Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

31
PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah PERATURAN DISIPLIN DAN KOD ETIKA MURID SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAHANG 26700, MUADZAM SHAH, PAHANG DARUL MAKMUR MAKLUMAT MURID 1

description

peratuaran disiplin dan kod etika pelajar

Transcript of Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

Page 1: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

PERATURAN DISIPLIN

DAN KOD ETIKA MURID

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAHANG

26700, MUADZAM SHAH,PAHANG DARUL MAKMUR

1

Page 2: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

MAKLUMAT MURID

NAMA :________________________________________

NO. K/P :_______________________________________

TARIKH LAHIR :__________________________________

TINGKATAN :____________________________________

NO BILIK:_______________________________________

ALAMAT RUMAH :________________________________

NAMA PENJAGA :________________________________

ALAMAT PENJAGA (jika berlainan) :__________________

______________________________________________

NO. TELEFON PENJAGA :(R) __________ (P):___________

AGAMA :_______________________________________

BANGSA :_______________________________________

PENYAKIT:______________________________________

2

Page 3: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungkawab dan berkeupayaan mencapai sejahtera diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

3

Page 4: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

JAWATANKUASA DISIPLIN

SMK AGAMA PAHANG, MUADZAM SHAH

4

PENGERUSI(PENGETUA)

NAIB PENGERUSI(GPK HEM)

KETUA GURU DISIPLIN KETUA WARDEN

GURU PENGAWAS

GURU DISIPLIN WARDEN

Page 5: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

PERLUNYA PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

1. Dengan adanya peraturan sekolah, kita dapat mengetahui mengenai perkara yang patut dibuat atau yang dilarang.

2. Bertujuan untuk melindungi barang-barang kepunyaan Murid dan sekolah

3. Peraturan memberi hak sama rata, adil dan saksama kepada semua Murid dan guru

4. Mendidik Murid agar lebih berdisiplin, bertanggungjawab, berdikari, tahu menjawal diri dan menjadi warga sekolah yang cemerlang.

5. Dapat menolong pengetua, guru-guru, pengawas dan Murid lain dalam mengawal ketenteraman, keharmonian serta melicinkan perjalanan harian sekolah.

5

Page 6: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH

1. Waktu persekolahan bergantung kepada perubahan jadual waktu persekolahan.Bagi hari perhimpunan rasmi, Murid dikehendaki berada di dewan 10 minit lebih awal (7.10 pagi) dari masa perhimpunan pada hari Isnin dan di dataran perhimpunan 10 minit lebih awal (7.10 pagi) pada hari Rabu.

2. Pada hari Selasa dan Khamis Murid diwajibkan berkumpul di dataran asrama dan pada hari Jumaat pula, Murid diwajibkan ke surau untuk bacaan yaasin dan solat sunat bersama guru-guru secara berjemaah.

3. Kehadiran ke sekolah adalah wajib.4. Kehadiran akan diambil oleh setiap ketua tingkatan pada waktu pertama sesi P&P. Ketua

tingkatan dikehendaki menghantar senarai kehadiran sebelum tamat waktu pertama.5. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah oleh sebab-sebab tertentu hendaklah

mengemukakan surat akuan doktor/ surat ibu bapa atau penjaga.6. Murid yang benar-benar sakit sahaja akan dihantar ke hospital dan klinik yang berdekatan

pada pukul 9.00 pagi atau 3.00 petang.7. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sewaktu belajar. Mereka yang

hendak keluar hendaklah mendapat kebenaran dari pengetua / penolong kanan / guru bertugas.

8. Kelas tambahan dianggap waktu persekolahan dan diwajibkan hadir bagi mereka yang terlibat.

9. Kegagalan menghadirkan diri ke sekolah pada waktu persekolahan tanpa sebab yang munasabah tindakan tegas akan di ambil.

PERKARA PONTENG BERTERUSAN PONTENG BUKAN BERTURUTSurat Amaran Pertama Kepada ibu

bapa/ penjaga dan sesi kaunselingHari ke-3 Hari ke-10

Surat Amaran KeduaKepada ibu bapa/penjaga dan sesi

kaunselingHari ke-7 selepas amaran pertama Hari ke-10 selepas amaran pertama

Surat Amaran KetigaKepada ibu bapa/ penjaga dan sesi

kaunselingHari ke-7 selepas amaran kedua Hari ke-20 selepas amaran pertama

Buang Sekolah Hari ke-14 selepas amaran pertama Hari ke-20 selepas amaran ketiga

JUMLAH HARI PONTENG 31 HARI60 HARI BUKAN

BERTURUT-TURUT

6

Page 7: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

PAKAIAN SERAGAM, KEKEMASAN DAN PERKARA LAIN BERKAITAN

MURID

PAKAIAN MURID PUTERA TINGKATAN 1-5.

