Perbezaan Di Antara Bahasa Isyarat Amerika

download Perbezaan Di Antara Bahasa Isyarat Amerika

of 5

description

kod tangan 2

Transcript of Perbezaan Di Antara Bahasa Isyarat Amerika

ULASAN ARTIKEL 1Tajuk Artikel: Differences between American Sign Language (ASL) and British Sign Language (BSL)Penulis: Zora Jachova, Oliver Kovacheva & Aleksandra Karovska

PENGENALANArtikel Differences between American Sign Language (ASL) and British Sign Language (BSL) membincangkan perbezaan antara Bahasa Isyarat Amerika (ASL) dan Bahasa Isyarat British (BSL). Sejarah bahasa isyarat telah pun bermula sejak kurun ke-16 lagi di barat. Pada tahun 1755, Abbe de LEpee telah menubuhkan sekolah untuk kanak-kanak pekak yang pertama di Paris. Kemudian Laurent Clerc yang merupakan pelajar di sekolah kanak-kanak pekak tersebut telah berhijrah ke Amerika Syarikat dan menubuhkan American School for the deaf yang kemudiannya berkembang menjadi Gallaudet University.Bahasa isyarat merupakan bahasa lisan yang digunakan oleh orang pekak untuk berkomunikasi secara visual antara satu sama lain. Bahasa isyarat digunakan secara meluas oleh kebanyakkan orang pekak di seluruh dunia. Dalam sistem bahasa isyarat, orang pekak menggunakan pergerakan tangan, badan dan muka untuk menyampaikan sesuatu maksud, pandangan, idea dan sebagainya di mana orang pekak menggunakan deria penglihatan untuk menerima dan memahami maksud isyarat tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan antara bahasa isyarat mengikut tempat dan lokasi.Uniknya bahasa isyarat mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dari segi bahasa, bangsa, budaya, agama, lokasi dan geografi di mana seluruh dunia, komuniti orang pekak mempunyai bahasa isyarat mereka yang berbeza dengan negara lain seperti Bahasa Isyarat British (BSL), Bahasa Isyarat Autralia (Auslan), Bahasa Isyarat Jepun (JSL), Bahasa Isyarat Amerika (ASL) dan lain-lain lagi. Walaupun bahasa Inggeris merupakan bahasa ibunda bagi masyarakat barat, namun Bahasa Isyarat British (BSL) berbeza dengan Bahasa Isyarat Amerika (ASL) di mana kod tangan abjad BSL tidak sama dengan kod tangan abjad ASL. Ini adalah kerana BSL menggunakan kedua-dua belah tangan manakala ASL menggunakan satu tangan sahaja.

PERBINCANGANStruktur Bahasa Isyarat Amerika America Sign Language (ASL)Bahasa Isyarat Amerika ini merupakan salah satu bahasa isyarat natif yang dilahirkan oleh orang pekak sendiri yang merangkumi pemikiran, pandangan, idea dan budaya orang pekak dalam masyarakat. ASL merupakan bahasa pertama bagi orang pekak di Amerika yang mempunyai ibu bapa yang cacat pendengaran dan digunakan juga oleh kebanyakkan oleh orang pekak lain yang ibu bapa mereka tidak pekak. ASL juga mempunyqi ciri tersendiri sebagai suatu bahasa bercorak manual-visual. Terdapat tiga kategori utama dalam ASL iaitu kedudukan tangan, lokasi tangan dan pergerakan tangan. Struktur asas ASL adalah subjek-kata kerja-objek. Walaupun dalam ASL tidak terdapat ungkapan tatabahasa bagi masa namun ASL menunjukkan masa dalam ayat. Kata kerja boleh mempengaruhi perkaitan antara subjek dan objek dalam menunjukkan masa. Cara tidak langsung untuk menunjukkan perbuatan yang sudah berlalu ialah dengan menggunakan kata kerja FINISH.ASL menunjukkan dua hakikat iaitu pertama, ia merupakan bahasa natif yang mempunyai sistem yang amat berlainan dengan bahasa isyarat ciptaan yang berdasarkan sesuatu bahasa orang normal dan kedua, perbezaan terutamanya berlaku pada struktur ujaran atau struktur sintaksis ayat. Seperti dalam kebanyakkan bahasa-bahasa asli, bahasa isyarat mempunyai cara yang berbeza untuk mengenali satu perkataan daripada perkataan yang lain.

