peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

53
UNDANGUNDANG KECIL KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA No Pendaftaran 018006WKL PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT KHAS DAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA

Transcript of peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

Page 1: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

UNDANG­UNDANG KECIL KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN 

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA No Pendaftaran 0180­06­WKL 

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT KHAS DAN MESYUARAT AHLI 

JAWATANKUASA

Page 2: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA 

AM 

1.  Membentangkan peraturan Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Agung Khas  dan  Mesyuarat  Ahli  Jawatankuasa  yang  meliputi  perlantikan  Yang Dipertua,  aturan  mesyuarat,  hak  menghadiri  mesyuarat,  keperluan  mesyuarat, kuasa pengerusi serta kaedah pencalonan dan pengundian. 

TAKRIF 

2.  Bagi penggunaan dan kehendak Peraturan Mesyuarat, takrif yang digunapakai adalah seperti berikut: 

a.  “KSSKA” ertinya Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia. 

b.  “Peraturan” ertinya Peraturan Mesyuarat. 

c.  “Pencadang” ertinya ahli yang membawa sebarang cadangan. 

d.  “Penyokong” ertinya ahli yang menyokong sebarang cadangan. 

e.  “Penaung” ertinya Penaung KSSKA. 

f.  “Yang Dipertua” ertinya Yang Dipertua KSSKA. 

g.  “Naib Yang Dipertua” ertinya Naib Yang Dipertua KSSKA. 

h.  “Wakil” (proksi) ertinya seorang yang dipilih menjadi ahli Mesyuarat Agung KSSKA. 

i.  “AJK Biasa” ertinya Ahli Jawatankuasa Biasa. 

j.  “LLP” ertinya Lain­Lain Pangkat untuk menjawat AJK Biasa. 

k.  “Perlembagaan” ertinya Perlembagaan KSSKA. 

l.  “Undi Pemutus” ertinya keputusan muktamad daripada Pengerusi untuk menentukan pemenang sebarang pemilihan.

Page 3: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

KUASA PERATURAN 

3.  Pengurusan  dan  tertib  melaksanakan  mesyuarat  hendaklah  menurut Peraturan  ini.    Jika  berbangkit  sebarang  masalah,  maka  Penaung  berkuasa membuat keputusan dan keputusannya itu muktamad. 

4.  Jika  Mesyuarat  Agung,    Mesyuarat  Agung  Khas    atau  mana­mana mesyuarat  jawatankuasanya  didapati  gagal  mematuhi  Peraturan  Mesyuarat maka  ini hendaklah dikira sebagai suatu perkara luar aturan dan ianya  tidaklah boleh membatalkan perjalanan mesyuarat atau keputusan yang telah dibuatnya. 

PELANTIKAN YANG DIPERTUA 

5.  Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua akan dilantik oleh Penaung secara giliran tiap­tiap dua (2) tahun sekali  mengikut Fasal 22 Perlembagaan. 

6.  Yang Dipertua hendaklah menjadi Pengerusi dalam sebarang mesyuarat melainkan jika Yang Dipertua itu tidak hadir maka Naib Yang Dipertua hendaklah mengambil  tempatnya  ataupun mereka  bolehlah  bergilir­gilir mempengerusikan mesyuarat yang sama dan sekiranya kedua­dua Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua tidak hadir, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan. 

7.  Jika kedua­dua Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua berhenti serentak maka  Setiausaha  hendaklah  mencadangkan  kepada  Penaung  agar  membuat perlantikan Yang  Dipertua dan Naib Yang Dipertua yang baru. 

MESYUARAT 

8.  Mesyuarat  Agung,  Mesyuarat  Agung  Khas  dan  Mesyuarat  Ahli Jawatankuasa hendaklah diadakan menurut Perlembagaan. 

9.  Bahasa yang digunakan dalam mesyuarat ialah Bahasa Melayu. 

TEMPAT DAN MASA 

10.  Mesyuarat  Agung  hendaklah  dimulakan  pada  hari  dan  waktu  di  tempat yang ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa. 

NOTIS MESYUARAT 

11.  Setiausaha  hendaklah  memberitahu  kepada  ahli  dengan  bertulis sekurang­kurangnya  empat  belas  (14)  hari  kerja  terlebih  dahulu  daripada  hari diadakan  Mesyuarat  Agung  Tahunan  tetapi  jika  ada  sesuatu  yang  mustahak, Yang  Dipertua  berkuasa  memanggil  Mesyuarat  Agung  Khas  dengan mengeluarkan  pemberitahuan  di  dalam  tempoh  tidak  kurang  daripada  empat belas (14) hari kerja.

Page 4: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

12.  Mesyuarat Agung  yang  telah  ditetapkan boleh  ditangguh  ke  suatu  tarikh dan   masa yang ditentukan oleh Jawatankuasa sekiranya ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan. 

13.  Bagi  Mesyuarat  Jawatankuasa  notis  mengenai  mesyuarat  hendaklah disampaikan kepada semua ahli  jawatankuasa sekurang­kurangnya tiga (3) hari sebelum hari mesyuarat. 

HAK MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG DAN MESYUARAT AGUNG KHAS 

14.  Hanya  ahli  yang  telah  menjelaskan  yuran  pada  tahun  lalu  berhak  hadir dan mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat. 

15.  Seseorang  yang  telah  diisytiharkan  muflis  oleh  mahkamah  boleh menghadiri  Mesyuarat  Agung  sekiranya  ia  telah  membayar  denda  yang dikenakan  ke  atasnya.    Bagi  ahli  yang  dikenakan  tindakan  di  bawah  Akta Pertubuhan,  ia  hilang  hak  untuk  hadir  dan  mengambil  bahagian  dalam mesyuarat  sebelum  cukup  lima  (5)  tahun  keluar  dari  penjara  atau  tarikh  ia dikenakan denda. 

16.  Setiap  ahli  hendaklah  mengesahkan  kehadiran  untuk  hadir  menyuarat melalui perkhidmatan masing­masing. 

ATURAN MESYUARAT 

17.  Setiausaha  hendaklah memberitahu  dengan  bertulis  kepada  semua  ahli sekurang­kurangnya  empat  belas  (14)  hari  terlebih  sebelum  tarikh  mesyuarat beserta  agenda  dan  cadangan.  Jika  ada  sebab  yang  mustahak  pada  fikiran Jawatankuasa, agenda mesyuarat  ini bolehlah dihantarkan tidak  lewat daripada tiga (3) hari. 

18.  Urusan Mesyuarat Agung hendaklah didahulukan daripada urusan­urusan lain  dan urusan Mesyuarat Agung hendaklah  diaturkan mengikut  sebagaimana yang  baik  pada  pertimbangan  Pengerusi  tetapi  dengan  tidak  mengendahkan sebarang  syarat  lain  dalam  Peraturan    Mesyuarat  boleh  menentukan  sesuatu kerja itu didahulukan dengan tidak mengikut susunan yang telah ditetapkan. 

PEMBERITAHUAN USUL 

19.  Apa­apa  usul  yang  hendak  dikemukakan  semasa  mesyuarat  perlu dimajukan kepada Jawatankuasa dalam  tempoh  tidak kurang dari  sepuluh  (10) hari  kerja,  kecuali  jika  usul  tersebut  dibuat  oleh  mana­mana  AJK,  tempoh memajukan usul adalah tidak kurang dari tujuh (7) hari bekerja.

Page 5: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

20.  Jika pada  fikiran Pengerusi,  sesuatu usul yang diterima oleh Setiausaha itu  melanggar  sebarang  syarat  Peraturan  Mesyuarat  ini  Pengerusi  bolehlah memerintah notis itu dipinda atau ditolak. 

21.  Dengan tertakluk kepada syarat usul atau pindaan hendaklah diserahkan kepada  Setiausaha  dengan  bertulis.  Contoh  format  usul  adalah  seperti  di Kembaran A. 

KUORUM 

22.  Kuorum  bagi Mesyuarat  Agung  ialah  satu  perdua  (1/2)  daripada  jumlah ahli  yang  berhak  mengundi  atau  sekurang­kurangnya  dua  (2)  kali  jumlah  Ahli Jawatankuasa. 

23.  Sekiranya  tidak cukup bilangan selepas setengah  jam  lamanya daripada waktu  yang  ditetapkan,  maka  Pengerusi  hendaklah menangguhkan mesyuarat itu  kepada  satu  masa  yang  lain,  tetapi  sekiranya  ada  sebab  yang  mustahak Pengerusi  bolehlah  menjalankan  persidangan  itu  setelah  berunding  dengan Penaung dan keputusan Pengerusi adalah muktamad. 

24.  Hanya  ahli  yang  hadir  pada  mesyuarat  tahun  yang  lepas  dibenarkan membuat pengesahan minit. 

KEPERLUAN MESYUARAT AGUNG 

25.  Mesyuarat  Agung  hendaklah  diadakan  secepat  mungkin  selepas penutupan tahunan kewangan tetapi tidak lewat dari 30 April setiap tahun. Tarikh serta  masa  hendaklah  ditetapkan  oleh  AJK.    Perkara  berikut  hendaklah dilaksanakan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan: 

a.  Mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat yang lepas. 

b.  Membincangkan perkara berbangkit. 

c.  Membentangkan Laporan AJK berkenaan kegiatan/aktiviti  bagi tempoh berakhir pada 31 Disember. 

d.  Membentangkan laporan kewangan bagi tempoh berakhir pada 31 Disember. 

e.  Meluluskan anggaran pendapatan dan perbelanjaan. 

f.  Membincangkan dan memutuskan usul. 

g.  Melantik  Ahli  Jawatankuasa  Biasa  bagi  tempoh  dua  (2)  tahun tertakluk kepada Fasal 22 Perlembagaan.

Page 6: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

h.  Melantik pemeriksa kira­kira dan menetapkan ganjaran khidmatnya setiap dua (2) tahun. 

i.  Hal­hal lain. 

26.  Pengundi oleh proksi tidak dibenarkan. 

27.  Dalam semua Mesyuarat Agung, Mesyuarat Agung Khas atau Mesyuarat Jawatankuasa,  segala  keputusan  hendaklah  dijalankan  dengan  cara  undian terbanyak.    Pengerusi  mempunyai  Undi  Penentu.    Mesyuarat  hendaklah menentukan  sama  ada  undi  itu  dijalankan  secara  mengangkat  tangan  atau dengan menggunakan kertas undi. 

28.  Perlantikan AJK Biasa hendaklah dilantik setiap dua  tahun sekali  secara undi sulit dalam Mesyuarat Agung.  AJK Biasa hendaklah mengandungi lima (5) ahli terdiri daripada dua (2) pegawai dan tiga (3) LLP (3 AJK daripada TD, 1 AJK daripada  TLDM  dan  1  AJK  daripada  TUDM).  Pengundian  tentang  isu  lain hendaklah dibuat secara mengangkat tangan oleh majoriti ahli yang hadir. 

