Perayaan Kaum Cina
-
Upload
wolele-chuan -
Category
Documents
-
view
534 -
download
6
description
Transcript of Perayaan Kaum Cina
Penghargaan
Terlebih dahulu, kumpulan kami inigin mengambil peluang keemasan ini untuk merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami yang telah
memberikan sokongan moral, bimbingan, tunjuk ajar dan sumber kewangan bagi
membolehkan saya menjalankan dan menyempurnakan fortfolio ini dalam jangka masa yang
ditetapkan.
Tidak ketinggalan kepada pensyarah Hubungan Etnik, iaituyang telah membimbing saya
sepanjang fortfolio yang dijalankan. Beliau thelah banyak memberi tunjuk ajar dan juga
menerangkan cara-cara yang menyiapkan fortfolio ini kepada kumpulan kami dengan teliti.
Pertolongan daripada beliau akan kami hargai sepanjang masa.
Selain itu, kami juga ingin merakkamkan ribuan terima kasih kepada warga senior yang telah
kami temu bual iaitu puan Ho Shun Lian dan puan Voon Nyuk Fah. Puan Ho Shun Lian
merupakan seorang ahli persatuan Ho dan beliau adalah ketua program perayaan dalam
persatuan Ho tersebut, manakala Puan Voon Nyuk Fah merupkan anak kepada puan Ho Shun
Lian. Mereka telah banyak memberi ilmu dan fakta yang betul dan berkaitan dengan tajuk
kajian kami.
Akhirnya, terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak Perpustakaan Swinburne yang telah
menyediakan bahan bahan rujukan seperti buku-buku ilmiah dan jurnal.
1
Objektif Kajian
1, Dapat lebih memahami dan jelas tentang perayaan kaum cina ( Tahun Baru Cina, Dragon
Bot Festival, Perayaan Qing Ming, Perayaan Kuih Bulan)
2, Memupukan sikap menghargai dan meyekatkan warisan tradisi ini supaya tidak pupus.
3, Menanam semangat patriotism di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda
melaluikajian ini
2
Kaedah/Sumber kajian
Bertemu Bual
Kami telah meminta pertolongan dari Puan Ho Shun Lian dan juga anak beliau Voon Nyuk
Fah untuk menerima temu bual yang diadakan oleh kami. Temu bual yang telah kami
mengadakan adalah berkaitan dengan tajuk kajian kami iaitu Perayaan Kaum Cina. Mereka
telah banyak memberi ilmu pengetahuan dan fakta yang betul dan secara lansung ini akan
membantu kami dalam menyiapkan fortfolio ini dengan lancar.
Buku-buku
Kami juga mencari dan meminjam beberapa buku-buku dan jurnal di perpustakaan
Swinburne yang berkaitan dengan tajuk kajian kita untuk membuat penyelidikan. Kami pun
dapat memperoleh banyak ilmu pengetahuan dan maklumat dengan menggunakan kaedah ini.
Internet
Kami juga melayari internet untuk mendapat maklumat yang berkaitan dengan kajian ini. Di
internet, kami telah mencari pelbagai sumber seperti jurnal,e-book dan juga petikan.
Pengalaman dan Permerhatian
Sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa cina, kami pun terdapat banyak pengalaman serta
terlibat dalam perayaan-perayaan berikut. Dengan ini, kami dapat memberikan pengalaman
dari pemerhatian yang kami diperolehi dari setiap perayaan disambut.
3
TAHUN BARU CINA
Pengenalan
Tahun Baru Cina juga dikenali sebagai “xing nian” ataupun “chun jie” dalam Bahasa
Mandarin iaitu bermaksud tahun baru dan juga perayaan musim bunga. Tahun Baru Cina
boleh dikatakan sebagai perayaan yang paling penting dan juga diraikan dengan meriah oleh
kaum cina yang berada di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Perayaan tahun baru cina ini
adalah bertujuan untuk menyambut tahun baru dalam kalendar qamari cina dan kalendar
qamari cina ini adalah terbahagi kepada 12tahun dalam satu kitaran. Setiap tahun akan
dinamakan sempena nama haiwan iaitu akan dimulakan dengan tikus, lembu, harimau, arnab,
naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, angjing, dan khinzir.
