Peraturan Ping Pong MSSD Johor Bahru 2013

4
MSSD Johor Bahru 2015 PERATURAN KEJOHANAN PING PONG MSSD JOHOR BAHRU TAHUN 2015 1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 1.1 Selain daripada peraturan AM MSSM, pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) yang sedang berkuatkuasa sekarang. 2. PEMBENTUKAN PASUKAN 2.1 Setiap pasukan sekolah dibenarkan menghantar maksimum 4 pemain perseorangan dan 2 pasukan bergu untuk setiap kategori (Lelaki dan Perempuan bawah 12 dan 18 tahun). 2.2 Kategori yang dipertandingkan ialah : 2.2.1 Perseorangan Lelaki Terbuka 2.2.2 Perseorangan Perempuan Terbuka 2.2.3 Bergu Lelaki Terbuka 2.2.4 Bergu Perempuan Terbuka 2.3 Setiap pemain dibenarkan bermain dalam dua acara, iaitu satu perseorangan dan satu bergu. 3. SISTEM PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan yang dijalankan adalah secara kalah mati. 3.2 Bilangan set perlawanan ialah Best of 5 iaitu diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan bermula dari pusingan pertama sehingga ke peringkat akhir. 3.3 Keutamaan pemain (seeding) diguna pakai dalam pembentukkan jadual pertandingan.

description

Ping Pong

Transcript of Peraturan Ping Pong MSSD Johor Bahru 2013

PING PONG

MSSD Johor Bahru 2015

PERATURAN KEJOHANAN PING PONG

MSSD JOHOR BAHRU TAHUN 20151. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1.1 Selain daripada peraturan AM MSSM, pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) yang sedang berkuatkuasa sekarang.2. PEMBENTUKAN PASUKAN

2.1Setiap pasukan sekolah dibenarkan menghantar maksimum 4 pemain perseorangan dan 2 pasukan bergu untuk setiap kategori (Lelaki dan Perempuan bawah 12 dan 18 tahun).

2.2 Kategori yang dipertandingkan ialah :

2.2.1Perseorangan Lelaki Terbuka

2.2.2Perseorangan Perempuan Terbuka

2.2.3Bergu Lelaki Terbuka

2.2.4Bergu Perempuan Terbuka

2.3Setiap pemain dibenarkan bermain dalam dua acara, iaitu satu perseorangan dan satu bergu.3. SISTEM PERTANDINGAN

3.1Pertandingan yang dijalankan adalah secara kalah mati.

3.2Bilangan set perlawanan ialah Best of 5 iaitu diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan bermula dari pusingan pertama sehingga ke peringkat akhir.3.3 Keutamaan pemain (seeding) diguna pakai dalam pembentukkan jadual pertandingan.

4. KEMENANGAN PERCUMA

4.1Kemenangan percuma (3-0) akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya pemain gagal berada di gelanggang perlawanan 15 minit selepas urusetia mengumumkan nama pemain.5. PAKAIAN PEMAIN

5.1Pemain hendaklah memakai pakaian sukan yang sesuai semasa pertandingan. Pakaian yang berwarna jingga (oren) atau berjalur jingga dan keseluruhan putih adalah tidak dibenarkan.6. JENAMA DAN SAIZ BOLA PING PONG

6.1Jenama bola yang akan digunakan adalah jenis TIBHAR/NITTAKU (3 Bintang) berwarna jingga atau putih dan bersaiz 40mm.7. PERTUKARAN PEMAIN

7.1 Pertukaran pemain selepas tarikh undian dijalankan dan semasa hari pertandingan

adalah tidak dibenarkan.8. BAYARAN PENYERTAAN

8.1Bayaran penyertaan bagi setiap sekolah akan dimaklumkan pada mesyuarat bersama pengurus pasukan

8.2Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek atas nama GURU BESAR SJK(C) PU SZE9. PENGADIL

9.1Pengadil akan dilantik dikalangan guru, pelajar sekolah menengah atau individu dari kelab/persatuan ping pong.

10. HADIAH DAN SIJIL

10.1 Pihak penganjur akan menyediakan 4 medal/piala dan sijil untuk setiap kategori

(Johan x 1, Naib Johan x 1, Ketiga x 1 dan Keempat x 1).10.2 Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang terlibat.11. BANTAHAN

11.1 Jika sesuatu pasukan itu tidak berpuas hati dengan apa-apa keputusan, pengurus

pasukan hendaklah mengemukakan bantahan rasmi kepada pihak Urusetia selewat-

lewatnya satu jam selepas tamatnya perlawanan tersebut dengan menyertakan wang

tunai sebanyak RM200.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya

bantahan ditolak.12. JURI RAYUAN

12.1 Pengerusi Teknik Ping Pong MSSD JB.

12.2 Ketua Pengadil.

12.3 Pengurus Pasukan Tiga Buah Sekolah Berkecuali.

13. PENDAFTARAN PEMAIN

13.1 Borang pendaftaran hendaklah diserahkan melalui serahan tangan, pigeon hole atau email kepada S/U Sukan SJK(C) PU SZE pada atau sebelum 21 Januari

2015 (Rabu). Sila hubungi pegawai berkenaan untuk memastikan borang

pendaftaran yang dihantar telah selamat diterima oleh pihak urusetia.

13.2 Borang pendaftaran yang lewat tidak akan dilayan.

13.3 Undian jadual perlawanan akan dijalankan pada 22 Januari 2015 (Khamis).14.TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

14.1 Pertandingan akan berlangsung pada (tarikh akan ditetapkan pada mesyuarat bersama pengurus pasukan) bertempat di Dewan SJKC PU SZE15. PERKARA AM

15.1 Sekiranya terdapat perkara-perkara lain yang tidak dijelaskan dalam peraturan ini,

pihak urusetia berhak menyesuaikan peraturan yang berkenaan yang mana

keputusan adalah muktamad.