PAKAIAN WAKTU PERSEKOLAHAN

1. Murid diwajibkan memakai pakaian rasmi sekolah iaitu seluar panjang berwarna hijau tua (tidak berfesyen), baju putih lengan panjang berbutang, kasut kulit hitam, stoking berwarna putih, tanda nama bersulam dan berjahit, lencana sekolah, bersongkok hitam dan tali leher.1.1 Murid dibenarkan memakai tali pinggang dengan mematuhi syarat-syarat berikut:

1.1.1 Jenis : Kanvas/PVC1.1.2 Warna : Hitam1.1.3 Lebar : 2.5-3.0 cm1.1.4 Kepala : Sama besar dengan tali pinggang dan tanpa perhiasan.

2. Pengawas hendaklah memakai pakaian rasmi pengawas3. Pada hari Jumaat Murid wajib memakai baju melayu berwarna putih, samping rasmi

sekolah, songkok hitam dan kasut kulit berwarna hitam.4. Murid yang memasuki kawasan sekolah selain daripada waktu persekolahan

dikehendaki memakai pakaian sekolah atau memakai baju-T sekolah yang berlambangkan logo sekolah, berkasut sekolah atau yang sesuai.

5. Murid dilarang memakai cermin mata berfesyen dan bercermin gelap. Kanta lengkap (contact lense) berwarna tidak dibenarkan.

7

Page 8: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

PAKAIAN KETIKA WAKTU PREP (KELAS PERSEDIAAN)

1. Semasa kelas persediaan petang Murid hendaklah memakai baju sekolah lengkap berkasut, baju PJ tidak dibenarkan. Prep malam hendaklah seluar panjang, baju Melayu yang sopan dan memakai selipar.

2. Murid tidak dibenarkan memakai seluar ketat, seluar jeans dalam pelbagai bentuk, tali pinggang besar, gelang, rantai, dan lain-lain aksesori.

PAKAIAN KETIKA KE SURAU.

1. Murid diwajibkan memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.2. Murid tidak dibenarkan memakai seluar ketat, seluar jeans dalam pelbagai bentuk,

tali pinggang besar, gelang, rantai, dan lain-lain aksesori.

PAKAIAN KETIKA KELAS PJK DAN AKTIVITI BERSUKAN

1. Pakaian seragam sekolah tidak dibenarkan.2. Murid wajib memakai pakaian mengikut ketetapan berikut:

2.1.1 baju-T berkolar yang ditetapkan oleh sekolah dan berbutang2.1.2 seluar trek yang ditetapkan oleh sekolah 2.1.3 memakai stoking berwarna putih melepasi buku lali 2.1.4 memakai kasut sukan berwarna putih/hitam/biru gelap2.1.5 kasut sukan yang tidak mematuhi piawaian akan dirampas

3. Murid wajib memasukkan baju ke dalam seluar (tuck in).

PAKAIAN KETIKA AKTIVITI KOKURIKULUM

1. Pakaian seragam2. Pakaian rasmi aktiviti

PAKAIAN KETIKA KELUAR KE BANDAR DAN BALIK KAMPUNG

1. Murid diwajibkan memakai pakaian batik asrama semasa pulang ke rumah kembali ke sekolah dan keluar ke Bandar.

8

Page 9: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

PAKAIAN KETIKA MENYERTAI LAWATAN

1. Semasa menyertai lawatan anjuran sekolah guru penasihat boleh menentukan pakaian yang perlu dipakai.

PAKAIAN MURID PUTERI TINGKATAN 1-5

PAKAIAN KETIKA WAKTU PERSEKOLAHAN

1. Semua Murid puteri diwajibkan memakai pakaian rasmi sekolah iaitu kain biru, baju kurung putih berlengan cekak (1 inci)dan tudung putih (mini telekung) potongan rata, anak tudung berwarana putih sahaja dan berkasut kulit hitam.

2. Murid yang memasuki kawasan sekolah selain daripada waktu persekolahan dikehendaki memakai pakaian sekolah atau memakai baju-T sekolah yang berlambangkan logo sekolah, berkasut sekolah atau yang sesuai.