KEPERLUAN MESYUARAT AGUNG KHAS 

29.  Jawatankuasa  boleh,  pada  bila­bila  masa  dan  boleh  atas  sebab  yang tertentu  mengadakan  Mesyuarat  Agung  Khas  dan  hendaklah  juga  berbuat demikian  dalam  tempoh  30  hari  dari  tarikh  penerimaan  bertulis  beramai­ramai yang  ditandatangani  oleh  sekurang­kurangnya  satu  perlima  (1/5)  daripada  ahli yang    berkelayakan  untuk  mengundi.  Tiada  isu  lain  yang  boleh  dibincangkan dalam  sesuatu  Mesyuarat  Agung  Khas  kecuali  perkara  yang  dimaksudkan sahaja.  Ahli­ahli hendaklah diberi notis sekurang­kurangnya seminggu sebelum Mesyuarat Agung Khas diadakan. 

PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG 

30.  Pengerusi  dengan  restu  mana­mana  Mesyuarat  Agung  yang  sah  boleh menangguhkan  sesuatu  Mesyuarat  Agung  dari  satu  masa  ke  satu  masa  lain seperti  yang  telah  diputuskan  dan  bolehlah  menguruskan  mesyuarat  yang berikutnya  yang  ditangguhkan  itu  demi  membincangkan  perkara  yang  belum terlaksana  seperti  ketetapan  mesyuarat  yang  ditangguhkan  sebelumnya  dan perkara  lain  yang  tidak  boleh  dibincangkan  semasa  mesyuarat  tertangguh  itu. Notis  peringatan  penangguhan  mesyuarat  dan  urusan  perkara  yang  akan dibincangkan  tidak  perlu  dikeluarkan  lagi.  Sekiranya  mesyuarat  itu  hendak ditangguhkan ke satu jangkamasa yang melebihi tiga puluh (30) hari, notis bagi mesyuarat yang ditangguhkan itu hendaklah dikeluarkan. 

31.  Fasal  19  di  dalam  Perlembagaan  Kelab  berkenaan  penangguhan Mesyuarat Agung boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan

Page 7: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

syarat jika kuorum tidak mencukupi selepas setengah (1/2) jam dari waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli itu, maka enam (6) bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. 

MENANGGUHKAN  MESYUARAT  KERANA  MEMBAHAS  PERKARA MUSTAHAK 

32.  Seorang ahli dengan kebenaran Pengerusi boleh mencadangkan supaya mesyuarat itu ditangguhkan kerana hendak membahaskan sesuatu perkara yang mustahak. 

33.  Ahli  itu  hendaklah  menyatakan  perkara  itu  dan  menyerahkan  satu kenyataan bertulis kepada Pengerusi atas perkara yang hendak dibahaskan dan jika  Pengerusi  mendapati  perkara  yang  dikemukakan  oleh  ahli  itu  mustahak hendaklah  Pengerusi  meminta  ahli­ahli  yang  menyokong  bangun  di  tempat masing­masing  dan  jika  tidak  kurang  daripada  satu  perempat  (1/4)  daripada jumlah  ahli  yang  hadir  bangun  menyokong  maka  Pengerusi  bolehlah membenarkan perkara itu dibahaskan pada waktu yang ditetapkan olehnya. 

USUL 

34.  Usul yang dikemukakan oleh ahli, atas budi bicara YDP/NYDP dan AJK boleh ditolak dan tidak dikemukakan di dalam mesyuarat sekiranya usul tersebut tiada  kaitan  dengan  Kelab.   Walau  bagaimanapun  Setiausaha  perlu  memberi maklumbalas semua usul yang telah ditolak. 

PINDAAN USUL 

35.  Pada  masa  sesuatu  usul  itu  dalam  pertimbangan  mesyuarat  atau jawatankuasa bolehlah dicadangkan pindaan­pindaan  jika  itu  berkaitan  dengan usul itu. 

36.  Pindaan itu pula dipinda jika berkaitan dengan pindaan asal. 

37.  Sesuatu masalah, apabila dikemukakan oleh Pengerusi, bolehlah dipinda menurut semua mana­mana jua cara yang tersebut di bawah ini: 

a.  Dengan  dipotong  apa­apa  perkataan  supaya  dapat  dimasukkan perkataan lain. 

b.  Dengan dipotong apa­apa perkataan. 

c.  Dengan dimasukkan atau ditambah perkataan lain.

Page 8: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

MENYOKONG USUL DAN PINDAAN 

38.  Dalam mesyuarat sesuatu usul atau pindaan  itu  tidak akan dikemukakan oleh Pengerusi kecuali jika usul atau pindaan itu telah disokong. 

39.  Dalam Mesyuarat Jawatankuasa, penyokong usul tidak diperlukan. 

PINDAAN USUL DENGAN BERTULIS 

40.  Sesuatu  pindaan  usul  yang  telah  dikemukakan  dalam  mesyuarat  atau dalam  jawatankuasa,  hendaklah  diserahkan  kepada  Setiausaha  kecuali  jika Pengerusi membenarkan sebaliknya. 

MENARIK BALIK USUL 

41.  Sesuatu usul atau pindaan jika diminta oleh pencadangnya dan diizinkan oleh Pengerusi atau jawatankuasa boleh ditarik balik. 

42.  Apabila  pindaan  ke  atas  sesuatu  usul  atau  pindaan  telah  dikemukakan kepada Pengerusi maka usul atau pindaan yang hendak dipinda itu  tidak boleh ditarik  balik  sehingga  pindaan  kepada  usul  atau  pindaan  ke  atas  pindaan  itu telah diputuskan. 

PERKARA YANG DITEGAH 

43.  Seseorang ahli tidak boleh menyentuh dalam ucapannya perkara­perkara yang tersebut di bawah ini: 

a.  Perkara yang tidak berkaitan dengan usul. 

b.  Perkara yang sedang dalam perbicaraan mahkamah. 

c.  Membangkitkan  semula  apa­apa  perkara  yang  telah  diputuskan oleh  mesyuarat  kecuali  dengan  mengemukakan  usul  bersendirian  bagi membatalkan keputusan mesyuarat berkenaan dengan perkara itu. 

d.  Menggunakan bahasa yang kasar atau tidak beradab. 

e.  Mempunyai prasangka ke atas lain­lain ahli.

Page 9: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

KUASA PENGERUSI 

44.  Pengerusi hendaklah menjalankan tugas secara adil dan berkecuali. 

45.  Pengerusi dalam mesyuarat atau dalam mesyuarat  jawatankuasa adalah bertanggungjawab  menjaga  peraturan  mesyuarat  dipatuhi  dan  keputusan berkenaan dengan apa­apa jua perkara tidak boleh dipertimbangkan semula dan tidak  boleh  diulangkaji  oleh  mesyuarat  kecuali  dengan  dikeluarkan  usul bersendiri  kerana  itu.    Usul  demikian  ini  tidak  berkehendak  dikeluarkan pemberitahu lebih dahulu. 

46.  Dalam  masa  mesyuarat,    Pengerusi  berkuasa  memerintah  mana­mana ahli yang degil atau  tidak patuh kepada arahannya atau yang membuat  kacau­ bilau keluar mesyuarat untuk tempoh baki hari itu dan jika ahli itu enggan keluar, maka  pengerusi  berkuasa  memerintah  pegawai  atau  kakitangan  mesyuarat yang berada di dalam mesyuarat itu membawa wakil itu keluar. 

47.  Pengerusi  tidak boleh mengundi untuk sebarang undian sama ada untuk pemilihan  AJK  Biasa  atau  sebarang  usul  kecuali  untuk  tujuan  keputusan pemutus. 

GANGGUAN MESYUARAT 

48.  Sekiranya  berlaku  sebarang  gangguan  yang  boleh  memudaratkan perjalanan  mesyuarat,  Pengerusi  boleh  menangguhkan  mesyuarat  berkenaan dan  menentukan  tarikh  dan  masa  yang  bersesuaian  untuk  meneruskan mesyuarat tersebut. 

MEMUTUSKAN MASALAH PENGUNDIAN 

49.  Keputusan  ke  atas  suatu  perkara  atau usul adalah  berdasarkan  kepada undian  terbanyak  dan  jika  berlaku  undian  sama  banyak,  Pengerusi  boleh menggunakan undi pemutus untuk menentukan keputusan muktamad. 

50.  Jika  berlaku  undian  sama  banyak  semasa  pemilihan  AJK Biasa,  undian kali  kedua hendaklah diadakan. Sekiranya  keputusan undian  kali  kedua masih sama,  Pengerusi  boleh  menggunakan  undi  pemutus  untuk  menentukan keputusan muktamad. 

51.  Sesuatu perkara itu adalah selesai dikemukakan bagi diputuskan apabila Pengerusi telah mengambil undi­undi yang bersetuju dan yang tidak bersetuju. 

52.  Apabila perkara itu telah dikemukakan oleh Pengerusi kepada mesyuarat bagi  diputuskan  setelah  tamat  perbahasan maka  keputusan hendaklah  diambil menurut  undi  suara  “setuju”  atau  “tidak”  dengan  mengangkat  tangan  dan keputusan itu hendaklah diumumkan oleh Pengerusi.

Page 10: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

53.  Undi  sulit  di  atas  sebarang  usul  yang  dikemukakan  boleh  diadakan dengan kehendak Pengerusi atau dengan kehendak Penaung. 

KAEDAH PENCALONAN DAN PENGUNDIAN 

54.  Pencalonan.  Peraturan yang ditetapkan adalah seperti berikut: 

a.  Sebuah  Jawatankuasa  Pemilihan  yang  bebas  hendaklah ditubuhkan  selaras  untuk  mengendalikan  pemilihan  bagi  jawatan  yang dipertandingkan. 

b.  Hak  seseorang  untuk  dicalonkan  tidak  boleh  dinafikan.    Jika seseorang  itu  tidak bersetuju dirinya dicalonkan bagi sesuatu  jawatan,  ia tidak boleh dipaksa menerima pencalonan. 

c.  Mana  ahli  yang  tidak  dapat  menghadiri  mesyuarat  semasa pemilihan  berlangsung  kerana  sebab  tertentu,  adalah  layak  bertanding setelah memberi surat menyatakan persetujuannya. 

d.  Ahli  yang  dicalonkan  untuk  bertanding  hendaklah ada pencadang dan  penyokong.    Pencalonan  hanya  boleh  ditutup  apabila  nama  calon dibaca  dan  Pengerusi Mesyuarat  berpuas  hati  setelah  semua  ahli  yang ingin bertanding sudah dicalonkan. 

