Perbezaan Antara Interpersonal Dan Intrapersonal

4
PERBEZAAN ANTARA INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL Nama:MOHD ABDUL AKRAM BIN SUIP AFIQ AFIFI BIN AHMAD ZAMRI Sebelum kita mengenali maksud sebenar interpersonal dan intrapersonal ini kita perlu mengetahui maksud awal sebenar komunikasi. Hal ini kerana interpersonal dan intrapersonal ini berkait rapat antara satu dengan yang lain. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka juga komunikasi pula ialah berhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain- lain dan mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar pendapat dan lain-lain), atau Seseuatu proses pemindahan maklumat perasaan, idea dan pemikiran daripada seseorang individu kepada individu yang lain. Bidang-bidang komunikasi ini terbahagi kepada lima iaitu interpersonal, interpersonal, kumpulan kecil ,awam, dan juga komunikasi masa. Apakah perbezaan antara interpersonal dan intrapersonal? Komunikasi intrapribadi atau komunikasi intrapersonal adalah penggunaan bahasa atau fikiran yang terjadi di dalam diri komunikator sendiri.komunikasi intrapersonal ini Merupakan keterlibatan internal secara aktif dari individu dalam pemprosesan simbolik dari pesan-pesan dan Seorang individu menjadi pengirim sekaligus penerima pesan, memberikan umpan balik bagi dirinya sendiri dalam proses internal yang berkelanjutan. Selain itu,komunikasi intrapersonal ini berlaku di dalam diri seseorang atau seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya. Dalam erti kata lainya ialah Bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat. Komunikasi intrapersonal ini mempunyai faedahnya tersendiri antaranya ialah dapat menjadi pemacu bentuk komunikasi yang lainnya dan pengetahuan mengenai diri peribadi melalui proses-

description

jtftj

Transcript of Perbezaan Antara Interpersonal Dan Intrapersonal

PERBEZAAN ANTARA INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL

Nama:MOHD ABDUL AKRAM BIN SUIP

AFIQ AFIFI BIN AHMAD ZAMRI

Sebelum kita mengenali maksud sebenar interpersonal dan intrapersonal ini kita perlu mengetahui maksud awal sebenar komunikasi. Hal ini kerana interpersonal dan intrapersonal ini berkait rapat antara satu dengan yang lain. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka juga komunikasi pula ialah berhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain dan mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar pendapat dan lain-lain), atau Seseuatu proses pemindahan maklumat perasaan, idea dan pemikiran daripada seseorang individu kepada individu yang lain. Bidang-bidang komunikasi ini terbahagi kepada lima iaitu interpersonal, interpersonal, kumpulan kecil ,awam, dan juga komunikasi masa. Apakah perbezaan antara interpersonal dan intrapersonal?

Komunikasi intrapribadi atau komunikasi intrapersonal adalah penggunaan bahasa atau fikiran yang terjadi di dalam diri komunikator sendiri.komunikasi intrapersonal ini Merupakan keterlibatan internal secara aktif dari individu dalam pemprosesan simbolik dari pesan-pesan dan Seorang individu menjadi pengirim sekaligus penerima pesan, memberikan umpan balik bagi dirinya sendiri dalam proses internal yang berkelanjutan. Selain itu,komunikasi intrapersonal ini berlaku di dalam diri seseorang atau seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya. Dalam erti kata lainya ialah Bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat. Komunikasi intrapersonal ini mempunyai faedahnya tersendiri antaranya ialah dapat menjadi pemacu bentuk komunikasi yang lainnya dan pengetahuan mengenai diri peribadi melalui proses-proses psikologis seperti persepsi dan kesedaran terjadi saat berlangsungnya komunikasi intrapribadi oleh komunikator.

Komunikasi intrapersonal ini juga mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Antara cirinya ialah Proses komunikasi yang terjadi dalam diri individu (dengan diri sendiri)dan komunikasi ini merupakan landasan untuk melakukan komunikasi intrapribadi. Keberhasilan komunikasi kita dengan orang lain bergantung kepada keberkesanan komunikasi kita dengan diri sendiri. komunikasi ini terjadi kerana pemberian makna pada objek. Objek yang diamati mendapatkan rangsangan pancaindera kemudian mengalami proses perkembangan dalam fikiran manusia dan mendapatkan perhatian besar dari kalangan psikologi behavioristik (pemerhati tingkah laku). Antara contoh komunikasi intrapersonal ini ialah muhasabah diri iaitu menilai tentang segala perkara yang telah dilakukan sama ada yang baik atau yang buruk dan seterusnya berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik, berdoa memohon sesuatu perkara yang diminta daripada Allah Taala dan juga bersyukur berterima kasih di atas segala apa yang diperolehi melalui pemberian Allah.

