PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular...

24
PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI INDIKATOR KECERGASAN FIZIKAL DAN GAYA HIDUP BAGI PELAJAR WANITA ISMALIZA BINTI ISMAIL IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN) Fakulti Pendidikan UniversitiTeknologi Malaysia MEI 2011

Transcript of PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular...

Page 1: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI

INDIKATOR KECERGASAN FIZIKAL DAN GAYA HIDUP BAGI

PELAJAR WANITA

ISMALIZA BINTI ISMAIL

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN

(SAINS SUKAN)

Fakulti Pendidikan

UniversitiTeknologi Malaysia

MEI 2011

Page 2: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI

INDIKATOR KECERGASAN FIZIKAL DAN GAYA HIDUP

BAGI PELAJAR WANITA

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya: ISMALIZA BINTI ISMAIL

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

___________________________ __________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

No. Kad Pengenalan Nama Penyelia:

880117-03-5636 HAJAH HAFIZAH HJ HARUN

Tarikh: 13 MEI 2011 Tarikh: 13 MEI 2011

Page 3: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : HAJAH HAFIZAH BINTI HJ HARUN

Tarikh : MEI 2011

Page 4: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI INDIKATOR

KECERGASAN FIZIKAL DAN GAYA HIDUP BAGI PELAJAR WANITA

ISMALIZA BINTI ISMAIL

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei 2011

Page 5: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama : ISMALIZA BINTI ISMAIL

Tarikh : MEI 2011

Page 6: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

iii

DEDIKASI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENGASIHANI

SELAWAT DAN SALAM KEPADA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Ku titipkan dedikasi teristimewa….

Buat Bonda tercinta,

Yang dikasihi PUAN MAZNAH BINTI OMAR…mengenang perit jerihmu dalam

meredah kepayahan dan menyusun langkah serta ketabahanmu dalam mendidikku,

akhirnya anakmu berjaya menempuh dugaan dan cabaran bagi mengatur langkah

kehidupan yang lebih sempurna sepanjang „perjalanan‟ ini. Keringatmu itu melahirkan

rasa insaf terhadapku. Kepada arwah abah, ISMAIL BIN YUSOF, semoga rohmu

sentiasa dicucuri limpah rahmatNya selamanya. Anakmu ini telah berjaya menjadi insan

yang berguna. Terima kasih ayahanda dan bonda.

Aku sungguh bertuah kerana memiliki kalian…

Buat Kekanda-kekandaku yang dihormati,

Ismawani dan Muhamad Rizuan, semangat kalian telah memberikan dorongan

terhadapku dalam menempuh hidup yang kian mencabar. Bersabarlah..aku akan tetap

mengingati jasa dan budi kalian semua..

Buat yang dikasihi,

Sokongan yang dirimu berikan merupakan „bara‟ yang kian

menyemarakkan semangatku..

Teristimewa dan Setinggi-tinggi Kesyukuranku KehadratMu Ilahi,

Tiada kata yang lebih indah selain aku bersyukur kepadaMu. Aku tertunduk

syukur, limpah dan kurniaMu, menginsafi diriku, Semoga RahmatMu sentiasa

melingkari hidupku…Amin.

Page 7: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Dipanjatkan rasa

syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya, projek ini dapat disiapkan

dalam lingkungan waktu yang telah ditetapkan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sedia

memberi segala tunjuk ajar serta galakan yang membina sepanjang perjalanan projek ini

berlangsung. Ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Hafizah Binti Harun selaku

penyelia yang banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan dan nasihat yang amat

berguna. Tidak lupa juga kepada Muhamad Asyraf Bin Mohd Pouzi di atas sokongan

dan pertolongan yang telah beliau sumbangkan dalam membantu kajian ini.

Pengorbanan dan nasihat daripada beliau amat dihargai.

Teristimewa kepada keluarga tercinta yang begitu memahami serta galakan yang

diberikan. Ribuan terima kasih juga kepada teman-teman seperjuangan diatas segala

suka duka sepanjang empat tahun bersama. Jasa kalian tidak ternilai dan amatlah

dihargai.

Akhir kata, semoga penghasilan projek ini akan memberi manfaat kepada semua

dan membantu dalam pengurusan penyelidikan.

Ismaliza Binti Ismail

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan),

Universiti Teknologi Malaysia.

