PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola...

88
fDABola MAJLIS KEBAJIKAN DAN SUKAN HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Transcript of PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola...

Page 1: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

fDABola

MAJLIS KEBAJIKAN DAN SUKAN HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

PERATURAN AM DAN

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Page 2: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

KANDUNGAN

Perkara Mukasurat

A. Peraturan Am 3 - 13

B. Profil Piala Pusingan 14

C. Undang-Undang Pertandingan:

Badminton 14 - 16

Basikal 17 - 19

Bola Jaring 20 - 22

Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25

Bola Sepak 26 - 30

Bola Tampar Lelaki / Bola Tampar Wanita 31 - 33

Boling Padang Lelaki & Boling Padang Wanita 34 - 36

Boling Tenpin Lelaki & Boling Tenpin Wanita 37 - 40

Catur 41 - 45

Dart 46 - 49

Futsal Lelaki / Futsal Veteran / Futsal Wanita 50 - 55

Golf 56 - 59

Hoki 60 - 64

Karom 65 - 69

Olahraga 70 - 77

Ping Pong 78 - 81

Sepak Takraw 82 - 84

Tenis 85 - 87

D. Lampiran 1

Borang Pelepasan Tanggungan Risiko 88

Page 3: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 3 daripada 88

1.0 NAMA

1.1 Sukan ini dinamakan “Sukan HASiL 2020 Johor Bahru”.

2.0 TUJUAN

2.1 Menggalakkan penyertaan dalam bidang sukan dan merapatkan silaturahim serta memupuk

kemesraan dikalangan warga Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

3.0 PENGURUSAN

3.1 Majlis Kebajikan dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia (selepas ini disebut “Majlis”) akan

bertanggung jawab sepenuhnya atas semua hal yang bersabit dengan pentadbiran,

pengurusan dan pengawalan sukan ini.

4.0 PENGELOLAAN

4.1 Sukan ini dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia dan

tanggungjawab untuk mengelola sukan ini adalah Pejabat Pengarah Negeri Johor dengan

sokongan cawangan-cawangan dibawahnya.

5.0 PENYERTAAN DAN KELAYAKAN PESERTA

5.1 Setiap peserta yang didaftarkan untuk sukan ini mestilah warga Lembaga Hasil Dalam Negeri

Malaysia dan menjadi ahli mana-mana kelab sukan yang bergabung dengan Majlis.

5.2 Seseorang peserta hendaklah berada di Jabatan / Bahagian / PPN / Cawangan tidak kurang

dari 31 Disember 2019 sebelum mewakili zon. Jika dia berada di Jabatan / Bahagian / PPN /

Cawangan itu pada 1 Januari 2020, dia hendaklah terus mewakili zon lamanya.

5.3 Sukan ini akan dipertandingkan oleh 4 zon yang terdiri dari Jabatan / Bahagian / PPN /

Cawangan-cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti berikut:

ZON WARNA JAB / BAH / PPN / CAW

UTARA HIJAU PPN Sabah, PPN Kedah / Perlis, PPN Pulau Pinang, PPN Perak dan PPN Terengganu / Kelantan

CYBER OREN Ibu Pejabat dan Jabatan / Cawangan / Pusat di bawah Ibu Pejabat, Cawangan Bangi dan Akademi Percukaian Malaysia Bangi

TENGAH MERAH

PPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, PPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, PPN Selangor, Cawangan Guaman Kuala Lumpur, Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan di bawahnya

SELATAN BIRU PPN Sarawak, PPN Negeri Sembilan / Melaka, PPN Pahang, PPN Johor, Akademi Percukaian Malaysia Kuching dan cawangan-cawangan di bawahnya

5.4 Majlis boleh meminda keahlian sesuatu zon atau menubuhkan zon baru melalui keputusan

mesyuarat jawatankuasa.

Page 4: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 4 daripada 88

6.0 WAKIL PASUKAN

6.1 Pegawai

6.1.1 Pasukan sesuatu zon akan diketuai oleh seorang pegawai yang akan dilantik oleh

Majlis iaitu:

Ketua Kontinjen (Chef-de-Mission)

6.2 Peserta

6.2.1 Bilangan peserta bagi sesuatu permainan tidak lebih dari yang ditetapkan oleh

peraturan permainan berkenaan.

7.0 PENDAFTARAN PESERTA

7.1 Pendaftaran hendaklah dibuat dengan Jawatankuasa Pengelola. Senarai penuh peserta-

peserta bagi setiap permainan hendaklah dikemukakan oleh Ketua Kontinjen berkenaan pada

atau sebelum 20 Disember 2019. Pengurus dan Jurulatih dibenarkan menyertai pertandingan

sebagai pemain.

7.2 Pertukaran pada senarai peserta yang telah didaftarkan boleh dibuat selewat-lewatnya

semasa Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

7.3 Ketua Kontinjen mana-mana zon boleh memohon untuk memeriksa senarai peserta-peserta

itu, termasuk sebarang pindaan jika ada.

7.4 Tidak seorang pun dibenarkan mengambil bahagian dalam mana-mana permainan kecuali jika

dia telah sah didaftarkan untuk permainan itu.

7.5 Mana-mana zon yang menurunkan pemain yang tidak didaftarkan dalam sebarang

pertandingan akan dibatalkan atau dianggap kalah dalam pertandingan itu. Sebarang perkara

yang mungkin berbangkit berikutan dengan pembatalan itu akan diputuskan oleh Panel Juri.

7.6 Semua hal bersabit dengan pendaftaran peserta dan tidak termasuk dalam peruntukan-

peruntukan di atas akan diputuskan oleh Panel Juri. Keputusan Panel Juri dalam hal ini adalah

MUKTAMAD.

7.7 Semua peserta dikehendaki mengembalikan Borang di Lampiran 1 kepada Pengurus Pasukan

masing-masing untuk diserahkan kepada pihak Urusetia Sukan Hasil 2020 Johor Bahru semasa

Mesyuarat Pengurus Pasukan.

Page 5: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 5 daripada 88

8.0 PECAHAN KOMPOSISI PENYERTAAN MENGIKUT ACARA

BIL ACARA SUKAN PENGURUS JURULATIH PEMAIN

JUMLAH LELAKI WANITA

1 BADMINTON 1 1 10 4 16

2 BASIKAL 1 1 14 - 16

3 BOLA JARING 1 1 - 12 14

4 BOLA KERANJANG (LELAKI) 1 1 10 - 12

5 BOLA KERANJANG (WANITA) 1 1 - 10 12

6 BOLA SEPAK TERBUKA 1 1 18 - 20

7 BOLA TAMPAR (LELAKI) 1 1 12 - 14

8 BOLA TAMPAR (WANITA) 1 1 - 12 14

9 BOLING PADANG (LELAKI) 1 1 8 - 10

10 BOLING PADANG (WANITA) 1 1 - 8 10

11 BOLING TENPIN (LELAKI) 1 1 12 - 14

12 BOLING TENPIN (WANITA) 1 1 - 12 14

13 CATUR 1 1 9 11

14 DART 1 1 13 4 19

15 FUTSAL (LELAKI) 1 1 10 - 12

16 FUTSAL (VETEREN) 1 1 10 - 12

17 FUTSAL (WANITA) 1 1 - 10 12

18 GOLF 1 1 25 - 27

19 HOKI (9 SEBELAH) 1 1 14 - 16

20 KAROM 1 1 8 5 15

21 PING PONG 1 1 11 4 17

22 SEPAK TAKRAW 1 1 13 - 15

23 TENIS 1 1 10 3 15

JUMLAH 23 23 207 84 337

** BOLING TENPIN VVIP - - 3 3

JUMLAH 23 23 210 84 340

24 Olahraga (penyertaan terhad) - - - - 70

JUMLAH KESELURUHAN 410

Page 6: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 6 daripada 88

9.0 SISTEM PERTANDINGAN

9.1 Kesemua pertandingan kecuali golf akan dipertandingkan secara liga. Zon yang menang akan

diberi tiga (3) mata, yang seri diberi satu (1) mata dan kalah tidak dapat sebarang mata.

9.2 Jika suatu pertandingan itu terpaksa ditangguhkan kerana keadaan cuaca atau sebab yang

tidak dapat dielakkan, Panel Juri akan menentukan sama ada pertandingan itu akan disambung

atau dijalankan pada masa dan tarikh yang akan diputuskan. Jika kerana sebab yang diluar

kawalan atau Panel Juri memutuskan yang sambungan atau permainan semula tidak dapat

diadakan, pertandingan yang ditangguhkan itu akan dianggap seri. Tidak ada jaringan atau set

akan direkodkan untuk kedua-dua pasukan kecuali dalam acara tenis di mana mata

kemenangan telah diperolehi oleh sesuatu pasukan dalam halaman mata akan diberikan

kepada zon yang telah menang dan pusingan atau match telah selesai sahaja yang akan

direkodkan.

9.3 Sistem pertandingan permainan golf adalah seperti yang telah ditetapkan dalam peraturan

permainan berkenaan.

9.4 Pemenang keseluruhan bagi sesuatu permainan akan mendapat Empat (4) mata, tempat

kedua tiga (3) mata, tempat ketiga dua (2) mata dan tempat keempat satu (1) mata.

10.0 KOS PENGANJURAN

10.1 Kos mengadakan sukan ini ditanggung bersama oleh Pengelola dan semua zon yang

bertanding.

10.2 Majlis boleh meminta wang pendahuluan dari zon yang bertanding sebanyak mana patut

mengikut sebaik-baik pertimbangannya untuk menampung perbelanjaan-perbelanjaan awal

sukan ini.

11.0 DISIPLIN

11.1 Sebuah Lembaga Tatatertib akan ditubuhkan dengan keahlian seperti berikut:

11.1.1 Seorang pengerusi iaitu Pengerusi Majlis atau, semasa ketiadaannya, Naib Pengerusi

Majlis; dan

11.1.2 Ahli biasa yang terdiri dari Setiausaha Kehormat Majlis dan Ketua-Ketua Kontinjen.

11.2 Lembaga Tatatertib akan bersidang secepat mungkin atau dalam tempoh 24 jam atau sebelum

perlawanan terakhir tamat, yang mana dahulu untuk memutuskan perkara-perkara berikut:

11.2.1 Seseorang pemain yang dibuang padang tidak dibenarkan mengambil bahagian

seterusnya dalam pertandingan berkenaan sehingga kesnya diputuskan oleh

Lembaga Tatatertib. Lembaga Tatatertib hanya boleh menggantung penyertaannya

dalam pertandingan seterusnya;

11.2.2 Pasukan yang diberikan kemenangan percuma atau tidak menghabiskan

pertandingan;

11.2.3 Sebarang salah laku pegawai atau peserta yang telah dilaporkan atau sampai ke

pengetahuan Lembaga Tatatertib;

Page 7: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 7 daripada 88

11.2.4 Sebarang permohonan atau aduan bertulis yang dibuat oleh Ketua Kontinjen yang

bertanding hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Penganjur dalam

tempoh empat (4) jam dari masa peristiwa itu berlaku; dan

11.2.5 Sebarang salah laku yang patut dikenakan tindakan tatatertib.

11.3 Keputusan salahlaku tatatertib adalah MUKTAMAD.

12.0 PENGADIL

12.1 Pengadil-pengadil bertauliah akan mengadili semua pertandingan. Seorang Ketua Pengadil

akan dilantik dan akan bertanggung jawab atas sesuatu permainan. Jika berlaku pertikaian

mengenai tafsiran undang-undang sesuatu permainan, keputusan Ketua Pengadil adalah

MUKTAMAD.

13.0 PANEL JURI

13.1 Panel Juri adalah terdiri dari seorang pengerusi dan lapan orang atau lebih ahli. Pengerusi

Majlis atau Naib Pengerusi Majlis akan menjadi Pengerusi Panel Juri. Ahli-ahli Panel Juri yang

lain akan dilantik oleh Jawatankuasa Majlis.

13.2 Tugas-tugas Panel Juri adalah seperti berikut:

13.2.1 Menyelia dan bertanggung jawab atas kelicinan perjalanan sukan ini;

13.2.2 Menimbang dan membuat keputusan atas sebarang perkara mengenai mana-mana

aspek sukan ini yang tidak terkandung dalam peraturan atau undang-undang

pertandingan;

13.2.3 Memilih pemenang hadiah Peserta Lelaki Terbaik, Peserta Wanita Terbaik, Peserta

Harapan Lelaki, Peserta Harapan Wanita, Peserta Veteran Lelaki Terbaik dan Peserta

Veteran Wanita Terbaik; dan

13.2.4 Memilih pasukan yang menunjukkan semangat kesukanan yang paling tinggi

sepanjang sukan ini.

14.0 KEMENANGAN PERCUMA

14.1 Sila rujuk peraturan sukan yang berkenaan.

14.2 Bagi sukan yang tidak menggariskan peraturan Kemenangan Percuma, item 14.3, 14.4 dan

14.5 adalah terpakai.

14.3 Setiap pasukan hendaklah berada ditempat pertandingan sekurang-kurangnya 15 minit

sebelum pertandingan dijadualkan bermula. Tempoh selama 10 minit akan diberikan selepas

masa yang ditetapkan itu. Sekirannya ada pasukan yang tidak turun bermain selepas itu, Panel

Juri boleh, jika dianggapnya wajar, memberi kemenangan percuma kepada pasukan yang

mematuhi peraturan di atas.

14.4 Pasukan yang tidak menghabiskan perlawanan sehingga masa yang ditentukan akan dianggap

memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan.

14.5 Pasukan yang memberikan kemenangan percuma akan dikenakan tindakan tatatertib.

Page 8: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 8 daripada 88

15.0 BANTAHAN

15.1 Sila rujuk peraturan sukan yang berkenaan.

15.2 Bagi sukan yang tidak menggariskan peraturan Bantahan, item 15.3, 15.4 dan 15.5 adalah

terpakai.

15.3 Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Ketua Kontinjen dalam tempoh

empat jam dari masa sesuatu isu itu berlaku dengan menyertakan wang cagaran sebanyak

RM300.00 (Tiga Ratus Ringgit).

15.4 Jawatankuasa Bantahan / Rayuan (seperti dinyatakan di Para 16 di bawah) akan bersidang

dengan serta merta untuk menimbangkan bantahan itu.

15.5 Jika bantahan itu ditolak, wang cagaran akan dikreditkan ke dalam akaun Pengelola Sukan

HASiL 2020 Johor Bahru.

15.6 Keputusan Jawatankuasa Bantahan / Rayuan adalah MUKTAMAD.

16.0 JAWATANKUASA BANTAHAN / RAYUAN

16.1 Pengerusi : Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / Teknikal

16.2 Ahli : Ketua Pengadil

: 2 orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat

16.3 Keputusan bantahan adalah mengambil kira keputusan oleh Ahli dalam 16.2 sahaja.

17.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

17.1 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah bertanggungjawab dalam membuat

keputusan berhubung dengan aspek teknikal pertandingan bagi setiap acara dalam Sukan

HASiL 2020 Johor Bahru.

17.2 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah berhak untuk meminda / menambah

peraturan yang difikirkan perlu.

17.3 Sekiranya terdapat mana-mana peraturan yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam

peraturan permainan bagi acara yang berkenaan, maka adalah menjadi kuasa mutlak kepada

Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal untuk membuat keputusan.

17.4 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD.

Page 9: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 9 daripada 88

18.0 PEMENANG

18.1 Zon yang mengumpul mata terbanyak bagi semua acara sukan yang dipertandingkan akan

menjadi Johan Keseluruhan Sukan Hasil 2020, Johor Bahru. Jika lebih dari satu zon mendapat

mata terbanyak yang sama, zon-zon yang terlibat akan menjadi johan bersama.

18.2 Pemenang sesuatu permainan akan ditentukan dengan merujuk kepada Peraturan Permainan

masing-masing. Dalam keadaan pemenang tidak dinyatakan dalam Peraturan Permainan,

penentuan pemenang permainan adalah seperti berikut:

18.2.1 Zon yang mengumpul mata terbanyak dalam permainan itu;

18.2.2 Jika lebih dari satu zon mendapat jumlah mata yang sama, pemenang akan

ditentukan mengikut susunan berikut:

18.2.3 Acara yang dimainkan dengan tempoh masa permainan ditentukan, turutan berikut

akan digunakan untuk menentukan Johan permainan.

i) Perbezaan terbanyak di antara jumlah jaringan dan jumlah kena jaring; dan

ii) Jika perbezaan jaringan juga sama, Zon yang membuat jaringan terbanyak

diistiharkan sebagai Johan;

iii) Jika perkara 18.2.3 (ii) adalah seri, pasukan pasukan tersebut akan

diishtiharkan sebagai Johan Bersama;

18.2.4 Acara yang dimainkan tanpa tempoh masa permainan ditentukan, turutan berikut

akan digunakan untuk menentukan Johan permainan.

i) Perbezaan match, perlawanan atau pusingan; atau

ii) Perbezaan set; atau

iii) Perbezaan point; dan

iv) Jika perkara 18.2.2.2 (iii) adalah seri, pasukan pasukan tersebut akan

diishtiharkan sebagai Johan Bersama;

18.3 Zon yang menunjukkan semangat kesukanan yang paling tinggi akan ditentukan oleh Panel

Juri.

18.4 Pemenang hadiah Peserta Harapan Lelaki, Peserta Harapan Wanita, Peserta Terbaik Lelaki,

Peserta Terbaik Wanita, Peserta Veteran Lelaki Terbaik dan Peserta Veteran Wanita Terbaik

akan ditentukan oleh Panel Juri.

18.5 Semua Piala Pusingan akan disimpan oleh Pemenang selama satu tahun. Piala Pusingan

hendaklah dikembalikan kepada pihak Majlis selepas genap setahun Piala Pusingan disimpan

oleh Pemenang. Piala Pusingan ini tidak boleh dihadiahkan terus kepada mana-mana

pemenang. Pengurus, jurulatih pasukan atau penerima hadiah bertanggungjawab untuk

memulangkan Piala Pusingan kepada Majlis.

Page 10: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 10 daripada 88

19.0 MARKAH KEMENANGAN

19.1 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format berikut:

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

20.0 PERATURAN TAMBAHAN

20.1 Selain dari peraturan di atas, Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau mengadakan

peraturan-peraturan tambahan selaras dengan matlamat penganjuran Sukan HASiL 2020

Johor Bahru.

21.0 KESELAMATAN

21.1 Sebarang kemalangan atau kecederaan atau kehilangan peralatan seseorang peserta sebelum,

semasa atau selepas sukan dijalankan adalah tanggungjawab peserta.

22.0 PERKARA DI LUAR DUGAAN

22.1 Semua perkara yang mungkin berbangkit dan tidak terdapat di dalam peraturan ini akan

diselesaikan oleh Jawatankuasa Penganjur dengan kelulusan Panel Juri dan keputusannya

adalah MUKTAMAD.

23.0 DEFINISI PEGAWAI / PEGAWAI KANAN / VETERAN

23.1 Pegawai didefinisikan sebagai Eksekutif Hasil E1 ke atas.

23.2 Pegawai Kanan didefinisikan sebagai Eksekutif Hasil E4 ke atas.

23.3 Veteran Lelaki didefinisikan sebagai seseorang peserta lelaki berumur 40 tahun dan ke atas

pada tahun Kejohanan.

23.4 Veteran Wanita didefinisikan sebagai seseorang peserta wanita yang berumur 35 tahun dan

ke atas pada tahun Kejohanan.

24.0 PESERTA HARAPAN LELAKI / PESERTA HARAPAN WANITA

24.1 Seorang peserta boleh dipertimbangkan untuk menerima hadiah ini jika dia:

24.1.1 Menang tempat Pertama dalam acara perseorangan di acara Olahraga;

24.1.2 Mewakili zonnya melawan semua zon yang lain dalam acara perseorangan dan

menang semua perlawanan itu; dan

24.1.3 Tidak dibatalkan (defaulted / disqualified) dalam acara itu.

24.2 Seseorang peserta hanya layak dipertimbangkan untuk hadiah ini jika dia dicalonkan oleh

Ketua Kontinjennya.

24.3 Pencalonan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan disokong oleh bukti tarikh

lahir calon itu.

Page 11: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 11 daripada 88

24.4 Pencalonan hendaklah diserahkan kepada mana-mana ahli Panel Juri secepat mungkin selepas

selesainya permainan / pertandingan.

24.5 Setelah membuat pengesahkan dan pertimbangan yang sewajarnya, Panel Juri hendaklah

memilih calon yang termuda untuk menerima hadiah ini.

24.6 Sekiranya tiada calon yang sesuai untuk anugerah / hadiah ini, Panel Juri boleh mengikut

budibicaranya menahan penganugerahan ini bagi sesuatu tahun.

