Peraturan Kejohanan Balapan _ Padang Mssdj 2015

17
JAWATANKUASA TEKNIK & PEMBANGUNAN BALAPAN & PADANG MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JEMPOL 2015 1 MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JEMPOL SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN MSS DAERAH JEMPOL 2015 1.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN 1.1 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Peraturan- Peraturan Pertandingan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dengan beberapa pengecualian tertentu serta Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah Jempol (MSSDJ) 2015. 2.0 PERATURAN TAMBAHAN 2.1 Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Balapan dan Padang MSSDJ 2015 adalah berhak meminda atau mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran. 3.0 TARIKH & TEMPAT KEJOHANAN 3.1 Tarikh Kejohanan : 10, 11, 12 DAN 13 MAC 2014 3.2 Tempat Kejohanan : SMK DATUK MANSOR 4.0 PENYERTAAN 4.1 Tiap-tiap sekolah dibenarkan mendaftar TIDAK LEBIH dari dua (2) peserta bagi sesuatu acara perseorangan dan satu (1) pasukan sahaja untuk acara berpasukan. 4.2 Seorang peserta tidak dibenarkan bertanding lebih dari tiga (3) acara perseorangan dan dua (2) acara berpasukan. ACARA TERBUKA ialah acara perseorangan. 4.3 Seorang peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu kelas tertentu mengikut kategori umurnya sahaja kecuali ACARA TERBUKA yang membenarkan setiap

description

Peraturan Kejohanan

Transcript of Peraturan Kejohanan Balapan _ Padang Mssdj 2015

Page 1: Peraturan Kejohanan Balapan _ Padang Mssdj 2015

JAWATANKUASA TEKNIK & PEMBANGUNAN BALAPAN & PADANGMAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JEMPOL 2015

1

MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JEMPOLSYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN MSS DAERAH JEMPOL 2015

1.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

1.1 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dengan beberapa pengecualian tertentu serta Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah Jempol (MSSDJ) 2015.

2.0 PERATURAN TAMBAHAN

2.1 Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Balapan dan Padang MSSDJ 2015 adalah berhak meminda atau mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran.

3.0 TARIKH & TEMPAT KEJOHANAN

3.1 Tarikh Kejohanan : 10, 11, 12 DAN 13 MAC 20143.2 Tempat Kejohanan : SMK DATUK MANSOR

4.0 PENYERTAAN

4.1 Tiap-tiap sekolah dibenarkan mendaftar TIDAK LEBIH dari dua (2) peserta bagi sesuatu acara perseorangan dan satu (1) pasukan sahaja untuk acara berpasukan.

4.2 Seorang peserta tidak dibenarkan bertanding lebih dari tiga (3) acara perseorangan dan dua (2) acara berpasukan. ACARA TERBUKA ialah acara perseorangan.

4.3 Seorang peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu kelas tertentu mengikut kategori umurnya sahaja kecuali ACARA TERBUKA yang membenarkan setiap pasukan untuk mendaftarkan seramai tiga (3) orang peserta.

4.4 ACARA TERBUKA terdiri dari acara 3000 m (P), 5000 m (L) dan acara ini hanya dibenarkan disertai oleh peserta yang berumur 12 tahun atau lebih pada 01 januari tahun pertandingan.

4.5 Peserta-peserta acara Quatathlon (L&P) tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam acara perseorangan tetapi dibenarkan mengambil bahagian dalam acara berpasukan.

5.0 PEMBAHAGIAN KELAS

5.1 Peserta-peserta adalah dibahagikan kepada kelas mengikut umur pada 01hb. Januari 2015.Kelas 1 : Kumpulan Umur Bawah 18 tahun - lahir pada tahun 1997, 1998, 1999Kelas 2 : Kumpulan Umur Bawah 15 tahun - lahir pada tahun 2000, 2001Kelas 3 : Kumpulan Umur Bawah 13 tahun - lahir pada tahun, 2002Kelas 4 : Kumpulan Umur Bawah 12 tahun - lahir pada atau selepas tahun 2003, 2004Kelas 5 : Kumpulan Umur 10 tahun - lahir pada atau sebelum tahun 2005

5.2 Pelajar-pelajar Tingkatan 6 TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian.

Page 2: Peraturan Kejohanan Balapan _ Padang Mssdj 2015

JAWATANKUASA TEKNIK & PEMBANGUNAN BALAPAN & PADANGMAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JEMPOL 2015

2

5.3 Peserta-peserta yang telah didaftarkan dalam Kumpulan Umur 13 tahun TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara-acara Kumpulan Umur Bawah 15 Tahun.

