
kepada jenis
haiwan (cth
RM2.00 utk
seekor)
- Sijil Pelesenan
(RM20.00)
Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM
Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018
50
untuk memastikan kualiti produk terkawal sebelum sampai kepada pengguna terakhir.
Menurut Ho & Vu (2014), Malaysia dan Thailand merupakan negara contoh oleh
kebanyakan negara Asean lain seperti Vietnam dalam amalan pengurusan yang baik dan
pematuhan korporat dalam Technical Barriers to Trade (TBT) dan Sanitary and
Phytosanitary (SPS) khusus kepada pengimportan industri pertanian.
Merujuk kepada tujuan penubuhan Maqis adalah seperti berikut:
Untuk memastikan industri pertanian Negara bebas dari ancaman perosak, penyakit
dan bahan cemar terhadap tumbuhan, binatang dan ikan melalui aktiviti kuarantin,
pemeriksaan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan.
Untuk memastikan bahawa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian,
tanih, mikrooganisma dan makanan yang diimport ke dalam dan dieksport ke luar
Malaysia mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan dan ikan dan
keselamatan makanan melalui penguatkuasaan undang-undang bertulis yang
berkaitan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin.
Untuk membantu pengeksport dalam segala isu berkaitan dengan laluan pasaran
dan pematuhan syarat-syarat negara pengimport melalui perkhidmatan yang
bersepadu; dan
Untuk menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui
penggunaan sumber yang lebih cekap dan bersepadu.
Merujuk kepada Seksyen 11 Akta Maqis, telah menggariskan komoditi yang dikenakan
permit adalah seperti berikut:
i. Binatang dan produk binatang import/eksport, ikan dan produk ikan
import/eksport, tumbuhan dan produk tumbuhan eksport.
ii. Bagi komoditi kawalan, permit diluluskan berdasarkan kebenaran daripada
Jawatan Kuasa Tadbir Permit dan Lesen.
iii. Syarat import ditentukan oleh Jabatan dasar (Jabatan Pertanian, Jabatan
Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, FAMA dan LKIM)
Semua komoditi ini diberi tempoh sah permit selama 30 hari atau 60 hari atau 90 hari.
Maqis juga merujuk kepada Akta 728 berkaitan dengan peraturan perkhidmatan kuarantin
dan pemeriksaan seperti berikut:-
i. Pendaftaran Pengimport, Pengeksport dan Ejen P.U.(A) 112
ii. Pengeluran Permit, Lesen dan Peraturan P.U.(A) 113
iii. Tatacara Kuarantin P.U.(A) 114
iv. Fi dan Caj P.U.(A) 115
v. Kuarantin dan Pemeriksaan P.U.(A) 116
vi. Syarat-syarat import/eksport dari Jabatan Dasar.
vii. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012
viii. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2012
ix. SOP yang berkaitan
Peranan Maqis di pintu masuk sempadan antara Malaysia – Thailand khususnya Rantau
Panjang adalah: -
i. Pengeluaran Permit Import/Eksport.
Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM
Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018
51
ii. Menahan Konsainan.
iii. Pemeriksaan Dokumen. (Permit Import/Export)
iv. Pemeriksaan Fizikal.
v. Pemeriksaan Bagasi Penumpang.
vi. Pemeriksaan Pengangkut.
vii. Pemeriksaan Mel dan Kiriman
viii. Pemeriksaan Transit
ix. Pengambilan Sampel dan Menghantar Sampel untuk Ujian dan Analisa
Makmal (PEQ).
x. Pengawasan Keatas Tindakan Rawatan.
xi. Pengawasan Tindakan Pemusnahan.
Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesis Terancam 2008 (Akta 686)
Kesinambungan daripada peranan Maqis, Malaysia telah menggubal mekanisma kawalan
berbentuk perundangan melalui Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis
Terancam (Akta 686) yang berkuatkuasa mulai 28 Disember 2009 rentetan daripada
konvensyen yang dikuatkuasakan ke atas Malaysia bermula pada 18 Januari 1988. Akta
ini digubal untuk mengawal pihak pengimport dan pengeksport daripada melakukan
kesalahan yang boleh disabitkan dengan pemerdagangan spesis terancam. Menurut akta
ini, jika disabitkan kesalahan orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu
ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan
haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi satu juta
ringgit pada agregatnya, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau
kedua-duanya. Pihak berkuasa Convention on International Trade in Endangered Species
(CITES) telah ditubuhkan untuk memantau penyeludupan binatang liar atau spesis
terancam yang diwakili oleh 175 kontrak dari seluruh negara.