25.0 PESERTA TERBAIK LELAKI / PESERTA TERBAIK WANITA

25.1 Seseorang peserta boleh dipertimbangkan untuk menerima hadiah ini jika dia:

25.1.1 Menang tempat Pertama dalam sebarang acara (termasuk acara berpasukan) di

acara olahraga;

25.1.2 Mewakili zonnya melawan semua zon yang lain dalam sebarang acara (termasuk

acara bergu / berpasukan) dan menang semua acara perlawanan itu; dan

25.1.3 Tidak dibatalkan (defaulted / disqualified) atau tidak diambil sebarang tindakan

disiplin termasuk kad kuning sepanjang sukan berkenaan.

25.2 Seseorang perserta hanya layak dipertimbangkan untuk hadiah ini jika dia dicalonkan oleh

Ketua Kontinjennya.

25.3 Pencalonan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan. Borang pencalonan hendaklah

menunjukkan prestasi peserta berkenaan dalam semua acara yang disertai olehnya.

25.4 Pencalonan hendaklah diserahkan kepada mana-mana Ahli Panel Juri secepat mungkin selepas

selesainya permainan / pertandingan.

25.5 Setelah membuat pengesahan dan pertimbangan yang sewajarnya, Panel Juri hendaklah

memilih calon yang pada keseluruhannya telah menunjukkan prestasi yang terbaik dalam

kategori lelaki dan kategori wanita.25.6 Dalam pertimbangannya, Panel Juri hendaklah

memberi keutamaan dan weightage yang sewajarnya seperti berikut:

25.5.1 Prestasi dalam acara perseorangan;

25.5.2 Prestasi dalam acara bergu;

25.5.3 Prestasi dalam acara berpasukan;

25.5.4 Prestasi dalam pasukan dan sumbangan kepada kemenangan (gol, markah dsb); dan

25.5.5 Prestasi dalam acara-acara lain yang disertai tetapi tidak menang.

25.6 Sekiranya tiada calon yang sesuai untuk salah satu atau untuk kedua-dua kategori hadiah ini,

Panel Juri boleh mengikut budibicaranya menahan penganugerahan ini bagi sesuatu tahun.

Page 12: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 12 daripada 88

26.0 PESERTA VETERAN LELAKI TERBAIK / PESERTA VETERAN WANITA TERBAIK

26.1 Seseorang peserta boleh dipertimbangkan untuk menerima hadiah ini jika dia:

26.1.1 Menang tempat Pertama dalam sebarang acara (termasuk acara berpasukan) di

acara olahraga;

26.1.2 Mewakili zonnya melawan semua zon yang lain dalam sebarang acara (termasuk

acara bergu / berpasukan) dan menang semua acara perlawanan itu; dan

26.1.3 Tidak dibatalkan (defaulted / disqualified) atau tidak diambil sebarang tindakan

disiplin termasuk kad kuning sepanjang sukan berkenaan.

26.2 Seseorang peserta hanya layak dipertimbangkan untuk hadiah ini jika dia berumur 45 tahun

ke atas bagi lelaki dan 45 tahun ke atas untuk kedua-dua kategori dalam tahun kejohanan

sukan berkenaan dan dicalonkan oleh Ketua Kontinjennya.

26.3 Pencalonan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan. Borang pencalonan hendaklah

menunjukkan prestasi peserta berkenaan dalam semua acara yang disertai olehnya dan

disokong dengan bukti tarikh lahirnya.

26.4 Pencalonan hendaklah diserahkan kepada mana-mana Ahli Panel Juri secepat mungkin selepas

selesainya permainan / pertandingan.

26.5 Setelah membuat pengesahan dan pertimbangan yang sewajarnya, Panel Juri hendaklah

memilih calon tertua yang pada keseluruhannya telah menunjukkan prestasi yang terbaik.

26.6 Dalam pertimbangannya, Panel Juri hendaklah memberi keutamaan dan weightage yang

sewajarnya seperti berikut:

26.6.1 Prestasi dalam acara perseorangan;

26.6.2 Prestasi dalam acara bergu;

26.6.3 Prestasi dalam acara berpasukan;

26.6.4 Prestasi dalam pasukan dan sumbangan kepada kemenangan (gol, markah dsb); dan

26.6.5 Prestasi dalam acara-acara lain yang disertai tetapi tidak menang.

26.7 Sekiranya tiada calon yang sesuai untuk hadiah ini, Panel Juri boleh mengikut budibicaranya

menahan penganugerahan ini bagi sesuatu tahun.

27.0 PENYAMPAIAN HADIAH

27.1 Pemenang Anugerah dan semua Pengurus Pasukan dikehendaki menyediakan Pemenang

acara-acara yang dipertandingkan dan berada di tempat penyampaian hadiah untuk

menerima hadiah. Pemenang hendaklah berpakaian sukan yang kemas dan lengkap.

Page 13: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 13 daripada 88

PROFIL PIALA PUSINGAN BIL NAMA PIALA SUMBANGAN

BIL NAMA PIALA SUMBANGAN

1 Piala HASiL Kolonel (K) Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd. Shukor Hj. Mahfar

2 Semangat Kesukanan Dato Mohammad Sait Ahmad

3 Peserta Terbaik Lelaki Dato’ Sri Sabin Samitah

4 Peserta Terbaik Wanita Datuk Noor Azian Abdul Hamid

5 Peserta Veteran Lelaki Terbaik Dato’ Abd Aziz Hashim

6 Peserta Veteran Wanita Terbaik En Mohammed Noor Ahmad

7 Peserta Harapan Lelaki Dato’ Dr. Siti Mariam Che Ayub

8 Peserta Harapan Wanita Cik Puteh Mariah Harun

9 Badminton Dato’ Mohd Idris Mamat

10 Basikal Tuan Hj. Romli A. Hamid

11 Bola Jaring Puan Asriah Shaari

12 Bola Keranjang Lelaki Dato’ Mat Lazim Salleh

13 Bola Keranjang Wanita Datuk Dr. Sotimin Muhalip

14 Bola Sepak Encik Mansor Hassan

15 Bola Tampar Lelaki Encik Kamaruzzaman Ab. Salleh

16 Bola Tampar Wanita Puan Rozina Shaik Osman Merican

17 Boling Padang Lelaki Datin Wan Azni Wan Hassan

18 Boling Padang Wanita Tuan Hj. Adenan Che Semail

19 Boling Tenpin Lelaki Cik Ramlot Keli

20 Boling Tenpin Wanita En Shaharuddy Othman

21 Catur Datin Sri Noorhayati Ismail

22 Dart Puan Salmah Kasim

23 Futsal Lelaki Datuk Hassim Shafiai

24 Futsal Veteran Lelaki Encik Md. Daud Abd Rahman

25 Futsal Wanita Puan Nor’aini Ja’afar

26 Golf Datuk Mohd Nizom Sairi

27 Hoki Encik Abdul Rahaman Kamaruzaman

28 Karom Cik Mahhani A. Manan

29 Olahraga Dato’ Abdul Manap Dim

30 Ping Pong Encik Zakaria A. Samad

31 Sepak Takraw Encik Zulkiflee Md. Tahir

32 Tenis Tuan Hj. Adzhar Sulaiman

33 Kontinjen Perbarisan Terbaik Encik Aziz Din

Page 14: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 14 daripada 88

BADMINTON

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Badminton Sukan HASiL 2020 Johor Bahru yang

dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

2.1 Tarikh: 1 & 2 Februari 2020 (Sabtu & Ahad)

2.2 Tempat: Daiman Sport City, Sri Skudai, Johor

3.0 PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Semua permainan dalam pertandingan in adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan Sukan

HASiL 2020 Johor Bahru dan permainan dijalankan mengikut Undang-Undang International

Badminton Federation (IBF).

3.2 Sekiranya terdapat percanggahan di antara undang-undang IBF dengan peraturan pertandingan

ini, peraturan-peraturan ini akan mengatasi undang-undang IBF.

3.3 Sistem kiraan mata 21 atau Rally Point Scoring System (3 x 21) akan digunakan.

4.0 CARA PERTANDINGAN

4.1 Setiap perlawanan hendaklah dijalankan mengikut susunan seperti berikut:

BIL KATEGORI

1 Bergu Wanita Terbuka

2 Bergu Campuran Terbuka

3 Bergu Lelaki Veteran

4 Bergu Lelaki Terbuka

5 Bergu Lelaki Pegawai

4.2 Peserta hanya dibenarkan bermain satu kategori sahaja. Semua perlawanan akan dijalankan

secara liga. Kedudukan pasukan (juara, naib juara, tempat ketiga dan keempat) akan

ditentukan berdasarkan kepada jumlah perlawanan yang dimenangi. Sekiranya keputusan

adalah seri, maka ianya akan ditentukan berdasarkan kepada jumlah set dan mata yang

dipungut oleh setiap pasukan.

4.3 Setiap pasukan hendaklah bermain kesemua lima (5) kategori yang dipertandingkan walaupun

mana-mana pasukan telah menang tiga (3) permainan.

4.4 Walk-Over adalah tidak dibenarkan kecuali kerana kecederaan. Jika mana-mana pasukan yang

memberi kemenangan Walk-Over, kemenangan pasukan tersebut akan dibatalkan dan

kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan.

4.5 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan senarai susunan permainan kepada

Ketua Pengadil 15 minit sebelum perlawanan bermula.

4.6 Pertukaran nama pemain selepas penyerahan senarai susunan permainan tidak akan dilayan.

Page 15: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 15 daripada 88

5.0 PENDAFTARAN PEMAIN

5.1 Pendaftaran pemain hendaklah dibuat melalui borang pendaftaran yang disediakan.

5.2 Setiap pasukan boleh mendaftar tidak lebih 14 orang pemain iaitu 10 orang lelaki dan 4 orang

wanita. Senarai satu pasukan adalah 16 orang termasuk seorang pengurus dan seorang

Jurulatih.

5.3 Syarat Bergu Lelaki Pegawai adalah pegawai Eksekutif Hasil E1 ke atas.

5.4 Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 20 Disember 2019.

5.5 Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

5.6 Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

6.0. PENGUNDIAN

6.1 Undian akan dibuat semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan untuk menentukan

perlawanan yang dijalankan.

6.2 Keputusan pengundian adalah MUKTAMAD.

7.0 WAKTU PERTANDINGAN

7.1 Semua perlawanan akan bermula pada masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa

Pertandingan seperti pada jadual perlawanan.

7.2 Pemain yang gagal hadir digelanggang permainan pada masa yang ditetapkan akan diberi

masa tangguhan selama 10 minit. Jika setelah tamat tempoh masa yang diberikan, pemain

masih gagal hadir digelanggang maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak

lawan yang hadir.

8.0 PEGAWAI TEKNIKAL

8.1 Pengadil-Pengadil pertandingan akan dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan.

8.2 Hakim Garisan juga akan dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan.

9.0 PAKAIAN

9.1 Semua pemain hendaklah memakai pakaian sukan yang bersesuaian.

9.2 Memakai Track Bottom adalah dibenarkan.

Page 16: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 16 daripada 88

10.0 PERKARA AM

10.1 Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku keatas mana-

mana pemain atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

10.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat / peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini. Rujuk Para 17

Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

10.3 Semasa permainan, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran

Pengadil.

10.4 Pihak Jawatankuasa Pertandingan akan menentukan jenis bulu tangkis yang akan digunakan.

11.0 BANTAHAN

11.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

12.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

12.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 17: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 17 daripada 88

BASIKAL LEBUHRAYA (ROAD BIKE)

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.0 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Basikal Lebuhraya (Road Bike) Sukan HASiL 2020

Johor Bahru yang di anjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

2.1 Tarikh: 1 Februari 2020 (Sabtu)

2.2 Tempat: Sireh Park, Iskandar Puteri, Johor

3.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

KATEGORI BIL PESERTA

LELAKI TERBUKA 1. Individu 2. Berpasukan

8 orang

LELAKI VETERAN 1. Individu 2. Berpasukan

6 orang

4.0 TREK PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini akan menggunakan laluan jalan raya bertar dan merupakan jalan awam di

sekitar Iskandar Puteri sejauh 11 kilometer yang membentuk satu pusingan sebanyak 7

pusingan (11 KM X 7 Pusingan = 77 KM).

4.2 Laluan perlumbaan adalah 100% laluan jalan raya bertar.

5.0 PENDAFTARAN PEMAIN DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN.

5.1 Pertandingan adalah dalam format perseorangan dan berpasukan. Pertandingan ini akan

dijalankan serentak mengikut kategori.

5.2 Dua kategori akan dipertandingkan, iaitu Kategori Lelaki Terbuka dan Kategori Lelaki Veteran.

Setiap zon boleh menghantar satu pasukan bagi setiap kategori. Satu pasukan hendaklah

dianggotai sekurang-kurangnya 5 orang pelumba hingga maksima 8 orang pelumba mengikut

kategori.

5.3 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar para pelumbanya menggunakan borang yang telah

ditetapkan. Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau 20 Disember 2019.

5.4 Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

5.5 Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

5.6 Pertandingan ini merupakan pertandingan Lebuhraya (Road Bike) dengan menggunakan basikal

Road Bike. Penggunaan basikal selain daripada jenis ini adalah TIDAK DIGALAKKAN.

5.7 Pemakaian helmet adalah diwajibkan semasa perlumbaan berjalan.

Page 18: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 18 daripada 88

6.0 PERATURAN PERTANDINGAN

6.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut peraturan-peraturan PKBM dan UCI. Namun penganjur

dibenarkan membuat peraturan khas yang boleh diguna pakai untuk kejohanan ini sahaja

asalkan tidak bercanggah dengan peraturan PKBM dan UCI.

6.2 Pelumba adalah dikehendaki memasang Nombor Pelumba di badan dan Nombor Plate pada

basikal.

6.3 Seseorang pelumba tidak dibenarkan mendapat bantuan teknikal dan sajian sepanjang laluan

perlumbaan daripada mana-mana pihak kecuali dari pelumba sepasukan sahaja.

6.4 Walaubagaimanapun pelumba-pelumba dibenarkan mendapat bantuan teknikal dan sajian di

Zon yang disediakan dan ditetapkan oleh pihak penganjur.

6.5 Memberi bantuan teknikal dan sajian diluar kawasan adalah dilarang dan penalti mengikut

prosedur standard akan dikenakan pada mana-mana pasukan yang ingkar.

6.6 Bantuan sajian adalah diberikan secara statik.

6.7 Mana-mana pelumba yang tidak berupaya meneruskan perlumbaan boleh menamatkan

perlumbaan seboleh-bolehnya dikawasan berdekatan dengan kawasan MULA, ini adalah

bertujuan untuk memudahkan Komisar memantau semasa membuat keputusan.

6.8 Mana-mana pelumba yang telah ditinggalkan (over-lap) sebanyak 2 pusingan akan diarahkan

oleh Komisar untuk menamatkan perlumbaan.

7.0 FORMAT PERTANDINGAN

7.1 Pertandingan ini akan menggunakan laluan awam di sekitar Sireh Park dan Horizon Hills Golf

and Country Club sejauh 11 kilometer dalam bentuk pusingan sebanyak 7 pusingan yang

melengkapkan jarak keseluruhan sejauh 77 kilometer.

7.2 Pemenang acara berpasukan dikira berdasarkan jumlah masa terkumpul dari lima (5) pelumba

terawal sampai di garisan penamat bagi setiap kategori (terbuka dan Veteran) untuk setiap

pasukan.

7.3 Bagi pemenang individu, pemenang diambil kira mengikut kedudukan tempat pertama hingga

ketiga bagi setiap kategori.

7.4 Para pemenang akan ditentukan oleh Komisar secara manual. Bantahan adalah tidak

dibenarkan kecuali mempunyai alasan yang sangat kukuh atau jelas kesilapan dapat dibuktikan

oleh pihak Komisar.

Page 19: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 19 daripada 88

8.0 JADUAL PERTANDINGAN

8.1 Pertandingan akan dijalankan serentak bagi kedua-dua kategori seperti jadual di bawah: -

TARIKH MASA PERKARA

1 Februari 2020 (SABTU)

8.00 – 11.00 PAGI LELAKI TERBUKA & VETERAN

11.00 – 12.00 TENGAHARI PENYAMPAIAN HADIAH

9.0 PENGADILAN

9.1 Pengadilan dijalankan oleh Komisar yang dilantik oleh Jawantakuasa Pertandingan.

9.2 Komisar mempunyai kuasa mutlak mendenda / menghukum pelumba tanpa sebarang amaran

atau teguran.

10.0 PERKARA AM

10.1 Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku keatas mana-

mana pelumba atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

10.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat / peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini. Rujuk Para 17

Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

10.3 Semasa perlumbaan, pelumba tidak dibenarkan meninggalkan trek perlumbaan tanpa

kebenaran Komisar.

11.0 BANTAHAN

11.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

12.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

12.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 20: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 20 daripada 88

BOLA JARING

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Jaring Sukan HASiL 2020 Johor Bahru yang

dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

2.1 Tarikh: 2 Februari 2020 (Ahad)

2.2 Tempat: Sport Hall 2, UTM, Skudai

3.0 PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Semua permainan dalam pertandingan ini adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan Sukan

HASiL 2020 Johor Bahru dan permainan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan

Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) yang terkini.

3.2 Sekiranya terdapat percanggahan di antara undang-undang IFNA dengan peraturan

pertandingan ini, peraturan-peraturan ini akan mengatasi undang-undang IFNA.

4.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua warga LHDNM yang bertugas di bawah zon yang telah

ditentukan.

4.2 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang

penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Borang penyertaan hendaklah

diserahkan kepada Ketua Pengadil sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pertandingan

dimulakan.

4.3 Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih dari 12 orang pemain termasuk seorang

Pegawai atau Veteran Wanita. Senarai satu pasukan adalah 14 orang termasuk seorang

pengurus dan seorang Jurulatih. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding

disepanjang pertandingan ini. Sekiranya berlaku sebaliknya, penyertaan pasukan tersebut

dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya

yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma

akan diberikan kepada pasukan lawan.

4.4 Setiap pasukan hendaklah mempunyai pemain berikut yang bermain sepanjang tempoh

permainan, iaitu:

4.4.1 Satu (1) orang pemain Pegawai, ATAU 4.4.2 Satu (1) orang pemain Veteran

4.5 Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

4.6 Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

Page 21: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 21 daripada 88

5.0 PAKAIAN PERTANDINGAN DAN PERALATAN

5.1 Setiap pasukan hendaklah memakai baju seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama.

5.2 Penggunaan seluar pendek dan skirt tidak dibenarkan.

5.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib berlainan warna yang ketinggian

hurufnya adalah 6 inci.

5.4 Sekiranya kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, maka keputusan pertukaran bib

akan dilakukan secara lambungan duit.

5.5 Bola pertandingan akan disediakan oleh pihak Pengelola.

6.0 MASA PERMAINAN

6.1 Masa permainan perlawanan secara liga dan separuh masa adalah

10 (sepuluh) minit (masa pertama)

3 (tiga) minit (rehat) x 10 (sepuluh) minit (masa kedua)

3 (tiga) minit (rehat) x 10 (sepuluh) minit (masa ketiga).

6.2 Pasukan hendaklah bertukar gol selepas setiap quarter.

7.0 SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Pertandingan akan dijalankan secara LIGA satu pusingan.

8.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

8.1 Secara Liga

8.1.1 Sistem pemberian mata hendaklah mematuhi kehendak Para 19 Peraturan Am Sukan

HASiL 2020 Johor Bahru.

8.1.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan

ditentukan seperti berikut:

8.1.2.1 Jika masih seri, maka perbezaan gol akan digunapakai, iaitu jumlah jaringan gol

ditolak dengan gol yang kena; dan

8.1.2.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diisytiharkan

sebagai pemenang; atau

8.1.2.3 Purata gol akan menentukan kedudukan, iaitu jumlah jaringan gol dibahagi

dengan jumlah gol yang kena.

9.0 KELEWATAN

9.1 Hanya 10 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu,

pasukan yang gagal hadir dikira kalah dan semua permainannya dikira batal.

Page 22: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 22 daripada 88

10.0 PERTUKARAN PEMAIN

10.1 Pertukaran pemain hanya boleh dibuat apabila berlaku kecederaan atau sakit. Pemain yang

sudah ditukar boleh bermain semula dan pertukaran itu dianggap sebagai satu pertukaran

bagi pasukan tersebut. Posisi pemain boleh ditukar selepas separuh masa pertama (sebelum

separuh masa kedua dan ketiga dimulakan - pertukaran dibuat pada waktu rehat).