55.  Pengundian.  Peraturan yang ditetapkan adalah seperti berikut: 

a.  Pemilihan  Jawatankuasa  hendaklah  dijalankan  dengan  cara mengangkat tangan. 

b.  Tiap­tiap  ahli  yang  mengundi  diwajibkan  mengundi  mengikut jumlah  bilangan  jawatan  sebagaimana  yang  dikehendaki  oleh Perlembagaan.    Undi  yang  tidak  cukup  atau  lebih  daripada  bilangan jawatan yang dikehendaki itu dikira tidak sah. 

c.  Seseorang  ahli  yang  tidak  hadir  di  tempat  mesyuarat  tidak  boleh mewakilkan undinya kepada ahli lain. 

d.  Seseorang  yang  dikenakan  tindakan  di  bawah  Akta  Pertubuhan atau  diisytiharkan  muflis  oleh  mahkamah  atau  keahliannya  digantung sementara tidak dibenarkan bertanding untuk sebarang jawatan. 

e.  Seseorang  ahli  yang  jawatannya  lucut  kerana  disytiharkan muflis oleh  mahkamah  tidak  boleh  memegang  jawatannya  kembali  sehingga pemilihan akan datang, walaupun kesnya selesai.

Page 11: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

f.  Kertas yang sudah dipakai hendaklah disimpan oleh Jawatankuasa Pemilihan  selama  satu  bulan  untuk  tujuan  semakan  jika  timbul kemusykilan dan boleh dimusnahkan setelah tamat tempoh tersebut. 

MEMBERHENTIKAN SEMENTARA KUATKUASA PERATURAN 

56.  Peraturan ini boleh digantung kuatkuasanya dan diberhentikan sementara dengan sesuatu cadangan yang dipersetujui oleh Penaung dengan  tidak payah diberitahu  terlebih  dahulu  dengan  syarat  cadangan  itu  hendaklah  dipersetujui oleh Mesyuarat Agung. 

57.  Sekiranya  cadangan  itu  dipersetujui  oleh  Mesyuarat  Agung  maka Peraturan ini hendaklah diberhentikan kuasanya selama tempoh yang perlu bagi menyempurnakan tujuan cadangan itu. 

58.  Cadangan  bagi  menggantungkan  kuatkuasa  Peraturan  ini  tidak  boleh dibahaskan. 

PAKAIAN 

59.  Jawatankuasa berkuasa membuat peraturan mengenai pakaian semasa mesyuarat. 

MEMINDA PERATURAN 

60.  Peraturan Mesyuarat  yang  baru  bolehlah  diperbuat  bila­bila  dikehendaki ataupun  Peraturan  Mesyuarat  yang  ada  sekarang  boleh  dipinda  atau dimansuhkan  dengan  satu  ketetapan  menurut  cara­cara  yang  ditentukan  oleh Perlembagaan. 

MINIT MESYUARAT 

61.  Segala  perkara  yang  dibincangkan  dan  diputuskan  semasa  mesyuarat, Setiausaha  hendaklah  mencatatkan  mengikut  peraturan  minit  mesyuarat  iaitu segala usul mesti merangkumi nama pencadang, penyokong dan keputusan. 

62.  Minit mesyuarat hendaklah diagihkan kepada semua ahli melalui saluran tertentu dalam tempoh 30 hari selepas tarikh mesyuarat.

Page 12: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

KEMBARAN A 

FORMAT USUL 

MARKAS/PASUKAN/UNIT 

Bil  No/Pkt/Nama  Jawatan  Usul  Justifikasi/ulasan terhadap usul 

1. 

2. 

……………………………….  ……………………… Disahkan Oleh  Disahkan Oleh 

……………………………….  ………………………................... Cop Rasmi Markas/Pasukan/Unit  Cop Rasmi Markas/Pasukan/Unit 

Tarikh: ………………………………  Tarikh :

Page 13: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

UNDANG­UNDANG KECIL KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN 

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA No Pendaftaran 0180­06­WKL 

KOD ETIKA AHLI JAWATANKUASA

Page 14: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

KOD ETIKA AHLI JAWATANKUASA 

DEFINISI 

1.  Kod  Etika  Ahli  Jawatankuasa  KSSKA  (selepas  ini  disebut  sebagai  Kod Etika) adalah etika kerja serta nilai­nilai mulia yang perlu diamalkan oleh setiap ahli  jawatankuasa  KSSKA  dalam  menjalankan  tugas  dan  tanggungjawab mereka. 

KONSEP 

2.  Kod Etika  dirangka dan dibina di  atas  paksi  etika  kerja  yang  efektif dan nilai  mulia.  Konsep  ini  menitikberatkan  kepada  tingkah  laku  yang  baik  dan peribadi mulia semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi meyakinkan semua pihak terhadap integriti dan kredibiliti Kelab. 

TUJUAN 

3.  Kod  Etika  digubal  untuk  menjadi  panduan  kepada  Ahli  KSSKA  selaras dengan hasrat bagi mempertingkatkan prestasi dan profesionalisme Kelab. Kod Etika ini bertujuan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan Kelab. Sehubungan  itu, Kelab perlu memperolehi keyakinan daripada anggota­ anggota  bahawa  hasil  kerja  telah  dilaksanakan  mengikut  standard  yang ditetapkan  berasaskan  etika  kerja  yang  tinggi.  Perlaksanaan  tugas  dan tanggungjawab  oleh  ahli  jawatankuasa  dengan  mematuhi  kod  etika  ini  akan menjadi pemangkin kepada pencapaian tujuan dan objektif penubuhan KSSKA. Tujuan dan objektif penubuhan KSSKA seperti di Kembaran A. 

TERAS KOD ETIKA 

4.  Kod Etika ini berteraskan etika kerja serta nilai mulia berikut:­ 

a.  Etika Kerja: 

(1)  Kerjasama. 

(2)  Komitmen. 

(3)  Profesional. 

(4)  Dedikasi. 

(5)  Teliti. 

(6)  Inovatif.

Page 15: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

(7)  Kerahsiaan. 

(8)  Tidak Bercangah Kepentingan (No Conflict of Interest). 

(9)  Urus Tadbir yang Baik (Good Governance). 

b.  Nilai­Nilai Mulia: 

a.  Amanah. 

b.  Bertanggungjawab. 

c.  Integriti. 

d.  Taat Setia. 

e.  Bersopan santun. 

f.  Merendah Diri. 

g.  Adil. 

5.  Definisi setiap etika kerja dan nilai mulia seperti di Kembaran B. 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 

6.  Ahli Jawatankuasa KSSKA hendaklah mengamalkan etika kerja dan nilai mulia  yang  dinyatakan  di  perenggan  4  dalam  melaksanakan  tanggungjawab berikut: 

a.  Pengurusan Kewangan. 

b.  Pengurusan Harta Benda. 

c.  Pengurusan Pentadbiran. 

d.  Tanggungjawab  yang  dinyatakan  meliputi  tugas­tugas  seperti  di Kembaran C. 

PELANGGARAN KOD ETIKA 

7.  Sebarang  pelanggaran  oleh  mana­mana  AJK  terhadap  perkara­perkara yang  digariskan  dalam  Kod  Etika  adalah  merupakan  satu  kesalahan  dan  AJK terlibat boleh diambil tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa KSSKA.

Page 16: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

8.  Jawatankuasa  KSSKA  tidak  akan  bertolak  ansur  dengan  AJK  yang bertindak bertentangan dengan Kod Etika  ini.   AJK KSSKA yang  terbukti  telah melanggar  Kod  Etika  boleh  digantung  atau  dipecat  dari  jawatannya  oleh Jawatankuasa KSSKA. 

9.  Aduan/Laporan  hendaklah  dibuat  kepada  Yang  Dipertua/Setiausaha KSSKA  jika  didapati  terdapat  penyelewengan  atau  pelanggaran  terhadap  Kod Etika oleh mana­mana AJK KSSKA. 

10.  Jawatankuasa  Kecil  Siasatan  akan  ditubuhkan  oleh  Jawatankuasa KSSKA untuk menyiasat aduan/laporan pelanggaran Kod Etika oleh mana­mana AJK  KSSKA.    Laporan  siasatan  hendaklah  dimajukan  kepada  Jawatankuasa KSSKA  dalam  jangkamasa  yang  ditetapkan.    Kaedah  penyiasatan  hendaklah berpandukan Kaedah­Kaedah Angkatan Tentera (Lembaga Siasatan) 1976. 

11.  Sekiranya  Jawatankuasa  Kecil  Siasatan  mengesahkan  berlaku pelanggaran Kod Etika oleh mana­mana AJK, Jawatankuasa KSSKA hendaklah mengarahkan AJK  terlibat mengemukakan surat  tunjuk sebab kenapa  tindakan tidak  boleh  diambil  terhadap  beliau.    AJK  terlibat  selanjutnya  hendaklah memajukan  surat  tersebut  kepada  Jawatankuasa  KSSKA  dalam  tempoh  2 minggu dari tarikh surat arahan tersebut. 

12.  Bagi tujuan memelihara nama baik dan kepentingan  KSSKA, perenggan Fasal  9,  10  dan  11  di  atas  adalah  terpakai  terhadap  apa­apa  salahlaku, perbuatan,  kecuaian  atau  perkara­perkara  lain  yang  pada  pendapat Jawatankuasa KSSKA boleh membawa kesan negatif kepada KSSKA. 

PINDAAN 

13.  Sebarang  pindaan  dan  tambahan  kepada  Undang­Undang  Kecil  ini perlulah mendapat kelulusan dan persetujuan Mesyuarat Agung.

Page 17: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

KEMBARAN A 

TUJUAN DAN OBJEKTIF KSSKA 

1.  Mengekalkan  perasaan  muhibah  dan  persefahaman  di  kalangan  ahli­ ahlinya. 

2.  Menyediakan  peruntukan  kewangan  bagi  pembiayaan  alat­alat kelengkapan dan kemudahan sukan untuk ahli­ahlinya. 

3.  Menjalankan  ikhtiar  bagi kemajuan  ekonomi,  kebajikan,  sosial  dan  kelas bimbingan untuk ahli dan keluarga mereka. 

4.  Memberikan  bantuan  kebajikan,  kemudahan  dan  kesenangan  yang difikirkan perlu serta dalam kemampuan KSSKA pada ahli dan keluarga mereka. Semua  wang  dan  keuntungan  yang  didapati  oleh  KSSKA  ini  dari  hasil penyertaan dalam mana­mana perniagaan atau pelaburan hendaklah digunakan semata­mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan KSSKA ini dan  tidak  sebahagian  pun  daripadanya  atau  keuntungan atau bonus  diagihkan kepada  mana­mana  ahli  KSSKA.  Sungguhpun  begitu,  peruntukan  ini  tidak menghalang  sebarang  pembayaran  yang  dibuat  dengan  tujuan  baik,  untuk membayar saguhati atau imbuhan atau perbelanjaan atau kedua­duanya kepada sebarang ahli atau pekerja KSSKA ini.

Page 18: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

ETIKA KERJA 

Bil  Teras Kod Etika 

Penjelasan  Catatan 

(a)  (b)  (c)  (d) 1. 

2. 

3. 

4. 

5. 

Kerjasama 

Komitmen 

Profesional 

Dedikasi 

Teliti 

Saling  tolong menolong antara satu sama  lain dapat  mengeratkan  silaturrahim  sesama manusia.  Selain  itu  idea  yang  bernas  dapat dicetuskan  apabila  sesuatu  perkara  itu dibincangkan bersama­sama. 

