Perancangan Akademik JKP_212 2013-14 terkini.pdf

7
- 1 - Perancangan Akademik JKP 212 HUBUNGAN ANTARABANGSA Sidang Akademik 2013/2014 KELAS SIDANG VIDEO Sidang Video TARIKH Pusat Wilayah Masa Perjumpaan 1 Perjumpaan 2 Perjumpaan 3 Perjumpaan 4 Perjumpaan 5 (Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang Akademik 2013/2014)

description

Biarpun desas-desus sebelum ini menamakan jurulatih Kelantan Bojan Hodak sebagai pilihan utama menerajui pasukan kelab itu, namun ia terpaksa dilupakan selepas pengurusan T-Team yang melakukan beberapa rundingan dengan jurulatih berusia 42 tahun itu menemui jalan buntu. Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Ab Rasid Jusoh berkata, walaupun memiliki beberapa lagi senarai nama yang akan mengisi kekosongan jawatan itu, setakat ini pengurusan bersetuju menerima Azraai sebagai ketua jurulatih T-Team bagi musim 2014. “Memang Azraai kini masih menjadi jurulatih pasukan Perak tapi khidmatnya dengan pasukan itu bagi musim ini dipendekkan dan beliau bebas membuat keputusan untuk menyertai pasukan baru musim depan.“Kita juga sudah menghubungi dan membuat rundingan dengannya di Kuala Lumpur baru-baru ini dan hasil rundingan itu, ia mungkin selamat untuk kita menguar-uarkan Azraai Khor sebagai peneraju T-Team musim depan,” katanya.

Transcript of Perancangan Akademik JKP_212 2013-14 terkini.pdf

Page 1: Perancangan Akademik JKP_212 2013-14 terkini.pdf

- 1 -

Perancangan Akademik

JKP 212 HUBUNGAN

ANTARABANGSA

Sidang Akademik 2013/2014

KELAS SIDANG VIDEO

Sidang Video

TARIKH Pusat Wilayah

Masa

Perjumpaan 1

Perjumpaan 2

Perjumpaan 3

Perjumpaan 4

Perjumpaan 5

(Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang Akademik 2013/2014)

Page 2: Perancangan Akademik JKP_212 2013-14 terkini.pdf

- 2 -

JKP 212/4 - HUBUNGAN ANTARABANGSA PENGURUS KURSUS: DR. NORRAIHAN ZAKARIA (a) Matlamat: * Memahami asas hubungan antarabangsa ialah kerjasama atau konflik

antara negara-negara bangsa (nation states). Peperangan Dunia Pertama dan Peperangan Dunia Kedua terjadi ekoran daripada beberapa sebab seperti perbalahan industri dan rebutan tanah jajahan antara negara-negara kuasa besar. Hal ini merupakan titik tolak yang menyebabkan politik dalaman sesebuah negara bangsa menjadi ‘politik sedunia’.

* Memahami hubungan antarabangsa tidak hanya melibatkan hubungan

antara negara-negara kuasa besar sahaja. Hubungan antarabangsa juga membabitkan hubungan antara negara kuasa besar dengan negara kecil mahupun antara negara kecil dengan negara kecil. Hal ini dapat dilihat dari segi pakatan kuasa dalam organisasi antarabangsa dan organisasi serantau.

* Memahami politik kebangsaan atau politik dalaman sesebuah negara

berkait rapat dengan politik antarabangsa. Sebagai contoh, kegiatan penyangak matawang yang memanipulasi dan melancarkan ‘perang’ kewangan telah mengakibatkan nilai matawang beberapa negara jatuh menjunam. Kegiatan ini merubah bentuk pemerintahan di negara-negara yang terlibat apabila syarikat-syarikat tempatan diambil-alih oleh korporat gergasi antarabangsa.

* Menghayati konsep-konsep disiplin hubungan antarabangsa supaya

dapat diperguna untuk menilai atau menganalisa isu-isu antarabangsa secara kritis dan bijak.

(b) Struktur Kursus Kursus ini dibahagikan kepada empat modul dan isi kandungan modul-

modul adalah seperti berikut: Modul 1: Perkara-perkara Asas 1. Konsep-konsep asas dalam kajian hubungan antarabangsa 2. Pendekatan-pendekatan dalam mengkaji hubungan antarabangsa Modul 2: Pencorakan Sistem Antarabangsa 1. Aktor-aktor antarabangsa 2. Struktur-struktur sistemik 3. Undang-undang antarabangsa 4. Nilai-nilai antarabangsa 5. Kenapa sistem antarabangsa membawa tren anarki?

Page 3: Perancangan Akademik JKP_212 2013-14 terkini.pdf

- 3 -

Modul 3: Pembentukan dan Perubahan Dasar Luar 1. Matlamat-matlamat dasar luar 2. Orientasi, strategi dan tindakan 3. Alat-alat dasar luar 4. Sumber-sumber dasar luar Modul 4: Konflik Antarabangsa 1. Jenis dan bentuk konflik antarabangsa 2. Peperangan 3. Perlumbaan, perlucutan dan kawalan senjata 4. Kerajaan antarabangsa (c) Rujukan Asas

Carter, J. 2006. Palestine: Peace Not Apartheid. USA: Simon &

Schuster.

Lawson, S. 2003. International Relations. Cambridge: Polity Press.

Piper, M. C. 2004. Final Judgment. Washington D.C.: American Free Press.

Tickner, A.B. & Blaney, D.L. (pnyt.) 2012. Thinking International

Relations Differently. New York: Routledge. Zakaria, N. 2005. Konsep Hak Asasi Manusia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Lain Allison, G.T. 1971. Essence of Decision. Canada: Little, Brown &

Company Limited. Bull, H. 1977. The Anarchical Society. London: MacMillan Press. Burton. J.W. 1972. World Society. Cambridge: Cambridge University

Press.

Daddow, O. 2009. International relations theory. London: SAGE Friedrichs, J. 2004. European Approaches to International

Relations Theory: A House with Many Mansions. London: Routledge.

Goldstein, J. S. 2005. International Relations. UK: Longman. Groom, A.J.R. & Light, M. (pnyt.) 1994. Contemporary International

Relations: A Guide to Theory. London: Printer Publishers Ltd.

Page 4: Perancangan Akademik JKP_212 2013-14 terkini.pdf

- 4 -

Halperin. M.H. 1974. Bureaucratic Politics and Foreign Policy. Washington: The Brookings Institution.

Jackson, R. 1989. Quasi-States: Sovereignty International Relations

and the Third World. Cambridge: Cambridge University Press. Linklater, A. 2000. International Relations Critical Concepts in

Political Science. London : Routledge Mingst, K. A. 2001. Essentials of International Relations. USA:

W.W. Norton & Company Olson, W.C. & Groom, A.J.R. 1991. International Relations Then &

Now: Origins and Trends in Interpretation. London: Routledge.

O’Rourke, P.J. 1994. All The Trouble In the World. London: Picador. Rosenau, J.N. 1961. International Politics and Foreign Policy.

U.S.A.: The Free Press of Glencoe Inc. Schelling, T.C. 1975. The Stratregy of Conflict. U.S.A. Oxford

University Press. Thompson, W. R. (Ed.) 2001. Evolutionary Interpretations of World

Politics. London: Routledge. Walker, R.B.J. 1993. Inside/Outside: International Relations as

Political Theory. Cambridge: Cambridge University Press.

(d) Sidang Video 3 slot sidang video bagi kursus ini dibuat sebelum Kursus Intensif

manakala 2 slot lagi selepas Kursus Intensif. (e) Aktiviti e-portal

Untuk membantu para pelajar memahami konsep-konsep hubungan antarabangsa dalam kursus ini, para pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti perbincangan e-forum. Setiap aktiviti e-forum akan diberi julat masa yang tertentu. Pembukaan dan penutupan aktiviti e-forum akan dimaklumkan dari masa ke semasa dalam e-portal. Para pelajar juga disaran untuk menjaga adab ketika memberikan pandangan dalam e-forum.

(f) Kursus Intensif Pelajar diwajibkan hadir ke kursus intensif di kampus induk Pulau

Pinang. Sila semak e-portal untuk mengetahui jadual kursus intensif.

Kegiatan-kegiatan yang akan dijalankan semasa pertemuan intensif ini termasuklah kuliah dan aktiviti berkumpulan. Kegagalan mengambil

Page 5: Perancangan Akademik JKP_212 2013-14 terkini.pdf

- 5 -

bahagian dalam aktiviti berkumpulan akan menyebabkan para pelajar dikenakan beberapa penalti. Bentuk-bentuk penalti akan diperincikan lagi semasa berlangsungnya kursus intensif. Para pelajar juga perlulah terlebih dahulu membaca semua bahan pelajaran yang terkandung dalam modul dan bahan bacaan. Tanpa persiapan yang rapi, pelajar mungkin akan menghadapi masalah tidak memahami bahan-bahan yang disampaikan serta tidak berkeupayaan menjawab soalan peperiksaan nanti.

Gunalah peluang dan ruang intensif untuk pelajar berbincang dengan

pensyarah dan teman pelajar yang lain tentang pembelajaran dengan lebih baik lagi. Bahkan pelajar amat digalakkan membuat rujukan di perpustakaan universiti demi mempertingkat lagi proses pembelajaran.

(g) Penilaian Dua (2) cara penilaian disediakan untuk kursus ini, iaitu penilaian melalui

kerja kursus (40%) dan penilaian peperiksaan akhir (60%). I. KERJA KURSUS (40%) A) KOMPONEN SATU – TUGASAN (20%)

i) Anda perlu membentuk satu kumpulan. Setiap kumpulan

dibenarkan mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang ahli. Bilangan ahli kumpulan tidak boleh melebihi 5 orang. Jika didapati bilangan ahli kumpulan kurang daripada 3 orang atau melebihi 5 orang, kumpulan tersebut akan dikenakan penalti.

ii) Sila daftar kumpulan anda di e-tugasan. Pastikan nama-nama ahli kumpulan tercatat di ‘cover page’ sebelum dicetak untuk dihantar bersama-sama tugasan ke PPPJJ. Sila rujuk ‘Panduan Mencetak Kulit Tugasan’ di e-portal untuk keterangan lanjut. Anda juga boleh menghubungi Puan Sabariah Zakaria di talian 04-6533951 jika menghadapi masalah mencetak kulit tugasan.

iii) Kumpulan anda perlu memilih SATU daripada artikel yang disenaraikan di bawah:

a) Nesadurai, H.E.S. 2013. Malaysia’s conflict with the

Philippines and Indonesia over labour migration: economic security, interdependence and conflict trajectories. The Pacific Review 26 (1): 89-113.

b) Womack, B. 2011. The Spratlys: From Dangerous Ground to Apple of Discord. Contemporary Southeast Asia: A Journal of International and Strategic Affairs 33(3): 370-387.

c) Leane, G.W.G. 2011. Rights of Ethnic Minorities in

Liberal Democracies: Has France Gone Too far in

Page 6: Perancangan Akademik JKP_212 2013-14 terkini.pdf

- 6 -

Banning Muslim Women from Wearing the Burka? Human Rights Quarterly 33(4): 1032-1061.

iv) Artikel-artikel ini boleh dimuat-turun daripada e-portal.

Penggunaan artikel-artikel ini adalah untuk tugasan sahaja. Penggunaan selain daripada tujuan ini adalah TIDAK dibenarkan.

v) Kumpulan anda dikehendaki membaca dan memahami isi kandungan yang diutarakan oleh penulis artikel yang dipilih. Selepas itu, kumpulan anda perlu menulis satu esei dengan menyentuh 2 perkara:

Pertama: Membincangkan hujahan utama/intipati artikel. Kedua: Menyatakan pandangan kumpulan.

(Sama ada bersetuju atau tidak bersetuju. Pandangan hendaklah disokong dengan konsep-konsep yang dipelajari dalam kursus Hubungan Antarabangsa ini).

vi) Panjang esei ialah dalam lingkungan 10-15 muka surat (termasuk bibliografi).

vii) Penulisan esei hendaklah ditaip, langkau dua baris (double spacing), huruf (font) bersaiz 12 dan berwarna hitam.

viii) Esei hendaklah ditulis dalam BAHASA MALAYSIA.

ix) Kulit luar tugasan boleh dicetak daripada laman web e-

tugasan PPPJJ. PERINGATAN i) Esei kumpulan anda hendaklah sampai di PPPJJ pada atau

sebelum 16 Disember 2013. Tarikh ini muktamad dan tiada masa tambahan akan diberikan.

ii) Esei yang lewat tiba akan diberi gred F. Perlu diingatkan, faktor pekerjaan yang dijadikan alasan menghantar esei lewat, tidak diterima. Bahkan, pelbagai alasan lewat yang tidak munasabah, tidak akan dilayan. Oleh itu, anda dinasihatkan merancang awal untuk membentuk kumpulan, mendapatkan bahan, menulis esei dan seterusnya menghantar esei ke PPPJJ. Anda boleh menyemak status penerimaan tugasan di e-tugasan atau menghubungi PPPJJ untuk mengesahkan bahawa esei kumpulan anda telah selamat diterima.

AMARAN i) Kesalahan plagiarisme tidak akan dikompromi. Tindakan

tatatertib boleh dikenakan ke atas kumpulan anda. Jika terbukti esei pelajar ialah esei yang tidak asli (non

Page 7: Perancangan Akademik JKP_212 2013-14 terkini.pdf

- 7 -

original work), gred F akan diberikan secara otomatik. Jika terbukti kumpulan anda meniru esei kumpulan pelajar lain, kedua-dua esei (yang meniru dan yang memberi tiru) diberi penalti gred F.

B) KOMPONEN DUA – PEPERIKSAAN BERTERUSAN (20%)

Format akan dimaklumkan kemudian.

II. PEPERIKSAAN AKHIR (60%) Merangkumi keseluruhan bahan pembelajaran. Struktur soalan

akan dimaklumkan kemudian. (h) Hubungan Akademik

Jika pelajar menghadapi sebarang kemusykilan akademik berhubung dengan kursus ini, sila hubungi:

Dr. Norraihan Zakaria Pengurus Kursus JKP 212 Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia 11800 Minden Pulau Pinang Tel: 04-653 4563 (talian terus) Faks: 04-6576000 E-mail: [email protected] Pentadbiran Sebarang masalah pentadbiran hendaklah disalurkan kepada: Penolong Pendaftar (Sains Kemasyarakatan) Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh 11800 USM, Pulau Pinang.