PERANCANGAN PROJEK LANDSAKAP

download PERANCANGAN PROJEK LANDSAKAP

of 10

description

LANDSKAP

Transcript of PERANCANGAN PROJEK LANDSAKAP

TOPIK 8 : PERANCANGAN PROJEK LANDSKAPHASIL PEMBELAJARAN:

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyenaraikan jenis peralatan, bahan dan tenaga kerja untuk projek;

2. Menerangkan maksud perancangan projek landskap;

3. Membincangkan keperluan anggaran perbelanjaan projek; dan

4. Merancang penyediaan jadual pelaksanaan projek8.0PENGENALANAdakah anda tahu bahawa perancangan projek landskap adalah amat penting dilakukan sebelum satu-satu projek dapat dijalankan dengan lancarnya di tapak bina? Ini kerana projek landskap bukan sahaja setakat dihasilkan di atas kertas atau pelan binaan malahan ia akan dilaksanakan di atas tapak. Hasil pembinaan itulah yang akan menentukan samada projek itu berjaya atau gagal dari sudut estetik atau praktikal. Oleh itu, adalah jelas bahawa untuk menghasilkan projek yang berjaya, perancangan yang teratur lagi sistematik adalah amat penting dijalankan oleh pembina. Siapakah pihak yang terlibat di dalam membuat perancangan projek landskap, mereka ini adalah perunding arkitek landskap, pengurus projek dan juga pembina atau kontraktor binaan. Pada keseluruhanya semua pihak yang terlibat adalah mempunyai hubungan kontraktual atau kepatuhan terhadap kontrak (contractual relationship and oblegation) yang telah dipersetujui bersama.8.1PERSEDIAAN PERANCANGAN PROJEK LANDSKAPDefinisi Pengurusan Projek:Sebelum kita memulakan persedian perancangan projek mari kita memahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan pengurusan projek secara umumnya melalui definisi yang akan dinyatakan nanti. Ini kerana perancangan adalah salah satu bahagian kecil yang penting daripadanya. Lain-lain bahagian yang terlibat dalam pengurusan projek adalah seperti berikut:i.Memulakan projek (projek start-up)

ii.Pengawalan projek (project control)

iii.Penutupan projek (project close-out)

iv.Analisa post projek (post project analysis)

Namun begitu kita tidak akan membincangkan empat perkara yang dinyatakan di atas, sekadar cukup untuk anda memahami apa yang berlaku di dalam perjalanan satu-satu projek dan perancangan projek adalah perkara pertama yang perlu di lakukan sebelum melaksanakan satu-satu projek landskap.

Definisi projek:

Schaufelberger,J.E and Holm.L.(2002)

Projek adalah sekumpulan kerja yang perlu dilakukan yang di jelaskan di dalam satu jangka masa yang diberikan, bagi memenuhi objektif projek yang telah ditentukan.

Rajah 8.1: Apa itu projekDefinisi pengurusan projek:

Schaufelberger,J.E and Holm.L.(2002):

Project management is the application of knowledge, skills, tools and techniques

to the many activities required to complete a project successfully.In construction, project success generally is defined in terms of safety, quality, cost and schedule.

Berdasarkan definisi di atas adalah jelas bahawa perancangan projek landskap hanya akan berjaya jika beberapa perkara di ambil perhatian di antaranya adalah:-

i.Pengetahuan pembinaan yang tinggi;

ii.Skil pembinaan yang teruji dan terkini;

iii.Peralatan pembinaan yang bersesuaian;

iv.Teknik pembinaan yang canggih dan efisien.Dan kejayaan projek hanya akan dapat diukur dengan melihat perkara berikut:-

i.Tahap Keselamatan yang tinggi;

ii.Pengawalan kualiti bahan dan kerja binaan yang tinggi;

iii.Pengawalan kos projek yang efisien;

iv.Mengikut jadual kerja yang tepat.

Rajah 8.2: Ciri-ciri kritikal utama terhadap keperluan projekSecara kasarnya kita telah mengetahui apakah yang diperlukan oleh satu-satu projek itu untuk berjalan lancar dan bagaimana ia perlu dikendalikan dan keperluanya.

