Perbandingan kaedah peguam syarie

7
PERBANDINGAN KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE SELANGOR DAN KELANTAN SELANGOR: Kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008 KELANTAN: Kaedah Peguam Syarie 2000 1-Kelayakan Peguam Syarie SELANGOR Kelayakan Peguam Syarie (KAEDAH 8) Subkaedah (1) Beragama Islam Warganegara Malaysia Tidak bankrap Tiada kesalahan Jenayah Syariah dan Sivil Tidak dipecat, tidak digantung-peguambela/cara Ada Ijazah Sarjana Muda Syariah ( tertakluk kepada subkaedah 2) Peguambela/cara dan ada Dip Lepasan Ijazah Undang-Undang Syariah dan amalan dan ada latihan dalam kamar selama tidak kurang 3 bulan. Lulus ujian bertulis atau temuduga atau kedua-duanya. Subkaedah (2) I.S.M Syariah (exc:UIA) mesti ada: i. Dip. Undang-Undang Pentadbiran Kehakiman dari UIA atau ii. Dip. Lepasan Ijazah dan iii. Telah tamat latihan dalam kamar selama 9 bulan I.S.M Undang-Undang dan I.S.M. Undang-Undang (Syariah) UIA- tamat latihan dalam kamar selama 9 bulan. *Jawantankuasa dengan budibicara boleh memendekkan atau mengecualikan apabila permohonan dibuat dengan disokong oleh keterangan yang memuaskan. Subkaedah (3) Latihan dalam kamar mestilah diselia oleh Peguam Syarie yang sedang aktif bagi tempoh tidak kurang dari 7 tahun. Subkaedah (4) Penasihat Undang-Undang Negeri dan Peguam Persekutuan yang dilantik bawah Akta Bantuan Guaman 1971 dianggap telah dilantik sebagai peguam syarie bawah kaedah ini dan kaedah 9 dikecualikan. KELANTAN Kelayakan Peguam Syarie (KAEDAH 9) Beragama Islam: i. Berkelayakan yang ditetapkan bawah s18(2) EPMS 1982 ii. Menjadi anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan. iii. Dilantik di bawah S3 Akta Bantuan Guaman 1971 iv. Menjadi peguambela/cara yang didaftarkan dibawah Akta Profesional Undang-Undang 1976 Warganegara Malaysia

description

kaedah peguam syarie selangor dan kaedah peguam syarie kelantan

Transcript of Perbandingan kaedah peguam syarie

Page 1: Perbandingan kaedah peguam syarie

PERBANDINGAN KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE SELANGOR DAN KELANTAN

SELANGOR: Kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008

KELANTAN: Kaedah Peguam Syarie 2000

1-Kelayakan Peguam Syarie

SELANGOR

Kelayakan

Peguam Syarie (KAEDAH 8)

Subkaedah (1)

Beragama Islam

Warganegara Malaysia

Tidak bankrap

Tiada kesalahan Jenayah Syariah dan Sivil

Tidak dipecat, tidak digantung-peguambela/cara

Ada Ijazah Sarjana Muda Syariah ( tertakluk kepada subkaedah 2)

Peguambela/cara dan ada Dip Lepasan Ijazah Undang-Undang Syariah

dan amalan dan ada latihan dalam kamar selama tidak kurang 3 bulan.

Lulus ujian bertulis atau temuduga atau kedua-duanya.

Subkaedah (2)

I.S.M Syariah (exc:UIA) mesti ada:

i. Dip. Undang-Undang Pentadbiran Kehakiman dari UIA atau

ii. Dip. Lepasan Ijazah dan

iii. Telah tamat latihan dalam kamar selama 9 bulan

I.S.M Undang-Undang dan I.S.M. Undang-Undang (Syariah) UIA-

tamat latihan dalam kamar selama 9 bulan. *Jawantankuasa dengan

budibicara boleh memendekkan atau mengecualikan apabila

permohonan dibuat dengan disokong oleh keterangan yang memuaskan.

Subkaedah (3)

Latihan dalam kamar mestilah diselia oleh Peguam Syarie yang sedang

aktif bagi tempoh tidak kurang dari 7 tahun.

Subkaedah (4)

Penasihat Undang-Undang Negeri dan Peguam Persekutuan yang

dilantik bawah Akta Bantuan Guaman 1971 dianggap telah dilantik

sebagai peguam syarie bawah kaedah ini dan kaedah 9 dikecualikan.

