Perbezaan Carl Jung & Freud
Transcript of Perbezaan Carl Jung & Freud
1.0 PENDAHULUAN
Teori membolehkan kita mengorganisasi pemerhatian dan mengendalikannya
dengan cara yang paling bermakna berdasarkan maklumat yang sudah ada. Jika
pemerhatian tidak diorganisasikan dengan sempurna fakta atau data yang diperolehi
menjadi kucar-kacir dan tidak berguna. Teori juga membolehkan kita melihat
perhubungan antara fakta dengan implikasi yang terselindung antara data yang
bertaburan. Seterusnya teori dapat merangsang kemunculan persoalan-persoalan
mengenai pelbagai aspek tingkahlaku manusia yang tidak mudah untuk difahami. Dari
segi fungsi atau kegunaan teori, ia membawa kepada pengumpulan atau pemerhatian
perhubungan empirikal yang relevan. Teori merupakan andaian-andaian yang
mengandungi beberapa idea untuk menjelaskan sesuatu kejadian atau fenomena.
Terdapat pelbagai teori yang diperkenalkan oleh beberapa orang tokoh psikologi
dalam usaha untuk mengenal pasti personaliti individu. Setiap orang tokoh mempunyai
pandangan yang tersendiri dan biasanya kajian atau dapatan dan pandangan tokoh
tersebut adalah merujuk kepada apa yang dilalui dan dialami oleh mereka sendiri semasa
kecil sehinggalah ke dewasa. Dalam psikologi terdapat empat pandangan personaliti iaitu
teori dan orientasi pandangan psikodinamik, pandangan ketingkahlakuan, pandangan
humanistik dan pandangan biologikal. Atas hakikat ini terdapat pelbagai teori yang
berbeza dalam bidang psikologi. Apa yang menarik teori yang berbeza ini dapat
digunakan bagi mengkaji dan memahami tingkahlaku yang sama tetapi dilihat serta
ditafsir dari perspektif yang berbeza.
1
2.0 LATAR BELAKANG TEORI
Teori Carl Jung merupakan teori lanjutan daripada teori asas yang diperkenalkan
oleh Sigmund Freud. Kedua-dua teori ini dikenali di bawah satu teori iaitu Teori
Psikodinamik. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perselisihan antara kedua-dua teori
ini berdasarkan beberapa aspek Teori Psikoanalisa yang dipelopori oleh Sigmund Freud
yang tidak dipersetujui dan disenangi oleh Carl Jung. Sebelum perbezaan kedua-dua teori
ini dibincangkan adalah wajar untuk melihat latar belakang kedua-dua teori ini sebagai
pencetus kepada mencari perbezaan kedua-dua teori ini.
2.1 TEORI CARL JUNG
Carl Jung dilahirkan di Kesswill, Switzerland pada tahun 1875. Jung
menerima pendidikan dalam bidang perubatan di School of Basil dan
meneruskkan pengajiannya dalam bidang psikologi di Paris. Kemudian beliau
menjadi pembantu di Zurich dan selepas itu menjadi pensyarah dalam psikiatri.
Dalam tahun 1912, beliau menubuhkan sekolah psikologinya sendiri di Zurich
dan menjadi profesor dalam psikologi di Federal Polytechnical University of
Zurich. Umum mengetahui bahawa Carl Jung merupakan seorang rakan karib dan
pengikut Sigmund Freud. Amir Awang (1987), Jung menolak penekanan yang
berlebihan oleh Freud kepada peranan seks dalam perkembangan personaliti. Ia
juga menolak pandangan Freud yang begitu pesimistik dan deterministik. Ia
beranggapan bahawa manusia bukanlah mangsa kepada warisan baka dan
persekitaran. Malah, Jung menganggap manusia adalah aktif dalam menentukan
corak hidupnya.
2
Amir Awang (1987) Jung berpendapat manusia mempunyai tujuan dan
matlamat dalam hidupnya. Tingkah laku manusia bukan sahaja ditentukan oleh
masa lampau tetapi juga dengan mementingkan masa hadapan. Bagi Jung,
manusia sentiasa berusaha untuk terus berkembang bagi mencapai nirwana
kendiri. Ia melihat manusia sebagai makhluk yang kreatif dan optimistik.