Contoh tarikh Tahun Baru Cina dalam Kalendar Gregory dari tahun 1996 hingga tahun 2019
adalah seperti di jadual bawah:
Haiwan Tarikh
Tikus 19 Februari 1996 7 Februari 2008
Lembu 7 Februari 1997 26 Januari 2009
Harimau 28 Januari 1998 14 Februari 2010
Arnab 16 Februari 1999 3 Februari 2011
Naga 5 Februari 2000 23 Januari 2012
Ular 24 Januari 2001 10 Februari 2013
Kuda 12 Februari 2002 31 Januari 2014
Kambing 1 Februari 2003 19 Februari 2015
Monyet 22 Januari 2004 8 Februari 2016
Ayam 9 Februari 2005 28 Januari 2017
Anjing 29 Januari 2006 16 Februari 2018
4
Khinzir 18 Februari 2007 5 Februari 2019
Sejarah Permulaan Tahun Baru Cina
Terdapat banyak sejarah mengenai Permulaan Tahun Baru Cina, tetapi salah satu
yang diterima oleh para sejarahwan ialah permulaan tahun baru cina adalah seawal pada
dinasty xia kerana pada masa itu, orang cina sudah boleh mengenalkan bulan dengan
memerhatikan perubahan dalam bentuk bintang. Tetapi pada masa dahulu, terdapat pelbagai
dinasty dan oleh kerana pebezaan dinasty, secara tidak langsungnya tarikh untuk tahun yang
baru akan tidak sama. Hal ini kerana maharaja untuk setiap dinasti akan mengenalkan diri
sebagai anak tuhan dan akan menukar susunan bulan untuk memulakan dinasti mereka. Pada
tahun 104SM, Maharaja yang memerintah Dinasti Han telah menetapkan bulan 1 sebagai
awal tahun, dan masih kekal sampai masa ini.
Mitos/Lagenda
Pada masa yang dahulu, terdapat raksasa yang dipanggil "nian." Apabila waktu
malam, "nian" akan turun kampung untuk menyerang orang. Oleh itu, apabila waktu senja,
orang akan tinggal di rumah, takut untuk melangkah keluar pintu setengah langkah kerana
takut akan dimakan oleh "nian". Pada masa itu, orang-orang akan hidup dalam ketakutan.
Kemudiannya mereka mendapati bahawa “nian” takut terhadap warna merah, bunyi yang
kuat, lampu yang terang dan juga api. Oleh itu, setiap rumah akan menyalakan lampu dan
menampalkan kertas merah pada pintu. Semasa "nian" datang ke kampung, orang akan segera
menyalakan mercun. "nian" berasa takut dan panik lalu melarikan diri. Sejak itu, “nian” tidak
lagi berani untuk muncul dan rakyat mahu memperingati hari itu, mereka mengenalkan
sebagai “guo nian” yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah
"meredah raksasa Nian" Jadi setiap tahun, mereka akan menampal syair yang ditulis dengan
kertas merah, membakar mercun dan sebagainya untuk memperingati hari ini.
5
Sebelum Tahun Baru Cina
Sebelum menyambut tahun baru cina, setiap keluarga akan bersedia dengan
mengadakan pembersihan dan gotong-royong di rumah mereka. Hal ini kerana mereka
mempercaya bahawa kotor dan sampah yang dibersihkan merupakan nasib-nasib buruk yang
menimpa pada tahun yang berlalu dan haruslah dihalau untuk menyedia menyambut nasib
baik yang akan datang pada tahun baru ini. Selain mengadakan gotong-royong dan
pembersihan, ada yang juga mengecatkan rumah mereka den juga menghiaskan dengan
potongan kertas yang ditulis pepatah ucapan yang bermaksud kebahagiaan dan kemakmuran.
Biasanya potongan kertas ini berwarna merah.
Tambahan pula, untuk menyambut tahun baru, keluarga-keluarga cina akan membeli-
belah di pasaran tahun baru. Biasanya barang yang akan dibeli adalah seperti makanan,
minuman, pakaian, bunga dan barangan hiasan, dan sebagainya. Kebanyakan orang orang
cina ini akan membeli hadiah dan memberi kepada rakan-rakan perniagaan dan juga ahli
keluarga untuk menyeratkan hubungan antara sama lain.
Pada malam sebelum tahun baru cina, terdapat satu jamuan yang besar yang
dinamakan jamuan pertemuan semula. Pada masa ini, semua ahli ahli keluarga bertemu
semula untuk perayaan ini dan mestilah berduduk sama untuk menikmati jamuan ini. Jamuan
ini merupakan hidangan yang terakhir pada tahun ini dan mestilah diraikan dengan meriah
dan gembira. Biasanya jamuan ini terdapat makanan makanan yang lazim seperti sayur,
ayam, ikan dan sebagainya.
Selepas habis makan jamuan yang meriah dan lazim tersebut, ahli keluarga akan
berkumpul dan duduk bersama sama untuk bercakap, bernyanyi, berguraul dan sebagainya.
Biasanya mereka akan tidur pada malam yang lewat, ada yang tidur pada tengah malam,
tetapi ramai tidak akan tidur sehingga subuh keesokan harinya. Ini merupakan satu adat yang
dipanggil “shou sui”, dan ia dipercayai anak-anak yang “shou sui” akan memanjangkan usia
ibu bapa.
