peraturanmakmalgroupkami-120220200803-phpapp01

download peraturanmakmalgroupkami-120220200803-phpapp01

of 8

description

Peraturan Makmal ICTL

Transcript of peraturanmakmalgroupkami-120220200803-phpapp01

TrioBM2u.blogspot.comPeraturan Makmal

Contoh Peraturan Makmal Komputer

Peraturan makmal diwujudkan untuk:

Memaksimumkan penggunaan Meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran Panduan untuk penggunaan ramai.

Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer: Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.

Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.

Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa.

Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal.

Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.

Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.

Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.

Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.

Tidak dibenarkan membawa liquid paper.

Dilarang membuat bising di dalam makmal.

Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau menfitnah pihak tetrtentu.

Dilarang mengubah sebarang settings dalam komputer.

Dilarang mengubah atau menambah perisian dan perkakasan.

Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam cakera keras.

Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru.

Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal komputer hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.

Pengguna hendaklah merekod penggunaan buku log komputer.

Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.

Sistem Fail

Pekeliling Pekeliling yang berkaitan dengan program ICT Kementerian Pelajaran Malaysia ( lihat folder Pekeliling )

Surat menyurat Surat-surat yang berkaitan dengan ICT sekolah dari pihak kementerian, jabatan, pejabat pelajaran daerah mahupun dari syarikat luar/swasta. Surat dari sekolah hal-hal berkaitan ICT

Perkembangan Staff Laporan perkembangan staff/in-house training yang diadakan. Senarai kehadiran perkembangan staff/in-house training

Jadual waktu penggunaan Jadual waktu penggunaan makmal komputer untuk tahun semasa.

Fail mesyuarat Minit mesyuarat yang dijalankan atau yang dihadiri. Minit curai mesyuarat

INVENTORI Buku stok/rekod bekalan pejabat Buku stok/rekod bekalan pejabat diperolehi dari pejabat sekolah

Kad inventori (kew312) Semua peralatan yang berada dalam makmal komputer telah didaftarkan dalam kad inventori Semua kad inventori yang telah diisi dengan sempurna hendaklah dimasukkan di dalam fail tegak

Senarai inventori Senaraikan semua peralatan yang telah didaftarkan dan dicetak serta dipamerkan dalam fail inventori

Buku laporan penyelenggaraan Sediakan satu buku penyelenggaraan peralatan makmal komputer dan catatkan sekiranya ada penyelenggaran dijalankan(Pihak Syarikat Warisan Nusa juga ada membekalkan buku penyelenggaraan peralatan ICT sila pastikan buku tersebut berada dalam makmal komputer sepanjang masa dan senang diakses.)

Buku pinjaman alatan Sila sediakan buku pinjaman jika ada individu yang bercadang menggunakan peralatan ICT di luar makmal komputer

Label Labelkan semua peralatan ICT dalam makmal komputer mengikut daftar inventori yang telah dibuat

PENGGUNAAN MAKMAL Rekod penggunaan makmal Sila pastikan rekod penggunaan makmal diisi oleh guru-guru dan murid/pelajar sepanjang masa

Rekod penggunaan Komputer Semua komputer diletakkan buku rekod penggunaan dan pengguna dimestikan mengisi rekod

Rekod Penggunaan Bahan Sediakan juga rekod penggunaan bahan yang berada dalam makmal

Rekod buku pelawat Setiap pelawat yang mengunjungi makmal diminta mengisi buku pelawat

KESELAMATAN Peralatan Dilarang memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan yang ada tanpa kebenaran dan penyeliaan penyelaras ICT Dilarang memasang perisian pihak ketiga seperti screen servers, perisian utility untuk mengelakan perubahan konfigurasi sistem. Perubahan ini mungkin akan menjejaskan aplikasi yang dipasang. Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang supaya operasi tidak terganggu. Dilarang mematikan penghawa dingin di Bilik Pelayan supaya tahap kepanasan dan pemeluwapan tidak berlaku Dilarang membuka atau mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa penyeliaan Penyelaras ICT untuk mengelakan kerosakan disebabkan oleh salah pengendalian Dilarang menyerkup komputer semasa kuasa dihidupkan untuk mengelakan terlampau panas.