11.0 PENANGGUHAN

11.1 Sekiranya di atas sesuatu sebab, perlawanan tidak dapat diteruskan, maka Pengadil dengan

persetujuan Jawatankuasa Pertandingan Bola Jaring Sukan HASiL 2020 Johor Bahru berhak

menangguhkan perlawanan.

11.2 Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut:

11.2.1 Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan

disambung mengikut baki masa yang tinggal; atau

11.2.2 Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah

dimainkan semula.

11.3 Jawatankuasa Pertandingan mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau mengubah

sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau

diputuskan serta merta.

11.4 Jawatankuasa Pertandingan akan menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu.

12.0 PERKARA AM

12.1 Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku keatas mana-

mana pemain atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

12.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat / peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini. Rujuk Para 17

Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

12.3 Semasa permainan, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran

Pengadil.

13.0 BANTAHAN

13.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15

Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

14.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

14.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 23: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 23 daripada 88

BOLA KERANJANG LELAKI & BOLA KERANJANG WANITA

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Keranjang Sukan HASiL 2020 Johor Bahru yang

dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

2.1 Tarikh: 1 & 2 Februari 2020 (Sabtu & Ahad)

2.2 Tempat: Gelanggang Bola Keranjang Saleng, Senai

3.0 PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Semua permainan dalam pertandingan ini adalah tertakluk pada Peraturan-peraturan Sukan

HASiL 2020 Johor Bahru dan permainan dijalankan mengikut undang-undang Federation of

Internatioan Basketball Associations (FIBA).

3.2 Sekiranya terdapat percanggahan di antara undang-undang FIBA dengan peraturan

pertandingan ini, peraturan pertandingan ini akan mengatasi undang-undang FIBA.

4.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

4.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang

penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan hendaklah diserahkan

kepada Ketua Pengadil sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pertandingan dimulakan.

4.2 Sebarang pertukaran senarai susunan pemain tidak dibenarkan selepas borang diserahkan.

4.3 Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih dari 10 orang pemain termasuk seorang

Pegawai atau Veteran Wanita. Senarai satu pasukan adalah 12 orang termasuk seorang

pengurus dan seorang Jurulatih. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding

disepanjang pertandingan ini. Sekiranya berlaku sebaliknya, penyertaan pasukan tersebut

dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya

yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma

akan diberikan kepada pasukan lawan.

4.4 Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 20 Disember 2019.

4.5 Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

4.6 Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

Page 24: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 24 daripada 88

5.0 JERSI DAN PAKAIAN PERTANDINGAN

5.1 Setiap pasukan hendaklah menyediakan (2) set jersi yang berlainan warna dan bernombor.

5.2 Nombor pada jersi hendaklah sama dengan nombor yang didaftarkan didalam Borang

Pendaftaran serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

5.3 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang namanya mula-

mula tercatat di dalam Jadual Pertandingan hendaklah menukar jersi kepada warna yang

berlainan.

5.4 Memakai Track Bottom adalah dibenarkan.

6.0 MASA PERMAINAN

6.1 Permainan mengandungi empat (4) bahagian (quarter) iaitu

8 (lapan) minit bagi setiap tempoh.

2 (Dua) minit rehat di antara tempoh pertama dan kedua,

5 (Lima) minit rehat di antara Quarter kedua dan ketiga

2 (Dua) minit rehat di antara tempoh ketiga dan keempat, juga sebelum setiap tempoh

tambahan masa.

6.2 Rehat separuh masa ialah sepuluh (10) minit dan tempoh tambahan masa ialah lima (5) minit

sehingga satu pasukan diisytiharkan pemenang.

6.3 Pasukan hendaklah bertukar gol selepas setiap bahagian (quarter).

7.0 SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Pertandingan akan dijalankan secara LIGA satu pusingan.

8.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

8.1 Sistem pemberian mata hendaklah mematuhi kehendak Para 19 Peraturan Am Sukan HASiL

2020 Johor Bahru.

8.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan

ditentukan mengikut Peraturan FIBA.

9.0 KELEWATAN

9.1 Hanya 10 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu,

pasukan yang gagal hadir dikira kalah dan semua permainannya dikira batal.

Page 25: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 25 daripada 88

10.0 PERKARA AM

10.1 Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku keatas mana-

mana pemain atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

10.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat / peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini. Rujuk Para 17

Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

10.3 Semasa permainan, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran

Pengadil.

11.0 BANTAHAN

11.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

12.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

12.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 26: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 26 daripada 88

BOLA SEPAK (TERBUKA)

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Sepak Sukan HASiL 2020 Johor Bahru yang

dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

2.1 Tarikh: 31 Januari, 1 Februari & 2 Februari 2020 (Jumaat, Sabtu & Ahad)

2.2 Tempat: Padang Tapak & Padang KDOJ, UTM

3.0 PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Semua permainan dalam pertandingan ini adalah tertakluk pada peraturan-peraturan Sukan

HASiL 2020 Johor Bahru dan permainan dijalankan mengikut Undang-Undang Federation

Internationale de Football Association (FIFA).

3.2 Sekiranya terdapat percanggahan di antara undang-undang FIFA dengan peraturan

pertandingan ini, peraturan pertandingan ini akan mengatasi undang-undang FIFA.

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Setiap pasukan dibenarkan untuk menyenaraikan senarai penuh pemain tidak melebihi 18

orang pemain. Senarai satu pasukan adalah 20 orang termasuk seorang Pengurus dan seorang

Jurulatih.

4.2 Setiap pasukan hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai satu (1) orang pemain Pegawai

dan satu (1) orang pemain Vateran yang bermain sepanjang tempoh permainan.

4.3 Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain sepanjang pertandingan ini.

4.4 Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan dikehendaki mendaftarkan tidak melebihi daripada 18

orang pemain. Jika didapati pemain yang mengambil bahagian adalah pemain yang tidak

berdaftar (bukan dari senarai penuh) atau tidak mematuhi peraturan kelayakan pemain

sepertimana yang ditetapkan, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan

terbatal secara automatik dan semua perlawanan sebelumnya yang telah disertai oleh

pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan

kepada pasukan lawan.

4.5 Sekiranya terdapat diantara pemain-pemain pasukan bukan pegawai yang bertugas di zon

yang berkenaan, maka penyertaan pasukan berkenaan akan ditentukan oleh Jawatankuasa

Pertandingan.

4.6 Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 20 Disember 2019.

4.7 Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

4.8 Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

Page 27: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 27 daripada 88

5.0 CARA PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini dijalankan secara liga berkumpulan. Johan, Naib Johan, ketiga dan keempat

akan ditentukan dengan kiraan mata yang diperolehi.

6.0 JERSI

6.1 Setiap pasukan hendaklah menyediakan (2) set jersi yang berlainan warna dan bernombor.

6.2 Nombor pada jersi hendaklah sama dengan nombor yang didaftarkan didalam Borang

Pendaftaran serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

6.3 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang namanya mula-

mula tercatat di dalam Jadual Pertandingan hendaklah menukar jersi kepada warna yang

berlainan.

7.0 MASA PERTANDINGAN

7.1 Setiap pasukan adalah diwajibkan bermain lebih dari satu perlawanan didalam satu hari.

7.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh

Jawatankuasa Pertandingan.

7.3 Masa perlawanan adalah

30 (Tiga puluh) minit separuh masa pertama

10 (Sepuluh) minit rehat

30 (Tiga puluh) minit separuh masa kedua

7.4 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di padang tiga puluh (30)

minit sebelum permainan dimulakan.

7.5 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain- pemain (start list)

kepada Pegawai Perlawanan tiga puluh (30 minit) sebelum pertandingan pertama dimulakan.

7.6 Pasukan yang gagal hadir di padang pada masa yang dijadualkan akan diberi masa

menunggu/tangguhan selama sepuluh (10) minit. Jika setelah tamat tempoh masa yang

diberikan, pasukan tersebut tidak juga hadir maka ia dianggap telah memberi kemenangan

percuma (jumlah jaringan 3-0).

7.7 Walau bagaimanapun, tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi kemenangan percuma

kepada pasukan lawan atau menarik diri semasa kejohanan. Jawatankuasa Pertandingan akan

mengambil tindakan dengan melaporkan kepada Ketua Kontinjen agar mengambil tindakan

tegas kepada pihak yang terlibat dan bertanggungjawab.

Page 28: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 28 daripada 88

8.0 PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN

8.1 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format berikut:

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

8.2 Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai jika terdapat dua pasukan atau lebih didapati

memperolehi jumlah mata yang sama, maka susunan penentuan berikut akan diambilkira

untuk menentukan pemenang:

8.2.1 Kaedah perbezaan gol iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan antara jaringan gol

‘masuk’ dengan jaringan gol ‘kena’ yang lebih besar akan menduduki tempat yang

lebih tinggi; dan

8.2.2 Jika masih sama, maka pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol yang paling

banyak akan dikira sebagai pemenang; dan

8.2.3 Jika masih sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dalam peringkat

kumpulan akan dikira sebagai pemenang; dan

8.2.4 Jika keputusan perlawanan awal di antara mereka seri, maka Jawatankuasa

Pertandingan akan menentukan keputusan dengan tendangan penalti sebanyak (5)

tendangan akan dijalankan.

9.0 KEKURANGAN PEMAIN

9.1 Jika sesebuah pasukan menurunkan kurang daripada 9 orang pemain apabila separuh masa

pertama dimulakan atau ketika perlawanan sedang berlangsung, pasukan tersebut dianggap

telah memberi kemenangan. Kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan

jaringan 3-0 atau jumlah jaringan sebenar mengikut mana yang terbanyak.

9.2 Sekiranya kedua-dua pasukan gagal menurunkan sekurang-kurangnya 9 orang pemain pada

separuh masa pertama dimulakan, Pengadil akan melaporkan kepada Jawatankuasa

Pertandingan yang akan bersidang dan keputusan persidangan adalah muktamad.

10.0 PERTUKARAN PEMAIN

10.1 Sebelum perlawanan dimulakan, Pengurus Pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama

pemain yang berdaftar kepada Pengadil pertandingan didalam borang yang disediakan.

10.2 Sebanyak lima (5) pertukaran pemain (tidak termasuk penjaga gol) boleh dibuat oleh mana-

mana pasukan pada bila-bila masa sewaktu perlawanan berlangsung. Pemain yang telah

dikeluarkan tidak boleh masuk semula bermain di dalam perlawanan tersebut.

10.3 Pemain simpanan yang masuk membuat gantian, mestilah memberitahu Pengadil Simpanan

terlebih dahulu dengan menggunakan borang yang disediakan.

Page 29: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 29 daripada 88

11.0 PERATURAN TENDANGAN DARI TANDA PENALTI

11.1 Pengadil akan memilih gol sebagai tempat tendangan penalti akan diambil. Tendangan akan

diambil dari tempat yang ditetapkan.

11.2 Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol daripada lawannya akan dikira sebagai

pemenang.

11.3 Sekiranya setelah mengambil kelima-lima tendangan penalti, kedua-dua pasukan

menjaringkan bilangan gol yang sama atau tidak menjaringkan sebarang gol, suddent death

kick akan dilakukan.

11.4 Setiap tendangan akan diambil oleh pemain yang berasingan dan sehingga semua pemain

telah mengambil tendangannya, barulah seorang pemain dalam pasukan yang sama boleh

mengambil tendangan kali kedua.

11.5 Hanya pemain-pemain yang bermain sehingga tamat masa permainan sahaja boleh

mengambil tempat penjaga gol dan mengambil tendangan dari tanda penalti.

11.6 Kecuali pemain-pemain yang akan mengambil tendangan penalti serta kedua-dua penjaga gol,

semua pemain lain hendaklah berada di tempat yang ditentukan oleh Pengadil.

12.0 PEMAIN YANG DIBERI AMARAN / BUANG PADANG

12.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya

pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.

12.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya ditunjukkan satu (1) kad

merah dalam satu perlawanan maka pemain tersebut tidak boleh bermain satu (1) perlawanan

berikutnya.

12.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan satu (1) kad merah dan diperintah keluar padang dalam

satu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain di dalam (2) perlawanan

seterusnya untuk kejohanan ini.

12.4 Mana-mana pemain atau pegawai yang didapati mengganggu dengan apa cara sekali pun ke

atas pengawal pertandingan / pegawai pertandingan / urusetia, pasukan berkenaan akan

digantung bermain sepanjang tempoh kejohanan ini.

12.5 Mana-mana Pengurus, Jurulatih dan pemain simpanan adalah tertakluk kepada undang-

undang pertandingan.

13.0 PERALATAN PERTANDINGAN

13.1 Pihak Jawatankuasa Pertandingan akan menyediakan bola match ball yang diiktiraf oleh pihak

FIFA / FAM atau yang setaraf dengannya.

13.2 Pemain tidak dibenarkan memakai apa-apa peralatan yang berbahaya kepada pemain lain.

13.3 Pemakaian shinguard adalah diwajibkan.

13.4 Pemakaian track bottom adalah tidak dibenarkan.

13.5 Lain-lain peralatan hanya yang diluluskan oleh undang-undang dan peraturan pertandingan

sahaja dibenarkan untuk digunakan.

Page 30: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 30 daripada 88

14.0 PENGADILAN

14.1 Pengadil yang bertauliah akan mengadili semua perlawanan. Pengurus dan Jurulatih yang

melatih sesuatu pasukan tidak dibenarkan mengadili perlawanan tersebut. Laporan dan

keputusan tiap-tiap perlawanan akan dikemukakan oleh Pengadil kepada Jawatankuasa

Pertandingan selepas tamat perlawanan.

15.0 PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN PERLAWANAN

15.1 Pasukan yang tidak menghabiskan perlawanan sehingga masa yang ditentukan akan dikira

kalah dalam perlawanan tersebut tersebut dan terkeluar dari kejohanan.

15.2 Pasukan yang tidak menghabiskan perlawanan akan tersingkir terus daripada pertandingan ini

dan sebarang keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan berkenaan dibatalkan.

16.0 PENANGGUHAN

16.1 Semua perlawanan hendaklah berjalan sebagaimana yang dijadualkan. Penangguhan

perlawanan hanya boleh dibuat sekiranya berlaku keadaan yang tidak mengizinkan seperti

masalah cuaca atau perkara-perkara luar jangka dan keputusan adalah diatas budi bicara

Pengadil.

17.0 PERKARA AM

17.1 Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku keatas mana-

mana pemain atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

17.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat / peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini. Rujuk Para 17

Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

17.3 Semasa permainan, pemain tidak dibenarkan meninggalkan padang tanpa kebenaran

Pengadil.

18.0 BANTAHAN

18.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

19.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

19.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 31: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 31 daripada 88

BOLA TAMPAR LELAKI & BOLA TAMPAR WANITA

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Tampar Sukan HASiL 2020 Johor Bahru yang

dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

2.1 Tarikh: 31 Januari & 1 Februari 2020 (Jumaat & Sabtu)

2.2 Tempat: Sport Hall 1, UTM, Skudai, Johor

3.0 PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Semua permainan dalam pertandingan ini adalah tertakluk pada Peraturan-peraturan Sukan

HASiL 2020 Johor Bahru dan permainan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan

Bola Tampar Antarabangsa (FIVB).

3.2 Sekiranya terdapat percanggahan di antara undang-undang FIVB dengan peraturan

pertandingan ini, peraturan pertandingan ini akan mengatasi undang-undang FIVB.

4.0 CARA PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan diadakan secara liga yang melibatkan 4 pasukan iaitu Zon Utara, Zon Selatan,

Zon Tengah dan Zon Cyber.

4.2 Perlawanan ini adalah secara 3 set yang terbaik dengan kiraan mata 25 Rally Point bagi setiap

set kecuali set penentuan sebanyak 15 mata.

5.0 KIRAAN MATA KEMENANGAN

5.1 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kehendak Peraturan Am Sukan

HASiL 2020 Johor Bahru.

5.2 Sekiranya terdapat lebih dari satu pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka

kaedah berikut akan digunakan:

C = A / B

(A-Jumlah set menang bagi semua perlawanan)

(B-Jumlah set kalah bagi semua perlawanan)

(C-Nisbah set)

5.3 Sekiranya keputusan masih seri, maka kaedah berikut akan digunakan:

Z = X / Y

(Z-Jumlah mata menang bagi semua perlawanan)

(Y-Jumlah mata kalah bagi semua perlawanan)

(Z-Nisbah mata)

Page 32: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 32 daripada 88

5.4 Sekiranya selepas kiraan tersebut masih berlaku seri untuk 2 pasukan, maka pasukan yang

menang dalam perlawanan diantara mereka sebelum ini dikira menang. Sekiranya tiga

pasukan berkedudukan seri, maka undian akan dijalankan bagi menentukan pemenang.

6.0 PENDAFTARAN PEMAIN

6.1 Setiap pasukan boleh mendaftar tidak lebih dari 12 orang pemain. Senarai satu pasukan adalah

14 orang termasuk seorang pengurus dan seorang Jurulatih.

6.2 Setiap pasukan hendaklah sekurang-kurang mempunyai satu (1) orang pemain Pegawai atau

Veteran yang bermain sepanjang tempoh permainan.

6.3 Susunan pemain hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengadil sekurang-kurang 15 minit

sebelum pertandingan.

6.4 Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 20 Disember 2019.

6.5 Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

6.6 Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

7.0 JERSI

7.1 Semua pemain dikehendaki memakai jersi yang seragam yang mempunyai nombor yang jelas

dan bersiri dari 1 hingga 15.

7.2 Jersi mestilah bernombor yang berukuran sekurang-kurangnya 15 cm tinggi didepan pada

paras dada dan 20 cm tinggi dibelakang.

7.3 Pemain dikehendaki menggunakan nombor jersi yang sama sepanjang kejohanan dijalankan.

8.0 TEMPAT DAN MASA PERLAWANAN

8.1 Jawatankuasa Pertandingan akan menentukan tempat dan masa semua perlawanan.

Jawatankuasa juga berhak meminda sebarang jadual perlawanan.

8.2 Mana-mana pasukan yang gagal menurunkan pemainnya pada waktu yang ditetapkan untuk

memulakan perlawanan dan setelah masa menunggu 10 minit diberikan, maka pasukan itu

dikira kalah.

9.0 TIDAK MENGHABISKAN PERLAWANAN

9.1 Adalah dilarang memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Sekiranya didapati

ada pasukan yang berbuat demikian, maka secara automatik pasukan tersebut terkeluar

daripada menyertai pertandingan ini.

9.2 Penangguhan perlawanan hanya dibuat atas keputusan Pengadil dan Jawatankuasa

Pertandingan sahaja.

10.0 PENGADILAN

10.1 Semua perlawanan akan diadili oleh Pengadil yang bertauliah yang ditetapkan oleh

Jawatankuasa Pertandingan.

Page 33: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 33 daripada 88

11.0 PERKARA AM

11.1 Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku keatas mana-

mana pemain atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

11.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat / peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini. Rujuk Para 17

Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

11.3 Semasa permainan, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran

Pengadil.

12.0 BANTAHAN

12.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

13.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

13.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 34: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 34 daripada 88

BOLING PADANG LELAKI & BOLING PADANG WANITA

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Boling Padang (Lawn Bowls) Lelaki dan Boling

Padang (Lawn Bowls) Wanita Sukan HASiL 2020 Johor Bahru yang dianjurkan oleh Majlis

Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

2.1 Tarikh : 1 & 2 Februari 2020 (Sabtu & Ahad) 2.2 Tempat : Gelanggang Boling Padang, Kompleks Belia Larkin JB

3.0 PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Semua permainan dalam pertandingan ini adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan Sukan

HASiL Johor Bahru 2020 dan Undang-Undang Lembaga Bowling Boling Dunia (WBB) yang

berkuatkuasa serta telah diterima oleh Persekutuan Lawn Bowl Malaysia dan Persekutuan

Lawn Bowl Antarabangsa.

3.2 Sekiranya terdapat percanggahan di antara undang-undang WBB dengan peraturan

pertandingan ini, peraturan pertandingan ini akan mengatasi undang-undang WBB.

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN.

4.1 Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih daripada 8 orang pemain bagi setiap pasukan.

Walau bagaimana pun hanya 7 orang pemain sahaja yang dibenarkan bermain di dalam satu

permainan.

4.2 Senarai susunan pemain hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengadil sekurang-kurang 15

minit sebelum pertandingan dijadualkan bermula.

4.3 Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 20 Disember 2019.

4.4 Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

4.5 Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

Page 35: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 35 daripada 88

5.0 CARA PERTANDINGAN

5.1 Acara yang akan dipertandingkan adalah secara berpasukan (7 sekumpulan) dan akan

dipecahkan seperti berikut:

5.1.1 Single (Perseorangan) Lelaki / Wanita;

5.1.2 Pairs (Berpasangan) Lelaki / Wanita;

5.1.3 Fours (Empat Berpasangan) Lelaki / Wanita; dan

5.1.4 Pemain simpanan hanya untuk acara Fours

5.2 Bagi pemain perseorangan dan berpasangan, setiap pemain akan menggunakan 4 biji bowls

dan akan bergilir-gilir dengan lawan.