Pada pukul 12 tengah malam, mereka akan membakar mercun dan juga bunga api.
Pada zaman dahulu, mereka membakar batang buluh dan mengeluarkan bunyi letupan yang
besar untuk menakutkan atau menghalau raksasa dan hantu. Dengan itu, amalan ini pun
diwarisi sampai hari ini. Pada zama ini, penyalaan mercun juga melambangkan sebagai
peristiwa yang meriah pada perayaan ini.
6
Hari Pertama Tahun Baru Cina
Pada awal hari ini, mereka akan mengadakan persiapan untukmenyambut tetamu yang
mengunjungi rumah saudara mara serta sahabat handai mereka. Biasanya mereka akan
menziarah ahli keluarga yang paling tua contohnya moyang, datuk nenek, dan ibu bapa.
Semasa menziarahi saudara mara pada perayaan ini, mereka akan mengucapkan ucapan
dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah". Contoh-contoh ucapan yang diucapkan ialah
“selamat Tahun Baru” dalam bahasa dialet masing-masing,“Gong Xi Fa Chai” yang
bermaksud "Tahniah dan semoga mendapat rezeki" dan banyak lagi.
Selain itu, pada hari perayaan ini, Ang pau akan diberi oleh pasangan suami isteri atau
orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Ang pau adalah bermaksud sampul
merah dalam bahasa Hokkian dan ”ya sui qian” dalam bahasa mandirin yang membawa erti
membuang roh jahatn. Ini adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah
ini kepada kanak-kanak.
Tambahan pula, Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah
dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta
wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat.
Hari ke-2
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" menyaksikan anak
perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi,
anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga
kandung sendiri.
Hari ke-9
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah
Maharaja Jed di Kayangan di tokong agama Tao.
Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila
tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa
syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah
7
digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi
lalu.
Hari ke-15
Hari ini dipanggil yuan xiao jie dalam mandarin ataupun chap goh meh dalam
hokkian. Biasanya ahli keluarga akan memakan bersama untuk meraikan hari ini sebagai hari
terakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.
Pantang-Larang
Tidak boleh menyapu lantai pada hari pertama dan hari kedua Tahun Baru Cina.
-Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah mereka mempercayai bahawa
mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari pertama dan kedua kerana menganggap ia
boleh membuang segala keuntungan atau nasib baik yang ada.
Jangan memecahkan apa-apa semasa Tahun Baru Cina
-Masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk
yang digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa
berhati-hati ketika melakukan kerjarumah.
Kepentingan jamuan pertemuan semula
-Jamuan pertemuan semula beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun
Baru Cina paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban
sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya.Biasanya baga
orang tua,mereka rasa bahawa walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran,
kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh
dilepaskan.
8
Tidak mengatakan perkataan yang tidak sopan dan buruk.
-Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun
Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati,hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan
pada masa raya.Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun
tersebut.
Digalakkan mengguna warna merah
-Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian tradisional seperti dulu, ini
tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan.Kami masih mengenakan pakaian berwarna
merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika menyambut
sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria.Warna hitam akan membawa buruk bagi orang
cina.
Pengalaman Tahun Baru Cina
Untuk pengalaman saya dalam tahun baru cina, saya akan menceritakan dari
persediaan untuk menyambut perayaan ini. Biasanya pada beberapa minggu sebelum Tahun
Baru Cina, saya dan keluarga saya akan mula untuk membersih dan membuat gotong royong
untuk memastikan rumah kami adalah dalam keadaan yang bersih. Hal ini kerana sebagai
seorang kaum cina, kami percaya bahawa kotoran kotoran tersebut merupakan nasib yang
tidak baik. Oleh itu kami mestilah memastikan kotoran tersebut haruslah dibersihkan sebelum
menyambut tahun yang baru.
Selain mengadakan gotong royong dan pembersihan, membeli belah di pasaran tahun
baru cina adalah suatu kebaisaan. Barang yang selalu dibeli ialah pakaian, makanan,
minuman, barangan hiasan dan sebagainya. Kemudiannya yang saya akan ceritakan ialah
jamuan pertemuan semula. Jamuan ini ada amat penting dan ia berlaku pada malam sebelum
Tahun Baru Cina. Ahli keluarga saya akan berduduk sama sama untuk menikmati hidangan
yang lazim. Pada malam pukul 12, keluarga dan saya akan menyalarkan mercun di rumah
hadapan kita. Selepas habis memain mercun, kami akan menonton televisyen dan akan tidur
pada malam lewat.
9
Pada pagi awal Tahun Baru Cina, keluarga dan saya akan bangun awal untuk
membuat persiapan untuk mengunjungi saudara mara saya. Biasanya kami akan bermula
berkungjung ke saudara mara yang tertua dahulu. Pada masa menziarahi ini, saya akan berasa
gembira kerana akan mendapat angpau dari saudara mara dan juga dapat menikmati kuih
miuh yang sedap yang telah disediakan. Pada hari ke-15, ia dipanggil Chap Goh Mei. Pada
hari ini keluarga pun akan mengadakan satu jamuan makan sebagai menyambut hari tahun
baru cina yang terakhir.
10
Kami sekeluarga berkumpul dengan saudara-mara.
Makan dengan semua saudara-mara.
Melihat tarian singa.
Dragon Boat Festival
Pengenalan
Dragon Boat Festival merupakan perayaan tradisional kuno dalam masyarakat
kebangsaan Cina. Ia juga disebut sebagai Duan Wu Jie dalam bahasa Cina dan akan disambut
pada Hari kelima bulan lunar kelima. Pada hari ini , orang Cina makan zongzi dan
mengadakan perlumbaan perahu naga. Perayaan tersebut adalah bersejarah lebih 2000 tahun
setakat kini.
Lagenda
Asalnya berikuti lagenda di bawah:
Penyair patriotik Qu Yuan
Menurut “ Rekod Sejarah” di China. Qu Yuan merupakan satu menteri Raja Chu
Huai. Beliau bercadang pemilihan kakitangan yang berbakat dan pelantikan orang yang
bermampu. Selain itu,dia menggalakkan berusaha usaha dalam kalangan pembangunan
ekonomi negara dan dasar pembentukan tentera. Di samping itu,beliau mengekalkan cara
bersuhabat dengan Negara Qi untuk menentang Negara Qin. Malangnya,cadangannya
ditentang oleh bangsawan dengan kencang dan beliau dirangka hingga kedudukan menterinya
terbuang dan telah diusir keluar dari ibu Negara ke tempat-tempat yang bernama Yuan dan
Xiang. Beliau menghasilkan banyak puisi abadi yang patriotik. Puisinya unik dan membawa
kesan yang meluas dalam kalangan masyarakat mengikuti sejarah China. Oleh itu,Dragon
Boat Festival juga bernama lain iaitu Hari Penyair. Pada tahun 278 B.C,tentera Qin
mengalahkan ibu negara Chu.Qu Yuan sungguh sedih dan tidak sanggup meninggalkan tanah
airnya setelah mengetahui Negara sendiri telah diceroboh. Pada hari kelima bulan Mei,beliau
menulis a puisi yang mulia bernama “Huai Sha”pun memegang batu lalunya melompot ke
dalam Sungai Mi Luo. Beliau telah menggunakan seumur hidupnya untuk mengarangkan satu
muzik patriotic yang indah.
11
Megikuti lagenda, selepas kematian Qu Yuan,rakyat negara Chu berasa
kesedihan,mereka turut datang ke Sungai Mi Luo untuk memperingati Qu Yuan.Nelayan-
nelayan mendayung untuk mencari badan hayat Qu Yuan.Seorang nelayan telah
menyediakan telur dan onigiri untuk membuang ke dalam sungai supaya ikan,udang,dan naga
makan penuh dan tidak akan menggigit badan Qu Yuan,Orang lain turut meniru kelakuan
nelayan tersebut.Seorang doktor tua menuang arak Hsiung Huang ke dalam sungai kerana dia
beranggap cara ini dapat menjadi naga pening supaya elakkan badan Qu Yuan dibahayakan
oleh naga.Kemudian,bagi mengelakkan onigiri dimakan oleh naga,orang berfikiran
menggunakan daun Neem untuk membalut onigiri.Akhirnya onigiri diperkembangan menjadi
Zongzi.
Kegiatan dan Adat Tradisi
Pada setiap hari kelima bulan Mei dalam lunar kalendar, kegiatan tradisi seperti
pertandingan bot naga, pemakanan Zongzi telah ditentukan untuk memperingati Pesyair
patriotik Qu Yuan.
Perlumbuan perahu naga merupakan salah satu aktiviti yang diadakan setiap Perayan
Duan Wu. Pada mulanya, perlumbaan perahu naga merupakan aktiviti yang diadakan untuk
menghargai Qu Yuan. Sehingga zaman kini, perlumbuan perahu naga telah menjadi salah
satu aktiviti sukan air di seluruh dunia.
Zhongzi merupakan sejenis makanan yang mengunakan daun buluh untuk membalut
beras pulut ke dalam bentuk piramid. Makanan ini mempunyai sejarah yang panjang di dalam
sejarah Cina. Dengan perkembangan masa, orang ramai mula mencampur beras pulut dengan
pelbagai jenis bahan makanan supaya Zongzi menjadi lagi sedap. Hingga zaman kini,
pelbagai bentuk dan jenis Zongzi telah muncul.
