peraturanpbsm-120416180751-phpapp01

3
Peraturan- peraturan Persatuan Bulan Sabit Merah Melaysia (PBSMM) Disiplin 1. Setiap Pengawai adalah dikehendaki menjaga taraf kelakuan mereka pada setiap masa bersesuaian dengan jawatan mereka. 2. Setiap Pengawai hendaklah dengan sendirinya meneniti dan menentukan yang ahli bawahan mereka mematuhi segala peraturan, arahan dan undang- undang. Seseorang Pengawai itu tidak dibenarkan menyoal kepentingan atau keutamaan sesuatu arahan yang dikeluarkan secara umum atau dirinya sendiri oleh seseorang pengawai atasannya. 3. Setiap Pengawai adalah dengan sendirinya bertanggungjawab untuk menjaga kelakuannya dan sentiasa menjaga kedudukannya bersama dengan pengawai- pengawai atasan atau bawahannya. Beliau juga akan memerlukan daripada pengawai bawahannya tindak balas dan kecekapan melaksanakan tanggungjawab mereka seperti mana juga diperlukan daripada dirinya. 4. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pengawai mengemukakan laporan rasmi kepada pengawai atasannya sekiranya ada diantara pengawai bawahannya yang kekurangan kecekapan atau daya usaha mereka. Sekiranya beliau gagal melaporkan kelemahan atau kekurangan daya usaha Pengawai dan ahli bawahannya atau pun apabila ada diantara mereka yang telah melakukan kesalahan, maka ianya juga adalah mencerminkan kelemahan diri pengawai itu sendiri.

description

peraturan pbsm

Transcript of peraturanpbsm-120416180751-phpapp01

Peraturan- peraturan Persatuan Bulan Sabit Merah Melaysia (PBSMM)

Disiplin

1. Setiap Pengawai adalah dikehendaki menjaga taraf kelakuan mereka pada setiap masa bersesuaian dengan jawatan mereka.2. Setiap Pengawai hendaklah dengan sendirinya meneniti dan menentukan yang ahli bawahan mereka mematuhi segala peraturan, arahan dan undang- undang. Seseorang Pengawai itu tidak dibenarkan menyoal kepentingan atau keutamaan sesuatu arahan yang dikeluarkan secara umum atau dirinya sendiri oleh seseorang pengawai atasannya.

3. Setiap Pengawai adalah dengan sendirinya bertanggungjawab untuk menjaga kelakuannya dan sentiasa menjaga kedudukannya bersama dengan pengawai- pengawai atasan atau bawahannya. Beliau juga akan memerlukan daripada pengawai bawahannya tindak balas dan kecekapan melaksanakan tanggungjawab mereka seperti mana juga diperlukan daripada dirinya.

4. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pengawai mengemukakan laporan rasmi kepada pengawai atasannya sekiranya ada diantara pengawai bawahannya yang kekurangan kecekapan atau daya usaha mereka. Sekiranya beliau gagal melaporkan kelemahan atau kekurangan daya usaha Pengawai dan ahli bawahannya atau pun apabila ada diantara mereka yang telah melakukan kesalahan, maka ianya juga adalah mencerminkan kelemahan diri pengawai itu sendiri.

5. Seseorang pengawai itu tidak boleh mengenepikan tugasnya disebabkan kepentingan dirinya sendiri dan berkelakuan seperti yang diketahui atau dijangka mengetahuinya boleh menimbulkan syak wasangka yang:-

a.Ia menyalahgunakan kepentingan peribadinya bertentangan dengan tugas- tugasnya.b. Ia menggunakan kedudukannya untuk kepentingan peribadinya. c.Seseorang pengawai tidak dibenarkan berkelakuan yang boleh mencemarkan nama atau daya usahanya telah berkurangan.d. Seseorang pengawai itu mestilah amanah dan tidak berkelakuan yang boleh menimbulkan syak wasangka terhadap kejujurannya.e. Seseorang pengawai tidak boleh membawa atau cuba membawa pengaruh luar atau tekanan luar untuk menyokong atau mempengararuhi sesuatu tuntutan sama ada ianya tuntutan peribadi ataupun tuntutan daripada ahli- ahli lain di dalam persatuan.f. Seseorang pengawai tidak boleh berkelakuan seperti mana yang boleh menimbulkan tindakan menderhaka.6. Pemberhentian dan Penamatan Keahlian a. Seseorang ahli boleh berhenti keahliannya dengan memberi notis bertulis kepada persatuan. Pemberhentian akan berkuatkuasa sebaik sahaja notis tersebut diterima oleh Persatuan.b. Kelayakan untuk merayu. Seseorang ahli yang terlibat atau terkilan di atas keputusan yang dibuat dibawah arahan ini mengemukakan rayuan beliau secara bertulis di dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan dikeluarkan.c. Kuasa mempertimbangkan dan lain- lain. Adalah budibicara Jawatankuasa Majlis Kebangsaan untuk mengkaji, meminda atau memansuhkan sebarang keputusan untuk membuang, menamatkan atau mengantung keahlian seseorang itu. Setelah ianya disahkan maka keputusan yang dibuat oleh Majlis Kebangsaan adalah muktamad.Pengenalan Unit Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam (PBS)

1.1 Unit Bantuan Sukarela Bulan Sabit Merah adalah merupakan Kumpulan ahli-ahli yang membentuk satu kumpulan yang menjalankan tugas-tugas tertentu Perstauan Unit Bantuan Sukarela ini adalah terdiri daripada sukarelawan yang aktif yang menjadi tulang belakang serta guna tenaga kepada PBSMM khusus di dalam meringankan kesengsaraan mangsa-mangsa bencana dalam atau pun bencana yang dilakukan oleh manusia seperti peperangan dan lain-lain lagi. Unit ini juga melibatkan diri di dalam tugas-tugas tunggu sedia dan lain-lain perkhidmatan kemanusiaan seperti dalam kempen kesihatan, klinik derma darah dan pengrekrutan, klinik- klinik perubatan program penjagaan kesihatan asas dan lain- lain lagi.

1.2 Seseorang ahli yang ingin menyertai Unit Bantuan Sukarela hendaklah berumur 18 tahun keatas dan umur yang paling ideal adalah di antara 18 25 tahun terbuka kepada semua warganegara Malaysia.