Peranan Teknologi Komputer Dalam Membantu Proses P

download Peranan Teknologi Komputer Dalam Membantu Proses P

of 11

Transcript of Peranan Teknologi Komputer Dalam Membantu Proses P

  • 8/12/2019 Peranan Teknologi Komputer Dalam Membantu Proses P

    1/11

    Peranan Teknologi Komputer Dalam

    Membantu Proses P&P Di Bilik Darjah

    AbstrakTransformasi sistem pendidikan di abad ke-21 ini menuntut warga

    pendidik di seluruh dunia untuk menguasai teknologi maklumat dan

    komunikasi (ICT) secara optimum kerana keupayaan ICT dalam

    menambahbaik sistem pendidikan sudah terbukti dan seolah-seolah

    sudah menjadi satu kayu pengukur untuk menentukan standard

    pendidikan di setiap institusi pendidikan. Teknologi komputer khususnya,

    merupakan salah satu cabang utama ICT yang tidak dapat dinafikan

    sangat berupaya untuk membantu guru meningkatkan proses

    pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran pelajar. Boleh

    dikatakan bahawa peranan utama teknologi komputer dalam pendidikan

    adalah untuk membantu memperbaiki keseluruhan keberkesanan

  • 8/12/2019 Peranan Teknologi Komputer Dalam Membantu Proses P

    2/11

    proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan perkataan lain, para guru

    harus inovatif dalam mengaplikasikan teknologi komputer terutamanya

    dalam menyelesaikan masalah atau kesukaran yang dihadapi semasa

    proses pengajaran dijalankan dalam bilik darjah.

    Teknologi dalam bidang pendidikan telah dibuktikan dapat

    meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong

    pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat

    unik, dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier, 2003).

    Teknologi komputer khususnya merupakan teknologi yang sangat

    berkait rapat dengan sistem pendidikan jika dibanding teknologi lain dan

    dilihat mampu memberi impak yang besar kepada para guru

    terutamanya dalam mengatasi masalah yang timbul semasa

    pembelajaran di bilik darjah.Oleh yang demikian, artikel ini akan menghuraikan dengan lebih

    lanjut tentang jenis-jenis kesukaran yang dihadapi oleh para guru

    sewaktu pengajaran di bilik darjah dan melihat bagaimana teknologi

    komputer dapat membantu mereka dalam menyelesaikan masalah

    tersebut dengan lebih efektif. Seterusnya, setiap permasalahan yang

    timbul akan dirungkai dengan menggunakan analisis SWOT[1]untuk

    melihat sejauh mana saranan dan konklusi yang diberikan mampu

    dipraktik dan dilestarikan ke dalam dunia pendidikan sebenar.

    http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftn1http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftn1http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftn1
  • 8/12/2019 Peranan Teknologi Komputer Dalam Membantu Proses P

    3/11

    Masalah Pengajaran di Dalam Bilik DarjahAntara masalah utama yang dikenalpasti adalah kaedah

    penyampaian guru yang kurang menarik dan kekurangan bahan alat

    bantu mengajar seperti yang dinyatakan Stallard (1998) dalam kajiannya

    menyatakan bahawa keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut

    tidak berkesan ialah kurangnya persediaan guru untuk membangunkan

    pengajaran yang berbantukan komputer. Sesetengah guru gagal

    memilih dan menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang

    dapat menarik dan mengekalkan minat murid kepada perkara yang

    disampaikan oleh guru. Hasilnya, murid menjadi bosan, tidak

    menumpukan perhatian dan menimbulkan masalah disiplin.

    (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007). Kedua, masalah komunikasi yang kurang berkesan antara guru

    dan murid sewaktu sesi P&P dijalankan. Dalam konteks bilik darjah,

    waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh

    itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak

    bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya

    seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan

    berfikir. Anderson dan Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986)

    dalam kajiannya menunjukkan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku

    guru apabila berinteraksi dengan murid-murid sewaktu mengajar dalam

    bilik darjah, iaitu jenis dominatif[2]dan intergratif[3].

    http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftn2http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftn2http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftn3http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftn3http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftn3http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftn3http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftn2
  • 8/12/2019 Peranan Teknologi Komputer Dalam Membantu Proses P

    4/11

    Ketiga, hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang

    mesra juga merupakan kekangan dalam menyampaikan pengajaran

    berkesan. Menurut Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md.

    Yusoff 2006, menyatakan bahawa tugas guru bukan bersifat statik dan

    hanya tertumpu kepada objektif akademik sahaja.Antara kelebihan

    apabila wujud hubungan baik antara guru dan pelajar ialah akan

    melahirkan persahaman yang baik antara mereka serta wujud rasa

    percaya mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif kepada

    proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mewujudkan suasana

    yang lebih interaktif dan ini dapat dibantu oleh media komputer.Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar

    yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan

    kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan

    pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan,

    memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai

    dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu,

    selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga

    harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya

    menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang

    bermakna.