Pengalaman Festival Dragon Boat
Pada hari ini, biasannya keluarga dan saya akan pergi ke pasar pada awal pagi untuk
membeli bahan-bahan makanan yang diperlukan untuk membuat Bak Chang.
12
Walaupun kami dapat membeli Bak Chang di mana-mana kedai kuih muih, tetapi
keluarga saya masih akan membuat bak chang sendiri untuk merasai perayaan tersebut.
Contoh bahan yang diperlukan adalah daun bak chang, nasi pulut, daging, cendawan, udang
kering dan sebagainya.
Selepas membeli baha-bahan yang diperlukan, kami pun balik rumah bersedia untuk
membuat bak chang. Setelah siap, kami pun bersama-sama untuk menikmati bak chang
tersebut. Pada waktu malam, ibu pun akan memasakkan lauk-lauk yang sedap untuk
memyambut perayaan ini. Walaupun, di Kuching adalah jarang terdapat persembahan Dragon
Boat pada hari perayaan ini, tetapi kami masih dapat menyaksikan persembahan tersebut
pada perayaan yang lain iaitu Regatta.
13
Membalut ladu kek pakej dengan ibu.
Menonton calon-calon mendayung bot naga.
Perayaan Qing Ming
Pengenalan
Perayaan Qing Ming merupakan perayaan untuk memperingati dan memberikan
penghormatan kepada nenek moyang seseorang. Untuk menunjukkan rasa hormat kepada
nenek moyang, sekeluarga akan pergi melawat makam nenek moyangnya. Qing Ming juga
dikenali sebagai “Clear Brightness Festival”. Asal usul nama “Pure Brightness Festival” ini
datang dari cuaca yang jelas dan terang pada bulan kelunar ketiga(April) semasa meraikan
Qing Ming.
Sejarah Tentang Perayaan Qing Ming
Perayaan Qing Ming ialah untuk memperingati Jie Zitsui. Seorang pegawai
mahkamah yang setia kepada putera Chong Er pada Dinasti Zhou(770-476 B.C). Semasa
peperangan terbuka, Putera Cong Er dan Jie melarikan diri dan telah dibuang negeri untuk 19
tahun. Semasa pembuangan, Jie telah membuat sup daripada daging kakinya untuk memberi
makan kepada Putera Chong Er semasa mereka kekurangan makanan. Apabila Chong Er
menjadi maharaja, beliau memberi ganjaran kepada mereka yang memberi pertolongan
kepadanya semasa dalam keadaan yang sukar tetapi beliau telah terlepas pandang Jie.
Ramai orang menasihatkan Jie untuk mendapatkan ganjarannya kerana kesetiaan
kepada Chong Er. Sebaliknya, Jie membungkuskan begnya dan berpindah ke gunung.
Apabila Chong Er mendapati bahawa beliau telah terlepas pandang Jie, beliau berasa malu.
Beliau terus pergi mencari Jie di gunung yang Jie tinggal. Tetapi keadaan di gunung
menyebabkan Chong Er sukar untuk mencari Jie, jadi salah satu penasihat Chong Er
mencadangkan Chong Er untuk membakarkan hutan untuk memaksa Jie keluar daripada
gunung. Selepas api telah ditetapkan, Jie masih tidak muncul.
14
Apabila api telah dipadamkan, mereka telah menemui mayat Jie dan ibunya di bawah
sebuah pokok willow. Seutas surat ditemui di dalam pokok willow dan surat itu ditulis
dengan darah. Surat itu daripada Jie kepada Chong Er tentang kesetiaannya tidak payah
memberi ganjaran dan cuma perlu mengingatinya semasa beliau reflex dirinya dan akan
menjadi orang yang selalu bersama dengan beliau walaupun beliau terlepas pandang.
Untuk memperingati Jie, Chong Er menciptakan “Hanshi Festival” dan memberi
perintahnya bahawa pada hari tersebut tidak boleh ada api dihidupkan. Selepas satu tahun,
Chong Er balik ke pokok willow untuk mengadakan majlis peringatan dan beliau telah
mendapati pokok willow tersebut telah mekar semula. Willow tersebut telah dinamakan
“Pure Bright White” dan “Hanshi Festival” telah juga dikenali sebagai “Pure Brightness
Festival”.