5.3 Bagi pemain empat berpasangan, setiap pemain akan menggunakan 2 biji bowls dan akan

bermain bergilir-gilir dengan lawan.

6.0 MASA PERLAWANAN

6.1 Bagi perlawanan perseorangan, permainan akan ditamatkan apabila salah seorang pemain

berjaya mendahului / mengumpul sehingga 21 shots atau tempoh 1 jam 30 minit perlawanan,

ikut mana yang terdahulu.

6.2 Manakala bagi perlawanan berpasangan dan empat berpasangan, perlawanan akan

ditamatkan pada 15 end atau tempoh 1 jam 30 minit perlawanan, ikut mana yang terdahulu.

7.0 PEMBERIAN MATA DAN KEMENANGAN

7.1 Kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang memperolehi jumlah mata terkumpul yang

terbanyak.

7.2 Jumlah mata pasukan adalah dikumpul melalui sumbangan mata terkumpul dari perlawanan

perseorangan, dua berpasukan dan empat berpasukan.

7.3 Jika pungutan mata sama, maka pasukan yang memperolehi shot yang terbanyak akan dikira

pemenang.

7.4 Jika pungutan mata juga sama, maka pemain / pasukan yang memperolehi perbezaan nett

shot yang terbanyak akan menjadi pemenang.

7.5 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kehendak Para 19 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

8.0 PENENTUAN JOHAN KESELURUHAN

8.1 Johan keseluruhan zon akan ditentukan menerusi kiraan mata pasukan.

8.2 Jika pungutan mata sama, pasukan yang memperolehi shot yang terbanyak akan dikira

pemenang.

8.3 Jika pungutan mata juga sama, maka pasukan yang memperolehi perbezaan nett shott yang

terbanyak akan menjadi pemenang.

Page 36: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 36 daripada 88

9.0 PAKAIAN DAN PERALATAN PESERTA

9.1 Setiap pasukan boleh memakai baju berwarna seragam untuk pasukan masing-masing

(berlengan pendek atau panjang dan berkolar).

9.2 Setiap peserta dikehendaki memakai seluar panjang berwarna putih, cream atau beige.

9.3 Setiap peserta dibenarkan memakai topi mengikut warna pasukan masing-masing.

9.4 Hanya kasut yang berwarna putih, hitam dan coklat yang tidak bertumit dan bertapak licin /

rata sahaja yang boleh digunakan.

9.5 Tali pinggang yang berwarna putih, hitam dan coklat sahaja dibenarkan semasa pertandingan.

9.6 Jawatankuasa pertandingan akan menyediakan set bowl. Walaubagaimanapun setiap atlit

DIGALAKKAN membawa set bowl sendiri.

9.7 Sekiranya Set bowl mempunyai corak (pattern) yang sama dengan pihak lawan Atau Set bowl sudah “expired” iaitu tamat tempoh maka peserta boleh menggunakan set bowls yang disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

10.0 PERKARA AM

10.1 Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku ke atas mana-

mana pemain atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

10.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat / peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini. Rujuk Para 17

Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

10.3 Semasa permainan, pemain tidak dibenarkan meninggalkan padang tanpa kebenaran

Pengadil.

11.0 BANTAHAN

11.1Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

12.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

12.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru

Page 37: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 37 daripada 88

BOLING TENPIN BERPASUKAN LELAKI

& BOLING TENPIN BERPASUKAN WANITA

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Boling Tenpin Berpasukan Lelaki dan Boling Tenpin

Berpasukan Wanita Sukan HASiL 2020 Johor Bahru yang dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan

Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

2.1 Tarikh : 1 Februari 2020 (Sabtu)

2.2 Tempat : Lite Superbowl JB, Leisure Mall, Johor Bahru

3.0 PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Semua permainan dalam pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Am Sukan HASiL

2020 Johor Bahru. Pertandingan ini hendaklah dijalankan mengikut Undang-Undang

Permainan Kongres Boling Malaysia (MTBC).

3.2 Jika terdapat percanggahan di antara undang-undang MTBC dan peraturan ini, maka

peraturan pertandingan ini hendaklah digunapakai.

4.0 PENDAFTARAN DAN FORMAT PEMAIN.

4.1 Setiap Zon boleh mendaftar 12 orang pemain (termasuk pemain simpanan) untuk setiap

pasukan. Senarai satu pasukan adalah 14 orang termasuk seorang Pengurus dan seorang

Jurulatih. Hanya pemain yang layak dan berdaftar sahaja dibenarkan bertanding sepanjang

pertandingan ini. Pengurus dan Jurulatih Pasukan juga dibenarkan bermain jika didaftarkan

sebagai pemain.

4.2 Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada 20 Disember 2019.

4.3 Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

4.4 Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

Page 38: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 38 daripada 88

4.5 Komposisi pemain bagi setiap Zon adalah seperti berikut:

PASUKAN LELAKI TERBUKA Team A 3 Pemain 1 Simpanan

PASUKAN LELAKI PEGAWAI DAN VETERAN (Eksekutif Hasil E1 KE ATAS)

Team B 3 Pemain 1 Simpanan

PASUKAN LELAKI VIP (Eksekutif Hasil E4 KE ATAS)

Team C 3 Pemain 1 Simpanan

PASUKAN WANITA TERBUKA Team A 3 Pemain 1 Simpanan

PASUKAN WANITA PEGAWAI DAN VETERAN (Eksekutif Hasil E1 KE ATAS)

Team B 3 Pemain 1 Simpanan

PASUKAN WANITA VIP (Eksekutif Hasil E4 KE ATAS)

Team C 3 Pemain 1 Simpanan

Setiap Zon mesti mendaftarkan nama pemain mengikut jadual di atas sebelum pertandingan

bermula. Nama pemain yang telah didaftarkan adalah kekal mengikut setiap pasukan bagi

sepanjang pertandingan. Setiap pasukan akan bermain mengikut lorong yang akan ditetapkan.

4.6 Setiap Pasukan akan bermain sebanyak 2 blok. Setiap pemain akan bermain sebanyak 3

permainan dalam setiap blok dalam tempoh sehari. Pemain dikehendaki menggunakan

pakaian pasukan masing-masing pada hari pertandingan tersebut.

5.0 PEMAIN GANTIAN

5.1 Pemain gantian yang berdaftar sahaja layak menggantikan pemain dalam mana-mana

permainan.

5.2 Penggantian pemain semasa permainan dijalankan TIDAK dibenarkan sama sekali.

6.0 LATENESS / INCOMPLETE TEAMS / BLIND SCORE / INJURY

6.1 Setiap pasukan dikehendaki hadir pada hari pertandingan 30 minit sebelum pertandingan

dimulakan sebagaimana di dalam jadual pertandingan. Pasukan yang lambat boleh bermain

dengan syarat pemain ketiga Team pasukan lawan BELUM menghabiskan frame yang KETIGA

untuk permainan tersebut. Jika tidak, pasukan tersebut akan dikenakan penalti iaitu

DIBATALKAN dari permainan ‘pertama’ sahaja.

6.2 Jika pasukan tersebut mempunyai 1 pemain, mereka akan DIBATALKAN dari permainan

tersebut.

6.3 Pasukan yang kekurangan pemain dan lewat akan diberikan hanya 70 jatuhan pin untuk

permainan tersebut.

6.4 Sekiranya salah seorang pemain tidak dapat meneruskan permainan untuk sesuatu blok

disebabkan oleh kecederaan maka blind score akan digunakan.

7.0 HANDICAP SYSTEM

7.1 Handicap System TIDAK akan digunapakai dalam pertandingan ini.

Page 39: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 39 daripada 88

8.0 POINT SYSTEM

8.1 Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah jatuhan pin keseluruhan Team A, B serta Team C

bagi kedua-dua Blok. Zon yang mempunyai bilangan jatuhan pin terbanyak akan diisyhtiharkan

sebagai pemenang pertama, diikuti kedua terbanyak sebagai pemenang kedua dan

seterusnya.

8.2 Jika terdapat Zon yang mempunyai bilangan jatuhan pin yang sama banyak, penentuan

pemenang akan berdasarkan kepada jumlah jatuhan pin untuk permainan pertama (Team A

dan B). Sekiranya masih sama, keputusan adalah berdasarkan permainan kedua dan

seterusnya.

9.0 SISTEM PERTANDINGAN

9.1 Pertandingan ini akan dijalankan dalam 2 blok. Setiap pemain akan bermain sebanyak 2 blok,

iaitu 3 permainan pada setiap blok.

9.2 Setiap pasukan akan berubah lorong selepas tamat permainan blok pertama.

10.0 PERUBAHAN MARKAH

10.1 Sekiranya terdapat kesalahan markah yang dipaparkan di skrin komputer, Pemain / Pengurus

dikehendaki memaklumkan kesalahan tersebut kepada pihak Jawatankuasa Pertandingan

yang bertugas agar dimaklumkan kepada Lane Steward untuk beliau membuat pindaan

setelah mendapat pengesahan daripada pasukan lawan.

10.2 Sekiranya didapati ada pemain yang menukar atau membuat sebarang perubahan markah,

pihak Jawatankuasa Pertandingan berhak membatalkan permainan tersebut.

11.0 KEHILANGAN MARKAH

11.1 Sekiranya terjadi kehilangan markah yang disebabkan oleh masalah teknikal dan markah

tersebut tidak dapat dikesan, maka pemain terlibat mestilah bermain semula permainan yang

baru untuk permainan yang terlibat sahaja. Walau bagaimanapun permainan yang terdahulu

dengan markah telah dicatatkan tidak boleh diubah.

12.0 PERMAINAN TERGENDALA

12.1 Jawatankuasa Pertandingan mempunyai kuasa untuk mengarahkan pertukaran mana-mana

lane bermasalah disebabkan oleh kerosakan mesin atau masalah teknikal yang kritikal.

12.2 Permainan tersebut akan disambung semula di lane yang tidak mempunyai masalah atas

nasihat pengurusan syarikat pengendali pertandingan ini.

13.0 PERKARA LAIN

13.1 Dress Code untuk semua pemain ialah T-Shirt berkolar, seluar panjang dan mestilah tidak

menjolok mata. Bowling Skirt dan seluar pendek Bermuda bagi pemain wanita adalah

dibenarkan. Jeans tidak dibenarkan sama sekali.

13.2 Pemain boleh menggunakan bola dan kasut yang disediakan oleh Pusat Boling dengan

perbelanjaan ditanggung sendiri.

13.3 Pemain tidak dibenarkan membawa masuk makanan atau minuman dan hanya dibenarkan

merokok di Smoking Area yang disediakan oleh Pusat Boling.

Page 40: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 40 daripada 88

13.4 Jawatankuasa Pertandingan dan Pusat Boling tidak akan bertanggungjawab terhadap

kehilangan barang-barang pemain disepanjang kejohanan ini.

13.5 Borang Aturan pemain akan disediakan kepada setiap pasukan. Borang ini harus diisi dan

dikembalikan sehari sebelum setiap blok dimainkan. Jika terdapat sebarang perubahan

pemain selepas borang dikembalikan, Pengurus Pasukan perlulah memaklumkan kepada

penyelaras permainan 1 jam sebelum pertandingan dimulakan. Sebarang perubahan selepas

itu tidak akan dilayan.

14.0 PERATURAN PENYOKONG PASUKAN BOLING

14.1 Penyokong pasukan boling TIDAK BOLEH berada di kawasan permainan. Hanya Pengurus,

Jurulatih dan Ketua Pasukan sahaja dibenarkan.

14.2 Pemain yang telah menamatkan permainan dilarang berada dikawasan permainan.

14.3 Penyokong pasukan dilarang MENGEJEK, MENYEBUT KATA-KATA YANG TIDAK SOPAN DAN

SEBAGAINYA.

15.0 PERKARA AM

15.1Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku keatas mana-

mana pemain atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

15.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat / peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini.

15.3 Semasa permainan, pemain tidak dibenarkan meninggalkan kawasan permainan tanpa

kebenaran.

16.0 BANTAHAN

16.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

17.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

17.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD.

18.0 ACARA KHAS VVIP

18.1 Setiap Zon perlu mendaftar Tiga (3) pemain yang terdiri dari Eksekutif Hasil L2 dan ke atas.

18.2 Setiap Pemain VVIP perlu bermain sebanyak 1 blok iaitu 3 permainan.

18.3 Pemenang acara VVIP akan ditentukan oleh keseluruhan jatuhan pin yang tertinggi dari ketiga-

tiga pemain VVIP tersebut.

18.4 Namun begitu, acara VVIP ini tidak termasuk dalam pengiraan markah kontinjen bagi Sukan

HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 41: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 41 daripada 88

CATUR

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Catur Sukan HASiL 2020 Johor Bahru yang

dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

2.1 Tarikh : 1 Februari 2020 (Sabtu)

2.2 Tempat : Dewan KTC, UTM

3.0 PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Semua pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan Sukan HASiL 2020 Johor

Bahru dan permainan dijalankan secara sentuhan-jalan (touch-move) dengan mengikut

undang-undang antarabangsa (FIDE).

3.2 Sekiranya terdapat percanggahan, peraturan pertandingan ini akan mengatasi peraturan dan

undang-undang antarabangsa FIDE.

3.3 Sekiranya terdapat percanggahan di antara undang-undang WBB dengan peraturan

pertandingan ini, peraturan pertandingan ini akan mengatasi undang-undang antarabangsa

FIDE.

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN.

4.1 Pertandingan ini adalah acara berpasukan diantara 4 zon, iatu Zon Utara, Zon Cyber, Zon

Tengah dan Zon Selatan.

4.2 Pertandingan adalah dalam format berpasukan. Setiap pasukan dikehendaki mendaftar para

pemainnya menggunakan borang yang telah ditetapkan.

4.3 Setiap pasukan boleh mendaftarkan 9 orang pemain sahaja. Senarai satu pasukan adalah 11

orang termasuk seorang Pengurus dan seorang Jurulatih.

4.4 Ketua pasukan HENDAKLAH mendaftarkan pemain yang hendak diturunkan pada setiap

sebelum pusingan dimulakan. Susunan pemain yang bermain mestilah menurut turutan

ranking yang telah didaftarkan.

4.5 Bagi setiap pusingan permainan, setiap pasukan WAJIB untuk membariskan susunan pemain

yang merangkumi empat (4) orang pemain (tiada had jantina) dan tiga (3) pemain wanita

mengikut ranking yang telah didaftarkan.

4.6 Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 20 Disember 2019.

4.7 Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

4.8 Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

Page 42: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 42 daripada 88

5.0 JADUAL PERMAINAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

PUSINGAN PERTAMA

MEJA PUTIH HITAM

1

2

PUSINGAN KEDUA

MEJA PUTIH HITAM

1

2

PUSINGAN KETIGA

MEJA PUTIH HITAM

1

2

5.1 Kedudukan meja hitam atau putih ditentukan secara undian.

6.0 JADUAL PERTANDINGAN

TARIKH MASA PERKARA

7.0 FORMAT PERTANDINGAN

7.1 Peserta yang akan bertanding hendaklah berada di tempat pertandingan sebelum pada

waktunya. Jam Catur akan dimulakan tepat pada waktunya walaupun peserta berkenaan

terlewat.

7.2 Permainan ini adalah di antara 7 individu yang mewakili pasukan pasing-masing. Setiap

pasukan dikehendaki menurunkan 7 pemain mengikut peraturan 4.5 untuk bermain sebanyak

3 pusingan seperti dalam jadual tanpa mengira keputusan permainan sebelumnya, menang,

seri atau kalah.

7.3 Pertandingan akan dijalankan secara format 3 pusingan round robin (all play all) dan bukannya

format kalah mati.

7.4 Setiap pemain akan diberi masa selama enam puluh (60) minit menggunakan chess clock yang

disediakan.

7.5 Pemain akan dikira kalah samada di Checkmate atau kehabisan masa yang diberikan (60 minit)

atau sebab-sebab teknikal lain menurut peraturan FIDE dan penganjur.

7.6 Jadual susunan pasukan (pairing) ditetapkan dan dipaparkan oleh Arbiter setiap kali sebelum

pusingan seterusnya dimulakan.

7.7 Undang-Undang permainan adalah mengikut Peraturan Catur Antarabangsa (World Chess

Federation – FIDE Laws of Chess) dan akan diinterpretasikan oleh Arbiter yang bertugas.

Page 43: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 43 daripada 88

8.0 CARA PERMAINAN

8.1 Permainan menggunakan set catur, papan dan chess clock yang disediakan oleh Jawatankuasa

Pertandingan.

8.2 Penentuan permulaan set putih @ hitam kepada pemain akan ditentukan oleh Arbiter yang

bertugas melalui pairing yang dipaparkan. Pemain yang mendapat set putih sentiasa akan

memulakan pergerakan pertama.

8.3 Semua pemain dikehendaki merekodkan kesemua pergerakannya dan pergerakan lawannya

melainkan masa yang diperuntukkan olehnya (jam catur) telah tinggal hanya 5 minit. Dalam

keadaan ini pemain ini dikecualikan dari merekodkan pergerakan tetapi pihak yang masih

mempunyai masa melebihi 5 minit masih dikehendaki merekodkan pergerakan kedua-dua

belah pihak. Aribiter boleh memberi amaran pertama jika pemain gagal membuat rekod

gerakan 3 kali berturut-turut dan sekiranya perkara ini diulangi, Arbiter boleh membatalkan

pemain yang gagal merekodkan pergerakannya.

8.4 Pemain dikira menang samada:

8.4.1 Berjaya membuat checkmate kepada pihak lawan; atau

8.4.2 Pihak lawan kehabisan waktu yang diperutukkan kepadanya selama enam puluh (60)

minit; atau

8.4.3 Pihak lawan menyerah kalah; atau

8.4.4 Lain-lain sebab teknikal yang ditetapkan.

8.5 Peraturan TOUCH MOVE RULE adalah terpakai sepanjang masa, iaitu:

8.5.1 Mesti menggerakkan buah yang ia pegang / sentuh selagi mana ada pergerakan yang

sah (LEGAL move) melibatkan buah catur yang dipegang; atau

8.5.2 Jika pemain tersebut, menyentuh atau memegang buah lawannya, pemain tersebut

wajib menawan buah lawan yang disentuh selagi mana ianya melibatkan pergerakan

menawan yang sah; atau

8.5.3 Sekiranya pemain melakukan pergerakan yang tidak sah (ILLEGAL move), pergerakan

tersebut hendaklah dimulakan semula menggunakan buah yang telah digerakkan

selagi mana ada pilhan membuat pergerakan yang sah menggunakan buah yang

sama. Sebaliknya, sekiranya buah tersebut memang tidak boleh digerakkan (ILLEGAL

move) disebabkan sesuatu faktor (seperti berlaku OPEN CHECK), maka pemain

tersebut boleh memilih gerakan lain dengan menggunakan buah yang lain; atau

8.5.4 Pemain yang telah memegang sesuatu buah caturnya atau menggerakkannya ke

tapak lain menurut peraturan pergerakan yang sah atau telah MELEPASKAN buah

tersebut dari sentuhannya, maka pergerakan tersebut telah dianggap sempurna

(complete move) serta TIDAK BOLEH DITARIK BALIK.

Page 44: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 44 daripada 88

9.0 PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN

9.1 Pemain yang menang akan diberikan 1 mata, seri ½ mata dan kalah 0 mata bagi setiap papan.

Ini bermakna, keputusan sesuatu pertemuan di antara pasukan berkemungkinan berakhir

dengan:

9.1.1 Kemenangan di satu pihak dan kekalahan dipihak yang lain samada 7 - 0 atau 6.5 -

0.5 atau 6 - 1 atau 5.5 - 1.5 atau 5 - 2 atau 4.5 - 2.5 atau 4 - 3 dan

9.1.2 Seri 3.5 - 3.5.

9.2 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana peserta, jika lawannya melakukan

kesalahan seperti berikut:

9.2.1 Gagal berada di gelanggang sehingga selepas tamat waktu menunggu sepuluh (10)

minit sebelum perlawanan dimulakan menggunakan chess clock (Walk-over); atau

9.2.2 Lawannya tidak mahu meneruskan perlawanan.

9.3 Sekiranya kedua-dua pemain yang sepatutnya bermain gagal untuk hadir, keputusan double

default, iaitu 0-0, akan diberikan.