KELANTAN

Kelayakan

Peguam Syarie (KAEDAH 9)

Beragama Islam:

i. Berkelayakan yang ditetapkan bawah s18(2) EPMS 1982

ii. Menjadi anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan

Persekutuan.

iii. Dilantik di bawah S3 Akta Bantuan Guaman 1971

iv. Menjadi peguambela/cara yang didaftarkan dibawah Akta Profesional

Undang-Undang 1976

Warganegara Malaysia

Page 2: Perbandingan kaedah peguam syarie

Berumur 21 tahun ke atas

Lulus Sijil Peguam Syarie bagi peguambela/cara.

Tidak bankrap

Tiada kesalahan Jenayah Syariah dan Sivil

2-Proses Permohonan Perlantikan Peguam Syarie

SELANGOR

Kaedah 9

Isi borang yang ditetapkan di Jadual 1 dan kemukakan kepada

Pengerusi Jawatankuasa.

Hendaklah disokong oleh 2 orang:

i. Peguam Syarie

ii. Peguambela/cara yang berdaftar Akta Profesional Undang-

Undang 1976

iii. Ahli DUN

iv. Peg. Kerajaan dalam kump. A

Selepas diakuterima oleh Pegerusi Jawatankuasa, salinan hendaklah

ditampal di setiap Mahkamah Syariah di Selangor selama sebulan.

Fi Pemprosesan Tiada

Pemohon yang telah lulus temuduga perlu memfailkan permohonan penerimaan

masuk sebagai Peguam Syarie Negeri Selangor dengan fi sebanyak RM159.00

Fi Sijil Amalan Tahunan RM100.00

Tempoh Kesahan Sijil

Amalan Peguam Syarie

Satu tahun daripada tarikh dikeluarkan

KELANTAN

Kaedah 10

Isi borang yang ditetapkan di Jadual

Dialamatkan kepada Ketua Hakim Syarie dilampirkan dokumen-

dokumen yang perlu dan hendaklah disertakan dengan fee permohonan.

Tampal salinan permohonan di setiap Mahkamah Syariah Negeri

Kelantan selama 14 hari selepas permohonan di hantar ke Ketua Hakim

Syarie.

Fi Pemprosesan RM20.00

Fi Sijil Amalan Tahunan RM250.00

Tempoh Kesahan Sijil

Amalan Peguam Syarie

Satu tahun

Page 3: Perbandingan kaedah peguam syarie

3-Proses Pembaharuan

SELANGOR

Garis Panduan

Pembaharuan (KAEDAH 24)

Tiap-tiap permohonan untuk memperbaharui Sijil Peguam Syarie hendaklah

dibuat kepada Majlis tidak lewat daripada dua bulan sebelum tamat tempoh sijil

dengan mengemukakan Borang 1 kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam

Syarie.

Fi bagi setiap Sijil Peguam Syarie yang diperbaharui adalah seperti berikut :-

1. Jika permohonan pembaharuan dibuat tidak lewat daripada dua bulan

sebelum tamat tempoh sijil RM100.00

2. Jika permohonan pembaharuan dibuat dalam tempoh kurang daripada

dua bulan RM200.00

3. Jika permohonan dibuat dalam tempoh satu bulan selepas tamat tempoh

sijil RM300.00

4. Jika permohonan dibuat dalam tempoh dua bulan selepas tamat tempoh

sijil RM400.00

5. Jika permohonan dibuat dalam tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh

sijil RM500.00

Sekiranya lesen masih gagal diperbaharui selepas tiga bulan tamat tempoh sijil,

pemohon tidak dibenar untuk memperbaharui lesen dan namanya dianggap

sebagai telah dikeluarkan daripada Daftar Peguam Syarie dan sekiranya

pemohon berhasrat supaya dilantik semula sebagai Peguam Syarie, dia boleh

memfailkan permohonan semula dengan disokong dengan afidavit yang

menerangkan mengapa pemohon hendaklah dilantik semula. Fi bagi Sijil

Peguam Syarie yang dikeluarkan di bawah kaedah ini adalah sebanyak

RM700.00

KELANTAN

Garis Panduan

Pembaharuan (KAEDAH 23)

