Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

36
1.0 Pendahuluan Filem yang saya gunakan ialah Seducing Mr Perfect. Filem ini merupakan filem Korea. Sinopsis bagi filem ini ialah Min Joon merupakan seorang yang amat percaya kepada cinta sejati, amat yakin dengan lelaki yang dicintainya tetapi hasilnya, setiap kali bercinta Min Joon akan ditinggalkan oleh lelaki yang dicintainya. Pada suatu hari, Min Joon telah dikecewakan dengan teruk oleh teman lelakinya. Min Joon telah ditinggalkan oleh kekasihnya sewaktu hari lahirnya. Sifat profesional dan keyakinan dalam kerjayanya akan hilang apabila dia bercinta. Pada suatu hari, Min Joon telah melanggar sebuah kereta luar negara. Seorang lelaki muda keluar daripada kereta tersebut dalam keadaan marah. Untuk keluar daripada masalah ini, Min Joon telah berpura-pura tidak memahami bahasa Inggeris. Tetapi akhirnya, berlaku sesuatu yang tidak terduga. Apabila Min Joon tiba di tempat kerja, barulah Min Joon mengetahui bahawa lelaki yang dilanggarnya pagi tadi merupakan ketua barunya iaitu Robin. Min Joon terpaksa berhadapan dengan lelaki yang amat dingin dengan wanita. Tetapi akhirnya, Min Joon berjaya membuktikan bahawa cinta sejati memang wujud iaitu antara Min Joon dengan Robin. Filem ini dibintangi oleh Uhm Jung-hwa ( Min Joon ) dan Daniel Henney ( Robin Heiden ) sebagai watak utama. Seterusnya saya juga menggunakan dua drama Korea yang lain untuk mengukuhkan bukti penggunaan konsep hormat dalam budaya Korea. Drama yang kedua ialah Full House. Full House mengisahkan seorang perempuan yang bernama Ji Eun yang telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya. Ji Eun menetap di sebuah rumah yang bernama 1

Transcript of Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

Page 1: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

1.0 Pendahuluan

Filem yang saya gunakan ialah Seducing Mr Perfect. Filem ini merupakan filem Korea.

Sinopsis bagi filem ini ialah Min Joon merupakan seorang yang amat percaya kepada cinta

sejati, amat yakin dengan lelaki yang dicintainya tetapi hasilnya, setiap kali bercinta Min Joon

akan ditinggalkan oleh lelaki yang dicintainya. Pada suatu hari, Min Joon telah dikecewakan

dengan teruk oleh teman lelakinya.

Min Joon telah ditinggalkan oleh kekasihnya sewaktu hari lahirnya. Sifat profesional dan

keyakinan dalam kerjayanya akan hilang apabila dia bercinta. Pada suatu hari, Min Joon telah

melanggar sebuah kereta luar negara. Seorang lelaki muda keluar daripada kereta tersebut

dalam keadaan marah. Untuk keluar daripada masalah ini, Min Joon telah berpura-pura tidak

memahami bahasa Inggeris. Tetapi akhirnya, berlaku sesuatu yang tidak terduga. Apabila Min

Joon tiba di tempat kerja, barulah Min Joon mengetahui bahawa lelaki yang dilanggarnya pagi

tadi merupakan ketua barunya iaitu Robin. Min Joon terpaksa berhadapan dengan lelaki yang

amat dingin dengan wanita. Tetapi akhirnya, Min Joon berjaya membuktikan bahawa cinta sejati

memang wujud iaitu antara Min Joon dengan Robin. Filem ini dibintangi oleh Uhm Jung-hwa

( Min Joon ) dan Daniel Henney ( Robin Heiden ) sebagai watak utama.

Seterusnya saya juga menggunakan dua drama Korea yang lain untuk mengukuhkan

bukti penggunaan konsep hormat dalam budaya Korea. Drama yang kedua ialah Full House.

Full House mengisahkan seorang perempuan yang bernama Ji Eun yang telah kehilangan

kedua-dua ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya. Ji Eun menetap di sebuah rumah yang

bernama Full House. Pada suatu hari, rakan Ji Eun telah menipu dan menjual Full House

kepada Young Jae. Ji Eun terpaksa berkahwin dengan Young Jae semata-mata untuk terus

tinggal di Full House. Walaupun Ji Eun berkahwin dengan Young Jae secara kontrak, dia

menaruh hati terhadap Young Jae. Dia menjadi sedih apabila Young Jae selalu melayannya

dengan kasar dan apabila mengetahui bahawa Young Jae lebih mengambil berat tentang Hae

Won. Tetapi akhirnya, Young Jae jatuh hati terhadap Ji Eun. Drama ini dibintangi Song Hae

Gyo ( Ji Eun ) dan Jung Ji Hoon ( Young Jae ) sebagai watak utama.

Bahan ketiga yang saya gunakan ialah drama Coffee Prince. Drama ini mengisahkan

seorang lelaki yang bernama Han Gyul. Han Gyul telah menolak untuk menguruskan

perniagaan keluarganya, tetapi terpaksa menguruskan sebuah kafe atas arahan neneknya.

1

Page 2: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

Han Gyul tidak mampu menolak permintaan neneknya lalu menceburkan diri dalam perniagaan

kopi gourmet. Pada suatu hari, Han Gyul telah berjumpa dengan Eun Chan iaitu seorang gadis

yang berperwatakan ceria tetapi mempunyai personaliti yang tidak dapat dijangka dan mula

mempelajari tentang cinta yang sebenar.

2.0 Objektif dan batasan kajian

Objektif kajian ini adalah untuk melihat perbezaan penggunaan konsep hormat secara verbal

dan bukan verbal dalam kedua-dua budaya iaitu budaya Korea dan budaya Melayu. Konsep

hormat verbal ini akan tertumpu kepada penggunaan kata ganti nama, kata panggilan, kata

panggilan kekeluargaan, penggunaan bentuk hormat dalam kata kerja dan adjektif dalam data

yang telah didapati. Manakala untuk konsep hormat bukan verbal akan dikaji dari segi tingkah

laku yang menunjukkan bentuk penghormatan kepada orang lain.

Bentuk data yang akan saya gunakan untuk menganalisis perbezaan ini ialah sarikata

bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam ketiga-tiga cerita yang telah saya pilih. Selain itu,

saya juga turut mengkaji penggunaan bahasa Korea dalam mengungkapkan konsep hormat

secara verbal dalam ketiga-tiga cerita tersebut.

3.0 Kaedah dan masalah kajian

Saya memperoleh bahan kajian daripada filem Seducing Mr Perfect, Full House dan Coffee

Prince. Ketiga-tiga bahan ini merupakan bahan daripada bahasa Korea. Filem Seducing Mr.

Perfect merupakan salah satu filem yang telah digunakan dalam kursus HMT228 iaitu

sosiolinguistik. Namun pada masa tersebut, filem ini tidak dikaji terlalu mendalam dari segi

penggunaan konsep hormat. Oleh sebab itu, saya telah memilih filem ini. Manakala filem Full

House dan Coffee Prince pula hanyalah bahan tambahan yang saya akan gunakan untuk

mengukuhkan bukti bagi konsep hormat ini.

Saya telah mengeluarkan data daripada ketiga-tiga cerita ini dengan menggunakan

perisian Power DVD. Selain itu juga, proses penulisan sarikata telah dilakukan dengan

menggunakan Microsoft Word 2003. Saya hanya memilih data yang berkaitan dengan tajuk

saya sahaja. Oleh itu, saya tidak mengeluarkan keseluruhan sarikata ketiga-tiga cerita Korea

ini. Perkara di atas hanya melibatkan kosep hormat secara verbal sahaja.

2

Page 3: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

Data bagi konsep hormat secara bukan verbal pula dilakukan dengan menggunakan

kamera. Babak yang berkaitan dengan konsep hormat secara bukan verbal akan diberhentikan

seketika dan seterusnya saya akan menangkap babak tersebut. Saya turut juga menggunakan

bahan dari internet terutamanya bahan daripada bahasa Korea untuk lebih memahami

penggunaan konsep hormat dalam masyarakat Korea. Selain itu juga, bagi budaya Melayu

pula saya mencari bahan dari perpustakaan Universiti Sains Malaysia dan juga dari internet.