6.0 PENDAFTARAN PESERTA

6.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat DUA (2) minggu sebelum kejohanan dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah disahkan oleh pihak sekolah masing-masing. Borang pendaftaran yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada Urusetia Statistik Kejohanan, Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Balapan dan Padang MSS Daerah Jempol selewat-lewatnya pada 01HB. MAC 2015.

6.2 Sila lengkapkan juga borang M01 dan R01 bersama gambar bagi setiap peserta. Segala pengesahan oleh hanya boleh dibuat oleh pihak sekolah peserta berkenaan didaftarkan.

6.2.1 Kegagalan melengkapkan borang M01 dan R01 boleh mengakibatkan peserta berkenaan TIDAK DIBENARKAN bertanding.

6.2.2 Tarikh akhir melengkapkan dan menghantar borang M01 dan R01 kepada urusetia pertandingan adalah pada 10HB. MAC 2015.

6.2.3 Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Balapan dan Padang MSSDJ adalah berhak menyemak borang M01 dan R01 dari mana-mana sekolah bermula dari tarikh 10hb. Mac 2015 hingga selepas kejohanan MSSDJ. Jika terdapat sebarang salah laku / kemusykilan / yang seumpamanya, jawatankuasa Khas Intergriti akan bermesyuarat dan boleh mengambil tindakan sehingga ke peringkat balik menarik pingat yang dimenangi oleh peserta berkenaan, ataupun apa saja yang berkaitan dengan peserta dan juga SEKOLAH peserta berkenaan.

6.2.4 Ahli-ahli Jawatankuasa Khas Intergriti :

6.2.4.1 Setiausaha Kehormat MSSDJ atau6.2.4.2 Wakil Penyelaras Sukan Balapan Dan Padang PPDJJ 6.2.4.3 Pengerusi Pengelola 6.2.4.4 PTPS Balapan Dan Padang MSSDJ 6.2.4.5 Pengurus Kejohanan6.2.4.6 Pengerusi Kepegawaian 6.2.4.7 Setiausaha (Pencatat)

6.3 Peserta yang hanya mengambil bahagian dalam ACARA BERPASUKAN juga wajib mendaftar.

6.4 Gunakan borang berasingan UNTUK CETAKAN mengikut kelas dan jantina berikut.

KELAS LELAKI PEREMPUAN1 Kuning Kuning2 Merah Merah

Page 3: Peraturan Kejohanan Balapan _ Padang Mssdj 2015

JAWATANKUASA TEKNIK & PEMBANGUNAN BALAPAN & PADANGMAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JEMPOL 2015

3

3 Putih Putih4 Biru Biru5 Hijau Hijau

7.0 NOMBOR PESERTA

7.1 Nombor yang digunakan oleh peserta adalah dicetak mengikut daerah, kelas dan nombor peserta. Tebal Nombor ialah 1.5cm dan tinggi nombor ialah 10cm. Ukuran kain putih yang digunakan ialah 25cm x 15cm. Nombor hendaklah dicetak warna HITAM untuk peserta lelaki dan warna MERAH untuk peserta perempuan. Nombor-nombor peserta adalah tanggungjawab SEKOLAH masing-masing.

7.2 Semua peserta hendaklah diberi nombor termasuk peserta acara berpasukan di dalam borang pendaftaran.

7.3 Setiap nombor peserta akan menggunakan satu (1) huruf dan tiga (3) angka. Huruf pertama menunjukkan SEKOLAH diikuti angka pertama menunjukkan kelas peserta, angka kedua dan ketiga menunjukkan nombor peserta dari SEKOLAH tertentu.

7.3.1 Kod Daerah

BIL. NAMA SEKOLAH MENENGAH ABJAD

1 SMK BAHAU A

2 SMK BAHAU 2 B3 SMK BANDAR BARU SERTING C4 SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS) D5 SMJK CHI WEN E6 SMK DATUK MANSOR F7 SMK LUI BARAT G8 SMK PALONG 2 (FELDA) H9 SMK PALONG 7 (FELDA) J10 SMK ALAM BERAJA K11 SMK PASOH 2 (FELDA) L12 SMK SERI PERPATIH M13 SMK SERI JEMPOL N14 SMK SERTING HILIR KOMPLEKS P15 SBP INTEGRASI JEMPOL Q16 MRSM SERTING X17 SMA DATO’ HAJI MUSTAPHA Y18 SMA HAJI MUHAMAD Z

BIL. NAMA SEKOLAH RENDAH ABJAD

Page 4: Peraturan Kejohanan Balapan _ Padang Mssdj 2015

JAWATANKUASA TEKNIK & PEMBANGUNAN BALAPAN & PADANGMAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JEMPOL 2015

4

1 SK AYER HITAM AA

2 SK BANDAR BARU SERTING BB3 SK BATU KIKIR CC4 SK JEMPOL DD5 SK LUI MUDA (FELDA) EE6 SK LUI SELATAN (FELDA) FF7 SK LUI TIMUR (FELDA) GG8 SK PALONG 1 (FELDA) HH9 SK PALONG 2 (FELDA) JJ10 SK PALONG 3 (FELDA) KK11 SK PALONG 4 (FELDA) LL12 SK PALONG 5 (FELDA) MM13 SK PALONG 7 (FELDA) NN14 SK PALONG 8 (FELDA) PP15 SK PALONG 9 (FELDA) QQ16 SK PALONG 12 (FELDA) RR17 SK PALONG 14 (FELDA) SS18 SK PASOH 2 (FELDA) TT19 SK PASOH 3 (FELDA) UU20 SK PULAPAH VV21 SK ROMPIN WW22 SK SAINT AIDAN XX23 SK SERTING (FELDA) YY24 SK RAJA ALIAS 3 ZZ25 SK SERTING HILIR 2 (FELDA) AB26 SK SERTING HILIR KOMPLEKS AC27 SK SERTING ILIR AD28 SK SERTING ULU AE29 SK SUNGAI LUI AF30 SK SUNGAI SAMPO AG31 SK TUNKU MUDA SERTING AH32 SMKBK (MODEL KHAS) AJ33 SJKC BAHAU BC34 SJKC CHI SIN BD35 SJKC CHI WEN BE36 SJKC CHUNG HUA BF37 SJKC KG BARU MAHSAN BH

Page 5: Peraturan Kejohanan Balapan _ Padang Mssdj 2015

JAWATANKUASA TEKNIK & PEMBANGUNAN BALAPAN & PADANGMAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JEMPOL 2015

5

38 SJKC LADANG GLENDALE BJ39 SJKC LADANG MIDDLETON BK40 SJKT LADANG AIR HITAM BT41 SJKT LADANG BAHAU BU42 SJKT LADANG GEDDES BV43 SJKT LADANG JERAM PADANG BW44 SJKT LADANG KELPIN BX45 SJKT LADANG MIDDLETON BY46 SJKT LADANG SENAMA BZ47 SJKT LADANG SIALANG CA48 SJKT ST. HELIER CB49 SJKT LADANG SUNGAI SEBALING CD50 SJKT DATO’ K. PATHMANABAN CE51 SJKC CHUNG SAN CF

7.3.2 Nombor Peserta Mengikut Kelas

Sekolah Huruf Pasukan Nombor Peserta Lelaki

Nombor Peserta Perempuan

Sekolah E SMJK Chi Wen E101-E139 ( L1 ) E140-E180 ( P1 )

E201-E230 ( L2 ) E250-E280 ( P2 )

E231-E249 ( L3 ) E281-E299 ( P3 )

Sekolah AA SK Ayer Hitam AA301-AA339 ( L4 ) AA340-AA380 ( P4 )

AA401-AA439 ( L5 ) AA440-AA480 ( P5 )

7.4 Peserta-peserta diwajibkan menggunakan empat pin di hadapan dan empat pin di belakang.

7.5 Peserta untuk acara Lompat Tinggi dibenarkan menggunakan satu nombor sama ada di hadapan atau di belakang

8.0 PAKAIAN PESERTA

8.1 Dalam semua acara, peserta hendaklah memakai pakaian yang sesuai, bersih dan kemas. Jika memakai tudung kepala hendaklah diikat dengan kemas atau dimasukkan ke dalam baju supaya tidak menutup nombor peserta berkenaan atau mengganggu peserta lain.

8.1.1 Pegawai-pegawai kejohanan berhak menghalang mana-mana peserta yang memakai pakaian yang tidak sesuai daripada menyertai acara tersebut.

Page 6: Peraturan Kejohanan Balapan _ Padang Mssdj 2015

JAWATANKUASA TEKNIK & PEMBANGUNAN BALAPAN & PADANGMAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JEMPOL 2015

6

8.2 Semua peserta mesti memakai jersi yang MELAMBANGKAN SEKOLAH YANG DISERTAI.

9.0 PERALATAN

9.1 Alat-alat untuk acara padang/balapan akan disediakan oleh pihak Pengelola Kejohanan Peserta-peserta dibenarkan membawa alat sendiri tetapi perlu diserahkan kepada penganjur 2 minggu sebelum kejohanan untuk diperiksa dan disahkan.

9.1.1 Ketinggian permulaan acara Lompat Tinggi (cadangan)

Kelas Lelaki Perempuan1 1.45 m 1.15 m2 1.30 m 1.10 m3 1.20 m 1.05 m4 1.10 m 1.00 m5 1.00 m 0.90 m

Peningkatan pada setiap pusingan berikut ialah 3 cm.

9.1.2 Ketinggian permulaan bagi acara Quatathlon.

Kelas Lelaki PerempuanQuata 1.20 m 1.00 m

Pegawai akan menurunkan tahap percubaan minima bagi sekurang-kurangnya

membantu peserta mendapat mata minima. Bilangan percubaan bagi acara- acara padang ialah TIGA kali percubaan sahaja.

9.1.3 Kedudukan papan lonjak untuk acara Lompat Kijang.

Kelas Lelaki Perempuan1 11/9 m 9/7 m2 9/7 m 9/7 m

9.1.4 Ukuran Tinggi/Berat alat yang digunakan.

Acara Lelaki Perempuan1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

60 m 0.52 m 0.52 m80 m L/P 0.68 m 0.68 m100 m L/P 0.762 m 0.762 m 0.762 m 0.762 m110 m L/P 0.914 m 0.838 m200 m L/P 0.838 m 0.762 m400 m L/P 0.838 m 0.762 mPeluru 5.00 kg 4.00 kg 3.00 kg 2.72 kg 2.00 kg 4.00 kg 3.00 kg 3.00 kg 2.72 kg 2.00 kgCakera 1.50 kg 1.00 kg 1.00 kg 1.00 kgLembing 700 g 600 g 600 g 600 g

Page 7: Peraturan Kejohanan Balapan _ Padang Mssdj 2015

JAWATANKUASA TEKNIK & PEMBANGUNAN BALAPAN & PADANGMAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JEMPOL 2015

7

9.1.5 Acara 60m, 80m, 100m, 110m, 200m dan 400m Lari Berpagar.

Acara Bilangan Pagar

Pagar 1 dari Garisan Permulaan

Pagar ke Pagar

Pagar akhir ke Garisan Penamat

60 m 6 12.00 m 6.5 m 15.50 m80 m 8 12.00 m 8.00 m 12.00 m100 m 10 13.00 m 8.50 m 10.50 m110 m 10 13.72 m 9.14 m 14.02 m200 m 5 20.00 m 35.00 m 40.00 m400 m 10 45.00 m 35.00 m 40.00 m

9.1.8 Acara Quatathlon : Lelaki & Perempuan Kelas 2

Hari Pertama : 100/110 m Lari berpagar, Lompat Jauh Hari Kedua : Lontar Peluru dan 800 m (P) / 1500M (L)

10.0 MELAPOR DIRI DAN KETETAPAN MASA

10.1 Peserta-peserta hendaklah melapor kepada Hakim Bilik Penggilan 30 minit sebelum acara dimulakan. Setiap peserta diwajibkan menunjukkan Kad Pengenalan/Surat pengenalan diri/Surat Beranak atau salinan fotostat yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar peserta berkenaan. Masa untuk melapor akan diumumkan/dipaparkan.

