Perbezaan ASWJ dengan Syiah

download Perbezaan ASWJ dengan Syiah

of 42

Embed Size (px)

Transcript of Perbezaan ASWJ dengan Syiah

  • 1. Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah Jabatan Agama Islam SelangorPERBEZAAN FAHAMAN SYIAH IMAMIYYAH DAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH Mohd Fauzi Hamat Mohd Sobri Ellias Pendahuluan Polemik antara golongan Syiah dan ahli sunnah wal Jamaah(ASWJ) merupakan suatu isu yang telah lama dibahaskan oleh para ulama terdahulu dalam karya-karya ilmiah mereka. Sebagai kiasan, mazhab ASWJ yang dipegang oleh majoriti umat Islam diibaratkan seperti aliran sungai utama yang mempunyai cabang-cabang sungai kecil yang berbilang, manakala Syiah pula diibaratkan seperti salah satu daripada aliran-aliran sungai kecil yang menyimpang daripada aliran utama tersebut. Berkaitan isu Syiah ini, para ulama ASWJ telah pun menyediakan jawapan dalam menyingkapi golongan ini, khususnya Syiah Imamiyyah yang masih berpengaruh hingga kini. Dalam melihat polemik yang berlaku di antara golongan Syiah dan Sunni ini,duniatelahpunmenyaksikanbagaimanaberlakunyasirikemelutdanpersengketaan yang berpanjangan di seluruh dunia khususnya di Pakistan dan Iraq. Beberapa usaha dan percubaan untuk mendamaikan atau mendekatkan antara dua golongan ini nampaknya masih tidak mendatangkan hasil yang memuaskan. Berdasarkan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 5 Mei 1996 yang lalu, ketika membincangkan isu Syiah di Malaysia, pihak jawatankuasa telah bersetuju memutuskan bahawa keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24-25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] yang menetapkan Hanya Mazhab Syiah dari golongan al-Zaidiyyah dan al-Ja`fariyyahMohd Fauzi Hamat, PhD. Profesor Madya di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Mohd Sobri Ellias, Calon PhD dan Pembantu Penyelidik di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 1

2. Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah Jabatan Agama Islam Selangoryang diterima untuk diamalkan di Malaysia dimansuhkan1. Berhubung isu ini, terbaru, ia telah dibincangkan dalam sidang parlimen pada 9 Mac 2011 di mana YB Senator Mejar Jeneral Dato Jamil Khir b. Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah melarang penyebaran ajaran Syiah di Malaysia tanpa turut menghalang pengamalan ajaran tersebut di Negara ini 2. Ini bererti ajaran ini masih bebas untuk diamalkan di Malaysia oleh pengikutnya dan kesannya; adalah sukar untuk dijamin sejauh mana ia tidak disebarkan kepada pengikutnya, apatah lagi wujudnya suara-suara sumbang yang cuba mempertahankan hak golongan ini untuk menjalankan aktiviti mereka atas dasar hak asasi manusia. Setakat ini, terdapat sebanyak enam buah negeri yang telah mewartakan larangan terhadap penyebaran fahaman Syiah iaitu; Pulau Pinang, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka3. Realitinya isu Syiah ini, khususnya Syiah Imamiyyah, merupakan suatu isu yang sebenarnya berakar umbi daripada permasalahan politik yang berlaku pada zaman Sayyidina Ali, yang akhirnya telah meresapi permasalahan dasar dalam agama iaitu akidah. Ia bukan hanya sekadar perbezaan dari aspek amalan seperti perbezaan yang berlaku antara mazhab yang empat iaitu Hanafi, Maliki, Syafi`e dan Hanbali, namun lebih besar lagi, ia turut melibatkan soal iktikad yang jelas bertentangan dengan akidah sejati ASWJ. Nampaknya, Islam yang suci dan murni dengan ajarannya yang dipegang oleh majoriti ummah akan tercemar dengan kepercayaan dan perlakuan menyimpang tajaan golongan Syiah ini sekiranya isu ini dipandang ringan oleh masyarakat pada hari ini. Dalam kaitan ini, kesucian akidah warisan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. perlu dipertahankan daripada terus diselewengkan oleh golongan-golongan 1Portal Rasmi Fatwa Malaysia, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia, 6 April 2011. 2 Laman Web Rasmi Parlimen Malaysia, http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR09032011.pdf, 18 April 2011. Lihat juga Berita Harian Online, http://www.bharian.com.my/articles/MalaysialarangsebarSyiah/Article/, 6 April 2011. 3 Portal Rasmi Fatwa Malaysia, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa?keys=syiah&tid_2=All, 18 April 2011. 2 3. Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah Jabatan Agama Islam Selangorahli bid`ah yang terkeluar daripada garis kasar aliran arus perdana ummah seluruh dunia. Tindakan mengeksploitasi kecintaan terhadap ahl al-bayt demi meraih kepentingan aliran mereka ini juga tidak sewajarnya diberikan laluan untuk membina tapak dalam jiwa umat Islam di Negara ini. Atas dasar ini, kertas ini dikemukakan bagi menggariskan secara jelas perbezaan di antara fahaman Syiah Imamiyyah dan fahaman ASWJ. Huraian ini kelak akan dijadikan asas kefahaman dalam menanggapi sejauh mana percanggahan mazhab ini dengan fahaman mazhab arus perdana di Malaysia.Definisi Ahli Sunnah Wal Jamaah Dari sudut bahasa, perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan suatu istilah yang tersusun daripada rangkaian tiga suku kata Bahasa Arab. Ketiga-tiga suku kata ini mempunyai maksud yang tersendiri. Ia akan melahirkan satu rangkaian makna yang tertentu ataupun khusus apabila ia dilihat dari sudut pemaknaan istilah. Perkataan Ahl jika dilihat dari sudut literal, ia bererti ahli keluarga4, pengikut atau golongan5. Dari sudut terminologi, ia bermaksud mereka yang mengikut atau berpegang dengan sesuatu [kalimah] yang disandarkan kepada perkataan Ahl tersebut, seperti ahl al-madhhab ia merujuk kepada mereka yang berpegang dengan mazhab tersebut6. Di dalam al-Quran, perkataan al-Sunnah dan jamaknya Sunan digunakan sebanyak 16 kali7. Perkataan al-Sunnah pula dari sudut literal bermaksud al-sirah8.4Ibn Manzur, Jamal al-Din Muhammad b. Mukarram (1952), Lisan al-`Arab, j. 11, Beirut : Dar Sadir li al-Tiba`ah wa al-Nasyr, hlm. 28; al-Fayruz Abadi, Majd al-Din Muhammad b. Ya`qub (t.t), al-Qamus alMuhit, j. 3, Kaherah : Muassasah al-Halabi wa Syarikah li al-Nasyr wa al-Tawzi`, hlm. 331; Al-Razi, Muhammad b. Abu Bakr (1986), Mukhtar al-Sihhah, Beirut : Maktabah Lubnan, hlm. 13. 