perayaan di maysia
Transcript of perayaan di maysia
8/8/2019 perayaan di maysia
http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 1/12
Hari Deepavali
Hari Deepavali (Bahasa Tamil: ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan"Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi
dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pestacahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkandan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar
mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentanggodaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi
daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagimelambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan
Deepavali.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang
baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkandengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan
di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan
"kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayaihanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumahmereka. "Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah
dilarang mengikutnya.
8/8/2019 perayaan di maysia
http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 2/12
Hari Wesak
Hari Wesak merupakan hati terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan
kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddhapada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang
memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras". Hari Wesak juga dikenali dengan nama
Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di
Sri Lanka.
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga
merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak
dirayakan oleh semua penganut agama Buddha di seluruh dunia.
Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketikamenyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-
sheng Da-di.
1. Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati
tiga peristiwa penting, iaitu:
Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35
tahun di tahun 588 S.M.
3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.
8/8/2019 perayaan di maysia
http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 3/12
Hari Sembilan Maharaja Dewa
Perayaan Sembilan Maharaja Dewa juga dikenali sebagai Kow Wong Yeh disambut pada hari kesembilan
pada bulan sembilan dalam kalender lunar Cina. Penganut kepercayaan Taoist akan berkumpul di kuil
untuk menyambut perayaan ini.
Sembilan Maharaja Dewa merupakan kult bomoh kuasa halus "spirit-medium cult" yang dikenali sebagai
'Jieu Hwang Yeh'. Sembilan Maharaja Dewa ini dipercayai tinggal di syurga di langit di bawah
pemerintahan 'Thien Hou', Ratu Syurga yang menjaga buku kehidupan dan kematian. Sembilan
Maharaja Dewa ini juga merupakan anak kepada 'Thien Hou' Ratu Syurga ini. Pada petang bulan
kesembilan, tokong Dewa mengadakan upucara untuk memuja dan menyambut 'Jien Hwang Yeh'. Pada
sebelah petang hari kesembilan pada bulan sembilan dalam kalender lunar Cina, satu tempat
menyembah akan disediakan, sementara satu tempat khas akan ditanda dengan bendera. Orang ramai
akan menyalakan lilin dan membakar gaharu ketika upacara sembahyang dilakukan dengan diiringi
bunyi gong, gendang, dan sebatan. Selepas itu mereka akan bersiap sedia untuk menyambut ketibaan
Sembilan Maharaja Dewa itu.
Oleh kerana ketibaan Sembilan Maharaja Dewa dipercayai sampai melalui jalan air, perarakan diadakan
dari kuil ke tepi pantai atau sungai sebagai lambang kepercayaan ini. Pengikut Taoist berpakaian serba
putih, membawa gaharu dan lilin, menunggu ketibaan 'Maharaja.'
Setelah rombongan yang membawa Sembilan Maharaja Dewa kembali daripada tempat mereka
menjemput ketibaan Sembilan Maharaja Dewa, kerusi tandu tersebut akan diletakkan di dalam tokong
di satu tempat khas. Dengan tamatnya upacara ini, bermulalah perayaan Sembilan Maharaja Dewa
dengan rasminya. Tanglong akan dipasang dikemuncak tiang yang tinggi sebagai permulaan perayaan
Sembilan Maharaja Dewa.
Suasana berpesta menyelubungi kuil sepanjang perayaan sembilan hari. Dalam tempoh ini, bunyi loceng
sembahyang dan penyembahan oleh para sami didengari secara berterusan. Kebanyakan pengikut
Taoist tinggal di tokong, memakan sayur-sayuran sahaja dan menyembah secara berterusan.
Sementara itu ban roti berbentuk penyu yang bertulis perkataan yang baik-baik seperti Hidup Aman dan
Panjang Umur, Keluarga Bahagia, dan Keluarga Sihat dan Kaya. Roti-roti ini akan diletakkan di tokong
untuk mendapatkan restu Sembilan Maharaja Dewa ketika mereka berada di sana. Selepas itu roti-roti
ini akan dibawa balik untuk dimakan.
Perayaan Sembilan Maharaja Dewa ditamatkan dengan perarakan besar-besaran bertujuan menghantar
Sembilan Maharaja Dewa pulang kembali melalui jalan air.