Pelaksanaa akta ini amat bergantung kepada peranan staf Maqis tentang kesedaran
penggunaan CITES. Menurut Mulualem et al., (2017), kajian yang dibuat ke atas
kakitangan pentadbiran pusat pemeriksaan, menunjukkan bahawa garis panduan CITES
amat diperlukan oleh kakitangan dalam memantau pemerdagangan spesis terancam
mereka walaupun kadar penggunaan sebanyak 66.7%. Justeru menjadi peranan kerajaan
untuk meningkatkan kesedaran staf Maqis untuk memastikan staf menggunakan
sepenuhnya rujukan CITES dalam menjalankan tugas. Menurut kajian Challender (2015),
terdapat beberapa intervensi yang perlu dilakukan dalam memperkasakan pelaksanaan
CITES iaitu:
i. Faktor yang melemahkan urus tadbir perdagangan hidupan liar diperingkat
kebangsaan
ii. Menentukan kemampanan kadar penuaian untuk pengurusan penyesuaian spesis
CITES,
iii. Memperoleh pembelian dalam komuniti negeri untuk pelaksanaan CITES,
iv. Campur tangan pasaran berasaskan penawaran dan permintaan,
v. Cara menentukan perdagangan haram; dan
vi. Peranan politik dan pengaruh dalam CITES
Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM
Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018
52
Negara kita telah mengeluarkan garis panduan berkenaan peranan pihak berkuasa
pengurusan mengikut spesis dan kawasan yang ditetapkan (rujuk rajah 3). Manakala rajah
4 menunjukkan prosedur pemeriksaan import oleh Maqis.
Rajah 3
Jadual Pihak Berkuasa CITES (Sumber: Maqis 2017)
Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM
Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018
53
Rajah 4
Prosedur Pemeriksaan Import
Peranan Kastam
Syarikat DLSB merupakan agen berlesen kepada pihak Kastam dalam menyediakan
perkhidmatan penyediaan dokumen kastam yang perlu dipatuhi mengikut Akta Kastam
1967. Menurut Mirza (2016) kebanyakan agen Kastam telah menguatkuasakan amalan
pematuhan supaya ejen Kastam membayar duti import dan cukai yang sewajarnya serta
perlu mengikut sekatan dan pematuhan yang telah digariskan oleh Kastam. Pihak Kastam
juga perlu mengeluarkan satu standard professional untuk rujukan ejen Kastam yang
terdapat di Malaysia (Mirza, 2016).
Mengikut panduan pengimportan barangan melalui laut, udara dan darat adalah
menggunakan Borang Kastam No. 1, samada mengikrar sendiri atau melalui agen
penghantaran yang dibenarkan di bawah Seksyen 90 Akta Kastam 1967, berserta dengan
dokumen-dokumen sokongan. Pengikraran boleh dibuat menggunakan kemudahan Kedai
EDI atau melalui sistem Antaramuka SMK-DagangNet (SMK-DagangNet interface).
Bagi barangan yang berduti/bercukai yang diimport melalui laut dan udara pengikraran
hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh ketibaan barang menurut keperluan
Seksyen 78(1) Akta Kastam 1967. Bagi barangan yang berduti/bercukai yang diimport
melalui darat hendaklah diikrar dan dijelaskan duti/cukai semasa ketibaan. Duti/cukai
hendaklah dijelaskan dalam tempoh empat belas hari selepas diluluskan oleh Kastam.
Sekiranya pengikraran tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, pegawai kastam
yang hak boleh, dengan notis secara bertulis, menghendaki pengimport samaada dengan
sendiri atau melalui agennya supaya menyerahkan akuan pengimportan dalam tempoh
tiga hari dari penerimaan notis itu. Sekirannya pengakuan import gagal dibuat dalam
tempoh yang ditetapkan, Pegawai Kastam yang hak boleh menyita barangan menurut
peruntukan yang diberi di bawah seksyen 114 Akta Kastam 1967, dan melucut hak
Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM
Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018
54
menurut peruntukan yang diberi di bawah seksyen 126 Akta Kastam 1967, dan boleh
dilelong menurut peruntukan yang diberi di bawah seksyen 128 Akta Kastam 1967, untuk
mendapatkan jumlah duti/cukai yang terlibat. Bab yang berikutnya menerangkan kaedah
metodologi yang digunakan sepanjang kajian kes ini melalui teknik temubual.