10.2 Para peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan.

10.3 Peserta yang tidak melapor pada masa yang ditetapkan (untuk acara balapan pusingan separuh akhir dan pada akhir) dianggap tidak mengambil bahagian dalam acara berkenaan.

10.4 Peserta berkenaan dianggap menarik diri dari kejohanan dan jika telah memperolehi apa jua pingat pada acara sebelum ini, pingat tersebut tidak perlu dikembalikan kepada pengelola.Jika kelewatan ini tidak disengajakan, persetujuan Referi Bilik Panggilan perlu diperolehi sebelum dibenarkan bertanding. Syarat ini bergantung kepada kedudukan acara dan tidak boleh mengubah kedudukan atau keputusan yang telah diperolehi.

10.5 Sekiranya peserta terbabit mengambil bahagian di dalam acara yang sedang dijalankan kerana terlibat dalan acara lain yang dijalankan pada masa yang sama, Pengurus Pasukan hendaklah memberitahu Hakim Bilik Panggilan. Acara Balapan hendaklah diberi keutamaan.

10.6 Peserta yang mengambil bahagian pada peringkat akhir WAJIB memulakan dan menamatkan perlumbaan (acara balapan) kecuali peserta tersebut mengalami kecederaan. Jika tidak peserta berkenaan dianggap menarik diri dari kejohanan.

10.7 Peserta yang menarik diri semasa kejohanan tidak boleh diganti. Peserta berkenaan TIDAK DIBENARKAN bertanding bagi acara berikutnya. Jika telah memenangi pingat sebelum diisytiharkan menarik diri, pingat yang dimenangi akan dikekalkan.

11.0 PENGGANTIAN PESERTA.

11.1 TIDAK DIBENARKAN sebarang pertukaran acara bagi peserta-peserta acara perseorangan di sepanjang kejohanan ini.

11.2 Penggantian peserta hanya boleh dibuat dalam taklimat Pengurus Pasukan sebelum atau pada HB MAC 2015. Ia hanya melibatkan penggantian peserta yang telah

Page 8: Peraturan Kejohanan Balapan _ Padang Mssdj 2015

JAWATANKUASA TEKNIK & PEMBANGUNAN BALAPAN & PADANGMAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JEMPOL 2015

8

berdaftar sahaja. (Peserta A hanya boleh diganti oleh Peserta B dengan syarat Peserta B mengambil semua acara yang didaftarkan bagi Peserta A).

11.3 Peserta yang disahkan cedera oleh Pegawai Perubatan Kejohanan semasa kejohanan TIDAK DIANGGAP MENARIK DIRI. Jika pegawai perubatan tidak disediakan, sijil sakit dari doktor swasta / kerajaan boleh di terima. Peserta masih boleh bertanding pada baki acaranya.

12.0 PENARIKAN DIRI DAN PEMBATALAN

12.1 Semua peserta yang telah layak dari pusingan separuh akhir ke akhir TIDAK DIBENARKAN menarik diri dari acara peringkat akhir. Peserta yang mengambil bahagian pada peringkat akhir mesti memulakan dan menamatkan perlumbaan. Jika tidak, peserta berkenaan dianggap menarik diri dari kejohanan balapan dan padang. Sebarang pingat yang dimenangi bagi acara sebelumnya dikekalkan.

12.2 Peraturan salah mula masih menggunakan format peraturan lama.

13.0 PENENTUAN JOHAN PASUKAN DAN INDIVIDU

13.1 Keputusan keseluruhan berpandukan jumlah pungutan emas diikuti pingat perak dan gangsa Termasuk pencapaian pasukan dan individu.

13.2 Pemilihan Peserta Terbaik.

13.2.1 Pemilihan peserta terbaik mengikut kelas umur berpandukan kepada peserta yang memecahkan rekod pada peringkat yang tertinggi (MSSDJ, MSSNS, MSSM, SEKOLAH ASEAN, MAAU)

13.2.2 Sekiranya klausa 13.2.1 tidak dapat dipenuhi, maka penyamaan rekod akan diambil kira dalam pemilihan peserta terbaik.

13.2.3 Jika masih seri, rekod yang paling lama bertahan menjadi keutamaan.

13.2.4 Seterusnya adalah berpandukan kepada pungutan pingat emas, perak dan gangsa yang diperolehi oleh peserta tersebut.

