PERATURAN AM & PERATURAN … 2019 2 ISI KANDUNGAN 1. Peraturan Am 3 2. Peraturan Permainan...

78
SUKANUN 2019 1 PERATURAN AM & PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA SUKANUN 2019

Transcript of PERATURAN AM & PERATURAN … 2019 2 ISI KANDUNGAN 1. Peraturan Am 3 2. Peraturan Permainan...

SUKANUN 2019

1

PERATURAN AM & PERATURAN PERTANDINGAN

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

SUKANUN 2019

SUKANUN 2019

2

ISI KANDUNGAN

1. Peraturan Am 3

2. Peraturan Permainan

- Badminton 23

- Bola Jaring 25

- Bola Sepak 9 Sebelah Veteran 28

- Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka 31

- Bola Tampar Lelaki dan Wanita 34

- Boling Padang Lelaki dan Wanita 36

- Catur 39

- Dart 41

- Futsal Lelaki 44

- Futsal Wanita 47

- Golf 50

- Karom 54

- Petanque Lelaki dan Wanita 58

- Ping Pong 60

- Sepaktakraw 63

- Tarik Tali 65

- Tenis 68

- Tenpin Bowling 70

3. Peraturan Olahraga 74

SUKANUN 2019

3

PERATURAN AM

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

(SUKANUN)

1.0 NAMA KEJOHANAN

Kejohanan ini dinamakan “SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA” atau

SUKANUN.

2.0 PENGELOLAAN

SUKANUN ini dikelolakan oleh Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi atau JSR dengan kerjasama

dari semua Ahli Persatuan.

Bagi maksud pengelolaan, Jawatankuasa Sukan, Kebudayaan & Kesenian bertanggungjawab

dengan perkara-perkara dasar dan boleh menyerahkan kuasa pengelolaan serta aktiviti sukan

kepada mana-mana ahli persatuan atau satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh JSR.

Adalah menjadi tanggungjawab jawatankuasa pengelola menerangkan secara lengkap dan jelas

peraturan pertandingan SUKANUN yang telah diluluskan oleh JSR kepada ahli persatuan yang

terlibat dalam pengelolaan SUKANUN.

3.0 PEMATUHAN PERATURAN

Kejujuran dan keikhlasan mematuhi undang-undang dan peraturan SUKANUN adalah menjadi

tanggungjawab dan tertanggungjawab kepada pasukan, pegawai, dan pemain.

4.0 JENIS SUKAN

Acara sukan yang dipertandingkan adalah terbahagi kepada dua kategori :

4.1 Acara Sukan Wajib

4.2 Acara Sukan Pilihan

BIL ACARA SUKAN WAJIB PILIHAN

1 Bola Sepak 9 Sepasukan (Terbuka) √

2 Bola Sepak 9 Sepasukan (Veteran) √

3 Bola Jaring √

4 Badminton Berpasukan √

5 Tenis Berpasukan √

6 Golf Berpasukan √

7 Catur Berpasukan

8 Bola Tampar (L)

9 Bola Tampar (W) √

10 Tenpin Boling Berpasukan (L) √

SUKANUN 2019

4

11 Tenpin Boling Berpasukan(W) √

12 Futsal (L) √

13 Futsal (W) √

14 Boling Padang (L) √

15 Boling Padang (W) √

16 Dart Berpasukan √

17 Ping-Pong Berpasukan √

18 Karom Berpasukan √

19 Sepak Takraw Antara Regu √

20 Petanque √

21 Golf VIP √

22 Hoki 9 Sepasukan √

23 Tarik Tali √

5.0 PENYERTAAN

5.1 Mana-mana organisasi yang bergabung dengan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

adalah layak untuk menyertai SUKANUN.

5.2 Setiap acara sukan akan hanya dipertandingkan sekiranya disertai oleh sekurang -

kurangnya lapan (8) pasukan.

5.3 Setiap kontinjen hanya dibenarkan mendaftar satu pasukan sahaja untuk setiap acara

sukan kecuali Golf sebanyak 2 Flight (8 orang pemain).

5.4 Setiap penyertaan dikehendaki mengemukakan borang penyertaan yang disediakan

mengikut jenis sukan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan tidak lewat

daripada tarikh yang telah ditetapkan.

5.5 Borang penyertaan hendaklah disertakan dengan wang penyertaan bagi setiap jenis sukan

yang disertai. Tindakan ini diambil bagi mengelakkan kontinjen yang telah mengesahkan

penyertaan di dalam sukan yang disertai daripada menarik diri pada saat akhir.

5.6 Penyertaan yang tidak disertai dengan bayaran penyertaan adalah tidak sah dan tidak

akan didaftarkan. Penarikan diri setelah borang penyertaan dikemukakan akan

mengakibatkan bayaran penyertaan tidak dikembalikan.

6.0 KELAYAKAN PESERTA

6.1 Peserta yang dibayar gaji oleh organisasi yang menjadi ahli PBBM dan tertakluk kepada perkara-

perkara seperti berikut :-

6.1.1 Peserta-peserta yang berkhidmat sekurang-kurangnya 90 hari (3 bulan) dari tarikh mula

kejohanan.

6.1.2 Peserta yang berkhidmat kurang dari 12 bulan daripada tarikh mula kejohanan adalah diwajibkan mengemukakan salinan penyata KWSP terkini.

SUKANUN 2019

5

6.1.3 Borang pendaftaran peserta yang lengkap dengan nama peserta dan lain-lain maklumat

yang diperlukan bersama-sama salinan kad pekerja dan penyata gaji 3 bulan yang telah

disahkan oleh Ketua Kontinjen hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengelola

tidak lewat daripada 30 hari sebelum tarikh mula kejohanan.

6.1.4 Pertukaran peserta boleh dibuat sebelum atau pada Taklimat Pengurus Pasukan dijalankan.

Sebarang permohonan untuk pindaan/pertukaran nama pemain selepas Taklimat Pengurus

Pasukan tidak akan dibenarkan sama sekali.

6.2 Mana-mana organisasi yang mendaftarkan peserta yang bukan daripada organisasi tersebut akan

dibatalkan penyertaan peserta tersebut oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan. Perkara

ini juga akan dilaporkan kepada Ketua Organisasi yang terlibat.

6.3 Umur kelayakan bagi peserta veteran ialah :

6.3.1 Lelaki – berumur 40 tahun dan ke atas pada tahun kejohanan.

6.3.2 Wanita – berumur 35 tahun dan ke atas pada tahun kejohanan.

7.0 YURAN PENYERTAAN

Dua jenis yuran yang dikenakan untuk SUKANUN :-

7.1 Yuran Penyertaan

7.1.1 Yuran RM2,000.00 bagi penyertaan sekurang-kurangnya 11 acara atau lebih.

7.1.2 Yuran RM1,000.00 bagi penyertaan kurang dari 11 acara.

7.2 Yuran Sukan adalah seperti berikut:

BIL ACARA SUKAN YURAN PENYERTAAN (RM)

1 Bola Sepak 9 Sepasukan (Terbuka) 800.00

2 Bola Sepak 9 Sepasukan (Veteran) 800.00

3 Bola Jaring 800.00

4 Badminton Berpasukan 800.00

5 Tenis Berpasukan 800.00

6 Golf Berpasukan 3000.00 (1 flight)

7 Catur Berpasukan 800.00

8 Bola Tampar (L) 800.00

9 Bola Tampar (W) 800.00

10 Tenpin Boling Berpasukan (L) 1000.00

11 Tenpin Boling Berpasukan(W) 1000.00

12 Futsal (L) 800.00

13 Futsal (W) 800.00

SUKANUN 2019

6

14 Boling Padang (L) 800.00

15 Boling Padang (W) 800.00

16 Dart Berpasukan 800.00

17 Ping-Pong Berpasukan 800.00

18 Karom Berpasukan 800.00

19 Sepak Takraw Antara Regu 800.00 (2 Regu)

20 Petanque 800.00

21 Hoki 9 Sepasukan 800.00

22 Golf VIP 500.00 (1 orang)

23 Tarik Tali 800.00

8.0 BILANGAN PEGAWAI DAN PESERTA

Bilangan pegawai dan peserta mengikut jenis-jenis sukan adalah seperti berikut :

BIL ACARA SUKAN BILANGAN ATLIT

JUMLAH L W P

1 Bola Sepak 9 Sepasukan (Terbuka) 15 - 3 18

2 Bola Sepak 9 Sepasukan (Veteran) 15 - 3 18

3 Bola Jaring - 12 2 14

4 Badminton Berpasukan 8 4 2 14

5 Tenis Berpasukan 8 4 2 14

6 Golf Berpasukan 8 - 1 9

7 Catur Berpasukan 4 3 1 8

8 Bola Tampar (L) 12 - 2 14

9 Bola Tampar (W) - 12 2 14

10 Tenpin Boling Berpasukan (L) 5 - 2 7

11 Tenpin Boling Berpasukan(W) - 5 2 7

12 Futsal (L) 12 - 2 14

13 Futsal (W) - 12 2 14

14 Boling Padang (L) 8 - 2 10

15 Boling Padang (W) - 8 2 10

16 Dart Berpasukan 6 4 2 12

17 Ping-Pong Berpasukan 8 4 2 14

18 Karom Berpasukan 8 4 2 14

SUKANUN 2019

7

19 Sepak Takraw Antara Regu 10 - 2 12

20 Petanque 8 8 2 18

21 Hoki 9 Sepasukan 13 - 2 15

22 Golf VIP 4 - 1 5

23 Tarik Tali 10 2 12

JUMLAH 152 80 43 275

L-Lelaki W-Wanita P-Pegawai

9.0 PERTANDINGAN

9.1 Format pertandingan

9.1.1 Pertandingan pusingan pertama akan dijalankan secara Liga beberapa kumpulan

manakala pusingan kedua dan seterusnya akan dijalankan secara kalah mati satu

pusingan.

9.2 Format Penentuan Kumpulan

Format bagi sistem liga adalah seperti berikut :

BIL JUMLAH PASUKAN JUMLAH PASUKAN

DALAM KUMPULAN

1 8 4,4

2 9 3,3,3

3 10 3,3,4

4 11 3,4,4

5 12 3,3,3,3

6 13 3,3,3,4

7 14 3,3,4,4

8 15 3,4,4,4

9 16 4,4,4,4

10 17 3,3,3,4,4

11 18 3,3,4,4,4

12 19 3,4,4,4,4

13 20 4,4,4,4,4

14 21 dan seterusnya 3,3,3,3,3,3,3

SUKANUN 2019

8

9.3 Cara Dua (2) Kumpulan

9.3.1 Pusingan Awal

9.3.1.1 Sekiranya lapan (8) pasukan atau lebih mengambil bahagian pasukan

akan dibahagikan kepada dua (2) Kumpulan A dan B dan pertandingan

akan dijalankan secara Liga.

9.3.1.2 Johan tahun lepas akan berada dalam kedudukan A1, Naib Johan berada

dalam kedudukan B1, Tempat Ke-3 dan Tempat Ke4 akan diundi untuk

berada dalam kedudukan A2 atau B2.

9.3.1.3 Sekiranya berlaku penarikan diri sebelum jadual rasmi dijadualkan dalam

mana-mana kumpulan dengan hanya dua (2) pasukan sahaja yang

mengambil bahagian dalam pasukan berkenaan, maka pasukan terakhir

dalam kumpulan lagi satu secara automatik dipindahkan ke dalam

kumpulan yang kurang.

9.3.2 Pusingan Separuh Akhir

9.3.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempat dalam dua

kumpulan iaitu kumpulan X dan Y seperti berikut:-

Kumpulan X

Kumpulan Y

Johan Kumpulan A Johan Kumpulan B

Naib Johan Kumpulan B

Naib Johan Kumpulan A

9.3.2 Pusingan Akhir

9.3.2.1 Pemenang Kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan Y untuk

menentukan Johan dan Naib Johan.

9.4 Cara Tiga Kumpulan Dengan 9 Pasukan

9.4.1 Pusingan Awal

9.4.1.1 Sekiranya penyertaan terdiri dari SEMBILAN (9) pasukan, pertandingan akan dijalankan secara LIGA TIGA KUMPULAN A, B, dan C.

9.4.1.2 Johan dan Naib Johan tahun lalu dan pasukan Tuan Rumah akan ditempatkan dalam kumpulan yang telah ditetapkan di kedudukan A1 (Johan), B1 (Naib

SUKANUN 2019

9

Johan), dan C1 (Tuan Rumah). Undian akan dibuat untuk menentukan kumpulan bagi pasukan lain.

9.4.2 Pusingan Suku Akhir

9.4.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan adalah layak untuk memasuki Pusingan

Suku Akhir.

9.4.2.2 DUA (2) pasukan lagi (dikenali sebagai Pasukan Pertama dan Pasukan Kedua)

dipilih berdasarkan seperti berikut :

i. Pasukan tempat ke TIGA (3) yang mendapat jumlah mata

terbanyak.

ii. Jika didapati mata yang sama, maka dikira pasukan yang

mempunyai perbezaan jaringan yang lebih. iii. Sekiranya

terdapat perbezaan jaringan yang sama, maka akan dikira

pasukan yang mempunyai jaringan terbanyak.

iv. Sekiranya terdapat perbezaan jaringan yang sama, maka

pasukan yang mendapat jaringan kena yang sedikit.

v. Jika masih didapati sama juga, maka keputusan akan ditentukan

dengan cara undian.

“RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG”

SUKANUN 2019

10

9.4.2.3 Susunan Perlawanan

Separuh

a. Johan kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat A, C dan E dengan

mengambil kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah berada di

bahagian yang berasingan sekiranya pasukan ini menjadi Johan Kumpulan.

b. Naib Johan kumpulan akan diundi untuk tempat D, G dan H dengan mengambil

kira Johan dan Naib Johan dari kumpulan yang sama berada di bahagian

yang berasingan.

c. Pasukan Ketiga Terbaik (Pertama dan Kedua) diundi untuk menduduki tempat

B dan F untuk bertemu dengan Johan Kumpulan yang lain.

d. Semua pertandingan peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir dijalankan

secara KALAH MATI.

9.5 Cara TIGA (3) Kumpulan Dengan 10 Pasukan

9.5.1 Pusingan Awal

9.5.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada TIGA (3) kumpulan A, B dan C.

9.5.1.2 Johan dan Naib Johan tahun lalu dan pasukan Tuan Rumah akan ditempatkan dalam kumpulan yang telah ditetapkan di kedudukan A1 (Johan), B1 (Naib Johan), dan C1 (Tuan Rumah). Undian akan dibuat untuk menentukan kumpulan bagi pasukan lain.

SUKANUN 2019

11

9.5.1.3 Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya tiga (3) pasukan dan salah satu dari kumpulan C akan mengandungi 4 pasukan yang akan ditentukan melalui undian.

9.5.1.4 Jika salah satu pasukan dalam kumpulan 3 menarik diri maka pasukan yang

terakhir dalam kumpulan 4 pasukan secara sendiri mengambil tempat pasukan

yang menarik diri tadi.

9.5.1.5 Jika 2 pasukan menarik diri, undian semula akan dilakukan semasa mesyuarat

Pengurus Pasukan.

9.5.2 Pusingan Suku Akhir

9.5.2.1 LAPAN (8) pasukan seperti berikut akan dipilih untuk bertanding dalam pusingan

suku akhir.

9.5.2.2 TIGA (3) pasukan yang terdiri dari Johan, Naib Johan dan tempat ke 3 dari

kumpulan C.

9.5.2.3 DUA (2) pasukan terdiri dari Johan dan Naib Johan dari setiap kumpulan 3

pasukan.

9.5.2.4 SATU (1) pasukan (dikenali sebagai Pasukan Pilihan) dipilih dari DUA (2) pasukan

yang kalah dari kumpulan A dan B berdasarkan syarat 9.3.2.2

9.5.2.5 Susunan Perlawanan

“RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG”

SUKANUN 2019

12

A

B

C

D

E

F

G

H

a. Johan Kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat A, C dan E dengan

mengambil kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah berada di

bahagian yang berasingan sekiranya pasukan ini menjadi Johan kumpulan.

b. Naib Johan kumpulan akan diundi untuk tempat D, G dan H dengan mengambil

kira johan dan naib johan dari kumpulan yang sama berada di bahagian yang

berasingan.

c. Pasukan tempat ke 3 dari kumpulan C dan pasukan pilihan diundi untuk

menduduki tempat B dan F untuk bertemu dengan Johan Kumpulan yang lain.

d. Semua pertandingan peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir dijalankan

secara KALAH MATI.

9.6 Cara Tiga (3) Kumpulan Dengan 11 Pasukan

9.6.1 Pusingan Awal

9.6.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada TIGA (3) kumpulan A,B dan C.