3. Murid dilarang memakai cermin mata berfesyen dan bercermin gelap. Kanta lengkap (contact lense) berwarna tidak dibenarkan.

PAKAIAN KETIKA WAKTU PREP (KELAS PERSEDIAAN)

1. Semasa kelas persediaan petang dan malam Murid-Murid dikehendaki memakai pakaian kemas, lengkap dan sesuai. Selipar sama sekali tidak dibenarkan.

2. Murid-Murid tidak dibenarkan memakai perhiasan yang tidak sesuai seperti mini skirt dan maxi, slacks dan jeans, baju yang tidak berlengan, semua pakaian ketat dan jarang, semua jenis kasut tumit tinggi, semua jenis barang kemas dan perhiasan, baju tidur nipis dan lain-lain.

PAKAIAN KETIKA KE SURAU

1. Murid diwajibkan memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.2. Baju tidur hanya boleh dipakai semasa tidur.

9

Page 10: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

PAKAIAN KETIKA KELAS PJK DAN AKTIVITI BERSUKAN

1. Pakaian seragam sekolah tidak dibenarkan dipakai semasa pendidikan jasmani.2. Murid wajib memakai baju-T berkolar dan seluar trek yang ditetapkan oleh sekolah,

memakai stoking berwarna putih melepasi buku lali dan memakai kasut sukan berwarna putih/hitam/biru gelap.

3. Murid wajib memakai tudung berwarna putih yang melepasi bahu dan melepasi dada serta tudung berbentuk bundar. Murid wajib memakai anak tudung berwarna putih.

4. Murid digalakkan memakai jarum peniti tidak berfesyen untuk kekemasan tudung.5. Pemakaian kerongsang adalah dilarang.

PAKAIAN KETIKA KELUAR KE BANDAR DAN BALIK KAMPUNG

1. Semasa pulang ke rumah, keluar bandar dan pulang kesekolah, Murid-Murid wajib memakai baju batik asrama.

PAKAIAN MURID TINGKATAN ENAM

1. Murid putera diwajibkan memakai baju sekolah putih berlengan panjang berbutang, dan berseluar hitam, bertali leher, kasut kulit hitam, stoking berwarna hitam, tanda nama bersulam dan berjahit, lencana sekolah, bersongkok hitam dan tali pinggang kecil warna hitam.

1.1 Murid dibenarkan memakai tali pinggang dengan mematuhi syarat-syarat berikut:

1.1.1 Jenis : Kanvas/PVC1.1.2 Warna : Hitam1.1.3 Lebar : 2.5-3.0 cm1.1.4 Kepala : Sama besar dengan tali pinggang dan tanpa perhiasan.

2. Murid puteri diwajibkan memakai pakaian rasmi sekolah iaitu kain merah hati, baju kurung putih berlengan cekak dan tudung putih (mini telekung) potongan rata dan berkasut kulit hitam.

3. Pada hari khamis, Murid tingkatan enam diwajibkan memakai baju rasmi batik.

10

Page 11: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

PENGAWAS LELAKI/PEREMPUAN

1. Diwajibkan memakai pakaian seragam yang ditetapkan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.2. Dilarang memakai kasut selain dari kasut kulit dan PVC.

SYARAT PEMAKAIAN TALI LEHER

1. Jenis : Kanvas2. Warna : Hijau/Hitam3. Lebar : 2.5-3.0 cm4. Kepala : Sama besar dengan tali pinggang dan tanpa perhiasan

PANDUAN POTONGAN RAMBUT MURID LELAKI

1. Rambut mestilah sentiasa pendek.Tidak mencecah kolar baju.Bahagian belakang tidak tebal .

2. Rambut mesti disikat kemas dan bersih.3. Rambut tidak boleh diwarnakan dengan apa warna sekalipun contohnya warna

perang,merah dan sebagainya.4. Kepala hendaklah tidak digondolkan (botak).5. Jambul atau apa-apa fesyen rambut seperti ‘skinhead’ tidak dibenarkan.6. Tidak dibenarkan menyimpan misai atau janggut atau kedua-duanya.7. Murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Pengertian berambut panjang ialah :-

a) Di belakang : rambut jauh melebihi garisan dibawah dua cuping telinga.b) Di depan : rambut menutup garisan tengah dahic) Di sebelah : rambut menutup kedua telinga atau sebahagian daripadanya dan

didepan melebihi garisan tengah hidung.d) Di atas : rambut lebih dari 6 cm.

