Perbezaan Pandangan Antara Al-Asy`Ari Dan Maturidi

download Perbezaan Pandangan Antara Al-Asy`Ari Dan Maturidi

of 7

Transcript of Perbezaan Pandangan Antara Al-Asy`Ari Dan Maturidi

PERBEZAAN PANDANGAN ANTARA ALASYA`IRAH DAN AL-MATURIDIYYAH

SIFAT TAKWINAl-Maturidi: Sifat yang qadim sebagaimana sifat Ma`ani yang tujuh. Pengertian Takwin sifat azali, dengannya terbentuk alam dengan seluruh bahagiannya yang tidak terbentuk sebelumnya Al-Asy`ari: Sifat takwin bukan sifat wujudiyyah, bahkan merupakan umur al-iktibari yang tergambar pada akal. Nisbah kesan kepada yang memberi kesan. Tidak perlu kepada sifat yang lain selain qudrah. Pandangan yang rajih ialah pandangan Asya`irah 1) Takwin sifat af`al iaitu baharu 2) Ianya berada dibawah ta`alluq qudrah.

PERMASALAHAN QADA` DAN QADAR

Al-Asyari dan al-Maturidi meskipun tidak pernah berjumpa tetapi mempunyai pandangan yang hampir sama iaitu akidah al-Wast 2 mazhab ini diterima oleh fuqaha mazhab. Mutazilah yang bermazhab Hanafi, apabila zaman kejatuhannya ia beralih kepada mazhab Maturidi dalam ilmu kalam. Kebanyakan ulama Asya`irah adalah Syafei, kerana pengasasnya jug adalah Syafei. Ini kerana dalam feqah juga mengambil pendekatan pertengahan antara dalil akal dan naqal. Kedua tokoh ini terpengaruh dengan Abu Hanifah melainkan dalam beberapa perkara dalam permasalahan qada dan qadar atau jabr al-ikhtiar.

Al-Asy`ari: al-Qada adalah sifat zat iaitu qadim, manakala qadar sifat fi`l iaitu hadith. Maturidi: qada adalah sifat fi`l, dan qadar adalah sifat zat. Sifat zat dan fi`l sama disisi Maturidi iaitu qadim. Al-Asy`ari: baik buruk sesuatu adalah berpandukan syarak Al-Maturidi: Baik buruk sesuatu dinilai oleh akal, iaitu mempunyai persamaan pandangan dengan Mu`tazilah.

Al-Asy`ari: memilih al-kasb iaitu diiringi perbuatan dengan kuasa dan pilihan manusia, tanpa campur tangan sesuatu. Memilih al-kasb berdasarkan ayat al-Quran surah ali Imran 25 dan al-Thur 21. Abu Hanifah memilih perkataan al-kasb. Al-Maturidi: memilih al-ikhtiar iaitu keupayaan baharu pada perbuatan hamba yang sebenar bukan majazi Al-Buti Allah mencipta perbuatan manusia bukanlah suatu paksaan. Bahkan wujud perbuatan yang lahir dari manusia yang merupakan keinginan dan usaha darinya. Dan bukanlah dia yang mencipta kekuasaan tersebut.

SIFAT KHABARIYYAH (MUTASYABIHAT)Golongan Hanafiyyah: menetapkan al-yadd, alwajh, al-`ayn, al-janb, al-istiwa bagi Allah kerana maklum pada zahirnya dan jahil pada sifatnya. Pandangan ini dipegang oleh ahli hadith. Al-Asyairah: (1) Sifat thubutiyyah yang merupakan tambahan bagi Allah (2) Merupakan majaz dari makna yang zahir seperti wajh majaz kepada wujud, yadd qudrah, al-`ayn penjagaan, istiwa al-mulk. Al-Maturidi: berpegang dengan pandangan salaf berpandukan ayat al-Quran surah ali-Imran ayat 7.

Kepentingan takwil 1) Menyucikan Allah daripada sifat yang baharu 2) Wujud golongan sesat seperti Mujassimah, Hululiyyah dan Rafidah yang menggambarkan Tuhan dengan berjisim. 3) Kemunculan kitab Yahudi dan kristian yang cuba menanamkan keraguan dalam diri umat Islam. 4) Meluasnya kaedah bahasa Arab yang mampu memberi maksud yang sesuai dengan kebesaran Allah.