Perayaan Rumah Terbuka Malaysia

6
PERAYAAN RUMAH TERBUKA MALAYSIA Rumah terbuka atau ‘open house’ sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini termasuk Deepavali, Tahun Baru cina, Hari Natal dan juga Hari Raya Aidilfitri. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka, sehingga seluruh lapisan dan pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim alam kalangan pemimpin masyarakat, jabatan kerajaan dan swasta, individu, persatuan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) . Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia. Rumah terbuka tidak bertujuan untuk mengembangkan agama kepada penganut agama lain. Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum atau agama diangkat sebagai perayaan utama Negara. Ia dikenali sebagai Rumah Terbuka Malaysia dan diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat melalui perkongsian perayaan dalam suasana yang aman dan harmoni. Biasanya rumah terbuka disambut di padang atau dalam dewan. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang diraikan oleh masyarakat beragama Islam setelah mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang juga mengandungi pelbagai nilai tradisi. Bagi kaum Cina, Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai merupakan

Transcript of Perayaan Rumah Terbuka Malaysia

Page 1: Perayaan Rumah Terbuka Malaysia

PERAYAAN RUMAH TERBUKA MALAYSIA

Rumah terbuka atau ‘open house’ sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di

negara ini termasuk Deepavali, Tahun Baru cina, Hari Natal dan juga Hari Raya Aidilfitri.

Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka, sehingga seluruh lapisan dan

pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim

alam kalangan pemimpin masyarakat, jabatan kerajaan dan swasta, individu, persatuan

mahupun badan bukan kerajaan (NGO) . Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama

yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman

di kalangan rakyat Malaysia. Rumah terbuka tidak bertujuan untuk mengembangkan agama

kepada penganut agama lain.

Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan

kaum atau agama diangkat sebagai perayaan utama Negara. Ia dikenali sebagai Rumah

Terbuka Malaysia dan diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan

kerajaan negeri. Matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia ialah untuk memupuk perpaduan

dalam kalangan rakyat melalui perkongsian perayaan dalam suasana yang aman dan harmoni.

Biasanya rumah terbuka disambut di padang atau dalam dewan.

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang diraikan oleh masyarakat beragama

Islam setelah mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Perayaan ini merupakan

perayaan keagamaan yang juga mengandungi pelbagai nilai tradisi. Bagi kaum Cina, Tahun

Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai merupakan perayaan adat tradisi yang dirayakan bagi

menyambut tahun baru bagi kalendar cina. Kaum India yang beragama Hindu pula meraikan

pesta cahaya yang dikenali sebagai Deepavali. Bagi kaum Borneo khususnya di Sarawak

mereka meraikan Gawai Dayak sebagai perayaan kaum yang bersifat adat tradisi. Begitu juga

dengan kaum Kadazan Dusun di Sabah yang merayakan Tadau Kaamatan sebagai perayaan

tradisi bagi menyambut kesyukuran selepas musim menuai. Bagi penganut Kristian perayaan

Krismas atau Hari Natal disambut dengan meriahnya di seluruh negara.

Amalan Rumah Terbuka yang diwujudkan memberi banyak kepentingan terutamanya

dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita.

Perpaduan yang terjalin sekaligus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi

negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Bangsa. Selain itu amalan

rumah terbuka memberi makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan

yang harus wujud untuk megelak sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Ia juga

Page 2: Perayaan Rumah Terbuka Malaysia

dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan

idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang

atau kerajaan. Itulah uniknya amalan rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada kita

untuk berkunjung ke rumah tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi.

Amalan rumah terbuka juga memperlihatkan pemimpin negara sendiri dapat bergaul

mesra dengan rakyat, dan rakyat berpeluang untuk bertemu sendiri dengan pemimpin

kesayangan mereka secara lebih dekat atau berjabat tangan tanda kemesraan. Di sinilah

petemuan menarik yang mempunyai nilai sentimental yang mempunyai nilai yang amat

tinggi nilainya kepada rakyat yang jelas menganggap mereka amat dihargai sebagai

penyokong dasar dan kepimpinan negeri serta bangsa.

Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat serta

pemimpin sendiri amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum memahami

budaya budaya kaum-kaum lain. Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersama-sama

walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Sebagai contoh orang-

orang India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya merayakkan sambutan Aidilfitri bersama-

sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Ini dapat membantu mereka

mempelajari budaya dan adat kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Ini sekaligus

dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara

kita.

Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri penganjuran rumah-rumah juga

merupakan persembahan kepada pelancong asing yang datang melancong di negara kita

untuk mengalami dan memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di

negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. Bagi mencapai matlamat

untuk menentukan keberkesanan program program Rumah Terbuka kerajaan melalui

Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan menggalakkan kesemua pemimpin

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, ketua-ketua kaum, badan-badan persatuan dan

persatuan lain supaya menganjurkan rumah-rumah terbuka atau perayaan lain yang berkaitan

dengannya.

Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dan dengan

kerjasama kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka

Malaysia Hari Raya Aidilfitri pada 6 Januari 2001 di Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Seri

Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Selain itu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina

Page 3: Perayaan Rumah Terbuka Malaysia

pula telah diadakan pada 4 Februari 2001 di Pulau Pinang, di tengah-tengah Kota

Georgetown dengan dihadiri oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan keluarga

masing-masing. Antara perayaan lain termasuklah Pesta Kaamatan di Kota Kinabalu,Sabah

pada 31 Mei 2001, Hari Gawai di Kuching Sarawak pada 9 Jun 2001, Deepavali di Kuala

Lumpur Oktober 2001 dan Krismas pada Disember 2001.

Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai

kaum mengamalkan bahasa, agama, dan budaya yang berlainan. Dengan adanya rumah-

rumah terbuka ini cenderung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mencerminkan

identiti masyarakat yang harmonis di mata pelancong asing. Hal ini demikian kerana terdapat

negara-negara lain yang mempunyai penduduk majmuk seperti di negara kita juga, gagal

untuk mencapai tahap perpaduan. Malah rakyat negara berkenaan saling bercakaran sesama

diri.

Asal usul majlis rumah terbuka ini dapat dirintis kembali kepada ada budaya dan

konsep seruan beragama anutan setiap kaum yang terdapat di Malaysia. Tanpa mengira man-

mana perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,atau Hari Natal masing-

masing tetap meyambutnya dengan cara tersendiri. Sesungguhnya proses pembudayaan yang

wujud dalam konsep rumah terbuka menyaksikan pertembungan dua atau lebih budaya. Ini

menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan penyerapan unsur-unsur kebudayaan oleh

sesuatu kaum minoriti kepada kaum majoriti. Sebagai contoh banyak unsur melayu akan

diterima secara tidak langsung sebagai unsur-unsur budaya kepada kaum lain seperti Iban,

Murut dan sebagainya ekoran perayaan sering diadakan saban tahun.

Amalan rumah terbuka memdedahkan semua kaum kepada kepelbagaian budaya

masyarakat di Malaysia. Bukan sahaja dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain,

dan mengeratkan hubungan silaturahim, amalan ini juga membolehkan setiap kaum

mengenali juadah kaum-kaum lain, memahami di antara satu sama lain selain didedahkan

kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Secara tidak langsung

semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Sikap toleransi ini

sangat penting dalam mewujudkan sebuah negara yang utuh disamping mencapai matlamat

menjadikan negara Malaysia sebuah negara bangsa.

Simboliknya Rumah Terbuka ialah medan pertemuan yang paling sesuai untuk

memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim termasuk jiran tetangga selain sebagai

jambatan memgeratkan tali persaudaraan dan menjamin ikatan perpaduan antara kaum ke

Page 4: Perayaan Rumah Terbuka Malaysia

arah hubungan yang lebih kukuh, dinamik dan harmoni. Fenomena seperti ini amat

dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu,

bukannya semakin layu dan pudar malah tanpa konsep rumah terbuka hubungan silaturahim

dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan hilang kepada generasi

akan datang. Pertemuan masyarakat berbilang kaum, berbagai keturunan termasuk pelancong

asing dapat dilihat terutamanya pada masa majlis terbuka kebangsaan yang dianjurkan oleh

kerajaan Malaysia, kerajaan negeri atau Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Perayaan Rumah Terbuka