Peranan yang dimainkan oleh pusat

3
PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU- ISLAM SEPERTI PASAI, MELAKA, ACHEH, JOHOR-RIAU, KELANTAN DAN TERENGGANU DALAM PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DI WILAYAH NUSANTARA Pengenalan Alam Melayu Alam Melayu merupakan kawasan yang turut dikenali sebagai ‘Nusantara’. Ia merujuk kepada negara-negara Asia Tenggara iaitu kepulauan-kepulauan Indonesia, Malaysia dan Filipina. Konsep Alam Melayu yang dipakai oleh UNESCO mengambil kira seluruh rumpun Melayu Polonesia dari Pulau Malagasi di sebelah barat dan Pulau Paskah di timur, Pulau Formosa, Hawaii di utara serta kepulauan Indonesia dan New Zealand di sebelah selatan. Alam Melayu terkenal sebagai ‘Mutiara Timur’. Muka buminya subur dengan pelbagai flora dan fauna serta menyimpan pelbagai khazanah sumber ekenomi di perut bumi dan di dasar lautnya. Di persadanya pelbagai kelompok etnik manusia hidup bersama. Ini menjadikan alam Melayu sebagai ‘Taman Kesuma Wicitra’ atau ‘Taman Aneka Bunga’ yang melahirkan falsafah kepelbagaian budaya dalam satu rumpun Melayu yang besar.Dari perspektif sejarah, tamadun Melayu telah berusia lebih 5000 tahun dengan mengambil kira Tamadun Melayu Deutro yang wujud sekitar 3000 tahun sebelum masihi. Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara atau dikenali sebagai Nusantara. Istilah Melayu boleh ditakrifkan berdasarkan rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu tergolong di dalam cabang Melayu- Indonesia. Cabang Melayu Indonesia terangkum pula di dalam Rumpun Bahasa Austronesia daripada Keluarga Bahasa Austric. Definisi Tamadun Berbagai-bagai definisi dan takrif yang diberikan tentang maksud Tamadun. Begitupun menurut Ibnu Khaldun, dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminologi al- umran dan al-hadharah dalam abad ke 14 yang membawa maksud sekumpulan manusia yang

Transcript of Peranan yang dimainkan oleh pusat

Page 1: Peranan yang dimainkan oleh pusat

PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU-

ISLAM SEPERTI PASAI, MELAKA, ACHEH, JOHOR-RIAU, KELANTAN DAN

TERENGGANU DALAM PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DI

WILAYAH NUSANTARA

Pengenalan Alam Melayu

Alam Melayu merupakan kawasan yang turut dikenali sebagai ‘Nusantara’. Ia merujuk

kepada negara-negara Asia Tenggara iaitu kepulauan-kepulauan Indonesia, Malaysia dan

Filipina. Konsep Alam Melayu yang dipakai oleh UNESCO mengambil kira seluruh rumpun

Melayu Polonesia dari Pulau Malagasi di sebelah barat dan Pulau Paskah di timur, Pulau

Formosa, Hawaii di utara serta kepulauan Indonesia dan New Zealand di sebelah selatan.

Alam Melayu terkenal sebagai ‘Mutiara Timur’. Muka buminya subur dengan pelbagai

flora dan fauna serta menyimpan pelbagai khazanah sumber ekenomi di perut bumi dan di

dasar lautnya. Di persadanya pelbagai kelompok etnik manusia hidup bersama. Ini

menjadikan alam Melayu sebagai ‘Taman Kesuma Wicitra’ atau ‘Taman Aneka Bunga’ yang

melahirkan falsafah kepelbagaian budaya dalam satu rumpun Melayu yang besar.Dari

perspektif sejarah, tamadun Melayu telah berusia lebih 5000 tahun dengan mengambil kira

Tamadun Melayu Deutro yang wujud sekitar 3000 tahun sebelum masihi.

Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia

yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu

wilayah di Asia Tenggara atau dikenali sebagai Nusantara. Istilah Melayu boleh ditakrifkan

berdasarkan rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu tergolong di dalam cabang Melayu-

Indonesia. Cabang Melayu – Indonesia terangkum pula di dalam Rumpun Bahasa Austronesia

daripada Keluarga Bahasa Austric.

DDeeffiinniissii TTaammaadduunn

BBeerrbbaaggaaii--bbaaggaaii ddeeffiinniissii ddaann ttaakkrriiff yyaanngg ddiibbeerriikkaann tteennttaanngg mmaakkssuudd TTaammaadduunn.. BBeeggiittuuppuunn

mmenurut Ibnu Khaldun, dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminologi al-

umran dan al-hadharah dalam abad ke 14 yang membawa maksud sekumpulan manusia yang

Page 2: Peranan yang dimainkan oleh pusat

tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya

merintis kemajuan,kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.

KKeeddaattaannggaann IIssllaamm kkee NNuussaannttaarraa

Kedatangan Islam ke Nusantara telah dikemukakan oleh para sarjana melalui tiga teori

mengenainya. John Crawford menyatakan bahawa Islam dibawa terus dari Semenanjung

Tanah Arab pada kurun ke-7, melalui kegiatan perdagangan orang Arab dengan Kepulauan

Melayu sejak sebelum munculnya Islam di Tanah Arab. Teori ini turut disokong oleh

Niemann dan de Hollander.Tulisan Marco Polo menyatakan Perlak menerima Islam yang

pertama di Nusantara, manakala Tom Pires berpendapat Aru yang lebih awal menerima Islam.

Teori kedua menyatakan Islam dibawa ke Tanah Melayu dari negeri China melalui Canton

dan Hainan pada kurun ke-9. Teori ini dipelopori oleh penulis Sepanyol, Emanuel Godinho de

Erdia. Teori ini berdasarkan kepada penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di

Brunei pada tahun 1048, di Laren Jawa bertarikh 1082, dan di Terengganu pada 1303. Teori

ketiga pula bependapat kedatangan Islam adalah dari India melalui Gujerat. Teori ini

dikemukakan oleh seorang sarjana Belanda, Pijnappel dan diperkuatkan olah Snouck

Hurgronje dan J.P.Moquette. Teori ini menyatakan wujudnya persamaan batu nisan yang

ditemui di Pasai iaitu batu nisan Sultan Malik al-Saleh bertarikh tahun 1297 dan batu nisan

Maulana Malik Ibrahim di Grisek Jawa. Pada umumnya terdapat tiga teori utama tentang

kedatangan Islam ke Melaka iaitu Islam dari India1, Islam dari China

2 dan Islam dari

Arab serta Parsi.3

PPeerraannaann ppuussaatt--ppuussaatt ttaammaadduunn MMeellaayyuu__IIssllaamm ddii NNuussaannttaarraa

Peranan pusat-pusat tamadun Melayu-Islam dalam menyebarkan agama Islam pula telah

dijalankan oleh para pedagang melalui perkahwinan dengan wanita tempatan.Parameswara

memeluk Islam setelah berkahwin dengan puteri Islam Pasai dan selepas itu Islam dianuti

oleh golongan istana, pembesar dab rakyat jelata. Begitu juga melalui golongan bangsawan

yang memeluk Islam dan menyebarkannya kepada masyarakat tempatan. Para mubaligh,

pendakwah, ulama, dan ahli sufi juga turut memainkan peranan dengan menyebarkan Islam

secara hikmah dan akhlak yang mulia, rasional dan bijaksana. Dengan itu muncullah

1 Pendukung teori ini ialah S.Q. FAtimi, Morison Harison, R.A. Kern dan Snouck Hugronje.

2 Pendukung teori ini ialah Emanuel Eredia dan Paul Wheatley.

3 Pendukung teori ini ialah John Crawford, Syed Naquib al-Attas, Hamka dan Hossein Djajaningrat.

Page 3: Peranan yang dimainkan oleh pusat

kerajaan-kerajaan Melayu Islam seperti Perlak-Samudera-Pasai (840) dan kemudianya

kerajaan Islam Acheh (1507), Minangkabau (1500) di Sumatera, Kesultanan Melayu Melaka

(1400-1511), Kerajaan Johor-Riau-Lingga(1673), Patani di Selatan Thailand(1500),

Brunei(1480), Sambas(1580); Demak(1450), Bantan(1572), Sunda Kelapa(1527) dan

Mataram (1586) di Pulau Jawa, Makasar (1600), Sulu(1450) dan Magindanao(1490) di

Indonesia Timur. Kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini telah memainkan peranan

penting menyebarkan agama Islam di Nusantara, melalui istana yang berperanan memberi

naungan kepada Islam.