Untuk  menjadikan  KSSKA  ini  berjaya mencapai  tujuan dan matlamatnya setiap AJK perlu melibatkan diri secara aktif dalam semua perkara  yang  melibatkan  KSSKA  serta  sedia menerima  tanggungjawab  dan  menyertai program­program yang dianjurkan. 

Bertindak  dengan  arif,  berdasarkan  ilmu  dan fakta,  tertib  dalam  membuat  keputusan, sentiasa kreatif dan proaktif dan berdaya saing di  samping  dapat  bertindak  dalam  keadaan tenang tanpa dipengaruhi emosi. 

Sedia  dan  rela menerima  tanggungjawab dan menyertai program anjuran KSSKA pada bila­ bila masa demi kepentingan KSSKA. 

Melaksanakan  kerja  dengan  bersungguh­ sungguh  tidak  sekadar  ‘melepaskan  batuk  di tangga’,  menyemak  dengan  terperinci  setiap tugasan  yang  dilaksanakan  untuk mengelakkan  kesilapan  dan  menjauhi  sikap sambil  lewa  yang  boleh  mengakibatkan  mutu kerja rendah. 

6.  Inovatif  Mempunyai  idea­idea  baru  dan  terkini  yang boleh  diaplikasikan  untuk  kepentingan organisasi.  Memberi  cadangan­cadangan membina untuk memajukan KSSKA dari masa ke semasa. 

KEMBARAN B

Page 19: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

(a)  (b)  (c)  (d) 7.  Kerahsiaan  Tidak  mendedahkan  maklumat  yang 

diperolehi  daripada  pengauditan  yang dijalankan  kepada  mana­mana  pihak  yang tidak  berkaitan,  sama  ada  secara  lisan  atau bertulis  kecuali  dengan  kebenaran  yang  sah. Sentiasa  bertanggungjawab  memastikan keselamatan maklumat yang diperolehinya. 

8.  Tidak Bercangah Kepentingan 

Dilarang menerima hadiah atau ganjaran yang boleh  mempengaruhi  kebebasan  dan keutuhan  tugasnya.  Tidak  menggunakan kedudukan  rasminya  untuk  kepentingan peribadi. Tidak menggunakan maklumat yang diperolehi  semasa  menjalankan  tugasnya sebagai  satu  cara  untuk  memperolehi keuntungan  peribadi.    Perhubungan  yang boleh  menimbulkan  risiko  dan  keraguan terhadap  integriti  dan  kebebasannya hendaklah dielakkan. 

9.  Urus Tadbir yang Baik 

Membuat  perancangan  yang  teliti  mengenai sesuatu tugas,  menyemak semula tugas yang telah  dirancang  dan  menyemak  secara berterusan segala tugas yang telah dilakukan.

Page 20: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

NILAI­NILAI MULIA 

BIL  TERAS  KOD ETIKA  CATATAN (a)  (b)  (c)  (d) 1.  Amanah  Kepercayaan yang diberikan kepada seseorang 

untuk  dilaksanakan  tugasan.  Seorang  yang amanah  akan  menjaga  dirinya  daripada perbuatan  seperti  menipu,  menyeleweng, menyalahgunakan  kuasa,  cuai  dalam melaksanakan tugas. 

2.  Bertanggungjawab  Mempunyai akauntabiliti yang tinggi serta menunaikan kewajipan dan amanah yang diberikan dan mengelakkan daripada menyalahguna­kan kuasa dan kedudukan untuk faedah diri sendiri. 

3.  Integriti  Mengamalkan  nilai­nilai  kejujuran,  keikhlasan dan keluhuran dalam semua urusan. 

4.  Taat Setia  Sentiasa  berusaha  bersungguh­sungguh  yang tidak  berbelah  bagi  kepada  organisasi  dan berjuang untuk kepentingannya. 

5.  Bersopan Santun  Sentiasa  menjaga  tingkah  laku  dan  tutur  kata terhadap  orang  lain.  Memberi  layanan  yang baik kepada orang lain, bersopan santun  tetapi tegas. 

6.  Merendah Diri  Tidak bermegah­megah dengan sesuatu jawatan yang disandang, mengelakkan dari meninggi diri dalam pergaulan kerana sikap angkuh dan takbur akan merosakkan perhubungan sesama manusia. 

7.  Adil  Memberikan  kepada  yang  berhak  itu  haknya mengikut  kadar  masing­masing  atau meletakkan  sesuatu  pada  tempatnya. Seseorang  yang  bersifat  adil  akan mempertimbangkan  sesuatu  perkara  dengan merujuk kepada peraturan dan undang­undang, bukti  dan  fakta  yang  telah  diperolehi  sebelum sesuatu  tindakan  atau  keputusan  diambil. Prinsip  keadilan  juga  melibatkan  diri  sendiri, orang  bawahan,  orang  atasan  dan  teman sejawat.

Page 21: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

KEMBARAN C 

PENGURUSAN KEWANGAN 

1.  Pengurusan kewangan KSSKA juga meliputi tugas berikut: 

a.  Mengurus  dan  mentadbirkan  kira­kira/akaun  KSSKA  dengan sempurna. 

b.  Mengurus  dan  mentadbirkan  pembayaran  dan  penerimaan  dana dengan sempurna. 

c.  Mengurus  dan  mentadbirkan  pembayaran  dan  penerimaan  wang tunai dan cek KSSKA mengikut peraturan. 

d.  Mengamalkan perbelanjaan kewangan KSSKA secara berhemah. 

e.  Sebarang  tugas/tanggungjawab  yang  melibatkan  penggunaan kewangan  KSSKA  hendaklah  dilaksanakan  dengan mematuhi  peraturan kewangan yang ditetapkan. 

2.  Sebarang  pelanggaran  peraturan  kewangan  kerajaan  dan/atau  KSSKA adalah dianggap melanggar Kod Etika ini. 

PENGURUSAN HARTA 

3.  Pengurusan harta benda KSSKA juga meliputi tugas berikut: 

a.  Memastikan  bangunan  dan  harta  KSSKA  berada  dalam  keadaan baik dan memuaskan. 

b.  Perolehan dan pelupusan harta KSSKA. 

c.  Mengurus  dan  menyelenggarakan  peralatan  dan  harta  benda KSSKA. 

d.  Menyedia dan mengemaskini rekod harta benda KSSKA. 

4.  Penyalahgunaan  harta  dan  peralatan  KSSKA  dalam  apa  jua  bentuk sekalipun adalah dilarang dan adalah merupakan pelanggaran kepada Kod Etika ini.

Page 22: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

PENGURUSAN PENTADBIRAN 

5.  Pengurusan pentadbiran juga meliputi tugas berikut: 

a.  Pendaftaran ahli KSSKA dilaksanakan dengan sempurna. 

b.  Menyedia dan mengemaskini rekod keahlian KSSKA. 

c.  Mengurus  dan  mentadbirkan  pejabat/bangunan  KSSKA  dengan sempurna. 

d.  Merancang dan melaksanakan aktiviti­aktiviti KSSKA. 

e.  Merancang dan menentukan Mesyuarat Agung, Mesyuarat Agung Khas dan Mesyuarat Jawatankuasa KSSKA dilaksanakan mengikut masa dan peraturan yang ditetapkan. 

f.  Menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat di perenggan di atas dilaksanakan dengan sempurna. 

g.  Menyedia  dan  mengemaskini  segala  keperluan  Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). 

h.  Lain­lain  pentadbiran  KSSKA  hendaklah  dilaksanakan  dengan sempurna. 

6.  Kepincangan  dalam mana­mana  aspek  pentadbiran  yang mencemarkan nama baik KSSKA adalah melanggar Kod Etika ini.

Page 23: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

UNDANG­UNDANG KECIL KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN 

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA No Pendaftaran 0180­06­WKL 

TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KELAD SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Page 24: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 

AM 

1.  Undang­Undang  Kecil  ini  hendaklah  dibaca  bersama  dengan Perlembagaan.  Undang­undang  ini  membentangkan  peraturan  serta  prosedur kewangan dan perakaunan Kelab  yang meliputi  pendapatan  dan  perbelanjaan, pengurusan  harta,  penyediaan  laporan  kewangan,  prosedur  audit,  pengurusan rekod­rekod perakaunan serta keselamatan wang tunai dan buku cek. 

TUJUAN 

2.  Untuk menentukan  pentadbiran  kewangan  Kelab  dilaksanakan mengikut prosedur kewangan semasa. 

TAKRIF 

3.  Dalam Undang­Undang Kecil  ini, kecuali kandungan ayatnya mempunyai makna yang lain: 

a.  “Belanjawan  Tahunan”  ertinya  perbelanjaan  aktiviti  tahunan  yang dirancang  oleh  Kelab  yang  mana  peruntukan  kewangan  mengenainya telah diluluskan oleh ahli melalui Mesyuarat Agung. 

b.  “Perbelanjaan  Luar  Jangka”  ertinya  sesuatu  perbelanjaan  yang tidak  termasuk  dalam  Belanjawan  Tahunan  Kelab  tetapi  perlu dilaksanakan atas keperluan mendesak bagi kepentingan Kelab dan ahli. 

TATACARA DAN PENYEDIAAN LAPORAN PERAKAUNAN 

4.  Tatacara  perakaunan  yang  digunakan  oleh  Kelab  adalah  sebagaimana yang  dipraktikkan  mengikut  piawaian  perakaunan  yang  diluluskan.  Format laporan  perakaunan  adalah  sebagaimana  yang  ditetapkan  oleh  Pendaftar Pertubuhan seperti di Kembaran A. 

PENDAPATAN KELAB 

5.  Sumber Pendapatan.  Sumber pendapatan Kelab adalah terdiri dari: 

a.  Kutipan yuran ahli. 

b.  Sumbangan Kerajaan. 

c.  Lebihan dari aktiviti Kelab.

Page 25: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

d.  Faedah/keuntungan dari pelaburan. 

e.  Sumber  pendapatan  lain  yang  diperakui  dan  diluluskan  oleh Jawatankuasa. 

6.  Rekod  Penerimaan  Pendapatan.    Setiap  penerimaan  pendapatan hendaklah  direkodkan  dalam  Buku  Tunai  (Cash  Book)  dan  resit  penerimaan dikeluarkan sebagai bukti penerimaan.  Contoh buku tunai seperti di Kembaran B dan resit penerimaan seperti di Kembaran C. 

PERBELANJAAN KELAB 

7.  Jenis  Perbelanjaan  Dibenarkan.    Jenis  perbelanjaan  yang  dibenarkan untuk Kelab ialah: 

a.  Perbelanjaan pengurusan Kelab. 

b.  Perbelanjaan bagi tujuan pelaburan. 

c.  Perbelanjaan untuk aktiviti sukan, sosial dan kebajikan. 

d.  Pembelian harta. 

e.  Sumbangan/hadiah/geran  kepada  badan­badan  sukan,  sosial  dan kebajikan dalam ATM atau lain­lain organisasi luar ATM. 

f.  Perbelanjaan  lain  yang  diluluskan  oleh  Jawatankuasa  demi kepentingan Kelab. 

g.  Perbelanjaan lain yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung. 

