PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW...

58
SKBMW/600 Maklumat yang terdapat dalam buku ini digunakan mulai pada tahun 2015 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu kemudian. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP KECEKAPAN, FORMAT UJIAN, DAN SOALAN CONTOH SIJIL KECEKAPAN BAHASA MELAYU BAGI WARGANEGARA ASING (SKBMW)

Transcript of PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW...

Page 1: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

SKBMW/600

Maklumat yang terdapat dalam buku ini digunakan mulai pada tahun 2015 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu kemudian.

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN,SKALA TAHAP KECEKAPAN, FORMAT UJIAN,

DAN SOALAN CONTOH

SIJIL KECEKAPAN BAHASA MELAYUBAGI WARGANEGARA ASING (SKBMW)

Page 2: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

KETUA EKSEKUTIF MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG 68100 BATU CAVES

SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA Telefon: +603-6126 1600

Faks: +603-6138 9453 Laman portal: http://www.mpm.edu.my

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada buku ini yang boleh dihasilkan semula,

yang disimpan dalam sistem, yang boleh diambil kembali, atau yang disiarkan dalam sebarang bentuk

atau oleh sebarang cara secara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman,

atau yang lain-lain sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada

Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

© Majlis Peperiksaan Malaysia 2015

ISBN 978-983-2321-66-8

Dicetak di Malaysia oleh Tihani Cetak Sdn Bhd

Lot 532 Jalan Perusahaan 3, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Shah Alam, Selangor

Telefon: 03-5140 4336 / 5336

Page 3: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

(ii)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Diubah suai dari petikan asal Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sumber: Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia 02 Jun 2015

Page 4: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

(iii)

PRAKATA

Majlis Peperiksaan Malaysia, yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225], ialah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis Peperiksaan Malaysia diurus oleh satu Lembaga Pengelola yang dipanggil “Majlis” terdiri daripada Naib-naib Canselor universiti awam tempatan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 6 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan di bawah Seksyen 1A Akta Universiti Teknologi MARA 1976, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pengarah Lembaga Peperiksaan, Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, dan lima lagi Ahli Majlis Peperiksaan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan Naib-naib Canselor universiti awam tempatan. Majlis Peperiksaan Malaysia bertanggungjawab untuk mengendalikan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sejak tahun 1982. Peperiksaan ini menggantikan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES) yang bergabung dengan Universiti Malaya. Sejak tahun 1999, Majlis Peperiksaan Malaysia juga bertanggung jawab mengendalikan ujian Malaysian University English Test (MUET). MUET wajib diambil oleh pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke ijazah pertama universiti awam tempatan. Pada tahun 2013, Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka telah diminta menawarkan Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi menguji kemampuan warganegara asing menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dengan baik. Dengan terlancarnya Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) ini, diharapkan dapat membantu warganegara asing yang menuntut, yang bekerja, yang bermastautin di Malaysia untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik kerana terdapat empat komponen dalam ujian ini, iaitu Kemahiran Menulis, Kemahiran Membaca, Kemahiran Mendengar, dan Kemahiran Bertutur yang boleh menguji kecekapan calon. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Berusaha Profesor Dr. Mahzan bin Arshad dari Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana telah berjaya merealisasikan SKBMW ini. Begitu juga, ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasanya terdiri daripada Prof. Dr. Zamri bin Mahamod, Prof. Madya Dr. Haji Che Ibrahim bin Haji Salleh, Prof. Madya Dr. Asri bin Selamat,

Page 5: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

(iv)

Prof. Madya Dr. Nuraini binti Yusoff, Prof. Madya Dr. Joharry bin Othman, Dr. Amran bin Joned, Dr. Noor Azizi bin Ismail, Encik Samsur Rijal bin Yahaya, dan Puan Nurfirdawati binti Muhamad Hanafi. Jutaan terima kasih juga diucapkan juga kepada pihak universiti dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang membenarkan ahli-ahli Jawatankuasa yang terlibat bagi menyumbangkan kepakaran serta membantu dalam merealisasikan keutuhan instrumen ujian SKBMW. MPM juga mengambil kesempatan di sini untuk menyampaikan ucapan penghargaan terima kasih kepada pihak universiti awam tempatan dan pelajar-pelajar warganegara asing yang terlibat dengan ujian rintis untuk meverifikasi dan mevalidasi instrumen ujian SKBMW. Akhir sekali diharapkan Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) ini dapat memberikan kesan positif kepada pelajar dan pekerja warganegara asing untuk belajar bahasa Melayu dan meningkatkan kesungguhan guru dan pensyarah untuk mengajar komunikasi bahasa Melayu di universiti awam tempatan. Semoga sijil SKBMW yang dibawa balik ke negara asal mereka memberikan nilai tambah kepada diri individu yang berkenaan serta dapat menyebarluaskan lagi bahasa Melayu di persada dunia. Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia

Page 6: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

(v)

KANDUNGAN

Halaman

Pengenalan 1

Peraturan Am 1

Sukatan Peperiksaan SKBMW 6

Skala Tahap Kecekapan 10

Format Ujian 11

Rujukan 15

Soalan contoh

Kemahiran Menulis 16

Kemahiran Membaca 24

Kemahiran Mendengar 36

Kemahiran Bertutur 44

Page 7: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

1

PENGENALAN

Dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa wajib yang perlu dikuasai oleh semua warganegara asing. Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) ini menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa wajib yang perlu dipelajari oleh warganegara asing yang menuntut dan bekerja di Malaysia. Objektif SKBMW ini adalah untuk membolehkan mereka mahir berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan dapat menerap budaya tempatan dalam kehidupan mereka. Sijil ini terdiri daripada empat komponen kemahiran berbahasa, iaitu Kemahiran Menulis, Kemahiran Membaca, Kemahiran Mendengar, dan Kemahiran Bertutur. Ujian ini mengukur dan melaporkan aras kecekapan berbahasa Melayu berdasarkan skor yang diperoleh. Skor dihubungkan dengan sistem tahap dari Skala Tahap 1 hingga Skala Tahap 7 bagi setiap komponen ujian. Buku ini terdiri daripada peraturan am, sukatan peperiksaan SKBMW, skala tahap kecekapan, format ujian, dan soalan contoh. Spesifikasi ujian menjelaskan perkara yang perlu dikuasai untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Buku ini juga diharap dapat menjadi garis panduan kepada warganegara asing yang belajar secara persendirian.

PERATURAN AM

1 Syarat bagi Pendaftaran SKBMW

1.1 Ujian SKBMW terbuka kepada semua warganegara asing yang bekerja atau belajar di Malaysia.

1.2 Calon yang ingin memohon menduduki ujian sekurang-kurangnya telah bekerja atau belajar di Malaysia sekurang-kurangnya 1 tahun.

1.3 Calon yang tidak menepati kehendak 1.1 dan 1.2 hendaklah terlebih

dahulu memohon kebenaran daripada MPM. 2 Pendaftaran

2.1 Calon warganegara asing perlu mendaftar dalam talian di portal MPM www.mpm.edu.my. 2.2 Tarikh pendaftaran akan diumumkan melalui portal MPM. 2.3 Calon bertanggungjawab melengkapkan butiran pendaftaran dalam

talian dengan betul. 2.4 Calon boleh menyemak status pendaftaran mereka (tiket SKBMW)

melalui portal MPM.

Page 8: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

2

3 Tarikh Ujian

3.1 Tarikh ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing akan ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui portal.

3.2 Kemahiran Menulis, Kemahiran Membaca, Kemahiran Mendengar pada hari Sabtu. Kemahiran Bertutur dikendalikan pada hari Sabtu yang mungkin dilanjutkan pada hari Ahad.

4 Pusat Ujian

Pusat ujian akan ditentukan oleh MPM.