11

Page 12: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

12

Page 13: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

YURAN

1. Setiap Murid diwajibkan menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh sekolah semasa mendaftar atau dalam tempoh yang ditetapkan.

2. Murid yang didapati tidak mematuhi syarat berikut akan dikenakan tindakan oleh guru.

BUKU TEKS

1. Buku teks yang dipinjamkan kepada Murid hendaklah dijaga keselamatan dan kebersihannya.

2. Buku yang dipinjamkan wajib disampul/dibalut oleh peminjam.3. Murid dilarang menconteng / mengotori buku itu.4. Jika larangan di atas tidak dipatuhi, sekolah berhak merampas atau meminta ganti rugi

wang berdasarkan harga asal buku.5. Buku yang dipinjam mestilah dipulangkan pada masa yang ditetapkan oleh phak sekolah.6. Kegagalan memulangkan buku itu akan menyebabkan Murid tersebut tidak dapat

membuat kembali pinjaman buku teks pada tahun berikutnya.

HARTA BENDA SEKOLAH

1. Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan baik sengaja atau tidak sengaja , Murid yang terlibat akan dikenakan hukuman yang setimpal berdasarkan peraturan yang ditetapkan.

2. Harta benda dan perkakas-perkakas sekolah tidak boleh digunakan sewenangnya tanpa kebenaran dari guru, guru kelas, guru penolong kanan, penyelia atau pengetua.

3. Murid tidak dibenarkan menggaris, melukis, menconteng atau mengotorkan mana-mana bahagian di dalam kawasan sekolah pada setiap masa.

4. Kebersihan bangunan sekolah hendaklah sentiasa dijaga.

13

Page 14: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

TATATERTIB

DALAM BILIK DARJAH

1. Murid-Murid hendaklah membaca doa sebelum masa Murid dan pembelajaran bermula.2. Murid-Murid hendaklah bangun ketika guru/pengetua/pelawat masuk atau keluar dari

bilik darjah.3. Bilik darjah mestilah sentiasa bersih. Satu jadual Murid hendaklah disediakan oleh ketua

kelas dan dipamerkan.4. Ketua kelas hendaklah memastikan kebersihan dan alat-alat kelengkapan bilik darjah dan

membuat jadual tugasan Murid.5. Murid-Murid dilarang:

Conteng meja, kerusi, dinding, dan semua barang dalam bilik darjah. Memiliki dan menyimpan majalah, komik, album dan gambar. Mengubah kedudukan meja dan lain-lain tanpa pengetahuan dan kebenaran guru

kelas. Membuat bising dan menganggu ketenteraman di dalam bilik darjah.

1. Kedudukan dalam bilik darjah, Murid lelaki dihadapan dan Murid perempuan di belakang.

2. Murid-Murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran guru, dan pas keluar yang telah disediakan hendaklah sentiasa dipakai.

3. Semasa ketiadaan guru, ketua kelas, penolong dan pengawas hendaklah bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah.

4. Lampu dan kipas hendaklah dimatikan selepas digunakan.5. Dibilik darjah, Murid mestilah menjaga ketenteraman semasa pengajaran dan

pembelajaran.6. Murid-Murid hendaklah bersiap sedia dan cepat bergerak selepas rehat ke kelas masing-

masing.7. Murid-Murid hendaklah pada setiap masa menjaga keselamatan diri, harta benda sendiri

dan juga orang lain.

14

Page 15: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN

1. Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua adalah bertanggungjawab kepada Guru Tingkatan. Mereka juga bertanggungjawab sepenuhnya kepada kelas masing-masing. Murid-Murid lain di kelasnya mesti menghormatinya termasuk pengawas di kelas itu sendiri.

2. Ketua tingkatan hendaklah mencari guru yang sepatutnya memasuki kelasnya jika guru berkenaan tidak tiba selepas lima minit waktu sepatutnya bermula. Pengetua atau Guru Penolong Kanan hendaklah diberitahu sekiranya guru berkenaan tidak ditemui.

3. Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua hendaklah memastikan Murid yang bertugas harian menjalankan tugas mereka dengan sempurna.

4. Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua hendaklah memastikan peraturan-peraturan kelas sentiasa dipatuhi oleh Murid-Murid dalam kelas masing-masing.