KAEDAH METODOLOGI
Kajian kes adalah bersifat kualitatif dengan menggunakan teknik mengutip data deskriptif
melalui temu bual (Merriam & Tisdell, 2016). Penggunaan teknik temu bual
membolehkan penyelidik mengumpul pendapat, pemikiran, pandangan dan pengalaman
dalam bentuk pernyataan langsung daripada responden kajian. Kajian ini memilih temu
bual semi berstruktur sebagai cara mendapatkan data kerana ia lebih sistematik dan
terarah. Menurut Merriam & Tisdell (2016), teknik temu bual merupakan cara yang cepat
untuk mendapatkan maklumat yang banyak dalam satu masa yang singkat, sama ada
menggunakan teknik secara bersua muka, melalui telefon, dalam talian atau campuran
ketiga-tiga teknik. Pengutipan dan pengumpulan maklumat juga dibuat melalui rujukan
dokumen Kastam dan e-Permit yang digunakan oleh DLSB dalam proses import eksport.
Dokumen ini akan memperkukuhkan lagi data-data yang diperolehi dalam sesi temu bual.
Kajian kes ini menggunakan teknik temu bual dan bukti dokumen untuk dijadikan
sebagai kaedah metodologi. Temu bual telah dibuat bersama pihak pengurusan DLSB
iaitu En. Azlan bin Abdullah (Pengurus Pentadbiran & Kewangan). Rajah 5
menunjukkan carta alir pelaksanaan kajian kes ini.
Rajah 5
Carta alir pelaksanaan kajian kes
Mula
Pengumpulan bahan dan kajian literatur
Penyediaan Protokol Temubual
Sesi Temubual
Dapatan dan Perbincangan
Cadangan
Tamat
Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM
Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018
55
Protokol temubual
Soalan temubual adalah berdasarkan kepada aspek seperti berikut:
i. Peranan DLSB
Apakah peranan syarikat DLSB dalam membantu pelanggan dalam aspek import dan
eskport?
ii. Peranan MAQIS
Terangkan peranan Maqis dalam membantu syarikat sebagai pemudahcara pelanggan
dalam urusan import dan eskport.
iii. Permasalahan Pelanggan
Apakah masalah utama yang dihadapi oleh pelanggan apabila berurusan dengan Maqis?
iv. Cadangan Penambahbaikan
Berikan cadangan untuk penambahbaikan kepada pelaksanaan sistem kerja di Maqis.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan daripada temubual yang telah dijalankan menunjukkan aspek-aspek berikut yang
diberi perhatian adalah seperti peranan syarikat DLSB, peranan Maqis, permasalahan
pelanggan dan cadangan penambahbaikan.
Peranan DLSB
Syarikat DLSB berperanan sebagai agen perkhidmatan yang memudahcarakan pelanggan
dalam melancarkan import eksport barangan khususnya antara Malaysia dan Thailand.
Semenjak DLSB ditubuhkan hampir 17 tahun, syarikat ini mampu bertahan dengan
memberi khidmat agen freight dan forwarding berbentuk Door to Door untuk pelanggan
seperti import produk dari Thailand seperti buku-buku agama dan Al-Quran, kosmetik,
ikan, dan juga eksport kayu gergaji. DLSB juga menguruskan dokumen kastam melalui
e-declare dan juga e-permit untuk urusan Maqis (Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan
Pemeriksaan Malaysia).
DLSB juga menjalankan perkhidmatan seperti seafreight (Pelabuhan Klang) dan juga
airfreight (KLIA) mengikut kepada permintaan pelanggan. Namun kedua-dua jenis ini
bergantung kepada kos dan kesesuaian produk. Pihak DLSB akan memberi cadangan
yang sesuai dengan jenis produk dan kos yang sanggup dibayar oleh pelanggan. DLSB
juga menjalankan perkhidmatan sewa lori dan peralatan untuk keperluan pelanggan
dalam proses import dan eskport.
Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM
Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018
56
Peranan Maqis
Maqis merupakan jabatan yang mengumpul agensi-agensi dan kementerian seperti
Kementerian Kesihatan, Jabatan Vateriner, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perikanan dan
Jabatan Farmasi. Kesemua jabatan ini membantu melancarkan peranan Maqis dalam
meningkatkan kualiti dan pematuhan kepada import / eskport produk. Aktiviti yang
dijalankan oleh Maqis adalah seperti pemeriksaan dokumen, pemeriksaan fizikal produk /
haiwan / tumbuhan serta membuat persampelan.
Maqis telah mengeluarkan kadar yuran pengeluaran permit, caj dan fee haiwam serta caj
kuarantin kepada agen-agen freight dan forwarding untuk memudahkan proses
permohonan import eskport. Proses pemeriksaan dokumen dilakukan dengan menyemak
dokumen seperti invois, sijil kesihatan, K1, CITES dan SKP1. Setelah selesai proses
pemeriksaan dokumen, pemeriksaan fizikal akan dijalankan oleh Maqis dengan memilih
10% dari produk yang diimport / eskport untuk diperiksa. Setelah selesai proses
pemeriksaan, proses persampelan akan dibuat sekiranya produk tersebut berbentuk
perikanan dan makanan. Proses persampelan memerlukan masa sebelum sijil pelesenan
dikeluarkan. Setelah selesai proses persampelan, maka produk berkenaan boleh diberi
pelepasan dan sedia untuk diimport / eskport kepada pelanggan. Justeru peranan Maqis
amat penting untuk membantu memudahcara proses kerja di DLSB sebelum
memasukkan data dalam e-declare (Sistem Kastam) untuk proses seterusnya untuk import
dan eksport.
Permasalahan pelanggan
Masalah yang dihadapi apabila berurusan dengan Maqis adalah dari segi kadar dan yuran
yang dikenakan adalah pelbagai sehingga pihak agen sukar untuk mengenalpasti caj
berkenaan. Penetapan kadar dan caj adalah dikeluarkan oleh pihak Maqis namun
kebanyakan pelanggan tidak mengambiltahu berkenaan kadar dan caj. Pihak pelanggan
hanya menyerahkan urusan kepada pihak agen untuk menyelesaikan proses import /
eksport. Namun hakikatnya terdapat banyak kos, kadar dan yuran yang perlu ditanggung
oleh pelanggan.
Pihak Maqis juga mengenakan caj tambahan ke atas barangan yang mengalami masalah
dalam proses persampelan dan caj ini bergantung kepada kos sepanjang proses
persampelan dibuat. Penubuhan Maqis juga dianggap sebagai mengambil alih peranan
pihak-pihak dan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam proses pemeriksaan dan
persampelan terhadap produk dan barangan yang akan dieksport / diimport. Kebanyakan
maklumat yang diajukan kepada pihak Maqis kurang mendapat maklum balas. Terdapat
juga maklumat yang ditanya disambungkan kepada pihak agensi lain. Ini menimbulkan
kekeliruan kepada pelanggan mahupun agen yang berurusan.
Cadangan penambahbaikan
Pihak Maqis perlu menyelaraskan proses kerja dengan memaklumkan Prosedur Operasi
Standard (SOP) kepada agen-agen freight dan forwarding yang terdapat di Malaysia
Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM
Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018
57
khususnya yang berurusan dengan import / eksport produk dari Thailand. Maqis juga
hendaklah memaklumkan secara menyeluruh berkenaan penambahan kos-kos atau fee
yang terkandung dalam proses pemeriksaan dan persampelan produk. Ini mampu
membantu agen dan juga pelanggan dalam membuat anggaran kos sebelum meneruskan
proses import atau eksport. Peranan pihak agen freight dan forwarding untuk
menyediakan maklumat lengkap berkenaan dengan urusan bersama Maqis dan
memastikan info terkini diselaraskan dari masa ke semasa.
Secara keseluruhannya bahagian ini telah membincangkan dapatan daripada sesi
temubual dengan seorang pengurus DLSB berkenaan aspek seperti peranan syarikat,
Maqis, permasalahan pelanggan dan juga cadangan penambahbaikan ke arah yang lebih
baik dalam pengurusan import / eskport. Bahagian yang terakhir membincangkan
cadangan yang sesuai untuk meningkatkan peranan Maqis sebagai jabatan yang
melancarkan proses import / eksport barangan dan peranan DLSB sebagai agen freight
dan forwarding atau pemudahcara.