8.  Transaksi  Perbelanjaan  dan  Dokumen  Sokongan.    Setiap  transaksi perbelanjaan hendaklah disokong dengan dokumen yang disahkan sebagai bukti perbelanjaan  dan  direkodkan  dalam  buku  tunai.    Setiap  pembayaran  (kecuali perbelanjaan runcit) hendaklah direkodkan dalam resit bayaran Kelab seperti di Kembaran D. 

9.  Kuasa  Perbelanjaan  Aktiviti  Tahunan.    Had  dan  kuasa  sesuatu perbelanjaan  bagi  sesuatu  aktiviti  yang  telah  diluluskan  dalam  Belanjawan Tahunan Kelab ditetapkan seperti berikut: 

a.  Bawah RM5,000.  Kuasa Setiausaha. 

b  Bawah RM50,000.  Kuasa Naib Yang Dipertua. 

c.  RM50,000 ke atas.  Kuasa Yang Dipertua.

Page 26: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

10.  Perbelanjaan  Luar  Jangka/Kontinjensi.    Sesuatu  perbelanjaan  luar jangka bagi sesuatu aktiviti boleh diluluskan seperti berikut: 

a.  RM10,000 ke bawah. Kuasa Yang Dipertua. 

b.  Bawah RM50,000.  Kuasa Jawatankuasa. 

c.  RM50,000 ke atas.  Kuasa Mesyuarat Agung. 

11.  Borang  Permohonan  Membelanjakan  Wang  Kelab.    Setiap permohonan untuk membelanjakan wang Kelab hendaklah dibuat melalui borang permohonan  seperti  di  Kembaran E.    Permohonan hendaklah disertai  dengan surat sokongan/justifikasi bagi menyokong perbelanjaan. 

12.  Wang Tunai Dalam Tangan.  Bendahari  hanya dibenarkan menyimpan wang tunai ditangan tidak melebihi RM1,000 pada setiap masa. 

BELANJA PENGURUSAN KELAB 

13.  Perbelanjaan ini dikhususkan untuk tujuan pentadbiran dan operasi Kelab. Ini  termasuklah  belanja  makanan  dan  minuman  semasa  mesyuarat jawatankuasa  kelab,  perbelanjaan  bagi  menjelaskan  bil  utiliti  seperti  pos  dan setem, telefon dan internet, elektrik, faksimili, astro, pembelian alat tulis pejabat, belanja  keraian  Jawatankuasa,  penyelengaraan/  pembaikan  kerosakan  kecil pejabat, penyediaan laporan tahunan Kelab, belanja promosi dan publisiti kelab dan  perbelanjaan  lain  yang  diluluskan  oleh  Jawatankuasa  atau  Mesyuarat Agung. 

14.  Bagi  tujuan  sesuatu  mesyuarat  Kelab,  belanja  “refreshment’  hendaklah dihadkan  kepada  RM3  seorang  ahli  mesyuarat.    Yang  Dipertua/Naib  Yang Dipertua  boleh  meluluskan  sehingga  RM15  atau  sesuatu  amaun  lain  yang berpatutan  bagi  setiap  seorang  ahli  mesyuarat  bagi  menampung  jamuan mesyuarat jika perlu. 

15.  Perbelanjaan  bagi  Mesyuarat  Agung  Tahunan  dan  Mesyuarat  Agung Khas meliputi  kos  sewa  dewan  termasuk  kerusi  dan meja,  kelengkapan  audio visual,  penyediaan  laporan  tahunan,  notis  mesyuarat,  makanan  dan  minuman dan  lain­lain  perbelanjaan  berkaitan  hendaklah  tidak  melebihi  jumlah  yang diluluskan dalam Belanjawan Tahunan Kelab. 

PELABURAN 

16.  Kelab  boleh  memperuntukan  sejumlah  wang  bagi  tujuan  pelaburan  ke arah meningkatkan  pendapatan  Kelab.  Jenis  pelaburan  yang  dibenarkan  ialah simpanan  tetap,  pembelian  saham­saham  tersiar  harga  (public  listed),  saham

Page 27: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

terbitan permulaan awam (IPO), saham amanah (unit  trust), deposit di Amanah Raya  Berhad  dan  lain­lain  bentuk  pelaburan  di  institusi  kewangan  yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia samada di dalam atau luar negeri. 

17  Jawatankuasa  boleh  meluluskan  tidak  melebihi  RM1  juta  bagi  tujuan pelaburan.  Pelaburan  melebihi  RM1  juta  hendaklah  diluluskan  Mesyuarat Agung. 

AGIHAN PENDAPATAN KELAB 

18.  Semua penerimaan wang dalam akaun Kelab akan dijadikan pendapatan Kelab dan diagihkan kepada penerima faedah mengikut peratus berikut: 

a.  Kutipan Yuran.  Kutipan wang yuran hendaklah diagihkan kepada perkhidmatan Darat/Laut/Udara/MK ATM mengikut kekuatan ahli/anggota setiap  perkhidmatan.  Agihan  kepada  perkhidmatan  akan  dibuat  melalui ahli  jawatankuasa  yang  dilantik  yang  bertanggungjawab  menyalurkan wang  berkenaan  ke  pasukan  mengikut  tatacara  yang  ditetapkan  oleh perkhidmatan atas nasihat Ketua Perkhidmatan masing­masing. 

b.  Sumbangan  dari  Kerajaan.    Sumbangan  yang  diterima  dari kerajaan  (melalui  sumbangan  asas  dan  matching  grant)  hendaklah diagihkan  kepada  penerima  faedah  iaitu  BAKAT,  MSAT,  KSSKA  dan Perkhidmatan Darat/Laut/Udara. Peruntukan bagi MK ATM digabungkan dengan KSSKA. Agihan dibuat mengikut peratus berikut: 

(1)  BAKAT  –  10%  dari  jumlah  sumbangan  kerajaan  yang diterima oleh Kelab. 

(2)  MSAT – 30% dari jumlah sumbangan kerajaan yang diterima oleh Kelab. 

(3)  KSSKA  –  10%  dari  jumlah  sumbangan  kerajaan  yang diterima  oleh  Kelab.  Jumlah  ini  juga  adalah  termasuk  peruntukan untuk MK ATM. 

(4)  Perkhidmatan Darat/Laut/Udara  menerima 50% dari jumlah sumbangan  yang  diterima  oleh  Kelab.  Agihan  kepada perkhidmatan  ditentukan  mengikut  kekuatan  ahli/anggota perkhidmatan masing­masing. 

c.  Mesyuarat  Agihan  Pendapatan.    Mesyuarat  ini  perlu  diadakan untuk  menentukan  kekuatan  bagi  tujuan  pengagihan  pendapatan, sekurang­kurangnya sebulan sebelum pengagihan.

Page 28: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

19.  Mesyuarat  Agung  boleh  menambah  bilangan  penerima  faedah  dana Kelab selain dari yang disenaraikan di perenggan 18 (b), jika perlu. 

20.  Kadar peratus agihan pendapatan di perenggan 18 (b) adalah tidak tetap dan  akan  diulangkaji  dari masa  ke  semasa. Mesyuarat Agung boleh  atas  syor Jawatankuasa menetapkan peratus agihan mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. 

21.  Bagi maksud agihan pendapatan di peringkat perkhidmatan dan pasukan, bilangan  kekuatan  ahli  setiap  perkhidmatan  dan  pasukan  adalah  berdasarkan penyata kekuatan ahli/anggota pada 31 Dis setiap tahun. 

22.  Wang  Kelab  hendaklah  dibelanjakan  untuk  tujuan  aktiviti  sukan,  sosial dan  kebajikan  mengikut  kelulusan  pemerintah  formasi/pasukan/pangkalan/unit. Peruntukan  ini  akan  diagihkan  melalui  perkhidmatan  kepada  tabung  yang berdaftar  dalam  pasukan  seperti  Tabung  Kebajikan  Rejimen  (TKR),  Tabung Kebajikan Unit (TKU) dan wisma­wisma. 

23.  Semua  penerima  faedah  (BAKAT,  MSAT,  KSSKA,  Perkhidmatan  MK ATM/Darat/Laut/Udara)  dikehendaki  memajukan  laporan  perbelanjaan  yang telah disahkan oleh pemerintah formasi/pasukan/pangkalan/unit sebelum 31 Jan setiap  tahun  untuk  tujuan  rekod.  Laporan  perbelanjaan  dari  penerima  faedah akan  digabungkan  menjadi  Laporan  Kewangan  Tahunan  KSSKA  dan  akan dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan. 

24.  Format laporan tahunan adalah seperti di Kembaran F. 

KUTIPAN YURAN AHLI 

25.  Yuran  ahli  dikutip  mengikut  kadar  yang  ditetapkan  mengikut  pangkat. Sekiranya  berlaku  perubahan  pangkat,  kadar  yuran  ahli  akan  dikutip mengikut tarikh pelaksanaan pembayaran gaji pokok pangkat baru ahli. Tiada  tunggakan yuran  akan  dikenakan  kepada  ahli  sekiranya  tarikh  pelaksanaan  pembayaran gaji pangkat baru lewat dari tarikh berkuatkuasa kenaikan ke pangkat baru. 

26.  Yuran  ahli  bagi  anggota  ATM  yang  menjalani  latihan  peralihan  akan diteruskan seperti biasa sehingga tarikh tamat tempoh perkhidmatan ahli. 

PENGURUSAN BANK 

27.  Kelab  hendaklah  mempunyai  akaun  semasa  yang  akan  diurus  dan dikendalikan seperti berikut:

Page 29: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

a.  Pembukaan  Akaun  Bank.    Kewangan  Kelab  hendaklah  diurus melalui bank perdagangan berlesen yang dipilih oleh dan atas kelulusan Jawatankuasa. 

b.  Pegawai  Pemegang  Akaun  Bank.    Bendahari  secara  automatik dilantik sebagai Pegawai Pemegang Akaun Bank. 

c.  Tandatangan Timbal Cek. 

(1)  Bagi  cek  bernilai  RM50,000  dan  ke  bawah  hendaklah ditandatangani oleh pemegang akaun dan seorang penandatangan timbal.    Bagi  cek  bernilai  RM50,000  ke  atas,  hendaklah ditandatangani  oleh  pemegang  akaun  dan  dua  orang penandatangan timbal. 

(2)  Penandatangan  timbal  hendaklah  terdiri  dari  ahli  yang dilantik oleh Jawatankuasa. 

d.  Rekod  Perbankan.    Pemegang  akaun  dikehendaki  menyimpan rekod­rekod perbankan seperti keratan buku cek, penyata bank, slip tunai ke  bank  dan  sebagainya dengan  selamat  untuk  tujuan  pengesahan dan audit. 

e.  Penyata  Pelarasan  Bank.    Pemegang  akaun  hendaklah memastikan  bank  reconciliation  dibuat  pada  setiap  hujung  bulan  bagi memastikan setiap  transaksi kredit dan debit direkodkan dan baki akaun bank adalah tepat. 