9.6.1.2 Johan dan Naib Johan tahun lalu dan pasukan Tuan Rumah akan ditempatkan

dalam kumpulan yang berasingan secara undian yang telah ditetapkan di

kedudukan A1 (Johan), B1 (Naib Johan), dan C1 (Tuan Rumah). Undian akan

dibuat untuk menentukan kumpulan bagi pasukan lain.

Suk u Akhir Separuh Akhir Akhir

SUKANUN 2019

13

9.6.1.3 Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan dan 2

kumpulan akan mengandungi 4 pasukan yang akan ditentukan melalui undian.

9.6.1.4 Jika salah satu pasukan dalam kumpulan 3 pasukan menarik diri maka pasukan

yang terakhir dalam kumpulan 4 pasukan secara sendiri mengambil tempat

pasukan yang menarik diri tadi.

9.6.2 Pusingan Suku Akhir

9.6.2.1 LAPAN (8) pasukan seperti berikut akan dipilih untuk bertanding dalam

Pusingan Suku Akhir.

9.6.2.2 TIGA (3) pasukan yang terdiri dari Johan, Naib Johan dan tempat ke 3 dari

kumpulan B dan C.

9.6.2.3 DUA (2) pasukan yang terdiri dari Johan dan Naib Johan dari kumpulan A

9.6.2.4 Susunan Perlawanan:

A

B

C

D

E

F

G

H

a. Johan kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat A, C dan E

dengan mengambil kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah

berada di bahagian yang berasingan sekiranya pasukan ini menjadi

Johan kumpulan.

b. Naib Johan kumpulan akan diundi untuk tempat D, G dan H dengan

mengambil kira johan dan naib johan dari kumpulan yang sama

berada di bahagian yang berasingan.

Suk u Akhir Separuh Akhir Akhir

SUKANUN 2019

14

c. Pasukan tempat ke 3 dari kumpulan B dan C diundi untuk menduduki

tempat B dan F untuk bertemu dengan Johan Kumpulan yang lain.

d. Semua pertandingan peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir

dijalankan secara KALAH MATI.

9.7 Cara EMPAT (4) Kumpulan Dengan 12 Pasukan hingga 16 Pasukan.

9.7.1 Pusingan Awal

9.7.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada EMPAT (4) kumpulan A, B, C dan D.

9.7.1.2 Johan dan Naib Johan serta pasukan tempat ketiga bersama tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan yang berasingan yang telah ditetapkan di kedudukan A1 (Johan), B1 (Naib Johan), C1 dan D1 (Ketiga Bersama-Undi). Undian akan dibuat untuk menentukan kumpulan bagi pasukan lain.

9.7.1.3 Jika salah satu pasukan dalam kumpulan 3 pasukan menarik diri maka 2 pasukan

yang terakhir akan diundikan untuk masuk ke kumpulan lain.

9.7.2 Pusingan Suku Akhir

9.7.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak untuk ke peringkat Suku Akhir.

9.7.2.2 Susunan Perlawanan:

Separuh

SUKANUN 2019

15

a. Johan kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat A, C, E dan G

dengan mengambil kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah

berada di bahagian yang berasingan sekiranya pasukan ini menjadi

johan kumpulan.

b. Naib Johan Kumpulan mestilah diundi untuk tempat B, D, F dan H

dengan mengambil kira johan dan naib johan dari kumpulan yang

sama berada di bahagian yang berasingan.

c. Semua pertandingan peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir

dijalankan secara KALAH MATI.

9.6 Cara Lima (5) Kumpulan

9.6.1 Pasukan akan dibahagikan kepada (5) kumpulan (A,B,C,D dan E).

9.6.2 Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan. Johan tahun lepas akan

berada dalam kumpulan A1 dan Naib Johan berada dalam kumpulan B1.

9.6.3 Sepuluh (10) pasukan akan dipilih untuk bertanding dalam Pusingan Suku Akhir seperti

berikut:

a. Johan kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat A, E, F, I dan J

dengan mengambil kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah

D

C

E

A

B

H

G

F

J

I

SUKANUN 2019

16

berada di bahagian yang berasingan sekiranya pasukan ini menjadi

johan kumpulan.

b. Naib Johan Kumpulan mestilah diundi untuk tempat B, C, D, G dan H

dengan mengambil kira johan dan naib johan dari kumpulan yang

sama berada di bahagian yang berasingan.

c. Semua pertandingan selepas peringkat kumpulan dijalankan secara

KALAH MATI.

9.6.4 Semua pertandingan peringkat Suku, Separuh dan Akhir dijalankan secara KALAH MATI.

9.7 Lebih dari 21 Pasukan

Jika terdapat lebih daripada 21 pasukan yang mengambil bahagian ianya hendaklah dipecahkan

di dalam BEBERAPA KUMPULAN dengan jumlah tidak lebih daripada 3 atau 4 pasukan di dalam

tiap-tiap kumpulan. Format perlawanan seterusnya akan dibuat berasaskan undian semula seperti

berikut:

9.7.1 Johan kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat yang telah ditentukan dengan

mengambil kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah berada di bahagian yang berasingan

sekiranya pasukan ini menjadi johan kumpulan.

9.7.2 Naib Johan Kumpulan mestilah diundi untuk menduduki tempat yang telah ditentukan

dengan mengambil kira johan dan naib johan dari kumpulan yang sama berada di bahagian yang

berasingan.

9.7.3 Semua pertandingan selepas peringkat kumpulan akan dijalankan secara KALAH MATI.

9.8 Undian

9.8.1 Pasukan Pilihan hendaklah diundi berasingan dan tidak berada dalam kumpulan yang sama

di peringkat kumpulan.

9.9 Jadual Pertandingan

9.9.1 Susunan jadual pertandingan akan dibuat oleh Jawatankuasa Sukan yang berkenaan

mengikut format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi Persatuan Badan

Berkanun Malaysia.

10.0 PAKAIAN PEMAIN

10.1 Tiap-tiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam yang mematuhi Peraturan

Pakaian mengikut garis panduan jawatankuasa teknikal jenis permainan berkenaan.

SUKANUN 2019

17

10.2 Nombor-nombor pada jersi hendaklah sama dengan nombor-nombor yang didaftarkan di

dalam borang pendaftaran serta mematuhi spesifikasi-spesifikasi dalam Peraturan Pakaian jenis

permainan berkenaan.

10.3 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya,pasukan yang namanya

mula-mula tercatat di dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi kepada yang lain

warnanya.

11.0 PERLAWANAN DIHENTIKAN DAN DITUNDA

11.1 PERLAWANAN DIHENTIKAN

11.1.1 Jika pengadil menghentikan sesuatu permainan atas sebab-sebab luar jangka atau

teknikal atau sebab-sebab yang boleh diterima oleh JSR maka:

a. Perlawanan tersebut boleh dihentikan selama 30 minit dan jika permainan boleh

dimainkan semula dalam masa 30 minit ianya akan disambung mengikut baki

jumlah masa permainan.

b. Jika perlawanan masih tidak dapat dijalankan selepas 30 minit maka pengerusi

jawatankuasa teknikal acara sukan berkenaan akan membuat keputusan

termasuklah meminda jadual pertandingan jika tidak mencacatkan pertandingan

tersebut.

11.1.2 Jika perlawanan dihentikan oleh pengadil berpunca kerana kelakuan pegawai

atau pemain sesuatu pasukan yang tidak memuaskan atau melanggar mana-mana

peraturan dan pengadil tidak memainkan semula perlawanan tersebut maka

pasukan yang menyebabkan permainan tersebut dihentikan akan dikira kalah dan

terkeluar daripada pertandingan serta dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib.

11.2 PERLAWANAN DITUNDA

11.2.1 Jika sesuatu perlawanan masih belum dimainkan atau semasa permainan

dihentikan oleh pengadil dan disambung semula permainan tersebut maka ia

hendaklah mengikut keputusan pengerusi jawatankuasa teknikal acara sukan

tersebut.

11.2.2 Dalam apa jua keadaan sekalipun hanya pengadil mempunyai kuasa mutlak untuk

menghentikan atau menunda sesuatu perlawanan.

11.2.3 Masa permainan seperti yang diletakkan dalam jadual tidak boleh dipinda atau

ditunda oleh mana-mana pihak kecuali diputuskan berlainan oleh pengerusi JSR.

SUKANUN 2019

18

12.0 MENARIK DIRI, MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA DAN GAGAL HADIR

12.1 MENARIK DIRI

12.1.1 Menarik diri selepas undian dibuat akan didenda RM 500.00.

12.1.2 Menarik diri selepas mesyuarat pengurus pasukan akan didenda RM 1000.00.

12.1.3 Menarik diri selepas perlawanan pertama akan di denda RM 1500.00 dan akan

digantung pada sukanun berikutnya.

12.2 MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA

12.2.1 Mana-mana pasukan yang enggan bermain setelah berada di

padang/gelanggang permainan adalah dikira memberi kemenangan percuma

dan pasukan tersebut akan dikenakan tindakan :

a. Pasukan yang enggan bermain akan dikira kalah dan tiada mata dan

didenda RM500.00 dan hendaklah dijelaskan sebelum perlawanan berikutnya.

b. Apa-apa tindakan tatatertib yang melibatkan perlawanan tersebut akan

ditentukan oleh undang-undang dan peraturan sukan tersebut.

12.2.2 Mana- mana pasukan yang gagal meneruskan permainan dengan apa jua sebab

sekalipun adalah dikira memberi kemenangan percuma dan pasukan tersebut akan

dikenakan tindakan :

a. Pasukan yang gagal meneruskan permainan akan dikira kalah dan tiada

mata dan didenda RM1000.00 dan terkeluar dari pertandingan.

b. Mata dan jaringan yang melibatkan pasukan tersebut tidak dikira.

12.2.3 Jika kedua-dua pasukan enggan meneruskan permainan dalam apa jua sebab

sekalipun maka kedua-dua pasukan akan dikenakan tindakan :

a. Kedua-dua pasukan yang gagal meneruskan perlawanan akan dikira

kalah dan tiada mata dan didenda RM3000.00 dan terkeluar dari pertandingan.

b. Mata dan jaringan yang melibatkan pasukan tersebut tidak dikira.

c. Kedua-dua pasukan akan digantung dari menyertai SUKANUN

berikutnya.

12.3 GAGAL MELAPORKAN DIRI DI PADANG/GELANGGANG

12.3.1 Mana-mana pasukan yang gagal melaporkan diri kepada pegawai pertandingan

pada tarikh dan masa yang ditetapkan di dalam jadual pertandingan akan dikira

kalah, tiada mata dan didenda RM1000.00. Pasukan yang satu lagi akan dikira

menang.

12.3.2 Jika kedua-dua pasukan gagal melaporkan diri kepada pegawai pertandingan

pada tarikh dan masa yang ditetapkan di dalam jadual pertandingan akan

SUKANUN 2019

19

terkeluar daripada pertandingan dan didenda RM1000.00 serta digantung

daripada menyertai SUKANUN berikutnya.

13.0 KEMUDAHAN

13.1 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan bertanggungjawab untuk menentukan tempat,tarikh dan

menyediakan venue dan peralatan sukan yang berkaitan.

14.0 AKUJANJI PASUKAN DAN PESERTA

14.1 Pegawai dan peserta SUKANUN memberi akujanji tidak akan menuntut sebarang kerugian,

kecelakaan, kehilangan harta benda dan nyawa sebelum, semasa dan selepas SUKANUN kepada

Jawatankuasa Pengelola,

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan, Pegawai-Pegawai yang dilantik dan sesiapa yang

diberi kuasa oleh Jawatankuasa Pengelola dan Penaja kecuali seperti yang dilindungi oleh insurans

pasukan dan peserta.

15.0 INSURANS

15.1 Semua kontinjen adalah dinasihatkan untuk mengambil insuran bagi semua ahli kontinjen yang

menyertai sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia ini.

16.0 PELANTIKAN JAWATANKUASA TEKNIKAL AKREDITASI (TAC)

16.1 Jawatankuasa Teknikal Akreditasi (TAC) hendaklah dilantik dengan jumlah keahlian yang

difikirkan sesuai dan segala tanggungjawab (TAC) akan ditentukan oleh JSR.

17.0 BANTAHAN

17.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan kecuali keputusan pengadil di padang/gelanggang.

17.2 Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat

secara bertulis dalam Bahasa Melayu dengan mengemukakan bukti-bukti beserta dengan yuran

bantahan secara tunai sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja).

17.3 Yuran bantahan tidak akan dikembalikan sama sekali kepada pihak yang membuat bantahan sama

ada bantahan diterima atau ditolak.

17.4 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengerusi Teknikal acara sukan berkenaan atau

wakilnya dalam masa satu (1) jam selepas perlawanan tamat.

17.5 Beban bukti adalah menjadi tanggungjawab kepad pihak yang membuat bantahan.

18.0 RAYUAN

18.1 Sebarang rayuan mengenai keputusan bantahan atau Jawatankuasa Tatatertib boleh dibawa ke

Jawatankuasa Rayuan.

SUKANUN 2019

20

18.2 Rayuan hendaklah dikemukan oleh Ketua Kontinjen secara bertulis dalam masa dua jam selepas

keputusan bantahan atau tattertib dimaklumkan kepada pasukan dengan disertakan yuran

bantahan RM1000.00

18.3 Yuran bantahan tidak akan dikembalikan.

18.4 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad dan mengikat semua pihak.

19.0 JAWATANKUASA BANTAHAN DAN TATATERTIB

19.1 Jawatankuasa bantahan dan tatatertib mempunyai keahlian seperti berikut:-

a. Pengerusi : Pengerusi acara sukan berkenaan.

b. Ahli :

i- Pengerusi pengadil acara sukan berkenaan atau wakil ii-Tiga orang pengurus

pasukan berkecuali acara sukan berkenaan.

19.2 Jawatankuasa bantahan dan tatatertib boleh membuat keputusan dengan kehadiran sekurang-

kurangnya tiga orang ahli yang mana keputusan dibuat adalah muktamad.

20.0 JURI RAYUAN

20.1 Jawatankuasa Pengelola hendaklah menubuhkan Juri Rayuan yang terdiri:

a. Pengerusi : Pengerusi JSR/wakil

b. Ahli :

i- Pengerusi jawatankuasa pengelola/wakil.

ii- Pengerusi jawatankuasa teknikal acara sukan berkenaan. iii- Empat orang ketua

kontinjen yang berkecuali.

20.2 Juri Rayuan boleh membuat keputusan dengan kehadiran sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang

mana keputusan dibuat adalah muktamad dan mengikat semua pihak.

21.0 HADIAH

21.1 Hadiah untuk Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia yang akan disediakan oleh Jawatankuasa

Pengelola adalah seperti berikut :

21.1.1 Acara Berpasukan dan Individu

- Johan

- Naib Johan

- Ketiga Bersama

(Pasukan yang kalah di peringkat separuh akhir)

21.1.2 Keseluruhan

- Johan

- Naib Johan Keseluruhan

- Ketiga Keseluruhan

SUKANUN 2019

21

21.1.3 Pertandingan Perbarisan Lintas Hormat (Tidak dikira sebagai pungutan pingat)

- Johan

- Naib Johan

- Ketiga

22.0 KIRAAN MATA (KESELURUHAN)

22.1 Johan Keseluruhan Kejohanan (Overall Champion) akan ditentukan dengan jumlah pungutan mata

yang paling banyak. Mata akan diberikan bagi tiap-tiap permainan berpasukan adalah seperti

berikut ;

KEDUDUKAN MATA

JOHAN 12

NAIB JOHAN 9

KALAH SEPARUH AKHIR 7

KALAH SUKU AKHIR 3

PENYERTAAN 1

22.2 Bagi acara yang tidak melibatkan pusingan kedua dan seterusnya, Mata bagi permainan adalah

seperti berikut:

KEDUDUKAN MATA

JOHAN 12

NAIB JOHAN 9

KETIGA 7

KEEMPAT 5

5 HINGGA 8 4

9 HINGGA 12 3

13 HINGGA 20 2

21 KE ATAS 1

22.3 Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak akan diisytiharkan sebagai Johan

Keseluruhan. Jika didapati 2 atau lebih pasukan mempunyai mata yang sama, Johan Keseluruhan

akan ditentukan dengan cara ;

SUKANUN 2019

22

22.3.1 Pasukan yang mendapat jumlah johan (pingat emas) acara sukan yang terbanyak,

jika seri ;

22.3.2 Pasukan yang mendapat jumlah Naib Johan (pingat perak) acara sukan yang

terbanyak, jika seri ;

22.3.3 Pasukan yang mendapat jumlah tempat ketiga (pingat gangsa) acara sukan

yang terbanyak, jika seri ;

22.3.4 Diisytiharkan sebagai Johan bersama.

.