  • 8/12/2019 Peranan Teknologi Komputer Dalam Membantu Proses P

    5/11

    Peranan Teknologi Komputer Dalam Menyelesaikan Masalah Yang

    Dinyatakan di Atas

    Teknologi komputer dalam pendidikan bertujuan untuk

    mewujudkan satu suasana yang kondusif bagi pengajaran dan

    pembelajaran. Penggunaan teknologi boleh memberi pengalaman

    sebenar yang dapat merangsang aktiviti sendiri di kalangan pelajar dan

    membina pemikiran yang berterusan. Laurillard (1992) berpendapat

    bahawa kaedah simulasi[4]dan bantuan komputer dapat meningkatkan

    tahap pemahaman pelajaran dengan mudah. Integrasi teknologi

    komputer dalam p & p memberikan peluang kepada guru

    memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid

    berdasarkan aktiviti masalah sebenar dan meletakkan murid sebagai

    penyelesai masalah (Rosenberg, 2001). Interaksi antara murid dan guru

    juga akan bertambah dan ini akan menyebabkan guru tersebut mudah

    didekati oleh murid.

    http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftn4http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftn4http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftn4http://2.bp.blogspot.com/-Is0lxtDymcw/UD1tpGiiUFI/AAAAAAAAM_o/s8Xh1aKW83A/s1600/tutorial1.pnghttp://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftn4
  • 8/12/2019 Peranan Teknologi Komputer Dalam Membantu Proses P

    6/11

    Teknologi komputer mampu memudahkan kerja seseorang guru

    dalam penyampaian maklumat. Penggunaan bahan teknologi

    pendidikan yang boleh dilihat dan menghasilkan bunyi dan suara telah

    didapati memberikan banyak faedah seperti melicinkan lagi proses

    pengajaran dan pembelajaran. Sistem multimedia berasaskan komputer

    membolehkan pencapaian maklumat yang bersesuaian (Mauer, 1993)

    dan memberikan kebaikan dari aspek interaksi pengguna melalui

    dokumen dalam perisian multimedia yang boleh dikorelasikan dengan

    mana-mana aplikasi dalam komputer di samping kombinasi video dan

    audio dengan teks dan grafik[5](Fisher, 1994).Selain itu,teknologi komputer berguna dalam menjadikan pendidikan

    lebih produktif. Heinich (1993) menyatakan komputer berkemampuan

    untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak.

    Penggunaannya juga akan memberikan kelainan(variasi) kepada

    kaedah mengajar, misalnya dengan menggabungkan kaedah dan alat

    (misalnya penggunaan perisian pembelajaran). Penggunaan teknologi

    dalam pendidikan akan mempercepatkan kadar pengajaran dan

    kurikulum dapat diselesaikan mengikut perancangan.Kajian turut mendapati pembelajaran menggunakan komputer

    dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan masa

    pengajaran (Schaumburg & Issing, 2002; Tuldoziecki & Herzig, 2002).

    Unsur interaktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah,

    http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftn5http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftn5http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftn5
  • 8/12/2019 Peranan Teknologi Komputer Dalam Membantu Proses P

    7/11

    pantas, selesa, murah, mudah mengingat, memindah serta

    mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikutgaya

    pembelajaran mereka (Alessi & Trollip, 2001). Sesuatu masalah dapat

    diulangkaji dengan berulangkali dan kemampuan mereka dapat

    diukur.Oleh itu, multimedia membolehkan pelajar mengulangi pelajaran

    secara sendirian dan juga membantu pelajar-pelajar mendapat kesan

    pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang

    minimum

    Analisis SWOTKeberkesanan teknologi komputer dalam membantu

    menyelesaikan masalah pengajaran dalam bilik darjah dapat dianalisis

    menggunakan analisis SWOT yang terdiri daripada empat komponen di

    bawah:i. Kekuatan

  • 8/12/2019 Peranan Teknologi Komputer Dalam Membantu Proses P

    8/11

    Komputer dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam

    pengajaran. Pelajar boleh belajar mengikut kadar kecepatan proses

    pembelajaran masing-masing

    Ciri-ciri komputer yang lebih mesra,tidak jemu Atribut media yang terdapat dalam bahan ini seperti

    warna,muzik,animasi Pembelajaran berasaskan komputer dapat meningkatkan

    pencapaian pelajar Komputer juga dapat menyediakan pembelajaran yang konsisten

    dan terjamin.

