Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

44
NORAINAH BINTI RAHMATULLAH D20071029575 NORIZAN BTE HASSAN D20071029606 PERBINCANGAN ISU-ISU SEMBELIHAN DARI SEGI HUKUM

description

Isu-isu sembelihan ini tidak boleh terhad pd slide ini, boleh ditambah mengikut maklumat yg diperolehi. Maaf jika kekurangan dalam slide ini.. Harap dapat membantu anda. Syukran ^_^

Transcript of Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Page 1: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

NORAINAH BINTI RAHMATULLAHD20071029575

NORIZAN BTE HASSAND20071029606

PERBINCANGAN ISU-ISU SEMBELIHAN DARI SEGI HUKUM

Page 2: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

PENGENALAN

Page 3: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

• Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih

• Berasal daripada perkataan arab iaitu perkataan al- Zaba’ih yang mana ia merupakan kata jama’ kepada al-zabihah yang bererti binatang yang disembelih. Ia membawa maksud bintang halal yang sempurna penyembelihannya

Page 4: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

JENIS-JENIS PENYEMBELIHAN

Page 5: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Menurut buku Fiqh Manhaji jilid ke-

III , penyembelihan terbahagi kepada tiga jenis iaitu al-zahbu, al-nahru dan al- ‘aqru

Al-zahbu melibatkan penyembelihan leher binatang di sebelah atas halkum mengikut syarat-syarat syara’

Page 6: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Al-nahru pula ialah cara penyembelihan leher binatang di sebelah bawah halkum

Al- ‘aqru iaitu penyembelihan secara darurat dimana ia dilakukan pada binatang pada mana-mana bahagian anggota yang boleh mematikannya.

Cara ini dilakukan terhadap binatang liar dan tidak dapat dikawal sebagaimana penyembelihan binatang buruan.

Page 7: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

SYARAT SAH PENYEMBELIHAN

Page 8: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Terbahagi kepada tiga iaitu syarat penyembelih, binatang yang disembelih dan alat yang digunakan untuk menyembelih

Syarat penyembelihi) Islamii) Bukan keturunan ahli- Kitabiii) Penyembelih juga tidak melakukan penyembelihan kerana yang lain

selain Allah

Page 9: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Syarat binatang yang disembelihi) masih mempunyai hayat mustaqirrahii) putus halkum dan mari’iii) putus kedua-dua saluran dengan sekali sembelihan

Syarat alat penyembelihani) tajamii) bukan gigi atau kuku

Page 10: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)
Page 11: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

SUNAT SEMBELIHAN

Page 12: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

• Membaca Bismillah sahaja

• Menghadap kiblat

• Membaringkan binatang yang hendak disembelih pada rusuk kiri dan biarkan kaki kanannya bergerak-gerak selepas penyembelihan

• Memutuskan wadajan atau waridan

Page 13: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

ISU-ISU SEMBELIHAN DAN PERBINCANGAN HUKUM

Page 14: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

PENGGUNAAN PELALIAN SELEPAS

PENYEMBELIHAN

Page 15: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Digunakan bagi mengurangkan kerosakan pada sayap-sayap ayam tersebut. Menggunakan tenaga elektrik dan ia dipasang di sebelah penyembelihan Ada banyak pendapat yang menjelaskan kedudukan sistem ini samada ayam tersebut halal untuk dimakan ataupun tidak.

Page 16: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Ada pendapat mengatakan bahawa, penggunaan pelali terhadap ayam adalah halal untuk dimakan jika ia memenuhi syarat-sayarat sembelihan yang telah ditetapkan oleh syara’ jikalau urat halkum dan mari’nya sudah terputus

Syarat lain yang menyatakan supaya ia halal antaranya ialah tidak berlaku sesuatu yang boleh membantu kematian binatang itu sebelum atau semasa berlaku penyembelihan

Page 17: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Akan tetapi apabila penyembelihan sudah berlaku, urat halkum dan mari’nya sudah putus, tetapi roh binatang yang disembelih belum keluar, lalu bulunya dicabut, kakinya dipotong atau digerak-gerakkan dan sebagainya, maka perbuatan seperti itu di hukum makruh.

Dr. Muhammad Sulaiman Al- Asyqar menyatakan bahawa apabila dilakukan sesuatu perkara terhadap binatang selepas penyembelihan dan sebelum rohnya keluar, maka jumhur ulama fiqh berpendapat bahawa binatang berkenaan tidak haram dengan cara demikian.