23.0 KEADAAN LUAR JANGKA

23.1 Sebarang kaedah luar jangka termasuklah peraturan-peraturan atau perkara yang tidak

diliputi oleh peraturan ini, mengenai tafsiran peraturan ini dan sebarang pengecualian

peraturan ini adalah terletak hak kepada JSR yang mana keputusan adalah MUKTAMAD.

SUKANUN 2019

23

PERATURAN PERTANDINGAN

BADMINTON BERPASUKAN

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Badminton Berpasukan Sukan Persatuan

Badan Berkanun Malaysia

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN

2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang_Undang Pertandingan

Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan

Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia.

3.0 PENYERTAAN

3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara (5.0) dalam Peraturan Am

Sukan Badan Berkanun Malaysia

4.0 YURAN PENYERTAAN

4.1 Perkara (7.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah

mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan;

5.2 Setiap pasukan boleh mendaftar satu (1) pasukan seperti berikut :

BIL PERKARA JUMLAH

1 Pengurus pasukan 1 orang

2 Jurulatih Pasukan 1 orang

3 Pemain Lelaki 8 orang

4 Pemain Wanita 4 orang

JUMLAH 14 orang

termasuk sekurang-kurangnya 2 orang pemain veteran yang diwajibkan bermain dalam

setiap perlawanan;

5.3 Seorang pemain boleh bermain 1 acara sahaja di dalam sesuatu permainan;

Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan

ini.

6.0 ACARA PERTANDINGAN

6.1 Susunan perlawanan 6.1.1 Perlawanan Pertama : Perseorangan Lelaki

6.1.2 Perlawanan Kedua : Beregu Lelaki Veteran 6.1.3 Perlawanan Ketiga : Beregu Wanita 6.1.4 Perlawanan Keempat : Beregu Lelaki 6.2.5 Perlawanan Kelima : Beregu Campuran

SUKANUN 2019

24

6.2 Umur kelayakan peserta veteran dirujuk kepada perkara (6.0) para 6.3 dalam Peraturan

Am Sukan Badan Berkanun Malaysia.

7.0 PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1 Pemain dikehendaki memakai kameja T dan hendaklah mematuhi

perkara (10.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia ;

7.2 Peserta wanita bagaimanapun digalakkan memakai “track bottom”.

8.0 SISTEM PERTANDINGAN

8.1 Sistem pertandingan akan mengikut perkara (9.0) Peraturan Am Sukan Badan

Berkanun Malaysia;

8.2 Peringkat kumpulan akan menggunakan sistem kiraan mata “Relay Point System”

(21 mata);

8.3 Peringkat separuh akhir dan akhir akan menggunakan format “best of 3”

8.4 Sistem kiraan mata bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti berikut:

Menang - 2

Kalah - 0

8.5 Pasukan yang memperolehi mata yang terbanyak diistiharkan sebagai Johan

Kumpulan dan yang kedua terbanyak sebagai Naib Johan. Sekiranya terdapat persamaan

jumlah mata, maka penentuan pasukan yang layak ke pusingan seterusnya hendaklah

berdasarkan turutan seperti berikut:-

i.) Jumlah perlawanan dimenangi ii.) Jumlah permainan dalam perlawanandimenangi iii.) Jumlah mata yang dimenangi iv.) Lambungan syiling

9.0 PERTUKARAN PEMAIN

9.1 Perkara (6.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

10.0 MENARIK DIRI, MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA DAN GAGAL HADIR

10.1 Perkara (12.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

10.2 Pasukan yang mendapat kemenangan percuma akan diberi 2 mata dengan

keputusan pertandingan 5-0

11.0 BANTAHAN

11.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah

mematuhi Perkara (17.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

12.0 KEADAAN LUAR JANGKA

12.1 Perkara (23.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

SUKANUN 2019

25

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Jaring Sukan Persatuan Badan

Berkanun Malaysia.

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN

2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-undang Pertandingan

Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (INF) Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) dan

Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

3.0 PENYERTAAN

3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara (5.0) dalam Peraturan Am

Sukan Badan Berkanun Malaysia

4.0 YURAN PENYERTAAN

4.1 Perkara (7.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah

mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh jawatankuasa teknikal dan

Pertandingan;

5.2 Setiap pasukan boleh mendaftar satu (1) pasukan seperti berikut :

BIL PERKARA JUMLAH

1 Pengurus Pasukan 1 orang

2 Jurulatih Pasukan 1 orang

3 Pemain 12 orang

JUMLAH 14 orang

5.3 Setiap pasukan diwajibkan mendaftar sekurang-kurang satu (1) orang pemain

veteran berumur 35 tahun ke atas (lihat peraturan Am perkara (6.0) para 6.3 dan mesti

bermain sepenuh masa;

6.0 PAKAIAN PERTANDINGAN

6.1 Perkara (10.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai;

6.2 Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set bibs.

6.3 Huruf-huruf (ketinggian adalah 6 inci) dibawah hendaklah disematkan di bahagian

hadapan dan belakang baju pemain itu:

GS Penjaring Gol Goal Shooter

GA Penyerang Gol Goal Attack

WA Penyerang Sayap Wing Attack

SUKANUN 2019

26

6.4 Setiap pemain hanya dibenarkan memakai “track bottom” atau “skirt” bersama

“tights”. Seluar pendek atau "tight” sahaja tidak dibenarkan.

7.0 SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Sila rujuk Perkara (9.0) Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

8.0 PASUKAN / PERTUKARAN PEMAIN

8.1 Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya minimum lima (5) orang

pemain sebelum satu-satu perlawanan dimulakan. Jika kurang daripada jumlah ini pasukan

tersebut dikira menerima kekalahan.

8.2 Kecederaan dan Kesakitan: Apabila seorang pemain mendapat cedera atau sakit

semasa bermain, pemain dalam pasukan boleh meminta pemberhentian masa daripada

pengadil perlawanan. Hanya Pegawai Penjagaan Utama( Primary Care Personnel) sahaja

dibenarkan masuk ke dalam gelanggang untuk merawat pemain yang cedera tersebut.

Sekiranya pasukan tidak mempunyai Pegawai Penjagaan Utama, pasukan perubatan yang

bertugas di venue secara automatik bertindak sebagai Pegawai Penjagaan Utama

tersebut.

8.3 Masa pemberhentian kecederaan yang dibenarkan adalah seperti berikut;

8.3.1 Masa kecederaan hanyalah 30 saat dan pemain yang cedera hendaklah

keluar. Pemain yang keluar itu boleh bermain kembali selepas 1 gol.

8.3.2 Pemain Simpanan:

Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas

diganti di dalam permainan yang sama.

8.4 Pemain yang lewat sampai tidak boleh memasuki permainan yang sedang

dijalankan, melainkan setelah memberitahu pengadil dan ketua pasukan lawan.

Pemain akan dibenarkan masuk bermain seperti berikut:-

8.4.1 Selepas gol dijaringkan. Dalam hal ini pemain mestilah mengambil

kedudukan yang dikosongkan oleh pasukannya.

8.4.2 Selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan.

8.4.3 Selepas rehat separuh masa.

9.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

9.1 Secara Liga;

9.1.1 Cara memberi mata;

Menang : 3 mata

Seri : 1 mata

Kalah : 0 mata

9.1.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka

pemenang akan ditentukan seperti berikut;

9.1.2.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira

C Pemain Tengah Centre

WD Penangkis Sayap Wing Defence

GD Penahan Gol Goal Defence

GK Penjaga Gol Goal Keeper

SUKANUN 2019

27

Menang (jumlah jaringan gol ditolak dengan gol yang kena); 9.1.2.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

9.2 Secara Kalah Mati;

9.2.1 Jika keputusan berakhir dengan seri pada peringkat suku akhir, separuh akhir

dan akhir, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut;

9.2.1.1 Masa rehat akan diberikan selama 3 minit selepas tamat

permainan. Pengantian dan /atau pertukaran posisi dibenarkan.

9.2.1.2 Masa tambahan selama 5 minit setiap separuh masa akan

diberikan. Kedua-dua pasukan akan bertukar kawasan gol diakhir

separuh masa tanpa rehat. Pengantian dan / atau pertukaran posisi tidak

dibenarkan. Hantaran tengah seterusnya akan diambil oleh pasukan yang

berhak mengambilnya.

9.2.1.3 Jika berlaku seri setelah masa permainan tamat, satu isyarat yang

boleh di lihat hendaklah digunakan untuk menunjukkan permainan

diteruskan sehingga satu pasukan mendapat kelebihan dua(2).

10.0 MASA BERMAIN

10.1 15 MINIT (MASA PERTAMA) + 3 MINIT (REHAT) + 15 MINIT (MASA KEDUA)

Pasukan hendaklah bertukar gol selepas separuh masa permainan.

11.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

11.1 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa keadaan tidak sesuai untuk permainan

disebabkan oleh cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan tidak

dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal luar

kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau dihentikan hendaklah

dilangsungkan pada tarikh, tempat dan masa yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa

Pengelola.

12.0 MENARIK DIRI, MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA DAN GAGAL HADIR

12.1 Perkara (12.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

12.2 Pasukan yang mendapat kemenangan percuma akan diberi 3 mata dengan

keputusan jaringan 15-0

13.0 BANTAHAN

13.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah

mematuhi Perkara (17.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

14.0 KEADAAN LUAR JANGKA

14.1 Perkara (23.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

SUKANUN 2019

28

PERATURAN PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 SEPASUKAN VETERAN

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Sepak Sembilan (9) Sepasukan Veteran

Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN

2.1 Kecuali apa yang tersebut di dalam Peraturan yang menguasai pertandingan ini, maka

undang-undang permainan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa

(FIFA), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

hendaklah diikuti.

3.0 PENYERTAAN

3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara (5.0) dalam Peraturan Am Sukan

Badan Berkanun Malaysia

3.2 Pemain mestilah berumur 40 tahun dan ke atas pada tahun kejohanan.

4.0 YURAN PENYERTAAN

4.1 Perkara (7.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5.0 PEMBENTUKAN PASUKAN DAN MASA BERMAIN

5.1 Setiap pasukan boleh mendaftar satu (1) pasukan seperti berikut :

BIL PERKARA JUMLAH

1 Pegawai 2 orang

2 Jurulatih Pasukan 1 orang

3 Pemain 15 orang

JUMLAH 18 orang

5.2 Setiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 7 orang pemain sebelum sesuatu

perlawanan dimulakan. Jika kurang daripada ini, pasukan tersebut dikira menerima

kekalahan dengan jaringan 3-0.

5.3 Permainan pada peringkat kumpulan, masa permainan adalah 30 minit bagi keseluruhan

permainan dengan 5 minit masa rehat (15 + 5 + 15).

5.4 Peringkat separuh akhir hingga akhir masa permainan adalah (20 + 5 + 20).

5.5 Pasukan yang menang akan mendapat tiga (3) mata, seri satu (1) mata dan kalah tidak

mendapat mata.

5.6 Tempoh masa menunggu adalah 15 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-

mana pasukan yang melanggar Peraturan akan dikira kalah dan pasukan lawan dikira

menang serta akan memperolehi jaringan percuma sebanyak dua (2 jaringan tanpa balas

dan tiga (3) mata kemenangan

SUKANUN 2019

29

6.0 PERALATAN DAN PAKAIAN PEMAIN

6.1 Pemain dilarang menggunakan atau memakai sebarang peralatan berbahaya kepada

dirinya atau pemain-pemain lain termasuk sebarang barang-barang kemas.

6.2 Alatan asas yang diwajibkan ialah:

6.2.1 Jersi atau baju bernombor dan berlengan

6.2.2 Seluar Pendek / Seluar Thermal

6.2.3 Stoking

6.2.4 “Shin Guard”

6.2.5 Alas Kaki Yang Bersesuaian

6.2.6 Inner/Thermal Thight –mestilah sama dengan pakaian jersi pasukan

7.0 PERTUKARAN PEMAIN

7.1 Pemain gantian mestilah terdiri daripada pemain-pemain yang didaftarkan di dalam

borang pendaftaran dan secara “rolling subtitues” untuk pasukan veteran sahaja.

8.0 PENDAFTARAN PEMAIN

8.1 Lima belas (15) minit sebelum bermulanya perlawanan, setiap pasukan hendaklah

mengemukakan nama sembilan (9) pemain dan enam (6) pemain simpanan di dalam borang

pendaftaran pemain yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

9.0 SISTEM PERTANDINGAN

9.1 Peringkat awal akan dijalankan secara liga kumpulan manakala pusingan kedua hingga

ke perlawan akhir secara kalah mati.

9.2 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak kepusingan kalah mati.

9.3 Tiada masa tambahan diperuntukkan pada pusingan kalah mati. Jika permainan berakhir

dengan keputusan seri, tendangan dari tanda hendaklah diadakan. atau;

9.4 Rujuk perkara (9.0) Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia

10.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

10.1 Secara Liga

10.1.1 Cara memberi mata

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

10.2 Sekiranya di akhir perlawanan dalam satu kumpulan, kiraan mata diperolehi sama oleh 2

atau lebih pasukan, maka keputusannya akan ditentukan seperti berikut;

10.2. Pasukan yang menang perbezaan gol yang lebih (Goal Difference) akan

diistiharkan pemenang;

10.2.2 Sekiranya perbezaan gol sama, maka pasukan yang menjaringkan paling banyak

gol akan dikira pemenang;

10.2.3 Sekiranya jaringan gol sama, maka pasukan yang kena bilang gol paling kurang

(Goal Conceded) akan dikira menang;

10.2.4 Jika semua perkara diatas didapati sama juga, maka keputusan muktamad akan

dibuat secara lambungan syiling.

SUKANUN 2019

30

11.0 SISTEM KALAH MATI DAN SEPAKAN DARI TANDA PENALTI

11.1 Sekiranya tamat sepenuh masa permainan keputusan masih lagi seri, maka tiga (3) sepakan

dari tanda penalti akan diadakan, jika masih lagi seri maka penalty secara “Sudden Death”

akan dilakukan sehingga ada pemenang.

12.0 PENANGGUHAN

12.1 Jika permainan dihentikan olah pengadil atas sebab pergaduhan atau campurtangan

penonton, maka kedudukan keputusan perlawanan akan ditentukan oleh jawatankuasa

Tatatertib, begitu juga tindakan ke atas pegawai dan pemain terlibat.

13.0 MENARIK DIRI, MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA DAN GAGAL HADIR

13.1 Perkara (12.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

13.2 Pasukan yang menang akan diberi mata kemenangan tiga mata dengan jaringan (3-0)

14.0 BANTAHAN

14.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi

Perkara (17.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

15.0 TINDAKAN TATATERTIB PERMAINAN

15.1 Mengenakan penggantungan automatik (1) satu perlawanan bagi pemain yang dikenakan

(2) dua kad kuning;

15.2 Mengenakan penggantungan automatik (2) dua perlawanan bagi pemain yang dikenakan

kad merah atau buang padang;

15.3 Penggantungan pemain yang mendapat kad kuning sahaja secara automatic akan terbatal

apabila pasukan mereka layak memasuki Peringkat Separuh Akhir.

16.0 KEADAAN LUAR JANGKA

16.1 Perkara (23.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

SUKANUN 2019

31

PERATURAN PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 SEPASUKAN TERBUKA

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Sepak (9) Sembilan Sepasukan

Terbuka Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN

2.1 Kecuali apa yang tersebut di dalam Peraturan yang menguasai pertandingan ini,

maka undang-undang permainan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak

Antarabangsa (FIFA), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Badan

Berkanun Malaysia hendaklah diikuti.

3.0 PENYERTAAN

3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara (5.0) dalam Peraturan Am

Sukan Badan Berkanun Malaysia

4.0 YURAN PENYERTAAN

4.1 Perkara (7.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5.0 PEMBENTUKAN PASUKAN DAN MASA BERMAIN

5.1 Setiap pasukan boleh mendaftar satu (1) pasukan seperti berikut :

BIL PERKARA JUMLAH

1 Pengurus Pasukan 1 orang

2 Jurulatih Pasukan 1 orang

3 Fisioterapi 1 orang

4 Pemain 15 orang

JUMLAH 18 orang

5.2 Setiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 7 orang pemain sebelum

sesuatu perlawanan dimulakan. Jika kurang daripada ini, pasukan tersebut dikira menerima

kekalahan dengan jaringan 3-0.

5.3 Permainan pada peringkat kumpulan, masa permainan adalah 30 minit bagi

keseluruhan permainan dengan 5 minit masa rehat (15+5+15).

5.4 Peringkat separuh akhir hingga akhir masa permainan adalah (20+5+20).

Pasukan yang menang akan mendapat tiga (3) mata, seri satu (1) mata dan kalah tidak

mendapat mata. Tempoh masa menunggu adalah 15 minit daripada masa yang

dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar Peraturan akan dikira kalah dan

pasukan lawan dikira menang serta akan memperolehi jaringan percuma sebanyak dua (2)

jaringan tanpa balas dan tiga (3) mata kemenangan

SUKANUN 2019

32

6.0 PERALATAN DAN PAKAIAN PEMAIN

6.1 Pemain dilarang menggunakan atau memakai sebarang peralatan merbahaya

kepada dirinya atau pemain-pemain lain termasuk sebarang barang-barang kemas.

Alatan asas yang diwajibkan ialah:

6.1.1 Jersi atau baju bernombor dan berlengan

6.1.2 Seluar Pendek / Seluar Thermal-Sama warna seluar dan baju.

6.1.3 Stoking

6.1.4 “Shin Guard”

6.1.5 Alas Kaki Yang Bersesuaian

6.1.6 Inner / Seluar Thermal thight -Sama warna seluar dan baju

7.0 PERTUKARAN PEMAIN

7.1 Seramai tiga (3) orang pemain boleh ditukarkan pada bila-bila masa juga termasuk

masa tambahan. Pemain yang telah diganti tidak boleh bermain semula didalam

permainan yang sama. Pemain gantian mestilah terdiri daripada pemain-pemain yang

didaftarkan di dalam borang pendaftaran.

8.0 PENDAFTARAN PEMAIN

8.1 Lima belas (15) minit sebelum bermulanya perlawanan, setiap pasukan hendaklah

mengemukakan nama sembilan (9) pemain dan enam (6) pemain simpanan di dalam

borang pendaftaran pemain yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

9.0 SISTEM PERTANDINGAN

9.1 Peringkat awal akan dijalankan secara liga kumpulan manakala pusingan kedua

hingga ke perlawan akhir secara kalah mati. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak

kepusingan kalah mati. Tiada masa tambahan diperuntukkan pada pusingan kalah mati.

Jika permainan berakhir dengan keputusan seri, tendangan dari tanda hendaklah

diadakan. atau;

9.2 Rujuk perkara (9.0) Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia

10.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

10.1 Secara Liga

10.1.1 Cara memberi mata

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

10.1.2 Sekiranya di akhir perlawanan dalam satu kumpulan, kiraan mata diperolehi sama

oleh 2 atau lebih pasukan, maka keputusannya akan ditentukan seperti berikut;

Pasukan yang menang perbezaan gol yang lebih (Goal Difference) akan

diistiharkan pemenang; Sekiranya perbezaan gol sama, maka pasukan yang

menjaringkan paling banyak gol akan dikira pemenang;

10.1.3 Sekiranya jaringan gol sama, maka pasukan yang kena bilang gol paling kurang

(Goal Conceded) akan dikira menang; Jika semua perkara diatas didapati sama

juga, maka keputusan muktamad akan dibuat secara lambungan syiling.

SUKANUN 2019

33

11.0 SISTEM KALAH MATI DAN SEPAKAN DARI TANDA PENALTI

11.1 Sekiranya tamat sepenuh masa permainan keputusan masih lagi seri, maka tiga (3)

sepakan dari tanda penalti akan diadakan, jika masih lagi seri maka penalty secara

“Sudden Death” akan dilakukan sehingga ada pemenang

12.0 PENANGGUHAN

12.1 Jika permainan dihentikan olah pengadil atas sebab pergaduhan atau

campurtangan penonton, maka kedudukan keputusan perlawanan akan di tentukan oleh

jawatankuasa Tatatertib, begitu juga tindakan ke atas pegawai dan pemain terlibat.

13.0 MENARIK DIRI, MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA DAN GAGAL HADIR

13.1 Perkara (12.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

13.2 Pasukan yang menang akan diberi mata kemenangan tiga mata dengan jaringan

(3-0).

14.0 BANTAHAN

14.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah

mematuhi Perkara (17.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

15.0 TINDAKAN TATATERTIB PERMAINAN

15.1 Mengenakan penggantungan automatik (1) satu perlawanan bagi pemain

yang dikenakan (2) dua kad kuning;

15.2 Mengenakan penggantungan automatik (2) dua perlawanan bagi pemain yang

dikenakan kad merah atau buang padang;

15.3 Penggantungan pemain yang mendapat kad kuning sahaja secara automatic akan

terbatal apabila pasukan mereka layak memasuki Peringkat Separuh Akhir.

16.0 KEADAAN LUAR JANGKA

16.1 Perkara (23.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

SUKANUN 2019

34

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR LELAKI & WANITA

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Tampar Lelaki & Wanita Sukan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN

2.1 Kecuali apa yang tersebut di dalam peraturan yang menguasai pertandingan ini, maka

undang-undang permainan di bawah MAVA dan Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa

hendaklah diikuti.

3.0 PENYERTAAN

3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara (5.0) dalam Peraturan Am

Sukan Badan Berkanun Malaysia

4.0 YURAN PENYERTAAN

4.1 Perkara (7.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5.0 PENDAFTARAN PEMAIN

5.1 Rujuk Peraturan Am Perkara (6.0) Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia.

5.2 Setiap pasukan hanya boleh menghantar satu (1) pasukan lelaki dan satu (1)

pasukan wanita seperti berikut :

BIL PERKARA JUMLAH

1 Pengurus Pasukan 1 orang

2 Jurulatih Pasukan 1 orang

3 Pemain 12 orang

JUMLAH 14 orang

6.0 PAKAIAN

6.1 Rujuk Perkara (10.0) Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia.

7.0 SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Rujuk perkara (9.0) Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia

7.2 Keputusan perlawanan akan diputuskan dengan dua (2) kemenangan daripada tiga (3)

perlawanan untuk lelaki dan wanita di pusingan awal dan suku akhir.

7.3 Keputusan perlawanan akan diputuskan dengan tiga (3) kemenangan daripada lima(5)

permainan lelaki dan wanita di pusingan berikutnya.

SUKANUN 2019

35

8.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

8.1 Cara memberi mata :

8.1.1 Menang ( 3 mata) , Kalah ( 0 mata)

8.2 Jika terdapat pasukan-pasukan mendapat jumlah mata, maka

pemenang akan ditentukan mengikut kaedah berikut :-

8.2.1 Nisbah set tertinggi, S = Set menang bahagi set kalah (semua perlawanan)

8.2.2 Jika masih seri, kaedah kedua akan digunakan, M – Jumlah mata menang

bahagi mata kalah (semua perlawanan).

8.2.3 Jika masih seri, S1 = Jumlah set menang bahagi set kalah (antara pasukan

yang terlibat sahaja)

8.2.4 Jika masih seri, M1 = Jumlah mata menang bahagi mata kalah (antara

pasukan terlibat sahaja)

8.2.5 Jika sekiranya masih terdapat persamaan antara dua (2) pasukan maka

keputusan perlawanan yang telah diadakan di antara kedua-dua pasukan

tersebut akan diambil kira. Pasukan yang menang di dalam perlawanan tersebut

dikira menang.

8.2.6 Sekiranya masih tidak boleh ditentukan pemenang antara tiga (3) atau

lebih pasukan, maka cabutan undi akan dijalankan.

9.0 MENARIK DIRI, MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA DAN GAGAL HADIR

9.1 Perkara (12.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

9.2 Pasukan yang menang akan diberi mata kemenangan tiga mata dengan jumlah

25-0 dan 25-0.

10.0 BANTAHAN

10.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah

mematuhi Perkara (17.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

11.0 KEADAAN LUAR JANGKA

11.1 Perkara (23.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

SUKANUN 2019

36

PERATURAN PERTANDINGAN BOLING PADANG LELAKI & WANITA

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Boling Padang Lelaki & Wanita Sukan Persatuan

Badan Berkanun Malaysia.

2.0 UNDANG – UNDANG / PERATURAN

2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang - Undang

Pertandingan Persekutuan Lawn Bowls Antarabangsa ( Law Of The Sports Of Bowls Cystal

Mark Third Edition) Persekutuan Lawn Bowls Kebangsaan dan Peraturan Am Sukan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

3.0 PENYERTAAN

3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara (5.0) dalam peraturan Am Sukan

Badan Berkanun Malaysia.

4.0 YURAN PENYERTAAN 4.1 Perkara (7.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai. 5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi

borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

5.2 Setiap pasukan mestilah mengandungi tidak kurang daripada lapan (8) orang pemain

dan tiada pemain simpanan yang dibenarkan .

6.0 CARA PERTANDINGAN

6.1 Kejohanan ini adalah pertandingan diantara pasukan.

6.2 Acara yang akan dipertandingkan adalah :

Lelaki Wanita

Persorangan (Single) Persorangan (Single)

Bertiga ( Triples) Bertiga ( Triples)

Berempat ( Fours) Berempat ( Fours)

6.3 Penggunaan bowls bagi disiplin perseorangan adalah 1 set (4 bowls), untuk disiplin

Bertiga adalah 3 bowls dan Berempat adalah 2 bowls setiap pemain.

6.4 Permainan akan dijalankan serentak mengikut disiplin permainan iaitu

Perseorangan, Bertiga dan Berempat.

SUKANUN 2019

37

7.0 SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Sistem pertandingan akan mengikut Perkara (9.0) Peraturan Am Sukan Persatuan

Badan Berkanun Malaysia.

7.2 Had masa bermain adalah 15 end atau 1 jam 30 minit yang mana terdahulu.

7.3 Untuk disiplin perseorangan , pemain dibenarkan melihat ‘Head’ selepas balingan

bowls ketiga dan keempat. Bagi disiplin Bertiga dan Berempat hanya skip sahaja yang

dibenarkan melihat ‘Head’ selepas balingan bowls yang kedua dan ketiga bagi disiplin

Bertiga dan selepas balingan bowls pertama dan kedua bagi disiplin Berempat.

7.4 Pertukaran pemain untuk semua disiplin boleh dilakukan selepas tamatnya satu-

satu perlawanan. Pemain mestilah telah didaftarkan didalam borang pendaftaran pemain.

7.5 Bagi perlawanan peringkat kumpulan, perlawanan akan dijalankan secara liga.

7.6 Pemberian mata untuk perlawanan liga:

Menang : 3 mata

Seri : 1 mata

Kalah : 0 mata

7.7 Diakhir pusingan liga, pasukan yang mendapat mata terbanyak dikira menang, Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, pasukan :

7.8 Yang paling banyak menang dikira menang. 7.9 Jika masih seri, pasukan yang mengalahkan pihak lawan dikira menang 7.10 Jika masih seri, pasukan yang menang end terbanyak dikira menang

7.11 Jika masih seri, pasukan yang mempunyai skor yang banyak dikira menang. 7.12 Jika masih seri, pasukan yang mempunyai kelebihan skor (Margin) dikira menang. 7.13 Jika masih seri sistem ‘Sudden Death’ akan dilakukan dengan penentuan berdasarkan 1 end.

8.0 KELEWATAN

8.1 Setiap perlawanan hendaklah dimulakan sebaik sahaja isyarat bermain diberikan

. Sebarang kelewatan dari mana-mana pasukan, penalti skor akan dikenakan seperti

berikut:

8.1.1 Mana-mana pasukan yang lewat 5 minit akan memberikan satu (1) skor

kepad pihak lawan dan 5 minit seterusnya sehinggalah melebihi 15 minit maka

kemenangan percuma (walk over) akan diberikan kepada pihak lawan dengan

skor 7-0.

8.1.2 Jika permainan telah berlangsung lebih 1 jam atau 8 end dan berlaku

gangguan cuaca, keputusan permainan akan diambilkira. Jika gangguan cuaca

berlangsung dan perlawanan tidak melebihi 1 jam atau 8 end, perlawanan akan

diberhentikan selama 30 minit dan keputusan perlawanan akan ditentukan oleh

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

9.0 PAKAIAN

9.1 Setiap pasukan hendaklah menggunakan pakaian yang seragam dalam

setiap perlawanan. Pemakaian tracksuit adalah dibenarkan tetapi mestilah

seragam bagi setiap pasukan.

9.2 Hanya kasut tidak bertumit dan bertapak rata yang dibenarkan.

SUKANUN 2019

38

10.0 BANTAHAN

10.1 Semua bantahan yang dikemukan oleh mana- mana pasukan hendaklah

mematuhi Perkara (17.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun

Malaysia.

11.0 RE – SPOT JACK

11.1 Tiada ‘dead end’ dalam permainan.

11.2 Jika Jack telah keluar dari ‘Rink’ ianya akan diletakkan pada tanda T , 2

meter dari ditch .

12.0 MENARIK DIRI, MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA DAN GAGAL HADIR

12.1 Perkara (12.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

13.0 KEADAAN LUAR JANGKA

13.1 Perkara (23.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

SUKANUN 2019

39

PERATURAN PERTANDINGAN CATUR BERPASUKAN

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Catur Berpasukan Sukan Persatuan

Badan Berkanun Malaysia.

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN

2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-undang pertandingan undang-

undang Catur Antarabangsa (FIDE) dan Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun

Malaysia.

2.2 Pergerakan hendaklah mengikut Undang-undang FIDE. Pemenang mesti

menghantar ‘score sheet’ yang telah ditandatangani kepada Arbiter bertugas. Kegagalan

berbuat demikian boleh dianggap kedua-duanya tewas. Jika perlawanan seri, pemain

putih dikehendaki melaporkannya.

3.0 PENDAFTARAN & KELAYAKAN PEMAIN

3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara (5.0) dalam Peraturan Am

Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

3.2 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah

mengisi Borang Pendaftaran Pasukan & Borang Pendaftaran Perlawanan yang disediakan

oleh JK Teknikal & Pertandingan

3.3 Setiap pasukan hanya boleh menghantar satu (1) pasukan seperti berikut:

BIL PERKARA JUMLAH

1 Pengurus Pasukan 1 orang

2 Peserta Lelaki 4 orang

3 Peserta Wanita 3 orang

JUMLAH 8 orang

4.0 ETIKA PERLAWANAN

4.1 Kod etika mesti dipatuhi dengan ketat semasa kejohanan berlangsung.

5.0 SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini dijalankan secara sistem Swiss 7 pusingan

5.2 Sistem pemutus mengikut keutamaan adalah seperti berikut

5.2.1 Game Point

5.2.2 Match Point

5.2.3 Sonnebborne Berg

5.2.4 Solkoff

5.2.5 Accumulative

SUKANUN 2019

40

5.3 Pertandingan ini dikendalikan oleh seorang Arbiter yang dilantik oleh penganjur, akan

menjalankan pertandingan menurut Undang-undang Catur Antarabangsa (FIDE).

6.0 MASA BERMAIN

6.1 Masa yang diperuntukan untuk setiap pusingan adalah 3 jam, iaitu 1 1/2 jam (satu

setengah jam) setiap pemain

6.2 Masa menunggu adalah 90 minit (Satu Setengah Jam) sahaja. Pemain

yang datang selepas masa ini akan dikira kalah masa.

7.0 MENARIK DIRI, MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA DAN GAGAL HADIR

7.1 Perkara (12.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

8.0 KEADAAN LUAR JANGKA

8.1 Perkara (23.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

SUKANUN 2019

41

PERATURAN PERTANDINGAN

DART BERPASUKAN

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Dart Berpasukan Persatuan Badan

Berkanun Malaysia

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN

2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut undang-undang pertandingan Persatuan

Dart Malaysia dan peraturan Am Persatuan Badan Berkanun Malaysia beserta dengan

undang-undang dan peraturan yang disediakan oleh pihak penganjur

3.0 PENYERTAAN

3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara (5.0) dalam Peraturan Am

Sukan Badan Berkanun Malaysia

4.0 YURAN PENYERTAAN

4.1 Perkara (7.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah

mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan

Pertandingan.

5.2 Setiap pasukan hanya boleh menghantar satu (1) pasukan seperti berikut:

BIL PERKARA JUMLAH

1 Pegawai Pasukan 2 orang

3 Pemain Lelaki 6 orang

4 Pemain Wanita 4 orang

JUMLAH 12 orang

5.3 Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain di sepanjang

pertandingan ini.

6.0 ACARA / FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Pertandingan ini dijalankan secara berikut:

1001 (1 leg) : Foursome

501 ( best of 3 legs) : Perseorangan Lelaki

501 ( best of 3 legs) : Beregu Lelaki

501 ( best of 3 legs) : Beregu Wanita

SUKANUN 2019

42

501 ( best of 3 legs) : Beregu Campuran

7.0 PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1 Sila rujuk Perkara (10.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun

Malaysia.

7.2 Pemain hendaklah berpakaian kemas, bermain tanpa memakai kasut, berseluar

pendek atau menggunakan selipar atau memakai kameja T tanpa kolar atau tanpa lengan

adalah tidak dibenarkan.

8.0 SISTEM PERTANDINGAN

8.1 Sistem pertandingan akan mengikut perkara (9.0) Peraturan Am Sukan Persatuan

Badan Berkanun Malaysia dan peraturan pihak penganjur.

8.2 Bagi kategori berkumpulan permainan akan dijalankan secara liga dalam

kumpulan bagi pusingan pertama dan kalah mati bagi pusingan kedua.