2.2 TEORI PSIKOANALISA SIGMUND FREUD
Sigmund Freud adalah pengasas Teori Psikoanalisis. Dilahirkan pada 1856
dalam keluarga yang sederhana tetapi memastikan beliau mendapat pendidikan
yang terbaik. Beliau memilih bidang perubatan sebagai kerjayanya. Frued pernah
mengalami kecelaruan emosi dan fobia. Beliau menganalisis serta meneroka
mimpi-mimpinya dan akhirnya beliau menemui celik akal tentang dinamika
perkembangan personaliti manusia. Sebagai ahli neurology klinikal, Frued
mendekati psikologi melalui fisiologi. Frued telah mengasaskan apa yang
dikatakan sebagai teori personaliti pertama yang konprehensif. Psikoanalisis
bukan sahaja satu teori tetapi juga satu kaedah terapi. Teori Frued dijelaskan
dalam bukunya The Interpretation of Dreams (1890).
Selepas Freud memperkenalkan teorinya, ramai ahli-ahli teori personaliti
lain yang muncul hasil tintik tolak daripada teorinya. Teori Psikoanalisa adalah
merupakan hasil daripada pengalaman-pengalamannya semasa zaman kanak-
kanaknya.
3
3.0 TEORI CARL JUNG Vs TEORI PSIKOANALISA SIGMUND FREUD
Untuk melihat perbezaan antara kedua-dua teori ini beberapa aspek difikirkan
perlu dilihat seperti aspek pandangan teori terhadap manusia dan struktur personaliti
menurut kedua-dua teori ini.
3.1 PANDANGAN TEORI TERHADAP MANUSIA
Sigmund Freud berpandangan manusia dilahirkan dengan naluri-naluri
kebinatangan yang bersifat jahat. Kehidupan manusia telah ditentukan oleh naluri-
naluri ini. Lantaran dorongan-dorongan dari naluri-naluri ini manusia boleh
bertindak secara tidak rasional dan tidak logik. Manusia dianggap sebagai satu
sistem tenaga yang berfungsi sebagai system hidrolik. Sistem yang mempunyai
paling banyak tenaga akan berkuasa mengawal tingkahlaku dan kehidupan
manusia. Tenaga Eros dan tenaga Thanatos bertanggungjawab terhadap tingkah
laku manusia.
Manakala Jung berpendapat bahawa manusia mempunyai tujuan dan
matlamat dalam hidupnya sendiri. Tingkah laku manusia bukan sahaja ditentukan
oleh peristiwa-peristiwa masa lampau sepertimamna yang ditekankan oleh Freud
bahkan juga oleh impian-impian dan cita-cita masa hadapan. Kedua-dua ini
disebut sebagai teleology dan causality oleh Hall dan Lindzey dalam Amir Awang
(1987). Bagi Jung, manusia sentiasa berusaha untuk terus berkembang bagi
mencapai nirwana kendiri. Beliau melihat manusia sebagai makhluk yang kreatif
dan optimistik. Walaupun Jung mementingkan masa hadapan, tidaklah pula ia
mmengabaikan langsung masa lampau. Malah kalau dibandingkan cara ia melihat
4
masa lampau lebih tersusun yang mana dua komponen utama iaitu personal
unconscious dan collective unconscious.
3.2 STRUKTUR PERSONALITI MENURUT TEORI
Sigmund Freud membahagikan sistem personaliti mengandungi tiga
sistem iaitu id (biologi), ego(psikologi), dan superego (sosial dan nilai moral)
yang berinteraksi antara satu sama lain bagi menghasilkan tingkah laku yang
tertentu yang dengannya Freud simpulkan sebagai personaliti seseorang itu.
Frued sangat mementingkan unsur tidak sedar kerana bahagian tidak sedar adalah
sebahagian besar emosi yang memberikan kawalan ke atas tingkah laku sedar.
Bahagian tidak sedar menjadi penentu kuat tingkah laku manusia atau asas
personaliti. Justeru itu, pandangan tentang tingkah laku yang menekankan proses
sedar di anggap tidak lengkap.
Mengikut Frued, tingkahlaku manusia diarah oleh faktor luar kawalan. Ini
bermakna tingkah laku manusia ditentukan oleh faktor baka (blue print atau
rangka tindakan yang unik). Tingkah laku dipengaruhi oleh pengalaman lampau
iaitu konflik-konflik yang tidak selesai. Frued melihat keseragaman atau
kesamaan antara tingkah laku individu dan mengutamakan atau mementingkan
kestabilan ciri-ciri personaliti atau interaksi ketiga-tiga sistem personaliti tersebut.
Kerisauan terhasil seandainya ego gagal mengawal kehendak id atau gagal
menyalurkan kehendak id menurut batasan-batasan realiti dan nilai-nilai moral.
5
Dalam keadaan inilah ego akan didenda kerana gagal. Dengan kata lain, kerisauan
terhasil semasa interaksi ketiga-tiga sistem tenaga iaitu id, ego, dan superego.