Page 18: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

RUMUSAN

Kesimpulannya, jumhur ulama’ berpendapat penggunaan pelali ke atas ayam adalah halal untuk dimakan sekiranya urat halkum dan mari’nya sudah putus walaupun rohnya masih ada

Page 19: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

PENYEMBELIHAN CUKUP SYARAT

TETAPI DIPUKUL ATAUSEUMPAMANYA SUPAYA CEPAT

KEMATIANNYA

Page 20: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

• Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah (1996) berpendapat binatang yang disembelih cukup syarat tetapi dipukul supaya cepat mati adalah halal untuk dimakan.

• Ini adalah kerana, sembelihannya adalah sempurna dari segi syara’ dengan putus halkum dan mari’

Page 21: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

• Perbuatan memukul ini diqiyaskan oleh fuqaha’ dengan hukum makruh mematahkan tengkuk binatang kemudian menyembelihnya tetapi ia halal untuk dimakan

Page 22: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

RUMUSAN

• Dengan hal yang demikian, makruh memakan binatang yang dipukul sesudah disembelih dan putus urat halkum dan mari’nya tetapi ia adalah halal untuk dimakan.

Page 23: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

PENYEMBELIHAN DENGAN MENGGUNAKAN

ELEKTRIK, SUNTIKAN DADAH ATAU KAEDAH PENGSANKAN

Page 24: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Penggunaan elektrik adalah untuk menenangkan binatang yang untuk disembelihkan. Selain itu, terdapat juga pihak yang pengsankan binatang itu dan menggunakan kaedah suntikan dadah terlebih dahulu sebelum disembelih. Perkara ini telah diamalkan oleh beberapa negara untuk menjadikan kerja penyembelihan lebih mudah.

Page 25: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

• Firman Allah s.w.t dalam ayat 3 Surah Al-Maidah :

Maksudnya :diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Page 26: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

• . Berhubung dengan isu ini, ulama’ menegaskan bahawa ia boleh dijalankan dengan beberapa syarat iaitu:a) Ia dibenarkan jika cara itu dapat

menenangkan haiwan tersebut disembelih serta melemahkan ‘tentangannya’ semasa disembelih.

b) Kejutan elektrik atau penggunaan dadah itu tidak memberi kesan kepada nyawa binatang sembelihan tersebut.

Page 27: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Untuk syarat kedua, dalam keadaan itu, daging sembelihan tersebut haram dimakan atas andaian kematiannya adalah disebabkan oleh kejutan elektrik atau akibat penggunaan dadah untuk pengsankan sebelum disembelih. Ini kerana nas-nas fiqh menurut syariat Islam menetapkan bahawa daging haiwan sembelihan yang berkongsi sebab-sebab kematiannya adalah sebab haram dan sebab halal, ini dihukumkan haram. ( Syeikh Gadul Haq Ali Gadul Haq : 1996 )

Page 28: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

RUMUSAN

Penggunaan dadah, elektrik, kaedah pengsankan atau seumpama dengannya adalah dibenarkan selagi mana ia memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Syarat-syarat itu perlu diikuti disebabkan penggunaan pelbagai kaedah ini dibimbangi memberi kesan dan mungkin menjadi penyebab kepada kematian seekor binatang sembelihan itu. Perkara ini harus ditikberatkan kerana dibimbangi status halal atau haram daging sembelihan itu.

Page 29: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

PENYEMBELIHAN OLEH AHLI KITAB

Page 30: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Ahli kitab merupakan mereka yang menganuti agama yang telah dibekalkan kitab kepada mereka seperti agama nasrani dan yahudi.

Page 31: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah ayat 5 :

Maksudnya : pada masa ini Dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) Yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang Yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). dan (dihalalkan kamu berkahwin) Dengan perempuan-perempuan Yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan Yang beriman, dan juga perempuan-perempuan Yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang Yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara Yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. dan sesiapa Yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka Sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.

Page 32: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Ayat ini menunjukkan bahawa telah dihukumkan bahawa sembelihan yang dilakukan oleh ahli kitab adalah halal dimakan oleh umat Islam.

Dan begitu juga sembelihan yang dilakukan oleh umat Islam adalah halal dimakan oleh ahli kitab.