8/8/2019 perayaan di maysia
http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 4/12
Hari Natal
Hari Natal (Krismas) merupakan perayaan menyambut kelahiran Jesus Christ di Bethlehem yang
disambut oleh semua pengikut ugama Nasarani di dunia. Bagaimanapun, kajian menunjukkan Hari Natal
bukanlah tarikh sebenar kelahiran Jesus Christ.
Perayaan hari Natal bermula dengan menghiasi pokok Krismas di rumah dan di gereja. Ahli keluarga
bertukar hadiah pada hari Natal dengan meletakkannya di bawah pokok krismas. Teater Krismas, parti
nyanyian keugamaan (Carol) akan diadakan.
Derma akan diberikan kepada golongan yang tua dan miskin. Secara tradisi, hadiah akan diberikan oleh
Santa Claus kepada mereka yang memerlukan. Pada masa sekarang, perayaan hari Natal bersifat lebih
komersial di mana gedung-gedung jualan akan berhias dan membuat persediaan jualan hari Natal
semenjak awal Disember lagi.
8/8/2019 perayaan di maysia
http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 5/12
8/8/2019 perayaan di maysia
http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 6/12
Hari Gawai
Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya
musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya
disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Perayaan ini selalunya disambut oleh
masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun.Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan
meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan
bersuka-ria. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan juga
disediakan. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.
Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai
memulakan upacara miring ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan
umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan
harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah
dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang
pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.Pada hari pesta
Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan.
Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum
merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan
darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.
Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh
masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan
di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman
tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan
bersama air tuak.
Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan
kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.
Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang
diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang
Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.
Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.
8/8/2019 perayaan di maysia
http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 7/12
Hari Kuih Bulan
Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan
orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi).
Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cina iaitu pada
akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung
pada malam perayaan.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan
itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning
telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang
diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur.
Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga
disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
8/8/2019 perayaan di maysia
http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 8/12
Tahun Baru Cina
Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan
kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.
Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus , lembu, harimau,arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.
Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama
keluarga. Pemberian angpau juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga. Perayaan Chap
Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina.
8/8/2019 perayaan di maysia
http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 9/12
Pesta Menuai
Pesta menuai adalah suatu perayaan yang disambut setiap tahun oleh masyarakat Kadazan-Dusun di
Sabah selepas musim menuai untuk memuja semangat padi. Perayaan ini disambut pada 30 dan 31 Meisetiap tahun dan telah diiktiraf sebagai hari cuti rasmi di negeri Sabah.
Biasanya, dalam menyambut pesta menuai, beberapa acara akan diadakan seperti magavau (semangat
padi), tarian, pertandingan ratu cantik, sukan rakyat serta pameran barang-barang tradisional hasil kerja
tangan suku kaum di negeri Sabah. Pada hari tersebut juga, tapai yang dipanggil 'Kinomoi' akan
dihidangkan secara percuma kepada masyarakat yang berkunjung meraikan pesta menuai ini. Pesta
menuai ini biasanya akan dimulakan dengan upacara magavau. Seorang dukun wanita yang dipanggil
'Bobolian' akan mengetuai upacara ini yang dilakukan ketika matahari hampir terbenam, sehari sebelum
perayaan pesta menuai bermula. 'Bobolian' akan membaca jampi serapah yang dipanggil 'Momurinait'
di dalam bilik khas.
Di dalam bilik ini terletaknya 'bambaazon' atau 'bambarayon', iaitu semangat padi. Barisan kaum lelaki
dan wanita pula akan menari dan menyanyi sehingga subuh dalam upacara ini. Menurut cerita,
sebahagian daripada tubuh anaknya menjadi padi (parai). Manakala anggota tubuhnya yang lain
menjadi tumbuh-tumbuhan. Apabila padi dan tumbuh-tumbuhan makanan ini dicipta, barulah Tuhan
Dusun mencipta manusia daripada tanah yang menjadi keturunan masyarakat Kadazan-Dusun.
Masyarakat kaum Kadazan-Dusun mempercayai padi adalah suci. Hal ini demikian kerana mengandungi
beberapa bahagian anak perempuan Tuhan Dusun yang terjadi daripada semangat padi. Semangat padi
ini dilambangkan oleh tujuh tangkai padi yang dicabut, diikat, dan disimpan ditempat khas.
Secara amnya, masyarakat setempat melihat upacara pemujaan semangat padi ini sebagai suatu tanda
kesyukuran dan wujudnya hubungan baik antara manusia dengan alam. Selain itu, upacara ini juga dapat
mewujudkan semangat bersatu padu dan tolong-menolong dalam masyarakat Kadazan-Dusun. Pada
hari ini, upacara pemujaan semangat padi ini agak jarang dilakukan, terutama selepas beberapa
golongan kaum Kadazan-Dusun ini memeluk agama Islam dan Kristian. Namun begitu, masih terdapat
golongan daripada kaum ini yang masih mengamalkannya untuk memperjuangkan tradisi dan amalan
hidup mereka. Bagi seluruh masyarakat negeri Sabah pula, Pesta Menuai dijadikan suatu perayaan
bersama untuk mewujudkan semangat muhibah dan bersatu dalam anggota masyarakat.
8/8/2019 perayaan di maysia
http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 10/12
Hari Thaipusam
Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh
dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut padabulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'. Bagi penganut yang
beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya
akan kesalahan yang lepas.
Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan
membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan
sentiasa mengunjungi kuil. Dua puluh empat jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan
berpuasa sepenuhnya.Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut
perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini.
Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam, iaitu anak
bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama
perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangka
besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas
bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam. Bagi
sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit
tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri.
Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya, pembawa 'kavadi' ini
berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu yang dimainkan.
Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan menaiki 272 anak tangga di Batu Caves sehinggasampai di pintu gua dan meletakkan kavadi dihadapan patung dewa. Selain itu, penganut agama Hindu
juga akan membawa kelapa, madu, dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi
mendapatkan restu. Perayaan Thaipusam di Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagi
masyarakat yang beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatian daripada masyarakat yang
berbangsa lain. Oleh itu, tidak hairanlah banyak pelancong yang datang dan merakamkan suasana
menarik semasa sambutan perayaan ini.
8/8/2019 perayaan di maysia
http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 11/12
Hari Raya Aidilfitri
Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya
Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya ini setelah
menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat
dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam.
Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai
bertakbir hari raya di masjid atau pun surau.
Keesokan harinya, semua umat Islam, lelaki dan perempuan akan ke masjid untuk menunaikan
sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah. Di negara kita, sambutan Hari Raya Aidilfitri ini
disambut secara meriah pada setiap tahun.
Bermula seawal bulan Ramadan lagi, umat Islam akan membuat persiapan tertentu untuk menyambut
kedatangan hari raya ini. Antara tradisi umat Islam di negara ini, menjelang kedatangan 1 Syawal ini,
adalah dengan menyediakan pakaian baru untuk keluarga, menghias rumah, dan membuat berbagai-
bagai jenis kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah.
Selain itu juga, umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota keluarga. Kadar nilai
zakat ini ditentukan oleh harga semasa beras, iaitu makanan asasi rakyat di negara kita.
Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya mengambil peluang cuti pada hari raya ini untuk pulang ke
kampung dan menyambut hari raya bersama-sama keluarga dan ibu-bapa masing-masing. Pada pagi hari
raya pertama, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu
bapa, suami atau isteri dan dari yang muda kepada yang tua. Selepas itu, dalam tradisi kunjung-
mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai juga, umat Islam akan mengambil kesempatan
untuk bermaaf-maafan, di samping mengeratkan silaturrahim.
Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-bagai jenis juadah tradisional seperti
lemang, ketupat, nasi himpit, dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu yang datang berkunjung dan beraya
di rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula, mereka amat gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian
yang baru serta mendapat duit raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalan memberi duit raya ini
adalah suatu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita pada hari raya, iaitu untuk
bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda.
Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk berkunjung ke
pusara ahli keluarga dan saudara mara. Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia lebih
bermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.
Kerajaan juga telah mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan untuk meraikan hari raya
8/8/2019 perayaan di maysia
http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 12/12
Aidilfitri ini dengan berbagai-bagai acara dan juadah istimewa kepada seluruh masyarakat yang hadir.
Konsep rumah terbuka ini dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan ini dengan penuh rasa gembira dalam
suasana harmoni.