8.3 Semua permainan dimulakan dengan straight start dan ditamatkan dengan double.

8.4 Di dalam permainan beregu, pemain yang namanya tercatat sebagai pemain

pertama akan memulakan permainan.

8.5 Pemain tidak dibenarkan berbincang atau mendapat buah fikiran dari mana-mana

pemain dalam “in between throws”.

8.6 Hanya dart yang melekat di Dartboard diambil kira sebagai score setelah ketiga-

tiga dart dibaling.

8.7 Pemain tidak dibenarkan mencabut dart nya dari Dart Board sehingga ia bersetuju

dengan score yang diperolehi atau sebelum chalker membuat kiraan.

8.8 Mana-mana salah kira yang dibuat chalker mengenai baki mata, pemain

hendaklah memberitahu chalkerkesalahan berkenaan dan diperbetulkan sebelum pemain

tersebut meneruskan balingannya. Sekiranya tidak ada sebarang bantahan yang dibuat

oleh mana-mana pihak, maka kesilapan itu akan ditetapkan sah dan sebarang perubahan

atau score tersebut tidak akan dilayan.

8.9 Kemenangan di kira set. Kemenangan setiap pasukan adalah dikira mengikut set

yang menang dan kalah (rujukan : ketua Teknikal).

8.10 Pengambilan minuman keras sebelum dan semasa pertandingan adalah dilarang

sama sekali. Mana-mana pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan

disingkirkan daripada bertanding.

8.11 Bagi permainan di peringkat suku akhir dan seterusnya, Jawatankuasa Kecil

Teknikal Pertandingan boleh menamatkan sesuatu perlawanan jika sekiranya mana-mana

satu pasukan telah mencapai mata kemenangan iaitu memenangi 5 permainan.

9.0 CHALKER

9.1 Chalker hanya disediakan pada acara pertama kategori berpasukan (foursome),

peringkat separuh akhir dan akhir bagi setiap kategori yang dipertandingkan

9.2 Setiap pasukan hendaklah menyediakan chalker sendiri bagi acara berpasukan.

Pemenang akan menjadi chalker secara automatik untuk perlawanan seterusnya.

SUKANUN 2019

43

10.0 PERTUKARAN PEMAIN

10.1 Perkara (6.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

11.0 MENARIK DIRI, MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA DAN GAGAL HADIR

11.1 Perkara (12.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

12.0 BANTAHAN

12.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah

mematuhi Perkara (17.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

13.0 PERCANGGAHAN

13.1 Perkara (19) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

SUKANUN 2019

44

PERATURAN PERTANDINGAN

FUTSAL LELAKI

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Futsal Lelaki Persatuan Badan Berkanun

Malaysia

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN

2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut undang-undang pertandingan Futsal yang

digunapakai semasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh FIFA serta telah diterima oleh

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia.

3.0 PENYERTAAN

3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara (5.0) dalam Peraturan Am

Sukan Badan Berkanun Malaysia

4.0 YURAN PENYERTAAN

4.1 Perkara (7.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah

mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan

Pertandingan

5.2 Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih dari 12 orang pemain dan 2 orang

pegawai. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain di sepanjang

pertandingan ini.

6.0 PAKAIAN PERTANDINGAN

6.1 Sila rujuk Perkara (10.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun

Malaysia.

6.2 Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set jersi yang berlainan warna

dan bernombor.

7.0 SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Sistem pertandingan akan mengikut Perkara (9.0) Peraturan Am Sukan

Badan Berkanun Malaysia.

7.2 Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah

seperti berikut :

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

7.3 Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai, 2 pasukan atau lebih didapati

memperolehi jumlah mata yang sama, maka susunan penentuan berikut akan dikira:

SUKANUN 2019

45

7.3.1 Perbezaan gol terbanyak

7.3.2 Jaringan gol terbanyak

7.3.3 Bolos terendah

7.3.4 Keputusan perlawanan terdahulu antara kedua pasukan

7.3.5 Jika keputusan masih seri maka Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal

akan menentukan keputusan dan keputusan Jawatankuasa adalah muktamad

7.4 Masa perlawanan adalah seperti berikut:

7.4.1 Peringkat kumpulan (10 minit + 5 + 10 minit)

7.4.2 Peringkat suku akhir dan separuh (10 minit + 5 + 10 minit)

7.4.3 Peringkat Akhir (15 minit + 5 + 15 minit) (masa rehat yang diperuntukkan

adalah tidak melebihi 5 minit kecuali dengan izin pengadil) Masa perlawanan

akan mengikut system “running Time”

7.5 Pasukan berhak meminta satu perhentian masa (time out) selama 1 minit di tiap-

tiap separuh masa dengan peraturan berikut:

7.5.1 Permintaan boleh dibuat pada bila-bila masa (satu di setiap separuh

masa) tetapi hanya boleh berbuat demikian apabila bola dibawah kawalan

pasukannya.

7.5.1 Penjaga masa / pengadil akan memberi syarat kebenaran perhentian

masa ketika bola berada diluar permainan

7.5.2 Bila perhentian masa diberi, pemain-pemain boleh berkumpul di dalam

gelanggang. Jika mereka hendak menerima arahan daripada jurulatih pasukan,

ia hendaklah dilakukan di garisan tepi gelanggang berhadapan dengan bangku

simpanan pasukan. Pasukan yang tidak meminta perhentian masa yang boleh di

separuh masa pertama, tidak boleh membawanya ke hadapan pada separuh

masa kedua.

7.6 Untuk peringkat suku akhir dan seterusnya, sekiranya perlawanan berkesudahan

dengan keputusan seri, masa tambahan akan dijalankan selama 5 minit setiap

separuh masa. Jika keputusan masih lagi seri maka 3 tendangan penalty setiap

pasukan akan diadakan dan jika tidak berubah “Sudden Death” penalty akan

diadakan sehingga ada pemenang.

7.7 Pemain yang menerima 2 kad kuning didalam pertandingan ini secara automatik

akan digantung satu perlawanan berikutnya.

7.8 Pemain yang menerima kad merah akan dikenakan perintah buang padang dan

tidak dibenarkan bermain untuk dua perlawanan berikutnya dan penyertaan

pemain tersebut seterusnya dalam pertandingan ini akan diputuskan oleh Lembaga

Tatatertib acara Futsal.

7.9 Pemain yang menerima 2 kad kuning dan diikuti dengan kad merah dalam satu

perlawanan secara automatik akan digantung satu perlawanan berikutnya.

8.0 PERTUKARAN PEMAIN

8.1 Perkara (6.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun

Malaysia digunapakai.

8.2 Sebelum pertandingan dimulakan, Pengurus Pasukan hendaklah mengemukakan

senarai nama pemain kepada pengadil pertandingan di dalam borang yang disediakan

SUKANUN 2019

46

8.3 Bilangan gantian pemain semasa permainan adalah tidak terhad. Seseorang

pemain yang telah diganti boleh masuk semula bermain sebagai pengganti kepada pemain

lain menggunakan Sistem pertukaran

“Flying Substitution”

8.4 Pemain simpanan yang masuk membuat gantian mestilah berada dikawasan yang

disediakan terlebih dahulu.

9.0 MENARIK DIRI, MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA DAN GAGAL HADIR

9.1 Perkara (12.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

9.2 Pasukan yang menang akan diberi mata kemenangan tiga mata dengan jaringan

(3-0).

10.0 BANTAHAN

10.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah

mematuhi Perkara (17.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

11.0 KEADAAN LUAR JANGKA

11.1 Perkara (23.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

SUKANUN 2019

47

PERATURAN PERTANDINGAN

FUTSAL WANITA

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Futsal Wanita Persatuan Badan

Berkanun Malaysia.

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN

2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut undang-undang pertandingan Futsal

yang digunapakai semasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh FIFA serta telah diterima

oleh Persatuan Bola Sepak.

Malaysia (FAM) dan Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia.

3.0 PENYERTAAN

3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara (5.0) dalam Peraturan Am

Sukan Badan Berkanun Malaysia.

4.0 YURAN PENYERTAAN

4.1 Perkara (7.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah

mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan

5.2 Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih dari 12 orang pemain dan 2 orang

pegawai. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain di sepanjang

pertandingan ini.

6.0 PAKAIAN PERTANDINGAN

6.1 Sila rujuk Perkara (10.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun

Malaysia.

6.2 Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set jersi yang berlainan warna

dan bernombor.

7.0 SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Sistem pertandingan akan mengikut Perkara (9.0) Peraturan Am Sukan Badan

Berkanun Malaysia.

7.2 Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah

seperti berikut :

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

SUKANUN 2019

48

7.3 Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai, 2 pasukan atau lebih didapati

memperoleh jumlah mata yang sama, maka susunan penentuan berikut akan dikira:

7.3.1 Perbezaan gol terbanyak

7.3.2 Jaringan gol terbanyak

7.3.3 Bolos terendah

7.3.4 Keputusan perlawanan terdahulu antara kedua pasukan

7.3.5 Jika keputusan masih seri maka Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal

akan menentukan keputusan dan keputusan Jawatankuasa adalah muktamad.

7.4 Masa perlawanan adalah seperti berikut:

7.4.1 Peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir (7 minit + 3 + 7

minit)

7.4.2 Peringkat Akhir (10 minit + 5 + 10 minit) (masa rehat yang diperuntukkan

adalah tidak melebihi 5 minit kecuali dengan izin pengadil) Masa perlawanan

akan mengikut system “Running Time”

7.5 Pasukan berhak meminta satu perhentian masa (time out) selama 1 minit di tiap-

tiap separuh masa dengan peraturan berikut:

7.5.1 Permintaan boleh dibuat pada bila-bila masa (satu di setiap separuh

masa) tetapi hanya boleh berbuat demikian apabila bola dibawah kawalan

pasukannya.

7.5.2 Penjaga masa / pengadil akan memberi syarat kebenaran perhentian

masa ketika bola berada diluar permainan

7.5.2 Bila perhentian masa diberi, pemain-pemain boleh berkumpul di dalam

gelanggang. Jika mereka hendak menerima arahan daripada jurulatih pasukan,

ia hendaklah dilakukan di garisan tepi gelanggang berhadapan dengan bangku

simpanan pasukan. Pasukan yang tidak meminta perhentian masa yang boleh di

separuh masa pertama, tidak boleh membawanya ke hadapan pada separuh

masa kedua.

7.6 Untuk peringkat suku akhir dan seterusnya, sekiranya perlawanan berkesudahan

dengan keputusan seri, masa tambahan akan dijalankan selama 5 minit setiap

separuh masa. Jika keputusan masih lagi seri maka 3 tendangan penalty setiap

pasukan akan diadakan dan jika tidak berubah “Sudden Death” penalty akan

diadakan sehingga ada pemenang.

7.7 Pemain yang menerima 2 kad kuning didalam pertandingan ini secara automatik

akan digantung satu perlawanan berikutnya.

7.8 Pemain yang menerima kad merah akan dikenakan perintah buang padang dan

tidak dibenarkan bermain untuk dua perlawanan berikutnya dan penyertaan

pemain tersebut seterusnya dalam pertandingan ini akan diputuskan oleh Lembaga

Tatatertib acara Futsal.

7.9 Pemain yang menerima 2 kad kuning dan diikuti dengan kad merah dalam satu

perlawanan secara automatik akan digantung satu perlawanan berikutnya.

8.0 PERTUKARAN PEMAIN

8.1 Perkara (6.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

SUKANUN 2019

49

8.2 Sebelum pertandingan dimulakan, Pengurus Pasukan hendaklah mengemukakan

senarai nama pemain kepada pengadil pertandingan di dalam borang yang disediakan.

8.3 Bilangan gantian pemain semasa permainan adalah tidak terhad. Seseorang

pemain yang telah diganti boleh masuk semula bermain sebagai pengganti kepada pemain

lain menggunakan Sistem pertukaran “Flying Substitution”

8.4 Pemain simpanan yang masuk membuat gantian mestilah berada dikawasan yang

disediakan terlebih dahulu.

9.0 MENARIK DIRI, MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA DAN GAGAL HADIR

9.1 Perkara (12.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

9.2 Pasukan yang menang akan diberi mata kemenangan tiga mata dengan jaringan

(3-0).

10.0 BANTAHAN

10.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah

mematuhi Perkara (17.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

11.0 KEADAAN LUAR JANGKA

11.1 Perkara (23.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

SUKANUN 2019

50

PERATURAN PERTANDINGAN GOLF BERPASUKAN

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 2019

1.0 NAMA 1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Golf Berpasukan Sukan Persatuan Badan Berkanun

Malaysia yang akan dipertandingkan di Kota Kemuning Golf Club & Emverton Golf Club Shah Alam, Selangor dan dikelolakan oleh Jawatankuasa Pertandingan Golf Berpasukan SUKANAN Malaysia.(selepas ini disebut Jawatankuasa Pertandingan)

1.2 Pertandingan akan dijalankan selama dua hari iaitu pada 23 & 24 Julai 2019.

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN 2.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh “ The Royal and

Ancient Golf Club of St. Andrew” dan Undang-undang tempat (“Local Rules”) dan Peraturan Am & Permainan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia;

2.2 Permain-pemain kategori nett hendaklah mempunyai handicap yang sah yang dikeluarkan oleh MGA (Malaysian Golf Association). Pengurus setiap pasukan dikehendaki membawa kad handicap terkini semua pemain semasa pendaftaran dalam mesyuarat pengurus. Kegagalan berbuat demikian boleh membatalkan penyertaan mereka di dalam pertandingan ini.

2.3 Jawatankuasa Pertandingan berhak membuat apa-apa keputusan yang perlu dan bersesuaian

dengan keadaan semasa tanpa prejudis.

3.0 PENYERTAAN 3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara (5.0) Dalam Peraturan Am

Sukan Badan Berkanun Malaysia

4.0 YURAN PENYERTAAN 4.1 Perkara (7.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5.0 SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Nett Berpasukan – pasukan yang terdiri dari 4 orang pemain bagi kategori nett (jumlah pukulan

yang diperolehi oleh pemain ditolak dengan handikap)

Gross Berpasukan – pasukan yang terdiri dari 4 orang pemain bagi kategori gross (jumlah pukulan yang diperolehi tanpa menolak handikap)

5.2 Pertandingan akan dijalankan secara kiraan “stroke play” 5.3 Pelepasan bermain adalah mengikut “shot gun”;

SUKANUN 2019

51

6.0 SYARAT & PENENTUAN PEMENANG 6.1 Kategori Pasukan Nett

6.1.1 Jumlah “ nett score “ bagi empat ( 4 ) pemain akan diambil kira;

6.1.2 Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah pukulan nett terendah bagi 2 pusingan 36

lubang;

6.1.3 Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada pukulan nett terendah bagi empat (4) orang pemain dan sekiranya keputusan pertandingan berakhir dengan seri, pemenang akan ditentukan dengan mengambil kira jumlah pukulan nett terendah bagi tiga (3) orang pemain nett terbaik, sekiranya keputusan masih seri ditentukan dengan dua (2) orang pemain nett terbaik dan sekiranya masih seri ditentukan oleh seorang (1) pemain net terbaik. Sekiranya masih seri pemenang diputuskan dengan OCB seorang pemain nett terbaik.

6.1.4 Bagi kategori pasukan nett ini, maksima handicap yang dibenarkan bagi seseorang

pemain adalah 18 dan sekiranya pemain mempunyai handicap melebihi maksima handikap, pemain tersebut dikehendaki bermain dengan menggunakan handikap maksima tersebut. Penentuan handikap bagi pemain kategori nett adalah berdasarkan kepada handikap terkini, yang mana semua pemain diwajibkan mengemukakan handikap kad bulan Julai 2019 yang dikeluarkan oleh (National handicap System MALAYSIAN GOLF ASSOCIATION). Penentuan handikap yang akan digunapakai semasa pertandingan bagi hari pertama yang mengambilkira slope rating padang yang dipertandingkan, adalah dengan pengiraan ((USGA Handicap Index x Slope Rating) / 113). Untuk tujuan itu pengurus pasukan diwajibkan menyerahkan semua handikap kad pemain nett pasukan masing-masing semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sehari sebelum pertandingan dijalankan.

Manakala bagi handikap hari kedua pertandingan, pemotongan handikap akan dibuat berdasarkan kepada keputusan hari pertama, dengan jumlah permotongan seperti berikut:

Nett Score Returned Player’s Handicap

0-8 9-14 15-18

65 (7 under) 3 3 4

66 (6 under) 2 3 3

67 (5 under) 2 2 3

68 (4 under) 1 2 2

69 (3 under) 0 1 2

70 (2 under) 0 0 1

71 (1 under) 0 0 0

Maksima score di bawah par yang dibenarkan bagi kategori nett ini bagi kedua-dua hari pertandingan adalah 7 di bawah par bersamaan 65 nett sehari. Oleh itu sekiranya pemain mencatatkan keputusan melebihi 7 di bawah par dikira 7 di bawah par bersamaan 65 nett.