Page 33: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Menurut Yusuf Al-Qardawi,

“Setiap makanan Ahli Kitab adalah halal bagi umat Islam kecuali binatang-binatang yang Allah jelaskan bahawa ia haram seperti khinzir dan seumpamanya, sebagaimana makanan umat Islam adalah halal bagi mereka.”

Page 34: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Akan tetapi telah diriwayatkan oleh Imam Al-Maliki yang telah mengatakan:

‘Perempuan-perempuan ahli kitab halal bagi kita (umat Islam), melainkan perempuan Ahli Kitab Harb (umat Ahli Kitab yang perang dengan kita iaitu seperti Amerika dan sekutu-kutunya sekarang). Maka perempuan-perempuan mereka dan sembelihan mereka adalah haram.’

Page 35: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Menurut Ibnu al-Arabi pula, apa yang dianggap oleh ahli kitab sebagai penyembelihan bermakna halal buat umat Islam sekalipun menurut kita sembelihan itu tidak benar.

Ini bermakna sembelihan ahli kitab yang mana pada mereka adalah halal sama ada sembelihan mengikut syarak atau sekadar membunuh, mencekik dan seumpamanya terhadap binatang yang sepatutnya disembelih, ia adalah halal juga bagi umat Islam.

Page 36: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

RUMUSAN

Kesimpulan dari isu ini, sembelihan ahli kitab adalah halal bagi umat Islam dan sembelihan umat Islam juga halal bagi mereka.

Sembelihan ahli kitab sepatutnya menepati syarak dan menepati suruhan Allah S.W.T.

Akan tetapi, jika direnung kembali, masih wujudkah lagi ahli kitab di dunia ini? Wallahu A’lam

Page 37: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

PENYEMBELIHAN DENGAN

MENGGUNAKAN MESIN

Page 38: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Sembelihan binatang hendaklah putus segala halqum iaitu urat salur nafas dan hendaklah putus segala urat laluan makanan iaitu merih dan sunat

dipotong dua urat di belakang tengkuk binatang.

Page 39: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Apabila orang Islam menyembelih dengan memotong semua urat halqum dan dipotong semua urat merihnya, maka sempurna sembelihan dan halal daging binatang itu untuk dimakan. Jika dipotong sebahagian halqum atau dipotong sebahagian dari merih atau sebahagian dari keduanya, maka tidak halal sembelihan itu dan binatang itu menjadi bangkai.

Page 40: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Haruslah diketahui bahawa sembelihan itu hendaklah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri dengan memotong semua halqum dan semua merih binatang sembelihan.Oleh itu, tidak halal binatang sembelihan itu jika orang Islam menyembelih dengan menggunakan mesin kerana jika mesin itu yang memotong halqum dan merih dengan tidak disembelih oleh orang Islam itu sendiri, maka tidaklah dinamakan sembelih dilakukan oleh orang Islam.Akan tetapi ini dinamakan sebagai mesin yang menyembelih binatang itu.

Page 41: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

Ini tidak dinamakan sembelihan pada syarak dan ayam itu menjadi bangkai kerana orang Islam hanya menghidupkan mesin dan orang Islam itu tidak menyembelih leher binatang itu.

(Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz : 1983)

Page 42: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

RUMUSAN

Penggunaan mesin adalah tidak menepati ciri sembelihan yang memerlukan orang Islam itu sendiri untuk menyembelih sendiri binatang sembelihan itu. Jika digunakan mesin, ia adalah dijalankan semata-mata oleh mesin itu dengan orang menggerakkan suis mesin itu sahaja. Selain itu, penyembelihan mesin itu ada kalanya tidak sempurna disebabkan oleh penyembelihan yang tidak memutuskan segala halqum dan urat merih binatang sembelihan itu.

Page 43: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

KESIMPULAN

Page 44: Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)

• Penyembelihan adalah satu isu yang perlu dititikberatkan kerana ia berkait rapat dengan halal dan haram yang boleh dimakan oleh umat Islam.

• Jika satu penyembelihan itu berkongsi sebab kematian sama ada haram atau halal, ia adalah haram dimakan.

• Oleh itu, menitik beratkan setiap syarat sah sembelihan adalah penting untuk menjaga kesucian dari segi halal bagi binatang yang disembelih itu.