Peraturan Prasekolah Aliran Bm

5
PERATURAN PRASEKOLAH ALIRAN BM (KESELURUHAN) (A) KEHADIRAN 1. Murid hendaklah datang tepat pada masa yang ditetapkan. KEHADIRAN murid ke kelas adalah pada 7.00 pagi pada hari Isnin hingga Jumaat. Paling lewat adalah pada jam 7.20 pagi. 2. Ibubapa/penjaga/waris WAJIB mengambil anak pada jam 11.30 pagi setiap hari persekolahan. 3. Sila maklumkan kepada guru prasekolah sekiranya anda tidak dapat mengambil anak anda pada hari persekolahan (sekiranya mewakilkan orang lain mengambil anak jagaan dari sekolah) 4. Ketidakhadiran murid hendaklah dimaklumkan kepada guru kelas/penyelaras/pihak sekolah. Surat sijil sakit atau ketidakhadiran atas sebab-sebab peribadi hendaklah diserahkan kepada guru kelas masing-masing. 5. Murid yang demam/tidak sihat tidak digalakkan hadir ke sekolah terutama yang menghidap penyakit yang boleh berjamgkit. (B) PAKAIAN 1. Murid hendaklah memakai uniform yang telah dibekalkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 2. Murid tidak dibenarkan memakai perhiasan atau aksesori sepanjang persekolahan. 3. Murid hendaklah memakai kasut sekolah serta stoking. 4. Murid perempuan Islam diwajibkan memakai tudung berwarna putih. 5. Murid lelaki tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang atau memotong dengan fesyen keterlaluan 6. Murid perempuan wajib mengikat rambut supaya kelihatan lebih kemas (C) MAKANAN DAN MINUMAN 1. Makanan dan minuman disediakan oleh pihak sekolah sepanjang murid berada di prasekolah. 2. Murid tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman kecuali air kosong.

description

pra

Transcript of Peraturan Prasekolah Aliran Bm

PERATURAN PRASEKOLAH ALIRAN BM (KESELURUHAN)(A) KEHADIRAN

1. Murid hendaklah datang tepat pada masa yang ditetapkan. KEHADIRAN murid ke kelas adalah pada 7.00 pagi pada hari Isnin hingga Jumaat. Paling lewat adalah pada jam 7.20 pagi.2. Ibubapa/penjaga/waris WAJIB mengambil anak pada jam 11.30 pagi setiap hari persekolahan.

3. Sila maklumkan kepada guru prasekolah sekiranya anda tidak dapat mengambil anak anda pada hari persekolahan (sekiranya mewakilkan orang lain mengambil anak jagaan dari sekolah)

4. Ketidakhadiran murid hendaklah dimaklumkan kepada guru kelas/penyelaras/pihak sekolah. Surat sijil sakit atau ketidakhadiran atas sebab-sebab peribadi hendaklah diserahkan kepada guru kelas masing-masing.

5. Murid yang demam/tidak sihat tidak digalakkan hadir ke sekolah terutama yang menghidap penyakit yang boleh berjamgkit.

(B) PAKAIAN

1. Murid hendaklah memakai uniform yang telah dibekalkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

2. Murid tidak dibenarkan memakai perhiasan atau aksesori sepanjang persekolahan.

3. Murid hendaklah memakai kasut sekolah serta stoking.

4. Murid perempuan Islam diwajibkan memakai tudung berwarna putih.

5. Murid lelaki tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang atau memotong dengan fesyen keterlaluan

6. Murid perempuan wajib mengikat rambut supaya kelihatan lebih kemas

(C) MAKANAN DAN MINUMAN

1. Makanan dan minuman disediakan oleh pihak sekolah sepanjang murid berada di prasekolah.

2. Murid tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman kecuali air kosong.

3. Ibubapa hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah jika anak mereka alah kepada sebarang makanan atau tidak boleh makan sesuatu atas faktor agama.

(D) LAIN-LAIN

1. Semua hak milik murid seperti kasut, buku serta alat tulis perlulah ditanda nama murid untuk mengelak dari hilang.

2. Maklumat ibu bapa/penjaga/waris di borang maklumat murid perlulah lengkap dengan dinyatakan nombor telefon untuk dihubungi.

3. Segala peraturan WAJIB di patuhi.

PENTING~

1. Sesi persekolahan bermula pada jam 7.20 pagi dan pulang pada jam 11.30 pagi. Sesi pengajaran dan pembelajaran adalah selama 4 jam.

2. Kandungan pembelajaran yang diajar :

Tunjang Komunikasi (BM & BI)

Tunjang Sains & Teknologi (Awal Sains, Matematik & ICT)

Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai (Moral & Pend. Islam)

Tunjang Kemanusiaan (Kemasyarakatan, Negara & Patriotik)

Tunjang Ketrampilan Diri (Kepimpinan & Sahsiah Diri)

3. Waktu untuk Tunjang Kerohanian, Sikap dan nilai bagi mata pelajaran agama akan diajar oleh guru Pendidikan Islam.

4. Murid prasekolah dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap prasekolah seperti ketetapan yang telah dinyatakan.

5. Peruntukan makanan telah disediakan melalui wang perkapita iaitu sebanyak rm2.25 seorang untuk sehari. Makanan akan disediakan 2 kali iaitu pada jam 7.15 pagi (sarapan) dam 10.00 pagi (rehat).

6. Wang saku tidak perlu dibekalkan kepada murid dan jika ia berlaku, pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan wang tersebut.

7. Sebarang surat menyurat haruslah diberi perhatian dengan segera. Contohnya surat siaran atau surat kebenaran dan notis.8. Waris dikehendaki menghantar dan mengambil anak pada waktu yang telah ditetapkan. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kejadian yang tidak diingini selepas tamat sesi persekolahan.

9. Pastikan waris menanda kedatangan murid pada buku yang telah disediakan

10. Waris tidak dibenarkan memandu kenderaan ke dalam kawasan sekolah.

11. Waris tidak dibenarkan menunggu di luar bilik kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.

12. Waris dikehendaki memaklumkan kepada pihak prasekolah sekiranya anak anda : Alah terhadap makanan

Menghidap sebarang penyakit atau makan ubat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

Diambil atau dihantar oleh orang yang berbeza atau tidak seperti kebiasaan atau terlewat daripada biasa

Dibuli kawan-kawan

Berbakat dalam sesuatu bidang

Pihak prasekolah berharap agar waris dapat memberi kerjasama yang padu sepanjang murid berada di prasekolah. Pembelajaran berterusan diutamakan memandangkan kami amat komited untuk mencapai kecemerlangan dari peringkat bawah lagi. Sebarang pertanyaan berkaitan pembelajaran dan perkembangan anak-anak, waris boleh hubungi guru prasekolah atau pembantu pengurusan murid.

Disediakan oleh,GURU PRASEKOLAH BMSK PERBANDARAN SIBU NO.4

PRASEKOLAH ALIRAN BM

SK PERBANDARAN SIBU NO.4

SURAT AKUJANJI

Dengan ini saya. kad pengenalan. beralamat di ..... dengan sesungguhnya bahawa saya akan :

1. Mengambil anak dibawah jagaan saya bernama . pada jam 11.30 pagi pada setiap hari persekolahan.

2. Tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kepada anak / murid dibawah jagaan saya jika ianya berlaku di luar waktu di atas.

3. Memantau perkembangan anak jagaan saya dari semasa ke semasa dan membimbing mereka membaca di rumah

Saya sesungguhnya faham bahawa saya perlu mematuhi peraturan di atas..

(Tandatangan ibubapa/penjaga)

(Tandatangan Guru Prasekolah)