5 Yuran Ujian

5.1 Yuran ujian ialah sebanyak RM180.00 yang terdiri seperti yang berikut: (a) Yuran asas RM60.00 (b) Yuran kertas 600/1 Kemahiran Menulis RM30.00 (c) Yuran kertas 600/2 Kemahiran Membaca RM30.00 (d) Yuran kertas 600/3 Kemahiran Mendengar RM30.00 (e) Yuran kertas 600/4 Kemahiran Bertutur RM30.00

5.2 Bagi pendaftaran kali pertama, calon mesti membeli Kit Pembelajaran

yang harganya ditetapkan mengikut harga pasaran semasa. 5.3 Calon dikehendaki mengambil keempat-empat komponen ujian bagi kali

pertama.

5.4 Yuran bagi calon yang mengulang adalah seperti yang berikut:

(a) Yuran asas RM60.00 (b) Yuran bagi setiap kertas yang diulang RM30.00 setiap satu

5.5 Calon dikehendaki membeli pin BSN untuk membolehkan calon

mendaftar dalam talian.

6 Pertukaran Pusat Ujian

6.1 Calon yang hendak menukar pusat ujian perlu memohon kepada MPM dua bulan sebelum tarikh ujian.

6.2 Caj pengurusan sebanyak RM50.00 dikenakan untuk tujuan penukaran

pusat ujian.

Page 9: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

3

7 Penarikan Diri daripada Ujian

Yuran ujian bagi calon yang menarik diri tidak akan dikembalikan. Walau bagaimanapun, yuran akan dikembalikan kepada calon jika berlaku kes seperti yang berikut: (a) Bagi calon yang meninggal dunia (Satu salinan sijil kematian mesti

dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran setiap komponen akan dikembalikan.

(b) Bagi calon yang mengalami sakit yang berpanjangan atau kemalangan (Satu salinan sijil sakit yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan

mesti dikemukakan), yuran setiap komponen bagi komponen yang tidak diambil akan dikembalikan.

8 Penangguhan Ujian

8.1 Calon yang ingin menangguhkan ujian mesti mendapatkan kebenaran daripada MPM secara bertulis dengan memberikan alasan yang benar dan munasabah dalam masa 30 hari sebelum hari ujian.

8.2 Kebenaran untuk menangguhkan ujian adalah atas budi bicara MPM.

9 Penyakit berjangkit

Calon yang menghidap penyakit berjangkit tidak dibenarkan mengambil ujian.

10 Calon berkeperluan khas

10.1 Permohonan mesti dibuat dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh MPM.

10.2 MPM tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang kes yang tidak dilaporkan sebelum ujian.

11 Perkara yang perlu disediakan oleh calon 11.1 Calon perlu menjawab soalan esei dengan menggunakan pen mata bulat berdakwat hitam atau berdakwat biru. 11.2 Calon perlu menggunakan pensil 2B untuk menjawab ujian aneka pilihan. 11.3 Calon mesti membawa pensil 2B, getah pemadam, dan keperluan lain

yang bersesuaian semasa ujian. 12 Keputusan Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing

(SKBMW)

12.1 Keputusan ujian SKBMW akan diumumkan melalui portal MPM. Sijil akan dikeluarkan kepada calon selepas keputusan diumumkan.

Page 10: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

4

12.2 Sijil yang tidak dituntut selepas 12 bulan boleh diperoleh terus dari MPM dengan caj RM50.00.

12.3 Calon yang telah hilang sijil mereka boleh memohon penyata sijil yang

baru. Permohonan tersebut mesti diiringi dengan maklumat tentang calon berkenaan, iaitu nama penuh, nombor pasport, tahun ujian, pusat ujian, dan nombor angka giliran. Caj RM50.00 perlu dibayar bersama-sama dengan permohonan bagi penyata sijil.

12.4 Pelaporan sijil SKBMW akan dilaporkan dalam bentuk Skala Tahap

Kecekapan bagi setiap komponen. 13 Pembatalan keputusan dan penyingkiran calon

13.1 Jika MPM berpuas hati bahawa seseorang calon telah terlibat dalam kes

salah laku dan apa-apa perkara tentang ujian ini atau terdapat sebarang ketidakjujuran dan apa-apa seumpamanya berkaitan dengan ujian dan kertas soalan, MPM akan membuat pertimbangan untuk menyekat calon daripada menduduki ujian, membatalkan keputusan sehingga boleh menghalang calon untuk menduduki ujian seterusnya.

13.2 Jika MPM berpuas hati bahawa seseorang calon telah terlibat dalam kes

salah laku dan apa-apa perkara tentang ujian ini atau terdapat sebarang ketidakjujuran dan yang seumpamanya berkaitan dengan ujian dan kertas soalan di sesuatu pusat peperiksaan, atau perjalanan ujian di sesuatu pusat tidak memuaskan, MPM dengan budi bicaranya berhak membatalkan keseluruhan ujian di pusat tersebut dan juga calon-calon yang terlibat di pusat berkenaan.

14 Rayuan terhadap Keputusan Ujian

14.1 Rayuan terhadap keputusan ujian hendaklah dikemukakan dalam tempoh 7 hari selepas keputusan diumumkan di portal MPM. Keputusan selepas rayuan adalah muktamad.

14.2 Caj semak semula rayuan keputusan dikenakan sebanyak RM50.00 per

komponen. 15 Skrip Jawapan Skrip jawapan calon ialah milik MPM. 16 Komponen Ujian

16.1 Ujian SKBMW ini terdiri daripada empat komponen:

(a) Kemahiran Menulis, (b) Kemahiran Membaca, (c) Kemahiran Mendengar, dan (d) Kemahiran Bertutur.

Page 11: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

5

16.2 Waktu bagi setiap komponen adalah seperti yang berikut: Kod kertas Kertas Waktu

600/1 600/2 600/3 600/4

Kemahiran Menulis Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar Kemahiran Bertutur

90 minit 60 minit 30 minit

10 minit

17 Skor Ujian

Skor ujian dilaporkan seperti yang berikut:

Komponen ujian Skor yang diperoleh

Kemahiran Menulis Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar Kemahiran Bertutur

60 40 40 40

Page 12: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

6

SUKATAN PEPERIKSAAN SIJIL KECEKAPAN BAHASA MELAYU BAGI WARGANEGARA ASING

(SKBMW)

1 Matlamat Matlamat sukatan peperiksaan ini adalah untuk; (a) memastikan bahawa warganegara asing dapat menggunakan bahasa Melayu

untuk pelbagai tujuan, (b) memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa.

2 Objektif Ujian Objektif sukatan peperiksaan ini adalah untuk menguji kemahiran menulis, membaca, mendengar, dan bertutur. Kandungan Spesifikasi ujian Catatan

Kemahiran menulis

1. Menulis dengan ejaan dan tanda baca yang betul 2. Menulis dengan tatabahasa yang betul 3. Membina ayat dalam pelbagai ragam 4. Menggunakan pilihan kata yang betul dan beragam dalam ayat 5. Menyampaikan idea dengan bernas

1. Membina suku kata 2. Menulis perkataan

yang mudah mengikut golongan kata (kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas)

3. Menulis frasa (frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama)

4. Menulis ayat mudah dengan menggunakan tanda baca yang betul

5. Membina ayat tunggal 6. Membina ayat majmuk

7. Membina ayat songsang/pasif

8. Menceritakan perihal diri dan keluarga

Page 13: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

7

Kandungan Spesifikasi ujian Catatan

6. Membina penulisan yang berwacana

7. Memindahkan maklumat dalam bahan rangsangan kepada bentuk penulisan

9. Memperihalkan situasi di stesen bas, kaunter, kantin, pejabat, dan lain-lain

10. Memperihalkan

budaya, kesenian, sosial, sastera, dan lain-lain

Kemahiran membaca

1. Memahami teks pelbagai laras

2. Menjawab soalan kefahaman pelbagai aras

3. Mengenal pasti maklumat khusus, idea utama, idea sokongan, dan huraian

4. Memberikan makna kepada perkataan dan frasa dalam petikan yang diberikan

5. Mengapresiasi karya sastera yang dibaca

6. Menilai teks secara kritis

(i) Penilaian melibatkan perkara yang berikut:

Menjawab soalan aneka pilihan berdasarkan kepada teks pelbagai genre untuk menguji tahap kebolehbacaan dan tatabahasa

(ii) Ciri-ciri yang diuji seperti yang berikut:

1. Menjawab soalan pelbagai aras berdasarkan taksonomi Bloom: − mengingat − memahami − mengaplikasi

2. Memahami teks pelbagai laras

3. Menjawab soalan kefahaman pelbagai aras

4. Mengenal pasti maklumat khusus, idea utama, idea sokongan, dan huraian

Page 14: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

8

Kandungan Spesifikasi ujian Catatan

5. Memberikan makna

kepada perkataan dan frasa dalam petikan yang diberikan

6. Mengapresiasi karya sastera yang dibaca

7. Menilai teks secara kritis

− menganalisis

− menilai − mencipta

8. Memberi makna perkataan dan frasa, memberikan perkataan sama makna, lawan perkataan, dan mengisi tempat kosong

9. Menentukan sama ada fakta atau fiksyen, membuat keputusan, membuat penilaian, dan mengaplikasi

10. Memahami dan menghayati cerita pendek, pantun, dan karya sastera rakyat

11. Mengenal pasti tema, persoalan, watak, dan latar

12. Membaca dan memahami teks dari laras yang berbeza

Kemahiran mendengar

Berdasarkan bahan yang diperdengarkan, calon berupaya melaksanakan perkara berikut:

Penilaian berdasarkan kepada bahan rakaman suara.

Page 15: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

9

Kandungan Spesifikasi ujian Catatan

1. mengingat maklumat

2. memahami maklumat

3. mengecam makna perkataan, frasa, dan ayat 4. membuat keputusan 5. membuat kesimpulan 6. membuat penilaian

Kemahiran bertutur

Calon akan dinilai berasaskan kepada perkara berikut: 1. Menyebut perkataan dan frasa dengan

nada dan intonasi yang betul 2. Menyusun ayat yang mudah 3. Memberi respons mengikut konteks

secara spontan 4. Bertutur dengan yakin dan lancar 5. Menggunakan kata sapaan yang betul 6. Menggunakan bahasa yang gramatis

dalam pertuturan 7. Membincangkan pelbagai isu yang

dikemukakan

Penilaian berdasarkan kepada tugasan yang diberikan secara individu. (Tajuk: Diri sendiri, keluarga, guru, sukan, pendidikan, sosial, ekonomi, budaya, dan lain-lain)

Page 16: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

10

SKALA TAHAP KECEKAPAN

Ujian ini menggunakan tujuh tahap kecekapan.

Tahap dan skor bagi kemahiran yang diuji

Deskripsi

Penerangan deskripsi Menulis Membaca,

Mendengar, Bertutur

Tahap 7 (56 – 60)

Tahap 7 (37– 40)

Penutur jati Penggunaan bahasa seperti penutur asal bahasa Melayu

Tahap 6 (50 – 55)

Tahap 6 (33 – 36)

Cekap Penggunaan bahasa yang cekap Boleh berkomunikasi dengan lancar Boleh menghasilkan penulisan yang

pelbagai Menguasai tahap pembacaan pelbagai

bahan Boleh menyampaikan idea dengan bernas Hampir seperti penutur jati Menggunakan tatabahasa dengan tepat

Tahap 5 (37 – 49)

Tahap 5 (25 – 32)

Baik Penggunaan bahasa yang baik Boleh berkomunikasi dengan berkesan Menguasai kosa kata yang luas Boleh menghasilkan bahan penulisan

dengan baik Memahami makna bahan bacaan dengan

baik Boleh menyampaikan idea dengan baik Melakukan kesalahan kecil dalam

penggunaan tatabahasa

Tahap 4 (25 – 36)

Tahap 4 (17– 24)

Memuaskan Penggunaan bahasa yang memuaskan Boleh berkomunikasi untuk tujuan khusus Menguasai kosa kata dalam bidang tertentu Boleh berkomunikasi dalam situasi tertentu

Tahap 3 (13 – 24)

Tahap 3 (9 – 16)

Asas Penggunaan bahasa secara asas Boleh berkomunikasi secara mudah Dapat membina ayat yang mudah Dapat memahami arahan yang mudah

Tahap 2 (7 – 12)

Tahap 2 (5 – 8)

Terhad Penggunaan bahasa secara yang terhad Tidak mampu membina ayat yang lengkap Sukar untuk memahami arahan

Tahap 1 (0 – 6)

Tahap 1 (0 – 4)

Bukan pengguna

Tidak berupaya menggunakan bahasa

Page 17: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

11

FORMAT UJIAN

600/1 Kemahiran Menulis

No. Perkara Huraian

1 Markah mentah 60 markah

2 Masa 90 minit

3 Kemahiran yang diuji 1. Menulis dengan ejaan dan tanda baca yang betul

2. Menulis dengan tatabahasa yang betul 3. Membina ayat dalam pelbagai ragam 4. Menggunakan pilihan kata yang betul dan beragam

dalam ayat 5. Menyampaikan idea dengan bernas 6. Membina penulisan yang berwacana 7. Memindahkan maklumat dalam bahan rangsangan

kepada bentuk penulisan

4 Format soalan 1. Memasukkan suku kata yang sesuai 2. Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang

sesuai 3. Menyusun kata menjadi ayat 4. Menulis ayat berdasarkan gambar/ilustrasi 5. Membina perenggan daripada frasa atau ayat 6. Menceritakan situasi berdasarkan gambar/ilustrasi 7. Memindahkan maklumat daripada jadual/carta/

gambar dalam bentuk karangan 8. Mengemukakan idea sendiri bagi menjelaskan

maklumat-maklumat tersirat

Page 18: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

12

600/2 Kemahiran Membaca

No. Perkara Huraian

1 Markah mentah 40 markah

2 Masa 60 minit

3 Kemahiran yang diuji Calon akan diberikan lapan petikan dan menjawab soalan berasaskan petikan tersebut untuk menunjukkan bahawa mereka: 1. memahami teks pelbagai laras 2. menjawab soalan kefahaman pelbagai aras 3. mengenal pasti maklumat khusus, idea utama, idea

sokongan, dan huraian 4. memberikan makna kepada perkataan dan frasa

dalam petikan yang diberikan 5. mengapresiasi karya sastera yang dibaca 6. menilai teks secara kritis

4 Laras teks 1. Laras sastera 2. Laras sains 3. Laras agama 4. Laras undang-undang 5. Laras ekonomi 6. Laras politik 7. dan laras lain yang sesuai

5 Format soalan 1. Calon diberikan petikan di antara 100 hingga 250 patah perkataan.

2. Setiap petikan diikuti lima soalan kefahaman aneka pilihan.

3. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.