Dalam proses menapis, mengawal dan memenuhi kehendak-kehendak id, ego
akan risau jika gagal sebaliknya akan tenang jika berjaya. Menurut Frued, ada tiga
jenis kerisauan yang boleh dialami oleh individu iaitu kerisauan realiti iaitu
ancaman nyata atau ancaman yang dijangka dari persekitaran, kerisauan moral
iaitu daripada hati nurani atau conscience seseorang dan kerisauan neurotic iaitu
rasa bimbang tidak dapat mengawal naluri sehingga melakukan sesuatu yang di
luar kawalan. Freud memperkenalkan helah bela diri digunakan bertujuan untuk
mengurangkan penderitaan ego yang tidak dapat mengawal id dengan baik dan
juga mempertahankan ego dari cemuhan dan kutukan superego.
Freud mengemukakan lima peringkat perkembangan personaliti indvidu
iaitu peringkat oral, peringkat anal, peringkat falik, peringkat latensi dan
peringkat syahwat. Freud percaya bahawa peringkat-peringkat perkembangan
personaliti seseorang dinamakan seperti itu kerana kepuasan seks yang diperolehi
oleh seseorang individu semasa ia berkembang berkisar di kawasan-kawasan
berahi yang berkenaan. Bahagian-bahagian badan yang memberikan kepuasan ini
dinamakan zon-zon erotik malah bagi Freud semua tingkah laku manusia adalah
berasaskan motif seks sahaja. Apa sahaja yang dilakukan mestilah bagi memenuhi
keperluan tenaga seks.
Manakala Jung menyatakan personaliti seseorang terdiri daripada
sembilan sistem yang berlainan tetapi saling bergantungan di antara satu sama
lain. Sistem-sistem ini dinamakannya sebagai ego, personal unconscious,
6
collective unconscious, persona, anima dan animus, bayangan, sikap, fungsi dan
kendiri. Ego merupakan pusat bagi alam sedar, personal unconscious merupakan
alam tidak sedar peribadi yang mana pengalaman-pengalaman yang menyakitkan
ditekan ke alam tidak sedar dan kadang kala ia mengganggu individu dan boleh
menjelma ke alam sedar. Collective unconscious merupakan pengalaman-
pengalaman yang berkisar mengenai bangsa, keturunan ataupun kaum yang
diwarisi zaman berzaman. Pengalaman-pengalaman yang terkumpul ini
dinamakan arkitaip dan antara arkitaip yang terpenting dalam teori Jung adalah
persona iaitu satu bentuk arkitaip yang merupakan topeng yang dipakai oleh
setiap individu untuk memenuhi kehendak masyarakat. Anima dan animus
merupakan arkitaip bahawa seorang lelaki dan perempuan mempunyai ciri-ciri
kelelakian dan keperempuanan. Orang lelaki yang mempunyai ciri-ciri
keperempuanan dinamakan anima dan sebaliknya dinamakan animus.
Bayangan merupakan arkitaip yang jauh sekali terpendam dalam lubuk
collective unconscious dan mempunyai dua sifat utama iaitu ciri-ciri primitif dan
kebinatangan yang ingin kita nafikan dan juga ciri-ciri kreatif yang jika tidak
dihidupkan akan termusnah. Kendiri merupakan arkitaip yang terpenting kerana ia
merupakan kesatuan, keseluruhan dan kesepaduan personaliti. Arkitaip seterusnya
adalah sikap iaitu semasa individu berkembang ia dipengaruhi oleh dua jenis
sikap yang berbeza iaitu ekstroversi dan introversi. Personaliti yang bersikap
ekstroversi suka bergaul, bersifat terbuka dan peramah manakala personaliti yang
bersikap introversi mempunyai ciri-ciri seperti pemalu, pendiam dan suka
bersendirian.
7
Akhir sekali, Jung mengemukakan arkitaip fungsi iaitu memikir, merasa,
deria dan intuisi. Dengan arkitaip ini, individu dapat berfikir untuk membuat
tindakan secara logik dan menghadapi sesuatu situasi dengan tenang, objektif dan
rasional. Individu juga boleh merasa nilai-nilai dan aspek-aspek subjektif dan
melalui deria individu dapat mengamati segala-galanya melalui sistem deria ini.
Instuisi pula menyatakan bahawa individu sentiasa bersedia untuk menghadapi
semua kemungkinan dalam sesuatu situasi.
Teori personaliti yang dikemukakan oleh Carl Jung menunjukkan
terdapatnya beberapa perbezaan berbanding teori yang dikemukakan oleh Freud.