Seterusnya ialah komunikasi intrapersonal. R. Wayne Pace mengatakan bahawa komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung antara dua orang atau lebih secara tatap muka. Komunikasi interpersonal juga boleh diertikan sebagai proses bagaimana seseorang itu berkongsi pengalaman dengan individu-individu lain. Selain itu, Komunikasi interpersonal ialah komunikasi antara orang yang berlaku dalam keadaan yang membolehkan orang membalas secara terus antara satu sama lain. Komunikasi interpersonal ini mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Antara ciri yang ada pada komunikasi ini ialah biasanya berpasangan iaitu melibatkan hanya dua orang atau berdialog. Bagaimanapun, ia boleh berlaku dalam satu kumpulan kecil apabila para peserta bertindak balas terus antara satu sama lain sebagai individu.

Untuk melakukan komunikasi interpersonal ini kita perlu tahu cara-cara untuk melakukanya. Cara-caranya terbahagi kepada dua, iaitu antara dua individu dan melebihi dua individu. Melebihi dua individu ini juga terbahagi kepada secara formal dan secara tidak formal. Antara dua individu merupakan satu bentuk dialog berlaku apabila seseorang berkomunikasi secara personal terus sebagai seorang individu contohnya ialah Hani dan Yazed berbincang mengenai masa depan rumah tangga mereka. Dari segi melebihi dua individu ialah. Pertama sekali ialah dari segi secara formal iaitu berlaku apabila seseorang mengemukakan idea, perasaan dan maklumat tanpa gangguan kepada satu kumpulan orang. Secara formal ini tidak banyak berlaku komunikasi dua hala dan seseorang menyuarakan sesuatu dan yang lain menjadi pendengar. Contoh bagi situasi tersebut ialah Harith menyampaikan tazkirah di hadapan kelas sebelum kelas dimulakan pada pagi tadi. Dari segi tidak formal pula Berlaku apabila kedua-dua pihak menyuarakan idea, perasaan dan maklumatatau dengan kata lain juga, dikatakan penggunaan dengan gangguan iaitu mungkin akan berlaku pro dan kontra ataupun seseorang mungkin mencelah. Contohnya ialah Melur mengatakan kepada kelasnya bahawa wajahnya saling tidak tumpah seperti Siti Nurhaliza tetapi Ridzwan mencelah dengan mengatakan bahawa wajah Melur seperti pembantu rumah Siti Nurhaliza.

Seterusnya ialah kemahiran komunikasi interpersonal ,antaranya ialah kemahiran mendengar membina hubungan dan kemahiran memberi perhatian . Rogers(1951) merumuskan: Tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud. Model latihan mendengar membahagikan tingkah laku mendengar kepada tiga komponen, iaitumemberi perhatiantermasukkontak mata,gayarelaks, danresponyang pula membawa maksud mendengar. Dalam membina hubungan pula ianya dilihat melalui situasi kemesraan perhubungan dalam pertemuan, penyampaian masalahnya tanpa keraguan dan tanda kepercayaan lahir akibat penerimaan sepenuhnya tanpa syarat. Hubungan baik seperti ini hanya dapat dicapai apabila perasaan empati kedua-dua dapat dirasai.Dengan berperasaan empati ini, hubungan baik di antara dua pihak akan dapat terus dijalin dan dikekalkan sepanjang proses komunikasi itu. Di dalam proses komunikasi, memberi perhatian merujuk kepada komunikasi bukan lisan, walaupun ia juga diperlukan dalam komunikasi lisan.Komunikasi bukan lisan dibahagikan kepada beberapa komponen, iaitugayabadan(posture), gerak isyarat, air muka, kontak mata, dan juga nada suara.

Kesimpulanya jelas bahawa intrapersonal dan interpersonal ini mempunyai perbezaan yang ketara dan ianya berlaku dalam kehidupan seharian kita dengan masyarakat sekeliling. Jadi, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengetahui kemahiran berkomunikasi ini dengan baik agar kemahiran berkomunikasi dengan betul dan baik ini tersu menjadi amalan kepada kita untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian kita .