Perbandingan Catan Impresionisme Barat Dan Malaysia

8
Perbandingan Catan Impresionisme Barat dan Malaysia Nama Karya Impression Sunrinse Rumah Rakit Sungai Paha Aliran Impresionisme Impresionisme Tema Pemandangan landskap tempatan iaitu lautan Pemandangan landskap te iaitu sungai Alat dan Bahan Cat minyak Cat guac Teknik Teknik impasto dengan kesan berus Teknik wash dan sapua terkawal Unsur Seni Garisan - kesan sapuan berus terutamanya pada bahagian pergerakan air yang tenang. - garisan halus dilakar objek kabur iaitu tiang- tiang kargo yang diselindungi kabus pagi. garisan - garisan tebal dan pada bahagian pokok - Kesan garisan m dalam menyampaikan ru bentuk imej Jalinan melalui kesan sapuan berus dan warna yang tebal pada bahagian langit dan permukaan air. Jalinan terhasil dari berus dan warna yang boleh dilihat pada pe sungai. Warna – - suram. Warna – warna sewarna kumpulan warna hija

description

psv

Transcript of Perbandingan Catan Impresionisme Barat Dan Malaysia

Page 1: Perbandingan Catan Impresionisme Barat Dan Malaysia

Perbandingan Catan Impresionisme Barat dan Malaysia

Nama Karya Impression Sunrinse Rumah Rakit Sungai Pahang

Aliran Impresionisme Impresionisme

Tema Pemandangan landskap tempatan

iaitu lautan

Pemandangan landskap tempatan

iaitu sungai

Alat dan Bahan Cat minyak Cat guac

Teknik Teknik impasto dengan kesan berus Teknik wash dan sapuan yang terkawal

Unsur Seni Garisan

     kesan sapuan berus terutamanya

pada bahagian pergerakan air yang

tenang.

     garisan halus dilakar objek kabur iaitu

tiang-tiang kargo yang diselindungi

kabus pagi.

garisan

     garisan tebal dan kasar pada bahagian

pokok

     Kesan garisan membantu dalam

menyampaikan rupa dan bentuk imej

Jalinan melalui kesan sapuan berus

dan warna yang tebal pada bahagian

langit dan permukaan air.

Jalinan terhasil dari sapuan berus dan

warna yang tebal boleh dilihat pada

permukaan sungai.

Warna –

     suram.

Warna oren yang mewakili matahari

senja menembusi lautan lalu

membiaskan cahayanya pada air laut 

Warna – warna sewarna iaitu kumpulan

warna hijau dan kuning iaitu

alam  semulajadi

Page 2: Perbandingan Catan Impresionisme Barat Dan Malaysia

Prinsip rekaan pergerakan – Permukaan air yang

bergerak dan bersinar dengan warna

merah jingga.

Imej pergerakan sungai yang

membentuk garis pepenjuru ini

dikatakan oleh beliau sebagai pemecah

kepada kebuntuan format empat segi

bujur karya tersebut.

Kadar banding diantara imej yang

berada di belakang dengan imej yang

berada dihadapan mewujudkan suatu

ruang pemisah antara objek.

nilai Keindahan alam semula jadi iaitu

lautan tanpa sebarang pencemaran.

Kebersihan dan kedamaian di

mana suasana perkampungan di sungai

Pahang yang terpelihara dari

pencemaran dan bersih dari kesibukkan

kota

Berdasarkan kedua-kedua karya aliran Impresionisme   diatas, jelas

menunjukkan terdapat beberapa persamaan dan  perbezaan antara dua

karya. Kedua-dua karya diatas menggunakan tema yang sama iaitu

keindahan landskap tempatan dimana Karya 1 menggunakan subjek Lautan

di La Harve manakala karya 2 menggunakan Sungai Pahang. 

Perbezaan kedua-kedua karya ini adalah bahan yang digunakan

dimana karya 1 iaitu “Impresion Sunrise” menggunakan cat minyak dengan

teknik impasto dengan kesan sapuan beru . Manakala , karya 2 “Rumah Rakit

Sungai Pahang” menggunakan cat guac dengan teknik wash dan sapuan

terkawal.  

Kedua-dua karya ini telah mengaplikasikan prinsip yang dipegang oleh

aliran Impresionisme iaitu lukisan yang dihasilkan berdasarkan apa yang

dilihat di depan mata dan bukan imaginasi yang ditafsirkan oleh minda

dimana pelukis  menghasilkan catan berdasarkan objek sebenar tanpa

melakukan penambahan atau pengubahsuaian. Subjek utama yang

dilakarkan adalah landskap dan alam semula jadi kerana mereka

berpendapat alam semula jadi adal ciptaan yang tiada tandingannya. Jadi

prinsip ini jelas di aplikasi oleh kedua-dua pelukis yang menggambarkan

keindahan landskap tempat masing-masing. 