Terdapat pelbagai masalah yang terpaksa saya hadapi dalam mencari dan mengumpul

bahan-bahan kajian ini. Masalah yang pertama ialah semasa hari pemberian tajuk filem kepada

pensyarah saya. Tajuk filem saya telah dibantah penggunaannya kerana telah digunakan

dalam kursus bahasa Melayu sebelumnya. Namun akhirnya, majoriti rakan-rakan saya

membenarkan saya menggunakan filem Seducing Mr Perfect kerana saya telah mengeluarkan

datanya. Masalah yang kedua ialah saya menghadapi kesukaran untuk memahami pertuturan

pelakon Korea yang begitu laju. Masalah ini bertambah sukar kerana saya bukanlah penutur

natif bagi bahasa Korea. Namun berkat kesungguhan saya, akhirnya saya dapat juga

memahami sedikit sebanyak bahasa Korea.

4.0 Dapatan dan analisis kajian

Komunikasi verbal ialah komunikasi yang menggunakan pertuturan atau penulisan untuk

menyampaikan makna ( Rudolph E.Busby & Randall E. Majors : 39 ). Oleh itu konsep hormat

secara verbal ialah bentuk hormat yang disampaikan melalui pertuturan atau penulisan.

Budaya Korea mempunyai banyak perbezaan dengan budaya Melayu dalam mengungkapkan

konsep hormat.

Bahasa Korea menunjukkan amalan yang penting dalam perhubungan penutur atau

penulis dengan kedua-dua subjek dalam ayat dan audien. Tatabahasa Korea menggunakan

satu sistem hormat yang ekstensif untuk menunjukkan hubungan antara penutur dengan audien

( Wikipedia : 13 Feb 2009 ). Konsep hormat dalam bahasa Korea ditunjukkan dengan

menggunakan kata nama hormat yang khas ( ibid : 13 Feb 2009 ). Bentuk hormat ini juga

digunakan dalam semua kata kerja dan kata adjektif ( ibid : 13 Feb 2009 ). Hal ini dapat dilihat

daripada data yang diambil daripada ketiga-tiga filem Korea dalam lampiran 1.

3

Page 4: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

Berdasarkan dalam lampiran 1, jelaslah dapat dilihat bahawa dalam mengungkapkan

konsep hormat secara verbal, Korea telah menggunakan empat bentuk panggilan. Antara

bentuk panggilan tersebut ialah kata ganti nama, kata panggilan, kata panggilan kekeluargaan

dan penggunaan nama peribadi. Dalam budaya Korea, terdapat bentuk hormat yang

digunakan di akhir nama penuh seseorang iaitu ssi ( Wikipedia : 13 Feb 2009 ). Bentuk hormat

ssi ini merupakan bentuk hormat yang sering digunakan dalam kalangan masyarakat di Korea (

ibid : 13 Feb 2009 ). Bentuk hormat ini ditempatkan di akhir nama penuh seseorang seperti Kim

Cheol Su- ssi atau pun di akhir nama pertama seseorang jika penutur mempunyai hubungan

yang mesra dengan seseorang seperti Cheol Su- ssi ( ibid : 13 Feb 2009 ).

Dalam filem yang saya kaji, penggunaan bentuk hormat ini dapat saya kesan. Tetapi

terdapat juga sesetengah penutur tidak menggunakan bentuk hormat ini. Hal ini dapat dilihat

seperti data di bawah:

Seducing Mr. Perfect 1) 5.20min Oh,jun hyoung

Oh,jun hyoung ( menggunakan bentuk hormat ssi )

2) 40.42min Yoo-mi adakah presiden pergi ke mana-mana?

Yoo-mi, did the president go somewhere? ( menggunakan bentuk hormat ssi )

3) 1.05.53min He,Kim Min June! ( tidak menggunakan bentuk hormat ssi )

Hey,Kim Min June!

Berdasarkan data di atas, penutur dalam filem ini menggunakan kata ganti nama

peribadi dan menggunakan bentuk hormat ssi dalam ayat 1 dan 2. Jika diperhatikan ayat 1 dan

3 tidak menggunakan nama penuh seseorang tetapi hanya mengungkapkan bentuk hormat ssi

di akhir nama pertama seseorang. Hal ini berkemungkinan hubungan antara mereka mesra.

Tetapi dalam ayat 3, penggunaan bentuk hormat ssi tidak dapat dikesan.

Hal ini mungkin kerana pada masa ini, penutur berada dalam keadaan emosi yang

marah sehingga mengabaikan penggunaan bentuk hormat ini. Kebiasaannya, apabila

seseorang berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil terutama terhadap orang yang

dilawan bertutur, penutur akan mengabaikan bentuk hormat. Selain itu, saya juga dapat

4

Page 5: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

mengesan penggunaan bentuk hormat yang tidak sesuai dalam filem ini. Hal ini dapat dilihat

seperti di bawah :

Seducing Mr Perfect 4 ) 6.46min Cik Kim pembedahan kau berjalan baik?

Ms Kim, did the surgery go well?

Berdasarkan ayat di atas, penutur telah menggunakan bentuk hormat ssi dengan nama

keluarga orang yang dilawan bertutur. Mengikut budaya Korea, hal ini boleh dikatakan kurang

ajar kerana ia menunjukkan bahawa penutur mempunyai status sosial yang lebih tinggi

daripada orang yang dilawan bertutur ( Wikipedia : 13 Feb 2009 ).

Hal ini amat berbeza dengan budaya Melayu. Penggunaan bentuk hormat ini tidak

didapati dalam budaya Melayu. Dalam budaya Melayu, jika ingin memanggil seseorang dengan

nama peribadi atau nama penuhnya hanya memadai dengan memanggil namanya sahaja

tanpa menambah bentuk hormat di belakang namanya. Namun, hal ini turut bergantung

mengikut konteks dan latar belakang sosial penutur ( Nor Hashimah Jalaluddin et.al : 2 ).

Selain itu, keadaan suasana sama ada formal atau tidak formal, status dan usia adalah faktor

penentu penggunaan kata panggilan ini ( ibid : 2 ). Contohnya seperti data di bawah :

5) Sharifah, awak hendak pergi ke mana?

6) Cik / Kak Sharifah, awak hendak pergi ke mana?

7) Puan Sharifah, awak hendak pergi ke mana?

Berdasarkan contoh ayat di atas, jika orang yang dilawan bertutur iaitu Sharifah

mempunyai usia yang hampir sebaya memadai jika dipanggil nama sahaja tanpa kata

panggilan hormat. Tetapi jika Sharifah lebih tua daripada penutur, penutur mestilah

memanggilnya dengan kata panggilan yang sesuai seperti dalam ayat 6 dan 7.

Seterusnya saya akan menerangkan tentang penggunaan kata ganti nama. Kata ganti

nama ialah kata yang menggantikan nama khas yang digunakan kepada manusia dan bukan

manusia ( Nor Hashimah Jalaluddin et.al : 17 ). Ganti nama ini terbahagi kepada tiga iaitu kata

ganti nama pertama, kedua dan ketiga ( ibid : 17 ). Kata ganti nama diri di Korea mempunyai

set kesantunannya yang tersendiri ( Wikipedia : 13 Feb 2009 ). Sebagai contohnya jeo. Jeo

5

Page 6: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

merupakan bentuk rendah diri bagi ganti diri pertama Na ( saya, aku ) dan jeohui merupakan

bentuk rendah diri bagi kata ganti nama uri ( kita ) ( ibid : 13 Feb 2009 ).

Selain itu, penggunaan kata ganti diri kedua dan ketiga biasanya dielak penggunaannya

terutamanya apabila menggunakan bentuk hormat ( Wikipedia : 13 Feb 2009 ). Oleh sebab itu,

walaupun bentuk hormat bagi kata ganti nama neo ( awak ) ialah dangsin ( secara tulisan

kawan atau sayang ) namun kata ganti ini hanya digunakan dalam situasi sosial yang tertentu

sahaja seperti antara dua orang pasangan berkahwin atau antara dua orang yang tidak

mengenali ( Wikipedia : 13 Feb 2009 ).

Kebanyakan masyarakat Korea lebih biasa menggunakan nama seseorang, istilah

kekeluargaan dan status profesional berdasarkan makna ayat yang hendak disampaikan dalam

konteks ( Wikipedia : 13 Feb 2009 ). Berdasarkan data daripada filem Seducing Mr Perfect,

hanya tiga kata ganti nama digunakan. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :

Seducing Mr Perfect : 8) 25.22min Tak guna kau ! ( neo )

Screw you

Full House : 9) 25.26min You see, Ji-eun’s father, our ( uri ) father.

Coffee Prince : 10) 21.56min Me? ( Na )

Berdasarkan contoh data di atas, penutur dalam filem ini tidak menggunakan bentuk

hormat bagi kata ganti nama. Hal ini dapat dilihat dalam ketiga-tiga data iaitu dalam ayat 8, 9

dan 10. Seharusnya, penutur dalam ayat 9 menggunakan bentuk hormat jeohui. Manakala

penutur dalam ayat 10 pula, sepatutnya menggunakan bentuk hormat jeo. Hal ini hampir

mempunyai persamaan dengan budaya Melayu. Dalam budaya Melayu, penggunaan kata

ganti nama turut terdiri daripada tiga jenis. Kata ganti diri pertama terdiri daripada aku, saya,

beta, patik, kami dan kita ( Nik Safiah Karim et al : 104 ).

Bentuk kata ganti nama diri terbahagi kepada dua iaitu bentuk kasar dan halus ( Nor

Hashimah Jalaluddin et al : 137 ). Bentuk kasar merujuk kepada aku, engkau dan sebagainya

manakala bentuk halus ialah seperti saya, awak dan lain-lain ( ibid : 137 ). Dalam budaya

Melayu, penggunaan kata ganti nama aku dianggap agak kasar dan tidak sopan jika orang

6

Page 7: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

yang dilawan bertutur lebih tua daripada penutur atau tidak mempunyai hubungan yang mesra

dengan penutur. Oleh itu, bentuk halus akan digunakan iaitu penggunaan kata ganti diri

pertama saya. Hal ini bersamaan dengan budaya Korea iaitu bentuk rendah diri bagi na ialah

jeo.

Bentuk kasar ini terbatas kepada hubungan yang rapat atau mesra seperti hubungan

adik-beradik, dalam kalangan individu atau kumpulan jarak umur yang dekat dan dalam situasi

orang tua bercakap dengan orang yang muda ( ibid : 137 ). Manakala kata ganti nama diri

bentuk halus digunakan apabila seseorang itu bercakap dengan individu yag tua daripadanya

atau dengan individu yang kurang atau tidak dikenalinya ( Nor Hashimah Jalaluddin et al : 138 ).

Budaya Korea juga menggunakan kata panggilan. Kata panggilan merupakan kata

yang digunakan untuk memanggil atau menyapa seseorang dalam perbualan sama ada

melibatkan hubungan keluarga atau hubungan luar keluarga ( Nor Hashimah Jalaluddin et.al :

107 ). Masyarakat Korea banyak menggunakan kata panggilan untuk mengungkapkan konsep

hormat terhadap individu yang disapa. Hal ini dapat dilihat seperti data di bawah :

Seducing Mr Perfect: 11 )22.01 min Puan

Ma’am ( Seonsaeng )

12 )30.48min Tuan, kau hendak kopi? ( Seonsaeng )

Would you like some coffee, sir?

Berdasarkan data yang saya dapati, penggunaan kata panggilan dalam masyarakat

Korea hanya digunakan untuk menyapa seseorang apabila berada dalam situasi rasmi atau

formal. Selain itu, bentuk panggilan yang digunakan iaitu seonsaeng merupakan bentuk

hormat yang digunakan untuk menyapa seseorang dalam keadaan yang lebih formal

( Wikipedia : 13 Feb 2009 ). Dalam budaya Korea juga, penggunaan kata panggilan

seonsaeng tidak dihadkan penggunaannya mengikut jantina iaitu digunakan untuk merujuk

lelaki dan wanita sekaligus. Selain itu juga, bentuk rujukan kehormat tidak digunakan di Korea.

Rujukan kehormat ialah satu jenis panggilan yang menurut Asmah Haji Omar ( 1986 : 45

) dalam Sumalee Nimmanupap : 48 ) ialah rujukan yang dikenakan kepada sasaran menurut

taraf sosialnya sama ada mempunyai gelaran atau tidak. Panggilan rujukan kehormat ini

7

Page 8: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

ditempatkan sebelum gelaran atau pangkat dan nama peribadi seseorang bagi menghormati

diri orang itu menurut darjat, pangkat dan sebagainya ( ibid : 48 ). Dalam budaya Korea, tidak

terdapat penggunaan rujukan kehormat ini.

Hal ini amat berbeza dengan budaya Melayu yang amat mementingkan penggunaan

rujukan kehormat apabila ingin memanggil seseorang. Antara bentuk rujukan kehormat ialah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda ( menyapa Yang Dipertuan Agong ),

Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat Berbahagia dan sebagainya. Manakala

untuk memanggil seseorang yang mempunyai gelaran ikhtisas seperti profesor ( prof. ),

profesor madya ( prof. madya ), doktor ( dr. ), cikgu, dekan dan sebagainya orang Korea

menggunakan bentuk hormat seonsaeng dan tidak terdapat penggunaan gelaran ikhtisas ini.

Sebagai contohnya seperti data dari filem Coffee Prince di bawah :

13 ) 24.41min That’s right, he wouldn’t be Manager Hong if he didn’t resist the idea.

( seonsaeng )

Manakala dalam budaya Melayu, jika seseorang mengetahui bahawa orang yang disapa

mempunyai gelaran ikhtisas, mereka akan memanggil gelaran ikhtisasnya sahaja. Namun,

dalam perbualan, kata panggilan tuan dan puan dapat digunakan untuk menggantikan gelaran

ini ( Sumalee Nimmanupap : 52 ). Selain itu juga, kata panggilan tuan dan puan ini juga

digunakan oleh penutur Melayu dalam situasi formal. Gelaran golongan ini digunakan secara

umum bagi menghormati seseorang menurut kedudukan peribadi, kedudukan sosial atau

usianya dan juga digunakan kepada orang yang tidak dikenali ( Sumalee Nimmanupap : 51 ).

Dalam budaya Melayu, kata panggilan tuan digunakan kepada orang lelaki yang

berpangkat lebih tinggi dalam pekerjaan daripada diri orang yang bercakap atau yang lebih tua (

ibid : 51 ). Dalam hal ini, tidak perlu disebut nama orang yang berkenaan tetapi disebut tuan

sahaja ( ibid : 51 ). Bentuk panggilan ini merupakan bentuk panggilan hormat dalam budaya

Melayu. Kata panggilan ini juga digunakan kepada orang yang berasal dari keturunan Nabi

Muhammad S.A.W iaitu keturunan Syed dan Sharifah.

Selain itu, dalam budaya Melayu kata panggilan puan merupakan bentuk hormat yang

digunakan untuk menyapa orang perempuan terutama perempuan yang sudah berkahwin

8

Page 9: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

( Abdullah Hassan : 2 Mac 2009 ). Jikalau perempuan yang disapa telah menunaikan haji akan

dipanggil dengan panggilan Puan Hajah ( ibid : 2 Mac 2009 ).

Selain itu pula, kata panggilan cik dan encik merupakan bentuk hormat dalam budaya

Melayu. Dalam budaya Melayu, bentuk hormat cik dan encik boleh digunakan untuk lelaki dan

perempuan, sama ada sudah berkahwin atau belum ( ibid : 2 Mac 2009 ). Kata panggilan

saudara dan saudari juga merupakan salah satu bentuk hormat dalam bahasa Melayu. Kata

panggilan ini digunakan untuk pemuda dan pemudi yang berumur di antara 16 tahun hingga 25

tahun. Kata panggilan ini boleh juga digunakan terhadap orang-orang yang dapat dianggap

sebagai setaraf atau lebih rendah daripada yang bercakap. Umpamanya, seorang pemimpin

boleh memanggil semua orang saudara.

Dalam budaya Korea, penggunaan bentuk panggilan keluarga amat meluas digunakan

untuk mengungkapkan konsep hormat. Apabila bertutur dengan seseorang yang mempunyai

status yang lebih tinggi, penutur atau penulis mestilah menunjukkan penghormatan terhadap

subjek dengan menggunakan kata nama khas atau akhiran kata kerja ( Wikipedia : 13 Feb 2009

). Secara umumnya di Korea, seseorang mempunyai status yang tinggi jika merupakan

saudara yang berusia, orang yang tidak dikenali, majikan, guru, pelanggan dan lain-lain lagi

( ibid : 13 Feb 2009 ). Bentuk panggilan keluarga agak berbeza dengan bentuk hormat Korea

yang lain. Terdapat bentuk kata nama hormat ( honorific nouns ) yang akan digunakan untuk

merujuk kepada hubungan persaudaraan ( ibid : 13 Feb 2009 ).

Istilah kekeluargaan akan menjadi lebih hormat jika akhiran kata nama hormat iaitu ( -

nim ) diimbuhkan bersama-sama dengan kata akar ( ibid : 13 Feb 2009 ). Sebagai contohnya,

seseorang mungkin akan menggunakan kata panggilan halmeoni untuk merujuk kepada

neneknya sendiri ( Wikipedia : 13 Feb 2009 ). Namun jika seseorang ingin merujuk kepada

nenek kepada orang lain, penutur akan menggunakan istilah helmeonim ( ibid : 13 Feb 2009 ).

Hal ini dapat dibuktikan dengan data yang saya petik daripada filem Full House seperti di

bawah :

Drama Full House 14 ) 15.28 you try it, grandmom ( helmeoni )(episod 6 )

9

Page 10: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

Berdasarkan ayat 14 di atas, dapat dilihat penutur dalam filem ini merujuk kepada

neneknya sendiri. Bentuk panggilan helmeonim digunakan untuk menunjukkan penghormatan

kepada nenek orang lain. Manakala apabila seorang lelaki ingin memanggil abang yang lebih

tua dalam keluarga, panggilan yang akan digunakan ialah hyeong serta memanggil dengan

panggilan hyeongnim jika merujuk kepada abang kepada orang lain ( Wikipedia : 13 Feb

2009 ). Hal ini dapat dilihat seperti contoh di bawah :

Drama Coffee Prince 15 ) 12.23min I owe you so much already,hyung. ( Abang )

( Episod 1 )

Berdasarkan ayat 15 yang dipetik daripada filem Coffee Prince, kata panggilan hyung

mempunyai makna yang sama dengan bentuk panggilan hyeong. Hal ini kerana terdapat

pelbagai variasi tulisan. Dalam situasi ini, penutur berkemungkinan mempunyai hubungan

kekeluargaan dengan orang yang disapa atau berkemungkinan penutur mempunyai hubungan

yang mesra dengan orang yang disapa. Jika penutur tidak mempunyai hubungan kekeluargaan

dengan orang yang disapa, penutur mestilah memanggilnya dengan panggilan hyeongnim.

Tetapi panggilan ini akan berubah jikalau yang menyapa ialah perempuan.

Jika penutur ialah perempuan, penutur tersebut mestilah memanggil abang lelaki yang

lebih tua daripadanya sebagai oppa atau orabeoni ( Learn-Korea.net : 27 Feb 2009 &

Wikipedia : 13 Feb 2009 ). Tetapi jika penutur menggunakan bentuk panggilan orabeonim, hal

ini menunjukkan bahawa penutur merujuk kepada lelaki yang lebih tua daripadanya dan tidak

mempunyai pertalian darah dengannya. Berdasarkan analisis yang dilakukan, dalam budaya

Korea, kata panggilan keluarga ditentukan oleh jantina penutur. Jika yang menyapa ialah

seorang perempuan, panggilan yang digunakan akan berbeza dengan lelaki walaupun merujuk

kepada orang yang sama. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :

Drama Coffee Prince : 16 ) 10.03min Oppa, let’s settle this matter quickly. So that we

( Episod 1 ) can go home

Berdasarkan ayat 16 di atas, penutur ialah seorang perempuan. Hal ini dapat

menunjukkan bahawa penggunaan kata panggilan keluarga ditentukan oleh jantina orang yang

disapa dan juga jantina penutur itu sendiri. Kata panggilan orabeonim amat jarang digunakan

dalam budaya Korea pada masa kini. Masyarakat Korea lebih banyak menggunakan bentuk

10

Page 11: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

panggilan oppa. Selain itu, kata panggilan keluarga di Korea bukan hanya digunakan untuk

menyapa adik-beradik sahaja, namun turut digunakan oleh seseorang yang tidak mempunyai

pertalian darah untuk menyapa seseorang. Hal ini dapat dilihat seperti ayat di bawah :

Drama Full House 17 ) 45.42min (Oppa ) It is him

( Episod 4 )

Berdasarkan ayat 17 di atas, kata panggilan keluarga ini tidak terhad penggunaannya

dalam adik-beradik sahaja. Namun digunakan secara meluas di Korea untuk menyapa lelaki

yang tidak mempunyai pertalian darah dengan penutur. Kata panggilan kekeluargaan yang

seterusnya ialah unni. Penggunaan kata panggilan unni digunakan oleh penutur perempuan

untuk memanggil kakak yang lebih tua dalam keluarga ( Learn-Korea.net : 27 Feb 2009 ) . Kata

panggilan ini juga digunakan untuk menyapa wanita yang lebih tua daripada penutur dan tidak

mempunyai pertalian darah. Hal ini dapat dilihat seperti data di bawah :

Drama Coffee Prince 18 ) 3.03min You couldn’t go out because of work.

( Episod 6 ) My sister isn’t that unsympathetic ( Unni )

Berdasarkan ayat 18 di atas, penggunaan kata panggilan unni ini digunakan untuk

merujuk kepada adik perempuan kepada penutur. Namun kadang kala, kata panggilan ini

digunakan untuk menunjukkan hormat kepada perempuan yang lebih tua daripada penutur. Hal

ini dapat dilihat seperti data di bawah :

Drama Coffee Prince 19 ) 1.32min Futhermore it is in front of that unni, don’t even save

( Episod 4 ) a little face for me.

Data ini diambil daripada filem Coffee Prince episod keempat. Dalam ayat ini, kata

panggilan unni digunakan dalam babak ini merujuk kepada perempuan yang lebih tua daripada

penutur. Hal ini turut mempunyai persamaan dengan budaya Melayu. Dalam budaya Melayu,

kata panggilan abang turut digunakan untuk memanggil lelaki yang lebih tua daripada penutur

selain merujuk kepada abang yang mempunyai pertalian darah. Dalam kes ini, kata panggilan

ini hanya digunakan apabila hubungan tersebut sudah mesra untuk menunjukkan hormat

kepada orang yang lebih tua.

11

Page 12: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

Terdapat bentuk hormat yang lain yang digunakan iaitu ahjussi dan ahjumma. Kedua-

dua kata panggilan kekeluargaan ini digunakan untuk merujuk kepada pakcik dan makcik

( Learn-Korea.net : 27 Feb 2009 ). Kata panggilan ini bersamaan dengan budaya Melayu iaitu

pakcik berpadanan dengan ahjussi manakala makcik berpadanan dengan kata panggilan

ahjumma. Bentuk hormat bagi kata panggilan ahjumma ialah ahjunim ( ibid : 27 Feb 2009 ).

Kedua-dua bentuk panggilan ini digunakan secara meluas untuk menyapa seseorang yang

lebih tua daripada penutur.

Dalam budaya Korea, kata panggilan kekeluargaan sering digunakan untuk

menggantikan penggunaan kata ganti nama walaupun orang yang disapa tidak mempunyai

pertalian darah dengan penutur. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :

Drama Coffee Prince : 20 ) 5.81min Ahjussi! How’s my mom? Isn’t she pretty?

( Episod 5 )

21 ) 3.31min Ahjumma ! You have to buy all of the fruits you touched !

Berdasarkan ayat 20 dan 21, kata panggilan ini digunakan untuk memanggil orang yang

tidak mempunyai pertalian darah dengan penutur. Namun digunakan untuk menunjukkan rasa

hormat kepada orang yang disapa.

Dalam budaya Korea, apabila seorang lelaki ingin menyapa kakak yang lebih tua

darinya, ia mestilah memanggil kakaknya nuna ( Wikipedia : 13 Feb 2009 ). Tetapi apabila

ingin memanggil kakak kepada seseorang perlulah memanggilnya dengan panggilan nunim

( ibid : 13 Feb 2009 ). Selalunya bentuk hormat akan diabaikan penggunaannya jika penutur

sedang marah kepada seseorang. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :

Seducing Mr Perfect 22 ) 1.20.46min Mulai sekarang, panggil aku kakak besar!

From now on, call me big sister! ( nuna )

Berdasarkan data yang dipetik daripada filem Seducing Mr Perfect, sewaktu penutur

menuturkan ayat ini, penutur sedang marah terhadap orang yang dilawan bertutur.

Berkemungkinan penggunaan bentuk panggilan hormat keluarga akan terpengaruh akibat hal

ini. Seharusnya, bentuk hormat nunim perlu digunakan. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat

di bawah :

12

Page 13: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

Drama Coffee Prince 23 )1.36min Noonim ! The water ! Wow.

( Episod 5 ) The water found you! ( Noona said very respectfully )

Berdasarkan contoh ayat di atas, penggunaan nunim merupakan bentuk hormat yang

digunakan oleh seseorang lelaki apabila ingin menyapa perempuan yang lebih tua daripadanya.

Bentuk noonim merupakan variasi yang lain bagi bentuk hormat nunim. Berdasarkan ayat 23,

penutur menghormati orang disapa. Manakala adik lelaki akan dipanggil dengan bentuk hormat

au jika disapa oleh lelaki dalam sesebuah keluarga. Namun jika penutur ingin menyapa orang

yang tidak mempunyai pertalian darah, penutur akan memanggilnya aunnim. Terdapat satu

lagi bentuk panggilan keluarga yang tidak dipengaruhi oleh jantina penyapa iaitu dong saeng

Learn-Korea.net :27 Feb 2009 ). Bentuk ini digunakan untuk menyapa adik-beradik yang muda

dalam sesebuah keluarga. Hal ini dapat dilihat dalam ayat di bawah :

Seducing Mr Perfect: 24 ) 1.07.17min Apa aku buat semalam adalah bergusti dengan

abang ( dong saeng ) aku

All i did that night was wrestle with my brother

Selain itu, dalam budaya Korea bentuk panggilan yang digunakan untuk memanggil

ayah terdiri daripada dua iaitu Appa dan ah buh ji @ abeoji. Kata panggilan Appa digunakan

dalam situasi tidak formal ( Learn-Korea.net : 27 Feb 2009 ). Kedua-duanya masih merujuk

makna yang sama. Manakala untuk memanggil ayah kepada seseorang bentuk panggilan yang

digunakan ialah abeonim. Hal ini dapat dilihat seperti data di bawah :

Seducing Mr Perfect : 25 )26.14min Ayah ( Appa) semua kawan aku takutkan bapa

mereka

Dad, my friends are all scared of their parents

Drama Coffee Prince : 26 ) 20.26min About your father ( ah buh ji)

( Episod 1 )

Berdasarkan contoh ayat di atas, kedua-dua bentuk hormat ini digunakan dalam

masyarakat di Korea. Manakala bentuk hormat yang digunakan semasa memanggil emak ialah

13

Page 14: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

omma dan uh muh ni. Bentuk ini digunakan untuk menunjukkan perasaan hormat kepada ibu

dalam kalangan masyarakat di Korea. Hal ini dapat dilihat seperti ayat di bawah :

Seducing Mr Perfect : 27 ) 26.41min Mak? Mak aku? ( Omma )

Mom? My mom?

Coffee Prince : 28 ) 06.50 min What should we do now, Mom? ( uh muh ni )

( Episod 2 )

Berdasarkan ayat 27 di atas, bentuk hormat yang digunakan untuk merujuk kepada ibu

ialah omma. Manakala bentuk hormat yang lain ialah uh muh ni seperti yang terdapat dalam

ayat 28. Bentuk hormat ini tidak diimbuhkan dengan akhiran kata nama. Penggunaan bentuk

panggilan keluarga yang terakhir ialah hara buh ji yang digunakan untuk merujuk kepada

datuk. Hal ini dapat dilihat seperti ayat di bawah :

Seducing Mr Perfect : 29 )1.18.22min Aku akan buat, datuk ( hara buh ji )

i’ll do it, grandpa

Penggunaan bentuk panggilan keluarga dalam budaya Korea amat berbeza dengan

budaya Melayu. Dalam budaya Melayu, tidak terdapat bentuk imbuhan yang akan diimbuhkan

dengan kata dasar untuk menunjukkan bentuk hormat kepada seseorang. Kata panggilan

keluarga yang digunakan sebagai contohnya kata panggilan nenek atau opah itu sendirinya

sudah menunjukkan penghormatan kepada seseorang. Hal ini turut bersamaan apabila ingin

menyapa nenek kepada orang lain. Tiada perbezaan penggunaan kata panggilan apabila ingin

menyapa nenek sendiri atau nenek kepada orang lain.

Selain itu, kata panggilan yang digunakan untuk menyapa ibu bapa dalam budaya

Melayu ialah ibu, emak, ayah, abah dan sebagainya. Hal ini bersamaan dengan budaya

Korea. Dalam budaya Korea, mereka menggunakan bentuk hormat untuk menyapa kedua-dua

orang tua mereka. Dalam budaya Melayu, terdapat pelbagai kata panggilan yang digunakan

untuk menyapa kedua-dua orang tua tetapi masih merujuk kepada orang yang sama. Sebagai

contohnya, kata panggilan emak dan ibu masih merujuk orang yang sama.

14

Page 15: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

Dalam budaya Melayu, kata panggilan keluarga ditentukan mengikut kedudukan adik-

beradik. Menurut Nik Safiah Karim ( 1992 ) dalam Nor Hashimah Jalaluddin et al: 119,

perhubungan antara adik-beradik ditentukan oleh faktor umur. Faktor umur inilah akan

membezakan bentuk panggilan dalam keluarga. Hal ini amat berbeza dengan Korea. Dalam

budaya Korea, kata panggilan keluarga yang digunakan tidak mengikut aturan atau hirarki dan

jantina penutur serta orang yang disapa adalah penting untuk menentukan bentuk panggilan

yang akan digunakan. Kata panggilannya juga tidak terlalu khusus seperti kata panggilan

dalam budaya Melayu.

Dalam sesebuah keluarga, bentuk panggilan keluarga umum dan kata panggilan urutan

tradisi merupakan dua jenis bentuk yang akan digunakan untuk menyapa adik-beradik. Kata

panggilan keluarga yang umum adalah seperti abang, adik dan kak. Namun pada peringkat

yang lebih tinggi seperti hubungan mak / bapa saudara, kata panggilan kak atau bang tidak

dibenarkan kerana pada peringkat ini, hubungannya umpama mak dan bapa dan bukan bertaraf

kakak atau abang ( Nor Hashimah Jalaluddin et al : 119 ). Jika seseorang yang muda menyapa

emak atau bapa saudara dengan menggunakan kata panggilan abang, kak atau makcik penutur

itu boleh dianggap sebagai kurang ajar.

Panggilan kak / kakak atau bang / abang menggambarkan anak yang lebih tua daripada

anak-anak yang lain, sementara bentuk panggilan adik menggambarkan anak yang paling kecil

atau anak yang lebih muda daripada kakak atau abangnya ( ibid :119 ). Panggilan ini

menunjukkan bahawa adik menghormati abang atau kakaknya. Namun kata panggilan ini

dianggap sebagai kata panggilan umum kerana bentuk panggilan ini boleh digunakan oleh

sesiapa sahaja dalam kalangan adik-beradiknya dengan syarat individu itu mempunyai adik di

bawahnya ( ibid : 119 ). Untuk membezakan setiap abang atau kakak, biasaya kata panggilan

ini disertai dengan nama masing-masing. Sebagai contohnya seperti data di bawah :

30 ) Kak Sha nak pergi mane tu?

31 ) Bang Akil tak mandi yer?

Data di atas menunjukkan bentuk panggilan umum yang digabungkan dengan nama

kakak atau abang. Bentuk panggilan keluarga yang kedua ialah bentuk panggilan urutan

tradisi. Menurut Asmah ( 1993 : 37 ) dalam Nor Hashimah Jalaluddin et al : 112 ) mengelar

15

Page 16: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

bentuk panggilan ini sebagai urutan menurut kelahiran. Lazimnya, kata panggilan keluarga

urutan tradisi digunakan dalam beberapa keadaan iaitu seperti di bawah :

i ) Si pemanggil lebih muda daripada orang yang dipanggil ( khususnya kepada generasi

lama yang telah ada gelaran kekeluargaan )

ii ) Dalam hubungan adik-beradik, iaitu adik-beradik yang telah diberikan gelaran

kekeluargaan urutan tradisi.

iii ) Gelaran secara ikutan.

iv ) Gelaran secara warisan daripada pasangan.

( Nor Hashimah Jalaluddin et al : 113 )

Dalam sesebuah keluarga, kata panggilan keluarga urutan tradisi dapat dilihat seperti contoh

rajah di bawah :

Urutan adik-beradik Kata panggilan keluarga urutan tradisi

Anak pertama Abang Long / Kak Long

Anak kedua Abang Ngah / Kak Ngah

Anak ketiga Abang Lang / Kak Lang

Anak keempat Abang Cik / Kak Cik

Anak kelima Usu

Berdasarkan rajah di atas, penggunaan bentuk panggilan keluarga urutan tradisi dapat

membezakan antara anak yang paling tua serta anak yang paling bongsu dalam sesebuah

keluarga. Dalam budaya Korea, tidak terdapat bentuk panggilan yang khusus seperti ini. Hal

ini kerana, jika sebuah keluarga mempunyai dua orang abang, adik lelaki tersebut akan

memanggil kedua-dua abangnya dengan panggilan hyeong atau hyung. Oleh itu, jelas

menunjukkan bahawa dalam budaya Korea, bentuk panggilannya agak umum dan berbeza

dengan budaya Melayu.

Selain itu juga, kata panggilan yang digunakan tidak akan berubah jika penutur yang

berlainan jantina menyapa seseorang. Sebagai contohnya, jika seorang adik perempuan ingin

menyapa kakak sulungnya, penutur akan memanggilnya Kak Long atau Kak Sharifah. Bentuk

panggilan ini tidak akan berubah jika digunakan oleh adik lelaki ketika menyapa kakak

16

Page 17: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

sulungnya. Oleh itu, dalam budaya Melayu jantina penutur dan orang yang disapa tidak

mempengaruhi bentuk panggilan yang akan digunakan.

Dalam budaya Melayu, bentuk panggilan keluarga yang digunakan untuk menyapa ibu

dan bapa saudara agak berbeza dengan budaya Korea. Bentuk panggilan yang digunakan

ketika menyapa ibu dan bapa saudara ditentukan oleh kedudukan mereka di dalam hirarki

kekeluargaan. Penggunaan kata panggilan ini amat berguna untuk menunjukkan rasa hormat

seseorang anak saudara kepada bapa saudaranya ( Nor Hashimah Jalaluddin et al : 58 ).

Antara kata panggilan yang digunakan ialah Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak

Lang, Mak Lang, Pak Su, Mak Su dan sebagainya. Selain itu, panggilan pak cik dan Pak atau

Mak + nama turut digunakan ketika menyapa ibu atau bapa saudara. Sebagai contohnya ialah

Pak Da, Mak Nah dan sebagainya.

Dalam budaya Korea, penggunaan bentuk panggilan ini tidak digunakan. Bentuk

panggilan keluarga yang digunakan ialah umum tetapi sesetengah kata panggilan diimbuhkan

dengan akhiran -nim untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang yang tidak mempunyai

pertalian darah dengan penutur. Selain itu, kata panggilan keluarga yang khusus ini amat

jarang digunakan untuk menyapa seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan

penutur dalam budaya Melayu. Tetapi hal ini amat berbeza dalam budaya Korea.

Dalam budaya Korea, kata panggilan keluarga turut digunakan untuk menyapa

seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan penutur. Tetapi, terdapat sesetengah

kata panggilan keluarga dalam budaya Melayu seperti pakcik, makcik,abang dan kakak yang

digunakan secara meluas di luar lingkungan keluarga ( Nor Hashimah Jalaluddin et al : 121 ).

Kata panggilan ini digunakan untuk menunjukkan rasa mesra, hormat atau sopan dengan orang

yang lebih tua daripada si penyapa ( ibid : 121 ).

Selain bentuk hormat yang ditonjolkan melalui penggunaan sistem panggilan, terdapat

juga bentuk hormat yang lain dalam kedua-dua budaya terutamanya ketika menyapa seseorang

atau berkunjung ke rumah seseorang. Dalam budaya Korea, bentuk hormat yang digunakan

ketika menyapa atau berkunjung ke rumah seseorang ialah an yeong sa yo atau secara

literalnya hello atau apa khabar. Bentuk ini juga digunakan ketika ingin beredar dari sesuatu

tempat atau mengucapkan selamat tinggal kepada seseorang. Hal ini dapat dilihat dalam data

di bawah :

17

Page 18: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

Drama Full House 32 ) 10.53min Hello ( An yeong sa yo )

( Episod 3 )

33 ) 25.06min Goodbye ( An yeong sa yo )

Berdasarkan ayat di atas, ayat 32 merupakan bentuk hormat ketika menyapa seseorang

atau berkunjung ke rumah seseorang. Manakala ayat 33 merupakan bentuk hormat ketika ingin

beredar dari sesuatu tempat atau ucapan selamat tinggal. Walau bagaimanapun, terdapat

sesetengah penutur tidak mengucapkan bentuk hormat ini ketika berkunjung ke rumah

seseorang. Hal ini dapat dilihat dalam ayat di bawah :

Drama Full House 34 ) 15.10min Han Ji Eun, Congratulations!

( Episod 3 )

Berdasarkan ayat 34, bentuk hormat tidak digunakan ketika berkunjung ke rumah

seseorang. Hal ini berkemungkinan, penutur mempunyai hubungan yang rapat dengan tuan

rumah dan hanya memanggil nama tuan rumah sahaja. Hal ini mempunyai persamaan dengan

budaya Melayu. Dalam budaya Melayu, terdapat bentuk hormat yang digunakan ketika

menyapa seseorang atau berkunjung ke rumah seseorang. Jikalau penutur dan orang yang

disapa beragama Islam, ucapan Assalamualaikum akan digunakan ( Asmad : 126 ).

Jika penutur menyapa seseorang yang tidak beragama Islam, memadailah menyeru

nama tuan rumah atau mengucapkan selamat seperti selamat pagi, tengah hari, petang dan

malam ( ibid : 126 ). Manakala ketika meninggalkan rumah yang dikunjungi atau ingin

menamatkan perbualan, penutur akan memohon pulang atau maaf kepada tuan rumah atau

orang yang disapa dengan mengatakan ucapan minta diri sambil berjabat tangan ( ibid : 126 ).