Page 19: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

13

600/3 Kemahiran Mendengar

No. Perkara Huraian

1 Markah mentah 40 markah

2 Masa 30 minit

3 Kemahiran yang diuji Calon akan diperdengarkan empat rakaman audio. Daripada rakaman tersebut, calon akan diberikan soalan pelbagai pilihan untuk: 1. mengingat maklumat 2. memahami maklumat 3. mengecam makna perkataan, frasa, dan ayat 4. membuat keputusan 5. membuat kesimpulan 6. membuat penilaian

4 Genre teks dalam audio Rakaman audio diperdengarkan selama tiga minit setiap satu berasaskan empat daripada genre yang berikut: rencana perbualan diskusi perbualan telefon pengumuman berita mesyuarat dokumentari temu bual

5 Bentuk Soalan Objektif aneka pilihan

6 Jumlah soalan 20 soalan (5 soalan bagi setiap rakaman audio)

Page 20: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

14

600/4 Kemahiran Bertutur

No. Perkara Huraian

1 Markah mentah 40 markah

2 Masa 10 minit (setiap calon)

3 Format pembentangan

1. Calon diminta untuk memperkenalkan diri. 2. Calon diberi gambar/ilustrasi sebagai bahan

rangsangan. 3. Pemeriksa memberikan arahan. 4. Calon merangka jawapan dalam masa 2 minit. 5. Calon memberi idea berdasarkan bahan yang

diberikan.

4 Kemahiran yang diuji Calon akan diberikan gambar/ilustrasi. Berdasarkan bahan tersebut calon dikehendaki: 1. menyebut perkataan dan frasa dengan nada dan

intonasi yang betul 2. menyusun ayat yang mudah 3. memberi respons mengikut konteks secara spontan 4. bertutur dengan yakin dan lancar 5. menggunakan kata sapaan yang betul 6. menggunakan bahasa yang gramatis dalam

pertuturan 7. membincangkan pelbagai isu yang berkaitan

5 Tema dalam gambar/ ilustrasi

1. Kebudayaan 2. Sukan 3. Bangunan 4. Kesihatan 5. Pelancongan 6. Perayaan 7. Makanan 8. Hiburan 9. dan tema lain yang sesuai

Page 21: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

15

RUJUKAN

1. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan. Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2013). Kamus Dewan. Edisi keempat. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Akhbar Utusan Malaysia. Kuala Lumpur:

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

4. The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad. Berita Harian. Kuala Lumpur: The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.

5. Sasbadi Sdn. Bhd. (2012). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

6. Ahmad Khair Mohd Nor. (2011). Persoalan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.

7. Yong Chyn Chye, Rohaida Mashudi, Maaroff Abd Rahman. (2012). Bahasa Kebangsaan untuk Pelajar Luar Negara. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Page 22: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

16

SOALAN CONTOH SULIT* Nombor pasport: ....................................... Nombor pusat/nombor indeks: ..............................

600/1 SKBMW

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL KECEKAPAN BAHASA MELAYU

BAGI WARGANEGARA ASING

KEMAHIRAN MENULIS (90 minit)

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab semua soalan yang diberikan. Baca arahan dengan teliti. Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini.

Untuk kegunaan pemeriksa

Soalan 1

Soalan 2

Soalan 3

Soalan 4

Soalan 5

Jumlah

Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak.

© Majlis Peperiksaan Malaysia

SKBMW 600/1 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 23: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

17

SULIT* Nombor pasport: ....................................... Nombor pusat/nombor indeks: ..............................

1 Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai

(a) Saya berasal _____ Iran. (b) _______ pelajar antarabangsa. (c) Mata wang negara Malaysia ialah __________ . (d) Ahmad pergi ke masjid __________ bas. (e) Sukan yang paling saya minati ________ bola sepak. [5 markah]

2 Susun perkataan di bawah menjadi ayat yang lengkap.

(a) suka goreng nasi makan ayam saya

_____________________________________________________ (b) bola sepak kuat dengan saya

_____________________________________________________ (c) kesan isyarat laut dalam mencari

_____________________________________________________ (d) sedia bantu keluarga mangsa pelajar

_____________________________________________________ (e) 3 km jarak ialah saya rumah kolej ke

______________________________________________________ [10 markah]

SKBMW 600/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 24: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

18

SULIT* Nombor pasport: ....................................... Nombor pusat/nombor indeks: ..............................

3 Tulis tiga ayat bagi setiap gambar di bawah.

(a)

.................................................................................................................................... .................................................................................................................................... ....................................................................................................................................

(b)

.................................................................................................................................... .................................................................................................................................... ....................................................................................................................................

(c)

.................................................................................................................................... ....................................................................................................................................

....................................................................................................................................

SKBMW 600/1 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 25: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

19

SULIT* Nombor pasport: ....................................... Nombor pusat/nombor indeks: ..............................

(d)

.................................................................................................................................... ....................................................................................................................................

....................................................................................................................................

(e)

.................................................................................................................................... ....................................................................................................................................

....................................................................................................................................

[15 markah]

SKBMW 600/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 26: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

20

SULIT* Nombor pasport: ....................................... Nombor pusat/nombor indeks: ..............................

4 Ceritakan situasi berdasarkan gambar berikut.

(a) Kartun Lat

Sumber: Kartun Lat dalam New Straits Times

.................................................................................................................................... ....................................................................................................................................

.................................................................................................................................... .................................................................................................................................... ....................................................................................................................................

....................................................................................................................................

.................................................................................................................................... ....................................................................................................................................

[5 markah]

SKBMW 600/1 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 27: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

21

SULIT* Nombor pasport: ....................................... Nombor pusat/nombor indeks: ..............................

(b) Bandar raya Kuala Lumpur

.................................................................................................................................... ....................................................................................................................................

.................................................................................................................................... .................................................................................................................................... ....................................................................................................................................

....................................................................................................................................

.................................................................................................................................... .................................................................................................................................... ....................................................................................................................................

[5 markah]

SKBMW 600/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 28: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

22

SULIT* Nombor pasport: ....................................... Nombor pusat/nombor indeks: ..............................

5 Pindahkan maklumat daripada jadual/carta ke dalam bentuk karangan yang panjangnya tidak

kurang 150 patah perkataan.

[20 markah]

.................................................................................................................................... ....................................................................................................................................

....................................................................................................................................

....................................................................................................................................

....................................................................................................................................

.................................................................................................................................... .................................................................................................................................... ....................................................................................................................................

....................................................................................................................................

.................................................................................................................................... ....................................................................................................................................

.................................................................................................................................... SKBMW 600/1 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Buah kegemaran rakyat Malaysia

Bilangan

Page 29: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

23

SULIT* .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .............................................................................................................................................. SKBMW 600/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 30: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

24

SOALAN CONTOH SULIT*

600/2 SKBMW

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL KECEKAPAN BAHASA MELAYU

BAGI WARGANEGARA ASING

KEMAHIRAN MEMBACA (60 minit)

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Terdapat 40 soalan aneka pilihan dalam kertas soalan ini. Bagi setiap soalan, pilih jawapan yang terbaik. Jawab soalan dalam Borang Jawapan Aneka Pilihan yang diberikan.

Jawab semua soalan.

Kertas soalan ini terdiri daripada 12 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia

SKBMW 600/2 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 31: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

25

SULIT* Petikan 1 Baca petikan yang berikut dan jawab soalan 1 hingga soalan 5.

Dina dan ibu pergi ke pasar pada waktu pagi. Pada masa ini banyak bas, kereta, motosikal, dan basikal. Ibu memandu kereta dengan berhati-hati. Ibu singgah di gerai sayur-sayuran. Ada sayur sawi, kubis, bunga kubis, kacang panjang, terung, cili, dan pelbagai jenis sayur. Ibu hanya membeli sayur sawi. Di pasar ada juga orang yang menjual permainan. Ada anak patung, kereta mainan, belon, robot, dan banyak lagi. Ibu tidak membeli anak patung untuk Dina. Dina gembira kerana ibu belikan belon.

1 Waktu bilakah Dina ke pasar?

A Pagi

B Tengah hari

C Petang

D Malam

2 Mengapakah ibu memandu kereta dengan berhati-hati?

A Ramai orang menjual di pasar.

B Terdapat banyak sayur di pasar.