Page 3: Perbandingan Catan Impresionisme Barat Dan Malaysia

Pada era ini cahaya merupakan unsur yang sangat penting dalam

penghasilan karya kerana dapat menimbulkan mood dan suasana sesuatu

keadaan. Prinsip impressionisme ialah cahaya adalah penentu sesebuah

keadaan dan suasana. Prinsip ini jelas pada karya 1 dimana walaupun catan

yang dihasikan menggunakan warna yang suram untuk menggambarkan

suasana pagi yang diselubungi oleh kabus, tetapi unsure cahaya dimasukkan

dengan meletakkan warna terang dan pembiasan warna telah dijatuhkan

pada warna yang suram. Bagi karya kedua, pelukis memfokuskan cahaya

pada tengah-tengah karya dengan sekelilingi kanvas di bingkaikan oleh

dahan pokok. Maka fokus cahaya terus jatuh pada bahagian tengah karya.

Perbandingan Karya Aliran Post Impresionisme

Karya 1 Karya 2

Nama Karya Starry Night Waktu Pagi di Kampung

Aliran post impresionisme menggabungkan pengaruh post

impresionis dan struktur gambar

cina dalam karyanya.

Tema Kesengsaraan  Kedamaian

Alat dan Bahan cat minyak Cat minyak

Page 4: Perbandingan Catan Impresionisme Barat Dan Malaysia

Teknik Impasto

(sapuan agresif)

Scrambling

(sapuan berus yang pantas dan

spontan)

Unsur Seni  Garisan yang kelihatan adalah garisan

melengkung, garisan berpusar dan garisan

menegak

garisan kontur yang jelas pada rupa dan

sapuan berus yang tepat

Karya ini  lebih mengutamakan

garisan daripada bentuk. Susunan

rupa bentuk mengikut format-format

timur jauh, pembahagian ruang

formal dan jelas.   

Warna –

1)  warna biru. Terdapat penggunaan biru gelap

dan biru cerah pada bahagian langit untuk

mewujudkan suasana malam.

2)  warna kuning dan oren digunakan untuk

bintang dan bulan untuk menampakkan

cahaya yang memancar pada waktu malam.

3)  Warna pada bahagian lain seperti pokok

cypress digunakan melalui tindihan warna

biru gelap dan kuning untuk menampakkan

warna seakan-akan warna kulit pokok.

Warna sejuk dan juga warna panas

Prinsip rekaan pergerakan –

melalui sapuan berus pada bahagian awan

menggambarkan pergerakan berpusar.

Imej pergerakan sungai yang

membentuk garis pepenjuru ini

Penegasan diberikan pada ruang langit

dengan menonjolkan awan yang berpusar. 

Kadar banding diantara imej yang

berada di belakang dengan imej

yang berada dihadapan

mewujudkan suatu ruang pemisah

antara objek.

Nilai Kehidupan penuh dengan pelbagai liku dan

cabaran.

Kebersihan dan kedamaian di

mana  suasana perkampungan

Berdasarkan kedua-kedua karya aliran post Impresionisme diatas,

jelas menunjukkan beberapa persamaan dan perbezaan. Persamaan di lihat

melalui jenis bahan yang digunakan. Tema jelas menunjukkan perbezaan

iaitu Karya 1  mengenai kesengsaraan manakala Karya 2 mengenai

kedamaian. Gaya persembahan catan menunjukkan perbezaan yang begitu

ketara, apabila karya 1 kelihatan begitu agresif dengan teknik sapuan impasti

berbanding Karya 2 yang begitu halus dengan teknik Glazing

Page 5: Perbandingan Catan Impresionisme Barat Dan Malaysia

Jika dinilai, karya 1 iaitu “Starry Night” lebih memenuhi ciri-ciri post

impresionisme kerana menekankan penggunaan sapuan berus yang agresif

disamping penggunaan warna yang tidak di campur. Kebanyakan sapuan

warna yang asli serta bertindih antara satu sama lain. Selain itu juga warna

yang pekat digunakan bagi mewujudkan kesan tekstur pada permukaan.

Bagi karya 2 “Waktu Pagi Di Kampung” agak kurang menonjol aliran

impresionisme kerana pelukis telah menggabungkan pengaruh post

impresionis dan struktur gambar cina dalam karyanya. 

Walaubagaimanapun, kedua-dua pelukis tidak membuat peniruan

tetapi mencipta bentuk. Mereka memenuhi ciri post impresionisme dengan

memilih subjek utama yang berkaitan  landskap dan  aktiviti seharian

masyarakat setempat.

Karya Lai Foong Moi

Waktu pagi di Kampung (1959)

Karya di atas bertajuk “ Waktu Pagi di Kampung” dihasilkan oleh Lai

Foong Moi. Beliau menggunakan cat minyak. Catan ini bertemakan

pemandangan keindahan kampung di Malaysia. Beliau menggambarkan

waktu pagi yang cerah di kawasan perkampungan yang dipenuhi dengan

pohon-pohon kelapa yang tinggi di sekitar kawasan perumahan. Rumah yang

digambarkan dalam catan ini ialah rumah kayu dan kedudukan rumah dekat

antara satu sama lain. Kelihatan seorang wanita bersanggul memakai berbaju

kurung dan kain sarung yang berada di halaman rumah sedang memegang

sebuah bakul. 