PENGURUSAN HARTA 

28.  Harta yang dibeli oleh Kelab atau disumbangkan kepada Kelab (sama ada harta  mudah  alih  atau  harta  tidak  alih)  adalah  menjadi  aset/harta  Kelab  dan hendaklah direkodkan dalam Buku Pendaftaran Harta Kelab. Buku ini hendaklah mengandungi  maklumat­maklumat  mengenai  harta  tersebut  iaitu  jenis  harta, tarikh dibeli atau tarikh diterima (jika sumbangan), nama penderma/penyumbang, nilai kos harta, jangka hayat harta dan nilai salvage (jika ada), peratus susutnilai dan tempat di mana harta ditempatkan. 

29.  Contoh format Buku Pendaftaran Harta Kelab adalah seperti di Kembaran G.

Page 30: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

SUSUTNILAI HARTA 

30.  Susutnilai harta hendaklah dibuat pada setiap tahun kepada semua  jenis harta Kelab mengikut  cara  pengurangan garis  lurus  (straight  line method)  atau apa­apa cara lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.   Bagi maksud  ini, kadar peratusan susutnilai harta adalah ditetapkan mengikut kaedah berikut atau satu kadar lain yang ditetapkan Jawatankuasa: 

a.  Harta Bangunan  ­  2% setahun. 

b.  Kenderaan bermotor  ­  20% setahun. 

c.  Peralatan pejabat (termasuk komputer)  ­  5% setahun 

d.  Peralatan sukan  ­  5% setahun. 

e.  Lain­lain peralatan  ­  5% setahun. 

31.  Jumlah  susutnilai  harta  hendaklah  diiktiraf  sebagai  perbelanjaan  Kelab dan dicajkan dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan tahunan kelab. 

INSURAN HARTA 

32.  Semua  harta  alih  dan  tak  alih  Kelab  hendaklah  direkodkan  dan diinsurankan seperti berikut: 

a.  Semua  harta  alih  dan  tak  alih  Kelab  hendaklah  diinsurankan melalui  syarikat  insuran  bertauliah/berlesen  yang  diluluskan  oleh Jawatankuasa. 

b.  Jenis  insuran  yang  dibenarkan  ialah  insuran  kecurian  dan kebakaran. 

LAPORAN KEWANGAN 

33.  Laporan Kewangan Tahunan.    Bendahari bertanggungjawab menyedia dan membentangkan kepada Mesyuarat Agung Laporan Kewangan Kelab bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis setiap tahun. 

34.  Laporan  Kewangan  Semasa.  Bendahari  perlu  juga  dikehendaki menyediakan  laporan  kewangan  atas  keperluan  semasa  seperti pemeriksaan/audit khas atau keperluan Mesyuarat Jawatankuasa. 

35.  Aspek Pelaporan.  Aspek yang perlu dalam laporan kewangan ialah:

Page 31: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

a.  Penyata  Akaun  Pendapatan  dan  Perbelanjaan  (Income  and Expenditure Accounts). 

b.  Kunci Kira­Kira (Balance Sheet). 

c.  Penyata Aliran Tunai (Cash Flow Statement). 

d.  Lain­lain  penyata  perakaunan/dokumen  sokongan  yang difikirkan  perlu  seperti  senarai  harta,  senarai  pelaburan,  senarai siberhutang, sipiutang dan sebagainya. 

PROSEDUR AUDIT 

36.  Pelantikan  Pemeriksa  Kira­Kira.    Akaun  Kelab  hendaklah  diaudit  dan disahkan oleh sekurang­kurangnya dua orang Pemeriksa Kira­Kira yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Pemeriksa Kira­Kira ini hendaklah dilantik di kalangan  ahli  Kelab  dan mereka  hendaklah memegang  jawatan  untuk  tempoh dua tahun. 

37.  Laporan  Audit.    Laporan  audit  oleh  Pemeriksa  Kira­Kira  hendaklah dikepilkan  dan dibentangkan bersama­sama  dengan Laporan Kewangan Kelab dalam Mesyuarat  Agung  Tahunan.  Contoh  format  laporan  audit/laporan  audit khas adalah seperti di Kembaran H. 

38.  Audit  Khas.    Selain  dari  audit  tahunan,  akaun  Kelab  juga  tertakluk kepada  audit  khas  dari  masa  ke  semasa  bergantung  kepada  keperluan Jawatankuasa  dan  pihak  berkuasa  Pendaftar  Pertubuhan  (ROS)  serta  pihak berkuasa audit dari Kementerian Pertahanan (contoh BADSA) dan Persekutuan (contoh Audit Negara).  Laporan audit  khas disediakan  berasingan oleh  badan yang melaksanakan audit. 

39.  Audit  Luar  (External  Auditor).    Jawatankuasa boleh melantik  juruaudit luar  (external  auditor)  bertauliah  untuk  memeriksa/mengaudit  akaun  Kelab sekiranya  perlu.  Sekiranya  audit  luar  dilantik,    Mesyuarat  Agung  atas  syor Jawatankuasa boleh meluluskan sesuatu amaun sebagai bayaran  perkhidmatan kepada  pihak  audit  yang  dilantik.    Laporan  audit  dari  audit  luar  disediakan berasingan oleh tim audit itu sendiri. 

KESELAMATAN WANG TUNAI/BUKU CEK/REKOD PERAKAUNAN 

40.  Bendahari/Pemegang  Akaun    hendaklah  sentiasa  memastikan  wang tunai,  buku  cek  dan  rekod  perakaunan  sentiasa  terpelihara  dan  disimpan ditempat selamat.

Page 32: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

BELANJAWAN TAHUNAN KELAB 

41.  Jawatankuasa  bertanggungjawab  menyedia  dan  membentangkan belanjawan tahunan Kelab untuk diluluskan oleh ahli melalui Mesyuarat Agung. 

42.  Perbelanjaan Kelab terhad kepada aktiviti yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung sahaja. Perbelanjaan luar jangka boleh dilaksanakan mengikut keputusan Jawatankuasa  demi  kebajikan  ahli  tetapi  maklumat  berhubung  dengan perbelanjaan  tersebut  hendaklah  dimaklumkan  dalam  Mesyuarat  Agung berikutnya. 

Kembaran: 

A.  Format Laporan Perakaunan. B.  Contoh Buku Tunai . C.  Contoh Resit Penerimaan. D.  Resit Bayaran Kelab. E.  Borang Permohonan Membelanjakan Wang Kelab. F.  Format Laporan Tahunan. G.  Contoh Format Buku Pendaftaran Harta Kelab. H.  Contoh Format Laporan Audit/Laporan Audit Khas.

Page 33: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

KEMBARAN A 

KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA) 

No Pendaftaran (0180­06­WKL) 

KUNCI KIRA­KIRA PADA 31 DISEMBER 2006 

NOTA  2006 RM 

ASET TETAP Bangunan Kelab Komputer 

ASET SEMASA Simpanan tetap Baki Tunai ditangan Baki Bank 

Tolak LIABILITI SEMASA Sipiutang 

ASET SEMASA BERSIH 

ASET BERSIH 

Dibiayai oleh: DANA TERKUMPUL 

Baki dibawa ke hadapan Lebihan (excess of income over expenditure) tahun 2006 Baki dihantar ke hadapan 

DISEDIAKAN OLEH:  DISAHKAN OLEH: 

……………………………………………….  ……………………………………………….. Bendahari Kehormat  Pengerusi 

Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM  Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM 

DISEMAK OLEH:  DISEMAK OLEH: 

………………………………………..  ……………………………………………. Pemeriksa Kira­kira 1  Pemeriksa Kira­Kira 2

Page 34: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

KEMBARAN B 

EXCEL.......................................

Page 35: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

KEMBARAN C

KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

RESIT PENERIMAAN

Diakui terima dari :

Nama:…................................................................................................……………………

Dari Pasukan/Jabatan/Organisasi……………………………………………………….. untuk tujuan berikut:

Bil Butir­Butir RM

Jumlah

Pengesahan Penerimaan

No Cek/Tunai: Bertarikh: Bank: Amaun RM: Ringgit Malaysia:

Tarikh: Tandatangan dan Cop Bendahari

Page 36: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

KEMBARAN D 

KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA No Pendaftaran (0180­06­WKL) 

BAUCER BAYARAN 

No 

Adalah disahkan pembayaran kepada : 

Nama :…........................................................................................................................................ . Pasukan :………................................................. …………………………….untuk bayaran berikut: 

Bil  Butir­Butir  RM 

Jumlah 

Pengesahan Pembayaran  Pengesahan Penerimaan 

Tarikh :  Tarikh: No Cek:  No : Amaun:  Pangkat: 

Tandatangan Bendahari 

Nama: 

Tandatangan Penerima 

Nota: Pembayaran perlu disokong dengan surat­surat/resit­resit yang sah yang mengandungi maklumat terperinci mengenai perbelanjaan yang akan/telah dilakukan.

Page 37: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

KEMBARAN E 

BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN/PERBELANJAAN WANG KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ATM (KSSKA) 

BAHAGIAN 1 : BUTIR­BUTIR PERMOHONAN 

1.  Adalah saya, No…….……..Pkt………….  Nama …………………….………..Pasukan…………….. Alamat Pasukan…………………………………………….. ………………………………………………………… Memohon wang Kelab berjumlah RM…….……... (Ringgit Malaysia………………………………………………) bagi tujuan berikut………………………………………………………………………………………………….. 

2.  Surat sokongan/justifikasi disertakan. 

Tarikh:          Mac 2006  Tandatangan…………………………………………… 

BAHAGIAN II: KELULUSAN 

3.  Perbelanjaan di atas diluluskan/tidak diluluskan (RM……………………) 

Tarikh……………….  Tandatangan…………………………………………. 

BAHAGIAN III: PEMBAYARAN 

4..  Disahkan pembayaran melalui cek/tunai telah dibuat sebanyak RM………….. …(Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja………………………………………………………………………………………………………) No cek………………………bertarikh……………… 

Tarikh……Mac 2006…  Tandatangan…………………….....………………. (Bendahari/Pemegang Akaun) 

BAHAGIAN IV: AKUAN PENERIMAAN 

5.  Diakui penerimaan wang tunai/cek berjumlah RM….. ..(Ringgit Malaysia……………………………. Dua Ribu Sahaj…………………………………………………………………………………………….) 

Tarikh……………….  Tandatangan………………………………… 

No ……………………………………………... 

Pangkat :………………………………………. 

Nama…………………………………………..