DI LUAR DARJAH

1. Murid-Murid hendaklah pada setiap masa menghormati orang yang lebih tua darinya.2. Murid-Murid hendaklah memberi hormat atau salam kepada guru-guru dan sesiapa sahaja

baik didalam kawasan sekolah mahupun diluar kawasan sekolah.3. Murid-Murid hendaklah menghormati guru-guru serta mematuhi arahan ketua pengawas,

pengawas serta ketua darjah.4. Selagi seseorang itu dianggap Murid sekolah yang sah, apa yang ditegah disekolah juga

berkuat kuasa walaupun diluar sekolah. Jika pihak sekolah mendapat kepastian sesuatu kesalahan disiplin yang dilakukan diluar, pihak sekolah berhak dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

KELUAR MASUK ASRAMA

1. Setiap Murid harus memiliki kad merah & kad biru yang lengkap dengan maklumat diri dan gambar.

2. Berbaju batik setiap kali keluar dari sekolah dan balik kampung.3. Tidak dibenarkan keluar asrama mengikut kawan atau saudara mara tanpa mendapat

keizinan warden.4. Murid mestilah balik pada waktu yang dibenarkan sahaja.5. Murid mestilah pulang selewat-lewatnya sebelum pukul 6.00 petang.6. Murid dibenarkan keluar ke bandar mengikut giliran pada hari sabtu.7. Murid yang mempunyai urusan tertentu hendaklah meminta kebenaran Pengetua/GPK

HEM/ketua warden/ warden bertugas.

15

Page 16: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

8. Dilarang keluar pada waktu malam walaupun bersama ibu bapa / penjaga tanpa kebenaran warden .

DI MUSALLA/SURAU

1. Surau hendaklah digunakan untuk beribadat dan aktiviti keagamaan sahaja.2. Semasa memasuki surau, kasut hendaklah ditanggalkan.3. Murid diwajibkan menghadirkan untuk beribadat berjemaah pada waktu Subuh, Maghrib

dan Isya’.4. Dilarang menjadikan musalla sebagai tempat tidur, berehat dan menukar pakaian.5. Murid dilarang untuk membuat sebarang kekecohan, bising serta merosakkan harta surau.6. Murid dinasihatkan agar dapat menjimatkan penggunaan elektrik dan air semasa di surau.

DI TANDAS

1. Murid diwajibkan untuk menjaga kebersihan tandas setiap masa sama ada semasa menggunakan atau selepasnya.

2. Guna kemudahan tandas untuk tujuan tertentu sahaja.3. Murid dilarang sama sekali untuk merosakkan harta benda.4. Jika tandas didapati kotor, gotong-royong akan dilakukan dikalangan Murid.

DI KANTIN SEKOLAH

1. Murid dilarang sama sekali untuk membeli makanan pada waktu pembelajaran atau masa pertukaran mata pelajaran.

2. Murid mestilah beratur dengan tertib dan tidak boleh sama sekali membuat bising semasa membeli makanan

3. Jangan biarkan sisa makanan tinggal di atas meja atau di lantai kantin.4. Selepas menggunakan pinggan dan cawan yang disediakan, Murid hendaklah meletakkan

ke dalam bekas yang disediakan.5. Jangan membuang sebarang plastik sampah merata-rata. Buang sampah kedalam tong

yang disediakan.

16

Page 17: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

PERPUSTAKAAN SEKOLAH

1. Pengguna-pengguna perpustakaan yang masuk mestilah berpakain kemas dan lengkap.2. Buku-buku di rak terbuka yang telah siap sahaja yang boleh dipinjam selama seminggu.3. Buku-buku rujukan (Red Spot), majalah dan surat khabar tidak boleh dipinjam kecuali

dengan kebenaran khas Guru Perpustakaan.4. Buku-buku perpustakaan hanya boleh dipinjam dengan menggunakan kad-kad keahlian

sendiri.5. Buku-buku yang dipinjam mestilah dipulangkan atau pada tarikh yang ditetapkan. Denda

akan dikenakan pada peminjam yang lewat memulangkan buku.6. Mereka yang menghilangkan atau merosakkan buku perpustakaan yang dipinjam olehnya

mestilah menggantikan buku itu.7. Beg-beg, makanan dan minuman adalah dilarang masuk kedalam perpustakaan.8. Setelah selesai membaca majalah atau surat khabar hendaklah diletakkan pada tempat

asalnya.9. Setelah selesai membaca, buku hendaklah diletakkan di tempat yang ditetapkan.10. Kerusi-kerusi yang telah digunakan mestilah dimasukkan ke bawah meja.11. Sebelum pengguna-pengguna perpustakaan meninggalkan bilik perpustakaan, buku-buku

yang dibawa mestilah diperiksa oleh Pustakawan Bertugas atau guru yang bertanggungjawab.