8.1.1 Menyediakan Pelan

Seperti yang anda telah ketahui bahawa penyediaan pelan adalah amat penting bagi menjalankan satu-satu projek. Di dalam keadaan yang ideal tanpa dokumen tersebut projek tidak akan dapat dilaksanakan di tapak, baik dalam apa skala sekali pun. Pelan seperti yang anda ketahui ciri-cirinya telah pun diterangkan secara terperinci di dalam Topik 6 yang lalu (sila rujuk). Namun begitu untuk pengetahuan anda bagi tujuan perancangan dan pembinaan hanya pelan-pelan berikut sahaja yang diperlukan di antaranya adalah:

Pelan induk

Pelan penanaman

Pelan perincian pembinaan

Pelan utiliti (air, elektrik, telekom dan gas) - jika perlu

Pelan mekanikal dan elektrikal - jika perlu

Pelan sivil dan struktur - jika perlu

Pelan senibina - jika perluBagi pelan-pelan yang tidak di keluarkan oleh pejabat perunding arkitek landskap, ia perlulah diperolehi daripada pejabat perunding yang lain yang terlibat sama di dalam projek tersebut. Ia bertujuan bagi memudah dan melancarkan perjalanan projek berkaitan. Di dalam penyediaan pelan ini beberapa perkara penting perlu diperhatikan di antaranya adalah: Pelan adalah yang terkini mengikut tarikh.

Saiz pelan yang mengikut prosedur seperti di dalam tender atau sebutharga - A3, A2, A1 atau AO dan lain-lain saiz yang sesuai.

Pelan yang telah dinyatakan untuk tujuan pembinaan dengan cop getah

FOR CONSTRUCTION / CONSTRUCTION DRAWING.

Pelan menampilkan maklumat pembinaan yang mencukupi dan boleh

dibuat anggaran perbelanjaan dan serta boleh dibina.Oleh itu setelah semua pelan disediakan dan diperolehi daripada pihak berkaitan ia hendaklah diasingkan dari lain-lain pelan yang tidak berkaitan dengan projek tersebut bagi mengelakkan kekeliruan yang diluar jangkaan. Salah satu cara yang biasa dibuat adalah dengan mengepilkan pelan lukisan mengikut disiplin seperti contoh di bawah: Landskap

Senibina

Kejuruteraan mekanikal dan elektrikal

Kejuruteraan sivil dan strukturKemudian pelan tersebut digantungkan dipenyangkut pelan (plan hanger) dan didaftarkan segala malumat yang ada seperti nombor siri lukisan dan pindaan dan penerimaan.

8.1.2 Anggaran perbelanjaanDi dalam keadaan yang biasa apabila pelan untuk pembinaan sudah lengkap disediakan, anggaran perbelanjaan projek perlu dibuat berdasarkan lukisan dan spesifikasi yang terdapat di dalam pelan binaan tersebut. Anggaran perbelanjaan adalah satu proses untuk mengumpul, menganalisis dan meringkaskan data bagi tujuan menyediakan unjuran projek yang tepat berdasarkan kos projek yang diperuntukkan.

Rajah 8.3: Proses membuat anggaranSEMAK KENDIRI 8.1

Berdasarkan Rajah 8.3 di atas di dalam menyediaan anggaran perbelanjaan adalah amat penting untuk mengikut langkah-langkah yang dinyatakan, ia bertujuan untuk mengelakkan kesilapan yang boleh menyebabkan pembina menghadapi kerugian yang besar. Namun begitu proses tersebut selalunya melibatkan projek berskala besar seperti projek perumahan, taman awam, pusat peranginan dan lain-lainnya kerana ketepatan adalah amat penting bagi menghasilkan keuntungan yang optimum. Bagi projek berskala kecil pula seperti projek membuat landskap rumah banglo, proses tersebut masih boleh diikuti tetapi lebih dipermudahkan langkahnya. Namun begitu terdapat beberapa faktor yang amat ketara kerap mempengaruhi proses membuat anggaran perbelanjaan di antaranya adalah seperti berikut:

Lokasi projek.

Kompleksiti projek.

Jenis kontrak.

Ketidakbiasaan dengan perunding arkitek landskap yang dilantik.

Beban kerja semasa kontraktor.

Musim.

Ketidakbiasaan dengan pihak pemilik atau pemaju projek.

Ketidakcukupan dokumen kontrak.

Kedapatan sumber-sumber di pasaran.Perkara di atas amat besar pengaruhnya terhadap penyediaan perbelanjaan projek, oleh itu langkah lebih berhati-hati perlu diambil sebelum melaksanakan kerja pembinaan di tapak. Adalah menjadi harapan kepada semua pembina bahawa mereka akan memperolehi keuntungan dari hasil kerja mereka.

FAKTOR + BAHAN + TENAGA BURUH = KEUNTUNGAN (RM)Sekali lagi diperingatkan bahawa anggaran perbelanjaan tidaklah hanya dibuat berdasarkan pelan dan spesifikasi yang disediakan sahaja tetapi juga dengan pergi melihat sendiri tapak bina yang akan diberikan kepada kita bagi melaksanakan projek di samping tidak melupakan perkara-perkara berkaitan tenaga buruh, bahan binaan dan peralatan yang diperlukan.