Page 8: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

v

ABSTRAK

Memiliki badan yang sihat dan cergas sememangnya menjadi idaman setiap

orang sama ada lelaki mahupun wanita. Kajian ini dijalankan bertujuan melihat

perbandingan purata kadar denyutan jantung (KDJ) sebagai indikator kepada tahap

kecergasan fizikal dan gaya hidup aktif semasa melakukan aktiviti sebenar (sparring

tenis : memukul bola tenis ke dinding) , permainan video interaktif (exergame: Wii Tenis

Target Practice) dan aktiviti harian (kawalan) bagi 12 orang pelajar wanita Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai. . Umur, berat, tinggi dan Indeks Jisim Badan (Body Mass

Index) subjek masing-masing adalah (22.9 + 2.6 tahun; 56.3 +15.9 kg;1.57 + 0.05 m

;22.92 + 2.6). Heart Rate Monitor (Finland model S720i) telah di gunakan untuk

menyukat bacaan KDJ subjek semasa melakukan tiga jenis aktiviti fizikal. Data KDJ

telah diambil bagi dua fasa iaitu 10 minit untuk setiap sesi dengan sela masa rehat

selama 5 minit antara dua fasa. Purata KDJ yang diperolehi di analisis menggunakan

perisian excel 2010 dan perisian statistical package for social science 15.0 (SPSS15.0).

Analisis ANOVA sehala menunjukkan adalah berbeza secara signifikan bagi purata KDJ

aktiviti sparring tenis (M= 132.08+ 9.77 bpm), exergame (M= 112.88 + 14.4 bpm) dan

aktiviti harian (M= 81.21+11.69 bpm) ( p< 0.05). Kesimpulannya, dapatan kajian

menunjukkan golongan wanita akan memperolehi manfaat sekiranya bermain exergame

berbanding melakukan aktiviti harian sahaja,.walau bagaimanapun, melakukan aktiviti

fizikal sebenar adalah lebih bermanfaat kepada fisiologi badan.

Page 9: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

vi

ABSTRACT

Having healthy and active body has been always a dream of each person whether

male or female. This study was carried out to compare heart rates as an indicator level of

physical fitness and active lifestyle during actual physical activity (sparring tennis :

hitting at wall) ,interactive video game (exergame ) and daily activity (controls) among

12 females students from the Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Age, weight,

height and Body Mass Index of subject (22.9 +2.6 years; 56.3 + 15.9 kg ; 1.57 +0.05 m ;

22.92 + 2.6). Heart Rate Monitor (model Finland model S720i), were use to measure the

subjects‟ heart rate during participations in all three types of physical activities. Data

were collected in two sessions of 10 minutes per session with 5 minutes rest interval

between during each of the three tests. The mean heart rate data were analyzed using

Microsoft Excel 2011 and statistical package for social science 15.0 software

(SPSS15.0). A One Way ANOVA analysis revealed that there was significant

differences between mean heart rate each of the physical activities examined; sparring

tennis (M= 132.08+ 9.77 bpm) , exergame (M= 112.88 + 14.4 bpm) and daily physical

activities (M= 81.21+ 11.69 bpm) (p<0.05). In conclusion, findings from this study

demonstrate that females can gain benefits from playing exergame rather than just doing

regular activity of daily living, however, regular vigorous outdoor physical activity are

more challenging to the physiology.

Page 10: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN

HALAMAN DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ii

iii

iv

v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

xiii

xv

Page 11: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

viii

1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Maslah 2

1.3 Pernyataan Maslah 3

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Hipotesis Kajian 5

1.6

1.7

Batasa n Kajian

Kepentingan Kajian

7

7

1.8

1.9

Definisi Istilah

Kesimpulan

8

10

2 SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Peningkatan Penyakit Jantung di Malaysia 12

2.3 Faktor yang Menyebabkan Penyakit

Jantung di Kalangan Wanita

2.3.1 Gaya Hidup yang Pasif

2.3.2 Penglibatan Wanita dalam Aktiviti

Fizikal

13

13

14

15

2.4 Faktor Kekangan Penglibatan Wanita 16

Page 12: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

ix

dalam Aktiviti Fizikal

2.4.1 Faktor Persekitaran

2.4.2 Faktor Sosiologi

2.4.3 Faktor Fisiologi

16

17

18

2.5 Konsep dan Ciri-ciri Exergame 20

2.6 Permainan exergame 21

2.7

2.8

Kadar Denyutan Jantung (KDJ)

Termometer Telinga Infrared

22

23

24

2.9 Kesimpulan

3 METODOLOGI KAJIAN 25

3.1 Pendahuluan 25

3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

3.3 Prosedur Kajian 27

3.3.1 Nintendo Wii Tenis Target

Practice

3.3.2 Sparring Tenis

3.3.3 Aktiviti Harian (Kumpulan

Kawalan)