Kegaitan dan Adat Tradisi
Semasa Qing Ming, keluarga akan menyatukan kembali melawat makam nenek
moyang mereka. Apabila tiba makam tersebut, mereka harus membersihkan batu nesan dan
membaikikannya jika perlu. Selepas itu, menawarkan makanan dan wang kertas diletakkan di
kubur. Apabila wang kertas dibakar, sekeluarga akan tunduk kepada nenek moyang mereka
sebagai hormat. Selepas habis memberi penghormatan, sekeluarga akan ada berkelah di
makam kerana mereka dapat makan dengan nenek moyang mereka seolah-olah nenek
moyang berada di sisi mereka.
Pengalaman Terhadap Perayaan Qing Ming
Pengalaman saya dalam perayaan Qing Ming rasanya sama dengan orang lain.
Semasa perayaan Qing Ming, kami sekeluarga bangun pada pukul 4 pagi, jumpa dengan
saudara-mara dan makan sarapan pagi. Kami semua pergi ke makam nenek dan datuk saya
pada pukul 5 menggunakan kereta.
Kami tiba destinasi kita pada pukul 7 pagi. Ibu dan kakaknya membersihkan kubur
datuk dan nenek. Lelaki pula mendirikan khemah di sebelah kubur tersebut. Selepas habis
15
membersihkan kubur tersebut dan mendirikan khemah, kami menempatkan makanan dan
minuman yang kami bawa bersama di depan kubur datuk dan nenek. Kami mula memberikan
hormat kepada datuk dan nenek. Kami tunduk bergilir-giliran dengan kekananan tinggi ke
kekananan rendah. Apabila tamat beri kehormatan, kami mula membakar wang kertas dan
barang kegunaan harian. Apabila habis membakar semua itu, kami mula makan makanan
yang kita menawarkan kepada datuk dan nenek sebagai makanan tengah hari kerana sudah
pukul 11.
Selepas habis makan, kami semua membersihkan sekitar kawasan kubur, membawa
balik makanan yang belum habis, dan pek khemah kami, Setelah habiskan semua perkara,
kami pun balik ke rumah masing-masing.
16
Mambakar wang kertas
Memberi penghormatan kepada nenek moyang.
Perayaan Kuih Bulan
Pengenalan
Perayaan Kuih Bulan yang juga dikenali sebagai Zhong Qiu Jie atau Mid-Autumn
Festival merupakan salah satu perayaan yang amat penting di kalangan masyarakat Orang
Cina. Perayaan Kuih Bulan biasanya disambut oleh masyarakat Orang Cina setiap tahun pada
bulan September atau lebih khusus pada 15 hari bulan lapan mengikut kalendar Cina. Pada
asalnya, rakyat di China menyambut perayaan ini dimana semua penanam padi meraih
pendapatan yang lumayan selepas hasil tuaian musim panas.
Sejarah Terhadap Perayaan Kuih Bulan
Pada pertama kalinya, Perayaan Kuih Bulan disambut oleh pegawai kerajaan di Utara
China semasa pentadbiran Sung Dinasti(S.M 960-1127) kira-kira lebih seribu tahun yang
lalu. Disebabkan perayaan ini dianggap sebagai hasil tuaian musim panas, pegawai-pegawai
kerajaan saling menghadiahi cenderahati yang berbentuk bulat. Pada zaman dahulu, bentuk
bulat melambangkan kejayaan dan juga perpaduan. Pada pagi hari Perayaan Kuih Bulan,
masyarakat Orang Cina akan menikmati kuih bulan serta buah-buahan yang berbentuk bulat
seperti anggur, epal dan juga pic. Di sebelah malam pula, masyarakat Orang Cina akan
minum arak atau teh sambil menikmati pandangan bulan purnama. Hal ini kerana bulan
purnama pada hari tersebut nyata lebih terang dan mengambang berbanding dengan bulan
purnama yang lain.
Pada zaman sekarang, Perayaan Kuih Bulan bukan sahaja diraikan oleh pegawai-
pegawai kerajaan tetapi juga diraikan oleh semua lapisan masyarakat Orang Cina di seluruh
dunia. Pada malam tersebut, pelbagai jenis saiz, bentuk, dan warna tanglung kelihatan
bergantung di kawasan luar rumah ataupun di atas jalan raya sebagai hiasan. Budak-budak
biasanya akan membawa dan bermain serta kongsi tanglung bersama-sama. Manakala orang
dewasa akan minum arak atau teh sambil menjamu kuih bulan di samping menikmati bulan
17
purnama yang mengambang dan terang. Orang dewasa juga akan menceritakan kisah-kisah di
sebalik perayayaan ini.
Kuih Bulan Sebagai Alat Komunikasi
Pada zaman terakhir Yuan Dinasti(S.M 1280-1368), Choo Yuan Cheong, seorang
Jeneral dari masyarakat Bangsa Han bercadang untuk memberontak dan menjatuhkan
kerajaan Yuan Dinasti yang diperintah oleh Orang Mongolia. Jeneral Choo telah memikirkan
satu rancangan dan idea yang bernas dengan menggunakan kuih bulan sebagai alat
komunikasi. Mesej-mesej yang ingin disampaikan akan dimasukkan ke dalam kuih bulan.