Plan kecemasan Pelan pengosongan bangunan perlu dipamerkan dalam Makmal Komputer.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATANKESELAMATAN FIZIKAL SECARA UMUM Kunci : Setiap kunci perlu dilabel dengan jelas Kunci disimpan oleh Pengetua atau Guru Besar dan Penyelaras ICT sahaja. Buku log untuk rekodkan pengguna kunci. Akses Pelawat : Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik berkenaan, khasnya bilik Pelayan. Penyelaras ICT mesti menemani pelawat mengunjungi bilik bawah kawalan beliau. Elektrik : Pastikan Bilik Pelayan berada dalam bagunan perlindungan pengalir kilat. Setiap komputer dan pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power Supply Peralatan ICT perlu dilindungi oleh pencegah kilat. Label Setiap peralatan dan kabel perlu dilabel. Pencegahan Kebakaran Setiap bilik pelayan, makmal, pusat sumber yang ada komputer perlu mempunyai alat bantuan awal pemadam api jenis CO2. Setiap pengesan kebakaran perlu dipasang dan sentiasa berada dalam keadaan baik. Makanan Dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam Bilik Pelayan.

KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI BILIK PELAYAN (SERVER ROOM) BilikBilik Pelayan hendaklah sentiasa berkunci KunciBuku log untuk rekodkan pengguna kunci Akses Pelawat Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik Pelayan. Setiap pelawat dikehendaki mengisi buku log kawalan akses. Contoh maklumat yang dicatat termasuk tarikh, masa, nama, nombor Kad Pengenalan, jabatan, jawatan, tujuan lawatan, masa masuk dan masa keluar serta masukan ruangan catatan jika perlu. Penyelaras ICT mesti menemani pelawat yang mengunjungi bilik Pelayan setiap masa. Elektrik Setiap pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power Supply. Pastikan pelayan tidak berada betul-betul di bawah alat penghawa dingin.

Alat Penghawa Dingin Setiap bilik pelayan perlu dipasang dengan sekurang-kurangnya dua (2) unit alat penghawa dingin yang berfungsi secara bergilir-gilir selama 24 jam. Sekiranya penghawa dingin tidak berfungsi atau sekiranya dibekalkan dengan satu unit alat penghawa dingin sahaja, pelayan hendaklah shutdown apabila tidak diguna.

KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI MAKMAL KOMPUTER AksesHanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki Makmal Komputer. Penggunaan makmal perlu diselia sepenuh masa dan direkodkan dalam buku log termasuk penggunaan peralatan dan internet. ElektrikPastikan semua punca elektrik bagi semua peralatan dimatikan sebelum meninggalkan makmal Alat Penghawa DinginSetiap Makmal Komputer perlu dilengkapi alat penghawa dingin.KECERIAAN Plan Makmal Sediakan pelan lokasi setiap komputer dan lain-lain peralatan di Makmal Komputer Gambarajah infrastruktur teknikal (Bilik Pelayan dan Makmal Komputer) perlu didokumenkan dan dipamerkan. Susun atur perkakasan dalam makmal hendaklah mengikut pelan lokasi yang dipamerkan. Sebarang perubahan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran pihak pentadbiran sekolah.

Susun atur (kreativiti) Susun atur perkakas dalam makmal komputer hendaklah mengikut kreativiti sendiri dan tidak menghalang peralatan yang penting dalam makmal tersebut. Dilarang mengubah tempat dan kedudukan komputer sepertimana yang telah ditetapkan dalam pelan asal makmal komputer.

Sudut Pembelajaran Terpulang kepada penyelaras untuk menyediakan Sudut Pembelajaran mengikut subjek tertentu atau seperti yang diarahkan dalam subjek ICTL (sekolah rendah sahaja)

Kebersihan Kebersihan dalam makmal perlu diutamakan terutama peralatan-peralatan komputer. Boleh melantik murid/pelajar yang bertanggungjawab untuk menguruskan kebersihan dalam makmal komputer.

ETIKA PENGGUNAAN INTERNETPenggunaan Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk:1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim pyramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.5. E-mel5.1 Menghantar iklan yang tidak dikehendaki ( unsolicited advertisement/ spam ) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan ( deceptive marketing).5.2 Melakukan pengeboman e-mel ( mail bombing), iaitu secara sengaja membenjiri e-mel seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar.5.3 Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita ( newsgroup ). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam.5.4 Memalsukan e-mel ( forged header ) bagi tujuan mengelirukan penerima.5.5 Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.5.6 Menceroboh ( hacking ) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerohohan:a) Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.b) Menghalang identity pengesahan pengguna atau cirri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian milik orang lain.c) Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host ( to crash the host ).5.7 Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.5.8 Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian ( network monitoring ) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya.