Perbezaan Kbsr Dan Klsr

7
PEMBENTUKAN KBSR - Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983. - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. - KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. - Bidang komunikasi mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta Matematik. - Bidang alam keliling pula mengandungi mata pelajaran ialah Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. - Bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.

description

nota pismp sjh

Transcript of Perbezaan Kbsr Dan Klsr

PEMBENTUKAN KBSR Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta Matematik. Bidang alam keliling pula mengandungi mata pelajaran ialah Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.PEMBENTUKAN KLSR Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai kemerdekaan.

PERBEZAAN KBSR DAN KLSRKLSRPERBEZAAN KBSR

memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerjamahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) Memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agamaPerbezaan dari aspek Matlamat dan objektif murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borang-borang yang sesuai untuk keperluan seharian

Isi kandungan pelajaran kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam Sukatan pelajaran adalah terlalu banyak Isi kandunganya terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan Lukisan dan PertukanganTangan untuk pekerjaan masa depanPerbezaan dari aspek isi kandungan KBSR merangkumi tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam keliling dan perkembangan individu. Pendidikan Seni Visual termasuk di dalam bidang perkembangan diri individu di dalam Komponen kesenian dan kesihatan

Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru. Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah. Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.Perbezaan dari aspek pendekatan Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Lebih bersifat berpusatkan pelajar dan penglibatan mereka secara aktif dalam P&P amat digalakkan Bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang belajar-timbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajaran dan pembelajaran

PERSAMAAN ANTARA KBSR DAN KLSRKLSRPERSAMAANKBSR

Menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsaPersamaan dari aspek objektif dan matlamat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan Memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Menyentuh tentang kepentingan seni dalam kehidupan Persamaan dari aspek isi kandungan Menyentuh tentang kepentingan seni dalam kehidupan

Guru sebagai pembimbingPersamaan dari aspek pendekatan Guru sebagai pembimbing pelajaran

ESSAY FORM: Persamaan dan perbezaan utama antara Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi pendidikan. Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistic kepada kurikulum persekolahan sedia ada.Perbezaan antara KLSR dan KBSR dari segi matlamat dan objektif iaitu KLSR memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Contohnya, pelbagai kemahiran dan latihan bagi menerapkan demokrasi di kalangan pelajar manakala KBSR pula lebih kepada murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan serta menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Agar murid boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borang-borang yang sesuai untuk keperluan seharian. Perbezaan yang seterusnya ialah isi kandungan kurikulum bagi KLSR ialah Isi kandungan pelajaran kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak. Isi kandungannya terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan, Lukisan dan Pertukangan Tangan untuk pekerjaan masa depan. KBSR pula merangkumi tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam keliling dan perkembangan individu. Pendidikan Seni Visual termasuk di dalam bidang perkembangan diri individu di dalam komponen kesenian dan kesihatan.Perbezaan ketiga ialah dari segi pendekatan kurikulum antara KLSR dan KBSR.Susunan kerusi dan meja bagi KLSR disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru manakala KBSR pula susunan kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah pengajaran secara berkumpulan. Cara pengajaran bagi KLSR pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah. KBSR pula lebih bersifat berpusatkan pelajar dan penglibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan. Seterusnya terdapat beberapa persamaan antara KLSR dan KBSR. Persamaan dari segi matlamat dan objektif ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Perpaduan amat di titikberatkan dalam kedua-dua kurikulum. Persamaan isi kandungan pula ialah menyentuh tentang kepentingan seni dalam kehidupan seharian pelajar. Penghargaan dalam bidang seni disemai didalam jiwa pelajar agar mereka lebih bersyukur. Persamaan ketiga ialah dari segi pendekatan guru sebagai pembimbing pelajaran. Murid sentiasa diberi bimbingan oleh guru mengenai matapelajaran yang di ajar. Guru juga membimbing pelajar kearah nilai-nilai yang harmoni dan bersepadu.