CADANGAN DAN KESIMPULAN
Kajian kes ini mencadangkan beberapa tindakan yang perlu dilakukan pada masa
hadapan. Antaranya ialah pihak DLSB merupakan agen dan konsultan kepada pelanggan
yang memerlukan perkhidmatan pengimportan / pengeksportan barangan ke luar negara.
Pihak agen memerlukan info terkini yang berkaitan dengan proses import / eskport
melalui Maqis dari masa ke semasa. Pihak Maqis perlu menyelaraskan proses kerja
dengan memaklumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada agen-agen freight dan
forwarding yang terdapat di Malaysia khususnya yang berurusan dengan import / eksport
produk dari Thailand.
Peranan Maqis juga hendaklah memaklumkan secara menyeluruh berkenaan penambahan
kos-kos atau fee yang terkandung dalam proses pemeriksaan dan persampelan produk. Ini
mampu membantu agen dan juga pelanggan dalam membuat anggaran kos sebelum
meneruskan proses import atau eksport dan juga mengelak daripada berlaku penangguhan
dan kelewatan proses berkenaan. Untuk melancarkan proses import / eksport, pihak
pelanggan hendaklah merujuk kepada kementerian yang terlibat dari aspek maklumat
pendaftaran dan kadar bayaran contohnya untuk mengeksport lembu dan haiwan ternakan
perlu merujuk kepada Kementerian Pertanian & Asas Tani (Jabatan Veteriner) dan
Kementerian Kesihatan. Apabila dokumen dan maklumat sudah diperolehi, ini akan
memudahkan pihak agen meneruskan proses pendaftaran dengan pihak Kastam dan pihak
MAQIS.
Secara keseluruhannya peranan agen freight dan forwarding yang terdapat di Malaysia
adalah amat penting dalam melancarkan proses pengimportan / pengeksportan barangan
ke luar negara. Agen merupakan konsultan yang membantu Maqis untuk menjadi
pemudahcara kepada pelanggan melaksanakan proses import / eskport. Melalui kajian
kes ini dapat memberi penerangan dan penjelasan berkenaan dengan peranan Maqis dan
juga agen dalam membantu meningkatkan kualiti kerja khususnya proses pengimportan /
Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM
Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, March 5, 2018
58
pengeksportan. Kajian kes ini dapat memberi sumbangan dari segi idea dan cadangan ke
arah penambahbaikan berterusan sama ada pihak Maqis mahupun agen freight dan
forwarding.Untuk kajian yang akan datang perlu untuk melihat aspek keberkesanan
proses import eksport kalangan pelanggan yang menggunakan khidmat Maqis dari aspek
kepuasan pelanggan dan kualiti perkhidmatan.
RUJUKAN
Challender, D.W.S., Harrop, S.R. & MacMillan, D.C. (2015). Towards informed and
multi-faceted wildlife trade interventions. Global Ecology and Conservation, 3,
129-148.
Ho, N.T. & Vu, N.K. (2014). Improving the compliance of Vietnamese export with
importing WTO member SPS/TBT measures: Learning experiences from
Malaysia and Thailand. Global Trade and Customs Journal, 9(4). 74-86.
Merriam, S.B & Tisdell, E.J. (2016). Qualitative Research: A Guide to Design and
Implementation (4th Edition). Jossey-Bass Publishers, San Francisco.
Mirza, M. (2016). Import tax compliance: a study of customs agents in Malaysia utilising
the theory of planned behaviour. PhD thesis, University of Nottingham. Retrieved
from
website:http://eprints.nottingham.ac.uk/33450/1/Customs%20Agents%20Complia
nce_Thesis_Mirza.pdf.
Mulualem, G., Mesfin, M., Alene, N., Nigussie, H., Tesfahunegny, W. & Yirga, G.
(2017). Knowledge, attitude and practice of custom staffs on illicit wildlife
trafficking in four checkpoints of Northeastern Ethiopia. 12(4). 82-91.
Norhafizah, S. & Norshamliza, C. (2016). Agricultural policies effect on livestock
industry – perspectives from Malaysia and New Zealand. International Journal of
Agriculture, Forestry and Plantation, 2, 77-83.
http://www.Maqis.gov.my
http://www.customs.gov.my
http://www.slideshare.net/LillyandAssociates/why-use-a-freight-forwarder.