13.2.5 Jika pungutan pingat-pingat seri, keputusan akan dibuat berpandukan kepada pungutan pingat :

12.2.5.1 Gabungan Acara Balapan dan Padang 12.2.5.2 Acara Balapan (Acara jarak dekat diutamakan dari jarak jauh) 12.2.5.3 Acara Padang.

13.2.6 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknik & Pembangunan Balapan dan Padang MSSDJ berkaitan pemilihan peserta terbaik kejohanan adalah muktamad.

14.0 AKHIR/ KEDUDUKAN LORONG

14.1 Jika terdapat EMPAT SEPARUH AKHIR, pemenang dari setiap separuh akhir akan layak ke peringkat akhir dan 4 peserta lain yang memperolehi catatan masa terbaik akan layak ke peringkat akhir.

14.2 Jika terdapat TIGA SEPARUH AKHIR : Dua peserta pemenang dari setiap separuh akhir dan dua peserta lain yang memperolehi catatan masa terbaik akan layak ke peringkat akhir. Jika terdapat DUA SEPARUH AKHIR : Tiga peserta pemenang dari setiap separuh akhir

Page 9: Peraturan Kejohanan Balapan _ Padang Mssdj 2015

JAWATANKUASA TEKNIK & PEMBANGUNAN BALAPAN & PADANGMAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JEMPOL 2015

9

dan dua peserta lain yang memperolehi catatan masa terbaik akan layak ke peringkat akhir. 14.3 Jika terdapat TIGA SEPARUH AKHIR : Dua peserta pemenang dari setiap separuh akhir

dan dua peserta lain yang memperolehi catatan masa terbaik akan layak ke peringkat akhir. Jika terdapat DUA SEPARUH AKHIR : Tiga peserta pemenang dari setiap separuh akhir dan dua peserta lain yang memperolehi catatan masa terbaik akan layak ke peringkat akhir.

14.4 Acara 4 x 100m (P4 & L4), 4 x 100m dan 4 x 200m (P3 & L3), 8 PASUKAN YANG MENCATATKAN MASA TERBAIK dalam semua saringan akan LAYAK MASUK KE PERINGKAT AKHIR. Jika terdapat persamaan masa bagi dua atau lebih pasukan, cabutan undi akan dibuat untuk menentukan peserta yang layak masuk ke peringkat akhir.

14.5 Acara 100m, 200m, 60m lari berpagar dan 80m lari berpagar (P3, P4, L3 & L4) - 16 PESERTA YANG MENCATATKAN MASA TERBAIK dalam semua saringan akan layak masuk ke peringkat SEPARUH AKHIR. Jika terdapat persamaan masa bagi dua atau lebih pasukan atau peserta, cabutan undi akan dibuat untuk menentukan peserta yang layak masuk ke peringkat separuh akhir.

14.6 Kedudukan lorong pada peringkat akhir akan ditentukan mengikut masa yang dibuat pada peringkat separuh akhir. EMPAT MASA TERBAIK AKAN DITEMPATKAN DALAM LORONG 3,4,5 DAN 6 mengikut cabutan undian. DUA MASA TERBAIK BERIKUTNYA DIUNDIKAN DILORONG 7 DAN 8. DUA MASA BERIKUTNYA DIUNDIKAN DI LORONG 1 DAN 2.

14.6.1 SEMUA UNDIAN DIBUAT OLEH JAWATANKUASA TEKNIK KEJOHANAN.

Sekiranya kejohanan ini melibatkan banyak saringan terutamanya yang melibatkan sekolah-sekolah rendah. Kemungkinan akan terdapat lebih daripada 8 pasukan atau peserta bagi sesuatu acara; terutamanya acara yang popular. Maka rujuk 14.5 dan 14.6.

15.0 BANTAHAN

15.1 Sebarang bantahan berhubung dengan kejohanan hendaklah dibuat oleh Pengurus Pasukan secara bertulis dalam masa 15 minit (peringkat separuh akhir) dan 30 minit (peringkat akhir) selepas satu-satu keputusan rasmi diumumkan dengan menyertakan Wang Pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja).