Isi Borang C dalam Jadual dan dikembarkan bersama salinan sijil amalan

tahunan. Diperbaharui apabila Ketua Hakim Syarie berpuashati dengan bayaran

fee sebanyak RM250.00

4-Proses Rayuan Oleh Peguam Syarie

SELANGOR

Proses

Rayuan

Tiada dinyatakan di dalam kaedah

Page 4: Perbandingan kaedah peguam syarie

KELANTAN

Proses

Rayuan (KAEDAH 19)

Memohon terus kepada mahkamah rayuan Syariah dengan mengemukakan

alasan, dasar, sebab-sebab penolakan menjadi peguam syarie atau sebab-sebab

tindakan tatatertib dikenakan keatas peguam syarie dengan di pengerusikan oleh

selain dari Ketua Hakim Syarie

5-Tatatertib Peguam Syarie

SELANGOR

Tatatertib

Peguam Syarie (KAEDAH 17)

Majlis apabila menerima laporan dan perakuan Jawatankuasa mengenai

keputusan terhadap prosiding tatatertib hendaklah :

(a) membuat perintah supaya nama Peguam Syarie

digugurkan daripada Daftar Peguam Syarie;

(b) membuat perintah menggantung Peguam Syarie itu

daripada menjalankan amalan bagi suatu tempoh yang

difikirkan adil dan munasabah;

(c) memberi amaran kepada Peguam Syarie itu ;

(d) membuat apa-apa perintah lain yang difikirkan adil dan

munasabah

KELANTAN

Tatatertib

Peguam Syarie (KAEDAH 18)

Mengantung, Tidak benarkan masuk ke Mahkamah, Tidak dibenarkan beramal

sebagaimana hukum yang dikehendaki keatas membuangkan dari pendaftaran

RAJAH RINGKAS:

Kelayakan dan Syarat Peguam Syarie di Kelantan dan Selangor

KELAYAKAN & SYARAT PEGUAM SYARIE KELANTAN SELANGOR

Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-Undang / /

Pegawai Undang-Undang Kerajaan Negeri /

Persekutuan / /

Pengamal Undang-Undang dibawah Akta 1976 / /

Latihan profesional yang diiktiraf Majlis dalam

bidang kehakiman Islam/ hukum Syarak /

Pengalaman sebagai Kadhi /

Agama Islam / /

Page 5: Perbandingan kaedah peguam syarie

Umur 21 tahun /

Tidak disabit kesalahan jenayah di Mahkamah / /

Tidak bankrap dibawah Akta Kebankrapan 1967 / /

Warganegara / pemastautin tetap Malaysia / /

Lulus peperiksaan Peguam Syarie / /

PENGALAMAN SEORANG BLOGER DITEMUDUGA SEBAGAI PEGUAM SYARIE KELANTAN

http://kartikel.com/news/3066/mahu-jadi-peguam-syarie

Page 6: Perbandingan kaedah peguam syarie

PENGALAMAN SEORANG PEGUAM SYARIE YANG BERAMAL BAWAH KAEDAH PEGUAM SYARIE

SELANGOR

Nama: Muhammad Firdaus Alhadi Bin Abdullah

Jawatan: Peguam Syarie

Firma: Tetuan Zaidi Zain & Associates

Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Siasah di Akademik Pengajian Islam Universiti

Malaya. Beliau telah mengambil DAIJ di UIA dan berlatih dalam kamar selama 9 bulan sebelum menjalani

temuduga sebagai peguam syarie di Selangor.

Dalam temubual, beliau menyatakan bahawa adalah wajib mengambil DAIJ dan tamat latihan dalam kamar selama

9 bulan sebelum layak untuk hadir temuduga. Sebelum beliau menghadiri temuduga, beliau difahamkan bahawa

temuduga dijalankan oleh keenam-enam ahli Jawatankuasa terhadap seorang calon. Akan tetapi, semasa sesi

temuduga beliau, hanya 2 orang daripada ahli Jawatankuasa sahaja menemuduga beliau, ini mungkin disebabkan

calon untuk temuduga ramai ketika itu.

Soalan yang diutarakan adalah mengenai:

1. Hukum syarak.

2. Enakman-enakmen undang-undang islam Negeri Selangor.

3. Kitab-kitab yang menjadi rujukan dalam kes syariah.

Beliau berjaya dalam temuduga dan menjadi peguam syarie yang beramal dibawah Kaedah Peguam Syarie (Negeri

Selangor) 2008.