    ii. Kelemahan Kos pembelian perkakasan komputer dan alat tambahan yang tinggi Tidak terdapat banyak perisian yang berkualiti untuk digunakan

    dalam pengajaran. Perisian yang dihasilkan juga menghadapi masalah keserasian dari

    segi sistem pengoperasian dan ruang ingatan. Kos membeli atau membuat perisian komputer adalah tinggi.iii. Kesempatan Para guru terdorong oleh faktor keperluan akademik, minat,

    persekitaran dan imej. Dorongan dan insentif daripada Pihak Kementerian Pelajaran

  • 8/12/2019 Peranan Teknologi Komputer Dalam Membantu Proses P

    9/11

    Sokongan daripada pihak organisasi seperti daripada pengurusan

    atasan Motivasi untuk membangunkan diri

    iv. Tentangan Masa tidak mencukupi, Jadual terlampau padat Peralatan di Pusat Sumber Sekolah tidak diselenggarakan dengan

    baik Kemahiran merancang, memilih, menggunakan media instruksi Tidak ada elaun untuk penggunaan Media

    Kesimpulan

    Kesimpulannya, bagi menjayakan integrasi teknologi komputer

    yang lebih optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ianya

    memerlukan sokongan padu dari kalangan guru, pentadbiran dan juga

    kementerian. Faktor penghalang integrasi teknologi dalam pendidikan ,

    perlu diberi perhatian dalam memastikan bidang akademik tidak

    keciciran dari mengikuti geombang arus ICT. Oleh yang demikian,

    sebagai petanda permulaan yang serius, guru perlulah diberi ilmu

    pengetahuan dan panduan supaya mereka berkemampuan boleh

    menggunakan segala kemudahan dan bahan-bahan teknologi

  • 8/12/2019 Peranan Teknologi Komputer Dalam Membantu Proses P

    10/11

    pendidikan terkini. Ini membolehkan guru lebih bersedia menghadapi

    cabaran dan kemajuan yang pesat dalam perkembangan teknologiRujukanAlessi, S.M. & Trollip,S.R.(2001). Multimedia for learning: Methods and

    Development.Massachusetts: Allyn & Bacon.

    Heinich (1993) The school development plan for IT in B. Tagg(ed),Developing

    a whole-school IT policy . m.s. 51 - 71. London: Pitman.Heppell, S. (1993) Teacher Education, Learning and the Information

    Generation: theprogression and evolution of education computing against abackground of

    change, Journal of Information Technology for TeacherEducation, 2, pp. 229-

    238.Laurillard, D. (1992). Learning through collaborative computersimulations.British

    Journal of Educational Technology, 23, 164-171.Mc Lellan (1991). Teachers and classroom management in a computerlearningenvironment. International Journal of Instructional Media, 18(1), 19-27.Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986). Pengurusan Bilik darjah: InteraksiGuru-Murid Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guruagama Islam, KPM: Bahagian Agama Islam.Rosenberg, J.M., (2001). E-learning: Strategies for deleveringknowledge in the

    digital age. U.S.A: McGraw-HillSchaumburg, H. & Issing,L.J. (2002). Lernen mit Laptop. Dalam

    Alexandra, W., Jutta,K.B.,Siegmund, A. The Computer as a learning aid and tool inGeography

    schooling in Germany and at the University of EducationHeidelberg. Dimuat

  • 8/12/2019 Peranan Teknologi Komputer Dalam Membantu Proses P

    11/11

    turundaripada http://www.heredot.net/conferences/brno2005/book3-ICT.pdf.Shahabuddin Hashim, Rozihani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad.(2007). Strategi dan teknik mengajar berkesan. Kuala Lumpur:

    PTS Professional Publishing Sdn. Bhd

    Stallard, C. (1998) . Factors that influence the integration of technologyinto the secondary

    curriculum.http://ed.info.apple.com/education/techlearn/adapt/adaptfactors.html.Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh BahasaMelayu.Dewan Bahasa,

    7(2), 32-35.

    [1]Analisis SWOT (KLAP) adalah teknik asas yang selalu digunakandigunakan untuk memastikan strategi yangdigubal itu benar-benar berkemampuan untuk merealisasikan objektif,misi dan visi organisasi.[2]Menentukan secara terperinci segala gerak geri murid[3]Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalammasa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas[4]mengajuk/meniru keadaannya atau suasananya seolah-olah betulatau hampir sama dengan keadaan sebenar[5]persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan sepertidinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama,pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan

    http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftnref1http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftnref1http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftnref2http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftnref2http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftnref3http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftnref3http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftnref4http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftnref4http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftnref5http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftnref5http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftnref5http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftnref4http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftnref3http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftnref2http://c/Users/Amjad/Downloads/Assignment%20Mak%20Anjang/ICT%20dan%20guru.docx%23_ftnref1