Perbezaan Ujian Formatif Dengan Ujian Sumatif

download Perbezaan Ujian Formatif Dengan Ujian Sumatif

of 2

Transcript of Perbezaan Ujian Formatif Dengan Ujian Sumatif

  • 7/29/2019 Perbezaan Ujian Formatif Dengan Ujian Sumatif

    1/2

    Perbezaan Ujian Formatif dengan Ujian Sumatif

    Perbezaan di antara ujian formatif dengan ujian sumatif dapat dilihat dari beberapa

    aspek. Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan dari

    segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod dan tindakan. Kedua-dua jenis ujian ini boleh digunakan untuk menguji kemahiran bahasa yang dimiliki oleh murid.

    Dari segi pengertian, ujian formatif adalah satu jenis ujian formal atau tak formal untuk

    mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Manakala, ujian sumatif pula

    merupakan satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam tempoh tertentu

    persekolahan seperti ujian pertengahan tahun.

    Berdasarkan dari perbezaan antara kedua-dua ujian ini dari segi pengertian, kita secara

    sendirinya akan dapat memahami tujuan dua ujian ini dilaksanakan kepada murid. Tujuan ujianformatif dilaksanakan kepada murid adalah mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan

    murid terhadap topik atau kemahiran yang diajarkan dan seterusnya guru akan dapat

    merancang langkah susulan untuk membaiki kelemahan yang wujud. Manakala tujuan ujian

    sumatif dilaksanakan kepada murid adalah untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid untuk

    beberapa topik dan seterusnya guru memberikan skor dan gred mengikut pencapaian yang

    ditunjukkan oleh murid.

    Perbezaan yang seterusnya adalah dari segi aktiviti ujian. Bagi ujian formatif, guru boleh

    menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan

    pembelajaran sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh. Dengan ini,

    guru akan dapat mengesan kelemahan yang dihadapi oleh murid bagi memahami

    pengajaran yang telah disampaikan oleh guru seterusnya guru akan dapat merancang

    langkah yang sesuai mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Manakala bagi ujian

    sumatif, guru akan menjalankan ujian formal terhadap murid dalam beberapa waktu

    berdasarkan ketetapan jadual secara individu mengikut kelas. Hasilnya, guru akan dapat

    menilai tahap pencapaian murid dalam beberapa topik yang telah diuji.

    Kita juga boleh melihat perbezaan di antara dua jenis ujian ini dari segi waktu

    penilaian. Bagi ujian formatif, guru boleh melaksanakan ujian terhadap murid pada setiap

    kali sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru boleh menilai murid mengikut

    kreativiti guru samada melalui lembaran kerja, permainan dan sebagainya. Manakala bagi

    ujian sumatif pula dilaksanakan selepas beberapa topik pembelajaran diajarkan kepada

  • 7/29/2019 Perbezaan Ujian Formatif Dengan Ujian Sumatif

    2/2

    murid. Biasanya ujian sumatif dijalanakan dilaksanakan pada pertengahan semester

    persekolahan, pada pertengahan dan juga pada akhir semester persekolahan. Guru akan

    merekodkan pencapaian yang ditunjukkan oleh murid dan melaporkannya kepada ibu bapa

    murid yang terlibat.