C Ibu mahu ke pasar pada waktu pagi.

D Terdapat banyak bas, kereta, motosikal, dan basikal.

3 Apakah yang dibeli oleh ibu untuk Dina?

A Belon

B Robot

C Anak patung

D Kereta mainan

4 Apakah perkataan yang sama erti dengan perkataan “gembira”?

A Suka

B Senang

C Senyum

D Bahagia

SKBMW 600/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 32: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

26

SULIT*

5 Apakah perkataan yang berlawanan maksud dengan perkataan “pagi”?

A Senja

B Siang

C Malam

D Petang

Petikan 2 Baca petikan yang berikut dan jawab soalan 6 hingga soalan 10.

Saya tinggal bersama ibu saya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ibu saya sangat sibuk. Ibu saya membuka restoran tidak jauh dari Hospital Besar Kuala Lumpur. Rumah kami di belakang restoran. Pada tahun lalu, saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah, Kampung Baru. Pada tahun ini, saya melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia. Waktu cuti semester, saya akan menolong ibu di restoran. Saya membantu tukang masak di dapur. Waktu pagi kami menjual nasi lemak, bihun goreng, mi goreng, soto, dan lontong. Kami juga menjual kuih-muih Melayu. Waktu tengah hari, kami menyediakan pelbagai lauk. Pelanggan kami suka makan ayam goreng berempah dan kari daging. Antara menu istimewa ialah ikan bakar, sup sayur, dan cendawan goreng. Ramai juga jururawat dan doktor makan pada waktu tengah hari. Pada waktu malam pula kami menyediakan steamboat dan BBQ. Restoran dibuka setiap hari kecuali pada hari raya.

6 Mengapakah ibu sibuk?

A Bekerja di hospital

B Mengurus restoran

C Menjadi tukang masak

D Bekerja di Kampung Baru

7 Apakah makanan yang dijual untuk sarapan pagi?

A Ikan bakar

B Kari daging

C Nasi lemak

D Cendawan goreng

SKBMW 600/2 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 33: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

27

SULIT*

8 Berapa harikah restoran dibuka dalam satu minggu?

A 7 hari

B 6 hari

C 5 hari

D 4 hari

9 Bilakah “saya” menolong ibu?

A Waktu pagi B Waktu malam

C Waktu sekolah

D Waktu cuti semester

10 Siapakah saya dalam petikan di atas?

A Doktor

B Jururawat

C Mahasiswa

D Tukang masak

Petikan 3 Baca petikan yang berikut dan jawab soalan 11 hingga soalan 15.

Bapa saya seorang pekebun. Di kebun bapa banyak pokok pisang. Ada pisang emas, pisang bunga, dan pisang berangan. Di kebun bapa, hanya ada dua batang pokok nangka dan sepohon rambutan. Di kebun bapa, tidak ada pokok durian dan pokok manggis. Kawan bapa saya juga seorang pekebun. Dia menanam pokok durian di kebunnya. Di kebunnya terdapat 10 batang pokok manggis. Pokok durian hidup subur di kaki bukit. Apabila musim durian, kami akan ke kebun kawan bapa untuk makan buah durian. Bapa akan bawa pisang sebagai buah tangan.

11 Siapakah yang menanam pokok pisang?

A Saya

B Bapa

C Kawan saya

D Kawan bapa

SKBMW 600/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 34: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

28

SULIT* 12 Ada berapa batangkah pokok nangka dikebun bapa?

A 2 batang

B 5 batang

C 7 batang

D 10 batang

13 Pokok apakah yang ditanam oleh kawan bapa?

A Pisang

B Durian

C Nangka

D Rambutan

14 Apakah perkataan yang sama erti dengan “kawan”?

A Adik

B Abang

C Sahabat

D Saudara

15 Apakah makna “buah tangan”?

A Hadiah

B Tanaman

C Buah-buahan

D Tangan yang cantik

Petikan 4 Baca petikan yang berikut dan jawab soalan 16 hingga soalan 20. Shah Alam, 10 Oktober 2014. Proton ialah kereta buatan Malaysia yang pertama. Kereta ini telah mula diperkenalkan kepada rakyat Malaysia kira-kira 28 tahun yang lalu. Model Proton yang pertama ialah Proton Saga. Nama Proton Saga ini diambil daripada sejenis biji tumbuhan yang dikenali dengan nama saga. Pohon saga ialah sejenis tumbuhan liar yang terdapat banyak di kampung-kampung di negara ini. Buahnya seperti buah kacang panjang. Buah ini akan terbelah dua apabila telah cukup matang dan kering. Apabila terbelah dua, bijinya yang berwarna merah dan keras itu akan gugur ke tanah. Kanak-kanak akan mengutip biji tersebut untuk dibuat satu permainan yang dinamakan jentik-jentik biji saga. SKBMW 600/2 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 35: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

29

SULIT*

Nama Proton Saga dipilih bersempena dengan keistimewaan biji saga yang keras dan tidak mudah pecah. Oleh yang demikian diharapkan kualiti Proton Saga yang dihasilkan adalah sama seperti biji saga, iaitu keras dan tidak mudah kemik dan tahan lama. Tambahan, warnanya yang merah sangat menarik perhatian orang ramai melihatnya. Sejak model yang pertama ini dikeluarkan, sambutan orang ramai terhadap Proton semakin bertambah dari tahun ke tahun.

16 Apakah nama model kereta Proton yang pertama?

A Saga

B Wira

C Waja

D Perdana

17 Dari manakah nama model kereta pertama Malaysia diambil?

A Paya

B Hutan

C Tanaman

D Tumbuhan

18 Perkataan “jentik-jentik” dalam petikan merujuk kepada perbuatan menggunakan

A jari

B kaki C mulut

D kepala

19 Bilakah model Proton yang pertama dikeluarkan?

A 1976

B 1986

C 1996

D 2006

20 Mengapakah model pertama Proton mendapat sambutan ramai?

A Kualiti yang baik

B Badan yang besar

C Harga yang mahal

D Warna yang cerah

SKBMW 600/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 36: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

30

SULIT* Petikan 5 Baca petikan berikut dan jawab soalan 21 hingga soalan 25. Kuala Lumpur: Kementerian Wilayah Persekutuan tidak membenarkan aktiviti pemberian bantuan kepada gelandangan. Kawasan yang terlibat dalam 2 km dari kompleks beli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang. Peraturan ini bertujuan untuk membersihkan ibu negara daripada pengemis dan gelandangan. Usaha ini untuk mengelak sumbangan diberikan kepada mereka yang kebanyakan boleh bekerja. Usaha ini juga untuk mengelak penyakit seperti HIV dan AIDS, denggi, dan kencing tikus daripada merebak. Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menjelaskan bahawa bagi yang tidak waras akan dihantar ke pusat jagaan. Beliau menjelaskan juga yang “kita tak mahu pengemis berada di sepanjang jalan. Kita juga nak hentikan kegiatan sindiket (pengemisan). Saya tahu ada sindiket yang hantar budak (warga) Rohingya dan orang asing untuk dapat duit dan dia pula jadi tauke.”

Diubah suai daripada artikel Berita Harian, 4 Julai 2014, halaman 10 (Nasional)

21 Apakah nama kementerian yang memberhentikan aktiviti memberi bantuan kepada golongan gelandangan?

A Kementerian Kuala Lumpur

B Kementerian Wilayah Persekutuan

C Kementerian Jalan Bukit Bintang

D Kementerian Datuk Seri Tengku Adnan

22 Berapa kilometerkah jarak kawasan larangan yang ditetapkan dari kompleks beli-belah Lot 10?

A Satu

B Dua

C Tiga

D Empat

23 Mengapakah kementerian memberhentikan aktiviti memberi bantuan ini?

A Membersihkan kawasan di ibu negara

B Mengelak sumbangan diberikan kepada yang boleh bekerja

C Memastikan tidak ada pengemis dan gelandangan di Kuala Lumpur

D Mengelak penyakit HIV dan Aids, denggi, dan kencing tikus daripada merebak

SKBMW 600/2 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 37: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

31

SULIT* 24 Apakah perkataan yang mempunyai erti yang sama dengan ‘duit’?