Para pemberontak Han mengadakan strategi dengan menyampaikan maklumat untuk
memerangi Orang Mongolia melalui kuih bulan yang diedarkan kepada masyarakat Bangsa
Han. Pada hari dan masa yang ditetapkan dalam mesej tersebut, seluruh masyarakat Bangsa
Han berganding bahu dan bekerjasama untuk mengepung seluruh kawasan ibu bandar dan
berlawan dengan askar-askar Mongolia. Akhirnya, masyarakat Bangsa Han berjaya dan
kerajaan Yuan Dinasti ditumpaskan. Rancangan ini terbukti berjaya dan hari tersebut
diisytiharkan sebagai hari perayaan yang diraikan oleh masyarakat Bangsa Han setiap tahun.
Lagenda/Mitos Perayaan Kuih Bulan
Terdapat banyak lagenda atau mitos berkaitan dengan Perayaan Kuih Bulan. Pada
malam Perayaan Kuih Bulan, orang-orang dewasa akan duduk bersama-sana untuk
menikmati kuih bulan sambil minum teh manakala budak-budak akan membawa tanglung
sekitar kawasan rumah ataupun mendengar cerita lagenda tentang Perayaan Kuih Bulan.
Lagenda mengenai Chang Er merupakan salah satu lagenda yang amat popular di
kalangan orang-orang dewasa mahupun budak-budak. Chang Er, seorang Dewi Bulan dan
suaminya Houyi merupakan Dewa Panah. Pada suatu hari, sepuluh orang putera kepada
Maharaja Kayangan telah bertukar kepada sepuluh matahari. Sinaran sepuluh matahari
tersebut amat panas dan menghanguskan tanaman serta tanah. Disebabkan itu, Maharaja
Kayangan telah memerintah Dewa Panah iaitu Houyi untuk turun ke dunia manusia untuk
menyelamatkan manusia daripada penderitaan tersebut. Pada mulanya, Houyi menyakinkan
18
sepuluh matahari tersebut untuk terbit bergilir-gilir setiap hari, tetapi sepuluh matahari
tersebut tidak peduli terhadap Houyi. Dengan ini, Houyi memutuskan untuk memanah 9
matahari, meninggalkan hanya satu matahari terbit. 9 Matahari yang asalnya merupakan
putera-putera kepada Maharaja Kayangan telah mati akibat dikenakan anak panah. Maharaja
Kayangan berasa amat marah atas kematian 9 orang puteranya, lalu mengusir Houyi dan
isterinya Chang Er ke dunia manusia sebagai hukuman.
Lagenda yang seterusnya adalah Chang Er, seorang manusia yang bekerja sebagai
pembantu di istana. Tiba-tiba, 10 matahari muncul di atas langit, menyebabkan bumi menjadi
panas. Maharaja mengarahkan Houyi untuk memanah 9 matahari supaya rakyatnya bebas
daripada penderitaan. Houyi berjaya memanah 9 matahari tersebut hanya tinggal 1 matahri
yang terbit. Houyi amat menyayangi Chang Er dan ingin berkahwin dengannya.. Sebagai
ganjaran, Maharaja menunaikan impian Houyi. Houyi dan Chang Er hidup dengan aman dan
bahagia. Pada satu hari, seorang orang tua memberikan Houyi suatu penawar yang dapat
hidup selama-lamanya. Houyi berasa ragu-ragu lalu menyimpan penawar tersebut di bawah
bantal. Pada masa itu, Chang Er berjumpa dengan penawar tersebut, lalu ditelan olehnya.
Chang Er tiba-tiba menjadi seorang dewi lalu terbang ke bulan. Disebabkan itu, Houyi berasa
amat sedih dan tidak lama kemudian Houyi meninggal dunia. Orang menyalakan tanglung
pada waktu malam supaya Chang Er dapat melihatnya di bulan.
Lagenda Perayaan Kuih Bulan juga berkaitan dengan arnab. Menurut kisah
lama, Arnab Jed ini membuat ubat-ubatan bersama seorang Dewi bernama Chang Er, sebagai
santapan untuk Dewa dan Dewi. Sesetangah mitos yang menyatakan arnab ini merupakan
satu bentuk jelmaan Chang Er sendiri. Tompok-tompok gelap pada permukaan bulan
purnama menyerupai bentuk arnab, sepasang telinganya tercacak ke kanan, sementara di
sebelah kiri mempunyai dua bulatan besar yang melambangkan kepala dan badannya.