Page 38: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

KEMBARAN F 

LAPORAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN WANG KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ATM 

BAHAGIAN A – PENERIMAAN 

Bil  Butir­Butir Penerimaan  RM  Catatan 1.  Baki bawa ke hadapan 

2.  Terima dari KSSKA (pertama) 

3.  Terima dari KSSKA (kedua) 

4.  Jumlah Penerimaaan KSSKA 

Tolak: BAHAGIAN B – PERBELANJAAN 

Bil  Butir­Butir Perbelanjaan  RM  Catatan 5.  Aktiviti Sukan: 

a.  Maklumat terperinici perbelanjaan seperti dikepilkan b. 

c. 6.  Aktiviti Sosial: 

a.  Maklumat terperinici perbelanjaan seperti dikepilkan b. 

c. 7.  Aktiviti Kebajikan: 

a.  Maklumat terperinici perbelanjaan seperti dikepilkan b. 

c. 8.  Aktiviti BAKAT:  Disi oleh BAKAT pasukan dan 

dimajukan ke Ahli Jawatankuasa BAKAT, KSSKA 

a.  Maklumat terperinici perbelanjaan seperti dikepilkan b. 

c.

Page 39: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

9.  Lain­lain Perbelanjaan yang diluluskan oleh KSSKA (sekiranya ada) 

a. b. c. Jumlah Perbelanjaan 

Baki 

BAHAGIAN C – AKUAN PEGAWAI PENGURUS AKAUN KSSKA PASUKAN 

10.  Adalah diakui penerimaan dan perbelanjaan di atas adalah benar dilakukan dan resit­resit /baucer­baucer berkaitan telah direkodkan  dan disimpan untuk tujuan audit/rujukan. 

Tarikh:  Tandatangan……………………………………….. 

BAHAGIAN D – PENGESAHAN PEGAWAI MEMERINTAH/PENGERUSI BAKAT 

11.  Adalah disahkan penerimaan dan perbelanjaan di atas adalah benar dilakukan dan resit­resit /baucer­baucer berkaitan telah direkodkan  dan disimpan untuk tujuan audit/rujukan. 

Tarikh:  Tandatangan …………………

Page 40: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

KEMBARAN H 

FORMAT LAPORAN AUDIT KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 

BAHAGIAN A – BUTIR­BUTIR PEMERIKSAAN 

1  Tarikh Pemeriksaan 

2  Nama Pemeriksa  a. b c. 

3  Tempat Pemeriksaan 

4  Tujuan Pemeriksaan  Tahunan/Khas atau lain­lain  nyatakan)…………………… 5  Kuasa 6.  Tarikh audit Yang 

lepas 

BAHAGIAN B – LAPORAN PEMERIKSAAN DAN PEMERHATIAN 

7  Wang tunai dalam tangan 

RM  Ringgit Malaysia 

8  Wang tunai di bank  RM  Ringgit Malaysia 

9  Nilai Simpanan Tetap  RM  Ringgit Malaysia 

10  Nilai harta  RM  Ringgit Malaysia 

11  Resit penerimaan terakhir 

No 

12  Baucer bayaran terakhir 

No 

13  Slip tunai ke bank  No 

14  No cek terakhir dikeluarkan dan tarikh cek dikeluarkan 

Cek ………………… No…………………. 

Bertarikh…………………..berjumlah RM…………………… 

15  Tarikh transaksi terakhir/terkini seperti dalam cash book 

16  Bilangan dan nilai siberhutang (Jika ada) 

17  Bilangan dan nilai sipiutang (jika ada) 

18  Adakah tunai dalam tangan mencukupi  Ya/Tidak 

19  Adakah tunai dalam bank mencukupi  Ya/Tidak

Page 41: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

20  Adakah semua penerimaan tunai/bank direkodkan 

Ya/Tidak 

21  Adakah resit penerimaan dikeluarkan  Ya/Tidak 

22  Adakah semua perbelanjaan diluluskan mengikut perlembagaan Kelab 

Ya/Tidak 

23  Adakah semua perbelanjaan direkodkan dengan tepat 

Ya/Tidak 

24  Adakah cek diselengarakan  Ya/Tidak 

25  Adakah buku tunai diselenggarakan  Ya/Tidak 

26  Adakah susutnilai tahunan ke atas harta kelab dibuat 

Ya/Tidak 

27  Adakah harta kelab dilindungi insuran kebakaran/kecurian/penipuan 

Ya/Tidak 

Premium insuran : RM 28  Adakah cek/wang tunai disimpan di tempat 

selamat Ya/Tidak 

29  Adakah Laporan Tahunan Kewangan Kelab disediakan 

Ya/Tidak 

30  Adakah senarai harta dikemaskini  Ya/Tidak 

31  Adakah pelupusan harta dibuat selepas kelulusan Jawatankuasa 

Ya/Tidak 

32  Adakah rekod­rekod kutipan yuran diselenggarakan 

Ya/Tidak 

33  Adakah Sijil Simpananan Tetap disimpan dan dikemaskini 

Ya/Tidak 

34  Keputusan Pemerhatian: 

a.  90  ­ 100%  ­ cemerlang b.     80  ­  89%  ­ amat memuaskan c.     70  ­  79%  ­ memuaskan d.     60  ­  69%  ­ sederhana memuaskan e.     50 – 59%  ­ kurang memuaskan f.      Bawah 50% ­ tidak memuaskan 

Nota: Tiap­tiap perkara yang diperiksa di perenggan 18 hingga 33 diberi 1 markah penuh. Sebagai contoh, 16 markah penuh (16/16) mewakili 100% iaitu cemerlang, 14 markah penuh (14/16 x100) mewakili 87.5% iaitu amat memuaskan.

Page 42: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

BAHAGIAN C – TEGURAN AUDIT 

Pihak audit ingin mengemukakkan teguran berikut: (gunakan lampiran berasingan jika perlu) 

Bil  Perkara  Teguran  Cadangan Penambahbaikan 1 

BAHAGIAN D – PENGESAHAN DAN ULASAN AUDIT 

Saya/Kami mengesahkan telah melaksanakan audit ke atas Akaun Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM  dan berpuashati/tidak berpusahati ke atas akaun Kelab ini. Secara keseluruhannya  akaun  Kelab  telah  diselenggarakan  dengan  cemerlang/amat memuaskan/sederhana memuaskan/kurang memuaskan/tidak memuaskan. 

Tarikh:  Tandatatangan Pemeriksa (1)……………………………… 

Tarikh:  Tandatangan Pemeriksa    (2)……………………………….. 

BAHAGIAN E – ULASAN PENGERUSI KELAB 

Saya bersetuju dengan pandangan dan ulasan pihak Audit. Bendahari/Pemegang kira­ kira diminta mengambil perhatian ke atas pemerhatian dan teguran audit 

Tarikh:  Tandatangan ……………………......... 

BAHAGIAN F – TINDAKAN BENDAHARI/PEMEGANG AKAUN 

Perkara­perkara yang ditegur oleh Lembaga Audit di beri perhatian dan diambil tindakan penyelesaian sewajarnya. 

Tarikh:  Tandatangan.............................................

Page 43: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

UNDANG­UNDANG KECIL KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN 

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA No Pendaftaran 0180­06­WKL 

TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN BAKAT

Page 44: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN BAKAT 

AM 

1.  Membentangkan prosedur kewangan dan perakaunan BAKAT ATM yang meliputi  bidang  tugas  Bendahari,  pendapatan  dan  perbelanjaan,  perakaunan, insuran harta,  penyediaan  laporan  kewangan,  prosedur  audit  dan  keselamatan rekod perakaunan wang BAKAT. 

ORGANISASI 

2.  Organisasi  BAKAT  adalah  sepertimana  yang  dibentangkan  di  dalam Perlembagaan BAKAT. 

BIDANG TUGAS 

3.  Bidang tugas BAKAT ATM adalah sepertimana yang  termaktub di dalam Perlembagaan BAKAT. 

PERAKAUNAN 

4.  Tatacara  Perakaunan.    Tatacara  perakaunan  yang  digunakan  adalah sebagaimana yang dipraktikan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan. 

5.  Laporan  Kewangan  Tahunan.  Bendahari  BAKAT  bertanggungjawab menyediakan  laporan  perbelanjaan  yang  berakhir  pada  31  Dis  tiap­tiap  tahun kepada KSSKA. 

6.  Laporan  Kewangan  Semasa.    Bendahari  BAKAT  juga  perlu menyediakan laporan kewangan atas keperluan semasa oleh KSSKA. 

PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN TABUNG BAKAT 

7.  Sumber  Pendapatan.      Sumber  pendapatan  utama  BAKAT  adalah merupakan  geran  tetap  yang  disalurkan  oleh  KSSKA  yang  berjumlah  sepuluh peratus  (10%)  daripada  sumbangan  kerajaan  atau  tertakluk  kepada  kelulusan Mesyuarat Agung. 

8.  Rekod  dan  Penerimaan.  Setiap  transaksi  penerimaan  pendapatan hendaklah  direkodkan  dalam  lejer  dan  resit  penerimaan  dikeluarkan  sebagai bukti penerimaan. 

9.  Agihan  Peruntukan.    KSSKA  akan  memberi  peruntukan  kewangan kepada BAKAT ATM untuk diagihkan kepada BAKAT perkhidmatan/formasi dan unit.  Pengagihan peruntukan ini adalah berdasarkan kepada suatu jumlah yang ditentukan oleh BAKAT ATM.

Page 45: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

10.  Perbelanjaan. 

a.  Jenis perbelanjaan. 

(1)  Perbelanjaan Pengurusan Tabung BAKAT. 

(2)  Perbelanjaan Pentadbiran/Operasi Tabung BAKAT. 

(3)  Perbelanjaan Pelaburan. 

(4)  Perbelanjaan untuk aktiviti sosial, sukan dan kebajikan. 

(5)  Pembelian harta. 

(6)  Sumbangan/hadiah/geran  kepada  badan  sukan  dan kebajikan ATM atau lain­lain organisasi. 

(7)  Lain­lain  perbelanjaan  yang  diluluskan  oleh  Lembaga Jawatankuasa Pengurusan demi kepentingan BAKAT. 

(8)  Lain­lain  perbelanjaan  yang  diluluskan  oleh  Mesyuarat Agung dari masa ke semasa. 

b.  Transaksi  Perbelanjaan  dan  Dokumen  Sokongan.    Setiap transaksi  perbelanjaan  hendaklah  direkodkan  dalam  lejer  dan  disokong dengan  dokumen  yang  disahkan  sebagai  bukti  perbelanjaan  telah dilaksanakan. 

c.  Susutnilai Harta.  Susutnilai harta mengikut kadar perakaunan semasa. 

d.  Wang  Tunai  Dalam  Tangan.    Bendahari  hanya  dibenarkan menyimpan wang tunai dengan tidak melebihi RM500 pada setiap masa. 

PENGURUSAN BANK 

11.  Pembukaan  Akaun  Bank.  Kewangan  Kelab  hendaklah  diurus  melalui bank  perdagangan  berlesen  yang  dipilih  oleh  dan    atas  kelulusan  Lembaga Jawatankuasa Pengurusan. 