Pengkarya menggunakan warna sejuk dan juga warna panas.

Pengolahan karya ini menggambarkan pengaruh tradisi seni lukis Cina

dimana stroke berus kelihatan seperti catan cina. Karya ini  lebih

mengutamakan garisan daripada bentuk. Susunan rupa bentuk mengikut

format-format timur jauh, pembahagian ruang formal dan jelas.   Beliau

menggunakan sapuan berus yang pantas dan spontan pada pohon dan tanah

menunujukkan persamaan dengan keseronokkan dan kedamaian hidup

dikampung. Penggunaan ruang dalam karya ini amat baik dimana pelukis

Page 6: Perbandingan Catan Impresionisme Barat Dan Malaysia

merakamkam perspektif yang tinggi. Ruang langit jelas menunjukkan begitu

tinggi daripada mata pemerhati.

Berdasarkan warna yang digunakan , pelukis ingin menunjukkan

kedamaian pada waktu pagi di kampung. Warna biru pada bahagian lagi

menggambarkan kesegaran dan kedingin embun pada waktu pagi dimana

penduduk akan menghirup udara yang segar. Watak perempuan yang

memegang bakul melambangkan seawal pagi wanita sebagai surirumah

sudah mula melakukan aktiviti seharian seperti membasuh baju, mengemas

rumah dan sebagainya. 

Nilai yang ingin disampaikan dalam karya ini adalah  suasana indah,

damai , dan kehidupan tenteram di kampung atau desa.

Claude MonetImpression Sunrise (1872)

Oil on canvas (48 cm × 63 cm)

Karya Claude Monet yang bertajuk Impression Sunsrise ini merupakan

karya agung bagi aliran impresionisme. Karya ini menggambarkan

pemandangan landskap sebuah lautan di Le Harve. Pemandangan lautan ini

kelihatan seperti berkabus tetapi dipancarkan oleh terik matahari terbit.

Kelihatan dua buah bot yang sedang di dayung. Jelas kelihatan dua orang di

atas bot bahagian hadapan dan bot belakang agak kabur.  Di belakang karya

ini kelihatan seperti kargo atau dermaga yang tersusun di pinggir laut tetapi

dikaburi oleh kabus pagi.

          Warna  yang digunakan kelihatan suram. Namun monet tetap

berpegang pada prinsip aliran ini yang mementingkan cahaya dengan

memalitkan warna oren kekuningan untuk menunjukkan suasana waktu fajar.

Warna oren yang mewakili matahari senja menembusi lautan lalu

membiaskan cahayanya pada air laut  yang kelihatan tenang itu dan

meninggalkan kesan yang romantis pada karya tersebut.  Kepekaan pelukis

pada kesan cahaya yang berjaya menunjukkan realiti dan keajaiban tentang

perubahan atmosphera di langit dan kesan yang terjatuh pada permukaan

air . Permukaan air yang bergerak dan bersinar dengan warna merah jingga

telah digunakan oleh Monet untuk menyatakan aspirasi semangat

impresionisme sebagai pergerakan, perjuangan mengangkat gaya dalam seni

lukis. Garisan dalam karya ini di tonjolkan melalui kesan sapuan berus

Page 7: Perbandingan Catan Impresionisme Barat Dan Malaysia

terutamanya pada bahagian pergerakan air yang tenang. Manakala garis

halus dilakar untuk menunjukkan objek kabur iaitu tiang-tiang kargo yang

diselindungi kabus pagi. Jalinan terhasil melalui kesan sapuan berus dan

warna yang tebal pada bahagian langit dan permukaan air.

              Karya ini menggambarkan mengenai kedamaian suasana lautan di

waktu pagi dimana masyarkat mula mendayung sampan untuk melakukan

aktiviti harian. Warna terang yang melambangkan matahari pagi

menggambarkan kepada kita bahawa setiap hari disuluhkan dengan

semangat baru untuk melakukan aktiviti seharian. Laut yang tenang dengan

garapan warna yang lembut menunjukkan kebersihan dan ketenangan alam

semulajadi dimana setiap hari manusia dapat menghirup udara yang segar.  

              Karya ini menarik perhatian dari segi pencahayaan yang terang

untuk menggambarkan keindahan lautan ketika sang suria terbit.  Namun

yang lebih penting, pelukis bukannya bertujuan mahu melahirkan lukisan

yang indah dan cantik. Matlamatnya ialah mencipta suatu rakaman realiti

yang dilihatnya sendiri. Karya ini dapat menyedarkan individu bahawa bumi

kita sebenarnya indah dengan kurniaan semulajadi daripada tuhan. Dari

sudut pandangan pelukis sebagai suatu semangat Impresionisme yang mahu

merakamkan  kesan visual dari realiti. Ada pergerakan, cahaya dan sesuatu

yang amat dekat dengan mata kita yang boleh digambarkan secara realiti.