Mengikut legenda, tiga orang pari-pari mengubah bentuk diri mereka untuk menjadikan
orang tua yang mengemis makanan terhadap rubah, monyet, dan arnab. Rubah dan monyet
menghulurkan makanan kepada mereka, tetapi arnab tidak mempunyai makanan untuk
diberikan. Disebabkan itu, arnab melimpat ke dalam api yang marak untuk menawarkan
dagingnya kepada tiga orang tua tersebut. Ketiga-tiga orang tua itu amat terharu atas
19
pengorbanan dan kemurnian arnab tersebut lalu mengurniakan tempat tinggal di Istana Bulan
kepada arnab. Akhirnya, arnab tersebut telah menjadi "Arnab Jed".
Persediaan untuk Perayaan Kuih Bulan
Sebulan sebelum Perayaan Kuih Bulan, kelihatan banyak kuih bulan telah mulai
dijual di kedai runcit mahupun di pasar raya. Pada asalnya, kuih bulan dibuat dengan tepung
gandum dan gula yang bercampur dengan pewarna seperti warna hijau atau merah jambu.
Selepas keturunan bergenerasi, kuih bulan telah berubah dari segi rasa, bentuk dan tekstur.
Kulit kuih bulan biasanya dibuat daripada tepung gandum manakala intinya dibuat daripada
pelbagai jenis bahan. Antara bahan-bahan inti kuih bulan adalah teratai, badam, telur kuning
masin, ‘tou sar(kacang manis)’, rempah-ratus dan sebagainya. Pada pasaran sekarang,
terdapat dua jenis kuih bulan; kuih bulan yang dibakar dalam dalam ketuhar dan juga tanpa
dibakar(perlu simpan dalam peti sejuk).
Pengalaman
Pengalaman saya dalam menyambut Perayaan Kuih Bulan sentiasa bersama keluarga.
Lebih kurang sebulan sebelum Perayaan Kuih Bulan, emak saya akan membeli kuih
bulan(manis) di pasar raya. Di samping itu, emak saya juga akan membeli kuih bulan
tradisional(masin) di kedai roti tradisional. Pada malam Perayaan Kuih Bulan, emak saya
akan memasak lauk-pauk untuk meraikan hari perayaan tersebut. Biasanya ini akan
dihidangkan pada waktu makan malam. Kami sekeluarga akan makan malam bersama-sama
dan menceritakan lagenda dan mitos. Selepas makan malam, emak akan memotong kuih
bulan kepada hirisan kecil dan membancuh teh. Biasanya, kami sekeluarga akan pergi ke
Taman Sahabat yang terletak di Jalan Song untuk menikmati suasana perayaan kuih bulan
sambil bulan purnama yang terang dan mengambang.
20
21
Kami sekeluarga makan kuih bulan dan
minum teh.
Rumusan
Kesimpulannya, fortfolio ini telah memberi banyak iktibar kepada kami. Pertamanya
ialah kami dapat lebih memahami dan jelas tentang perayaan kaum cina yang kami dipilih
iaitu Tahun Baru Cina, Festival Dragon Boat, Perayaan Qing Ming, dan Perayaan Kuih
Bulan. Dengan ini, kami berasa bangga sebagai seorang Malaysia kerana perayaan-perayaan
tersebut masih dapat dikekalkan di Malaysia walaupun Malaysia ada sebuah Negara yang
berbilang kaum.
Seterusnya, kami juga akan lebih menghargai dan menyekatkan warisi tradisi ini
seletah menyiapkan fortfolio ini. Hal ini kerana warisi warisi ini adalah sangat penting dan
berharga serta beristimewa. Dengan ini kita mestilah sikap berharmoni dan menghargai
supaya warisi tradisi ini tidak akan pupus.
Akhirnya sekali, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran,
memupuk semangat patriotism dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan
menyelesaikan fortfolio ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuat saya bersama
rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang fortfolio ini.
22
Lampiran
Tahun Baru Cina
23
Dragon Boat Festival
Perayaan Qing Ming
24
25
Perayaan Kuih Bulan
26
(Puan Ho Shun Lian yang kami temu duga)
(Tengah menemu bual)
27
(Puan Voon Nyuk Fah yang ditemui duga oleh kita)
28
Rujukan
About.com, About.com Chinese culture(2013)
http://chineseculture.about.com/od/chinesefestivals/a/Tomb-Sweeping-Day.htm
CHANG, PAT FOH 1993, Chinese Festivals Customs & Practices in Sarawak, Ministry of
Social Development, Kuching.
HUANG, SHAORONG 1990, ‘Chinese Tradisional Festival’, pp 163-175
JUSOH, HAYATI 2012, Open University Malaysia, viewed 1 November 2013,
http://share.pdfonline.com/d81022df87264fb397a42734b6e0a4db/T1A4.htm
29