12.  Pegawai Pemegang Akaun Bank.  Bendahari  secara  automatik dilantik sebagai Pegawai Pemegang Akaun Bank. 

13.  Tandatangan  Timbal  Cek.    Cek  bernilai  RM5,000  dan  ke  bawah hendaklah  ditandatangani  oleh  pemegang  akaun  dan  seorang  penandatangan timbal. Cek bernilai RM5,000 ke atas hendaklah ditandatangani oleh pemegang

Page 46: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

akaun,  Pengerusi  Jemaah  Tertinggi  BAKAT  ATM/Pengurusi  BAKAT Perkhidmatan dan seorang penandatangan timbal. 

14.  Rekod  Perbankan.    Pemegang    akaun  dikehendaki  menyimpan  rekod perbankan  seperti  keratan  buku  cek,  penyata  bank,  slip  tunai  ke  bank  dan sebagainya dengan selamat untuk tujuan pengesahan dan audit. 

15.  Pelarasan  Penyata  Bank.  Pemegang  akaun  hendaklah  memastikan pelarasan penyata bank dibuat pada setiap hujung bulan bagi memastikan setiap transaksi kredit   dan debit direkodkan dan baki akaun bank adalah tepat. 

LAPORAN KEWANGAN 

16.  Laporan  Kewangan  Tahunan.  Bendahari  bertanggungjawab  menyedia laporan  kewangan  Kelab  bagi  tahun  kewangan  berakhir  pada  31  Dis  tiap­tiap tahun. 

17.  Laporan  Kewangan  Semasa.  Bendahari  perlu  juga  menyediakan Laporan Kewangan atas keperluan semasa seperti pemeriksaan/audit khas atau Mesyuarat Lembaga Jawatankuasa Pengurusan. 

18.  Perkara yang perlu dalam laporan kewangan ialah: 

a.  Penyata  Akaun  Pendapatan  dan  Perbelanjaan  (Income  and Expenditure Accounts). 

b.  Kunci Kira­Kira (Balance sheet). 

c.  Lain­lain  penyata  perakaunan/dokumen  sokongan  yang  difikirkan perlu  seperti  senarai  harta,  senarai  pelaburan,  senarai  siberhutang  dan sipiutang dan sebagainya. 

AUDIT 

19.  Akaun  tahunan  Kelab  hendaklah  diaudit  dan  disahkan  oleh  sekurang­ kurangnya dua (2) Pemeriksa Kira­Kira. Pemeriksa Kira­Kira ini hendaklah terdiri daripada  pegawai  bertauliah  yang  dilantik  oleh  formasi/unit  masing­masing. Laporan Pemeriksaan Kira­Kira hendaklah dimajukan kepada Bendahari KSSKA. 

KESELAMATAN WANG TUNAI/BUKU CEK/REKOD PERAKAUNAN 

20.  Bendahari/Pemegang Akaun hendaklah sentiasa memastikan wang tunai, buku  cek  dan  rekod­rekod  perakaunan  sentiasa  terpelihara  dan  disimpan  di tempat selamat.   Lejar dan dokumen perakaunan hendaklah dimajukan kepada Pegawai  Memerintah  pada  minggu  pertama  pada  setiap  bulan.  Pegawai Memerintah berhak membuat pemeriksaan mengejut ke atas akaun tersebut.

Page 47: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

KEMBARAN A 

SISTEM PENTADBIRAN JEMAAH TERTINGGI BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA (BAKAT) 

Penaung  ­  DYMM SPB Raja Permaisuri 

Agong 

Pengerusi  ­  Isteri PAT 

Ahli­ahli  ­  Isteri PTD 

­  Isteri PTL 

­  Isteri PTU 

­  Isteri KSO 

­  Isteri KSJA 

­  Isteri KSPP 

­  Isteri KSL 

Penasihat  ­  KSJA 

Pen.Penasihat  ­  Lantikan KSJA 

Bendahari  ­  ­ sama ­ 

Setiausaha  ­  ­ sama ­ 

KEMENTAH Pengerusi  ­ Dilantik Ahli­Ahli  ­ Dipilih 

DARAT Pengerusi  ­ Isteri Panglima 

Tentera DARAT 

Ahli­Ahli  ­ Isteri­Isteri Panglima 

UDARA Pengerusi  ­ Isteri Panglima 

Tentera UDARA 

Ahli­Ahli  ­ Isteri­Isteri Panglima 

LAUT Pengerusi  ­ Isteri Panglima 

Tentera LAUT 

Ahli­Ahli  ­ Isteri­Isteri

Page 48: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

KEMBARAN B 

BIDANG TUGAS BENDAHARI 

BIDANG TUGAS 

1.  Bidang tugas dalam hal ehwal kewangan dan perakaunan adalah seperti berikut: 

a.  Bendahari.  Bertanggungjawab  untuk  menyelenggara  rekod­rekod perakaunan  dan  mengurus  hal­ehwal  kewangan  BAKAT.  Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, bendahari hendaklah: 

(1)  Mendapatkan peruntukan daripada KSSKA. 

(2)  Membuat  pengagihan  kewangan  kepada  BAKAT Perkhidmatan iaitu Darat/Laut/Udara. 

(3)  Menyelenggara maklumat kewangan BAKAT melalui: 

(a)  Penyimpanan  rekod  pendapatan  dan  perbelanjaan secara manual atau berkomputer. 

(b)  Merekod transaksi kewangan dalam lejer. 

(c)  Menentukan  kedudukan  kira­kira  sentiasa  seimbang setiap masa. 

(d)  Mengkoordinasikan  dan  mendapatkan  Laporan Kewangan daripada BAKAT Perkhidmatan. 

(e)  Memajukan laporan kewangan tahunan ke KSSKA. 

(f)  Selaku pemegang kira­kira bagi pengurusan akaun BAKAT.

Page 49: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

UNDANG­UNDANG KECIL KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN 

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA No Pendaftaran 0180­06­WKL 

TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN MAJLIS SUKAN 

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (MSAT)

Page 50: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN MSAT 

AM 

1.  Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) merupakan badan sukan tertinggi di dalam ATM yang bertanggungjawab terus kepada Panglima Angkatan Tentera dalam  semua  hal  sukan  ATM.  Jawatankuasa  Kerja  (JKK)  MSAT  pula  adalah badan bertugas MSAT yang menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam ATM. Walau  bagaimanapun,  kawalan  harian  aktiviti  sukan  adalah  di  bawah penyelarasan dan  tanggungjawab Persatuan Sukan masing­masing.  Peraturan dan pentadbiran MSAT adalah tertakluk kepada Perlembagaan MSAT yang telah diluluskan oleh MAT Ke­292 pada 31 Jan 1991. 

TAKRIF 

2.  Dalam  mentafsirkan  peraturan  dan  sesuatu  undang­undang  kecil  yang digubal  di  bawahnya  melainkan  kandungan  ayatnya  mengkehendaki  makna yang lain: 

a.  Lembaga Sukan Perkhidmatan bermakna Lembaga Sukan Tentera Darat  (LSTD),  Lembaga  Sukan  Tentera  Laut  (LSTLDM)  dan  Lembaga Sukan Tentera Udara (LSTUDM). 

b.  Persatuan  Sukan  bermakna  mana­mana  persatuan  yang menjalankan kawalan eksklusif ke atas mana­mana bidang sukan amatur di dalam Angkatan Tentera Malaysia. 

ORGANISASI 

3.  Organisasi  MSAT  adalah  sepertimana  yang  dibentangkan  di  dalam Perlembagaan MSAT seperti di Kembaran A. 

BIDANG TUGAS 

4.  Bidang  tugas  JKK MSAT  adalah  sepertimana  yang  termaktub  di  dalam Perlembagaan MSAT seperti di Kembaran B. 

KEWANGAN 

5.  Pada dasarnya, Pengurusan Kewangan MSAT adalah seperti yang telah digariskan di dalam Perlembagaan MSAT seperti berikut: 

a.  Sumber  Pendapatan.  Sumber  pendapatan  utama  MSAT  adalah merupakan geran tetap yang disalurkan oleh KSSKA yang berjumlah tiga puluh peratus (30%) daripada sumbangan kerajaan atau tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat  Agung.    Pengarah UGAT  selaku  Bendahari MSAT adalah bertanggungjawab di atas penyelenggaraan kewangan ini.

Page 51: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

b.  Agihan  Peruntukan.    KSSKA  akan  memberi  peruntukan  sukan kepada  MSAT  untuk  diagihkan  kepada  Lembaga  Sukan  Perkhidmatan (LSTD/LSTLDM/LSTUDM),  Persatuan­Persatuan  Sukan  ATM  dan Sekretariat  MSAT.    Peruntukan  hendaklah  diagihkan  75%  kepada Sekretariat  MSAT  untuk  menampung  perbelanjaan  aktiviti  Persatuan­ Persatuan Sukan ATM dan  25% kepada  Lembaga Sukan Perkhidmatan mengikut kekuatan anggota. 

c.  Perbelanjaan.    Semua  perbelanjaan  dan  pembayaran  mestilah mendapat kelulusan daripada JKK MSAT sepertimana yang digariskan di dalam Perlembagaan MSAT. Perbelanjaan kewangan MSAT adalah bagi tujuan  pengurusan  dan  pembangunan  Persatuan  Sukan  ATM  seperti berikut: 

(1)  Pengurusan.    Sumber  Wang  Pengurusan  MSAT  adalah diperuntukan  kepada  semua  persatuan  sukan  dalam  ATM  untuk tujuan  pengurusan  persatuan  yang  meliputi  pengelolaan  dan penyertaan kejohanan sukan sama ada di peringkat ATM ataupun Kebangsaan serta pembayaran subsidi  kepada atlit dan pentadbir sukan. 

(2)  Pembangunan.  Sumber wang pembangunan adalah untuk tujuan  pembangunan  persatuan  sukan  ATM  yang  meliputi  aktiviti seperti kursus dan seminar sukan serta program pembangunan atlit persatuan. 

d.  Perakuan  Oleh  Penerima.  Sepertimana  yang  digariskan  dalam Perlembagaan  MSAT,  semua  perbelanjaan  ke  atas  peruntukan  MSAT hendaklah  disokong  dengan  resit  atau  bukti  yang  sah  dan  ianya ditandatangani oleh Setiausaha atau Pengerusi Persatuan. 

e.  Audit Akaun.   Audit terhadap akaun MSAT akan dijalankan sekali dalam masa enam (6) bulan oleh pegawai yang dilantik oleh Sekretariat MK ATM seperti di dalam Perlembagaan MSAT. 

LAPORAN KEWANGAN 

6.  Laporan  Kewangan  Tahunan.  Bendahari  MSAT  bertanggungjawab menyediakan  laporan  perbelanjaan  yang  berakhir  pada  31  Dis  tiap­tiap  tahun kepada KSSKA.

Page 52: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...

7.  Laporan Kewangan Semasa. Bendahari MSAT  juga perlu menyediakan laporan kewangan atas keperluan semasa oleh KSSKA. 

Kembaran: 

A.  Organisasi MSAT. B.  Bidang Tugas JKK MSAT.

Page 53: peraturan mesyuarat agung tahunan, mesyuarat khas dan ...