A Wang

B Kertas

C Syiling

D Ringgit

25 Apakah makna orang yang ‘tidak waras’?

A Orang yang tidak sehat

B Orang yang tidak siuman

C Orang yang tidak bekerja

D Orang yang tidak mengemis

Petikan 6 Baca petikan yang berikut dan jawab soalan 26 hingga soalan 30.

Seekor musang bernama Mus. Mus sangat lapar. Semakin teringat tentang makanan, semakin lapar perutnya. Mus berehat di bawah sepohon pokok ketapang yang rendang. Sejurus kemudian dia terbau makanan. Burung! Dia membuka matanya dengan cepat. Mungkin dia sedang bermimpi. Hidung Mus bergerak-gerak. Mula-mula perlahan, kemudian semakin cepat. Dia mendongak. Seekor gagak sedang menggonggong seketul daging. Mus mengeliling pokok itu sambil berfikir bagaimana hendak mendapatkan daging itu. Mus teringat yang ibunya pernah menceritakan tentang pandainya musang menipu burung gagak. Kononnya pada masa dahulu, ada seekor gagak telah mencuri seketul daging. Gagak itu menggonggong daging dengan paruhnya, lalu hinggap di dahan sepohon pokok. Kebetulan pada masa itu lalu seekor musang. Musang tersebut telah memuji-muji tentang kemerduan suara burung gagak. Gagak yang dipuji terasa sangat megah dan membuka paruh untuk menyanyi. Sebaik sahaja dia membuka paruhnya, daging tersebut jatuh ke tanah. Apalagi, musang pun segera menerkam daging itu dan memakannya.

Diubah suai daripada Mus Musang Bandar oleh NurainiYusoff.

26 Mengapakah hidung Mus bergerak-gerak?

A Mus sangat lapar

B Mus terbau makanan

C Mus sedang bermimpi

D Mus membuka matanya

SKBMW 600/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 38: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

32

SULIT* 27 Apakah perkataan berlawan untuk “lapar”?

A Penuh

B Dahaga

C Kosong

D Kenyang

28 Daripada siapakah Mus mendapat cerita tentang musang yang pandai menipu burung gagak?

A Daripada burung gagak

B Daripada rakannya

C Daripada musang

D Daripada ibunya

29 Apakah yang ingin Mus lakukan?

A Memuji-muji tentang kemerduan suara burung gagak

B Berehat di bawah sepohon pokok ketapang

C Menangkap burung gagak untuk dimakan

D Mendapatkan daging untuk dimakan

30 Nasihat daripada cerita musang menipu burung gagak ialah

A burung gagak sering menjadi mangsa tipu

B dengan menipu boleh mendapat daging

C berhati-hati sewaktu menerima pujian

D jangan mudah mempercayai musang

Petikan 7 Baca petikan yang berikut dan jawab soalan 31 hingga soalan 35.

Seperti hari-hari persekolahan biasa, Cikgu Bustami berdiri di hadapan kelas. Cikgu Bustami mempunyai gaya yang menyenangkan dan menarik perhatian murid-murid. Setiap penerangannya jelas. Kelas jadi hidup. Semua murid Tahun Enam Kenangan memberi perhatian kepada Cikgu Bustami. “Kita akan tulis sebuah karangan,” kata Cikgu Bustami dengan senyum. Bola mata murid-murid tidak terlepas daripada memandangnya. “Tajuk karangan ialah Saya Sayang Ayah,” sambung Cikgu Bustami lagi. Cikgu Bustami berumur sekitar empat puluhan. Wajahnya ceria. Dia memberi peluang kepada murid-murid untuk berbincang. Katanya, setiap anak mesti menunjukkan sikap kasih dan sayang kepada kedua-dua orang tua.

SKBMW 600/2 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 39: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

33

SULIT*

“Ayah selaku payung dalam rumah tangga,” tambah Cikgu Bustami tentang isi karangan yang sedang dibincangkan.

Angamah semakin berpeluh. Dia tidak tahu, kenapa tiba-tiba guru kesayangannya menunjuk ke arahnya untuk bangun berucap. Biarlah kawan-kawan lain saja yang bercakap.

Diubah suai daripada Cerpen Sayang Ayah oleh Omar Mamat (2002)

31 Apakah pekerjaan Cikgu Bustami?

A Guru

B Kaunselor

C Pensyarah

D Pembimbing

32 Dalam tahun berapakah murid-murid kelas cikgu Bustami belajar?

A 4

B 5

C 6

D 7

33 Berapakah umur Cikgu Bustami?

A Sekitar 20an

B Sekitar 30an

C Sekitar 40an

D Sekitar 50an

34 Murid-murid diminta menyediakan sebuah

A karangan

B tulisan

C cerita

D berita

SKBMW 600/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 40: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

34

SULIT*

35 Mengapakah Anggamah berpeluh?

A Dia rasa serba salah.

B Dia tidak mahu bercakap.

C Cikgu Bustami bertanya soalan.

D Cikgu Bustami memandang dia.

Petikan 8 Baca petikan yang berikut dan jawab soalan 36 hingga soalan 40.

36 Apakah yang perlu dilakukan untuk membolehkan kita menyimpan wang di bank?

A Membayar deposit

B Membuka akaun bank

C Menyediakan wang sebanyak RM100

D Menyediakan salinan kad pengenalan

SKBMW 600/2 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Kelebihan Menyimpan Wang di Bank Kita amat digalakkan untuk menyimpan wang di bank kerana banyak kebaikannya. Bagi membolehkan kita menyimpan wang di bank, kita perlulah membuka akaun bank di mana-mana bank seperti Bank Simpanan Nasional, Maybank, Tabung Haji, dan lain-lain lagi.

Antara kebaikan menyimpan wang di bank ialah simpanan kita dijamin selamat. Kita tidak perlu risau tentang keselamatan wang simpanan kita daripada kecurian dan kehilangan kerana semua itu akan ditanggung oleh pihak bank. Begitu juga jika sekiranya berlaku bencana seperti kebakaran dan banjir, wang kita dijamin selamat di bawah tanggungjawab pihak bank.

Selain itu, kita dapat berjimat-cermat apabila menyimpan wang di bank. Kita tidak akan boros berbelanja kerana sebahagian wang akan disimpan di bank. Ini akan melatih kita menjadi seorang yang pandai menguruskan wang perbelanjaan. Amalan perbelanjaan yang baik akan mengelakkan seseorang itu terjebak dalam masalah hutang dan sebagainya.

Menyimpan wang di bank juga boleh menjamin masa depan kita. Contohnya, kita boleh membiayai perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran di universiti daripada wang simpanan tersebut. Oleh itu, kita mestilah menyimpan wang secara tetap supaya boleh digunakan pada masa yang memerlukan.

Kesimpulannya, amalan menyimpan wang di bank haruskan kita amalkan kerana cara ini amat banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap untuk menyimpan wang di bank demi kehidupan yang lebih terjamin.

Page 41: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

35

SULIT*

37 Siapakah yang yang akan bertanggungjawab sekiranya wang kita dirompak di bank?

A Kita sendiri

B Pihak bank

C Pihak kerajaan

D Pihak yang merompak

38 Mengapakah kita perlu menyimpan wang di bank?

A Wang tidak boleh terbakar.

B Wang tidak boleh dicuri kerana dikawal.

C Wang kita selamat dan kita dapat berjimat.