KETIDAKSERAGAMAN KAEDAH PEGUAM SYARIE NEGERI-NEGERI

Akibat daripada ketidakseragaman ini menyebabkan wujudnya perbezaan dalam pelbagai aspek. Perbezaan ini

mengundang beberapa kelemahan dan masalah yang jelaskan dalam memohon sebagai peguam syarie serta kepada

peguam syarie yang sudah dilantik. Masalah-masalah yang dikenal pasti adalah seperti berikut:-

i) Pengantungan Kelayakan Akademik.

Di beberapa negeri, sesiapa yang ada Ijazah Syariah semata-mata tidak melayakkan seseorang itu menjadi Peguam

Syarie di mana mereka masih memerlukan memiliki Diploma di dalam bidang-bidang Amalan Guaman Syarie.

Manakala di beberapa negeri lain, Diploma ini tidak diperlukan. Mereka boleh melayakkan diri diterima masuk

sahaja sebagai Peguam Syarie. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dan

Undang-Undang belum tentu boleh menjadi peguam syarie, dan seseorang yang tidak memiliki Ijazah Sarjana Muda

Syariah dan Undang-Undang belum tentu tidak boleh menjadi peguam syarie.

Seperti yang diperlihatkan di Negeri Selangor yang mewajibkan DAIJ manakala Kelantan tidak memperuntukkan

perkara tersebut.

ii) Perbezaan Dalam Tatacara Penerimaan Masuk Di Setiap Negeri.

Hal ini ditentukan oleh undang-undang sesebuah negeri dan proses penerimaan masuk sesebuah negeri tersebut.

Sesetengah negeri tidak mempunyai kaedah peguam syarie yang khusus. Oleh itu, undang-undang yang terpakai

adalah sesebuah bahagian, berdasarkan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri sebagai contoh, negeri

Sabah dan Negeri Sembilan.

Page 7: Perbandingan kaedah peguam syarie

iii) Proses Permohonan dan Penerimaan Masuk.

Terdapat perbezaan di antara negeri-negeri dalam proses penerimaan masuk. Terdapat negeri-negeri yang

menetapkan proses penerimaan masuk ini dibuat ke Majlis Agama Islam Negeri, seperti apa yang berlaku di

Terenggganu, Pahang dan Pulau Pinang. Manakala negeri-negeri lain meletakkan proses penerimaan masuk ini

dibuat di mahkamah syariah negeri-negeri. Berbeza di negeri Johor, setiap permohonan penerima masuk dibuat

kepada Setiausaha Bahagian undang-undang Jabatan Agama Negeri Johor.

iv) Peruntukan dan Prosedur Tatatertib

Terdapat negeri-negeri yang mempunyai peruntukan berhubung tindakan tatatertib terhadap peguam syarie yang

terdapat di dalam kaedah-kaedah peguam syarie. Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai kaedah-kaedah Peguam

Syarie, tiada sebarang peruntukan terhadap tindakan tatatertib ini.

v) Bayaran Penerimaan Masuk

Dari segi pembayaran masuk sebagai peguam syarie, wujudnya perbezaan dari segi jumlah bayaran serta di mana

bayaran itu dilakukan. Sesetengah negeri meletakkan bayaran terima masuk peguam syarie di bawah Majlis Negeri-

Negeri dan ada juga bayaran dibuat terus kepada Mahkamah Syariah Negeri. Terdapat juga ngeri-negeri yang

menetapkan bayaran-bayaran peguam syarie dibuat kepada pengarah Jabatan Agama Islam Negeri seperti yang

berlaku di negeri Johor di mana bayaran terima masuk ditetapkan kepada pengarah Jabatan Agama Negeri Johor.

vi) Tiada Kod Etika Yang Teratur

Ketidakseragaman kaedah yang mengawal terutama sekali dari sudut tingkah laku dan etika peguam, seringkali

menimbulkan tohmahan terhadap tindakan dan tingkah laku mereka. Ini juga boleh menimbulkan keadaan di mana

keangkuhan seseorang peguam syarie yang telah diambil tindakan di sesebuah negeri akibat daripada pelanggaran

etika untuk moral, masih boleh melepaskan diri dengan berperoleh dan beramal di negeri lain serta memungkinkan

orang tersebut megulangi kesalahan yang sama.