SUKANUN 2019

52

6.2 Kategori Pasukan Gross

6.2.1 Jumlah pukulan gross bagi empat ( 4 ) pemain akan diambil kira;

6.2.2 Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah pukulan gross terendah bagi 2 pusingan

36 lubang;

6.2.3 Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada pukulan gross terendah bagi empat (4) orang pemain, dan sekiranya keputusan pertandingan berakhir dengan seri, pemenang akan ditentukan dengan mengambil kira jumlah pukulan gross terendah bagi tiga (3) orang pemain gross terbaik, sekiranya masih seri ditentukan dengan dua (2) orang pemain gross terbaik dan sekiranya masih seri ditentukan oleh seorang (1) pemain gross terbaik. Sekiranya masih seri pemenang diputuskan dengan OCB seorang pemain gross terbaik

6.3 Kategori Berpasukan dan Penentuan Overall Champion

6.3.1 Sistem mata akan digunapakai bagi menentukan pemenang untuk kategori

berpasukan dan “Overall Champion”. Pemenang keseluruhan acara golf ditentukan dengan pasukan yang mendapat mata tertinggi (mata pasukan nett + mata pasukan gross) dengan pemenang kategori berpasukan net dan gross akan diberi mata seperti berikut dan sekiranya lebih dari satu pasukan memperolehi mata keseluruhan yang sama, pasukan yang mendapat kedudukan yang lebih baik dalam mana-mana kategori dikira pemenang, sekiranya masih seri, pasukan yang mendapat kedudukan yang lebih baik dalam pasukan Gross dikira pemenang :-

KEDUDUKAN MATA

JOHAN 12

NAIB JOHAN 9

KETIGA 7

KEEMPAT 5

5 HINGGA 8 4

9 HINGGA 12 3

13 HINGGA 20 2

20 KE ATAS 1

7.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN 7.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang

penyertaan yang disediakan oleh jawatankuasa teknikal dan Pertandingan; 7.2 Setiap pasukan boleh mendaftar maksima 2 pasukan (1 pasukan Gross & 1 Pasukan Nett) bagi

membolehkan pasukan berkenaan bertanding untuk penentuan overall champion seperti berikut dan bagi pasukan yang kekurangan pemain boleh menghantar salah satu kategori tersebut:

BIL PERKARA JUMLAH

1 Pengurus Pasukan 1 ORANG

2 Pemain Nett 4 ORANG

SUKANUN 2019

53

3 Pemain Gross 4 ORANG

JUMLAH 9 ORANG

7.3 Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding disepanjang pertandingan ini,

penentuan flight pemain akan dibuat oleh Pihak Pengelola; Pemain-pemain hendaklah melaporkan handikap mereka yang terkini dalam borang pernyertaan;

8.0 ACARA PERTANDINGAN / JADUAL PERMAINAN 8.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara 2 pusingan, 36 lubang (2 hari).

9.0 PAKAIAN PERTANDINGAN 9.1 Sila rujuk Perkara (10.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan BadanBerkanun Malaysia

digunapakai.

10.0 BANTAHAN 10.1 Sebarang bantahan boleh diajukan kepada Jawatankuasa Pertandingan tidak melebihi 15

minit selepas tamat permainan.

11.0 KEPUTUSAN 11.1 Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kaedah pengiraan sekiranya pertandingan

tidak dapat ditamatkan untuk permainan 36 lubang. (suspension of play due to weather condition)

11.2 Sebarang bantahan tidak akan diterima oleh Jawatankuasa Pertandingan selepas tamat acara penyampaian hadiah kepada pemenang.

12.0 BUGGY & CADDY 12.1 Peserta akan disediakan buggy semasa pertandingan berlangsung.

12.2 Walaubagaimanapun penggunaan caddy adalah dibenarkan dan hanya caddy yang

berdaftar dengan Bukit Kemuning Golf & Country Club dan Emverton Golf Club sahaja dibenarkan.

SUKANUN 2019

54

PERATURAN PERTANDINGAN

KAROM BERPASUKAN

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Karom Berpasukan Sukan Persatuan

Badan Berkanun Malaysia

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN

2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Karom

Sukan Persatuan Badan Berkanun dan Kebangsaan.

3.0 PERATURAN TAMBAHAN

3.1 Selain daripada peraturan umum di atas, Jawatankuasa Pengajur adalah berhak

meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat

Penganjuran Sukan Persatuan Badan Berkanun

Malaysia.

4.0 PENYERTAAN

4.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara (5.0) dalam Peraturan Am

Sukan Badan Berkanun Malaysia

5.0 YURAN PENYERTAAN

5.1 Perkara (7.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

6.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

6.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah

mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan

Pertandingan.

6.2 Setiap pasukan boleh mendaftar satu (1) pasukan seperti berikut :

BIL PERKARA JUMLAH

1 Pengurus pasukan 1 orang

2 Jurulatih Pasukan 1 orang

3 Pemain Lelaki 8 orang

4 Pemain Wanita 4 orang

JUMLAH 14 orang

6.3 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain satu (1) acara sahaja di dalam

sesuatu perlawanan.

6.4 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama dan susunan pemain-

pemain kepada pengadil sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan.

SUKANUN 2019

55

6.5 Jumlah pemain dalam satu pasukan bagi setiap perlawanan ialah lapan (8) orang.

Pasukan yang menurunkan kurang daripada bilangan tersebut dalam satu (1) perlawanan

akan dibatalkan perlawanannya dan dikira kalah. Manakala pasukan lawan yang

mempunyai cukup pemain di gelanggang akan diberikan kemenangan percuma.

6.6 Jika didapati seseorang pemain bermain sebanyak dia (2) kali untuk sesuatu

perlawanan, maka kiraan kemenangan Walk Over akan diberikan kepada pihak

lawannya.

6.7 Pertukaran dan penggantian tidak boleh dilakukan selepas susunan pemain-

pemain telah ditetapkan dan diserahkan kepada penganjur.

7.0 ACARA PERTANDINGAN

7.1 Pertandingan dijalankan secara berpasukan. 7.2 Susunan perlawanan: 7.2.1 Perlawanan Pertama : Perseorangan Lelaki 7.2.2 Perlawanan Kedua : Beregu lelaki Veteran 7.2.3 Perlawanan Ketiga : Beregu Wanita 7.2.4 Perlawanan Keempat : Beregu Lelaki 7.2.5 Perlawanan Kelima : Beregu Campuran 8.0 PAKAIAN PERTANDINGAN

8.1 Sila rujuk Perkara (10.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

9.0 PERALATAN PERTANDINGAN

9.1 Board/Papan Karom:

9.1.1 Ukuran papan karom ’29 x 29’

9.1.2 Buah : 9 biji putih, 9 biji hitam dan 1 biji merah

9.1.3 Permukaan papan karom bukan DARIPADA JENIS YANG BERKILAT.

9.1.4 Striker boleh masuk keempat-empat poket melalui permukaan board:

9.1.4.1 Tidak boleh diletakkan benda bagi menambahkan berat timbangan

kecualisebagai tanda dengan syarat mendapat kebenaran daripada

pengadil/penganjur pertandingan.

9.2 Cara bermain dinamakan ‘SABOTAJ’ atau mematikan buah lawan secara terus atau

sebaliknya.

10.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

10.1 Membuat Pukulan

10.1.1 Hanya pergelangan tangan dibenarkan berada di atas bingkai tetapi

tidak memasuki permukaan board.

10.1.2 Siku atau badan tidak boleh melebihi UFUK ketika membuat pukulan

10.1.3 Bila menggunakan bulatan UFUK (MOON) pemain mestilah menutupi

bulatan penuh (FULL MOON) dan tidak menyentuhi garisan ARROW.

10.1.4 Kerusi tempat duduk tidak boleh dialihkan semasa membuat pukulan.

10.1.5 Pemain diberi masa 20 saat untuk membuat pukulan, jika melebihi masa

tersebut pemain akan kehilangan giliran.

SUKANUN 2019

56

10.2 Semasa permainan, sekiranya terdapat buah yang terpelanting keluar, buah tersebut

mestilah diletakkan di bulatan merah tengah, jika terdapat buah lain di tengah bulatan merah,

buah yang terpelanting mestilah diletakkan di atas yang sedia ada.

10.3 Buah Karom keluar dan meniti di atas bingkai lalu jatuh semula ke dalam permukaan board

dikira masih dalam permainan.

10.4 Jika striker masuk poket sedangkan buah pemain masih maksima (9 biji) tiada denda

dikenakan (jika tiada buah yang telah masuk sebelumnya dan denda dikenakan akibat mana-mana

kesalahan menjadikan jumlah sembilan biji semula).

10.5 Denda 1 biji dan giliran masih diteruskan bila memasukkan buah dan striker serentak ke

dalam poket kecuali buah yang terakhir.

10.6 Denda satu biji dan hilang sekiranya striker masuk ke dalam poket.

10.7 Denda satu biji dan hilang giliran jika memukul buah yang sedia ada MATI dengan tiada

‘connection’.

10.8 Denda satu biji dan hilang giliran jika tersentuh mana-mana buah sama ada hidup atau

mati semasa dalam permainan.

10.9 Denda hendaklah diletakkan oleh pihak lawan atau pengadil dalam ruang bulatan MERAH.

11.0 LAIN-LAIN HAL

11.1 Penggunaan Power Karom dibenarkan semasa dalam perlawanan dijalankan dengan persetujuan pihak lawan.

11.2 UJIAN STRIKER tidak dibenarkan semasa permainan sedang berlangsung. 11.3 Pemain tidak dibenarkan meniup buah semasa permainan sedang dijalankan. 11.4 Ketika pemain membuat pukulan didapati STRIKERnya terlepas tetapi tidak melebihi DUA

GARISAN UFUK ia diberi peluang sekali lagi untuk meneruskan gilirannya. 11.5 Pemain tidak dibenarkan menukar buah kecuali buah itu terpelanting keluar dari permukaan board. Buah atau set yang ada di dalam permainan tidak boleh disentuh atau diubah daripada tempat asal kecuali pengadil sahaja yang berhak membuat begitu atas sebab-sebab tertentu. 11.7 Jawatankuasa Pertandingan berhak menentukan dan meminda sebarang SYARAT/UNDANG-UNDANG/PERATURAN KAROM, maka keputusan akan dirujuk kepada jemaah pengadil yang mana keputusannya adalah muktamad.

12.0 HAD MASA PERMAINAN

12.1 Had masa tidak dihadkan pada setiap set bagi semua acara.

12.2 Buah merah akan dikeluarkan oleh pengadil selepas pecahan pertama dimulakan

bagi setiap permainan.

12.3 Mana-mana pemain yang memasukkan buah karom ke dalam poket dan

habis dahulu dikira sebagai pemenang.

13.0 PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PERMAINAN

13.1 Pengadil boleh membatalkan permainan jika pemain berada dalam keadaan

berikut:

13.1.1 Merokok, makan dam minum.

13.1.2 Membuat bising atau mengganggu semasa pihak lawan hendak membuat

pukulan.

13.1.3 Bangun semasa pihak lawan hendak membuat pukulan.

13.1.4 Menukar gundu (striker) dalam permainan kecuali dibenarkan pengadil.

SUKANUN 2019

57

13.1.5 Menggerakkan/ mengalihkan kerusi semasa hendak membuat pukulan.

14.0 PERTUKARAN PEMAIN

14.1 Perkara (6.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

15.0 MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

15.1 Perkara (12.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

16.0 PENGADILAN

16.1 Pengadil mempunyai kuasa mutlak mendenda pemain tanda sebarang amaran

atau teguran.

16.2 Sebarang perubahan terhadap perkara yang membatalkan permainan adalah

terletak pada budi bacara pengadil.

16.3 Keputusan pengadil adalah muktamad.

16.4 Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang dilantik oleh

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

17.0 BANTAHAN

17.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah

mematuhi Perkara (17.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

18.0 KEADAAN LUAR JANGKA

18.1 Perkara (23.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

SUKANUN 2019

58

PERATURAN PERTANDINGAN PETANQUE LELAKI & WANITA

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Petanque Lelaki & Wanita Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN

2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-undang Pertandingan Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) dan International Federation of Petanque Jue Provencal (FIPJP). dan Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal akan Pertandingan Petanque Persatuan Badan Berkanun Malaysia adalah muktamad.

3.0 PENYERTAAN

3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara (5.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia

4.0 YURAN PENYERTAAN

4.1 Perkara (7.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai. 5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh jawatankuasa teknikal dan Pertandingan;

5.2 Setiap pasukan hanya boleh menghantar satu (1) pasukan seperti berikut:

BIL PERKARA JUMLAH

1 Pengurus Pasukan 1 orang

2 Jurulatih Pasukan 1 orang

3 Pemain Lelaki 8 orang

4 Pemain Wanita 8 orang

JUMLAH 18 orang

6.0 CARA PERTANDINGAN

6.1 Kejohanan ini adalah diantara pasukan. 6.2 Acara yang akan dipertandingkan adalah:

6.1.1 Perseorangan (single) 6.1.2 Berdua (double) 6.1.3 Bertiga (Triples)

6.3 Permainan akan dijalankan mengikut disiplin permainan. 6.4 Penggunaan bola untuk pertandingan yang diiktiraf sahaja dibenarkan semasa

pertandingan. 6.5 Setiap perlawanan akan dihadkan masa selama 2 jam sahaja.

SUKANUN 2019

59

7.0 SISTEM PERTANDINGAN 7.1 Sistem pertandingan akan mengikut Perkara (9.0) Peraturan Am Sukan Persatuan Badan

Berkanun Malaysia; 7.2 Pusingan akhir akan dijalankan secara kalah mati. 7.3 Tertakluk kepada Jawatankuasa Pertandingan. 7.4 Pemberian mata untuk perlawanan liga:

Menang : 2 mata Kalah : 0 mata 8.0 PENENTUAN KEMENANGAN

8.1 Kemenangan ditentukan berdasarkan jumlah pungutan pingat bagi semua kategori . 9.0 PAKAIAN

9.1 Setiap pasukan hendaklah menggunakan pakaian yang seragam dalam setiap perlawanan.

9.2 Setiap pemain mestilah memakai seluar ”slack” atau seluar ”track”, berbaju tshirt berkolar dan berkasut sukan.

9.3 Seluar ”jeans” adalah tidak dibenarkan. 10.0 MENARIK DIRI, MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA DAN GAGAL HADIR

10.1 Perkara (12.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

11.0 BANTAHAN

11.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara (17.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

12.0 KEADAAN LUAR JANGKA

12.1 Perkara (23.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

SUKANUN 2019

60

PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG BERPASUKAN

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Ping Pong Berpasukan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN

2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang (ITTF) Persatuan Ping-pong Malaysia (TTAM) dan Peraturan Am Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2.2 Penggunaan selain daripada Water Based Glue gam adalah dibenarkan Bola Pertandingan: Nittaku 3 Star, 40mm, 2.7gram berwarna putih akan digunakan sepanjang perlawanan.

3.0 PENYERTAAN

3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara (5.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia

4.0 YURAN PENYERTAAN

4.1 Perkara (7.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN 5.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi

borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan. 5.2 Setiap pasukan boleh mendaftar satu (1) pasukan seperti berikut :

BIL PERKARA JUMLAH

1 Pengurus pasukan 1 orang

2 Jurulatih Pasukan 1 orang

3 Pemain Lelaki 8 orang

4 Pemain Wanita 4 orang

JUMLAH 14 orang

5.3 Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan

ini. 5.4 Setiap pemain hanya dibenarkan bermain dalam satu acara sahaja dalam setiap

perlawanan. 6.0 ACARA PERTANDINGAN

6.1 Pertandingan dijalankan secara berpasukan; 6.2 Susunan perlawanan adalah seperti berikut:

6.1.1 Perlawanan Pertama : Perseorangan Lelaki 6.1.2 Perlawanan Kedua : Beregu Lelaki Veteran 6.1.3 Perlawanan Ketiga : Beregu Wanita 6.1.4 Perlawanan Keempat : Beregu Lelaki 6.2.5 Perlawanan Kelima : Beregu Campuran

SUKANUN 2019

61

7.0 PAKAIAN PERTANDINGAN 7.1 Perkara (10.0) dalam peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai; 7.2 Pemain dilarang memakai pakaian (kemeja T) yang berwarna kuning/oren. (Jika bola

pertandingan berwarna kuning/oren). Memandangkan bola pertandingan berwarna putih maka pemakaian baju kuning/oren adalah dibenarkan.

