Peraturan Kejohanan Kejohanan TaekwonDo 2015

8
DENGAN KERJASAMA : KEJOHANAN TAEKWON-DO KOLEJ KOMUNITI JEMPUTAN KEBANGSAAN 2015 KEJOHANAN TAEKWON-DO KOLEJ KOMUNITI JEMPUTAN KEBANGSAAN 2015 1 NAMA PERTANDINGAN KEJOHANAN TAEKWON-DO KOLEJ KOMUNITI JEMPUTAN KEBANGSAAN 2015 2 PENGANJUR Anjuran Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Kelolaan Kolej Komuniti Kuala Kangsar dan Kolej Komuniti Tapah dengan kerjasama Persekutuan Taekwon-Do Global Malaysia(MGTF), RTC Perak dan Mydin Mall RTC Perak. 3 JAWATANKUASA TEKNIKAL Malaysian Global Taekwon-Do Federation (MGTF) 4 TARIKH PERTANDINGAN 5 dan 6 Disember 2015 5 JENIS PERTANDINGAN ACARA “PATTERN” BLACK BELT (1st DAN : 13 tahun ke atas ), (2nd DAN : 15 tahun ke atas ), (3rd DAN : 17 tahun ke atas) COLOUR BELT– 13 tahun ke atas ACARA “FREE-SPARRING” INDIVIDU BLACK BELT -13 tahun ke atas COLOUR BELT– 13 tahun ke atas 6 TEMPAT PERTANDINGAN RTC Perak, Gopeng, Perak Darul Ridzuan.

description

Peraturan Kejohanan Kejohanan TaekwonDo 2015

Transcript of Peraturan Kejohanan Kejohanan TaekwonDo 2015

Page 1: Peraturan Kejohanan Kejohanan TaekwonDo 2015

DENGAN KERJASAMA :

KEJOHANAN TAEKWON-DO KOLEJ

KOMUNITI JEMPUTAN KEBANGSAAN 2015

KEJOHANAN TAEKWON-DO KOLEJ KOMUNITI JEMPUTAN KEBANGSAAN 2015

1

NAMA PERTANDINGAN

KEJOHANAN TAEKWON-DO KOLEJ KOMUNITI JEMPUTAN KEBANGSAAN 2015

2

PENGANJUR

Anjuran Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Kelolaan Kolej Komuniti Kuala Kangsar dan Kolej Komuniti Tapah dengan kerjasama Persekutuan Taekwon-Do Global Malaysia(MGTF), RTC Perak dan Mydin Mall RTC Perak.

3

JAWATANKUASA TEKNIKAL

Malaysian Global Taekwon-Do Federation (MGTF)

4

TARIKH PERTANDINGAN

5 dan 6 Disember 2015

5

JENIS PERTANDINGAN

ACARA “PATTERN”

BLACK BELT (1st DAN : 13 tahun ke atas ), (2nd DAN : 15 tahun ke atas ), (3rd DAN : 17 tahun ke atas)

COLOUR BELT– 13 tahun ke atas ACARA “FREE-SPARRING” INDIVIDU

BLACK BELT -13 tahun ke atas

COLOUR BELT– 13 tahun ke atas

6

TEMPAT PERTANDINGAN

RTC Perak, Gopeng, Perak Darul Ridzuan.

Page 2: Peraturan Kejohanan Kejohanan TaekwonDo 2015

DENGAN KERJASAMA :

7

PERATURAN

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan Persekutuan Taekwon-Do Global Malaysia (MGTF). Pihak penganjur berhak meminda sebarang peraturan yang difikirkan perlu tanpa sebarang notis. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Kejohanan Taekwon-Do (MGTF) ini adalah muktamad dan sebarang pembantahan tidak akan dilayan.

8

PENYERTAAN

Penyertaan terbuka kepada semua ahli Taekwon-Do Kolej Komuniti/Politeknik/Kolej Vokasional/IPTA/IPTS seluruh Malaysia. Persatuan negeri/kelab dari aliran GTF, ITF dan WTF yang dijemput.

9

KELAYAKAN

1. Pelajar yang mempunyai status “pelajar” IPT/Kolej Komuniti / Politeknik/ Kolej Vokasional 2. Semua ahli Taekwon-Do berdaftar di bawah MGTF, ITFM dan TM 3. Perlu mendapat kebenaran ibu bapa (bagi peserta di bawah 18 tahun) 4. Color belt (8th KUP – 1st KUP) , Black belt (1st DAN – 3rd DAN) 5. Tiada had penyertaan bagi setiap kategori 6. Kelayakan akan terbatal sekiranya maklumat diberi adalah palsu

10

YURAN PENYERTAAN & URUSAN PEMBAYARAN

1. Individu – RM30.00 [“Pattern” dan/atau “Free Sparring”] 2. Bayaran perlu dibuat secara TUNAI semasa pendaftaran. 3. Resit akan disertakan sesudah pengesahan penerimaan.

Page 3: Peraturan Kejohanan Kejohanan TaekwonDo 2015

DENGAN KERJASAMA :

11

PENDAFTARAN

1. Pengurus Pasukan/ Jurulatih perlu menghantar senarai

peserta kepada pihak Urusetia Kejohanan 1 MINGGU lebih awal. Sila kemukakan maklumat di dalam Borang Maklumat Kontinjen yang dilampirkan. Pendaftaran dan verifikasi bermula 3.00 petang - 10.00 malam (4 Disember 2015-Jumaat) di RTC Perak.

2. 2. Sebarang kelewatan perlu dielakkan dan pihak Penganjur berhak menolak permohonan yang lewat diterima.

3. Pengesahan diri seperti MyKad dan Sijil Tali Pinggang (atau Representasi daripada Jurulatih) perlu dibawa bagi tujuan verifikasi maklumat (persatuan/kelab/institusi )

4. Manakala bagi pelajar Kolej Komuniti/Politeknik/Kolej Vokasional/IPTA/IPTS sila bawa bersama kad pelajar.

12

PAKAIAN PESERTA

Setiap peserta hendaklah memakai pakaian Taekwondo-Do (DOBOK) GTF,TFM atau WTF yang dibenarkan sahaja. Peserta dilarang memakai sebarang perhiasan diri atau peralatan tambahan. Contoh : cincin, rantai, subang dan gelang. Permakaian cermin mata walaubagaimanapun tertakluk kepada budibicara Juri dan atas tanggungan peserta sendiri. Kuku yang panjang tidak dibenarkan sama sekali. Juri dan penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta yang gagal mematuhi peraturan ini.

Page 4: Peraturan Kejohanan Kejohanan TaekwonDo 2015

DENGAN KERJASAMA :

13

PERALATAN

Peralatan adalah tanggungjawab peserta sendiri. Peralatan yang diwajibkan bagi setiap peserta yang mengambil bahagian dalam acara Free-sparring adalah:- a) Pelindung kepala b) Pelindung kemaluan c) Pelindung kaki & tangan d) Pelindung mulut Pengurus Pasukan perlu memastikan peralatan mencukupi dan memenuhi asas keselamatan. Pinjaman peralatan sesama pasukan bertanding TIDAK digalakkan. Risiko kehilangan/kerosakan adalah di atas tanggungan peserta. Pihak Penganjur berhak menghalang penyertaan jika peralatan dari peserta,tidak mencukupi, lusuh atau tidak selamat penggunaannya. Adalah menjadi tanggungjawab Pengurus pasukan dan Jurulatih untuk memastikan semua peserta mereka bersedia dengan peralatan masing-masing di gelanggang yang berkenaan. Nombor peserta akan dipanggil sebanyak 3 kali sebelum sesuatu acara bermula. Bagi peserta yang tidak muncul selepas dipanggil 3 kali semasa pertandingan akan dikira kalah (“walk over”).

14

TIMBANG BERAT BADAN dan TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

Pembahagian kategori akan diadakan pada 4 Disember 2015 bermula dari jam 3.00 petang – 10.00 malam di RTC Perak. Taklimat Pengurus Pasukan diadakan pada 5 Disember 2015 jam 8.00 pagi bertempat di RTC Perak.

Page 5: Peraturan Kejohanan Kejohanan TaekwonDo 2015

DENGAN KERJASAMA :

15

SISTEM PERTANDINGAN

Semua acara akan menggunakan sistem permarkahan MGTF. Walaubagaimanapun pihak penganjur berhak untuk mengubahsuai peraturan dan permarkahan pertandingan tanpa notis awal. Acara: Free-sparring (Pusingan awal & akhir)

1 pusingan, 1.5 minit setiap perlawanan.

Undian dan jadual pertandingan akan di tetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan

16

JURI & PENGADIL

Akan dilantik oleh pihak penganjur. Semua keputusan pengadil adalah muktamad.

17

TAKLIMAT PENGADIL

Taklimat Pengadil akan diadakan pada 5 Disember 2015 jam 8.00 pagi bertempat di RTC Perak.

18

BANTAHAN/ TATATERTIB

Hanya pengurus pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang tunai pertaruhan sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja). Wang pertaruhan akan luput jika, bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar. Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada badan rayuan dalam masa 10 minit selepas pertandingan itu tamat. Sebarang rayuan selepas masa 10 minit pertandingan itu tidak akan dilayan.

19

JURI RAYUAN/ TATATERTIB

Pihak penganjur bertanggungjawab sepenuhnya atas perlantikan Juri dan Pengadil Kejohanan. Prosedur perlantikan Juri Rayuan/Tatatertib Pertandingan adalah seperti yang digunapakai oleh MGTF.

Juri/Rayuan/Tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak berkaitan dalam perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan. Juri Rayuan/Tatatertib akan bersidang setelah menerima laporan pengadil atau Pegawai Pertandingan dan akan membuat tindakan tatatertib jika perlu.

Page 6: Peraturan Kejohanan Kejohanan TaekwonDo 2015

DENGAN KERJASAMA :

20

HADIAH-HADIAH

Semua peserta akan diberikan sijil penyertaan oleh penganjur. Acara Pattern - Pingat pingat yang disediakan ialah 1 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa bagi setiap kategori Acara Free Sparring – Pingat-pingat yang disediakan ialah 1 Emas, 1 Perak dan 2 Gangsa bagi setiap kategori

21

INSURAN

Adalah menjadi tanggungjawab semua jurulatih dan pengurus pasukan untuk memastikan bahawa peserta dilindungi dengan insuran. Pihak Penganjur (Kolej Komuniti Negeri Perak) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang insiden dan kemalangan yang membabitkan para peserta dan pegawai kejohanan sepanjang masa kejohanan berlangsung.

22

KEMUDAHAN MAKAN MINUM, PENGANGKUTAN dan PENGINAPAN

Pihak penganjur TIDAK menyediakan makan minum dan penginapan bagi peserta. Walaubagaimanapun, para peserta boleh menginap di penginapan yang disediakan . Cadangan Tempat Penginapan Peserta:

1. Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah. KM21, Lebuhraya Ipoh – Lumut 31560 Siputeh, Perak Darul Ridzuan (Kapasiti 200 orang , L-100 dan P-100)

*peserta perlu membawa sendiri cadar, sarung bantal dan selimut untuk keselesaan. Para pengadil yang dilantik akan disediakan makan minum dan penginapan sepanjang masa pertandingan.

23

TARIKH TUTUP

Borang penyertaan yang lengkap diisi (soft copy) hendaklah

dihantar sebelum jam 12.00 tengahari pada 30 November

2015(Isnin).

Page 7: Peraturan Kejohanan Kejohanan TaekwonDo 2015

DENGAN KERJASAMA :

24

MAKLUMAT KATEGORI & BERAT

1.0 Kategori Pattern Peserta adalah tertakluk kepada pattern untuk tahap tali

pinggang masing masing sahaja :

Colour Belt Pattern

Bil. Kategori

1 White To White -Yellow

2 Yellow To Yellow-Green

3 Green To Blue

4 Blue –Red To Red-Black

Black Belt Pattern

Bil. Kategori

1 Black 1st DAN

2 Black 2nd DAN

3 Black 3rd DAN

2.0 Kategori Free-Sparring : Peserta bagi setiap umur akan dipecahkan kepada 6 kategori. Colour Belt Free-Sparring

Bil. Kategori

1 A – Junior

2 B – Junior

3 C – Junior

4 D – Senior

5 E – Senior

6 F - Senior

UMUR Wanita (Kategori)

Lelaki (Kategori)

13 – 14 1,2,3,4 1,2,3,4

15 - 16 1,2,3,4 1,2,3,4

17 dan ke atas 1,2,3,4 1,2,3,4

UMUR Wanita (Kategori)

Lelaki (Kategori)

13 – 14 1 1

15 - 16 1,2 1,2

17 dan ke atas 1,2,3 1,2,3

Page 8: Peraturan Kejohanan Kejohanan TaekwonDo 2015

DENGAN KERJASAMA :

UMUR Wanita Lelaki

13 – 14 A,B,C,D,E,F A,B,C,D,E,F

15 - 16 A,B,C,D,E,F A,B,C,D,E,F

17 dan ke atas A,B,C,D,E,F A,B,C,D,E,F

3.0 Black Belt Free Sparring Peserta akan dibahagikan kepada 4 kategori. Kategori akan ditetapkan oleh pihak jawatankuasa teknikal selepas tamat pendaftaran Black belt.

Bil. Kategori

1 A

2 B

3 C

4 D

Kategori Wanita Lelaki

13 – 14 A,B,C,D A,B,C,D

15 - 16 A,B,C,D A,B,C,D

17 dan ke atas A,B,C,D A,B,C,D

25

PERTANYAAN & MAKLUMAT

Laman web rasmi kejohanan : fb rasmi kejohanan : Kejohanan Taekwon-do Kolej Komuniti Jemputan Kebangsaan 2015

Bil Nama Pegawai Jawatankuasa No.Telefon

1. Niza Asyadi bin Hamzah

Pengarah Program

013-6317383

2. Norzilah Ismail JK Jemputan Peserta

012-5474101

3. Nor Azlinda binti Mohd Yahaya Siti Dalia binti Muhamad

JK Penginapan 013-2737100

012-5043446

4. Zahida Hanim Binti Zaini

JK Pendaftaran 012-2494202

5. Mohd Salehudin bin Mohd Ali

JK Teknikal, Peralatan dan Tempat

012-5757271