9.4 Kiraan pemutus:

9.4.1 Game Point; atau

9.4.2 Match Point; atau

9.4.3 Personal Encounter match (sekiranya melibatkan hanya 2 pasukan); atau

9.4.4 Personal Encounter match drop point board 7 result, drop board; atau

9.4.5 Result and so on (sekiranya melibatkan hanya 2 pasukan). Contoh Team A dan B telah

seri 3.5 – 3.5, tetapi kedudukan point adalah seperti berikut:

Board 1 Board 2 Board 3 Board 4 Board 5 Board 6 Board 7

1-0 0-1 ½ - ½ 1-0 0-1 1 - 0 0 - 1

Apabila Personal Encounter match drop point board 7, keputusan menjadi 3.5 – 2.5 (Board 7

tidak dikira); atau

9.4.6 Bagi keputusan melibatkan 2 pasukan atau lebih, drop point pemain ranking 7 dan

kiraan ke atas keseluruhan mata pemain ranking 1 – 7. Sekiranya masih seri drop

point pemain ranking 8 & 9 kiraan ke atas keseluruhan mata pemain ranking 1-7 dan

seterusnya.

10.0 PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PERMAINAN

10.1 Arbiter boleh memberikan amaran terakhir atau membatalkan terus permainan pusingan

tersebut jika pemain berada didalam keadaan berikut:

10.1.1 Merokok semasa permainan di dalam dewan permainan; atau

10.1.2 Membuat bising atau mengganggu permainan pihak lawan; atau

Page 45: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 45 daripada 88

10.1.3 Memegang telefon bimbitnya / berkomunikasi melalui SMS / menelefon / menerima

panggilan telefon / berbunyi telefonnya disebabkan oleh panggilan masuk atau

alarm; atau

10.1.4 Pemain yang telah tidak merekodkan 3 pergerakan berturut-turut atau lebih dan

telah diberikan amaran pertama oleh Arbiter. Pemain ini mengulangi kesalahan

serupa, boleh dibatalkan permainannya dalam pusingan tersebut; atau

10.1.5 Pemain yang melakukan ILLEGAL MOVE melebihi 1 kali dan dilaporkan kepada

Arbiter oleh pihak lawannya, dalam satu permainan.

11.0 ETIKA BERPAKAIAN.

11.1 Semua pemain mestilah memakai pakaian yang sesuai. Pakaian menjolok mata, seluar pendek

dan selipar adalah dilarang sama sekali. Arbiter boleh memberi amaran dan menghalang

pemain yang melanggar etika berpakaian dari memasuki dewan pertandingan.

12.0 PENGADILAN

12.1 Pengadilan dijalankan oleh Arbiter yang dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan.

12.2 Arbiter mempunyai kuasa mutlak mendenda / menghukum pemain tanpa sebarang amaran

atau teguran.

12.3 Sebarang rayuan atas keputusan Arbiter hendaklah dibuat kepada 3 juri rayuan (5 orang yang

akan dipilih kesemuanya, sebelum pusingan 1). Rayuan hendaklah dibuat secara lisan kepada

Arbiter pada waktu perlawanan atau selewat-lewatnya 10 minit selapas perlawanan.

13.0 PERKARA AM

13.1 Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku keatas mana-

mana pemain atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

13.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat / peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini. Rujuk Para 17

Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

13.3 Semasa permainan, pemain tidak dibenarkan meninggalkan dewan pertandingan tanpa

kebenaran Arbiter.

14.0 BANTAHAN

14.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

15.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

15.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 46: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 46 daripada 88

DART

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Dart Sukan HASiL 2020 Johor Bahru yang dianjurkan

oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

2.1 Tarikh : 2 Februari 2020 (Ahad)

2.2 Tempat : Dewan 16, Fakulti Kejuruteraan Elektrik Elektronik, UTM

3.0 PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Semua pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan Sukan HASiL 2020 Johor

Bahru dan permainan dijalankan mengikut Undang-Undang Pertandingan Dart oleh World

Dart Association (WDA).

3.2 Sekiranya terdapat percanggahan, peraturan pertandingan ini akan mengatasi peraturan dan

undang-undang WDA.

3.3 Pengambilan minuman keras dan bahan terlarang sebelum dan semasa pertandingan adalah

dilarang sama sekali. Mana-mana pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan

disingkir dari pertandingan ini.

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Hanya pemain yang layak dan berdaftar sahaja dibenarkan bertanding sepanjang

pertandingan ini.

4.2 Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 20 Disember 2019.

4.3 Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

4.4 Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

4.5 Setiap pasukan perlu mendaftarkan tidak lebih dari Tujuh belas (17) orang pemain (tidak

termasuk Pengurus dan Jurulatih). Status pemain hendaklah mematuhi syarat Peraturan Am

Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

4.6 Pengurus dan Jurulatih pasukan mestilah seorang pegawai yang berkhidmat dengan Lembaga

Hasil Dalam Negeri Malaysia. Penggunaan khidmat Pengurus atau Jurulatih luar tidak

dibenarkan sama sekali.

4.7 Pengurus dan Jurulatih Pasukan dibenarkan mendaftar sebagai seorang pemain dan termasuk

didalam 17 orang pemain yang didaftarkan seperti syarat 4.6 dengan syarat namanya

didaftarkan juga dalam Borang Pendaftaran pemain sebagai pemain.

4.8 Pemain Kategori Veteran Lelaki hendaklah berusia 40 tahun ke atas yang lahir dalam tahun

1980 atau sebelum. Manakala, Kategori Pegawai Lelaki hendaklah pemain yang berjawatan

Eksekutif Hasil E1 ke atas.

Page 47: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 47 daripada 88

4.9 Setiap pemain hanya dibenarkan bermain dalam satu (1) kategori permainan sahaja bagi

setiap perlawanan yang dipertandingkan. Pemain yang telah didaftarkan pada masa yang

ditetapkan sahaja yang dibenarkan bermain.

4.10 Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan barisan pemain tiga puluh (30) minit sebelum setiap

perlawanan bermula. Masa menunggu akan diberikan selama sepuluh (10) minit sahaja bagi

memulakan sesuatu pertandingan.

4.11 Sekiranya masa ini gagal dipatuhi, kemenangan percuma (walk over) akan diberi kepada

pasukan lawan.

4.12 Mana-mana pemain yang gagal atau lewat hadir ke gelanggang setelah lima (5) minit namanya

dipanggil, set tersebut akan dikira walk over.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini dijalankan secara antara berpasukan mengikut format dan kategori berikut:

5.1.1 Foursome - 1001 Straight Start

(Pemain - 4 Lelaki) Double Finish (1 “leg”)

5.1.2 Perseorangan (Lelaki) - 501 Straight Start

Double Finish (Best of 3 “leg”)

5.1.3 Bergu (Campuran) - 501 Straight Start

Double Finish (Best of 3 “leg”)

5.1.4 Bergu (Lelaki) - 501 Straight Start

Double Finish (Best of 3 “leg”)

5.1.5 Bergu - 501 Straight Start

(Veteran Lelaki & Pegawai Lelaki, Double Finish (Best of 3 “leg”)

5.1.6 Bergu (Lelaki) - 501 Straight Start

Double Finish (Best of 3 “leg”)

5.1.7 Bergu (Wanita) - 501 Straight Start

Double Finish (Best of 3 “leg”)

5.2 Diperingkat awal, pertandingan dijalankan secara format liga Round Robbin di dalam satu (1)

kumpulan.

5.3 Pasukan yang menduduki tempat pertama dan kedua teratas selepas tamat liga Round Robbin

dianggap sebagai Johan dan Naib Johan Pertandingan Dart Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 48: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 48 daripada 88

6.0 PERALATAN DAN PAKAIAN PERTANDINGAN

6.1 Para pemain hendaklah menggunakan peralatan ‘set’ dart sendiri.

6.2 Semua pemain hendaklah berpakaian kemas dengan memakai seluar panjang, baju berkolar

dan berkasut semasa pertandingan dijalankan.

6.3 Pemakaian Kemeja-T tanpa kolar / lengan, seluar pendek dan selipar / sandal tidak dibenarkan

sama sekali.

7.0 SISTEM PERMAINAN

7.1 Format bagi kategori Foursome, ia dimulakan dengan 1001 Fly Start dan ditamatkan dengan

House Double dan dijalankan secara kiraan satu (1) leg sahaja.

7.2 Format bagi kategori perseorangan dan beregu, pertandingan dimulakan dengan mata 501 Fly

Start dan diakhiri dengan House Double yang dijalankan secara kiraan Best of 3 legs.

7.3 Pasukan yang menang akan mendapat dua (2) mata, manakala yang kalah tidak akan

mendapat sebarang mata. Sekiranya ada pasukan memperolehi jumlah kiraan mata yang

sama, kiraan mata akan diambil kira mengikut turutan yang berikut:

7.3.1 Kedudukan liga akan mengikut mata yang terkumpul. Jumlah mata yang tertinggi

akan mendahului liga dan mata paling kurang akan menduduki tempat terakhir; dan

7.3.2 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mengumpul jumlah mata yang sama

setelah tamat pusingan liga, perbezaan jumlah legs menang semua pertandingan

yang terbanyak setelah tamat liga antara pasukan yang terbabit akan menentukan

keputusan; atau

7.3.3 Jika perkara 7.3.2 di atas masih tidak dapat menentukan, perbezaan jumlah legs

kalah semua pertandingan yang paling sedikit setelah tamat liga antara pasukan yang

terbabit akan menentukan keputusan; atau

7.3.4 Jika perkara 7.3.3 di atas masih tidak dapat menentukan kedudukan, perbezaan

jumlah legs menang semua pertandingan yang paling banyak setelah tamat liga

antara pasukan yang terbabit akan digunakan; atau

7.3.5 Jika perkara 7.3.4 di atas masih tidak dapat menetukan kedudukan, perbezaan legs

kalah semua pertandingan yang paling sedikit setelah tamat liga antara pasukan yang

terbabit akan digunakan; atau

7.3.6 Jika perkara 7.3.5 di atas masih tidak dapat menentukan kedudukan, keputusan

pertemuan terakhir antara pasukan terbabit akan menentukan keputusan.

7.4 Dart yang dibaling sekiranya jatuh tidak boleh dibaling semula dalam giliran dan kiraan mata

hanya kepada dart yang masih lekat dipapan. Akan tetapi sekiranya dart yang belum dibaling

terjatuh, dart tersebut boleh diambil semula.

7.5 Pemain tidak dibenarkan berbincang atau mendapatkan buah fikiran dari mana-mana pemain

semasa dalam in between throws selain daripada pasangan bergu.

7.6 Pemain hanya boleh bertanyakan mata balingan atau baki daripada Chalker (Pengadil) bagi

tujuan untuk mencari mata penamat tetapi cara untuk mendapatkan hendaklah dibuat sendiri.

Page 49: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 49 daripada 88

7.7 Mana-mana salah kira yang dibuat oleh Chalker mengenai baki mata, pemain hendaklah

memberitahu Chalker kesalahan berkenaan dan diperbetulkan sebelum pemain tersebut

meneruskan balingannya. Sekiranya tidak ada sebarang bantahan yang dibuat oleh mana-

mana pihak, maka kesilapan tersebut akan tetap disahkan dan sebarang pindaan atau

perubahan terhadap score tidak akan dilayan.

7.8 Setelah selesai sesuatu pertandingan, Ketua Pasukan hendaklah menandatangani kertas

keputusan pertandingan.

7.9 Keputusan Chalker adalah muktamad.

8.0 PERTUKARAN PEMAIN

8.1 Pertukaran pemain semasa pertandingan sedang berjalan adalah tidak dibenarkan.

9.0 PERKARA AM

9.1 Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku keatas mana-

mana pemain atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

9.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat / peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini. Rujuk Para 17

Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

9.3 Semasa permainan, pemain tidak dibenarkan meninggalkan kawasan pertandingan tanpa

kebenaran Pengadil.

10.0 BANTAHAN

10.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

11.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

11.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 50: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 50 daripada 88

FUTSAL LELAKI, FUTSAL LELAKI VETERAN & FUTSAL WANITA

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Futsal Lelaki, Lelaki Veteran & Futsal Wanita Sukan

HASiL 2020 Johor Bahru yang dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri

Malaysia.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

2.1 Tarikh : 1 Februari 2020 (Sabtu) - Lelaki Terbuka & Wanita Terbuka

2 Februari 2020 (Ahad) - Lelaki Veteran

2.2 Tempat : Daiman Sport City, Sri Skudai, Johor

3.0 PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Semua pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan Sukan HASiL 2020 Johor

Bahru dan permainan dijalankan mengikut Undang-Undang Federation Internationale de

Football Association (FIFA) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

3.2 Sekiranya terdapat percanggahan, peraturan pertandingan ini akan mengatasi peraturan dan

undang-undang FIFA dan FAM.

4.0 KATEGORI PERTANDINGAN

4.1 Lelaki Terbuka.

4.2 Lelaki Veteran. Rujuk Peraturan Am.

4.3 Wanita Terbuka.

5.0 PENDAFTARAN PEMAIN

5.1 Setiap pasukan hanya boleh menghantar 1 pasukan yang mengandungi 10 orang pemain.

5.2 Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 20 Disember 2019.

5.3 Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

5.4 Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

5.5 Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Pengurus dan Jurulatih Pasukan

dibenarkan bermain sekiranya berdaftar serta berada dalam kategori berkaitan.

5.6 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja.

5.7 Untuk memulakan perlawanan, bilangan pemain ialah lima (5) orang. Dalam situasi dimana

pemain diperintah keluar padang dan pasukan yang tinggal kurang daripada tiga (3) orang

pemain, maka perlawanan akan dibatalkan.

5.8 Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula bermain sebagai pengganti kepada

pemain lain.

Page 51: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 51 daripada 88

5.9 Setiap pasukan hendaklah sekurang-kurang mempunyai satu (1) orang pemain Pegawai atau

Veteran yang bermain sepanjang tempoh permainan bagi Kategori Lelaki Terbuka dan Wanita

Terbuka.

6.0 CARA PERTANDINGAN

6.1 Pertandingan diadakan secara liga satu pusingan.

6.2 Pasukan tempat pertama (1), kedua (2), ketiga (3) dan keempat (4) ditentukan berdasarkan

mata tertinggi yang dipungut oleh setiap pasukan.

7.0 PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN

7.1 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format berikut:

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

7.2 Setelah perlawanan liga selesai, jika terdapat dua (2) pasukan atau lebih mempunyai mata

yang sama, penentuan pemenang dibuat seperti berikut:

7.2.1 Kaedah perbezaan gol, pasukan yang mempunyai perbezaan jaringan gol masuk

dengan jaringan gol kena akan menduduki tempat yang lebih tinggi; dan

7.2.2 Jika masih sama, pasukan yang menjaringkan gol paling banyak dikira pemenang; dan

7.2.3 Jika masih sama, pasukan yang mengalahkan lawannya dalam perlawanan awal dikira

pemenang; dan

7.2.4 Jika keputusan awal adalah seri, tendangan dari tanda penalti atau lambungan duit

syiling akan dibuat.

8.0 MASA PERTANDINGAN

8.1 Perlawanan mengikut jadual dan waktu yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

8.2 Jangkamasa perlawanan:

8.2.1 Lelaki Terbuka:

10 (sepuluh) minit separuh pertama

3 (tiga) minit rehat

10 (sepuluh) minit separuh kedua

8.2.2 Lelaki Veteran

7 (tujuh) minit separuh pertama

3 (tiga) minit rehat

7 (tujuh) minit separuh kedua

Page 52: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 52 daripada 88

8.2.3 Wanita Terbuka

7 (tujuh) minit separuh pertama

3 (tiga) minit rehat

7 (tujuh) minit separuh kedua

8.3 Setiap pasukan berhak meminta satu perhentian masa (time-out) disetiap separuh masa

dengan peraturan berikut:

8.3.1 Pengurus / Jurulatih Pasukan boleh meminta masa (time-out) satu minit dari penjaga

masa pada bila-bila masa (satu setiap separuh masa);

8.3.2 Penjaga masa akan memberi isyarat perhentian masa dengan meniup wisel atau

seumpamanya;

8.3.3 Pemain tidak dibenarkan keluar gelanggang, begitu juga pegawai yang memberi

arahan tidak dibenarkan memasuki gelanggang. Arahan hendaklah dilakukan digarisan

tepi gelanggang; dan

8.3.4 Pasukan yang tidak meminta perhentian masa diseparuh masa pertama tidak boleh

membawanya ke separuh masa kedua dan sebaliknya.

8.4 Rehat pada separuh masa tidak melebihi 2 minit.

8.5 Pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada digelanggang 5 minit sebelum

perlawanan dimulakan.

8.6 Pengurus / ketua pasukan hendaklah menyerahkan senarai nama pemain kepada pengadil /

pegawai pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan (Perlawanan Pertama).

8.7 Pasukan yang gagal hadir digelanggang pada masa yang ditetapkan akan diberikan masa

tambahan 10 minit. Jika masih gagal, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan

lawan dengan kiraan jaringan 3-0;

8.8 Semua pasukan DILARANG memberi kemenangan percuma. Jawatankuasa Pertandingan akan

melaporkan kepada Ketua Kontinjen yang berkenaan untuk diambil tindakan seterusnya.

9.0 PERATURAN PERLAWANAN

9.1 Mematuhi peraturan apabila gantian pemain dibuat, iaitu:

9.1.1 Pemain yang diganti hendaklah keluar melalui kawasan pertukaran; dan

9.1.2 Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian, menunggu

sehingga pemain diganti keluar.

9.2 Penjaga gol boleh bertukar posisi dengan mana-mana pemain lain dengan syarat mendapat

kebenaran Pengadil.

9.3 Undang-Undang 6 Kesalahan dikuatkuasa.

Page 53: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 53 daripada 88

10.0 KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

10.1 Pemain yang melakukan salah satu dari kesalahan berikut:

10.1.1 Menendang atau cuba menendang pemain lawan; atau

10.1.2 Membentes pemain lawan secara keras; atau

10.1.3 Merempuh / menolak pemain lawan secara bahaya; atau

10.1.4 Memukul / cuba memukul / meludah pemain; atau

10.1.5 Menggelungsur (sliding tackle) secara keras; atau

10.1.6 Memegang, menampar atau mengawal bola dengan tangan (kecuali penjaga gol); atau

10.1.7 Lain-lain kesalahan yang dikesan oleh Pengadil:

Hendaklah dihukum dengan sepakan percuma oleh pihak lawan dari tempat kesalahan

berlaku. Sekiranya kesalahan tersebut berlaku dikawasan penalti, boleh dihukum

dengan sepakan penalti.

10.2 Apabila bermain sebagai penjaga gol:

10.2.1 Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan apabila hantaran bola oleh rakan

sepasukan kepadanya; atau

10.2.2 Memegang atau mengawal bola dengan tangan dari sepakan ke dalam oleh rakan

sepasukannya; atau

10.2.3 Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan, kaki atau mana-mana bahagian

badan melebihi 4 saat:

Kesalahan di atas hendaklah dihukum dengan sepakan percuma tidak terus diberikan

kepada pihak lawan dari tempat kesalahan berlaku kecuali keadaan tertentu.

10.3 Pemain yang menyerang / memaki Pengadil dan yang diperintah keluar padang akan

digantung bermain disepanjang tempoh kejohanan.

11.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN

11.1 Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang ditangguhkan

dan tidak dapat diteruskan atas sebab-sebab tertentu, berdasarkan pertimbangan berikut:

11.1.1 Jika perlawanan dihentikan dalam separuh masa pertama, keputusan ditentukan

dengan tendangan dari tanda penalti, tanpa mengambil kira jaringan yang diperolehi

oleh kedua-dua pasukan; atau

11.1.2 Jika perlawanan dihentikan dalam separuh masa kedua, pasukan yang mempunyai

lebih jaringan gol dikira pemenang. Jika pasukan terikat dengan kedudukan seri,

perlawanan ditentukan dengan tendangan dari tanda penalti.

Page 54: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 54 daripada 88

12.0 PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN PERLAWANAN

12.1 Pasukan yang tidak menghabiskan perlawanan sehingga masa yang ditentukan akan dikira

kalah dalam perlawanan tersebut tersebut dan terkeluar dari kejohanan.

12.2 Pasukan yang tidak menghabiskan perlawanan akan tersingkir terus daripada pertandingan ini

dan sebarang keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan berkenaan dibatalkan.

13.0 PERALATAN PEMAIN

13.1 Pemain tidak dibenarkan memakai apa-apa peralatan yang membahayakan pemain lain.

13.2 Peralatan biasa seorang pemain adalah baju, seluar, stokin, shinpad dan kasut Futsal.

Pemakaian kasut DIWAJIBKAN.

13.3 Pemain mestilah memakai jersi dan nombor yang sama pada sepanjang kejohanan. Penjaga

gol hendaklah memakai warna baju yang berlainan dengan pemain lain.

14.0 JERSI

14.1 Setiap pasukan hendaklah menyediakan (2) set jersi yang berlainan warna dan bernombor.

14.2 Nombor pada jersi hendaklah sama dengan nombor yang didaftarkan di dalam Borang

Pendaftaran serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

14.3 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang namanya mula-

mula tercatat didalam Jadual Pertandingan hendaklah menukar jersi kepada warna yang

berlainan.

15.0 BOLA

15.1 Perlawanan menggunakan bola yang disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

16.0 PENGADILAN

16.1 Jawatankuasa Pertandingan akan menyediakan Pengadil bertauliah.

Page 55: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 55 daripada 88

17.0 PERGADUHAN

17.1 Pengadil perlawanan berhak menghentikan perlawanan jika didapati kedua-dua pasukan

terlibat dalam pergaduhan.

17.2 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya

pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.

17.3 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya ditunjukkan satu (1) kad

merah dalam satu perlawanan maka pemain tersebut tidak boleh bermain satu (1) perlawanan

berikutnya.

17.4 Jika seseorang pemain ditunjukkan satu (1) kad merah dan diperintah keluar gelanggang dalam

satu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain di dalam dua (2) perlawanan

seterusnya untuk kejohanan ini.

17.5 Mana-mana pemain atau pegawai yang didapati mengganggu dengan apa cara sekali pun ke

atas pengawal pertandingan / pegawai pertandingan / urusetia, pasukan berkenaan akan

digantung bermain sepanjang tempoh kejohanan ini.

17.6 Mana-mana Pengurus, Jurulatih dan pemain simpanan adalah tertakluk kepada undang-

undang pertandingan.

18.0 JAWATANKUASA BANTAHAN / RAYUAN

18.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

19.0 PERKARA AM

19.1 Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku keatas mana-

mana pemain atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

19.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat / peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini. Rujuk Para 17

Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

19.3 Semasa permainan, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran

Pengadil.

20.0 BANTAHAN

20.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

21.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

21.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 56: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 56 daripada 88

GOLF

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Golf Sukan HASiL 2020 Johor Bahru yang dianjurkan

oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2.0 TEMPAT DAN TARIKH PERMAINAN

2.1 Tarikh: 1 Februari 2020 (Sabtu)

2.2 Tempat: Forest City Golf Club, Gelang Patah, Johor

3.0 PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

3.2 Pemain hendaklah berstatus pemain amatur mengikut Rules of Amateur Status as approved

by R & A Limited.

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Setiap ZON dibenarkan mengemukakan seramai 25 orang peserta. Walau bagaimanapun,

seramai lapan (8) orang peserta perlu didaftarkan dengan menggunakan Borang Pendaftaran

yang disediakan.

4.2 Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 20 Disember 2019.

4.3 Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

4.4 Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

4.5 Tiap-tiap zon adalah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa pemain yang layak sahaja

dipilih untuk mewakili zon masing-masing. Jika terdapat mana-mana pemain yang tidak layak

didaftarkan, maka pemain / zon yang terlibat akan dianggap batal dan tersingkir dari

pertandingan.

5.0 BAYARAN MASUK

5.1 Bayaran masuk pertandingan adalah sebanyak RM300 setiap seorang pemain.

5.2 Semua bayaran masuk pertandingan hendaklah dijelaskan oleh setiap zon kepada

Jawatankuasa Pengelola selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum tarikh pertandingan

dijalankan.

5.3 Zon yang gagal menjelaskan bayaran masuk pada tarikh yang ditetapkan adalah dianggap batal

dan tersingkir dari pertandingan.

Page 57: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 57 daripada 88

6.0 SISTEM PERTANDINGAN

6.1 Acara Berpasukan

6.1.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada satu (1) pasukan strokeplay (nett) yang

diwakili oleh lapan (8) pemain yang didaftarkan melalui Borang Pendaftaran.

6.1.2 Penentuan pemenang acara berpasukan adalah berdasarkan jumlah strokeplay (nett)

daripada lapan (8) pemain yang didaftarkan. Zon yang mengumpul jumlah strokeplay

(nett) terendah akan dikira sebagai Johan Acara. Sekiranya berlaku jumlah

pengumpulan strokeplay (nett) sama antara zon, maka penentuan pemenang adalah

secara on countback (OCB)

6.1.3 Pemain perlu mengikrar NHS semasa yang dikeluarkan oleh MGA. Sekiranya pemain

mempunyai lebih daripada satu, NHS yang paling rendah akan diambil kira untuk

menentukan “nett stroke”

6.1.4 NHS paling rendah akan diambilkira ialah Handicap 16. Pemain perlu mengikrar

handicap 16 untuk melayakkan pukulan nett diambilkira untuk acara berpasukan.

Terpakai untuk pemain yang memiliki NHS melebihi 16 dan juga tidak mempunyai NHS

daripada mana-mana kelab.

6.2 Acara Individu

6.2.1 Pemain yang didaftarkan untuk acara berpasukan juga layak bertanding di dalam acara

individu.

6.2.2 Format Acara Individu ialah “Stableford 36 Handicap of the day”

6.2.3 Penentuan pemenang acara individu adalah berdasarkan pengumpulan mata tertinggi.

Jika berlaku pengumpulan mata yang sama, maka penentuan pemenang adalah secara

on countback (OCB).

6.2.4 Pertandingan individu adalah terbuka kepada semua pemain yang mempunyai handicap

24 bagi lelaki dan 36 ke bawah bagi wanita.

6.2.5 Bilangan pemenang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

6.3 Acara Khas VIP

6.3.1 Tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pertandingan, acara khas VIP boleh

dipertandingkan sekiranya perlu.

Page 58: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 58 daripada 88

7.0 PERATURAN PERMAINAN

7.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Royal

Ancient Golf Club of St. Andrew dan undang-undang tempatan (Local Rules) yang diluluskan

oleh Jawatankuasa Pertandingan.

7.2 Pertandingan akan dijalankan mengikut sistem strokeplay (nett).

7.3 Jawatankuasa Pertandingan berhak:

7.3.1 Mengubah masa dan giliran permainan pemain; atau

7.3.2 Menukar bentuk dan acara pertandingan (jika perlu).

7.4 Pemain hendaklah melaporkan diri kepada pelepas 15 minit sebelum giliran yang ditetapkan.

Pemain yang lewat akan dianggap terbatal penyertaannya dan tidak layak bertanding.

7.5 Sekiranya disebabkan cuaca atau lain-lain sebab, yang pada pendapat Jawatankuasa

Penganjur dan Pengelola tidak dapat dielakkan, dan permainan 18 lubang tidak dapat

dihabiskan. Maka, keputusan pertandingan akan ditetapkan berdasarkan keputusan 12

lubang, 9 lubang, 6 lubang atau 3 lubang (yang mana terdahulu dapat diselesaikan).

8.0 PEMENANG

8.1 Pertandingan ini adalah atas pukulan untuk 18 lubang.

8.2 Pasukan yang mendapat jumlah pukulan (nett) yang paling rendah daripada lapan (8)

pemainnya yang didaftarkan akan menjadi johan. Jika seri, keputusannya akan ditentukan

mengikut kiraan semula seorang pemain daripada pasukan yang mendapat pukulan (nett)

yang paling rendah seperti berikut:

8.2.1 Sembilan (9) lubang terakhir yang terbaik; atau

8.2.2 Enam (6) lubang terbaik terakhir yang terbaik; atau

8.2.3 Tiga (3) lubang terakhir yang terbaik; atau

8.2.4 Jika masih seri, mengira balik (count back) dari lubang ke lubang bermula dari lubang

penghabisan.

9.0 PERKARA AM

9.1 Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku keatas mana-

mana pemain atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

9.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat /peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini.

9.3 Semasa permainan, pemain tidak dibenarkan meninggalkan kawasan pertandingan tanpa

kebenaran.

Page 59: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 59 daripada 88

10.0 BANTAHAN

10.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru

11.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

11.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 60: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 60 daripada 88

HOKI (9 SEBELAH)

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Hoki (9 Sebelah) Sukan HASiL 2020 Johor Bahru

yang dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

2.1 Tarikh : 1 Februari 2020 (Sabtu)

2.2 Tempat : Marlborough College, Puteri Harbour

3.0 PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Semua permainan dalam pertandingan ini adalah tertakluk pada peraturan-peraturan Sukan

HASiL 2020 Johor Bahru dan permainan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan

Hoki Antarabangsa (FIH).

3.2 Sekiranya terdapat percanggahan di antara undang-undang FIH dengan peraturan

pertandingan ini, peraturan pertandingan ini akan mengatasi undang-undang FIH.

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Setiap pasukan boleh mendaftar tidak lebih dari 14 orang pemain. Senarai satu pasukan adalah

16 orang termasuk seorang pengurus dan seorang Jurulatih.

4.2 Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding sepanjang pertandingan ini. Jika

didapati pemain yang mengambil bahagian adalah pemain yang tidak berdaftar (bukan dari

senarai penuh) atau tidak mematuhi peraturan kelayakan pemain sepertimana yang

ditetapkan, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan terbatal secara

automatik dan semua perlawanan sebelumnya yang telah disertai oleh pasukan tersebut

dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

4.3 Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 20 Disember 2019.

4.4 Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

4.5 Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

Page 61: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 61 daripada 88

5.0 SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini dijalankan secara liga berkumpulan. Johan, Naib Johan, ketiga dan keempat

akan ditentukan dengan kiraan mata yang diperolehi.

5.2 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format berikut:

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

5.3 Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai jika terdapat dua pasukan atau lebih didapati

memperolehi jumlah mata yang sama, maka susunan penentuan berikut akan diambilkira

untuk menentukan pemenang:

5.3.1 Kaedah perbezaan gol iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan antara jaringan gol

‘masuk’ dengan jaringan gol ‘kena’ yang lebih besar akan menduduki tempat yang

lebih tinggi; dan

5.3.2 Jika masih sama, maka pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol yang paling

banyak akan dikira sebagai pemenang; dan

5.3.3 Jika masih sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dalam peringkat

kumpulan akan dikira sebagai pemenang; dan

5.3.4 Jika keputusan perlawanan awal di antara mereka seri, maka Jawatankuasa

Pertandingan akan menentukan keputusan dengan pukulan penalti sebanyak (5)

pukulan akan dijalankan.

6.0 PERALATAN DAN PAKAIAN PEMAIN

6.1 Pemain dilarang menggunakan atau memakai sebarang peralatan berbahaya kepada dirinya

atau pemain-pemain lain termasuk sebarang barang-barang kemas.

6.2 Alatan asas yang diwajibkan adalah;

6.2.1 Penjaga gol diwajibkan memakai ‘helmet’.

6.2.2 Semua pemain lain diwajibkan memakai ‘shinguard’ sepanjang perlawanan.

6.2.3 Semua pemain diwajiban memasukkan jersi ke dalam seluar sepanjang perlawanan.

Jika pemain memakai pakaian tambahan, ia hendaklah dari warna yang sama.

6.2.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set jersi yang berlainan warna dan

setiap jersi hendaklah bernombor dari 1 hingga 16. Jersi penjaga gol hendaklah

bernombor di belakang dan di hadapan.

6.2.5 Nombor pada jersi hendaklah sama dengan nombor yang didaftarkan didalam Borang

Pendaftaran serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

6.2.6 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang namanya

mula-mula tercatat di dalam Jadual Pertandingan hendaklah menukar jersi kepada

warna yang berlainan.

Page 62: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 62 daripada 88

7.0 MASA PERTANDINGAN

7.1 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh

Jawatankuasa Pertandingan.

7.2 Masa perlawanan adalah

15 (lima belas) minit separuh pertama

7 (tujuh) minit rehat

15 (lima belas) minit separuh kedua

7.3 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di padang tiga puluh (30)

minit sebelum permainan dimulakan.

7.4 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain- pemain (start list)

kepada Pegawai Perlawanan tiga puluh (30 minit) sebelum pertandingan pertama dimulakan.

7.5 Pasukan yang gagal hadir di padang pada masa yang dijadualkan akan diberi masa

menunggu/tangguhan selama sepuluh (10) minit. Jika setelah tamat tempoh masa yang

diberikan, pasukan tersebut tidak juga hadir maka ia dianggap telah memberi kemenangan

percuma (jumlah jaringan 3-0).

7.6 Walau bagaimanapun, tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi kemenangan percuma

kepada pasukan lawan atau menarik diri semasa kejohanan. Jawatankuasa Pertandingan akan

mengambil tindakan dengan melaporkan kepada Ketua Kontinjen agar mengambil tindakan

tegas kepada pihak yang terlibat dan bertanggungjawab.

8.0 PEMAIN GANTIAN

8.1 Setiap pasukan dibenarkan membuat gantian pemain pada bila-bila masa di sepanjang sesuatu

perlawanan. Pemain gantian itu hendaklah terdiri daripada pemain-pemain yang disenaraikan

dalam borang pendaftaran. Apabila seseorang pemain itu diganti, ia harus berada bersama-

sama dengan pemain gantian yang lain dibangku pemain gantian. Seseorang pemain yang

diganti dibenarkan bermain semula untuk menggantikan seseorang pemain lain dalam

permainan yang berkenaan (roling substitution). Seseorang pemain yang diganti boleh

diturunkan semasa pertandingan pukulan penalti.

8.2 Penggantian seseorang pemain boleh dilakukan dengan kebenaran Pegawai Teknikal yang

bertugas untuk perlawanan tersebut. Pemain gantian itu tidak dibenarkan ke arena

perlawanan sehingga pemain yang digantikan itu keluar dari arena permainan.

8.3 Hanya seorang penjaga gol sahaja dibenarkan berada di arena permainan pada sesuatu masa.

8.4 Seorang pemain yang telah digantung permainan tidak boleh diganti dan dia juga tidak boleh

diturunkan sebagai pemain gantian sepanjang tempoh penggantungannya.

8.5 Permainan/masa tidak akan diberhentikan untuk gantian pemain kecuali untuk menggantikan

seseorang pemain yang mengalami kecederaan yang serius dan penjaga gol. Ini bergantung

kepada budi bicara pengadil yang berkenaan.

Page 63: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 63 daripada 88

8.6 Pemain-pemain gantian harus masuk atau keluar ke/dari arena permainan di kawasan garisan

tengah berhadapan dengan meja wakil teknikal kecuali penggantian penjaga gol boleh

dilakukan di kawasan penjaga gol. Jika gantian pemain dilakukan bagi pemain yang mengalami

kecederaan yang serius, kawalan keluar masuk pemain adalah bergantung di atas budi bicara

pengadil perlawanan.

8.7 Pemain yang cedera tidak dibenarkan diberi rawatan di dalam padang.

8.8 Pakaian yang mempunyai kesan darah tidak dibenarkan dipakai semasa bermain. Pengurus

pasukan hendaklah membawa pakaian gantian tambahan yang tidak bernombor.

9.0 TINDAKAN TATATERTIB PERMAINAN

9.1 Jawatankuasa bantahan/tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-

mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu

keputusan.

9.2 Pemain-pemain yang mendapat tiga (3) kad hijau sepanjang pertandingan akan digantung satu

(1) perlawanan berikutnya.

9.3 Pemain-pemain yang mendapat dua (2) kad hijau dan satu (1) kad kuning sepanjang

pertandingan akan digantung satu (1) perlawanan berikutnya.

9.4 Pemain-pemain yang mendapat dua (2) kad kuning sepanjang pertandingan akan digantung

satu (1) perlawanan berikutnya.

9.5 Pemain-pemain yang mendapat satu (1) kad merah sepanjang pertandingan akan digantung

satu (1) atau lebih perlawanan berikutnya. Pemain berkenaan tidak dibenarkan bermain

sehingga jawatankuasa bantahan/tatatertib membuat keputusan. Pemain itu juga tidak

dibenarkan duduk dengan pasukan pada masa perlawanan.

10.0 PENANGGUHAN

10.1 Semua perlawanan hendaklah berjalan sebagaimana yang dijadualkan. Penangguhan

perlawanan hanya boleh dibuat sekiranya berlaku keadaan yang tidak mengizinkan seperti

masalah cuaca atau perkara-perkara luar jangka dan keputusan adalah diatas budi bicara

Pengadil dan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut;

10.1.1 Perlawanan itu disambung sehingga tamat masa penuh.

10.1.2 Kedudukan lain seperti penggantian pemain dan pemain yang menerima kad diteruskan

seolah-olah perlawanan tersebut tidak ditangguhkan.

Page 64: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 64 daripada 88

11.0 PERKARA AM

11.1 Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku keatas mana-

mana pemain atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

11.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat / peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini. Rujuk Para 17

Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru

11.3 Semasa permainan, pemain tidak dibenarkan meninggalkan padang tanpa kebenaran

Pengadil.

12.0 BANTAHAN

12.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru

13.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

13.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 65: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 65 daripada 88

KAROM

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Karom Sukan HASiL 2020 Johor Bahru yang

dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

2.1 Tarikh : 2 Februari 2020 (Ahad)

2.2 Tempat : Gym Wanita, Sports Hall 1, UTM

3.0 PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Semua pertandingan adalah tertakluk pada peraturan-peraturan Sukan HASiL 2020 Johor

Bahru.

3.2 Pengambilan barangan terlarang sebelum dan semasa pertandingan adalah dilarang sama

sekali. Mana-mana pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan disingkir dari

pertandingan ini.

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding disepanjang pertandingan ini.

4.2 Setiap pasukan perlu mendaftarkan tidak lebih dari TIGA BELAS (13) orang pemain, iaitu LAPAN

(8) orang pemain lelaki dan lima (5) orang pemain wanita; dan seorang (1) Pengurus serta

seorang (1) Jurulatih. Jumlah keseluruhan adalah 15 orang.

4.3 Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

4.4 Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

4.5 Setiap pemain hanya dibenarkan bermain dalam satu (1) kategori permainan sahaja pada

setiap perlawanan yang dipertandingkan. Pemain yang telah didaftarkan pada masa yang

ditetapkan sahaja yang dibenarkan bermain.

4.6 Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan barisan pemain lima belas (15) minit sebelum

perlawanan bermula. Masa menunggu akan diberikan selama sepuluh (10) minit sahaja bagi

memulakan sesuatu perlawanan. Sekiranya tempoh masa ini gagal dipatuhi, kemenangan

percuma (walk over) akan diberi kepada pasukan lawan. Mana-mana pemain yang gagal atau

lewat hadir ke gelanggang setelah lima (5) minit namanya dipanggil, set tersebut akan dikira

walk over.

4.7 Sekiranya mana-mana pasukan didapati menurunkan pemain yang tidak berdaftar atau tidak

mematuhi peraturan kelayakan pemain sepertimana yang ditetapkan penyertaan pasukan

tersebut dalam pertandingan ini akan terbatal secara automatik dan semua perlawanan

sebelumnya yang telah disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah.

Page 66: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 66 daripada 88

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Susunan perlawanan adalah seperti berikut:

5.1.1 Perseorangan Lelaki 1

5.1.2 Perseorangan Lelaki 2

5.1.3 Perseorangan Wanita

5.1.4 Bergu Lelaki 1

5.1.5 Bergu Lelaki 2

5.1.6 Bergu Wanita

5.1.7 Bergu Campuran

5.2 Perlawanan akan dijalankan secara serentak mengikut jadual pertandingan dan dijalankan

secara liga.

6.0 PEMBERIAN MATA DAN PENENTU JOHAN KESELURUHAN

6.1 Tiga (3) mata akan diberikan untuk pasukan yang menang dalam satu-satu perlawanan dan

kosong (0) mata bagi pasukan yang kalah. Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira

sebagai johan.

6.2 Sekiranya setelah semua perlawanan di peringkat liga selesai, jika lebih dari satu pasukan

mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan mengikut susunan

berikut:

6.2.1 Jumlah games menang dan kalah; atau

6.2.2 Jumlah buah yang tinggal; atau

6.2.3 Main semula bagi pasukan yang memperolehi jumlah mata yang sama, iaitu pemain

perseorangan lelaki pertama akan dilakukan.

7.0 PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1 Semua pemain hendaklah berpakaian kemas semasa pertandingan dijalankan. Pemakaian

Kemeja-T tanpa lengan, seluar pendek dan pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan

sama sekali.

8.0 SYARAT PERTANDINGAN

8.1 Pengundian akan dibuat untuk memulakan pertandingan dengan cara pengundian buah

karom (seed) putih. Wakil pemain yang berjaya mengundi buah karom putih akan memulakan

jentikan permainan bagi pasukannya dengan susunan buah karom (seed) cara sendiri.