D Wang kita tidak mudah untuk dibelanjakan dan ditukarkan.

39 Apakah faedah yang diperoleh sekiranya kita menguruskan wang dengan baik?

A Menjamin masa depan

B Mengelak dari berhutang

C Tidak membelanjakan wang sesuka hati

D Mengelak daripada berhutang dan menjamin masa depan

40 Apakah kesimpulan yang dapat anda buat setelah membaca petikan di atas?

A Bank ialah tempat paling selamat untuk menyimpan wang.

B Wang di bank adalah wang yang dikumpul daripada pelanggan bank.

C Amalan menyimpan wang di bank banyak memberi faedah kepada kita.

D Penyimpanan wang akan menambah lagi faedah yang diperoleh daripada wang kita.

SKBMW 600/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 42: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

36

SOALAN CONTOH SULIT*

600/3 SKBMW

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL KECEKAPAN BAHASA MELAYU

BAGI WARGANEGARA ASING

KEMAHIRAN MENDENGAR (30 minit)

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Ujian ini mengandungi empat bahagian. Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, dan Bahagian 4. Setiap bahagian mengandungi rakaman petikan. Calon akan mendengar rakaman petikan bagi setiap bahagian sebanyak dua kali.

Calon diberi masa selama 5 minit untuk menjawab soalan setiap bahagian.

Untuk setiap bahagian, rakaman akan diulang sebanyak dua kali.

Jawab soalan seperti yang didengar.

Bagi setiap soalan, pilih jawapan yang terbaik. Bagi setiap soalan, pilih jawapan yang terbaik. Jawab soalan dalam Borang Jawapan Aneka Pilihan yang diberikan.

Jawab semua soalan.

Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia

SKBMW 600/3 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 43: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

37

SULIT* BAHAGIAN 1 Suara 1 : Dengar petikan di bawah.

PETIKAN 1 : RENCANA

Suara 1: Anda diberi masa 5 minit untuk menjawab soalan 1 hingga soalan 5.

[Jeda 5 minit]

Suara 1: Anda diperdengarkan rakaman suara sekali lagi. Semak jawapan anda.

(ULANG RAKAMAN SUARA BAHAGIAN 1) [Jeda 30 saat]

BAHAGIAN 1 1 Bagaimanakah banjir boleh berlaku?

A Hujan turun hanya sehari.

B Hujan turun dengan lebat.

C Hujan selama beberapa hari.

D Hujan lebat tidak berhenti-henti selama beberapa hari.

2 Di manakah kawasan yang sering dilanda banjir?

A Kawasan yang tinggi

B Kawasan kampung yang rendah

C Kawasan yang tinggi dan jauh dari sungai

D Kawasan yang rendah dan berhampiran sungai

SKBMW 600/3 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Banjir ialah bencana alam yang sering melanda negara kita, terutamanya negeri-negeri di pantai timur. Banjir berlaku setelah hujan lebat tidak berhenti-henti selama beberapa hari. Biasanya banjir melanda kawasan yang rendah dan berhampiran sungai. Apabila banjir melanda, banyak harta benda akan musnah. Binatang ternakan dan tanaman akan mati. Para petani akan mengalami kerugian besar. Banjir juga mengancam nyawa manusia. Kita tidak boleh bermain dengan air banjir kerana alirannya yang deras dan dalam akan menghanyutkan kita. Jika tidak tahu berenang, kita akan mati lemas. Oleh itu, apabila tiba musim hujan, kita mestilah berhati-hati. Adalah lebih baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.

(Buku Standard Praktis Champion Bahasa Malaysia oleh Nur Izzah)

Page 44: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

38

SULIT*

3 Apakah kesan terhadap kawasan yang dilanda banjir?

A Harta benda akan musnah.

B Petani akan mengalami keuntungan besar.

C Ternakan akan mati dan tanaman semakin subur.

D Hasil tanaman dan ternakan akan bertambah banyak.

4 Mengapakah banjir mengancam nyawa manusia?

A Manusia hilang tempat tinggal.

B Manusia hilang sumber pendapatan.

C Manusia dihanyutkan oleh air yang deras.

D Manusia hilang makanan dan penempatan.

5 Di manakah tempat yang paling selamat untuk berpindah ketika banjir?

A Tempat yang tinggi

B Tempat yang rendah

C Tempat berhampiran sungai

D Tempat yang mudah dilanda banjir

BAHAGIAN 2

Suara 1 : Dengar petikan di bawah.

PETIKAN 2 : CERPEN

SKBMW 600/3 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Nama sebenar Hajah Tom ialah Siti Khadijah binti Johari. Dia tinggal bersendirian dan kata ibu kami, sejak suaminya Sarjan Omar meninggal dunia ditembak pengganas di Gubir pada tahun-tahun komunis mengamuk. Si Hajah yang saat itu masih sangat muda dan belum pun setahun berkahwin, tinggal menjanda. Dia tidak mahu mana-mana lelaki. Dia sangat kasih akan arwah suaminya itu. Kami tidak begitu faham itu semua kecuali satu, dia guru Quran yang baik hati. Kalau kami datang mengaji selepas pukul 12:00 sewaktu matahari terik dan dia nampak ada antara kami sangat lesu atau letih kerana kepanasan matahari, maka cepat-cepat diusapnya kepala kami dan ditanyainya dengan mesra, “Sudahkah kamu makan nasi?” Kami tidak menjawab. Orang miskin seperti kebanyakan kami yang membesar di kampung ini sudah biasa dengan kelaparan.

(Adaptasi daripada cerpen “Segala yang Tercinta Ada di Sana”, antologi Harga Sebuah Lukisan, oleh Dewan Bahasa dan Pustaka)

Page 45: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

39

SULIT* Suara 1: Anda diberi masa 5 minit untuk menjawab soalan 6 hingga soalan 10.

[Jeda 5 Minit]

Suara 1: Anda diperdengarkan rakaman suara sekali lagi. Semak jawapan anda. (ULANG RAKAMAN SUARA BAHAGIAN 2) [Jeda 30 saat] BAHAGIAN 2 6 Apakah nama sebenar Hajah Tom?

A Siti Kalsom binti Johari

B Siti Khariah binti Johari

C Siti Khadijah binti Johari

D Siti Kamariah binti Johari

7 Apakah pangkat suami Hajah Tom dalam rakaman petikan cerpen yang diperdengarkan?

A Sarjan

B Kapten

C Mejar

D Jeneral 8 Bagaimanakah suami Hajah Tom meninggal dunia?

A Ditetak

B Ditikam

C Ditembak

D Disembelih 9 Mengapakah Hajah Tom tidak berkahwin lagi setelah suaminya meninggal dunia?

A Dia lebih suka hidup menjanda.

B Dia mahu tinggal sendirian di rumahnya.

C Dia sangat kasih akan arwah suaminya.

D Dia tidak percaya akan mana-mana lelaki lagi.

SKBMW 600/3 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 46: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

40

SULIT*

10 ‘Kami’ tidak menjawab soalan yang ditanyakan oleh Hajah Tom kerana

A sangat lesu

B sangat letih

C kepanasan matahari

D biasa dengan kelaparan

BAHAGIAN 3

Suara 1 : Dengar petikan di bawah.