15.2 Wang Pertaruhan ini akan menjadi hak milik Jawatankuasa Pertandingan jika bantahan tidak berjaya.

15.3 Sebarang masalah yang timbul berkaitan Kejohanan ini, Pengurus-pengurus Pasukan hendaklah mengemukakannya kepada Pengurus Kejohanan.

15.4 Penggunaan sebarang peralatan berteknologi terkini seperti rakaman video adalah TIDAK DITERIMA sebagai bahan bukti.

.15.4.1 Jika kemudahan tersebut tidak disediakan maka keputusan REFERI dan

JURI RAYUAN adalah MUKTAMAD.

15.5 Panel Juri Rayuan adalah terdiri:

14.5.1 Setiausaha Kehormat MSSDJ atau wakil14.5.2 Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Sukan Balapan Dan Padang MSSDJNS /

Pengarah Kejohanan 14.5.3 Pengerusi Kepegawaian atau wakil 14.5.4 2 Pengurus Pasukan Berkecuali14.5.5 Setiausaha (Pencatat) - tiada kuasa mengundi

Page 10: Peraturan Kejohanan Balapan _ Padang Mssdj 2015

JAWATANKUASA TEKNIK & PEMBANGUNAN BALAPAN & PADANGMAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JEMPOL 2015

10

16.0 HADIAH

16.1 Acara Individu sehingga 1500 meter : Pertama hingga Ketiga16.2 Acara Individu 2000 meter ke atas : Pertama hingga Keenam16.3 Acara Quatathlon : Pertama hingga Keenam16.4 Acara Berpasukan : Pertama hingga Ketiga (Lima orang orang

setiap pasukan)16.5 Acara Padang : Pertama hingga Ketiga

Penyelia hadiah akan menjemput pemenang untuk menerima hadiah. Pengurus pasukan mesti menyediakan pengganti peserta jika pemenang tidak dapat hadir. Penerima hadiah hendaklah berpakaian sesuai (baju dan seluar trek), berkasut dan tanpa bertopi.

17.0 KESELAMATAN

17.1 Pihak Pengelola akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

17.2 Pihak Pengelola tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku ke atas mana-mana pihak sebelum, semasa atau selepas kejohanan

17.3 Sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda peserta adalah tanggungjawab peserta itu.

17.4 Penyertaan peserta adalah tanggungjawab sendiri.

18.0 PENGGUNAAN DADAH

18.1 Penggunaan dadah sebelum atau semasa kejohanan adalah diharamkan.18.2 Ujian-ujian pengesanan (doping test) boleh dijalankan ke atas peserta-peserta secara

rambang.

19.0 TINDAKAN MAHKAMAH

19.1 Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas pengelola berhubung dengan kejohanan ini.

20.0 STATUS ATLET

20.1 Atlet yang bersekolah di Sekolah Sukan Malaysia, Sekolah Sukan Negeri serta mana-mana sekolah pusat latihan di luar Negeri Sembilan dibenarkan untuk menyertai sekolah di mana nama asalnya didaftarkan.

20.2 Jika terdapat sebarang masalah, perbincangan adalah diharapkan. Walau bagaimanapun keputusan Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Balapan dan Padang MSSDJ adalah muktamad.

21.0 PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

21.1 Semua acara dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Pihak Pengelola berhak membuat pindaan dalam susunan acara jika difikirkan perlu

21.2 Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Balapan dan Padang MSSDJ berhak membuat sebarang pindaan tertentu ke atas peraturan pertandingan tanpa terikat

Page 11: Peraturan Kejohanan Balapan _ Padang Mssdj 2015

JAWATANKUASA TEKNIK & PEMBANGUNAN BALAPAN & PADANGMAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JEMPOL 2015

11

kepada persetujuan Pengurus-pengurus Pasukan. Walau bagaimanapun, sebarang pindaan atau pertukaran yang dibuat akan dimaklumkan kepada Pengurus-pengurus Pasukan.

21.3 Pengelola berhak memutuskan sebarang perubahan Peraturan Pertandingan yang tidak tercatat dalam peraturan MSSM dan Undang-undang KOM.

Disediakan oleh :

PTPS BALAPAN DAN PADANG MSS DAERAH JEMPOL 2015 &PENGERUSI PENGELOLA KEJOHANAN