8.0 SISTEM PERTANDINGAN

8.1 Sistem pertandingan akan mengikut Perkara (9.0) Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia;

8.2 Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti berikut :- Menang - 3 mata

Kalah - 0 mata 8.3 Keseluruhan perlawanan akan ditentukan mengikut keputusan 5 set (3 perlawanan terbaik

dari 5 perlawanan / Best of 5). 8.4 Kesemua 5 perlawanan hendaklah ditandingi walaupun sesuatu pasukan telah mendahului

dengan keputusan memenangi 3 perlawanan.(peringkat kumpulan) 8.5 Sekiranya berlaku persamaan mata dalam kumpulan,pemenang kumpulan akan ditentukan

secara :- 8.5.1 Jika 2 pasukan memperolehi mata yang sama , maka pasukan yang mengalahkan

lawannya dikira menang; 8.5.2 Jika 3 atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka pasukan yang

mengalahkan lawannya dikira menang; 8.5.2.1 Pasukan yang memenangi bilangan perlawanan yang banyak dikira

menang (Games Difference); 8.5.2.2 Jika masih seri,pasukan yang memenangi bilangan set

terbanyak dikira menang (Set Difference); 8.5.2.3 Jika masih seri,pasukan yang mendapat perbezaan mata

terbanyak dikira menang (Points Difference) 8.5.2.4 Jika 3 atau lebih pasukan masih seri, pasukan yang mendapat jumlah mata

permainan terbanyak dikira menang; 8.5.2.5 Jika 2 pasukan masih seri lagi, pasukan yang mengalahkan

lawannya dikira menang. 8.5.3 Diperingkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, perlawanan akan dihentikan sekiranya mana-mana pasukan telah mendahului dengan kemenangan tiga (3) perlawanan.

9.0 PERTUKARAN PEMAIN

9.1 Perkara (6.0). dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10.0 MENARIK DIRI, MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA DAN GAGAL HADIR

10.1 Perkara (12.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

11.0 BANTAHAN

11.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara (17.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

SUKANUN 2019

62

12.0 KEADAAN LUAR JANGKA 12.1 Perkara (23.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai.

SUKANUN 2019

63

PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW ANTARA REGU

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Sepak Takraw Antara Regu Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

2.1 Kecuali apa yang disebut di dalam peraturan pertandingan ini maka undang-undang Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) hendaklah diikuti.

3.0 PENYERTAAN

3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara (5.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia

4.0 YURAN PENYERTAAN

4.1 Perkara (7.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai. 5.0 REGU DAN MASA PERMAINAN

5.1 Pasukan 5.1.1 Tiap-tiap regu mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang pemain sebelum satu-satu pertandingan dimulakan. Jika kurang daripada ini regu tersebut dikira menerima kekalahan. Setiap agensi dibenarkan menghantar dua (2) regu / sepuluh (10) pemain iaitu; lima (5 ) pemain untuk setiap regu

BIL PERKARA JUMLAH

1 Pengurus pasukan 1 orang

2 Jurulatih Pasukan 1 orang

3 Regu A 5 orang

4 Regu B 5 orang

JUMLAH 12 orang

5.2 Masa

5.2.1 Semua perlawanan dimulakan mengikut masa dan jadual pertandingan yang telah ditetapkan.

6.0 PETUKARAN PEMAIN

6.1 Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain di dalam pertandingan yang sama.

6.2 Pemain gantian boleh dibenarkan bermain menggantikan pemain utama dengan mengisi borang gantian oleh Pengurus Rasmi Regu kepada Pengadil Rasmi Kejohanan. Setiap regu dibenarkan membuat satu gantian sahaja untuk setiap set. (Dua (2) kali pertukaran untuk setiap perlawanan).

6.3 Pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh pengadil semasa permainan, boleh membuat gantian pemain mengikut Peraturan Permainan Sepak Takraw 6.2.

SUKANUN 2019

64

7.0 PAKAIAN DAN PERALATAN 7.1 Sila rujuk Peraturan Am Perkara (10.0) Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia. 7.2 Ketua regu mestilah dilantik dalam setiap regu semasa permainan dan dikehendaki

memakai tanda dilengan (Arm Band). Semua pemain hendaklah memakai jersi yang seragam, bernombor depan dan belakang.

7.3 Bola takraw jenama Marathon akan digunakan dalam kejohanan ini. 7.4 Nombor jersi adalah dari 1-32 sahaja yang dibenarkan dalam kejohanan ini.

8.0 SISTEM PERTANDINGAN

8.1 Sila rujuk Peraturan Am Perkara (9.0) Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia. 9.0 MENARIK DIRI, MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA DAN GAGAL HADIR

9.1 Perkara (12.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10.0 PERLAWANAN DITUNDA ATAU DIHENTIKAN

10.1 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Jika perlawanan disambung semula selepas 24jam, maka permainan dikira bermain semula.

10.2 Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, ganguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera, tidak melebihi 5 minit.

10.3 Jika selepas 5 minit pemain masih tidak berupaya, gantian pemain mestilah dilakukan, jika

regu ini telah membuat pertukaran, maka regu lawan akan dikira sebagai pemenang. 10.4 Sepanjang tempoh pemainan diberhentikan, semua pemain tidak dibenarkan keluar

gelanggang atau minum atau mendapat tunjuk ajar. 10.5 Perkara (11.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

digunapakai. 11.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

11.1 Secara Liga: 11.1.1 Cara memberi mata : Menang – 3 mata , Kalah – 0 mata 11.1.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka

pemenang akan ditentukan seperti berikut : 11.1.3 Jumlah perbezaan set tertinggi akan dikira sebagai pemenang. 11.1.4 Jika masih seri, jumlah perbezaan mata tertinggi akan dikira sebagai pemenang. 11.1.5 Jika masih seri, pertemuan awal antara pasukan yang berkenaan diambil kira.

Pasukan yang pernah mengalah lawan dikira pemenang. 14.0 BANTAHAN

14.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara (17.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

15.0 KEADAAN LUAR JANGKA

15.1 Perkara (23.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

SUKANUN 2019

65

PERATURAN PERTANDINGAN

TARIK TALI

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Tarik Tali Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN

2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang- Undang dan Peraturan Persatuan Tarik Tali Malaysia / “Tug Of War International Federation” dan Peraturan Permainan dan Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

3.0 PENYERTAAN

3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara 5.0 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

4.0 YURAN PENYERTAAN

Perkara 7.0 dalam peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang

penyertaan yang disediakan oleh jawatankuasa teknikal dan pertandingan melalui sistem

yang telah disediakan.

5.2 Setiap kontijen dibenarkan mendaftar satu pasukan sahaja yang terdiri daripada 10

orang pemain (8 penarik + 2 simpanan) dengan jumlah berat maksima sebanyak 680kg.

6.0 ACARA PERTANDINGAN

Pertandingan dijalankan secara berpasukan dan liga Pusingan Awal.

7.0 PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1 Sila rujuk Perkara 10.0 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

7.2 Setiap pasukan diwajibkan memakai kasut semasa pertandingan dijalankan. 7.3 Jersey pasukan hendaklah seragam. 7.4 Penggunaan Tali Pinggang dan Jaket Tarik Tali (Anchor Pad) adalah dibenarkan.

8.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 8.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar tidak lebih dari 12 orang pemain termasuk

seorang pengurus pasukan dan seorang jurulatih (10+2). 8.2 Hanya 8 orang sahaja dibenarkan mengambil bahagian semasa pertandingan dijalankan,

2 peserta akan menjadi simpanan. 8.3 Setelah mendaftar pemain dibuat sebarang perubahan atau pertukaran pemain hanya

dibenarkan semula sebelum perlawanan pertama pasukannya; 8.4 Mereka yang boleh mengambil bahagian ialah pegawai/kakitangan (lelaki sahaja);

SUKANUN 2019

66

8.5 Hanya pemain yang telah didaftarkan sahaja dibenarkan mengambil bahagian; 8.6 Jawatankuasa pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan

harta benda, kecederaan atau kemalangan yang menimpa pasukan-pasukan yang mengambil sepanjang kejohanan ini diadakan.

9.0 SISTEM PERTANDINGAN 9.1 Merujuk kepada peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia perkara 9.0.

9.1.1 Mata kemenangan adalah seperti berikut:- Menang 2-0 = 3 mata

Menang 2-1 = 2 mata

Kalah 1-2 = 1 mata

Kalah 0-2 = 0 mata 9.2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak akan dikira menang. 9.3 Jika terdapat lebih daripada satu pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka

pasukan yang memenangi perlawanan antara 2 pasukan tersebut dikira menang. 9.4 Jika masih seri pasukan yang membuat kesalahan paling sedikit diantara 2 pasukan

tersebut sepanjang kejohanan akan dikira menang. 9.5 Jika masih seri pasukan yang mempunyai berat paling sedikit diantara 2 pasukan tersebut

dikira menang.

9.6 jika masih Seri pasukan yang mempunyai jumlah kekalahan paling sedikit dalam kejohanan tersebut diantara 2 pasukan terlibat akan dikira sebagai pemenang

9,7 Jika masih seri satu lambungan syiling akan dijalankan untuk menentukan pemenang.

10.0 JENIS TARIKAN

10.1 Tarikan akan digunakan (4 meter) 10.1.1 Sebelum tarikan diperlukan, cara menentukan tempat ialah dengan melambung

syiling. Selepas tarikan pertama, pasukan akan bertukar tempat. Jika tarikan ketiga diperlukan, keadaan tempat pasukan juga akan ditentukan dengan melambung syiling.

11.0 PEMENANG

11.1 Pemenang bagi setiap perlawanan akan ditentukan dari 3 tarikan yang terbaik. 11.2 Jika seri selepas 2 tarikan, pasukan dibenarkan berehat selama 5 minit sebelum tarikan

ketiga dimulakan.

12.0 TIMBANG BADAN

12.1 Setiap peserta diwajibkan menjalani timbangan berat badan. Berat badan bagi keseluruhan peserta (8 orang) tidak melebihi 680kg;

12.2 Timbangan akan dibuat sehari sebelum pertandingan berlangsung.

13.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN

13.1 Jawatankuasa pertandingan berhak mengubah atau menangguhkan sesuatu perlawanan yang telah ditetapkan jika perlu dan setiap pasukan terlibat akan dimaklumkan oleh urusetia teknikal.

13.2 Setiap pasukan yang bermain dikehendaki berada digelanggang 15 minit sebelum masa perlawanan bermula dan sekiranya pasukan berkenaan lewat sampai 15 minit dari masa

SUKANUN 2019

67

perlawanan, maka pengadil rasmi perlawanan berhak memberi kemenangan percuma kepada pihak lawannya.

14.0 PENGADIL

14.1 Pengadil bertauliah adalah dari Persatuan Tarik Tali Malasyia (MTWA) atau Pengadil yang diiktiraf oleh Persatuan Tarik Tali Malaysia (MTWA)

14.2 Segala keputusan pengadil perlawanan adalah muktamad.

15.0 MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH Perkara 12.0 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

16.0 BANTAHAN Semua bantahan yang dikemukan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 17.0 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

17.0 PERCANGGAHAN Perkara 23.0 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

SUKANUN 2019

68

PERATURAN PERTANDINGAN TENIS BERPASUKAN

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Tenis Sukan Berpasukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN

2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Persekutuan Tenis Antarabangsa Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) dan Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

3.0 PENYERTAAN

3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara (5.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia

4.0 YURAN PENYERTAAN

4.1 Perkara (7.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai. 5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh jawatankuasa teknikal dan Pertandingan;

5.2 Setiap pasukan boleh mendaftar satu (1) pasukan seperti berikut :

BIL PERKARA JUMLAH

1 Pengurus pasukan 1 orang

2 Jurulatih Pasukan 1 orang

3 Pemain Lelaki 8 orang

4 Pemain Wanita 4 orang

JUMLAH 14 orang

5.3 Pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini.

Seorang pemain boleh bermain (1) acara sahaja di dalam sesuatu perlawanan; 6.0 ACARA PERTANDINGAN

6.1 Pertandingan dijalankan secara berpasukan; 6.2 Susunan perlawanan adalah seperti berikut:

6.2.1 Perlawanan Pertama : Perseorangan Lelaki 6.2.2 Perlawanan Kedua : Beregu Lelaki Veteran 6.2.3 Perlawanan Ketiga : Beregu Wanita 6.2.4 Perlawanan Keempat : Beregu Lelaki 6.2.5 Perlawanan Kelima : Beregu Campuran 7.0 PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1 Sila rujuk Perkara (10.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia. 7.2 Peserta wanita digalakkan memakai ”track bottom”.

SUKANUN 2019

69

8.0 BOLA RASMI PERTANDINGAN 8.1 Akan diumumkan oleh Jawatankuasa Penganjur.

9.0 SISTEM PERTANDINGAN

9.1 Sistem pertandingan akan mengikut Perkara (9.0) Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia;

9.2 Perlawanan di peringkat kumpulan hingga peringkat suku akhir akan dijalankan secara First To Reach Nine System.

9.3 Perlawanan di peringkat separuh akhir dan peringkat akhir adalah berdasarkan kepada 3 set terbaik (best of 3 sets). Sistem kiraan tambahan (tie-break system) akan dijalankan apabila kiraan”game” meningkat enam di dalam sesuatu set.

9.4 Pemain-pemain juga adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan”House Rules”; 9.5 Permainan hendaklah berterusan melainkan untuk “rubber set” di mana 5 minit rehat

dibenarkan selepas set kedua. 9.6 Jika terdapat jumlah mata yang sama perkiraan set menang/kalah dan penyertaan mata

keseluruhan akan diambilkira. 9.7 Pasukan yang menerima kemenangan percuma (walkover) akan dikira telah menang

dengan keputusan 5-0 dan diberikan 2 mata. 9.8 Sekiranya cuaca buruk, penglihatan kurang jelas, kekurangan gelanggang/masa dan

berlaku perkara di luar jangka, pihak penganjur berhak mengadakan tiap-tiap perlawanan di peringkat separuh akhir atau di peringkat akhir, kepada satu set sahaja dimana pemain yang mencapai 9 “game” terlebih dahulu dikira menang.

10.0 PERTUKARAN PEMAIN

10.1 Perkara (6.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

11.0 MENARIK DIRI, MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA DAN GAGAL HADIR

11.1 Perkara (12.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

12.0 PERLAWANAN DITUNDA ATAU DIHENTIKAN

12.1 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau dihentikan hendaklah dilangsungkan padab tarikh, tempat dan masa yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.

12.2 Perkara (11.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

13.0 BANTAHAN

13.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara (17.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

14.0 KEADAAN LUAR JANGKA

14.1 Perkara (23.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

SUKANUN 2019

70

PERATURAN PERTANDINGAN TENPIN BOWLING LELAKI & WANITA

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Tenpin Bowling Lelaki & Wanita Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN

2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-undang pertandingan Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC) dan Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

3.0 PENYERTAAN

3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara (5.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia.

4.0 YURAN PENYERTAAN

4.1 Perkara (7.0) dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5.0 SISTEM PERTANDINGAN 5.1 Format pertandingan adalah Pasukan Berempat (Team of Four) Lelaki dan Pasukan Berempat

(Team of Four) Wanita (kategori berbeza).

5.2 Setiap kontinjen dibenarkan menghantar satu (1) pasukan sahaja bagi acara Tenpin Bowling

Lelaki dan/atau Tenpin Bowling Wanita.

5.3 Setiap pasukan terdiri daripada lima (5) orang pemain lelaki sahaja atau lima (5) orang

pemain wanita sahaja serta dua (2) orang pegawai bagi setiap pasukan (sekurang-

kurangnya empat (4) pemain dan seorang (1) pegawai untuk melayakkan penyertaan).

5.4 Setiap pemain dikehendaki bermain sebanyak 12 permainan (game) yang dipecahkan

kepada empat (4) blok. Tiga (3) game pada setiap blok. Aturan game dan blok bergantung

kepada kesediaan lanes.

5.5 Tiap-tiap satu (1) game akan dilangsungkan di atas sepasang lorong. Pemain akan bermain

satu frame pada satu lorong dan frame berikutnya pada lorong yang di sebelahnya. Cara

permainan ini akan digunakan sehingga game itu tamat

5.6 Jumlah jatuhan pin tertinggi bagi empat (4) orang pemain sahaja akan diambilkira bagi setiap

blok untuk dijumlahkan kepada skor jatuhan pin keseluruhan pasukan.

6.0 SUSUNAN PEMAIN (ORDER OF PLAY) 6.1 Susunan pemain adalah terletak pada budi bicara Pengurus Pasukan masing-masing.

6.2 Pasukan lain tidak dibenarkan melakukan sebarang bantahan terhadap susunan bermain

pasukan lain.

6.3 Pemain dikehendaki bermain mengikut susunan yang didaftarkan oleh Pengurus Pasukan.

6.4 Susunan pemain hanya boleh diubah pada blok seterusnya. 6.5 Sekiranya terdapat pasukan yang menukar pemain semasa pertandingan dijalankan,

pasukan tersebut akan hilang kelayakan bertanding tanpa apa-apa amaran lagi.