Struktur Bahasa Isyarat British British Sign Language (BSL) Bahasa Isyarat British berkembang seiring dengan bahasa isyarat lain. BSL menggunakan gabungan bentuk dan pergerakan tangan, bentuk bibir, ekspresi wajah dan pergerakan bahu. BSL mempunyai semua ciri-ciri struktur linguistik seperti leksikal, sintaksis, semantik, morfologi dan fonologi. BSL distrukturkan dengan cara yang berbeza sama sekali dengan bahasa Inggeris. Dalam BSL, penutur memulakan ayat dengan subjek utama atau topik. Selepas itu, penutur merujuk sesuatu tentang topik tersebut, contohnya:English: What is your name?BSL: Name-what?Selain itu juga, terdapat beberapa isyarat untuk menetapkan penafian contohnya NOTHING, NOT YET dan SHALL NOT. Isyarat ini boleh disertai oleh beberapa ekspresi wajah dan pergerakan kepala, dan biasanya muncul di akhir hayat. Bentuk bibir juga adalah aspek yang sangat penting dalam BSL. Isyarat-isyarat untuk uncle, aunt, nephew dan niece adalah digambarkan seperti gambar rajah di bawah. Bentuk dan pergerakan adalah sama bagi keempat-empat isyarat ini tetapi bentuk bibir adalah berbeza.

a) Isyarat tangan uncleb) Isyarat tangan auntc) Isyarat tangan nephewd) Isyarat tangan nieceGambar 1: Sumber dari Learning British Sign Language (http://www.bridgewater.nhs.uk/wp-content/uploads/2014/02/Learning_British_Sign_Language.pdf)

Perbezaan antara Bahasa Isyarat Amerika (ASL) dengan Bahasa Isyarat British (BSL)Terdapat perbezaan ketara yang boleh dilihat antara isyarat tangan ASL dengan BSL bagi abjad. Dalam ASL, dapat dilihat dengan ketara bahawa setiap isyarat tangan untuk abjad hanya menggunakan sebelah tangan sahaja manakal, isyarat tangan untuk abjad dalam BSL pula menggunakan kedua-dua belah tangan. a) Kod tangan abjad ASLb) Kod tangan abjad BSLGambar 2: Sumber dari Difference between ASL and BSL (http://oaji.net/articles/2014/991-1404655957.pdf)

Selain itu, terdapat juga perbezaan isyarat tangan untuk nombor antara ASL dengan BSL. Bentuk tangan bagi isyarat tangan nombor 1, 2, 4 dan 5 adalah sama tetapi orientasi tangan adalah berbeza. Dalam ASL, tapak tangan penutur tersebut hendaklah menghadap kea rah penutur. Dalam BSL pula, tapak tangan penutur isyarat tersebut menghadap ke luar. Orientasi dan bentuk tangan bagi isyarat tangan nombor tiga pula berbeza kerana dalam ASL, dihasilkan secara lurus, jari keringking dan jari manis dilipat masuk, dan dalam BSL pula isyarat tangan nombor tiga pula, tiga jari tengah diluruskan dan dilebarkan. Bentuk tangan bagi isyarat tangan nombor 6 pula adalah sangat berbeza dan dalam kedudukan yang berbeza. Nombor 7, 8, dan 9 pula berbeza kerana dalam ASL menggunakan satu tangan sahaja manakala dalam BSL menggunakan kedua-dua belah tangan.

a) Kod tangan nombor ASLb) Kod tangan nombor BSLGambar 3: Sumber Difference between ASL and BSL. http://oaji.net/articles/2014/991-1404655957.pdfDalam ASL dan BSL perbezaan bukan sahaja dilihat pada lokasi, pergerakan dan bentuk tangan serta lain-lain tetapi perbezaan juga boleh dilihat melalui isyarat bukan manual. Contohnya isyarat DREAM mempunyai ekspresi wajah yang berbeza dalam ASL dan BSL. Dalam ASL, mata terbuka dan kepala diluruskan, dalam BSL pula, mata tertutup, kening diturunkan ke bawah dan kepala dicondongkan sedikit kearah kanan.

a) Kod tangan DREAM ASLb) Kod tangan DREAM BSLGambar 4: Sumber Difference between ASL and BSL. http://oaji.net/articles/2014/991-1404655957.pdf

KESIMPULANBahasa isyarat sebagai bahasa yang digunakan sudah lama digunakan sejak dahulu lagi. Pembangunan bahasa isyarat ini sejajar dengan perkembangan bahasa pertuturan dan terdapat banyak perubahan yang telah dilakukan. Bahasa isyarat bukanlah pengganti kepada bahasa pertuturan tetapi bahasa isyarat itu sendiri yang merupakan bahasa yang digunakan oleh orang pekak sebagai bahasa pertuturan mereka seharian. Berbeza dengan bahasa inggeris yang dituturkan, bahasa isyarat mempunyai urutan perkataan yang tidak sama dalam sesebuah ayat. Dalam bahasa isyarat, satu perkataan boleh mewakili keseluruhan ayat Walaupun struktur bahasa inggeris di Amerika dan Britain adalah sama, bahasa isyarat ASL dan BSL tetap berbeza, sebagai contoh bahasa isyarat untuk abjad adalah berbeza.