8.2 Selepas break dilakukan, BUAH KAROM MERAH akan dikeluarkan dan permainan sudah

dianggap confirm. Permainan diteruskan sehingga tamat.

8.3 Setiap pemain hendaklah menyediakan striker sendiri dan tidak dibenarkan menggunakan

lebih dari satu striker dalam satu-satu set perlawanan atau meminjam striker rakan (rakan

bergu). Pertukaran striker dibenarkan untuk set seterusnya dengan persetujuan Pengadil,

Jawatankuasa Pertandingan tidak menyediakan striker.

Page 67: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 67 daripada 88

8.4 Pemain tidak dibenarkan menguji striker semasa permainan sedang dijalankan.

8.5 Striker hendaklah diletakkan diatas kedua-dua garisan semasa jentikan hendak dibuat, begitu

juga semasa membuat jentikan fullmoon, striker hendaklah menutupi keseluruhan bulatan

tanpa kena garisan arrows.

8.6 Semasa jentikan dibuat striker mesti berada dikedua-dua garisan hitam dan siku atau mana-

mana anggota tubuh badan tidak melebihi garisan pemisah / bingkai papan karom.

8.7 Jika striker pemain itu terlepas atau tercuit samaada sengaja atau tidak sengaja semasa

membuat jentikan dan melepasi kedua garisan ia dianggap sudah melakukan dan tidak boleh

menjentik lagi.

8.8 Tidak dibenarkan meletak apa-apa barang diatas bingkai papan / rim board semasa permainan

dijalankan.

8.9 Jika semasa permainan buah karom terkeluar dari board ia hendaklah diletakkan dibulatan

tengah (merah) oleh Pengadil. Jika kedua-duanya terkeluar sekali (iaitu buah karom putih dan

hitam) buah karom pemain yang mengeluarkan hendaklah diletakkan diatas sekali dalam

susunan buah karom dibulatan tengah.

8.10 Jika buah karom sendiri dan buah karom pihak lawan termasuk “serentak” (follow) jentikan

boleh diteruskan.

8.11 Jika buah karom terlompat dan meniti atas bingkai papan (rim board) dan jatuh semula

kedalam / termasuk lubang ia dianggap keluar dan diletakkan semula dibulatan merah

ditengah-tengah.

8.12 Jika buah karom berdiri atau bertindih dengan striker maka dikira rasmi kecuali terusik oleh

pemain. Hanya Pengadil yang boleh membetulkan kedudukan buah karom.

8.13 Pemain adalah dilarang makan minum dan merokok semasa perlawanan dijalankan.

8.14 Dalam acara BERGU, perbincangan dengan pasangan sahaja dibenarkan apabila tiba giliran

pasangan tersebut.

8.15 Perlawanan akan ditentukan mengikut Best Of Three Matches.

8.16 Permainan ditamatkan dengan kesemua buah karomnya dipoketkan kedalam lubang

mendahului pihak lawan. Jika ter ‘poket’ buah karom lawan yang terakhir maka pihak lawan

dikira sebagai pemenang.

8.17 Jika bermain didalam set ketiga (rubberset), Pengadil akan membuat undian semula dan

Pengadil juga akan menyusunkan buah karom (seed) dengan cara bentuk “Y” pada pemain

yang memulakan pukulan.

8.18 Pemain adalah dilarang meminta nasihat / bantuan dari Jurulatih / penyokong semasa

permainan sedang dijalankan.

8.19 Pemain adalah dilarang mengganggu konsentrasi pihak lawan dengan apa cara sekalipun

semasa permainan sedang dijalankan.

8.20 Ketika pertandingan dijalankan telefon bimbit hendaklah dipadamkan.

8.21 Taklimat akan diberikan sebelum pertandingan oleh Ketua Pengadil / Konvenor.

Page 68: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 68 daripada 88

8.22 Segala kesulitan / masalah semasa permainan sedang berjalan, pemain hendaklah merujuk

kepada Pengadil-Pengadil yang bertugas.

9.0 KESALAHAN DAN DENDA

9.1 Pemain tersentuh buah karom semasa perlawanan, amaran boleh diberikan untuk kesalahan

pertama dan ianya bergantung pada keputusan Pengadil.

9.2 Provokasi semasa permainan adalah TIDAK DIBENARKAN. Amaran akan diberikan bagi

kesalahan pertama dan kehilangan giliran bagi kesalahan seterusnya, bergantung kepada

keputusan pengadil.

9.3 Semasa pukulan dibuat hanya sebelah tangan sahaja diatas papan karom. Tidak dibenarkan

tangan sebelah lagi membantu semasa pukulan dibuat.

9.4 Sekiranya striker pemain termasuk kedalam lubang, denda sebiji buah karom dan pemain

tersebut hilang giliran.

9.5 Jika pemain memasukkan buah karom sendiri dan striker serentak dalam satu pukulan, tidak

kira yang mana masuk dahulu, pemain itu hilang giliran serta didenda satu biji buah karom.

9.6 Jika pemain memasukkan buah karom lawan (seed) dan kemudian diikuti striker dalam satu

pukulan, ia akan kehilangan giliran dan denda satu biji buah karom.

9.7 Pemain memukul buah karom secara terus semasa buah karom tersebut berada digarisan

larangan (seed mati) pemain itu sendiri didenda satu biji buah karom dan hilang giliran.

9.8 Tangan / jari pemain terkena buah karom atau striker yang sedang bergerak dengan sengaja

atau tidak sengaja didenda satu biji buah karom dan hilang giliran.

9.9 Semasa meletak striker untuk jentikan, pemain telah terkena / terubah kedudukan buah

karom diatas papan, pemain didenda sebiji buah karom dan hilang giliran. Buah karom yang

telah terubah itu harus diletakkan semula ditempat asalnya atau paling hampir oleh Pengadil.

9.10 Jika sekiranya pemain menjentik buah karom terbelah dua, cara berikut menentukan

kedudukan;

9.10.1 Sebelah buah karom berada diatas papan dan sebelah lagi masuk (poket), buah karom

tersebut dikira masuk dan boleh meneruskan jentikan; atau

9.10.2 Kedua belah buah karom diatas papan, buah karom akan ditukarkan dan diletakkan di

bulatan tengah oleh Pengadil dan pemain tidak boleh membuat pukulan semula.

10.0 PERTUKARAN PEMAIN

10.1 Pertukaran pemain semasa pertandingan sedang berjalan adalah tidak dibenarkan.

Page 69: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 69 daripada 88

11.0 PENGADIL

11.1 Pengadil dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan Sukan HASiL 2020 Johor Bahru ialah dari

MAKSAK JOHOR.

11.2 Keputusan Pengadil adalah muktamad.

12.0 PERKARA AM

12.1 Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku keatas mana-

mana pemain atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

12.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat / peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini.

12.3 Semasa permainan, pemain tidak dibenarkan meninggalkan kawasan pertandingan tanpa

kebenaran Pengadil.

13.0 BANTAHAN

13.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

14.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

14.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 70: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 70 daripada 88

OLAHRAGA

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1. Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Olahraga Sukan HASiL 2020 Johor Bahru yang

dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

2.1 Tarikh : 2 Februari 2020 (Ahad)

2.2 Tempat : Stadium Azman Hashim, UTM Johor.

3.0 ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

3.1 Acara-Acara yang dipertandingkan bagi Lelaki dan Wanita adalah seperti berikut:

BIL ACARA KATEGORI LELAKI WANITA PERINGKAT

1 100M TERBUKA 2 AKHIR

2 100M TERBUKA 2 AKHIR

3 100M VETEREN 2 AKHIR

4 100M VETEREN 2 AKHIR

5 200M TERBUKA 2 AKHIR

6 200M TERBUKA 2 AKHIR

7 200M VETEREN 2 AKHIR

8 200M VETEREN 2 AKHIR

9 400M TERBUKA 2 AKHIR

10 400M TERBUKA 2 AKHIR

11 400M VETEREN 2 AKHIR

12 400M VETEREN 2 AKHIR

13 800M TERBUKA 2 AKHIR

14 800M TERBUKA 2 AKHIR

15 1500M TERBUKA 3 AKHIR

16 1500M TERBUKA 3 AKHIR

17 1500M VETEREN 3 AKHIR

18 5000M TERBUKA 3 AKHIR

19 100M LARI BERPAGAR TERBUKA 2 AKHIR

20 110M LARI BERPAGAR TERBUKA 2 AKHIR

21 400M LARI BERPAGAR TERBUKA 2 AKHIR

22 LOMPAT JAUH TERBUKA 2 AKHIR

23 LOMPAT JAUH TERBUKA 2 AKHIR

24 LOMPAT KIJANG TERBUKA 2 AKHIR

25 LOMPAT TINGGI TERBUKA 2 AKHIR

26 LOMPAT TINGGI TERBUKA 2 AKHIR

27 MELONTAR PELURU TERBUKA 2 AKHIR

28 MELONTAR PELURU TERBUKA 2 AKHIR

29 MELEMPAR CAKERA TERBUKA 2 AKHIR

30 MELEMPAR CAKERA TERBUKA 2 AKHIR

31 MEREJAM LEMBING TERBUKA 2 AKHIR

32 MEREJAM LEMBING TERBUKA 2 AKHIR

33 MEDLEY RELAY VIP ( 8 x 50M ) CAMPURAN 6 2

34 4 X 100M TERBUKA 4 AKHIR

Page 71: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 71 daripada 88

35 4 X 100M TERBUKA 4 AKHIR

36 4 X 100M VETEREN 4 AKHIR

37 4 X 100M VETEREN 4 AKHIR

38 4 X 400M TERBUKA 4 AKHIR

39 4 X 400M TERBUKA 4 AKHIR

40 4 X 400M VETEREN 4 AKHIR

41 JALAN KAKI 400M WANITA VIP 4 AKHIR

42 JALAN KAKI 800M LELAKI VIP 4 AKHIR

43 MEDLEY RELAY ( PEGAWAI ) CAMPURAN 3 1 AKHIR

44 MEDLEY RELAY TKPE ( 8 x 50M ) CAMPURAN 6 2 AKHIR

JUMLAH

ATLIT 74 50

3.2 Setiap zon boleh menghantar DUA (2) orang peserta (Lelaki / Wanita) bagi acara trek 100

meter hingga 800 meter bagi acara perseorangan dan SATU (1) pasukan bagi acara

berpasukan. Bagi acara 1500 meter dan 5000 meter setiap zon boleh menghantar TIGA (3)

orang peserta (Lelaki/ Wanita).

3.3 Bagi acara padang (field events) penganjur membenarkan setiap zon yang bertanding untuk

mendaftarkan sehingga DUA (2) orang peserta.

3.4 Setiap peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian tidak lebih dari lima (5) acara, iaitu tiga

(3) acara perseorangan (balapan dan padang) dan dua (2) acara berganti-ganti.

3.5 Semua acara akan dipertandingkan sebagai acara Akhir.

3.6 Bagi acara nombor 41 dan 42, syarat bagi Pegawai Kanan VIP adalah terdiri dari pegawai

pasukan zon seperti berikut:

3.6.1 Peserta Lelaki Eksekutif Hasil L1 dan ke atas atau setaraf dengannya;

3.6.2 Peserta Wanita Eksekutif Hasil E4 dan ke atas atau setaraf dengannya;

3.6.3 Setiap zon dibenarkan untuk mendaftarkan peserta sehingga empat (4) orang bagi

setiap kategori yang dipertandingkan.

3.6.4 Acara Kategori VIP tidak dikira dalam penentuan juara keseluruhan olahraga.

3.7 Bagi acara (No. 43) Medley Relay Pegawai (100M x 100M x 200M x 400M) adalah tertakluk

kepada syarat-syarat berikut:

3.7.1 Seorang peserta wanita dari kategori Pegawai Eksekutif Hasil E1 ke atas akan membuat

larian 100M pertama;

3.7.2 Seorang peserta lelaki dari kategori Pegawai Kanan Eksekutif Hasil E4 ke atas dan

berumur 40 tahun ke atas akan membuat larian jarak 100M kedua.

3.7.3 Dua orang peserta lelaki lain kategori Pegawai Eksekutif Hasil E1 ke atas akan

membuat larian ketiga dan keempat masing-masing bagi jarak larian 200M dan 400M.

3.7.4 Peserta yang mengambil bahagian di dalam acara olahraga (terbuka) yang di

pertandingkan adalah dibenarkan menyertai acara tersebut di atas.

Page 72: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 72 daripada 88

3.8 Bagi acara (No.33) Medley Relay Campuran & VIP (8 x 50M) syarat-syarat Pegawai & VIP adalah

seperti berikut:

3.8.1 Maksimum 4 orang peserta Gred L1.

3.8.2 Minimum 2 orang Peserta Gred L2.

3.8.3 Minimum 2 orang Peserta Gred L3.

3.8.4 Penyertaan dalam acara ini mestilah MINIMUM 2 orang wanita.

3.9 Bagi acara (No.44) Medley Relay TKPE (8 x 50M) syarat-syarat Pegawai & VIP adalah seperti

berikut:

3.9.1 Terbuka kepada Gred L2 dan ke atas.

3.9.2 MINIMUM 4 orang peserta Gred L3 dan ke atas.

3.9.3 Penyertaan dalam acara ini mestilah MINIMUM 2 orang wanita.

4.0 WARNA DAN ABJAD PASUKAN

4.1 Pasukan-pasukan dan warna serta abjad besar acara berpasukan adalah seperti berikut:

4.1.1 Zon Cyber ORANGE ‘ZC’

4.1.2 Zon Tengah MERAH ‘ZT’

4.1.3 Zon Utara HIJAU ‘ZU’

4.1.4 Zon Selatan BIRU ‘ZS’

5.0 PEMBERIAN MARKAH

5.1 Acara Perseorangan:

Pertama - 7 mata

Kedua - 5 mata

Ketiga - 4 mata

Keempat - 3 mata

Kelima - 2 mata

Keenam - 1 mata

5.2 Acara Berpasukan:

Pertama - 12 mata

Kedua - 9 mata

Ketiga - 7 mata

Keempat - 5 mata

Page 73: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 73 daripada 88

5.3 Pengiraan Mata Keseluruhan

5.3.1 Keseluruhan mata yang diperolehi bagi acara Olahraga Individu dan Berpasukan akan

dikira bagi menentukan kedudukan pasukan dalam pasukan Olahraga. Pemberian mata

berpasukan bagi keseluruhan pertandingan diberi seperti berikut:

Johan - 5 mata

Naib Johan - 3 mata

Ketiga - 2 mata

Keempat - 1 mata

6.0 PENDAFTARAN / PERTUKARAN PESERTA

6.1 Setiap zon mestilah mendaftarkan nama-nama peserta yang ingin mengambil bahagian

didalam Borang Pendaftaran yang disediakan.

6.2 Senarai peserta hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 20 Disember 2019.

6.3 Pertukaran peserta selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

6.4 Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

6.5 Zon yang mengambil bahagian tidak boleh menukarkan nama-nama peserta masing-masing

bagi acara yang telah didaftar / disertainya.

6.6 Pertukaran hanya boleh dibuat pada Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan sahaja.

Penggantian yang dibuat mestilah terdiri dari peserta yang telah didaftarkan didalam borang

pendaftaran. Kemasukan nama Peserta Baru adalah tidak dibenarkan.

6.7 Penggantian peserta mestilah mengambil semua acara peserta yang telah menarik diri.

Peserta yang menarik diri tidak boleh mengambil bahagian didalam sebarang acara lain

termasuk acara “lari berganti-ganti”.

6.8 Jika didapati sesuatu acara yang kurang daripada empat (4) peserta mengambil bahagian,

acara berkenaan akan dibatalkan.

7.0 LATIHAN MELONTAR

7.1 Untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan, peserta mestilah diberi peringatan

semasa latihan cubaan, alat-alat melontar mestilah dilontar hanya pada garisan lengkungan

atau garisan bahagian atau kawasan yang berhampiran dengannya sahaja, dan mestilah

dipulangkan kembali dalam kawasan latihan atau pertandingan dengan dibawa sendiri dan

bukannya dilontar kembali ke kawasan permulaan. Pengadil atau lain-lain Pegawai yang

berkenaan berhak tidak membenarkan mana-mana peserta daripada mengambil bahagian

dalam sebarang acara olahraga jika dengan sengaja tidak mematuhi peraturan seperti yang

tersebut di atas iaitu selepas mereka diberitahu tentang peraturan ini.

Page 74: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 74 daripada 88

8.0 ACARA LOMPATAN DAN LONTARAN

8.1 Dalam pertandingan-pertandingan bagi semua acara lontaran dan lompatan (kecualikan

lompat tinggi), tiap-tiap peserta akan dibenarkan sebanyak tiga (3) percubaan. dan hanya

lapan (8) peserta yang terbaik akan dipilih untuk ke peringkat seterusnya. Peserta tidak

dibenarkan untuk membuat percubaan tambahan. Bagi setiap peserta hanya percubaan yang

terbaik sahaja akan diambil kira. Jika hanya ada lapan (8) atau kurang daripada (8) peserta,

tiap-tiap peserta akan diberikan enam (6) percubaan.

9.0 BAHAGIAN BALAPAN

9.1 Peserta-peserta hendaklah mengambil perhatian bahawa sebagai tambahan kepada

perlumbaan-perlumbaan biasa yang dijalankan dalam lorong-lorong daripada tempat

perlumbaan yang bersukat (Staggered Starts) perkara di bawah ini hendaklah dipatuhi.

9.2 Lari berganti-ganti 4 x 400M hendaklah mengikut lorong dari tempat permulaan yang

bersukat. Pelari pertama akan berlari dilorong sendiri sehingga jarak 100M dan dibenarkan

untuk memintas masuk ke lorong dalam sehingga habis satu pusingan dan pertukaran dengan

pelari yang kedua, ketiga dan keempat akan mengambil jarak yang biasa sejauh 10 meter

sebelah-menyebelah garisan permulaan / penghabisan.

9.3 Pelari pertama adalah diingatkan supaya berhati-hati ketika membuat larian masuk ke lorong

dalam dan kemenangan boleh dibatalkan sekiranya terdapat tindakan mengganggu /

menghalang dan menyebabkan peserta yang berlari dilorong dalam terhalang ketika membuat

pintasan masuk ke lorong dalam.

9.4 800 meter - Setiap peserta akan bermula mengikut lorong daripada tempat permulaan yang

bersukat-sukat dan ditambah dengan satu larian lingkungan didalam lorong-lorong.

10.0 HAD MASA

10.1 Peserta acara padang yang dengan sengaja melambatkan percubaan boleh disingkirkan dari

pertandingan. Masa untuk membolehkan peserta menjalankan percubaan hendaklah

biasanya tidak melebihi:

10.1.1 Bagi acara Lompat Jauh dan Lompat Kijang ialah selama 2 minit; dan

10.1.2 Peserta hendaklah diberitahu oleh Pegawai bertugas yang bertanggungjawab apabila

masa membolehkan peserta membuat percubaan dijalankan.

11.0 PERATURAN AM

11.1 Peserta tidak dibenarkan memanaskan badan didalam gelanggang pertandingan tetapi

mereka di benarkan berbuat demikian diluar stadium. Peserta bagi acara lompatan dan

lemparan dibenarkan membuat percubaan dalam gelanggang pertandingan.

11.2 Selain dari Pegawai yang bertugas dan peserta yang mengambil bahagian serta jurugambar

rasmi, tidak siapa pun dibenarkan masuk ke dalam gelanggang pertandingan.

11.3 Jawatankuasa Pertandingan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan alat-alat

atau harta benda peserta semasa kejohanan dijalankan.

Page 75: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 75 daripada 88

11.4 Peserta bagi acara padang hendaklah berada ditempat pertandingan sekurang-kurangnya 30

minit sebelum acara bermula. Mereka akan dibawa ke gelanggang pertandingan oleh

Penolong Pengawas (Assistant Marshall) untuk meneruskan pertandingan.

11.5 Peserta bagi acara balapan hendaklah berada ditempat pertandingan sekurang-kurangnya 15

minit sebelum acara mereka bermula. Mereka akan dibawa ke gelanggang pertandingan oleh

Penolong Pengawas pertandingan

11.6 Peserta tidak dibenarkan bertanding melainkan mereka memakai nombor yang ditentukan

iaitu dibahagian dada dan belakang tetapi bagi acara Lompat Tinggi, satu nombor dibenarkan.

Abjad zon hendaklah dipakai semasa acara lari berganti-ganti.

11.7 Saringan bagi semua lorong pertandingan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

11.8 Tiap-tiap acara akan dimulakan mengikut masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam

aturcara (Programme) pertandingan. Jawatankuasa Pertandingan berhak untuk menentukan

sebarang pindaan yang mustahak dalam aturcara pertandingan

11.9 Peserta dikehendaki berada di stadium atau di khemah / tempat masing-masing yang

disediakan sepanjang masa pertandingan dijalankan.