Dalam budaya Melayu juga, terdapat penutur yang tidak menggunakan bentuk hormat dan

hanya memanggil nama tuan rumah sahaja jika mereka saling mengenali dan mempunyai

hubungan yang rapat.

Kedua-dua budaya ini juga menggunakan bentuk yang tidak hormat terhadap orang lain.

Bentuk tersebut ialah kata carutan atau sumpahan. Kata sumpahan merupakan kata yang tidak

dapat diterima ,kata yang kurang ajar atau bahasa yang tidak baik ( UsingEnglish.com : 2 Mac

2009 ). Dalam budaya Korea, kata carutan digunakan ketika penutur berada dalam keadaan

18

Page 19: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

marah. Penggunaan kata carutan amat banyak digunakan dalam budaya Korea. Hal ini dapat

dilihat seperti dalam data di bawah :

Seducing Mr Perfect : 35 ) 22.00min Beritahu aku,mengapa kau buat aku begini?

Tell me, you jerk!How could you do that? ( Mun di sekki )

43.02min 36 )Tengok, kau masih ingatkan si celaka tu? ( Seki )

Look, are you over that bastard?

1.42.55min 37 ) Kau bodoh ( babo )

You’re stupid

Berdasarkan ayat 35, terdapat bentuk tidak hormat yang digunakan iaitu Mun di sekki

yang bermaksud ( si ) bodoh atau tolol ( New Oxford Dictionary : 436 ). Manakala dalam ayat

36 dan 37 pula bentuk tidak hormat yang digunakan ialah seki yang bermaksud celaka dan

babo yang bermaksud bodoh ( Korea-Learn.net : 27 Feb 2009 ). Selain itu juga, terdapat kata

carutan yang berunsurkan anggota sulit manusia digunakan dalam budaya Korea. Kata carutan

ini dapat dilihat dalam lampiran 2.

Bentuk tidak hormat ini juga digunakan dalam budaya Melayu. Kebiasaannya bentuk ini

digunakan ketika penutur berada dalam keadaan marah. Antara kata carutan yang digunakan

ialah bodoh, tolol dan sebagainya. Budaya Melayu juga menggunakan kata carutan yang

berunsurkan anggota sulit manusia. Budaya Korea bukan sahaja menggunakan bentuk hormat

dalam kata panggilan tetapi turut juga menggunakan bentuk hormat dalam kata kerja dan kata

adjektif.

Dalam budaya Korea, bentuk hormat kata kerja dan kata adjektif ialah sisipan ( -si- )

atau pun ( -eusi- ). Sisipan bentuk hormat ini akan dilakukan selepas kata akar dan sebelum

akhiran perkataan ( Wikipedia : 13 Feb 2009 ). Dalam drama dan filem yang saya analisis ini,

saya berjaya mengesan beberapa kata kerja dan kata adjektif yang telah menerima bentuk

hormat ini. Bentuk hormat dalam kata kerja dan adjektif ini digunakan dalam budaya Korea

untuk menunjukkan pernghormatan kepada orang yang dilawan bertutur. Data dapat dilihat

seperti di bawah :

19

Page 20: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

Seducing Mr Perfect: 38 ) 42.44 min Aku nak pergi ( gada )

I’m leaving

39 ) 21.23min Pergilah makan sesuatu

Get yourself something to eat ( japsusida)

Drama Coffe Prince : 40 ) 7.33min I’m hungry. ( baegopeuda )

( Episod 3 )

Berdasarkan data di atas, terdapat satu kata kerja iaitu gada yang dapat dilihat dalam

ayat 38. Gada membawa maksud hendak pergi / beredar. Namun dalam drama ini, penutur

tidak menuturkannya dengan bentuk hormat iaitu menambahkan sisipan –si- atau –eusi-. Hal

ini mungkin kerana penutur mempunyai hubungan yang akrab dengan orang yang dilawan

bertutur ataupun berkemungkinan penutur berada dalam situasi tegang sehingga tidak

menggunakan bentuk hormat tersebut. Seharusnya, bentuk hormat bagi kata kerja gada ialah

gasida ( Wikipedia : 13 Feb 2009 ).

Selain itu, terdapat juga kata adjektif yang menggunakan sisipan bentuk hormat ini iaitu

dalam ayat 39. Kata adjektif yang digunakan ialah japsusida yang membawa maksud hendak

makan. Penutur menggunakan bentuk hormat kata adjektif berkemungkinan kerana

menghormati orang yang dilawan bertutur. Kata akar bagi perkataan japsusida ialah meokda (

ibid : 13 Feb 2009 ). Dalam budaya Korea, kata adjektif merupakan kata yang menerima

bentuk hormat yang lebih istimewa berbanding kata kerja. Hal ini dapat dilihat apabila kata

adjektif yang asal akan bertukar menjadi perkataan yang lain selepas menerima imbuhan –si-

atau –eusi-. Sebagai contohnya dapat dilihat seperti di bawah :

Kata akar adjektif Bentuk hormat khas

meokda japsusida

( Wikpedia : 13 Feb 2009 )

Berdasarkan contoh di atas, dapat dilihat bahawa kata asal kata adjektif akan berubah

selepas menerima bentuk hormat kata adjektif. Hal ini amat berbeza dengan kata kerja yang

mengalami perubahan penambahan sisipan sahaja tanpa menjejaskan kata asal. Ayat 40

merupakan kata adjektif yang tidak menerima bentuk hormat. Penutur dalam drama ini tidak

20

Page 21: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

menggunakan imbuhan sisipan hormat dalam kata adjektif ini. Hal ini berkemungkinan kerana

penutur ini mempunyai hubungan yang mesra dengan orang yang dilawan bertutur.

Seharusnya bentuk hormat bagi perkataan ini ialah sijanghasida.

Hal ini amat berbeza dengan budaya Melayu. Dalam budaya Melayu, bentuk hormat

hanya ditunjukkan melalui sistem panggilan sahaja. Selain itu juga, kata kerja dan kata adjektif

dalam budaya Melayu tidak menerima bentuk hormat untuk menunjukkan penghormatan

kepada seseorang.

Komunikasi bukan verbal merupakan proses komunikasi yang menggunakan simbol-

simbol, pergerakan dan menggunakan objek untuk menyampaikan makna ( Rudolph E.Busby &

Randall E. Majors : 39 ). Dalam kajian ini, konsep hormat bukan verbal turut dikaji. Konsep

hormat bukan verbal merujuk kepada bentuk hormat yang ditunjukkan melalui postur badan,

ekspresi muka, kontak mata, sentuhan, bauan dan parabahasa serta yang digabungkan oleh

individu dengan persekitaran iaitu ruang, masa dan penyenyapan ( Larry A. Samovar & Richard

E. Porter : 171 ). Dalam budaya Korea, bentuk hormat bukan verbal ini ditunjukkan melalui

tindakan menundukkan kepala yang merupakan isyarat hormat kepada orang lain ( Wikipedia :

27 Feb 2009 ).

Isyarat ini merupakan isyarat yang sentiasa dilakukan oleh masyarakat Korea apabila

berjumpa dengan orang lain. Kadang kala, isyarat menundukkan kepala ini dilakukan sambil

berjabat tangan dengan orang tersebut ( ibid : 27 Feb 2009 ). Tindakan menundukkan kepala

ini selalunya dilakukan apabila menyapa seseorang. Kedalaman menundukkan kepala ini

dipengaruhi oleh usia dan pangkat yang dimiliki seseorang ( Tony MacGregor: 27 Feb 2009 ).

Dalam budaya Korea, seseorang yang lebih muda atau mempunyai tahap sosial yang

lebih rendah mestilah menundukkan kepalanya lebih rendah daripada orang yang lebih senior

tetapi senior yang akan memulakan tindakan tersebut ( Tony MacGregor: 27 Feb 2009 ). Selain

itu juga, perbuatan menundukkan kepala ini terbahagi kepada tiga iaitu situasi tidak rasmi,

situasi rasmi dan terlalu rasmi ( Wikipedia : 27 Feb 2009 ).