Antara perbezaan tersebut adalah Freud menyatakan seks mempengaruhi
personaliti manusia dan perlakuan neurotik adalah kesan kekecewaan pada
kehendak seks yang tidak dipenuhi namun Jung tidak menafikan pengaruh seks
tersebut. Walaupun begitu Jung memberi penjelasan yang mendalam tentang
libido sebagai tenaga yang membentuk personaliti. Libido ialah tenaga psikik dan
seks hanya memainkan peranan kecil dalam libido.
Pada pendapat Freud manusia dipenjarakan oleh peristiwa-peristiwa yang
berlaku pada masa lampau. Manusia adalah mangsa kepada peristiwa-peristiwa
tersebut. Jung pula menyatakan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh peristiwa-
peristiwa yang berlaku dan juga aspirasi kita pada masa hadapan. Pembentukan
personaliti seseorang individu bukan sahaja akibat daripada peristiwa-peristiwa
yang berlaku semasa zaman kanak-kanak tetapi juga ramalan-ramalan kejadian
ataupun aspirasi kita pada masa depan.
8
Shahabudin & Rohizani (2002) perbezaan hujah yang ketara antara Freud
dan Jung berkisar kepada pengalaman bawah sedar. Jung tidak mengurangkan isi-
isi penting dalam huraian Freud mengenai pengalaman bawah sedar seperti
dilakukan oleh setengah-setengah pengkritik teori personaliti. Jung memberi
penekanan yang panjang lebar mengenai perkara tersebut. Beliau menambahkan
dua dimensi baru iaitu pengalaman warisan dan pengalaman pramanusia.
Maksudnya, Sigmund Freud menimbulkan faktor-faktor phylogenetic sebagai
faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti iaitu pengaruh pengalaman
primal yang bersifat keturunan. Jung memasukkan unsur pengalaman bawah
sedar sebagai sistem asas dalam pembentukan personaliti individu. Untuk
memantapkan hujahan beliau mengenai pembentukan personaliti manusia,
kombinasi idea-idea daripada bidang ilmu yang lain seperti bidang sejarah,
mitologi, keagamaan dan antropologi digabungjalinkan dalam hujahan beliau.
4.0 KESIMPULAN
Walaupun Carl Jung membangunkan teori yang baru dan pada dasarnya bersetuju
ataupun menentang pandangan Freud dalam teori yang dikemukakan Jung sebenarnya
tetap berhutang dengan Freud. Engler dalam Shahabudin dan Rohizani (2002), adalah
sukar untuk membangunkan teori personaliti yang baru tanpa memahami terlebih dahulu
teori personaliti yang dikemukakan oleh Freud.
Sistem personaliti yang disuburkan oleh Freud perlu didalami, bukan sahaja
kerana aspek pensejarahannya, tetapi juga pengaruhnya yang masih hangat hingga ke hari
9
ini. Walaupun teori Freud kelihatan terlalu abstrak dan sukar diterapkan dalam dunia
nyata namun sumbangannya perlu dihargai dalam aspek kefahaman yang diberikan
kepada kita tentang dinamika-dinamika yang sering berinteraksi dalam jiwa kita sehingga
membawa kepada kerisauan. Peringkat-peringkat perkembangan personaliti dan masalah-
masalah yang berkaitan dengannya dan sifat semula jadi manusia yang sering didorong
oleh nafsu semata-mata tidak dapat disangkalkan. Sebagai teori yang menjadi pelopor
kepada teori-teori psikologi yang lain adalah wajar untuk diterima kerana teori yang lahir
dahulu semestinya mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu. Walau bagaimanapun,
kita tidak dapat menafikan sumbangannya yang begitu besar dalam era perkembangan
personaliti dan ilmu psikologi di dunia ini.
Teori yang dikemukakan oleh Carl Jung sudah tentulah lebih kompleks daripada
yang dipelopori oleh Freud. Terdapat pelbagai penambahbaikan daripada apa yang telah
dikemukakan oleh Freud. Saya melihat hanya terdapat sedikit sahaja perbezaan seperti
yang telah dinyatakan di atas antara kedua-dua teori ini selebihnya hanyalah
penambaikan dan perluasan teori yang dibuat Jung tentang apa yang telah dikemukakan
oleh Freud dalam sumbangannya terhadap Teori Psikodinamik ini.
10
RUJUKAN
Andrew Barrows. Carl Jung. Diperoleh September 8, 2008 daripada
http://www.mnsu.edu/emuseum/information/biography/fghij/jung_carl.html
Amir Awang .(1987). Teori dan Amalan Psikoterapi. Pulau Pinang : Penerbit Universiti
Sains Malaysia.
Schultz Duane P. (2001). Theories of personality. Belmont : Wadsworth Thomson
Learning
11