12. Pengguna-pengguna perpustakaan hendaklah sentiasa senyap. Pengguna-pengguna yang didapati menggangu (secara langsung atau tidak) pengguna lain, boleh disuruh keluar dari Bilik Perpustakaan.

PEPERIKSAAN.

1. Kehadiran dalam semua ujian peperikasaan adalah wajib2. Murid yang mempersendakan peperiksaan boleh dianggap sebagai suatu kesalahan berat.3. Murid mestilah jujur dalam menjalani peperiksaan.4. Tiada unsur penipuan dan penyelewengan berlaku semasa peperiksaan.5. Murid yang didapati melakukan kesalahan sewaktu ujian akan diambil tindakan oleh

guru.6. Murid mestilah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperikasaan Malaysia

atau Majlis Peperiksaan Malaysia bagi Murid PMR, SPM, dan STPM. 7. Memalsukan markah atau tandatangan dalam kad atau buku laporan kemajuan Muridan

adalah dianggap sebagai suatu kesalahan berat.8. Gagal dalam seluruh mataMuridan akan diambil sebarang tindakan oleh guru disiplin.

17

Page 18: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

PERJUMPAAN/MESYUARAT MURID

1. Setiap perjumpaan Murid mestilah dihadiri oleh sekurang-sekurangnya seorang guru.2. Sebarang perjumapaan mestilah dengan kebenaran pengetua.3. Pelajat tidak dibenarkan untuk menubuhkan sebarang persatuan/pertubuhan yang

bercorak kedaerahan, politik dan lain-lain yang bercanggah dengan akta Murid dan prinsip.

4. Murid-Murid tidak dibenarkan untuk menjadi ahli persatuan di luar sekolah atau membuat sebarang hubungan dengannya tanpa kebenaran pengetua.

KEGIATAN KOKURIKULUM

1. Kegiatan kokurikulum ialah gerak kerja yang dijalankan oleh pihak sekolah di luar daripada waktu belajar seperti:

a) Persatuan : Bahasa dan Seni Budaya, Matematik, Sains, Agama Islam dan sebagainya.

b) Kelab : Kelab Bimbingan, Kaunseling, Kelab Pengguna dan sebagainya.

c) Sukan : Bola baling, bola sepak, bola jaring, sepak takraw dan sebagainya.

d) Pakaian Seragam : Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba, Kadet Pertahanan Awam, Kadet Polis dan sebagainya.

2. Setiap orang Murid diwajibkan mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu kegiatan sukan, satu persatuan/kelab dan satu pakaian seragam.

3. Murid yang dipilih menjadi ahli persatuan/kelab/pakaian seragam diwajibkan hadir semasa latihan/perjumpaan/mesyuarat diadakan.

4. Bagi membolehkan kegiatan kokurikulum ini dicatat dalam Sijil Berhenti Sekolah, pengesahan Guru Penasihat perlu diperoleh terlebih dahulu.

18

Page 19: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

ASPEK KEBERSIHAN

1. Pakaian yang bersih, kemas akan mencerminkan peribadi atau sahsiah seseorang Murid.2. Murid mestilah selalu menjaga kebersihan pakaian.3. Murid juga mestilah selalu menjaga kebersihan diri terutamanya rambut, kuku, gigi dan

keseluruhan badan.4. Semua Murid dikehendaki mengamalkan semangat tanggungjawab terhadap kebersihan

dan mencegah sebarang usaha mencemari kebersihan bilik darjah, bangunan dan kawasan sekolah.

LAWATAN DAN PELAWAT

1. Sesuatu lawatan sama ada di luar atau di dalam negeri yang melibatkan sehingga lima orang atau lebih yang diiringi guru dianggap sebagai rombongan sekolah. Peserta rombongan hendaklah terlebih dahulu mendapat surat kebenaran ibu/bapa penjaga dan kebenaran daripada Pengetua.

2. Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa murid sekolah kecuali setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua.

3. Jika pelawat atau ibu bapa / penjaga yang berhajat membawa keluar seseorang Murid atas sebab-sebab yang munasabah dan sangat mustahak, hendaklah mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu.

