peraturan koam

13
PERATURAN KOAM 2010/2011 Peraturan 100 (1) Semua pertandingan,kecuali Kejohanan-Kejohanan Dunia (Tempat Terbuka atau Tempat Tertutup) dan Sukan Olimpik, boleh diadakan dalam bentuk format yang berbeza daripada apa yang terkandung dalam Peraturan Teknikal IAAF/KOAM ini. Walaubagaimanapun format tersebut tidak boleh memberi hak yang lebih kepada atlet daripada hak yang akan diberikan kepada atlet jika Peraturan Teknikal IAAF/KOAM ini digunapakai. Format berbeza yang akan digunakan hendaklah ditentukan oleh badan yang mengawal pertandingan berkenaan. (2) Jika rayuan melibatkan perkara yang terkandung di bawah Peraturan 230, sekurang-kurangnya seorang daripada ahli Panel Juri Rayuan mesti terdiri daripada Ahli Panel Hakim Jalan Kaki Antarabangsa (atau Wilayah berkenaan) Mana-mana Ahli Juri Rayuan mesti menarik diri dari sessi pertimbangan Panel Juri Rayuan jika rayuan itu, secara langsung atau tidak langsung melibatkan atlet atau pasukan dari negara atau negeri Ahli panel berkenaan. Pengerusi Juri Rayuan akan mengarahkan Ahli berkenaan bertindak sedemikian jika beliau belum lagi menarik diri. IAAF/KOAM atau badan yang bertanggungjawab ke atas pertandingan tersebut akan melantik seorang atau lebih dari seorang pengganti untuk mengambil tempat ahli atau ahli-ahli yang terpaksa mengundur diri dalam situasi di atas.

Transcript of peraturan koam

Page 1: peraturan koam

PERATURAN KOAM 2010/2011

Peraturan 100

(1) Semua pertandingan,kecuali  Kejohanan-Kejohanan Dunia  (Tempat Terbuka atau

Tempat Tertutup) dan Sukan Olimpik, boleh diadakan dalam bentuk format yang

berbeza daripada apa yang terkandung dalam  Peraturan Teknikal IAAF/KOAM  ini. 

Walaubagaimanapun format tersebut tidak boleh memberi  hak yang lebih kepada atlet 

daripada hak yang akan diberikan kepada atlet jika  Peraturan Teknikal  IAAF/KOAM ini

digunapakai. Format berbeza yang akan digunakan hendaklah ditentukan oleh badan

yang mengawal pertandingan berkenaan.

(2) Jika rayuan melibatkan perkara yang terkandung di bawah Peraturan 230, sekurang-

kurangnya seorang daripada   ahli  Panel Juri Rayuan mesti terdiri daripada Ahli Panel

Hakim Jalan Kaki Antarabangsa (atau Wilayah berkenaan)

Mana-mana Ahli Juri Rayuan mesti menarik diri dari sessi pertimbangan Panel Juri Rayuan jika

rayuan itu, secara langsung atau tidak langsung melibatkan atlet atau pasukan dari negara atau

negeri Ahli panel berkenaan.  Pengerusi Juri Rayuan akan mengarahkan  Ahli  berkenaan

bertindak sedemikian jika beliau belum lagi menarik diri.  IAAF/KOAM atau badan yang

bertanggungjawab ke atas pertandingan tersebut akan melantik seorang atau lebih dari seorang

pengganti untuk mengambil tempat ahli atau ahli-ahli yang terpaksa mengundur diri dalam

situasi di atas.

Peraturan 125.

Seorang atau lebih dari seorang Referi, mengikut kesesuaian, hendaklah dilantik bagi

Bilik Panggilan,  Acara-Acara Balapan,  Acara-Acara Padang,  Acara-Acara Bercampur

dan bagi Acara-Acara Larian dan Jalan Kaki di luar stadium.

Semua amaran dan penyingkiran yang dibuat oleh Referi mesti maklumkan kepada

Setiausaha Pertandingan dan kepada Referi-Referi yang lain.

