PERBADANAN PERPUSTAKAAN UMUM PULAU PINANemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1885/1/... ·...
Transcript of PERBADANAN PERPUSTAKAAN UMUM PULAU PINANemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1885/1/... ·...
PERBADANAN PERPUSTAKAAN UMUM PULAU PINANe
Oi Perpustakaan Pusat, Perkhidmatan Rujukan
telah diperbaiki. Ia dikendalikan oleh seorang Penolong
Pegawai Perpustakaan dari Bahagian Perkhfdrnatan dan seorang
Pembantu Perpustakaan yang ditugas khas untuk mengendalikan
Perkhidmatan Rujukan. Oengan perubahan tersebut, Perpustakaan
kini telah dapat mela'yani lebih banyak pertanyaan-pertanyaan
rujukan dan menyelesaikan masalah rujukan dengan lebih cepat
dan sempurna.
Perbadanan Perpustakaan Umum Pulau Pinang juga
telah memperolehi sebuah alat baca Mikrofis jenis Micron Siri
700 untuk diletakkan di Bahagian Katalog. Bagi meningkatkan
usaha untuk memelihara buku-buku di Bilik Koleksi Khas,
Perbadanan Perpustakaan Umum Pulau pinang juga telah membeli
sebuah 'dehumidifier'. Oalam usaha memberi kemudahan dan
keselamatan barang-barang pengguna perpustakaan, Perbadanan
Perpustakaan Umum Pulau Pinang telah mengenakan bayaran 10 sen
untuk satu jam bagi pembaca-pembaca yang hendak menggunakan
loker-loker.
CAWANGAN
Perkhidmatan di Perpustakaan Umum Butterworth
ini telah bertambah baik dari segi Perkhidmatan Rujukan dan
Pinjaman. Aktiviti tambahan telah bertambah popular terutama
di kalangan kanak-kanak dan sambutan yang diberikan agak
menggalakkan. Pertambahan keahliannya pun sangat memuaskan.
Baru-baru ini pada bulan Mac, 1984 Perpustakaan
ini telah ditutup kepada orang ramai selama tiga hari untuk
memudahkan kerja-kerja memperbaiki bumbung dan menukar atap
bangunan ini.
41
Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia
Kerusi rneja telah ditambah untuk menyediakan
tempat duduk bagi pengguna-pengguna perpustakaan yang telah
bertambah. Rak-rak buku juga telah ditambah untuk buku-buku
Bahasa Malaysia.
Loker-loker untuk disewa ada disediakan dengan
bayaran 10 sen untuk satu jam. Perkhidmatan ini diadakan
untuk kegunaan dan kemudahan para pengguna perpustakaan.
PERPUSTAKAAN BERGERAK
Kini Perbadanan mempunyai dua buah unit
Perpustakaan Bergerak. Perpustakaan Bergerak Unit Kedua baharu
sahaja dilancarkan iaitu pada 20hb. Februari, 1984. Unit Kedua
ini ialah sebuah bas jenis panjang dan ianya boleh rnemuatkan
sebanyak 6,000 - 6,500 naskah buku. Kedua-dua unit ini di
temp atkan di Perpustakaan Umum Butterworth dan akan berkhidmat
di Seberang Perai. Unit Pertama akan berkhidmat di sebelah
selatan sementara Unit Kedua berkhidmat di sebelah utara.
Tempat-tempat perhentian Perpustakaan Bergerak ini telah pun
bertambah kepada 49 perhentian iaitu daripada 27 perhentian
untuk Perpustakaan Bergerak Pertama.
Satu lagi perkhidmatan yang baru diperkenalkan
ialah perkhidmatan bahan-bah an bacaan ringan seperti suratkhabar
dan majalah. Orang ramai boleh rnenggunakan bahan-bahan ini
semasa kenderaan Perpustakaan Bergerak membuat lawatan di mana
mana tempat perhentian. Buat permulaan majalah-majalah cuma
disediakan untuk bacaan sahaja dan bukan untuk pinjaman. Di
masa akan datang apabila koleksi majalah bertambah ia akan di
buka untuk pinjaman. Untuk keselesaan dan kemudahan orang ramai,
kerusi meja (compact table) ada di-sediakan.
Sambutan orang ramai terhadap Perkhidmatan
Perpustakaan Bergerak adalah sangat menggalakkan. Sungguhpun
tempat-tempat perhentian telah bertambah, Perbadanan masih lagi menerima
42
Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia
permintaan-permintaan dari orang ramai untuk"mengadakan tempat
tempat perhentian yang baru. Suat masa ini Perbadanan tidak dapat
menambah perhentian-perhentian baru kerana jadual perjalanan
untuk kedua-dua unit Perpustakaan Sergerak telah digunakan secara
maksima.
LATlHAN
Perbadanan telah melatih seramai lapan orang pelatih
luar iaitu, seorang dari Maktab Sains MARA, seorang dari Pejabat
Undang-undang, seorang dari Institut Teknologi MARA, seorang dari
St. Nicholas, dua orang dari Jabatan Perancang Sandar dan Kampung
dan dua orang dari Maktab Perguruan Sri Pinang.
KAKITANGAN
Seorang lagi kakitangan baru telah diambil oleh
Perbadanan. Seliau ialah Encik Zailani bin Zakaria dan mula
bertugas pada lhb. September, 1983 sebagai Pembantu Perpustakaan
bagi Perpustakaan Sergerak Unit Kedua.
Pertukaran kakitangan di semua bahagian telah d1-
kuatkuasakan mulai daripada 3hb. Januari, 1984. Untuk memberi
perkhidmatan rujukan yang lebih berkesan seorang Pembantu
Perpustakaan dari Sahagian Perolehan telah ditugaskan untuk
mengendalikan Sahagian tersebut. Pembantu Perpustakaan dari
Sahagian Katalog telah ditukarkan ke Sahagian Perkhidmatan
Perpustakaan sementara Pembantu Perpustakaan dari Sahagian
Perkhidmatan Perpustakaan telah ditugaskan untuk bertugas d1
Sahagian Perolehan dan Sahagian Katalog.
43
Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia