Perbezaan Konstruk n Behavior

4
2.7 Perbezaan antara Teori Konstruktivisme dan Teori Behaviourisme Setelah membuat kajian yang menyeluruh, kami dapati terdapat beberapa perbezaan yang jelas dapat dilihat antara kedua-dua teori ini. Antaranya ialah perbezaan daripada segi aspek, ciri, implikasi, dan prinsip. Perbezaan antara Teori Behaviorisme dan Teori Konstruktivisme daripada segi aspek ialah menurut Teori Behaviorisme, murid menerima pengetahuan daripada guru manakala menurut Teori Konstruktivisme pula murid perlu mengkaji untuk mendapatkan pengetahuan dan murid juga adalah sebagai pembina pengetahuan bukannya penerima pengetahuan. Selain itu juga melihat perbezaan dari segi ciri, dalam Teori Behaviorisme peluang berfikir dan mengemukakan pendapat tidak diberi kepada murid. Berbeza pula dengan Teori Konstruktivisme yang memberi peluang kepada murid untuk mengemukakan pendapat dan meneroka untuk mendapatkan maklumat. Disamping itu juga, menurut Teori Behaviourisme pembelajaran berlaku melalui pengulangan dan latih tubi, tetapi menurut Teori Konstruktivisme pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain. Seterusnya perbezaan dari segi implikasi, Teori Behaviourisme lebih memberi penekanan kepada tingkah laku murid berbanding dengan Teori Konstruktivisme yang memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada. Disamping itu Teori Behaviouris juga menyatakan pembelajaran bermula dengan mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada. Berbeza pula dengan Konstruktivisme yang menyatakan pembelajaran bermula dengan pengetahuan sedia ada hingga

description

esei

Transcript of Perbezaan Konstruk n Behavior

Page 1: Perbezaan Konstruk n Behavior

2.7 Perbezaan antara Teori Konstruktivisme dan Teori Behaviourisme

Setelah membuat kajian yang menyeluruh, kami dapati terdapat beberapa

perbezaan yang jelas dapat dilihat antara kedua-dua teori ini. Antaranya ialah

perbezaan daripada segi aspek, ciri, implikasi, dan prinsip. Perbezaan antara Teori

Behaviorisme dan Teori Konstruktivisme daripada segi aspek ialah menurut Teori

Behaviorisme, murid menerima pengetahuan daripada guru manakala menurut Teori

Konstruktivisme pula murid perlu mengkaji untuk mendapatkan pengetahuan dan

murid juga adalah sebagai pembina pengetahuan bukannya penerima pengetahuan.

Selain itu juga melihat perbezaan dari segi ciri, dalam Teori Behaviorisme peluang

berfikir dan mengemukakan pendapat tidak diberi kepada murid. Berbeza pula

dengan Teori Konstruktivisme yang memberi peluang kepada murid untuk

mengemukakan pendapat dan meneroka untuk mendapatkan maklumat. Disamping

itu juga, menurut Teori Behaviourisme pembelajaran berlaku melalui pengulangan

dan latih tubi, tetapi menurut Teori Konstruktivisme pembelajaran berlaku melalui

interaksi dengan orang lain.

Seterusnya perbezaan dari segi implikasi, Teori Behaviourisme lebih memberi

penekanan kepada tingkah laku murid berbanding dengan Teori Konstruktivisme

yang memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada. Disamping itu Teori

Behaviouris juga menyatakan pembelajaran bermula dengan mengaitkan

pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada. Berbeza pula dengan

Konstruktivisme yang menyatakan pembelajaran bermula dengan pengetahuan

sedia ada hingga tercapai pemahaman baru. Kemudian perbezaan daripada segi

prinsip, menurut Teori Behaviourisme guru perlu membuat banyak pengulangan dan

latih tubi kepada murid. Berbeza pula dengan pembelajaran menurut Teori

Konstruktivisme yang menyarankan guru menyediakan banyak contoh dan bahan

yang boleh membantu murid membuat perkaitan dan membina pemahaman baru.

Akhir sekali perbezaan daripada segi prinsip menurut Behaviourisme, kanak-kanak

mudah faham apabila adanya peneguhan positif daripada guru. Hal ini berbeza

dengan Teori Konstruktivisme yang menyatakan bahawa kanak-kanak lebih mudah

faham apabila adanya perbincangan dan rakan sebaya yang membimbing.

Page 2: Perbezaan Konstruk n Behavior

Bil Perbezaan Teori Behaviourisme Teori Konstruktivisme

1.0 Aspek 1.1 Murid menerima pengetahuan

daripada guru.

Murid perlu mengkaji untuk

mendapatkan pengetahuan.

2.0 Ciri 2.1 Tidak memberi peluang kepada

murid untuk berfikir dan

mengemukakan pendapat.

Memberi peluang kepada murid

mengemukakan pendapat dan

meneroka untuk mencari

maklumat.

2.2 Pembelajaran berlaku melalui

pengulangan dan latih tubi.

Pembelajaran berlaku melalui

interaksi dengan orang lain.

3.0

Implikasi 3.1 Teori ini memberi penekanan

kepada tingkah laku.

Teori ini memberi penekanan

kepada pengetahuan sedia ada.

3.2 Pembelajaran bermula dengan

mengaitkan pembelajaran baru

dengan pengetahuan sedia ada.

Pembelajaran bermula dengan

pengetahuan sedia ada hingga

tercapai pemahaman.

4.0 Prinsip 4.1 Guru perlu membuat banyak

pengulangan dan latih tubi

kepada murid.

Guru perlu menyediakan banyak

contoh dan bahan yang boleh

membantu murid membuat

perkaitan dan pemahaman baru.

4.2 Kanak-kanak mudah faham

apabila adanya peneguhan

positif daripada guru.

Kanak-kanak lebih mudah faham

apabila adanya perbincangan dan

rakan sebaya yang membimbing.

Page 3: Perbezaan Konstruk n Behavior