Page 2: peraturan koam

Referi Acara Jalanraya (Peraturan 144 dan 240.8) seboleh-bolehnya akan memberi

amaran kepada peserta terlebih dahulu sebelum bertindak membatalkan  peserta itu. 

Jika amaran ini dipertikaikan dan ada bantahan langkah-langkah yang terkandung

dalam Peraturan 146 akan beroperasi.

Peraturan 127.

Pengadil (atau Pengadil-Pengadil) berkenaan dikehendaki melaporkan kepada Referi sekiranya

berlaku perlanggaran Peraturan walaupun atlet (atau pasukan) tidak menamatkan larian.

Peraturan 132

Satu Pusat Maklumat Teknikal  (Technical Information Centre) akan ditubuhkan bagi

Pertandingan-Pertandingan  di bawah Peraturan 1.1 (a), (b), (c), (f) dan (g). Penubuhan Pusat

ini juga digalakkan untuk semua pertandingan yang mengambil masa  lebih dari satu hari.

Fungsi utama Pusat Maklumat Teknikal ialah untuk memastikan pertukaran maklumat teknikal

dan pertandingan diantara penganjur,Wakil Teknik,atlet,pasukan dan pentadbir pertandingan

berjalan dengan mudah dan licin.

Peraturan 137.  

Seorang atau lebih dari seorang Hakim Ukur hendaklah dilantik sekiranya alat ukur

elektronik atau alat ukur video digunakan.

Hakim-Hakim dibawah penyeliaan Referi (jika boleh Pegawai Teknik Antarabangsa yang

ditugaskan untuk acara berkenaan)

Satu borang pengesahan akan ditandatangani oleh semua yang terlibat dan disertakan

dengan kad keputusan. Semasa pertandingan sedang berjalan beliau

bertanggungjawab ke atas semua aspek operasi alat. Beliau akan melaporkan kepada

Referi Acara Padang untuk mengesahkan yang alat berfungsi dengan betul.

Peraturan 141.   

Page 3: peraturan koam

bagi acara-acara yang dipertandingkan dalam stadium dan atlet yang mencapai hari lahir ke-

40bagi acara-acara di luar stadium.

Peraturan 144

Kebenaran untuk berbuat demikian hanya akan diberikan jika tidak ada alat paparan

masa yang diletakkan di tempat-tempat tertentu yang boleh dilihat oleh semua atlet yang

bertanding. Kawasan pertandingan haruslah  diasingkan dan bersempadan.  Kawasan

ini dikhaskan untuk pertandingan dan boleh dimasuki oleh atlet-atlet  yang bertanding

dan pegawai-pegawai yang berhak berada di kawasan itu sahaja menggikut Peraturan

dan Tatacara Teknikal dan Pertandingan.

Peraturan 146.    

Sebarang bantahan hendaklah terlebih dahulu dikemukakan  secara lisan kepada Referi

berkenaan oleh atlet itu sendiri atau orang yang bertindak bagi pihak atlet yang terlibat.

Orang atau pasukan yang membuat bantahan mesti ada kepentingan “bona fide” dalam

acara tersebut.

Semua keputusan yang dibuat oleh Referi masih boleh di cabar melalui rayuan  kepada

Juri Rayuan. Jika Referi tidak ada atau tidak dapat dikesan untuk dikemukakan

bantahan lisan,bantahan  tersebut boleh dibuat melalalui Pusat Maklumat Teknikal.

Jika percubaan yang menimbulkan bantahan

(i) berlaku semasa tiga percubaan awal acara padang ukuran mendatar yang

melibatkan lebih daripada lapan orang peserta, dan atlet itu akan mara ke tiga

pusingan yang berikutnya jika bantahan itu berjaya atau

(ii) dalam acara padang ukuran tinggi dimana atlet tersebut boleh meneruskan

lompatan jika bantahan itu berjaya.

Referi boleh membenarkan atlet tersebut meneruskan pertandingan untuk menjaga hak

semua pihak.  Semua percubaan yang dibuat semasa bertanding dibawah bantahan

akan jadi sah jika disahkan oleh Referi atau Juri Rayuan jika rayuan yang kemukakan ke

Juri Rayuan berjaya.

Page 4: peraturan koam

Peraturan 146.   

Rayuan kepada Juri Rayuan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 minit

(a). selepas pengumuman rasmi  pencapaian yang diperbetulkan yang tertimbul

daripada keputusan Referi ekoran bantahan lisan , atau;

(b). makluman disampaikan kepada pihak yang membuat bantahan,tanpa perubahan

dibuat ke atas pencapaian asal.

Rayuan kepada Juri Rayuan mestilah dibuat secara bertulis, ditandatangani oleh

pegawai yang bertanggungjawab untuk atlet atau pasukan dan disertakan wang cagaran

sebanyak USD 100 (atau sama nilai). Wang cagaran ini tidak akan dipulangkan

sekiranya rayuan itu gagal.

Peringatan: Waktu keputusan dibuat oleh Referi berkenaan ke atas sesuatu bantahan mesti

disampaikan ke Pusat Maklumat Teknikal. Sekiranya tidak boleh mengumumkan keputusan

kepada pihak yang membantah secara lisan,masa rasmi untuk maksud pengumuman rasmi

keputusan akan dikira pada masa maklumat itu disampaikan  ke  Pusat Maklumat Teknikal.

Peraturan 162.    

Peringatan:  Untuk pertandingan dibawah Peraturan 1.1 (a), (b) (c) (e) dan (i), arahan Pelepas

mestila dalam Bahasa Inggeris sahaja.

Setelah menerima arahan “Ke garisan” atau “sedia” semua atlet dikehendaki mematuhi

arahan dan mesti bergerak dan mengambil posisi dengan kedudukan bersedia tanpa

membuang masa.

Jika Pelepas berpendapat bahawa ada peserta

(a)    selepas arahan “Ke Garisan” atau “sedia” dan sebelum tembakan pistol, telah

menyebabkan prosedur permulaan dihentikan  dengan cara mengangkat tangan,atau

berdiri atau bangun tanpa sebab ynag munasabah (dari pandangan Referi) atau

Page 5: peraturan koam

(b)   gagal mematuhi secara betul arahan “ke garisan” atau “sedia”,menganggu atlet lain

dengan mengeluarkan bunyi dan sebagainya

Pelepas akan membatalkan permulaan dan mengarah supaya prosedur diulangi.

Referi bekenaan boleh memberi amaran kepada atlet tersebut kerana tidak berkelakuan baik

(boleh disingkirkan jika diulangi) mengikut Peraturan-Peraturan 125.5 and 145.2.

Jika permulaan terpaksa di batalkan oleh kerana kuasa luar,atau Referi tidak setuju

dengan tindakan Pelepas kad hijau akan ditunjukkan kepada semua atlet untuk

memberitahu mereka yang salah mula telah berlaku tetapi bukan disebabkan oleh

mana-mana  atlet yang bertanding.

Mulai 1 Januari 2010. Kecuali dalam Acara Bercampur,mana-mana atlet yang

melakukan salah mula akan disingkirkan.

Dalam Acara Bercampur peserta yang melakukan salah mula hendaklah diberi

amaran.Hanya satu salah mula dalam satu perlumbaan dibenarkan tanpa pembatalan

atlet. Mana-mana atlet yang melakukan salah mula lagi dalam perlumbaan itu akan

dibatalkan.

Peraturan 165.   

Semua Penjaga Masa hendaklah menggunakan jam  elektronik yang dikendalikan

secara manual dengan paparan digital.

System berkenaan akan dimulakan dengan tembakan pistol pelepas  atau diserentakan

dengan isyarat mula.

Peraturan 166. 

Jika boleh,peserta dari  negara atau pasukan yang sama dan atlet-atlet yang mempunyai taraf

terbaik akan diletakkan dalam saringan yang berlainan di pusingan awal pertandingan. Dibawah

Peraturan ini, selepas pusingan awal, pertukaran atlet dari satu saringan ke saringan yang lain

hanya boleh dibuat diantara atlet yang setaraf mengikut Peraturan 166.3.

Page 6: peraturan koam

Peraturan 167.    