11.10 Peraturan 112 (M.A.A.U) dikuatkuasa supaya acara dijalankan dengan lancar. Ia hendaklah

memastikan supaya Pegawai melaporkan diri dimana yang perlu dan hendaklah mencari

penggantinya. Ia juga hendaklah bekerjasama dengan Marshall (Pengawas) bertugas yang

dilantik menguruskan pertandingan, hanya orang yang berhak sahaja dibenarkan berada di

tengah padang semasa pertandingan dijalankan.

12.0 KELAYAKAN PESERTA VETERAN

12.1 Kelayakan umur bagi peserta veteran lelaki ialah berumur 40 tahun ke atas yang lahir dalam

tahun 1980 atau sebelum.

12.2 Kelayakan umur bagi peserta veteran wanita ialah berumur 35 tahun ke atas yang lahir dalam

tahun 1985 atau sebelum.

Page 76: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 76 daripada 88

13.0 PENYAMPAIAN HADIAH

13.1 Semua pengurus pasukan dikehendaki menyediakan pemenang acara-acara yang

dipertandingkan dan berada ditempat penyampaian hadiah untuk menerima hadiah.

Pemenang hendaklah berpakaian sukan yang kemas dan lengkap

13.2 Senarai acara dipertandingkan dan peserta yang layak diberikan hadiah kemenangan bagi

acara olahraga adalah seperti berikut:

BIL ACARA LELAKI ACARA WANITA HADIAH KEMENANGAN

1 100M, 100M V 100M, 100M V Pertama (1) - Ketiga (3)

2 200M, 200M V 200M, 200M V Pertama (1) - Ketiga (3)

3 400M, 400M V 400M Pertama (1) - Ketiga (3)

4 800M 800M Pertama (1) - Ketiga (3)

5 1,500M, 1500M V 1,500M Pertama (1) - Keenam (6)

6 5,000M Pertama (1) - Keenam (6)

7 110M Lari Berpagar 100M Lari Berpagar Pertama (1) - Ketiga (3)

8 400M Lari Berpagar Pertama (1) - Ketiga (3)

9 Lompat Jauh Lompat Jauh Pertama (1) - Ketiga (3)

10 Lompat Kijang Pertama (1) - Ketiga (3)

11 Lompat Tinggi Lompat Tinggi Pertama (1) - Ketiga (3)

12 Melontar Peluru Melontar Peluru Pertama (1) - Ketiga (3)

13 Melempar Cakera Melempar Cakera Pertama (1) - Ketiga (3)

14 Merejam Lembing Merejam Lembing Pertama (1) - Ketiga (3)

15 4 x 100M, 4 x 100M V 4 x 100M, 4 x 100M V Pertama (1) - Ketiga (3)

16 4 x 400M, 4 x 400M V 4 x 400M Pertama (1) - Ketiga (3)

17 Jalan Kaki VIP (800M) Jalan Kaki VIP (400M) Pertama (1) - Ketiga (3)

18 Medley Pegawai (3) Medley Pegawai (1) Pertama (1) - Ketiga (3)

19 Medley VIP (8) Pertama (1) - Keempat (4)

20 Medley TKPE (8) Pertama (1) - Keempat (4)

14.0 PERKARA AM

14.1 Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku keatas mana-

mana pemain atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

14.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat / peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini. Rujuk Para 17

Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

14.3 Semasa acara berlangsung, peserta tidak dibenarkan meninggalkan stadium tanpa kebenaran

Pengadil.

15.0 BANTAHAN

15.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 77: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 77 daripada 88

16.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

16.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 78: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 78 daripada 88

PING PONG

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Ping Pong Sukan HASiL 2020 Johor Bahru yang

dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

2.1 Tarikh : 1 Februari 2020 (Sabtu)

2.2 Tempat : Sport Hall 2, UTM Johor

3.0 PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Semua permainan yang dimainkan dalam pertandingan ini adalah mengikut peraturan Am

Sukan HASiL 2020 Johor Bahru dan permainan dijalankan mengikut Undang-Undang

International Table Tenis Federation (ITTF).

3.3 Jika terdapat percanggahan antara kedua-dua peraturan, Peraturan Am Sukan HASiL 2020

Johor Bahru akan mengatasi undang-undang ITTF.

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Setiap pasukan boleh mendaftar tidak lebih daripada 15 orang pemain, iaitu 11 orang pemain

lelaki dan 4 orang pemain wanita, seorang pengurus pasukan dan seorang jurulatih dengan

menggunakan Borang Pendaftaran. Pengurus Pasukan dan jurulatih dibenarkan bermain

dengan syarat namanya didaftarkan juga sebagai pemain.

4.2 Sekiranya didapati diantara pemain satu-satu pasukan bukan daripada pegawai / kakitangan

LHDNM Cawangan / Zon pasukan berkenaan, maka pasukan berkenaan akan terkeluar dengan

sendirinya daripada menyertai pertandingan.

4.3 Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 20 Disember 2019.

4.4 Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

4.5 Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

Page 79: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 79 daripada 88

5.0 CARA PERTANDINGAN

5.1 Tiap-tiap perlawanan hendaklah dijalankan mengikut format pertandingan seperti dibawah:

5.1.1 Perseorangan Lelaki Terbuka

5.1.2 Bergu Lelaki Pegawai

5.1.3 Perseorangan Wanita Terbuka

5.1.4 Bergu Lelaki Veteren

5.1.5 Perseorangan Lelaki Pegawai

5.1.6 Bergu Wanita Terbuka

5.1.7 Bergu Lelaki Terbuka

5.2 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja dalam setiap perlawanan.

5.3 Setiap perlawanan yang dipertandingkan adalah berdasarkan lima (5) set terbaik (best of five).

5.4 Pertandingan dijalankan secara Liga. Kesemua tujuh (7) permainan mestilah didaftarkan dan

perlu menghabiskan semua permainan. Kemenangan percuma (walk-over) tidak akan diterima

kecuali di atas sebab-sebab kecederaan. Sekiranya sesuatu pasukan memberikan kemenangan

percuma (walk-over), Pengadil akan membatalkan pasukan berkenaan dan memberikan

kemenangan kepada pasukan lawan. Pasukan tersebut juga akan disingkirkan daripada

pertandingan.

6.0 WAKTU PERLAWANAN

6.1 Semua perlawanan bermula pada masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa

Pertandingan. Masa menunggu selama 10 minit diberi selepas masa yang ditetapkan.

7.0 PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN PERLAWANAN

7.1 Semua pasukan mestilah menghabiskan semua permainan seperti yang ditetapkan. Pasukan

yang tidak menghabiskan permainan (bukan kerana kecederaan) dikira kalah dan pasukan

lawannya diberi kemenangan dengan kiraan 7-0 dengan kiraan mata (11-0) setiap set.

8.0 PERGADUHAN

8.1 Pengadil pertandingan berhak menghentikan perlawanan perlawanan jika didapati kedua-dua

pasukan itu terlibat dalam pergaduhan.

9.0 PENANGGUHAN

9.1 Semua perlawanan hendaklah berjalan sebagaimana dijadualkan. Permohonan untuk

penangguhan tidak akan dilayan kecuali atas sebab-sebab di Para 9.2

9.2 Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan semasa perlawanan berlangsung, akan

diberi masa lima (5) minit untuk mendapat rawatan dengan kebenaran Pengadil dan masa

rawatan tambahan tidak akan diberikan.

9.3 Jawatankuasa Pertandingan berhak meminda sebarang jadual perlawanan.

Page 80: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 80 daripada 88

10.0 KIRAAN MATA

10.1 Sistem pemberian mata hendaklah mematuhi kehendak Para 19 Peraturan Am Sukan HASiL

2020 Johor Bahru

10.2 Sekiranya terdapat dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang

yang telah memenangi perlawanan diperingkat awal dikira menang.

10.3 Sekiranya terdapat lebih dari dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama maka

perkiraan berikut akan digunakan, iaitu:

10.3.1 Jumlah set menang bagi semua perlawanan; atau

10.3.2 Jumlah set kalah bagi semua perlawanan; atau

10.3.3 Nisbah mata setiap set.

11.0 PENGADILAN

11.1 Pengadil-Pengadil yang bertauliah dan berdaftar akan mengadili semua perlawanan. Laporan

dan keputusan tiap-tiap perlawanan akan dikemukakan oleh Jawatankuasa Pertandingan

selepas perlawanan. Keputusan Pengadil adalah muktamad.

12.0 PERKARA-PERKARA LAIN

12.1 Jika terdapat perkara yang mungkin berbangkit dan tidak terdapat di dalam peraturan-

peraturan ini, ianya akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pertandingan yang dipengerusikan

oleh Konvenor Ping Pong. Jawatankuasa Pertandingan adalah terdiri dari Pengurus-Pengurus

setiap pasukan. Sebarang keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

12.2 Pemain-pemain adalah tidak sama sekali dibenarkan untuk menggunakan pakaian-pakaian

yang berwarna putih, berjalur putih atau berseluar panjang. Walau bagaimanapun, track

bottom adalah dibenarkan. Pemain-pemain yang gagal mematuhi peraturan ini akan disingkir

(disqualified).

12.3 Jenis bola yang akan digunakan adalah berwarna putih berjenama Nittaku Premium Butterfly

3 star 40+ (Plastic Ball).

12.4 Mengikut peraturan ITTF, setiap pasukan dikehendaki memakai pakaian / jersi yang sama

warna bermula dari permainan pertama hingga permainan ketujuh. Sekiranya pasukan yang

bertanding gagal mematuhi arahan ini, maka sebarang bantahan dari pasukan lawan boleh

diterima.

13.0 PERKARA AM

13.1 Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku keatas mana-

mana pemain atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

13.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat / peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini. Rujuk Para 17

Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru

13.3 Semasa permainan, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran

Pengadil.

Page 81: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 81 daripada 88

14.0 BANTAHAN

14.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru

15.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

15.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru

Page 82: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 82 daripada 88

SEPAK TAKRAW

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Sepak Takraw Berpasukan Sukan HASiL 2020 Johor

Bahru dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

2.1 Tarikh : 1 & 2 Februari 2020 (Sabtu & Ahad)

2.2 Tempat : Sport Hall 1, UTM

3.0 PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Semua pertandingan adalah tertakluk pada Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru dan

permainan dijalankan mengikut mengikut Undang-Undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia

(PSM).

3.2 Sekirannya terdapat percanggahan di antara undang-undang PSM dengan peraturan

pertandingan ini, peraturan pertandingan ini akan mengatasi undang-undang PSM.

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Setiap pasukan / zon dikehendaki menghantar 1 pasukan dan setiap pasukan hendaklah

mengandungi seorang pengurus, seorang jurulatih dan 13 orang pemain termasuk pemain

simpanan.

4.2 Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 20 Disember 2019.

4.3 Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

4.4 Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

4.5 Susunan pemain setiap regu yang didaftarkan hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengadil

sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pertandingan dimulakan.

4.6 Pemain hendaklah didaftarkan mengikut susunan regu dengan:

4.6.1 3 (tiga) orang pemain setiap regu mengikut susunan berikut

Regu Pertama – Terbuka

Regu Kedua – Veteran

Regu Ketiga - Terbuka

4.6.2 4 (empat) orang pemain simpanan secara ‘pool’. Empat (4) pemain simpanan boleh

dimasukkan ke mana-mana regu yang layak mengikut aturan 4.6.1, pada bila-bila masa

untuk sekali sahaja bagi suatu perlawanan.

4.6.3 Setiap pemain akan hanya dibenarkan bermain sekali sahaja bagi setiap perlawanan.

4.7 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi Borang

Pendaftaran yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

Page 83: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 83 daripada 88

5.0 CARA PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini adalah diantara pasukan ( 3 regu ).

5.2 Semua pasukan / zon yang mengambil bahagian akan diletakkan di dalam satu kumpulan dan

akan bermain secara liga.

5.3 Pemenang akan ditentukan mengikut kemenangan dengan kiraan 3-0 atau 2-1.

5.4 Perlawanan akan menggunakan kiraan terkini mata 21 (maks.25) tiga kali sepakan.

5.5 Jenis bola yang akan digunakan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

5.6 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan 1 orang penjaga garisan bagi setiap perlawanan

regu.

6.0 SUSUNAN PERTANDINGAN / REGU-REGU

6.1 Susunan regu-regu untuk pertandingan disepanjang kejohanan ini adalah seperti berikut:

a) Regu Pertama - Terbuka

b) Regu Kedua - Veteran

c) Regu Ketiga - Terbuka

Setiap regu wajib menghabiskan perlawanan di setiap pusingan.

6.2 Ketua Pengadil boleh membenarkan perubahan pada susuan ini dengan persetujuan kedua-

dua Ketua Pasukan yang terlibat.

7.0 PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN:

7.1 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format berikut:

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

7.2 Pemenang / Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat akan ditentukan mengikut jumlah mata

yang diperolehi.

7.3 Sekiranya didapati dua atau lebih pasukan memperolehi jumlah mata yang sama, maka tatacara

mengikut susunan kaedah berikut akan diambil kira, iaitu:

a) Jumlah mata terkumpul dari perlawanan yang dimenangi; atau

b) Jumlah perbezaan perlawanan; atau

c) Jumlah perbezaan set; atau

d) Jumlah perbezaan pungutan mata; atau

e) Jika masih lagi sama, maka pasukan yang telah mengalahkan lawannya diperingkat liga

adalah dikira sebagai pemenang.

Page 84: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 84 daripada 88

8.0 PERKARA AM

8.1 Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku keatas mana-

mana pemain atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

8.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat / peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini. Rujuk Para 17

Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

8.3 Semasa permainan, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran

Pengadil.

9.0 BANTAHAN

9.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

10.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

10.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 85: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 85 daripada 88

TENIS

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Tenis Sukan HASiL 2020 Johor Bahru yang

dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

2.1 Tarikh : 1 & 2 Februari 2020 (Sabtu & Ahad)

2.2 Tempat : Kompleks Tenis Nusa Duta

3.0 PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Semua permainan yang dimainkan dalam pertandingan ini adalah mengikut Peraturan Am

Sukan HASiL 2020 Johor Bahru dan Undang-Undang Internaional Tennis Federation (ITF) dan

Persatuan Tenis Malaysia.

3.2 Sekiranya terdapat percanggahan, maka Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru akan

mengatasi undang-undang ITF dan Persatuan Tenis Malaysia.

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Setiap pasukan boleh mendaftarkan tiga belas (13) orang pemain, iaitu 10 lelaki dan 3 wanita,

dan seorang Pengurus serta seorang Jurulatih dengan menggunakan Borang Pendaftaran yang

disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

4.2 Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 20 Disember 2019.

4.3 Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan selewat-lewatnya semasa

Mesyuarat Konvenor dan Pengurus Pasukan.

4.4 Senarai pemain yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan adalah

MUKTAMAD.

5.0 SUSUNAN ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

5.1 Bergu Pertama Lelaki

5.2 Bergu Wanita

5.3 Bergu Lelaki Pegawai

5.4 Bergu Lelaki Veteran

5.5 Bergu Kedua Lelaki

6.0 BOLA KEJOHANAN

6.1 Bola jenis DUNLOP AUSTRALIAN OPEN akan digunakan sepanjang kejohanan ini.

Page 86: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 86 daripada 88

7.0 FORMAT PERTANDINGAN

7.1 Kesemua lima (5) permainan hendaklah dipertandingkan walaupun sesuatu pasukan telah

menang tiga (3) permainan. Kemenangan percuma (walk over) tidak akan diterima kecuali

kerana kecederaan. Jika sesuatu pasukan memberi kemenangan percuma (walk-over),

Pengadil akan membatalkan kemenangan pasukan berkenaan dan memberi kemenangan

kepada pasukan yang menentangnya. Hanya seorang Doktor Rasmi atau Pengadil Rasmi boleh

menentukan sama ada seseorang pemain boleh bermain atau tidak.

7.2 Pertandingan akan dijalankan secara liga melibatkan 4 zon yang telah ditetapkan (Zon Cyber,

Zon Tengah, Zon Utara dan Zon Selatan).

7.3 Pengurus / Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan nama pemain yang akan bertanding

pada tiap-tiap perlawanan mengikut sususan di perenggan 5.0 di atas 15 minit sebelum

pertandingan dimulakan kepada Ketua Pengadil. Pasukan yang lewat menghantar borang

senarai pemain melebihi waktu 15 minit yang ditetapkan akan dikira kalah satu acara (acara

pertama). Masa menunggu selama 10 minit akan diberikan. Mana-mana pasukan gagal

melapor diri selepas panggilan kedua dibuat, kemenangan percuma (walk-over) akan

diberikan kepada pasukan lawan.

7.4 Perlawanan adalah berasaskan sistem Best of Nine (9) Pro sets. Jika mata terikat lapan (8)

sama dalam permainan tersebut, maka perlawanan akan dilanjutkan ke mata penentuan (tie-

breaks). Mata penentuan (tie-breaks) sehingga tujuh (7) akan dilakukan sebagai penentu

pemenang dan sekiranya mata penentuan (tie-breaks) terikat enam (6) sama, maka penentuan

perbezaan dua (2) mata tambahan akan dikira menang.

7.5 Pengadil Kejohanan atau Chair Umpire akan disediakan bagi perlawanan yang difikirkan perlu.

7.6 Seorang Pengurus Pasukan / Ketua Pasukan / Jurulatih dibenarkan berada ditepi gelanggang

semasa perlawanan dengan berpakaian sukan yang lengkap.

7.7 Segala keputusan Jawatankuasa Pertandingan / Referi Kehormat / Pengadil Kejohanan dan

Jawatankuasa Rayuan adalah muktamad.

7.8 Setiap pemain hanya boleh bermain dalam satu (1) acara sahaja.

7.9 Pengurus dan Jurulatih setiap zon dibenarkan menyertai mana-mana salah satu acara yang

layak diwakili dengan syarat namanya didaftarkan juga dalam Borang Pendaftaran pemain

sebagai pemain.

8.0 PEMBERIAN MATA

8.1 Pasukan yang menang di dalam sesuatu perlawanan pada pusingan awal akan diberikan 3

mata, yang seri diberi 1 mata dan pasukan yang kalah mendapat 0 mata.

8.2 Walk-over bagi setiap bergu dikira pada kedudukan 1 - 0 diberi kepada pasukan lawan kiraan

set adalah 9 - 0.

8.3 Jika dua (2) atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, kedudukan akan ditentukan

melalui pengiraan semula dengan mengambil kira mata yang menang / kalah. Pasukan yang

mempunyai jumlah perbezaan mata dimenangi dengan mata yang kalah tertinggi akan dikira

sebagai berada kedudukan teratas berbanding dengan pasukan lain.

Page 87: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 87 daripada 88

9.0 PERKARA AM

9.1 Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Kecil dan Pegawai yang dilantik tidak akan

bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku keatas mana-

mana pemain atau pegawai sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini.

9.2 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana syarat / peraturan

yang difikirkan perlu yang tidak tercatat dalam peraturan pertandingan ini. Rujuk Para 17

Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

9.3 Semasa permainan, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran

Pengadil.

10.0 BANTAHAN

10.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak Para 15 Peraturan

Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

11.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

11.1 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah

MUKTAMAD, merujuk Para 17 Peraturan Am Sukan HASiL 2020 Johor Bahru.

Page 88: PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN · Bola Jaring 20 - 22 Bola Keranjang Lelaki / Bola Keranjang Wanita 23 - 25 Bola Sepak 26 - 30 ... Pusat Bayaran Kuala Lumpur, dan cawangan-cawangan

SUKAN HASiL 2020 JOHOR BAHRU

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Mukasurat 88 daripada 88

LAMPIRAN 1

BORANG PELEPASAN TANGGUNGAN RISIKO

Bahawasanya saya: ....................................................................................................................................

No. KP: ....................................... Zon: ....................................... dengan ini melepaskan semua tuntutan

terhadap pihak penganjur Pertandingan ........................................................ Sukan HASiL 2020 Johor

Bahru sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang disebabkan oleh saya sendiri atau peserta lain atau

sesiapa jua semasa pertandingan ini dijalankan. Saya tahu dan faham segala risiko yang mungkin berlaku

semasa pertandingan ini dijalankan. Segala risiko kemalangan akan ditanggung oleh saya.

Tandatangan : ............................................................

Tarikh : .......................................................................

AKUAN

Saya ................................................................................................. mengaku bahawa sebarang

kemalangan yang disebabkan oleh pemalsuan akuan adalah di bawah tanggungjawab saya.

Tandatangan : .............................................................

Tarikh : ........................................................................