SUKANUN 2019

71

7.0 PENENTUAN PEMENANG 7.1 Pasukan yang mempunyai jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi akan dikira sebagai

pemenang.

7.2 Sekiranya terdapat pasukan yang mempunyai jumlah jatuhan pin keseluruhan yang sama,

jumlah jatuhan pin tertinggi (pasukan) bagi blok terakhir dianggap sebagai penentuan tempat.

Sekiranya masih seri, penentuan yang sama dibuat terhadap blok kedua terakhir hingga

seterusnya (sebelumnya).

7.3 Tiada handicap diberikan kepada mana-mana pemain.

7.4 Perkara (22.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia adalah

digunapakai.

8.0 WAKTU MELAPOR DIRI / KELEWATAN

8.1 Semua pemain dikehendaki melapor diri selewat-lewatnya 30 minit sebelum acara

dimulakan. Pemain yang lewat hanya akan dibenarkan bermain sebelum frame keempat

bermula.

8.2 Jika pemain yang lewat itu tiba dan boleh mula bermain sebelum frame keempat dimainkan,

pemain dibenarkan membuat balingan mulai frame pertama dan seterusnya (mengikut giliran

/ arrow).

8.3 Jika pemain yang lewat itu tiba setelah frame keempat dimulakan, pemain itu tidak

dibenarkan bermain dan akan diberikan blind score bagi game itu sahaja dan boleh

meneruskan bermain bagi game seterusnya seperti biasa.

8.4 Blind Score akan diberikan kepada pemain yang gagal memulakan / menghabiskan mana-

mana game iaitu 100 bagi pemain lelaki dan 80 bagi pemain wanita walaupun skor pada

papan skor lebih tinggi sewaktu pemain itu gagal meneruskan permainan.

8.5 Tiada pacer akan disediakan oleh pihak penganjur bagi menggantikan pemain yang gagal

memulakan / meneruskan permainan sepanjang pertandingan ini dijalankan.

9.0 MENARIK DIRI DARI PERTANDINGAN (WALK-OVER)

8.1 Pasukan yang tidak hadir atau enggan bermain seperti dijadualkan akan dianggap sebagai menarik diri iaitu memberi walk-over.

8.2 Pasukan yang hilang kelayakan bertanding pada bila-bila masa, tidak akan diambil jumlah jatuhan pin termasuklah game yang telah dimainkan / dihabiskan sebelumnya.

8.3 Perkara (12.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10.0 GANGGUAN PERMAINAN

10.1 Pengerusi pertandingan mempunyai kuasa muktamad untuk member arahan supaya permainan yang terganggu disambung pada sebarang lorong baru sekiranya lorong di aman permainan itu berlangsung ditimpa masalah kerosakan mesin.

10.2 Pemain yang terganggu itu mesti disambung dari frame di mana gangguan itu berlaku. 10.0 BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH

10.1 Bila seseorang peserta bermain dalam lorong yang salah dan kesalahan ini ditemui sebelum peserta membuat balingannya, maka balingan itu akandianggap sebagai ‘bola

SUKANUN 2019

72

mati’(Dead Ball) dan peserta tersebut dikehendaki bermain semula frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.

11.0 KEHILANGAN SKOR SEMASA GANGGUAN ELEKTRIK

11.1 Sekiranya berlaku sebarang black-out dalam tv monitor di mana skor sesuatu permainan

yang sedang berlangsung itu hilang dan tidak dapat dipulihkan, maka pemain yang

berkenaan dikehendaki bermain semula permainan tersebut. Jika skor telah dicatatkan

maka ia akan bersambung dari frame di mana ia berhenti sebelum ini.

11.2 Permainan yang mana skornya telah direkodkan akan dikekalkan.

11.3 Pasukan dan pemain tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk meminta sesuatu

permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula pada waktu black-out seumpama ini.

12.0 BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH 12.1 Apabila seseorang pemain itu bermain di lorong yang salah dan kesalahan ini ditemui

sebelum pemain seterusnya membuat balingan, maka balingan itu akan dianggap

sebagai ‘bola mati’ (dead ball) dan pemain tersebut dikehendaki bermain semula frame

yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.

12.2 Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui selepas pemain kemudiannya membuat balingan,

maka mata yang diperolehi itu akan diambilkira dan pemain tersebut dikehendaki

bermain semula frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.

13.0 MEMPERLAHANKAN PERMAINAN (SLOW BOWLING) 13.1 Seseorang pemain yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui tentang

hal dan obligasinya seperti berikut:

1) Pemain berhak untuk bermain terlebih dahulu (right of way) terhadap pemain yang

berada di atas lorong sebelah kirinya. Pemain harus memberi laluan kepada pemain

yang berada di atas lorong kanannya;

2) Semua pemain harus bersedia untuk bermain apabila tiba gilirannya dan tidak

seharusnya melambatkan permainan itu;

3) Sekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, ia akan

dikenakan amaran dengan isyarat kad putih untuk kesalahan pertama (tiada penalti)

dan kad kuning atas kesalahan kedua (tiada penalti); dan

4) Bagi kesalahan ketiga dan seterusnya dalam sesuatu blok permainan, pemain

tersebut akan diberikan kad merah dan sifar (0) mata untuk frame tersebut.

14.0 PAKAIAN

14.1 Semua pemain dikehendaki memakai pakaian seragam dengan nama

/ logo agensi masing-masing dicetak pada baju. 14.2 Pemain hendaklah memakai seluar panjang (selain jeans).

15.0 HADIAH 15.1 Hadiah diberikan kepada pasukan yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga

sahaja serta diserahkan selepas tamat pertandingan.

15.2 Piala Pusingan akan diserahkan pada majlis penutup kejohanan.

SUKANUN 2019

73

16.0 NOMBOR KOD DAN PERUNTUKAN LORONG 16.1 Semua pemain akan diberikan nombor kod masing-masing mengikut agensi yang

ditetapkan.

16.2 Semua pemain dikehendaki mempamerkan nombor kod masing- masing di belakang

baju. Pemain tanpa nombor kod ini tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dalam

pertandingan ini.

16.3 Peruntukan lorong juga akan ditetapkan terlebih dahulu mengikut nombor kod agensi.

17.0 LARANGAN 17.1 Pemain adalah dilarang merokok (termasuk penggunaan apa-apa alat yang

mengeluarkan asap dan/atau bau yang seumpamanya) atau meminum minuman keras

atau berada dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol semasa pertandingan

berlangsung.

17.2 Sekiranya didapati terdapat pemain yang melanggar peraturan ini, ia akan diarahkan

supaya berhenti bermain dari pertandingan ini. Pengerusi Pertandingan harus membawa

kes ini kepada Jawatankuasa Teknikal Pertandingan supaya pemain ini digantung

daripada keseluruhan pertandingan.

17.3 Makanan dan/atau tepung (powder) serta sebagainya tidak dibenarkan ditinggalkan di

atas meja konsol (console).

18.0 KEADAAN LUAR JANGKA

18.1 Perkara (23.0) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

SUKANUN 2019

74

1.0

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Olahraga Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN 2.1 Semua pertandingan hendaklah akan dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan

Olahraga Antarabangsa (IAAF), Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Peraturan Am Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

3.0 PENYERTAAN 3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara 4.0 Peraturan Am Sukan Persatuan

Badan Berkanun Malaysia digunapakai. 4.0 YURAN PENYERTAAN 4.1 Perkara 7.0 Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai. 5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN 5.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar tidak lebih dari 3 orang peserta bagi semua acara

perseorangan. 5.2 Setiap pasukan dibenarkan menghantar 1 pasukan bagi acara berpasukan. Peserta acara

berpasukan mestilah terdiri daripada peserta-peserta yang didaftar dalam borang penyertaan.

5.3 Seorang peserta hanya dibenarkan mengambil tidak lebih dari tiga (3) acara. 5.4 Pengantian (Hanya boleh dibuat seminggu sebelum kejohanan). 5.4.1 Pengantian/pertukaran peserta baru dibenarkan untuk mengantikan peserta

yang telah didaftar pada boring asal, dengan peserta baru itu dikehendaki mengambil semua acara yang disertakan oleh peserta asal.

5.4.2 Bagi acara balapan, tambahan peserta baru dibenarkan sekiranya tambahan berkenaan tidak mengubah dan melibatkan susunan atur cara kejohanan yang telah ditetapkan.

5.4.3 Bagi acara padang tambahan peserta baru adalah dibenarkan mengikut susunan giliran yang telah disusun.

5.5 Penyesahan Penyertaan 5.4.1 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan dikembalikan kepada

jawatan kuasa pengelola kejohanan tidak lewat dua minggu sebelum pertandingan.

5.4.2 Borang penyertaan hendaklah diisi dalam tiga (3) salinan, dua (2) salinan hendaklah dikembalikan kepada jawatankuasa pengelola.

5.4.3

5.4.4

Gunakan borang berasingan untuk peserta lelaki dan wanita.

Pendaftaran menggunakan sistem juga akan digunapakai.

SUKANUN 2019

75

9.0 CARA MEMUTUSKAN PESERTA KE PERINGKAT AKHIR 9.1 Dalam acara balapan, yang mana peringkat separuh akhir dijalankan, peserta-peserta ke

peringkat akhir dipilih seperti berikut 9.1.1 Tiga (3) peserta yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam tiap-tiap

separuh akhir; 9.1.2 Dua (2) peserta yang mencapai masa terbaik dalam kedua-dua separuh akhir. 10.0 UKURAN TINGGI PALANG PERMULAAN 10.1 Lompat Tinggi (L)

1.50 m ditetapkan untuk latihan. Untuk pertandingan ketinggian palang ditetapkan pada 1.55 m dan dinaikan seperti berikut : 1.60 m, 1.65m, 1.68m, 1.74m, 1.77m dan dinaikkan seterusnya.

6.0 JENIS PERTANDINGAN 6.1 Kejohanan berpasukan dan individu. 6.2 Acara tidak akan dipertandingkan sekiranya mempunyai 3 penyertaan sahaja.

7.0 JENIS ACARA

Acara Lelaki Wanita Lelaki V Wanita V

1 100m x x x x

2 200m x x x x

3 400m x x x

4 4x100m x x x X

5 4x400m x x - -

6 110m l/berpagar x - x

7 100m l/berpagar - x - -

8 800m x x x -

9 1500m x x - -

10 5000m x - - -

11 3000m - x - -

12 Lompat Tinggi x x - -

13 Melempar Cakera x x - -

14 Lompat Kijang x - - -

15 Lompat Jauh x x - -

16 Merejam Lembing x x x x

17 Melontar Peluru x x x x

8.0

SISTEM PERTANDINGAN 8.1 Sesuatu acara hanya akan dijalankan sekiranya terdapat lebih daripada empat (4) peserta

perseorangan/pasukan sahaja yang mengambil bahagian. 8.2 Setiap peserta mestilah menghabiskan acara yang disertainya. Jika tidak penyertaan bagi

acara berikutnya akan dibatalkan.

SUKANUN 2019

76

10.2 Lompat Tinggi (W) 1.30m ditetapkan untuk latihan. Untuk pertandingan ketinggian palang ditetapkan pada 1.35m dan akan dinaikkan seperti berikut : 1.38m, 1.41m, 1.47m, 1.50m dan dinaikkan 3cm pada tiap-tiap kenaikan seterusnya

11.0 MELAPOR DIRI 11.1 Acara Balapan: Peserta-peserta atau wakil dikenhendaki melapor diri kepada pegawai penyelia

peserta 30 minit sebelum acara dimulakan. 11.2 Acara padang: Peserta-peserta atau wakil dikehendaki melapor diri kepada pegawai penyelia

peserta 45minit sebelum acara dimulakan. 11.3 Semua peserta yang melapor diri untuk penyertaan hendaklah memakai lengkap dengan nombor

peserta masing-masing. Peserta yang tidak memakai nombor peserta yang telah disediakan tidak dibenarkan bertanding.

11.4 Semua acara akan dijalankan mengikut masa,tarikh dan jadual yang telah ditetapkan. 11.5 Lewat melaporkan diri.

Peserta yang melaporkan diri 10 minit sebelum acara dimulakan tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dan mereka dianggap telah menarik diri

11.6 Hebahan Hebahan panggilan peserta untuk melaporkan diri untuk acara-acara yang dijalankan akan dibuat oleh Penyelia Peserta sekali sahaja. Maklumat mengenai melapor diri akan disediakan di papan kenyataan di khemah pengelola peserta

11.7 Penyertaan serentak Jika didapati seorang peserta menyertai acara balapan dan padang yang dijalankan serentak, peserta yang berkenaan hendaklah melaporkan diri kepada Pelepas atau Ketua Hakim.

12.0 BANTAHAN / RAYUAN 12.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 17.0

Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia. 13.0 PAKAIAN 13.1 Bersesuaian untuk acara trek dan padang. 13.2 Setiap peserta mestilah mempamerkan nombor di sebelah hadapan dan belakang baju supaya

dapat dilihat dengan jelas kecuali acara lompat tinggi dan bergalah. 13.3 Semasa upacara penyampaian hadiah, penerima hadiah hendaklah memakai pakaian pasukan

dan berkasut untuk menerima hadiah. 14.0 PERALATAN 14.1 Semua upacara penyampaian hadiah, penerima hendaklah memakai pakaian pasukan dan

berkasut untuk menerima hadiah. 14.2 Peralatan pertandingan persendirian boleh dibenarkan jika diluluskan oleh Pengurus Teknikal

Kejohanan. Pengesahan peralatan tersebut hendaklah dibuat semasa mesyuarat pengurus pasukan. 15.0 KECERIAAN PADANG 15.1 Peserta tidak dibenarkan memanaskan badan di dalam kawasan pertandingan. 15.2 Semua peserta dan pegawai hendaklah berbaris semasa masuk dan keluar kawasan pertandingan. 15.3 Tempat khas hendaklah disediakan untuk peserta dan pegawai. 15.4 Selain daripada pegawai-pegawai yang bertugas dan pesertapeserta yang mengambil

bahagian, individu atau pihak yang tidak berkenaan tidak dibenarkan masuk dalam kawasan pertandingan

SUKANUN 2019

77

16.0 UNDIAN LORONG/ GILIRAN Peruntukan lorong-lorong dan giliran pertandingan akan dibuat cara berikut; 16.1 Tiap-tiap pasukan bertanding akan diberi abjad melalui undian, yang mana kemudiannya akan

menetukan lorong-lorong untuk acara balapan dan giliran pertandingan. 16.2 Cara ini hanya sah digunakan unuk acara dalam pusingan awal dan acra peringkat akhir yang

telah ditetapkan. 16.3 Undian untuk lorong bagi pusingan berikutnya akan dilakukan semasa kejohanan oleh pengurus

kejohanan dan jemaah juri yang dilantik. 16.4 Jadual Undian lorong /giliran BAGI ACARA PERSEORANGAN DAN BERPASUKAN

LELAKI

WANITA

A B C D E F G H I J K L

100m 1 2 3 4 5 6 7 8 100m

200m 2 3 4 5 6 7 8 1 200m

5000m 2 3 4 5 6 7 8 1 3000m

400m 3 4 5 6 7 8 1 2 3 400m

4x100m 3 4 5 6 7 8 1 2 4x100m

800m 4 6 7 8 1 2 3 800m

1500m 5 6 7 8 1 2 3 4 1500m

4x400m 10,000m 5 6 7 8 1 2 3 4 4x400m

110m L/berpagar 6 7 8 1 2 3 4 5 100m L/berpagar

UNDIAN BAGI ACARA PADANG

LELAKI

WANITA

A B C D E F G H I J K

Lompat Tinggi 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Lompat Tinggi

Melepar Cakera 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 Melepar Cakera

Lompat Kijang 4 5 6 7 8 9 10 11 1 2 3

Lompat Jauh 5 6 7 8 9 10 11 1 2 3 4 Lompat Jauh

Merejam Lembing 6 7 8 9 10 11 1 2 3 4 5 Merejam Lembing

Melontar Peluru 7 8 9 10 11 12 1 2 3 4 5 Melontar Peluru

17.0 HADIAH 17.1 Acara Perseorangan Pertama : Pingat Emas Kedua : Pingat Perak Ketiga : Pingat Gangsa 17.2 Acara Berpasukan

SUKANUN 2019

78

Pertama : Pingat Emas Kedua : Pingat Perak Ketiga : Pingat Gangsa 18.0 PERKARA AM 18.1 Hanya pegawai-pegawai pertandingan yang bertugas dan peserta-peserta mengambil bahagian

sahaja dibenarkan masuk ke dalam kawasan arena. 18.2 Pihak Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilanngan atau

kerosakan harta benda peserta semasa kejohanan dijalankan.

19.0 PERCANGGAHAN 19.1 Perkara 23.0 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.