27

30

32

Page 13: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

x

3.3.4 Protokol Merekod Kadar Denyutan

Jantung

33

3.4

3.5

3.6

Tempat Kajian

Sampel Kajian

Instrumen Kajian

3.6.1 Perkakasan

3.6.2 Sosio Demografi

3.6.3 Perisian

34

34

35

35

36

37

3.7 Pengumpulan Data 37

3.7.1 Aspek Fisiologi

3.7.2 Aspek Kinematik

3.7.3 Analisis

38

38

38

3.8 Kesimpulan 39

4

ANALISIS DATA

4.1 Ciri –ciri Fizikal Subjek

4.2 Purata Kadar Denyutan Jantung

4.3 Suhu

40

40

41

42

Page 14: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

xi

5

4.4 Analisis Inferensi

4.5 Kesimpulan

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Kadar Denyutan Jantung (KDJ)

5.2 Faktor yang Mempengaruhi KDJ

5.3 Kesimpulan

5.4 Cadangan

44

44

45

45

48

51

52

RUJUKAN 54

LAMPIRAN 59

Page 15: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Sampel Kajian 34

3.2 Instrument yang di gunakan bagi exergame dan 35

sparring tenis

4.1 Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 40

(N=12)

4.2 Perbandingan suhu subjek sebelum dan selepas melakukan 42

pengujian.

5.1 Perbandingan secara Kinematik (pukulan bola ) yang Maksimum 46

bagi subjek antara Sparring Tenis dan Exergame

5.2 Perbandingan secara Kinematik (pukulan bola ) yang 48

Minimum bagi subjek antara Sparring Tenis dan Exergame

5.3 Perbandingan Raket Tenis dan alat kawalan exergame 50

Page 16: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Contoh Exergame :Wii Sports oleh Nintendo 21

3.1 Carta Aliran Kerja ( exergame) 29

3.2 Carta Aliran Kerja (sparring tenis) 31

3.3 Carta Aliran Kerja (Aktiviti Harian(Kawalan)) 32

4.1 Purata Keseluruhan Kadar Denyutan Jantung bagi

41

12 orang subjek

4.2 Perbandingan Purata Kadar Denyutan Jantung bagi 42

Tiga Jenis Aktiviti Fizikal (individu)

4.3 Purata Keseluruhan Kadar Perubahan Suhu Badan Subjek 43

sebelum dan selepas melakukan aktiviti bagi Exergame dan

Sparring Tenis

Page 17: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

xiv

5.1 Perbandingan Purata KDJ bagi Tiga Jenis Aktiviti Fizikal 48

(individu)

Page 18: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURA

A Surat Perlantikan Subjek 59

B Surat Perjanjian Subjek 60

C Borang Maklumat Peribadi Subjek 61

D Analisis ANOVA sehala 62

E Persamaan antara Pengujian Aktiviti Exergame 64

dan Sparring Tenis

F GRAF CORAK KDJ SUBJEK 65

G ANALISIS SILICON COACH PERGERAKAN 71

BAGI TANGAN (PECUTAN) SEMASA

SPARRING TENIS DAN EXERGAME

H DAYAPUKULAN BOLA OLEH SUBJEK 87

Page 19: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

1

BAB 1

PENGENALAN

1. 1 Pengenalan

Pembangunan yang pesat sejak kebelakangan ini dalam sektor perindustrian dan

pembandaran sudah pasti membawa banyak perubahan dalam gaya hidup masyarakat

di Malaysia. Antara contoh perubahan drastik yang dialami oleh masyarakat kini ialah

mengamalkan gaya hidup yang kurang aktif, merokok dan pengambilan makanan yang

tidak seimbang serta penyalah gunaan dadah ( Jamsiah et al., 2007). Sepertimana yang

diketahui umum, kekurangan melakukan aktiviti senaman atau fizikal akan mendorong

kepada berlakunya peningkatan peratusan individu yang menghidap penyakit-penyakit

kronik terutamanya penyakit jantung kronik yang kini menjdi punca utama kematian di

negara ini .Masalah ini turut di alami oleh negara maju yang lain seperti Rusia,

Amerika Selatan, Australia, New Zealand dan Eropah (Mohad Anizu, 2011).

Menurut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2002, satu

pertiga daripada kematian di seluruh dunia adalah disebabkan oleh penyakit jantung.