Jika Hakim-Hakim atau Hakim Foto Penamat tidak boleh mengasingkan kedudukkan

atlet mengikut Peraturan-Peraturan 164.2, 165.15, 165.21 atau 165.24  (yang dapat

dikaitkan), kedudukan seri akan kekal.

(mengikut Peraturan 167.1) ,untuk menentukan tempat kelayakan,  ianya akan

ditentukan secara undian.  Jika terdapat seri untuk melayakkan ke pusingan berikut

berdasarkan masa dan tempat,atlet-atlet yang seri akan dibenarkan ke pusingan

berikutnya atau, jika tidak praktikal, undian akan dibuat untuk menentukan atlet yang

layak.

Peraturan 168. 

Pemesongan mendatar maksima bahagian atas pagar (termasuk tiang-tiang) sekiranya tekanan

seberat 10 kg dikenakan di bahagian tengah tidak boleh melebihi 35 mm.

Peraturan 180. 

giliran bertanding untuk percubaan ke-empat dan ke-lima akan dibuat menyonsang susunan

kedudukan yang dicapai selepas  tamat tiga pusingan awal.  Giliran  untuk percubaan terakhir

mesti dalam urutan songsang mengikut kedudukkan yang dicatat melalui  lima  percubaan yang

awal.

Peringatan i.   Untuk Lompatan Tinggi,lihat Peraturan 181.2

Peringatan ii.   Jika seorang atau lebih atlet dibenarkan oleh Referi untuk bertanding bawah

bantahan mengikut Peraturan 146.4 (b),  atlet berkenaan akan membuat percubaan terlebih

dahulu daripada atlet-atlet lain.  Jika ada lebih dari seorang dalam situasi sedemikain, mereka

juga akan membuat percubaan terlebih dahulu  tetapi giliran sesama mereka akan mengikut

urutan  giliran asal.

Page 7: peraturan koam

Peraturan 189

Kecuali acara lompatan ketinggian,jika berlaku seri di mana-mana kedudukkan,termasuk

pertama,kedudukan itu akan kekal.

Menentukan Tempat

Jika dua atau lebih daripada dua orang atlet berjaya melepasi  ketinggian tertinggi yang sama

maka langkah-langkah berikut akan dilaksanakan untuk menentukan tempat  :

(a). Atlet yang mempunyai jumlah percubaan yang paling sedikit untuk melepasi

ketinggian tertinggi tersebut akan diberi tempat lebih teratas.

(b). Jika masih sama selepas melalui langkah yang terkandung dalam Peraturan 181.8

(a),  peserta yang mencatat jumlah kegagalan yang paling kurang sepanjang

pertandingan, termasuk percubaan di ketinggian yang terakhir yang dilepasi, akan diberi

tempat yang lebih teratas.

(c) Jika masih sama selepas langkah dalam Peraturan 181.8 (b),  atlet –atlet akan

diberikan tempat yang sama kecuali ianya melibatkan tempat pertama.

(d) Jika melibatkan tempat pertama atlet-atlet yang berkenaan hendaklah diberi satu 

lompatan sisih di ketinggian yang mengikuti ketinggian tertinggi yang dilepasi, seperti

yang di ditetapkan dalam Peraturan 181.1,  kecuali ada ketetapan yang berlainan dalam

peraturan pertandingan yang dibuat khas untuk pertandingan tersebut,  atau oleh Wakil

Teknik (atau Referi jika Wakil teknik tidak dilantik). Sekiranya lompatan sisih tidak

diadakan,  termasuk  keadaan di mana atlet-atlet berkenaan bersetuju sesama mereka

untuk tidak  melompat lagi, kedudukan seri di tempat pertama akan diistiharkan.

Peringatan : Prosedur ini tidak dikenakan dalan Acara Campuran.

Lompatan Sisih

Page 8: peraturan koam

(a) Peserta-peserta berkenaan mesti melompat di semua ketinggian sehingga

kedudukan dapat ditentukan atau sehingga semua peserta bersetuju untuk tidak mahu

melompat lagi.

(b) Setiap peserta  diberikan satu percubaan di satu paras ketinggian.

(c) Lompatan  akan bermula di ketinggian yang mengikuti ketinggian tertinggi yang

dilepasi seperti yang terdapat dalam Peraturan 181.1.

(d) Jika keputusan tidak dicapai, palang akan dinaikkan jika lebih daripada seorang

peserta berjaya melepasi ketinggian itu, atau diturunkan jika semua peserta gagal

melepasinya. Perubahan ketinggian mestilah sama iaitu 2 sm bagi Lompat Tinggi dan 5

sm untuk Lompat Bergalah.

(e) Jika ada atlet yang tidak melompat  mana-mana ketinggian beliau secara otomatik

kehilangan hak mendapat tempat pertama.  Jika terdapat hanya seorang atlet yang

masih tinggal,beliau akan diistiharkan sebagai pemenang samada beliau melepasi atau

tidak ketinggian itu.

Peraturan 183       

Galah boleh mempunyai balutan pita pelekat pada pemegang dan pita atau bahan yang lain

yang sesuai di penghujung tapaknya.

Peraturan 230

(a) …Peserta tersebut akan diberitahu tentang pembatalan itu oleh Ketua Hakim Jalan

Kaki atau Penolong Ketua Hakim Jalan Kaki dengan ditunjukkan papan merah apabila

sahaja  peserta tersebut menamatkan perlumbaan.

(b)    …dan (f), dua atau lebih dari dua orang Penolong-Penolong  Ketua Hakim Jalan

Kaki hendaklah dilantik.

Page 9: peraturan koam

(e)     Dalam semua pertandingan lain, di mana system di atas tidak digunakan, Ketua

Hakim, selepas tamat perlumbaan akan melaporkan dengan segera kepada Referi,

identiti atlet-atlet yang telah dibatalkan di bawah Peraturan 230.3(a) atau 230.6(a).

Mereka dikenali melalui bib yang mereka pakai.Masa pembatalan juga dilaporkan.

Perkara yang sama dilakukan untuk semua atlet yang menerima kad merah.

Peraturan 230    

Jika perlumbaan melibatkan bilangan peserta yang ramai, amaran lima minit, tiga minit

dan satu minit sebelum perlumbaan akan dibuat.

Peringatan :   Stesen kabus boleh didirikan jika sesuai dengan mengambil kira factor-faktor

cuaca dan pengurusan

Persegaran yang disediakan oleh atlet akan disimpan di bawah penyeliaan pegawai-

pegawai yang dilantik oleh penganjur,  dari masa ianya diserahkan oleh atlet atau

wakilnya.

Pegawai-Pegawai yang dilantik  (lihat d)  tidak boleh masuk laluan  atau menghalang

mana-mana atlet. Mereka dikehendaki mengulurkan persegaran tersebut samada dari

belakang atau di possisi yang tidak melebihi satu meter di hadapan atau tepi meja.

Peserta yang mengambil persegaran dari tempat selain daripada stesen persegaran

boleh dibatalkan.

Peraturan 240  

Permulaan/Penamat  boleh diadakan di atas rumput atau tapak yang lembut.

Peringatan v.  nSijil Resmi Ukuran Laluan yang sah untuk lima tahun akan dikeluarkan.

Selepas lima tahun laluan mesti diukur sekali lagi walaupun tiada apa-apa perubahan

berlaku.

Permulaan hendaklah dimulakan dengan tembakan pistol,meriam,horn-angin atau alat-

alat lain yang sesuai.  Kata arahan biasa untuk acara jarak dari 400m ke atas

Page 10: peraturan koam

digunakan(Peraturan 162.3) Dalam perlumbaan yang terdapat ramai peserta, amaran

lima minit, tiga minit  minit dan satu minit akan diberikan.

Peringatan.  Stesen kabus boleh diadakan jika sesuai dengan mengambil  kira  faktor-faktor

cuaca atau pengurusan.

Pegawai-pegawai yang dilantik tidak boleh masuk laluan atau menghalang mana-mana atlet.

Mereka akan menghulurkan persegaran tersebut samada dari belakang atau dari posisi yang

tidak melebihi  satu meter di hadapan atau di tepi meja.