Selain itu, tindakan menundukkan kepala ini juga digunakan apabila menyapa

seseorang, meminta maaf dan mengucapkan terima kasih. Terdapat tahap yang berbeza

semasa menundukkan kepala mengikut situasi yang berbeza. Fokus dalam kajian ini ialah

21

Page 22: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

dalam situasi menyapa seseorang untuk menunjukkan hormat kepada orang lain. Darjah ketika

menundukkan kepala semasa menyapa seseorang ialah 45 darjah dan selama tiga saat ( Tony

MacGregor : 27 Feb 2009 ). Perbuatan ini dilakukan untuk menunjukkan darjah kesopanan

kepada orang lain ( Bowing : 27 Feb 2009 ).

Tindakan menundukkan kepala ini kadang kala digunakan untuk menggantikan ucapan

selamat seperti hi atau hello dalam sesetengah keadaan terutamanya apabila orang tersebut

sudah disapa sebelum ini ( Wikipedia : 27 Feb 2009 ). Bentuk hormat bukan verbal bagi

budaya Korea dapat ditunjukkan melalui data yang telah didapati daripada filem dan drama

yang telah dipilih. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :

Gambar 1

Gambar 2

Berdasarkan gambar di atas, tunduk hormat bagi budaya Korea bergantung kepada usia

dan pangkat sosial yang dimiliki oleh seseorang. Gambar 1 menunjukkan tindakan

menundukkan kepala yang dilakukan berlainan dengan gambar 2. Hal ini berbeza kerana

berkemungkinan seseorang tersebut merupakan ahli keluarga yang paling tua atau senior.

22

Page 23: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

Dalam drama ini, orang yang menerima penghormatan tersebut merupakan nenek kepada

pelaku tersebut. Dalam budaya Korea, tindakan menundukkan kepala sehingga dahi

mencecah lantai dipanggil sebagai sebae ( Wikipedia : 27 Feb 2009 ). Perbuatan ini jelas

menunjukkan penghormatan yang tinggi kepada orang yang lebih tua atau memiliki pangkat

yang lebih tinggi daripada pelaku.

Gambar 2 juga merupakan bentuk hormat bukan verbal di Korea. Perbezaan antara

gambar 1 dan 2 ialah kedalaman menundukkan kepala. Kedalaman menundukkan kepala

dalam gambar 2 ialah kira-kira 45 darjah. Tindakan menundukkan kepala dalam gambar 1 dan

2 merupakan tindakan hormat semasa ingin menyapa seseorang atau berkunjung ke rumah

seseorang di Korea. Selain itu juga, terdapat bentuk hormat yang lain dalam budaya Korea

iaitu berjabat tangan.

Masyarakat di Korea akan berjabat tangan apabila menyapa orang yang bukan berasal

dari Timur ( Wikipedia : 27 Feb 2009 ). Tetapi apabila seseorang itu sudah menyesuaikan diri

dengan tindakan menundukkan kepala, kebiasaannya mereka akan berjabat tangan sambil

menundukkan kepala ( ibid : 27 Feb 2009 ). Bentuk hormat ini dikesan dalam filem Seducing

Mr Perfect tetapi tidak disertakan dengan menundukkan kepala, hanya perlakuan berjabat

tangan sahaja dapat dikesan penggunaannya. Data ini dapat dilihat dalam lampiran 3 dalam

gambar 4 . Masyarakat Korea juga mempunyai bentuk hormat yang lain untuk menunjukkan

penghormatan kepada seseorang.

Bentuk hormat tersebut ialah cara menerima dan memberi sesuatu daripada orang lain.

Apabila seseorang ingin memberi atau menerima sesuatu daripada orang lain, masyarakat

Korea mestilah memberi atau menerima dengan kedua-dua belah tangan untuk menunjukkan

hormat kepada orang tersebut ( Tony MacGregor : 27 Feb 2009 ). Cara ini merupakan cara

apabila seseorang ingin memberikan sesuatu kepada orang yang lebih tua atau seseorang

yang mempunyai status yang lebih tinggi atau sewaktu ingin menerima sesuatu daripada

mereka dengan menggunakan kedua-dua belah tangan sebagai tanda hormat kepada mereka

(Tony MacGregor : 27 Feb 2009 ). Perlakuan ini dapat dikesan dalam drama Full House. Hal

ini dapat dilihat dalam lampiran 3 dalam gambar 6.

Manakala dalam budaya Melayu, bentuk hormat yang ditunjukkan mempunyai

persamaan dan perbezaan dengan budaya Korea. Bentuk hormat yang terdapat dalam budaya

23

Page 24: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

Melayu ialah berjabat tangan. Dalam budaya Melayu, seseorang akan berjabat tangan jika

berjumpa dengan seseorang. Dalam hal ini, perlakuan ini akan dimulakan oleh orang yang

lebih muda. Perlakuan ini tidak akan dimulakan oleh orang tua kepada orang muda. Hal ini

amat berbeza dengan budaya Korea. Dalam budaya Korea, tindakan menundukkan kepala

akan dimulakan oleh orang yang lebih tua. Dalam budaya Melayu, orang yang muda akan

menghulurkan tangan untuk bersalam ketika menyapa orang lebih tua atau mempunyai status

yang lebih tinggi sebagai tanda hormat kepada orang tersebut.

Bentuk hormat yang seterusnya ialah sewaktu melintas di hadapan orang lebih tua.

Terdapat adab-adab yang perlu dilakukan semasa melintas di hadapan orang tua. Jika adab ini

tidak dilakukan, berkemungkinan seseorang itu boleh dikatakan tidak tahu menghormati orang

yang lebih tua. Adab tersebut ialah semasa melintas di hadapan orang tua, seseorang itu

mestilah membongkokkan sedikit badan atau kepalanya untuk memberi hormat kepada orang

tua. Perkara ini juga mestilah dilakukan apabila mengetahui terdapat beberapa orang lain

dalam rumah dan seseorang itu terpaksa melalui di hadapan mereka ketika mengunjungi rumah

seseorang atau di rumah sendiri ( Ali Bin Esa et.al : 2 ).

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, budaya Korea merupakan budaya yang amat mementingkan bentuk hormat

dalam kehidupan mereka. Kedua-dua budaya ini iaitu budaya Melayu dan Korea mempunyai

persamaan dan perbezaan dalam menunjukkan bentuk hormat kepada orang lain. Kedua-dua

budaya ini menunjukkan bentuk hormat melalui penggunaan kata ganti nama, kata panggilan

dan kata panggilan keluarga. Selain itu, perbezaan yang paling ketara dapat dilihat apabila

bentuk hormat ini turut digunakan dalam kata kerja dan kata adjektif dalam budaya Korea.

Selain itu, kedua-dua budaya amat mementingkan faktor usia dan status dalam

menentukan bentuk panggilan yang dapat digunakan oleh penutur semasa ingin menyapa

seseorang. Kesilapan dalam memilih bentuk panggilan dalam kedua-dua budaya ini dapat

menyebabkan seseorang itu digelar biadab. Konsep hormat bukan verbal turut dikaji dalam

kertas kerja ini. Kedua-dua budaya mempunyai cara yang berbeza semasa menyapa

seseorang.

24

Page 25: Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

Di Korea, tindakan menundukkan kepala merupakan perkara rutin apabila menyapa

orang lain. Manakala dalam budaya Melayu berjabat tangan merupakan perlakuan yang sering

dilakukan apabila seseorang menyapa orang lain. Walau bagaimanapun, kedua-dua budaya ini

masih menyampaikan maksud yang sama iaitu ingin menunjukkan penghormatan kepada orang

lain. Secara keseluruhannya, setiap budaya mempunyai cara yang tersendiri untuk

menunjukkan penghormatan terhadap orang lain.

25