KOS + MASA + TAPAK + BAHAN + TENAGA BURUH = PROJEK8.1.3 Menyediakan Jadual Pelaksanaan

Jadual pelaksanaan adalah juga salah satu aspek yang penting di dalam menjayakan satu-satu projek. Tanpa jadual yang sistematik umpama seperti seorang buta berjalan tanpa tongkat. Ketiadaan jadual tidak bermakna projek tidak boleh dijalankan sama sekali tetapi ia akan mengundang banyak masalah di tapak bina, ini kerana turutan kerja(sequence of works) tidak dapat dijalankan dengan teratur dan cekap dan efisien, iaitu mendahulukan kerja yang terdahulu lebih penting supaya lain-lain kerja dapat diikuti selepas itu. Banyak masalah yang timbul adalah berkaitan dengan perkara berikut : Turutan masa menjalankan operasi kerja.

Penghantaran bahan binaan.

Penyediaan peralatan dan mesin.

Penyediaan tenaga kerja yang mencukupi.Di dalam jadual pelaksanaan, masa adalah faktor yang paling utama dipertimbangkan. Di mana akan ada masa bila untuk memulakan satu-satu kerja dan bila untuk menamatkannya seperti yang digambarkan di dalam rajah 8.4. Oleh itu masa akan diatur dengan secekapnya bagi memastikan semua aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna dan optima. Masa memulakan dan masa penutup akan menentukan samada satu-satu projek itu berjaya, gagal, untung atau rugi.

Rajah 8.4: Contoh jadual pelaksanaan projekDi dalam menyediakan jadual pelaksanaan ini terdapat pelbagai kaedah yang telah digunakan, sama ada cara manual atau menggunakan aplikasi komputer. Pada masa ini juga terdapat pelbagai perisisan komputer yang digunakan dan masing-masing ada ciri-ciri istimewa yang tertentu yang bersesuaian dengan kerja yang berkaitan. Di negara kita ini terdapat dua perisian yang popular iaitu: MS Microsoft Project

Primavera Project PlannerNamun begitu perisian Primavera adalah dikatakan yang termaju setakat ini bagi kegunaan sebarang jenis projek, disebabkan ciri-cirinya yang mudah difahami dan dipraktikkan. Di dalam topik ini kita akan dapat melihat contoh jadual dari perisian tersebut (sila lihat Rajah 8.4).Dari rajah 8.4 tersebut, anda akan dapat melihat terutamanya pada lajur ID 3 dan 4 projek bermula pada 11 Mac 2002 dan siap pada 6 Mei 2002, yang dinyatakan sebagai construction period. Begitupun beberapa keadaan luar dugaan telah dapat dikesan lebih awal di mana projek tidak akan dapat disiapkan di dalan waktu yang dinyatakan berikutan wujudnya perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan terutamanya dari sudut pembelian dan penghantaran bahan ke tapak tepat pada masa. Oleh itu projek hanya akan

disiapkan pada 4 Jun 2002, teliti semula jadual tersebut. Sekali lagi diingatkan bahawa di dalam jadual pelaksanaan perlu ada perkara berikut;

Masa mula dan siap.

Penghantaran dokumen-dokumen.

Penghantaran bahan.

Aktiviti-aktiviti projek (pembinaan).

Testing dan commissioning.

Penyediaan lukisan as-built.

Permohonan Sijil Menduduki.

Pembersihan dan serah tapak.

Sijil Siap Kerja.Bagi kontraktor yang menjalankan projek bersaiz kecil, kadangkala hanya perlu memasukkan tarikh mula dan siap dan aktiviti pembinaan sahaja adalah sudah mencukupi bagi melaksanakan satu-satu projek berkaitan. Jadual pelaksanaan ini hendaklah sentiasa diikuti oleh pembina dan selalunya salinan akan diberikan kepada perunding arkitek landskap sebagai panduan untuk meraka membuat pemerhatian terhadap kerja pihak kontraktor binaan. Dan dari situ jika wujud ketidakpuasan hati terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor, pihak perunding boleh memaklumkan kepada pihak pemaju terhadap perkara yang berlaku untuk tindakan selanjutnya. Oleh itu adalah perlu bagi sesiapa sahaja yang terlibat di dalam aktiviti pembinaan menjadikan penyediaan jadual pelaksanaan adalah satu kemestian sebelum projek dimulakan di tapak pembinaan.8.1.4 Menyediakan bahan, peralatan dan tenaga kerja

Bahan, peralatan dan tenaga kerja adalah elemen yang penting juga di dalam menjayakan satu-satu projek. Tanpanya projek akan hanya tinggal di atas kertas sahaja tanpa dapat dilihat hasil dan keberkesanannya. Di dalam projek landskap, bahan yang dimaksudkan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Bahan landskap kejur seperti batu, kayu dan besi.

Bahan landskap lembut seperti bahan tanaman (pokok besar, renek, penutup bumi dan rumput).

Rajah 8.5: Batu, kayu dan besi

Rajah 8.6: Bahan tanaman

Manakala peralatan adalah terdiri daripada :- Peralatan kecil dan ringkas seperti cangkul, skop, kereta sorong tajak dan

penggali lubang.

Peralatan berat seperti mesin jentolak, lori dan jenkaut.

Rajah 8.7: Peralatan jenkaut, lori dan forkliftTenaga kerja pula terdiri daripada:

Tenaga kerja biasa.

Tenaga kerja separuh mahir.

Tenaga kerja mahir.

Elemen bahan, peralatan dan tenaga kerja di dalam projek landskap adalah bahagian yang amat sensitif disebabkan wujudnya keadaan turun naik permintaan dan penawaran di dalam pasaran semasa. Terutamanya bagi harga bahan binaan yang amat terjejas akibat kenaikan harga minyak mendadak di pasaran antarabangsa. Secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kos pembuatan bahan di dalam industri pembuatan bahan binaan seperti simen, besi dan lainya. Bahan amat penting untuk menampilkan atau menjelaskan apa yang terlukis di dalam pelan pembinaan yang disediakan olek pihak perunding dan bahan adalah elemen tampak yang akan menjelaskan maksud keseluruhan projek landskap yang dijalankan.

Rajah 8.8: Tenaga kerja mahir

Seperti yang dibincangkan pada awal topik ini harga bahan, peralatan dan tenaga kerja amat mempengaruhi penyediaan anggaran perbelanjaan dan jadual pelaksanaan. Oleh itu adalah perlu bagi mereka mengenal pasti keadaan pasaran semasa bahan binaan dan meletakkan peratus anggaran harga pada kadar yang munasabah sebagai langkah berhati-hati seandai berlakunya kenaikan harga bahan di luar jangka.

Peralatan dan mesin adalah amat mustahak untuk melakukan kerja. Pihak kontraktor yang terlibat hendaklah menyediakan peralatan yang mencukupi dan sesuai dengan jenis kerja yang dilakukan di tapak dan hendaklah di jaga dan disimpan dengan baik di tempat yang dikhaskan seperti setor penyimpanan barang. Manakala bagi keperluan terhadap mesin hendaklah dirancang dengan baik terutamanya yang melibatkan mesin berat kerana jika jadual pelaksanaan tidak diatur dengan baik akan terdapat gangguan di dalam mendapatkan peralatan tersebut kerana ia selalunya disewa khas disebabkan masa

penggunaannya yang terhad dan sewanya pula adalah amat mahal.

Tenaga kerja amat penting untuk melaksanakan kerja projek landskap. Tenaga kerja yang mencukupi akan membantu perjalanan projek dengan lancar. Tenaga kerja adalah intipati penting terhadap satu- satu projek. Tanpa tenaga kerja projek ibarat lumpuh. Untuk itu pekerja hendaklah disediakan dipelbagai peringkat merangkumi kepakaran mereka. Kebajikan pekerja hendaklah di pelihara sentiasa terutamanya keselamatan, kesihatan dan gaji hendaklah dipenuhi oleh pihak majikan bagi mengelakkan berlakunya ketidakadilan dan

penganiayaan hak asasi manusia .

AKTIVITI

i. Tahukah anda siapakah yang biasanya terlibat di dalam perancangan projek landskap? ii. Nyatakan pihak yang terlibat

iii. Apakah yang anda faham dengan proses membuat anggaran dan apakah kepentingannya

iv. Ada beberapa kategori tenaga kerjakah yang anda ketahui di dalam pasaran pembinaan?

RUMUSAN

Projek adalah satu tugasan yang berkaitan dengan tempoh waktu.

Kejayaan projek landskap adalah bergantung kepada pelan pembinaan, anggaran perbelanjaan, jadual pelaksanaan dan penyediaan peralatan, mesin, bahan dan tenaga kerja.

Keuntungan banyak bergantung kepada faktor bahan dan tenaga buruh.

Perisian komputer di dalam menjalankan kerja pembinaan landskap pada masa ini adalah amat mustahak peranannya