PETIKAN 3 : DIALOG

Situasi: Perbualan di lapangan terbang Nancy : Hi, selamat petang. Timo : Hello, selamat petang. Nancy : Anda mahu ke Malaysia? Timo : Ya, saya mahu ke Malaysia. Anda? Nancy : Ya, saya juga mahu ke sana. Timo : Nama saya Timo, dari Humberg. Nancy : Saya Nancy, dari Leiden. Awak pernah ke sana? Timo : Tidak. Awak? Nancy : Saya pernah ke sana sewaktu berumur 7 tahun. Tapi saya tidak ingat apa-apa lagi. Timo : Awak ke Malaysia untuk apa ya? Nancy : Saya mahu belajar seni muzik tradisional Melayu. Timo : Mengapa awak belajar muzik tradisional Melayu? Nancy : Muzik tradional Melayu ada banyak pengaruh asing. Saya mahu lihat aspek pengaruh asing itu. Salah satunya ialah keroncong. Ia ada pengaruh Belanda. Timo : Oh begitu, menarik juga ya? Nancy : Ya, sangat menarik. Awak pula ke sana untuk apa ya? Timo : Saya akan bekerja di Quilt BMW. Sekarang kereta BMW sangat laris di sana. Penduduk Malaysia suka kereta BMW. Nancy : Wah bagus. Semoga awak berjaya jual banyak kereta BMW nanti. Timo : Terima kasih. Saya pun harap begitu. Saya harap akan jumpa awak di Kuala Lumpur nanti. Nancy : Boleh, nanti kita jumpa di Kuala Lumpur. Itupun, pintu masuk sudah dibuka. Mari kita beratur di sana. Timo : Mari.

SKBMW 600/3 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 47: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

41

SULIT* Suara 1: Anda diberi masa 5 minit untuk menjawab soalan 11 hingga soalan 15.

[Jeda 5 Minit]

Suara 1: Anda diperdengarkan rakaman suara sekali lagi. Semak jawapan anda. (ULANG RAKAMAN SUARA BAHAGIAN 2) [Jeda 30 saat] BAHAGIAN 3

11 Siapakah yang pernah ke Malaysia?

A Nancy

B Timo

C Ahmad

D Felix

12 Di manakah Timo akan bekerja di Malaysia?

A Syarikat Quilt BMW

B Syarikat Audi Malaysia

C Syarikat Volkswagen Malaysia

D Syarikat Brabus Mercedes Benz

13 Nancy pernah datang ke Malaysia ketika berusia

A 5 tahun

B 6 tahun

C 7 tahun

D 8 tahun 14 Apakah tujuan Nancy belajar seni muzik tradisional Melayu?

A Mengkaji seni muzik Belanda

B Mengkaji seni muzik keroncong

C Mengkaji pengaruh India dalam muzik tradisional Melayu

D Mengkaji pengaruh asing dalam muzik tradisional Melayu

SKBMW 600/3 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 48: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

42

SULIT*

15 Mengapakah kereta BMW laris di Malaysia?

A Harganya mahal.

B Harganya murah.

C Kualitinya sama dengan Proton.

D Kereta yang disukai penduduk Malaysia. BAHAGIAN 4

Suara 1 : Dengar petikan di bawah.

PETIKAN 4 : LAPORAN

Suara 1: Anda diberi masa 5 minit untuk menjawab soalan 16 hingga soalan 20.

[Jeda 5 Minit]

Suara 1: Anda diperdengarkan rakaman suara sekali lagi. Semak jawapan anda. (ULANG RAKAMAN SUARA BAHAGIAN 4) SKBMW 600/3 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Pada 20 September 2014, Persatuan Sains telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang yang menghasilkan barangan daripada minyak kelapa sawit. Kilang tersebut terletak di Hutan Melintang, Perak. Di kilang itu, kami dibawa melihat tangki berisi minyak kelapa sawit yang belum diproses. Setiap proses akan dilakukan di bahagian-bahagian tertentu. Minyak ini ditapis dan dipanaskan untuk menghasilkan berbagai-bagai jenis produk. Antaranya ialah minyak masak dan majerin. Terdapat barangan lain yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit seperti barangan kosmetik, iaitu sabun, pelembab kulit, dan pencuci muka. Lawatan ini banyak memberi manfaat kepada kami. Pada tahun hadapan, kami berharap agar dapat mengadakan lawatan ke tempat-tempat lain pula. Laporan disediakan oleh, 25 September 2014. (SITI DIANA BINTI MOHD ISHAK) Setiausaha Persatuan Sains, Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa, Teluk Intan, Perak.

(Karangan Laporan oleh Dewan Bahasa Pustaka)

(Adaptasi daripada cerpen “Segala yang Tercinta Ada di Sana”, antologi Harga Sebuah Lukisan, oleh Dewan Bahasa dan Pustaka)

Page 49: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

43

SULIT*

BAHAGIAN 4

16 Bilakah lawatan sambil belajar ini dijalankan?

A 20 September 2014

B 22 September 2014

C 25 September 2014

D 30 September 2014

17 Di manakah letaknya kilang kelapa sawit yang dilawati?

A Gunung Ledang, Johor

B Hutan Melintang, Perak

C Hutan Simpan Melintang, Perlis

D Estet Tannamaran, Kuala Selangor

18 Apakah produk yang dapat dihasilkan daripada minyak kelapa sawit?

A Minyak masak, majerin, dan sabun

B Minyak sapi, mentega, dan pencuci muka

C Majerin, minyak masak, dan pencuci tandas

D Minyak kenderaan, sabun, dan pelembab kulit 19 Apakah proses penting yang diperlukan dalam menghasilkan produk berasaskan minyak kelapa sawit?

A Proses penapisan dan penapaian

B Proses penapisan dan pemanasan

C Proses penapaian dan pemanasan

D Proses pengewapan dan pemanasan

20 Siapakah nama Setiausaha Persatuan Sains yang menyediakan laporan ini?

A Siti Diana binti Mohd Irshad

B Siti Diana binti Mohd Ishak

C Siti Norain binti Mohd Ishak

D Siti Nur Dayana binti Ismail

SKBMW 600/3 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 50: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

44

SOALAN CONTOH SULIT*

600/4 SKBMW

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL KECEKAPAN BAHASA MELAYU BAGI WARGANEGARA ASING

KEMAHIRAN BERTUTUR (10 minit)

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Ujian ini mengandungi dua bahagian. Bahagian I, anda diminta memperkenalkan diri selama 2 minit. Bahagian II, anda diminta memilih salah satu gambar yang diberikan dalam kertas soalan. Anda diberi masa dua minit untuk mengecam dan membuat catatan pada kertas tulis yang dibekalkan. Anda diberi masa enam minit untuk menceritakan situasi yang terdapat dalam gambar tersebut.

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. © Majlis Peperiksaan Malaysia

SKBMW 600/4 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 51: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

45

SULIT* Arahan kepada calon Ujian ini terdiri daripada dua tugasan, iaitu Bahagian I dan Bahagian II. Bahagian I: Memperkenalkan diri (2 minit)

Anda diberi masa 2 minit untuk memperkenalkan diri anda. [10 markah]

Bahagian II: Membincangkan isu (8 minit)

Pilih salah satu gambar yang tertera pada kertas soalan. Sila bertutur tentang gambar tersebut. Apakah isu yang boleh ditimbulkan? Anda diberi masa 2 minit untuk merancang jawapan dan bertutur berkaitan dengannya selama 6 minit.

[30 markah] (i)

SKBMW 600/4 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 52: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

46

SULIT* (ii)

(iii)

SKBMW 600/4 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 53: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

47

SULIT* (iv)

(v)

SKBMW 600/4 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 54: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

48

SULIT* (vi)

(vii)

SKBMW 600/4 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 55: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

49

SULIT* (viii)

(ix)

SKBMW 600/4 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 56: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

50

SULIT* (x)

SKBMW 600/4 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 57: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

51

HALAMAN KOSONG

SKBMW 600/4

Page 58: PERATURAN AM, SUKATAN PEPERIKSAAN, SKALA TAHAP …portal.mpm.edu.my/documents/guest/SKBMW/SKBMW PerAM.pdf · dikemukakan oleh waris yang terdekat atau penjaga), yuran asas dan yuran

SKBMW/6002015