Peraturan Futsal Tek

9
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL ANJURAN BIRO SUKAN IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK 1.0 UNDANG-UNDANG Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut undang-undang Persatuan Bola Sepak Antarabangsa ( FIFA ) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM ) yang sedang berkuatkuasa pada masa kini. (Rujuk Lampiran 1) 2.0 PERATURAN KEJOHANAN 2.1 PENGENALAN 2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai Pertandingan Futsal Tertutup Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. 2.1.2 Keseluruhan Pertandingan ini akan diadili oleh wakil pelajar dari biro sukan. 2.2 TARIKH DAN TEMPAT 2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 4 April 2015 bertempat di Gelanggang Futsal Kolej kediaman Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. 2.2.2 Taklimat dan undian akan diadakan pada 3 April2015 bertempat di kafetria pada jam 9.00 malam. Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama borang penyertaan sebelum 2 April 2015

description

gjhkkkhk

Transcript of Peraturan Futsal Tek

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL ANJURAN BIRO SUKAN IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut undang-undang Persatuan Bola Sepak Antarabangsa ( FIFA ) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM ) yang sedang berkuatkuasa pada masa kini. (Rujuk Lampiran 1)

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 PENGENALAN

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai Pertandingan Futsal Tertutup Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik.

2.1.2Keseluruhan Pertandingan ini akan diadili oleh wakil pelajar dari biro sukan.2.2TARIKH DAN TEMPAT2.2.1Kejohanan ini akan diadakan pada 4 April 2015 bertempat di Gelanggang Futsal Kolej kediaman Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik.2.2.2Taklimat dan undian akan diadakan pada 3 April2015 bertempat di kafetria pada jam 9.00 malam. Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama borang penyertaan sebelum 2 April 20152.2.3Pihak penganjur berhak menjalankan undian sekirannya tiadanya wakil.

2.3FORMAT KEJOHANAN2.3.1Pertandingan akan dijalankan secara liga di pusingan awal dan kalah mati di pusingan seterusnya.2.3.2Pertandingan ini dibuka kepada pelajar LELAKI Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik dan setiap semester hanya dibenarkan menghantar 2 kumpulan sahaja.2.3.312 pasukan akan dipecahkan kepada 4 kumpulan dan 1 kumpulan terdiri daripada 3 pasukan. Perlawanan secara liga di setiap kumpulan(setiap pasukan akan bermain 2 perlawanan diperingkat kumpulan)2.3.4Hanya juara dan naib juara kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir.2.3.5Penentuan juara dan naib juara kumpulan adalah mengikut jumlah mata keseluruhan di peringkat kumpulan. 3 mata akan diberikan sekirannya menang,1 mata akan diberikan sekirannya seri manakala tiada mata akan diberikan sekirannya pasukan itu kalah.2.3.6Sekiranya mata sama, keputusan pemenang akan dikira mengikut format berikut iaitua)Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira sebagai pemenang.b)Penentuan sepakan penalti akan dilaksanakan sekirannya terdapat keputusan seri pada peringkat kalah mati(3 pemain sahaja)2.3.7Masa perlawanan adalah selama 17 minit iaitu 7 minit pada separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua termasuk 3 minit waktu rehat.

2.4KATEGORI PERTANDINGAN2.4.1Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja dan TERBUKA kepada semua pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik2.4.2Tiada syarat umur pemain dikenakan.2.5SYARAT-SYARAT PENYERTAAN2.5.1Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan sekurang-kurangnya 2 atau 3 pemain simpanan.2.5.2Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili 1 pasukan sahaja.2.5.3Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM20 sahaja.2.5.4Penyertaan adalah terhad kepada 12 pasukan sahaja dan pasukan yang menghantar borang penyertaan terawal akan dipilih menyertai kejohonan futsal ini.2.5.5Sekirannya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan,pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan tersebut.2.5.6Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.

3.0SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN3.1Semua jadual perlawanan termasuk tarikh,masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan.3.2Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.3.3Tempoh masa menunggu adalah 15 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah.Pasukan lawan mendapat kemenangan 3-0.3.4Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.3.5Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak dibenarkan merokok dalam kawasan pertandingan.3.6Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang penyertaan sahaja di benarkan bermain.3.7Setiap pasukan boleh membuat bantahan dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM10 sahaja,tidak lewat daripada 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.3.8Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh jawatankuasa pertandingan,maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.3.9Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekirannya rayuan atau bantahan ditolak.3.10Syarat dan peraturan di atas boleh diubah.Segala keputusan yang dibuat adalah muktamad.

LAMPIRAN 1 (UNDANG-UNDANG MENGIKUT FIFA)1. Memulakan PermainanPermainan dimulakan dengan melambung duit siling.Pihak yang kalah mestilah berada di kawasannya sendiri.

2. Bola Masuk / Bola KeluarBola dikira masuk sekiranya berada di dalam kawasan permainan, kawasantouchline dan kawasan garisan gol. Bola dikira keluar jika berada di luar kawasan tersebut.

3. JaringanDikira apabila bola melepasi garisan gol di antara 2 tiang gol dan di bawah palang gol.4. Faul dan kelakuan kurang sopan Tendangan bebas terus diberikan pada pihak lawan jika dengan sengaja melakukan 10 kesalahan seperti berikut:

a. Menyepak atau cubaan menyepak pemain lawanb. Membentes pemain lawanc. Menerpa serta melompat ke arah pemain lawand. Menyerang pemain lawane. Menyerang pemain lawan dari belakangf. Menghadang pemain lawan dengan sengajag. Menolak pemain lawanh. Menerpa pemain lawan dengan bahu dengan sengajai. Tekel menggelungsur sliding tackle yang membahayakanj. Memegang bola (kecuali penjaga gol)

5. Kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti tendangan bebas tak langsung diberikan dari garisan 6 meter bagi 8 jenis kesalahan iaitu:

a. Permainan yang bahayab. Menghalang dengan sengajac. Menyerang / menerpa penjaga gol di dalam kawasan penaltid. Penjaga gol membuat balingan terus melepasi garisan tengah tanpa disentuh oleh mana-mana pemaine. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar ke belakang kepadanya.f. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar dari tendangan ke dalam dari rakan sepasukannya.g. Penjaga gol mengawal bola dengan mana-mana bahagian anggotanya lebih dari 4 saat.h. Penjaga gol menyentuh bola yang dihantar ke belakang dengan mana-mana bahagian anggotanya sebelum bola itu melepasi garisan tengah ataupun disentuh oleh pemain lawan.

6. Pemain boleh diberi amaran dengan melayangkan kad kuning dan pihak lawan diberi tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan dari garisan 6 meter jika berlaku di kawasan penalti.a. Pemain gantian memasuki gelanggang dari tempat yang salah atau pemain yang diganti belum betul-betul meninggalkan gelanggang.b. Seseorang pemain sentiasa melanggar undang-undang permainan.c. Seseorang pemain tidak patuh dengan keputusan pengadil.d. Berkelakuan tidak sopan atau kurang ajar.

7. Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah untuk kesalahan berikut:a. Kesalahan permainan yang berat.b. Berkelakuan ganasc. Kesalahan menggunakan bahasa tercemard. Kesalahan atas kesalahan kedua (2 kad kuning)e. Bertindak menghalang peluang jaringan gol lawan dengan niat yang tidak professionalf. Menghalang peluang jaringan pihak lawan didalam kawasan penalti dengan sengaja.

8. Peraturan Buang Padanga. Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus sehinggakan tidak dibenarkan duduk dibangku simpanan.b. Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2 minit permainan berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol yang mana terdahulu.c. Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau penolong pengadil jika penjaga masa tidak digunakan.d. Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga permainandiberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil.

9. Tendangan Bebasa. Jenis : Tendangan bebas terus. b. Dinding wall Sekurang-kurangnya 5 meter dari jarak bola yang akan disepakc. Had masa Tendangan mesti diambil dalam jangka masa 4 saat.

10. Tendangan Penaltia. Diambil dari titik penalti di tengah-tengah garisan 6 meterb. Semua pemain mesti berada di luar kawasan penalti sekurangnya 5 meter dari titik penalti.c. Penendang tidak boleh memainkan bola pada kali kedua hanya setelah disentuh oleh pemain lain.

11. Tendangan ke dalama. Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalam.b. Bola diletak di atas garisan touchline sebelum menyepak.c. Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas touchline kalau tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan.d. Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4 saat kalau tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan.e. Penendang tidak boleh memainkan bola kali kedua sebelum bola itu disentuh atau dimainkan oleh pemain lain kalau tidak pasukan lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan.f. Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan diambil.g. Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam.

12. Membebaskan Kawasan Gola. Dilakukan menggantikan tendangan golb. Dari dalam kawasan penalti, penjaga gol membaling bola untuk meneruskan permainan.

13. Tendangan Suduta. Bola diletakkan di bucu dua garisan gol dan garisan tepi. Jika bola itu salah letak,tendangan sudut akan diambil alih oleh pihak lawan.b. Mesti diambil dalam masa 4 saat. Jika gagal bererti pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat sudut tersebut.c. Penendang sudut tidak boleh memainkan bola kali kedua. Jika tidak, pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan tersebut.d. Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 meter jauh dari tempat tendangan sudut dibuat.e. Gol boleh dijaringkan dari tendangan sudut.

14. Tendangan Penaltia. Pengadil utama menentukan gawang gol yang akan digunakan.b. Undian dengan cara lambungan siling digunakan.c. 5 tendangan diambil oleh 5 orang pemain yang di pilih dari setiap pasukan. Ketua pasukan masing-masing mengumumkan pemain-pemain yang telah dipilih kepada pengadil utama sebelum penalti dijalankan.d. Jika penalti terikat selepas 5 tendangan, tendangan tambahan akan diambil melalui sudden death oleh pemain-pemain yang belum melakukan tendangan penalti.e. Pemain yang dibuang padang semasa permainkan tidak boleh mengambil bahagian.f. Mana-mana pemain boleh mengambil tempat penjaga gol jika perlu.g. Semasa tendangan penalti dilakukan, semua pemain mesti berada diseparuh gelanggang yang tidak digunakan.

15.Tiada permintaan time out atau offside.

16.Tiada had bilangan penggantian pemain semasa perlawanan berlansung.

17.Pemain yang telah keluar boleh masuk semula ke dalam gelanggang.

18.Penggunaan bola saiz 4 yang mempunyai lantunan 30% lebih rendah.