5 Mahmud `Abd al-Rahman `Abd al-Mun`im (t.t), Mu`jam al-Mustalahat wa Alfaz al-Fiqhiyyah, j. 1, Kaherah : Dar al-Fadilah, hlm. 332. 6 Ibid. 7 Musatafa `Azami (1988), Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith, Engku Ibrahim Engku Ismail (terj.), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 7. 8 Al-Razi, Muhammad b. Abu Bakr (1986), op.cit, hlm. 133. 3 4. Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah Jabatan Agama Islam SelangorDari sudut etimologi, perkataan al-sunnah mempunyai pengertian mengalirkan sesuatu dengan lancar ( .9) Ia juga bermaksud al-tariqah (jalan atau perilaku)10, baik jalan dan perilaku tersebut benar atau tidak11. Sabda Rasulullah S.A.W. : : Maksudnya: Barangsiapa yang mempelopori sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya maka dia mendapat pahalanya dan pahala seperti pahala-pahala mereka (yang mengikutinya) tanpa berkurang sedikitpun pahala-pahala mereka. Barangsiapa yang mempelopori sunnah yang buruk lalu diamalkan orang selepasnya maka dia menanggung dosanya dan dosa-dosa seperti dosa mereka tanpa berkurang sedikitpun dosa-dosa mereka.Manakala dari sudut terminologi, al-sunnah mengandungi erti; sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W., sama ada yang terdiri daripada katakatanya, perbuatan, pengakuan, sifatnya12 dan sejarah hidupnya13, sama ada sebelum kenabian mahupun selepas kenabian14. Ia juga bermaksud jalan yang9Abu al-Hasan, Ahmad b. Faris (1970), Mujam Maqayis al-Lughah, c. 2, j. 3, Mesir : Syarikah Maktabah wa Matba`h Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih, hlm. 60. 10 Al- Amidi, Abi al-Hasan `Ali b. Abi `Ali (t.t), al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, j. 1, Lubnan : Dar al-Kutub al`Ilmiyyah, hlm. 145; Ahmad Amin (1955), Zuhr al-Islam, c. 1, j. 4, Kaherah : Maktabah al-Nahdah alMisriyyah, hlm. 96. 11 Muhammad `Ajjaj al-Khatib (2003), Usul al-Hadith : `Ulumuhu wa Mustalahuhu, c. 1, Beirut : Dar alFikr, hlm. 13. 12 al-Tahhan, Mahmud, Dr., (t.t) Taysir Mustalah al- Hadith, Riyad : Maktabah al-Ma`arif, hlm. 15. Yang dimaksudkan dengan sifat Nabi ialah sifat-sifat kejadiannya dan sifat-sifat keperibadiannya, lihat Nur al-Din `Itr, Dr. (1997), Manhaj al-Naqd fi`Ulum al- Hadithlm. cet. 3, Beirut & Damsyik : Dar al-Fikr alMu`asir & Dar al-Fikr, hlm. 26. 13 Manna` al-Qattan (1989), Tarikh al-Tasyri` al-Islami. Kaherah : Maktabah Wahbah, hlm. 72. 14 Muhammad `Abd al-Hadi (1992), Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah Ma`alim al-Intilaqah al-Kubra, c. 4, Kaherah: Dar al-I`lam al-Duwali, hlm. 43. 4 5. Sumber R&D : April 2011 - Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah Jabatan Agama Islam Selangorditempuh oleh Nabi S.A.W. dan para sahabatnya yang selamat daripada syubhat dan hawa nafsu15. Di sisi para fuqaha, perkataan al-sunnah bermaksud perkara yang pasti datangnya daripada Nabi S.A.W. yang terdiri daripada perbuatannya dan percakapannya. Perkataan al-Sunnah tersebut telah digunakan oleh para fuqaha bagi menggambarkan perbuatan yang berlandaskan kepada petunjuk Nabi, dan alSunnah dengan maksud ini merupakan antonim bagi bid`ah16. Walaupun terdapat di kalangan para pengkaji yang mengatakan bahawa al-Sunnah dan al-hadith pada pandangan para ahli hadis membawa maksud yang sama 17 namun penulis lebih cenderung untuk mengatakan bahawa terdapat perbezaan yang halus dari sudut pemaknaan istilahi di antara keduanya di mana ungkapan al-Sunnah sebenarnya lebih umum daripada ungkapan al-hadith18.15Sa`id Abu Jaib (1988), al-Qamus al-Fiqhi Lughatan wa Istilahan, Damsyik: Dar al-Fikr, hlm. 29. Penulis berpendapat bahawa, perkataan al-sunnah tidak patut diterhadkan maknanya sebagaimana yang telah dinyatakan di atas,