Berdasarkan jumlah berkenaan, di laporkan bahawa 40 sehingga 75 peratus pesakit

yang terkena serangan jantung meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan

di hospital. Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Dr Khoo Kah Lin menyatakan bahawa

pemyakit jantung adalah pembunun nombor satu di kalangan wanita di Malaysia dan di

Page 20: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

2

seluruh dunia sejak berpuluh tahun. (Utusan Malaysia, 2011). Ini membuktikan bahawa

penyakit ini tidak boleh di pandang ringan dan menjadi ‘pembunuh senyap’di kalangan

manusia tanpa mengira jantina.

Kimm dan Obazanek, (2002) turut menjelaskan bahawa kurang melakukan

senaman adalah punca kepada masalah kesihatan lain seperti obesiti, strok, diebetis dan

beberapa jenis kanser. Menurut Bauman (2004) pula, meskipun belum ada mekanisme

khusus untuk memperoleh manfaat kesihatan secara menyeluruh, tetapi banyak kajian

lepas yang membuktikan bahawa aktiviti fizikal dapat memberi kesan yang besar ke

atas kesihatan.

Pelbagai aktiviti fizikal yang boleh di lakukan pada bila-bila masa antaranya

jogging, berjalan, tarian aerobik, berenang, berbasikal, bermain boling dan golf (Zainun

Ishak, 1994). Namun begitu, dalam mengecapi kemajuan sains dan teknologi masa kini,

kita telah dipermudahkan dengan kepelbagaian peralatan canggih bagi memudahkan

kerja. Antaranya ialah lif, eskalator dan berbagai lagi yang telah menyebabkan manusia

tidak banyak menggunakan tenaga. Perkembangan pesat dalam industri permotoran

negara juga menjdi punca masyarkat menjadi semakin kurang aktif seperti kemudahan

kereta dan motosikal yang menjadi pilihan masyarakat untuk bergerak ke sesuatu tempat

meskipun untuk jarak yang dekat. Situasi ini turut di dorong oleh faktor-faktor seperti

kos penggunaan yang rendah, mudah,selesa dan cepat.

Kadar denyutan jantung (KDJ) bagi orang yang bersenam adalah lebih perlahan

berbanding orang yang tidak bersenam kerana jantung mereka tidak perlu berkerja keras

untuk mengepam darah ke seluruh badan (Achten et al., 2003). Tindak balas perubuhan

KDJ sebelum melakukan senaman dan selepas melakukan senaman sangat penting

dalam mencapai kecergasan fizikal yang optimum.

Page 21: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

3

1. 2 Latar Belakang Masalah

Aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat penting dalam kehidupan seorang

individu terutama bagi golongan wanita. Mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif

merupakan factor utma bagi penyakit jantung dan kardiovaskular Di dapati bahawa

tubuh badan yang tidak aktif boleh mengurangkan keupayan fungsi kerja dan secara

beransur dan. aktiviti fizikal yang kerap adalah penting untuk kesihatan dan kecergasan

fizikal.

Fox dan Hillsdon (2006) telah membuat kesimpulan bahawa keberkesanan

melakukan aktiviti fizikal dengan lebih kerap dapat membantu masyarakat untuk

menghindarkan diri dari mendapat obesiti disamping dapat mencegah pelbagai penyakit

kronik yang lain. Bagi sesetengah individu yang mengalami masalah serius berkaitan

obesiti dan berat badan berlebihan, mereka digalakkan untuk mangamalkan aktiviti

fizikan ini secara berkala. Bagi golongan dewasa yang berumur 18- 65 tahun perlu

melakukan aktiviti sekurang-kurangnya 25 minit bagi aktiviti fizikal sederhana dan 10

minit untuk setiap sesi (Haskell,2007) untuk memperoleh manfaat kesihatan.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kekerapan melakukan aktiviti

fizikal seperti bersenam di kalangan wanita. Menurut M.Jamsiah (2007), penurunan

tahap senaman ini banyak di pengaruhi oleh faktor peningkatan umur dan jantina.

Menurut kajian oleh panel dari pakar World Cancer Research Fund American Institute

for Cancer Research (2007), golongan yang aktif melakukan aktiviti fizikal dapat

melancarkan sistem penghadaman serta mempercepatkan proses penyingkiran sisa-sisa

makanan daripada tubuh. Malah, mengamalkan gaya hidup dengan aktif juga akan turut

menyebabkan tubuh kurang menghasilkan hormon estrogen di kalangan wanita dan ini

akan megurangkan risiko kanser payu dara.