SURAT MENYURAT

1. Segala urusan termasuk surat menyurat ke jabatan-jabatan kerajaan/agensi/pertubuhan/orang perseorangan di luar sekolah hendaklah dialamatkan melalui pengetua.

2. Murid-Murid tidak dibenarkan menulis ke akhbar atau majalah kecuali mendapat kebenaran pengetua.

3. Murid-Murid dilarang menulis surat kepada badan yang diiktirafkan sebagai komunis dalam atau luar negeri.

4. Murid-Murid yang ingin menjadi ahli atau menyertai aktiviti badan luar hendaklah mendapatkan kebenaran pengetua.

5. Murid-Murid hendaklah menulis nama dan alamat yang jelas apabila menulis surat.

19

Page 20: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

KAWASAN LARANGAN

1. Murid tidak boleh berada di tempat berikut kecuali dapat kebenaran dan membuat urusan: Persekitaran bilik pengetua Pejabat sekolah Bilik guru Makmal sains Stor sekolah Bilik kemahiran hidup, ERT dan kejuruteraan Tangga ke pejabat/tempat letak kenderaan Bilik buku teks Bilik kooperasi(silia ikut jadual kooperasi sekolah) Bilik disiplin (kecuali pengawas)

2. Murid tidak boleh berada di kantin ketika waktu belajar atau kelas persediaan petang dan malam.

3. Diluar kawasan sekolah kecuali waktu dibenarkan.4. Bilik air guru bagi Murid.5. Waktu cuti sekolah, Murid tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah tanpa

kebenaran.

BARANG-BARANG LARANGAN

1. Semua jenis dadah2. Rokok3. Alatan elektronik4. Telefon bimbit5. Minuman keras6. Mancis, pemetik api, lilin, pelita7. Semua jenis seluar jean atau serupa jean8. Alatan tajam dan berbahaya9. Pakaian tidak bermoral 10. Alatan kosmetik11. Barangan kemas

Peraturan Am

20

Page 21: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

1. Alatan-alatan bunyian tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.2. Murid yang digantung sekolah tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah3. Murid hendaklah mematuhi segala peraturan dan ketetapan yang telah disahkan oleh

pengetua.4. Pihak sekolah berhak meminda atau menambah peraturan ini pada bila-bila masa

21

Page 22: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

JENIS-JENIS KESALAHAN DAN HUKUMANNYA

JENIS-JENIS KESALAHAN BERAT

1. Meninggalkan solat/sembahyang waktu2. Kurang sopan, biadap dan melawan guru3. Memukul guru4. Mengancam guru dan Pengetua5. Membuat sebarang kenyataan di akhbar tanpa kebenaran Pengetua6. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru, Murid-Murid, sekolah dan kantin7. Mengancam, mengugut Murid-Murid lain8. Masih menbantah kata guru walaupun sudah berkali-kali diberi amaran9. Menunjukkan sikap bongkak dan penghinaan terhadap guru10. Sengaja menimbulkan isu yang sensitif dengan tujuan menimbulkan pergaduhan11. Menghina agama 12. Mencuri13. Membuli14. Mengugut/melawan/memukul pengawas15. Memeras wang orang lain16. Menipu melibatkan wang dan kepercayaan17. Menganggotai kumpulan haram18. Terlibat dengan dadah19. Tidak menghormati lagu Asmaul Husna, Negaraku dan lagu negeri20. Berjudi21. Meminum minuman keras22. Membawa, melibatkan diri dalam penyebaran media massa yang berunsur lucah23. Melakukan perkara yang tidak bermoral dan boleh merosakkan akhlak serta nama baik

sekolah24. Bercengkerama/bercumbuan25. Merokok, membawa, memiliki, dan menyimpan apa-apa hasil tembakau.26. Meraba atau memeluk perempuan27. Mengeluarkan kata-kata kesat dan berunsur lucah terhadap guru28. Meniru dalam peperiksaan29. Bercinta atau mempunyai hubungan dengan orang luar30. Bertaruh secara kecil-kecilan atau besar-besaran.31. Lari dari rumah.

22

Page 23: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

32. Gangguan seksual secara lisan, fizikal, spiritual dan pengunaan media elektronik.

HUKUMAN DAN TINDAKAN KEATAS KESALAHAN YANG BERAT

1. Rotan2. Dilucutkan dari sebarang jawatan yang dipegang di sekolah3. Gantung sekolah4. Buang sekolah5. Dibawa ke pengetahuan polis6. Dilaporkan kepada penjaga7. Lain-lain tindakan yang difikirkan berpatutan.8. Penjaga menandatangani surat perjanjian.

KESALAHAN-KESALAHAN SEDERHANA BERAT

1. Bising.2. Menipu3. Keluar kelas tanpa kebenaran4. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.5. Membeli atau menyimpan barang-barang dicuri.6. Berambut panjang.7. Ponteng sekolah, kelas, perhimpunan, kokurikulum dan peperiksaan.8. Bermain terup.9. Berpakaian tidak kemas dan tidak mengikut peraturaan sekolah10. Cuba melakukan kesalahan berat11. Bersubahat dalam melakukan kesalahan.12. Mengubah markah dalam kad laporan13. Tidak menghormati badan kepimpinan.14. Pinjam tanpa kebenaran.15. Sengaja tidak menepati masa.16. Sengaja tidak melakukan kerja sekolah.17. Sengaja mengotori sekolah.18. Benci dan tidak menghormati peraturan sekolah.19. Melukis atau mengaris anggota mana-mana badan dengan sebarang alat.20. Berseluar ketat, kain singkat dan terlalu labuh.21. Mengganggu pengajaran dan pembelajaran.

23

Page 24: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

HUKUMAN DAN TINDAKAN MELAKUKAN KESALAHAN SEDERHANA BERAT.

1. Rotan tidak melebihi tiga kali.2. Dipecat daripada jawatan3. Gantung sekolah jika perlu.4. Buang sekolah jika perlu.5. Gunting rambut.6. Tetas seluar7. Lapor kepada penjaga.8. Penjaga menandatangani surat perjanjian.9. Lain-lain yang bersesuaian.

KESALAHAN-KESALAHAN RINGAN

1. Datang lewat ke sekolah /perhimpunan2. Tidak bayar yuran sekolah dan asrama3. Merayau-rayau4. Bersolek/memakai barangan kemas dan perhiasan tiruan5. Menulis surat cinta6. Memakai cincin /subang telinga bagi Murid lelaki.7. Menghilangkan harta benda sekolah yang dipinjam.8. Membawa/ menampal/membaca majalah hiburan.9. Tidak pakai lencana sekolah.10. Tidak siap kerja sekolah

HUKUMAN DAN TINDAKAN KESALAHAN RINGAN

1. Nasihat2. Amaran3. Rotan4. Bayar balik harta yang dirosakkan/dihilangkan5. Lain-lain yang difikirkan bersesuaian.

24

Page 25: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

PANDUAN DAN SENARAI KERJA AMAL

MURID YANG MELAKUKAN KESALAHAN SEDERHANA SELAIN DARI DIBERI AMARAN DAN SESI KAUNSELING, MEREKA JUGA AKAN DIBERIKAN KERJA AMAL BAGI MENUNJUKKAN RASA KEINSAFAN DAN SIFAT MAHU BERUBAH DALAM MELAKUKAN KEBAIKAN. MURID INI AKAN DISELIA OLEH GURU YANG MEMERLUKAN BANTUAN MURID BERKENAAN.

KOD KHIDMAT SEKOLAH (KS)

KS 111 Tugas-tugas membersih seperti mencuci tandas/bersih/taman/rumput dll.

KS 112 Tugas-tugas membaik pulih perabot, bangunan sekolah, kelas, dsb

KS 113 Tugas-tugas seperti mengangkat perabot sekolah, mencuci dan membuang sampah

KS 114 Tugas-tugas sukarela membantu guru.

25

Page 26: Peraturan Disiplin Dan Kod Etika Pelajar Smkap Sesi 2012

PERATURAN DISIPLIN & KOD ETIKA MURID SMKA Pahang, Muadzam Shah

PERJANJIAN RASMI

Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang,26700, Muadzam Shah,Pahang Darul Makmur.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Saya …………………………………………………………………… no. K/P ……………………………telah membaca dan memahami etika Murid ini. Saya berjanji akan sentiasa mematuhi segala peraturan etika Murid ini sama ada peraturan yang telah tercatat pada buku ini ataupun peraturan lain yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah ini dari masa ke semasa.

Terima Kasih

TandatanganTandatangan Murid ibu bapa / penjaga

……………………………… ………………………………

Tandatangan saksi

………………………………………. (Guru Disiplin / Guru Tingkatan)

26