Secara tidak langsung persekitaran kita juga tidak menjadi faktor pendorong

kepada pengamalan gaya hidup sihat di kalangan wanita. Sebagai contoh, golongan

wanita amat peka terhadap tempat-tempat yang selamat dan sesuai untuk dijadikan

Page 22: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

4

tempat beriadah. Selain itu, kekurangan kemudahan taman, tempat berjalan kaki yang

terhad dan kurangnya kemudahan gimnasium banyak mempengaruhi golongan ini untuk

lebih selesa mengamalkan gaya hidup yang pasif. Faktor-faktor ini telah mendorong

wanita kepada kemalasan dan menghilangkan daya tarikan mereka terhadap aktiviti

fizikal.

Akan tetapi, kebelakangan ini, satu penemuan baru dalam bidang teknologi telah

mencipta permainan video yang menggabungkan senaman dan keseronokan ketika

bermain permainan video iaitu exergame. Permainan ini sangat mendapat tempat di

kalangan pengguan terutama kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Teknologi baru

ini menggunakan konsep deria yang dapat mengesan pergerakan badan manusia seperti

bergerak seperti dalan situasi sebenar. Thompsom (2008) menjelaskan bahawa

perkembangan teknologi baru ini adalah disebabkan elemen yang digabungkan iaitu

menggunakan permainan video dan aktiviti fizikal menjadi satu.

Banyak penyelidikan telah dilakukan bagi meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal

di kalangan masyarakat awam untuk membuktikan keberkesanan ke atas perubahan

fisiologi manusia setelah bermain permainan video ini. Setelah itu, kesan positif dari

penyelidikan yang telah dijalankan selama hampir 20 tahun berjaya membuahkan hasil.

Penyelidik telah menyenaraikan aspek-aspek baru yang lebih efektif serta kreatif dalam

menghasilkan satu alat yang berkemudahan tinggi ini kepada pengguna iaitu permainan

video yang di gabungkan dengan kecergasan (Christakis, 2004).

1. 3 Pernyataan Masalah

Kajian ini di jalankan khusus bagi membantu golongan-golongan wanita yang

berkerja, suri rumah dan para pelajar yang sibuk dengan aktiviti harian sehingga

mengabaikan kesihatan diri dengan memberi cara baru untuk melakukan senaman. KDJ

bagi wanita yang melakukan tiga bentuk aktiviti fizikal mungkin berbeza

Page 23: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

5

memandangkan terdapat perbezaan keupayaan dan kemahiran masing-masing. Justeru

itu, kajian ini di jalankan untuk membandingkan KDJ di kalangan wanita ketika

melakukan aktiviti fizikal yang berbeza pada jangka masa yang ditetapkan oleh

penyelidik.

1. 4 Objektif Kajian

Objektif kajian :

i. Mengkaji KDJ semasa perlakuan aktiviti harian di kalangan pelajar

wanita UTM.

ii. Mengkaji KDJ semasa perlakuan aktiviti sparring tenis di kalangan

pelajar wanita UTM.

iii. Mengkaji KDJ semasa perlakuan aktiviti exergame di kalangan pelajar

wanita UTM.

iv. Perbandingan KDJ bagi ketiga-ketiga aktiviti (aktiviti harian, sparring

tenis dan exergame) di kalangan pelajar wanita UTM.

1.5 Hipotesis Kajian

i. Ho1= Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada skor KDJ di antara

aktiviti harian di kalangan pelajar wanita UTM.

Page 24: PERBANDINGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG SEBAGAI … · Laporan projek ini dikemukakan ... regular activity of daily living, ... 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 26

6

ii. Ha1= Terdapat perbezaan yang signifikan pada skor KDJ di antara

aktiviti harian di kalangan pelajar wanita UTM.

iii. Ho1= Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada skor KDJ di antara

sparring tenis di kalangan pelajar wanita UTM.

iv. Ha1= Terdapat perbezaan yang signifikan pada skor KDJ di antara

sparring tenis di kalangan pelajar wanita UTM.

v. Ho1= Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada skor KDJ di antara

exergame di kalangan pelajar wanita UTM.

vi. Ha1= Terdapat perbezaan yang signifikan pada skor KDJ di antara

exergame di kalangan pelajar wanita UTM.

vii. Ho1= Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada skor KDJ di antara

aktiviti harian, sparring tenis dan exergame di kalangan pelajar wanita

UTM.

viii. Ha1= Terdapat perbezaan yang signifikan pada skor KDJ di antara

aktiviti harian, sparring tenis dan exergame di kalangan pelajar wanita

UTM.