Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
-
Upload
lunaticfuneral92 -
Category
Documents
-
view
244 -
download
0
Transcript of Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
1/19
BAHAGIAN A
Jawab semua soalan
SOALAN 1
(a) Berikan maksud Perlembagaan Persekutuan.[2]
(b) Jelaskan perbezaan jaringan kawasan tempatan (LAN) dan jaringan kawasan luas
(WAN).
[2]
(c) Nyatakan tigaperanan usahawan dari sudut mikro. [3]
(d) Huraikan tiga bentuk Koperasi.
[3]
(e) Apakah matlamat kerajaan Malaysia memperkenalkan program Penswastaan.
[2]
(f) Jelaskan tigaperlindungan bukan tarif.
[3]
(g) Berikan tiga peranan warga korporat dalam memupuk masyarakat penyayang.
[3]
(h) Jelaskan secara ringkas objektif penubuhan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
(FOMCA) .
[2]
(i) Terangkan maksud konsep enkoddan dekoddalam proses komunikasi. [2]
(j) Apakah perbezaan komunikasi menegak, komunikasi mendatar dan komunikasi
melintang.
[3]
SOALAN 2
(a) Terangkan Teori Keusahawanan mengikut pandangan ahli-ahli berikut:-
i. Max Weber
ii. Mc Clelland
iii. Joseph Schumpeter [6]
(b) Dalam proses menjana idea baru, terdapat tiga kaedah yang biasa digunakan oleh sesebuah
organisasi. Jelaskan. [9]
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
2/19
(c) Jelaskan duapendekatan asas mencari peluang perniagaan yang dinyatakan di bawah;
i. Pendekatan `dalam-luar
ii. Pendekatan `luar-dalam [10]
BAHAGIAN B
Jawab dua soalan sahaja
SOALAN 3
(a) Jelaskan lima hak-hak pekerja yang mesti dilindungi oleh majikan menurut Akta Kerja
1955.
[10]
(b) Bincangkan kepentingan teknologi maklumat dalam perniagaan moden [10]
(c) Berikan kebaikan dan keburukan Internet[5]
SOALAN 4
(a) Selain daripada bantuan kewangan, terangkan tiga kemudahan yang disediakan oleh
kerajaan kepada usahawan.
[9]
(b) Pengeluaran secara kontrak merupakan satu strategi yang diwujudkan melalui kaedahperikatan strategik:-
i. Terangkan bagaimana pengeluaran secara kontrak boleh dilakukan.
ii. Jelaskan tiga kelebihan pengeluaran secara kontrak. [6]
(c) Jenayah kolar putih adalah salah satu cabaran usahawan masa kini. Terangkan lima
cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang usahawan dalam mencapai
kejayaan
[10]
SOALAN 5
(a) Encik Khalid selaku ketua kampung di Kampung Ulu Desa, bercadang untuk menubuhkan
koperasi Kedai Runcit untuk kemudahan penduduk di kampung tersebut yang jauh dari
bandar. Beliau berjumpa dengan anda selaku pegawai di Suruhanjaya Koperasi
Malaysia(SKM) untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang penubuhan, prinsip dan aktiviti
koperasi.
i. Terangkan tiga jenis koperasi beserta aktiviti dan satu contoh yang sesuai
.
[6]
ii. Terangkan proses penubuhan koperasi kedai runcit tersebut.
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
3/19
[10]
(b) Koperasi Kedai Buku UMK Berhad, Majlis Perwakilan Pelajar UMK dan Syarikat Usaha
Maju Kelantan (UMK) Sendirian Berhad adalah tiga entiti yang berbeza. Terangkan perbezaan
ketiga-tiganya dari aspek kawalan undang-undang, pengurusan pemasaran dan pengurusankewangan. [9]
SOALAN 6
(a) Terangkan tiga cara firma-firma asing beroperasi di Malaysia.
(6)
(b) Huraikan empat risiko yang mungkin dihadapi oleh firma-firma asing di Malaysia.
[11]
(c) Perniagaan antarabangsa sangat penting bagi sesebuah negara. Jelaskan kepentingan
tersebut.
[8]
SOALAN 7
(a) Barat dan Timur mempunyai pendekatan etika dan tanggungjawab sosial yang berbeza.
Huraikan pendekatan etika dan tanggungjawab sosial dari perspektif timur dan barat dari segihubungan manusia dengan manusia. [6]
(b) Jelaskan lima masalah kepenggunaan yang sering diperjuangkan oleh Persatuan Pengguna
di Malaysia pada masa kini. [10]
(c) Huraikan peranan badan-badan berikut:
(i) Better Business Bureau (BBB)
(ii) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP)
[9]
SOALAN 8
(a) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bentuk komunikasi yang berlaku antara
pihak pengurusan atasan dengan pegawai-pegawai bawahan di dalam sebuah organisasi
perniagaan.
[12]
(b) Huraikan empat kelebihan komunikasi lisan dengan memberikan contoh yang
sesuai.
[8]
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
4/19
(c) Encik Ahmad adalah seorang usahawan yang berjaya, senaraikan lima kaedah mendengar
yang berkesan yang diamalkan oleh Encik Ahmad dalam mentadbir organisasinya.
[5]
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM PKPSM 2009
CADANGAN SKEMA JAWAPAN PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 2
( 946 / 2 )
SOALAN 1
a. Perlembagaan Persekutuan :
Undang-undang utama negara yang membincangkan perkara-perkara penting seperti
hak individu, kuasa kerajaan pusat, kuasa kerajaan negeri, kuasa raja dan aspek lain.
[2m]
(b) LAN :
Jaringan yang merangkumi kawasan geografi seperti pejabat dan kampus universiti
melalui kabel untuk berkongsi perkakasan, perisian dan sumber data.
WAN :
Jaringan yang merangkumi satu kawasan geografi yang lebih daripada 1 KM dan
seluas separuh glob melalui gelombang mikro atau komunikasi satelit untuk berkongsi
maklumat di tempat yang berjauhan di antara satu sama lain.
[2 x 1m =2m]
(c) 3 peranan usahawan dari sudut mikro : Menyumbangkan idea & melakukan pembaharuan.
Mengembeleng faktor-faktor
pengeluaran
Mengurus, mengeluar & mengedar
Menangani ketidakpastian
Merancang berdasarkan idea & peluang yang dapat dikenalpasti.
[3x1m
=3m]
(d) Tiga Bentuk Koperasi : Koperasi rendah / asas :
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
5/19
Koperasi di mana ahlinya terdiri daripada individu-jumlah keahlian 100 orang
Koperasi menengah :
Ahlinya terdiri daripada koperasi peringkat rendah-keahlian min ialah dua
koperasi peringkat rendah.
Koperasi tinggi / atasan :
Ahlinya terdiri daripada koperasi peringkat menengah dgn keahlian minimaialah dua koperasi peringkat menengah.
[1m x
3=3m]
(e) Matlamat Penswastaan :
Meringankan beban kewangan kerajaan.
Tingkatkan kecekapan, daya & mutu pengeluran.
Mengagihkan sumber ekonomi secara cekap.
Menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Mempecepatkan pencapaian objektif.
[mana-mana 2 x 1m =2m]
(f) 3 Perlindungan Bukan Tarif:
Kouta - amaun kuantiti produk yg dibenarkan dibawa masuk ke sesebuah negara utk
tempoh tertentu.
Embargo - sekatan perdagangan ke atas sesebuah Negara lain sama ada eksport @
import.
Mengadakan kempen membeli barangan tempatan - menggalakkan rakyatmembeli produk tempatan.
Kawalan pertukaran - Kawalan ke atas pertukaran mata wang asing di kalangan
pengimport.
Subsidi & elaun pelaburan- Membolehkan keluran tempatan dijual pada harga lebih
murah.
[mana -mana 2x1m = 2m]
(g) 3 Peranan Warga Korporat:
Membantu golongan miskin melalui derma, biasiswa & pinjaman.
Menjaga alam sekitar tidak mencemarkan alam sekitar apabila lakukan aktivitiperniagaan
Begiat dalam aktiviti sosial seperti gotong royong & program rakan muda
Sediakan kemudahan awam - kerusi awam, lampu jalan, perhentian bas dll
[3x1m =3m]
(h) Objektif Penubuhan FOMCA :
Menguatkan pembangunan pergerakan pengguna di Malaysia
Menyelesaikan isu-isu pengguna dan mempromosikan hak-hak pengguna
Menjadi badan penasihat kepada semua persatuan pengguna di Malaysia.
[3x1m=3m]
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
6/19
(i) Maksud Enkod dan Dekod:
Enkod :
Tindakan penghantar menterjemah mesej kepada simbol-simbol yang dapat
difahami oleh penerima seperti perkataan,gerakan anggota badan, ayat &
tutur kata.
Dekod
Tindakan penerima mentafsir / menterjemah maklumat yang diterima drp
penghantar kpd makna / maksud / maklumat yang difahami penerima.
[2x1m=2m]
(j) Perbezaan Komunikasi Menegak, Mendatar dan Melintang
i. Komunikasi menegak Komunikasi antara peringkat yg berbeza.
ii. Komunikasi mendatar Komunikasi anatar peringkat yg sama.
iii. Komunikasi melintang Komunikasi antara peringkat bawahan dari bahagian lain
dengan peringkat atasan dari bahagian yang lain
[1m x 3=3m]
SOALAN 2
a. Max Weber :
Memasukkan elemen keagamaan sebagai asas kegiatan ekonomi
Membuat kajian terhadap golongan Protestant dan berpendapat kegiatan ekonomi
adalah dalam konteks sistem Kapitalisme [2]
Mc Clelland :
Mengemukakan Teori Kehendak Kepada Pencapaian
Usahawan mesti mempunyai kehendak pencapaian yang tinggi dan lebih suka
mengambil tanggungjawab ke arah mencapai matlamat dengan usahasendiri [2]
Joseph Schumpeter :
Inovasi sebagai inti keusahawanan
Menyatakan tindakan usahawan adalah diibaratkan penggerak ekonomi dan usahawan
lah yang membawa kepada pembangunan ekonomi [2]
b. Tiga kaedah menjana idea baru, Sumbangsaran :
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
7/19
Pengumpulan idea baru melalui pembentukan kumpulan [1]
Senaraikan semua idea dari kakitangan
Idea dikumpul, analisa dan dipilih yang terbaik
Idea orang lain tidak boleh dikritik untuk menggalakkan
mengeluarkan idea secara bebas. [ max 2]
Kumpulan Fokus :
Tinjauan kendiri yang melibatkan kumpulan individu 6 12 orang
[1]
Ahli kumpulan membincangkan sesuatu isu bersama seorang
fasilitator [1]
Peniaga dapat mengetahui secara terus reaksi pengguna terhadap
produk [1]
Analisis Kemahiran Tenaga Manusia : Analisis tentang pengumpulan maklumat mengenai tenaga manusia
dalam organisasi [1]
Maklumat dikumpul seperti nama pekerja, latarbelakang, sifat-sifat,
kemahiran, kelayakan istimewa, gaji, jenis pekerjaan [1]
Bertujuan untuk memperkenalkan produk baru, membuat keputusan,
merancang [1]
c. i. Pendekatan dalam-luar :
Berdasarkan kemahiran, kebolehan dan latarbelakang diri usahawan Melibatkan penilaian diri individu :
a. Proses mengenalpasti kemahiran diri yang menonjol
b. Pengalaman yang dimiliki dalam bidang-bidang tertentu
Mempunyai pengetahuan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
Con : Pengalaman bekerja di syarikat kewangan bererti usahawan mempunyai
pengetahuan tentang pembiayaan perniagaan
[5]
ii. Pendekatan `luar-dalam :
Pengenalpastian peluang perniagaan yang wujud daripada persekitaran Aktiviti yang dilakukan ialah melakukan pengunjuran dan pemantauan
Menterjemahkan keadaan umum persekitaran kepada peluang pernigaan secara
khusus
Sumber maklumat diperoleh daripada buletin perniagaan, jurnal-jurnal perdagangan
dan suratkhabar
Con : Peluang dari perubahan struktur penduduk, rancangan pembangunan kerajaan
dan wujud industri baru. [5]
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
8/19
SOALAN 3
(a) Lima hak hak pekerja :
1. Tempoh gaji
2. Pendahuluan gaji
3. Potongan dari gaji4. Keutamaan gaji
5. Sistem truck
6. Hari rehat
7. Tempoh waktu bekerja
8. Hari kelepasan/cuti umum
9. Kerja lebih masa
10. Cuti tahunan
11. Cuti sakit
[mana-mana lima,fakta ,huraian1:max 10m]
b) Kepentingan Teknologi Maklumat Dalam Perniagaan:
Menyokong Perlaksanaan Operasi Perniagaan
Sistem rekod lebih kemas dan tersusun dari segi kemudahan
penyimpanan & pengekstrakan data.
Menyokong Pembuatan Keputusan
Keputusan yang lebih tepat dapat dibuat berdasarkan data-data yang
cukup dan lengkap daripada komputer.
Mempercepatkan Pengagihan Maklumat Maklumat penting dapat disebarkan,maklumat mutakhir seperti
pasaran saham dunia dapat diketahui dan lain-lain dapat dilakukan
supaya syarikat dapat bertindak cepat untuk mencapai kelebihan
bersaing.
Membantu Menjimatkan Masa & Meningkatkan Produktiviti.
Ahli perniagaan boleh mengadakan mesyuarat pada waktu yang sama
walaupun berada di tempat yang berasingan, misalnya dengan
mengadakan telesidang.
[fakta ,huraian 2m:max 10m]
c) Kebaikan dan keburukan Internet:
Kebaikan Keburukan
Dapat berinteraksi secara global Penyebaran maklumat yang tidak benar secara meluas
melalui internet.
Mengurangkan kos komunikasi Unsur-unsur lucah mudah didapati
Mempercepatkan pemindahan pengetahuan Unsur-unsur hiburan yang keterlaluan
Menjimatkan masa Hubungan antara manusia tiada kemesraan/rapat
[3 kebaikan, 2 keburukan. 1m setiap satu]
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
9/19
SOALAN 4:
a. Selain bantuan kewangan;
Kemudahan Pemasaran :
1. Membantu usahawan mengedar dan memasarkan produk ke
luar dan dalam negara
2. Bantuan pasarkan produk seperti FAMA, MATRADE,MALAYSIA BEST
Tapak Kilang / Infrastruktur / Prasarana / Ruang niaga
1. lokasi bagi sesebuah perniagaan mendirikan kilang atau
tempat operasi
2. berdekatan kawasan sasaran pasaran atau zon perindustrian
yang menawarkan pelbagai kemudahan infrastruktur
3. agensi kerajaan seperti PKEN yang menyediakan
kemudahan ruang niaga untuk usahawan muda
4. badan berkanun MARA dan UDA
Khidmat nasihat/perundingan/bantuan teknikal/R&D
1. usahawan dapat melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran
2. merangkumi perundingan pengurusan, cara untuk
meningkatkan kualiti produk dan produktiviti organisasi,
pembangunan dan reka bentuk produk
3. disediakan KPU, UDA dan MEDEC
Program pembangunan usahawan / latihan keusahawanan
kurusus yang ditawarkan untuk mewujudkan masyarakat perdagangan danperindustrian bumiputra di Malaysia
misalnya program pembangunan vendor, program mentor-mentee, program
pembangunan francais.
Dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi
(Fakta 1m, Huraian 2m
3 x 3m = 9m)
Mana-mana 3, semak 3 teratas.
b. i. Pengeluaran secara kontrak boleh dilakukan : Apabila syarikat pengeluar tempatan mengadakan perjanjian dengan sebuah
syarikat asing (1) untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatan di loji
pengeluaran negara asing (1)
hasil pengeluaran syarikat penerima kontrak akan diimport kembali
oleh syarikat di negara pemberi kontrak (1)
ii. 3 kelebihan pengeluaran secara kontrak :
dapat memperoleh bekalan tenaga kerja dengan mudah dapat memperoleh bekalan bahan mentah dengan mudah
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
10/19
menerima galakan insentif daripada kerajaan tempatan
c. Lima cabaran usahawan :
Persaingan pelbagai produk yang berkualiti dari syarikat lain.
Perubahan teknologi produk dan perkhidmatan yang diperkenalkan dipasaran
mudah menjadi usang Persekitaran ekonomi keadaan ekonomi yang tidak stabil baik dalam negara atau
luar negara
Perundangan undang-undang yang ketat dan sering berubah menimbulkan pelbagai
masalah.
Globalisasi menjadikan persaingan semakin pesat dalam dunia tanpa sempadan.
Politik keadaan politik yang kurang stabil seperti perebutan kuasa pemerintahan
menimbulkan pelbagai implikasi kepada usahawan.
(Fakta 1m, huraian 1; 5 x 2m = 10m)
SOALAN 5(a) i) Tiga jenis koperasi :
Jenis Aktiviti Utama Contoh
Koperasi
Pengguna
Membekalkan barang dan perkhidmatan yang
diperlukan seperti buku, makanan dan lain-lain
dengan harga yang berpatutan dan tidak
menindas ahli.
Koperasi Kedai Buku
UM
Koperasi Sekolah
Koperasi
Perumahan
Memajukan projek-projek perumahan untuk
kesenangan ahli bagi membeli rumah.
Koperasi Perumahan
Guru-guru Melayu.
Koperasi kreditdan bank Menyediakan perkhidmatan perbankan dengankadar faedah yang rendah dan baik untuk ahli,
menerima deposit dan juga menyediakan
kemudahan kredit kepada ahli.
Bank Rakyat,BankPersatuan
Koperasi
Insurans
Menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan
insuran untuk membantu ahli.
MCIS
Koperasi
Pembangunan
Tanah
Memajukan tanah pertanian. Koperasi Pekebun
Kecil,Peneroka
FELDA
Koperasi
Pengangkutan
Perkhidmatan Pengangkutan Koperasi
Pengangkutan Kedah
Bhd,lain-lain cthreleven
( Pilih 3 Jenis SHJ, 1 jenis 2 M )
a) (ii) Proses Penubuhan Koperasi :
i. Membuat permohonan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi melalui JPK
Wilayah atau negeri. [mak 1]
ii. Setelah mendapat kelulusan dari JPK , satu jawatankuasa penaja (m) yang terdiridari 10 orang(m) dibentuk untuk melakukan tugas-tugas awalan seperti berikut :
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
11/19
a. menentukan jenis koperasi yang hendak ditubuhkan(m)
b. menyediakan aturan-aturan kegiatan utama dan kegiatan-kegiatan lain serta
menentukan objektif penubuhan koperasi berkenaan(m)
c. menggubal undang-undang kecil dengan berpandukan undang-undang kecil
seragam yang disediakan oleh JPK ()
d. mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan butiranperibadi ahli. Jawatankuasa penaja perlu memastikan terdapat tidak kuarang
dariapda 100 orang ahli yang berdaftar sebelum mesyuarat agong penubuhan
dijalankan(m) [mak 3]
iii. Mengadakan Mesyuarat Agung untuk: (m)
a. Mendapatkan ketetapan dari bakal ahli untuk menubuhkan koperasi(1m)
b. Menerima undang-undang kecil (1m)
c. Memilih anggota Lembaga Pengarah Koperasi(1m)
Seorang pegawai dari JPK akan hadir(m) untuk memberi penerangan
mengenai hak dan tanggungjawab ahli serta aktiviti koperasi secara am.
[max 2]
iv. Menghantar dokumen pendaftaran kepada Ketua Pendaftar Koperasi tidak lewat dari
7 hari selepas mesyuarat(m) dan dokumen-dokumen yang perlu diserahkan :
a. borang permohonan pendaftaran yang telah ditandatangani oleh 10 orang
AJK Penaja (m)
b. 3 naskah undang-undang kecil koperasi (m)
c. minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani sekurang-kurangnya
oleh 50 orang yang hadir(m)
[mak 3]v. Setelah pendaftaran diluluskan, satu sijil perakuan akan dikeluarkan oleh JPK sebagai
pengiktirafan bukti sah pendaftaran. [mak1]
b. Perbezaan Koperasi Kedai Buku UMK Berhad, Majlis Perwakilan Pelajar UMK danSyarikat Usaha Maju Kelantan (UMK) Sendirian Berhad
Perbezaan
Kop.Kedai Buku
UMK
Majlis Perwakilan
Pelajar UMK
Syk. Usaha Maju
Kelantan Sdn. Bhd
Penubuhan/Kawalan
Undang-undang
Ditubuhkan
di bawah
Akta
Koperasi
1948 dandidaftarkan
Ditubuhkan
di bawah
Akta
Pertubuhan
1966 diJabatan
Ditubuhkan
dibawah Akta
Syarikat 1965
dan perlu
didaftarkandengan
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
12/19
dengan
Jabatan
Pembangunan
Koperasi [1]
Pendaftaran
Pertubuhan
[1]
Pendaftar
Syarikat [1]
Kawalan
PengurusanPemasaran
Usaha
pemasarantertumpu
kepada
pemasaran
keahlian iaitu
untuk
mengalakkan
lebih ramai
ahli koperasi
melalui
kemudahandan aktiviti
yang
dijalankan.
[1]
Usaha
pemasarantertumpu
kepada
individu
yang
berpotensi
menjadi ahli
dan pihak-
pihak yang
berpotensi
untukmenderma
melalui
aktiviti
faedah
bersama
yang
dijalankan
[1]
Tertumpu
kepada aktivitimenghasilkan
barang dan
perkhidmatan
dan
memasarkan/
menjual kepada
pelanggan[1]
Kawalan Pengurusan
Kewangan
Pengurusankewangan
adalah
terbatas dan
dibawah
kawalan
Ketua
Pendaftar
Koperasi.
Koperasi
mesti
mengikutgaris panduan
yang telah
ditetapkan.
[1]
Menyediakan
Penyata
Penerimaan
&
Pembayaran
Tunai atau
Penyata
Pendapatan
&
Perbelanjaan
dan KunciKira-kira
sekiranya
perlu. [1]
Kawalankewangan lebih
bebas dan tidak
terikat dengan
Pendaftar
Syarikat dan ia
dikawal oleh
Lembaga
Pengarah
Syarikat
Menyediakan
PenyataPendapatan dan
Kunci-kira-kira
utk
menunjukkan
keuntungan
/kerugian
syarikat[1]
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
13/19
SOALAN 6
6 (a) Tiga cara firma asing beroperasi di Malaysia
i. Import :
Merujuk kepada aktiviti membeli barangan dari negara luar untuk
dijual atau digunakan di dalam negara sendiri.
Syarikat asing membeli keluaran dari Malaysia untuk digunakan oleh
negara asing
Kegiatan-kegiatan import oleh firma-firma asing mengakibatkan
Malaysia menerima pendapatan dari negara asing
ii. Eksport :
Merupakan aktiviti menjual barangan yang dihasilkan dalam negara
ke luar negara
Sebagai contohnya firma asing mengeksport barangan modal ke
Malaysia
Kegiatan-kegiatan eksport ini mengakibatkan Malaysia membayar
wang kepada negara asing dan wang Malaysia mengalir keluar ke
luar negara
iii. Kontrak Pengeluaran :
Kontrak pengeluaran ialah pemberian kontrak kepada pengilang-
pengilang luar negara mengeluarkan sesuatu produk sesebuah
syarikat. Negara yang menerima kontrak ( pengeluar) akan menjual
produk tersebut di pasaran negara tersebut atau menjual kepada
negara lain.
Pemberi kontrak dan pengeluar produk tersebut akan terikat dengan
perjanjian dan syarat-syarat mematuhi kontrak. Contohnya Coca
Cola memberi lesen kepada syarikat di Malaysia untuk membotol
dan mengedar produknya di pasaran Malaysia. Syarikat Malaysia
perlu membayar royalti dan harga bahan adunan bancuhan Coca Colakepada syarikat induk di Amerika.
iv. Francais :
Satu kaedah pemasaran produk atau perkhidmatan dengan sebuah
syarikat induk ( francaisor) memberikan hak kepada syarikat lain
atau individu ( francaisi) untuk memasarkan produk atau
perkhidmatan tersebut.
Francaisi akan membayar sejumlah yuran atau peratusan tertentu
daripada jumlah jualan yang diperoleh kepada syarikat induk
Terdapat beberapa jenis francais iaitu frnacais berformat, francaisbertanda nama , francais pengedaran produk, francais penganjur
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
14/19
Contoh francais ialah Syarikat Mc Donald, Pizza Hut.
v. Usahasama :
Satu kerjasama atau gabungan beberapa syarikat antarabangsa tempatan yang
bertujuan untuk menjalankan sesuatu perniagaankan yang bermotifkan keuntungansecara bersama.
vi. Perlesenan
Perlesenan melibatkan pemberian kebenaran dan oleh firma asing kepada syarikat
tempatan bagi tempoh tertentu untuk mengeluar dan memasarkan produk atau
perkhidmatan.
Banyak universiti dari luar negara memasuki Malaysia dengan kaedah ini.
vii. Perkhidmatan
Satu bentuk produk yang tidak nampak dan boleh dirasa kepuasannya. Kegiatan perkhidmatan boleh diimport atau eksport terutamanya melibatkan
kemahiran dan kepakaran yang tidak dimiliki oleh sesuatu negara.
Contoh perkhidmatan perundingan, idea perniagaan dll.
viii. Pembuatan
Pengeluaran barangan keperluan pengguna di kilang.
Pengilang boleh ke luar negara membuka kilang secara sendirian atau usahasama.
Contoh syarikat Jepun menggunakan kemudahan di Malaysia seperti bahan mentah
dan sumber tenaga untuk mengeluarkan barangan dan kemudiannya membawa ke
negara asal untuk dijual.
ix. Operasi serah kunci
Sebuah syarikat asing mereka bentuk, membina dan menyiapkan
kemudahan atau kilang diluar negara.
Apabila projek tersebut siap ia akan menyerahkan kemudahan itu
kepada syarikat tempatan untuk dikendalikannya.
Pilih mana-mana tiga, semak tiga teratas sahaja, setiap fakta 1m+ huraian 1m] [ mak 6]
( b) Empat jenis risiko PAB
1. Tukaran mata wang asing
perubahan dalam kadar pertukaran mata wang asing berlaku apabila mata wang
sesebuah negara mengalami peningkatan atau penurunan nilai berbanding mata wang
negara lain.
Terdedah kepada risiko yang dikaitkan dengan perubahan kadar tukaran asing.
Pendedahan terbahagi kepada 3 iaitu : Pendedahan transaksi, terjemahan dan operasi.
2. Penghantaran balik tunai dan dividen
Apabila firma asing hendak membawa keluar wang / keuntungan ke negara asal
Ada sekatan / tahap jumlah wang tertentu yang dibenarkan contoh yang sesuai
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
15/19
3. Risiko kadar faedah
firma asing membuat pinjaman/pembiayaan dalam negara
perubahan kadar faedah/ kenaikan kadar faedah menyebabkan bayaran balik tinggi
4. Risiko Politik pemilik negaraan
pertukaran kerajaan
pergolakan politik/rusuhan
perubahan dasar
5. Risiko Kredit
Merujuk kepada kemungkinan negara pengeksport yang menjual
keluaran ke negara asing gagal untuk mendapat bayaran daripada
negara pengimport.
Kegagalan pembayaran baki hutang apabila kadar faedah meningkat. Ini berlaku kerana kaedah pengurusan antara negara yang berlainan
adalah berbeza.
Pilih mana-mana 4 fakta teratas dan 1 fakta + huraian 2m [mak 11]
c. Antara kepentingan perniagaan antarabangsa
1. Meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan
i. pasaran bagi perniagaan dalam Negeri agak terhad dan tepuii. sekiranya syarikat dapat memasarkan barangan dan perkhidmatan di
peringkat antarabangsa, mereka akan mendapat liputan pasaran yang
lebih luas.
iii. Perniagaan antarabangsa perlu mewujudkan sasaran pasaran yang
baru dan membolehkan peniaga memasarkan barang dan
perkhidmatannya dengan lebih cepat jika lokasi pasaran barunya
berdekatan dan ini akan menjimatkan masa.
2. Mendapat bahan mentah yang lebih murah dari negara asing. Peniaga mengambil peluang mendapatkan bahan mentah yang lebih murah dengan
beroperasi di luar negara.
Bahan mentah lebih murah dan berkualiti, kos tenaga kerja yang lebih murah
berbanding negara sendiri.
3. Dasar kerajaan yang memberi galakan kepada peniaga untuk menceburi
perdagangan di peringkat antarabangsa.
peniaga yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa biasanya diberikan galakan oleh
kerajaan seperti pengurangan cukai, taraf perintis dan sebagainya.
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
16/19
Keadaan ini memudahkan peniaga untuk menjalankan perniagaannya dan sekaligus
membolehkan mereka mengeluarkan barang dengan harga yang mampu berdaya saing
di peringkat antarabangsa.
4. mendapatkan pindahan teknologi
peniaga yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa berpeluang untuk bekerjasamadengan tenaga profesional asing.
Keadaan ini memudahkan peniaga untuk mempelajari teknologi moden
5. Meningkatkan pulangan kepada pelaburan
apabila sesebuah syarikat tempatan membabitkan diri dalam perniagaan antarabangsa,
mereka akan mendapat status taraf perintis yang membolehkannya memperolehi
pengecualian cukai dan lain-lain kemudahan.
Teknologi yang digunakan untuk meningkatkan pengeluaran dan kos bahan mentah
yang murah diluar negara dapat memberi pulangan keuntungan yang berlipat kali
ganda.
Fakta [1] + huraian [1] maksimum 8 markah ( PILIH 4 )
SOALAN 7
(a) Hubungan manusia dengan manusia
Pendekatan Barat:
Aristotle - kehidupan bermoral bergantung kepada manusia sendiri (1)
Plato - orang yang melakukan kejahatan bukan kerana dia jahat tetapi kerana dia jahil
Protagoras - manusia bebas untuk menentukan nilai baik dan nilai buruk
Agama Kristian, manusia harus hormat menghormati dan tolong menolong antara satusama lain
Ahli masyarakat yang kaya perlu membantu ahli masyarakat yang kurang mampu.
(1 fakta, 1 markah: maksima 3 markah)
Pendekatan Timur:
Agama Islam - manusia perlu membantu antara satu sama lain, contohnya menolong
balu atau anak yatim melalui pembayaran zakat.
Peniaga Islam menjalin hubungan yang baik dengan pekerja, contoh pembahagian
tugas dan pemberian yang adil
Pelanggan dilayan dengan adil tidak menipu
Falsafah Confucius mengutamakan toleransi, harmoni dan perpaduan antara manusia.
Menekankan individu sebagai pusat hubungan manusia Menekankan hubungan baik dalam keluarga dan antara angggota masyarakat.
(1 fakta 1 markah, maksima 3 markah)
Diterima mana-mana yang munasabah.
(b) LIMA masalah kepenggunaan:
Inflasi:
Menaikkan harga barang
Menurunkan nilai mata wang tempatan
mengurangkan kuasa beli pengguna
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
17/19
Kekurangan penawaran barang
kekurangan penawaran barang keperluan akan menjejaskan taraf
hidup rakyat
menggalakkan aktiviti menyorok barang
menaikkan harga barangan
Keselamatan pengguna
Penjualan barang tiruan
Penjualan barang lama yang telah tamat tarikh luputnya
Penjualan barang yang tidak berkualiti daripada luar Negara pada
harga yang murah ekoran dasar lambakan.
Pencemaran alam sekitar
Penggunaan bahan kimia, pembuangan sisa toksik, tumpahan minyak
dan pendedahan kepada bahan radioaktif
Boleh membawa penyakit, memusnahkan hidupan air dan darat sertamenjejaskan taraf hidup rakyat
Kekurangan maklumat
Pengguna jahil tentang hak-hak mereka
Penyebaran maklumat yang tidak betul atau tidak tepat mengenai
keluaran dan pengiklanan yang mengelirukan
(1 fakta 1 markah, huraian 1 markah: 1F + 1H = 2m)
(c) Peranan :
(i) Better Business Bureau
membekalkan maklumat perniagaan
menyelesaikan sesuatu aduan
membekalkan maklumat kepenggunaan
menawarkan khidmat timbangtara
menggalakkan aktiviti perniagaan beretika
menyebarkan maklumat melalui media massa
(maksima 4 markah)
(ii) Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna:
mengawal dan memantau aktiviti perdagangan
memberi perlindungan kepada pengguna
mendaftar dan menyelia syarikat
mendaftar perniagaan
mentadbir aspek hak cipta
mengamalkan sistem perniagaan yang lebih baik
(maksima 5 markah)
SOALAN 8
(a) Bentuk KomunikasiKetua Eksekutif
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
18/19
Ketua Jabatan B
Ketua Jabatan C
Ketua jabatan A
Penyelia CPenyelia B
Penyelia A
Mendatar (1 markah)
Menegak (1 markah)
Melintang ( 1 markah)
Komunikasi Menegak :
dalam rajah, Ketua jabatan A member arahan kepada penyelia A
antara peringkat bahagian atas / ke bawah
komunikasi dua hala lebih kerap
objektif ialah menggalakkan interaksi dan dapat member motivasi
(maksima 3 markah)
Komunikasi Mendatar :
dalam rajah, Penyelia A berbincang dengan penyelia B
antara sama taraf, jawatan , unit
kaedah menyelesaikan masalah secara berkumpulan
objektif ialah selaraskan kerja atau menyelesaikan
masalah secara menyeluruh( maksima 3 markah)
Komunikasi Melintang :
rajah, Ketua Jabatan C ingin mendapatkan maklumat tentang operasi jabatan
C daripada penyelia B
tidak formal
bawahan bahagian lain dan atasan bahagian lain
tujuan, kurangkan birokrasi
(maksima 3 markah)
(b) 4 kelebihan komunikasi lisan dengan contoh:
-
8/4/2019 Percubaan Kelantan 2009 (STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN K2)
19/19
1. mesej boleh dihantar dengan cepat [1 m], contohnya menyampaikan berita melalui
media elektronik [1 m]
2. gabungan penggunaan peralatan visual dan peralatan audio membolehkan mesej
disampaikan dengan lebih berkesan dan menarik, contohnya mengiklan melalui
televisyen
3. maklum balas boleh diterima dengan cepat daripada penerima jika timbul sesuatumasalah yang memerlukan penyelesaian segera, contoh yang sesuai
4. penghantar boleh mendapatkan penjelasan lanjut daripada penerima sekiranya
maklum balas yang diterima sukar difahami, contoh yang sesuai.
(maksima 8 markah)
(c) 5 kaedah mendengar dengan berkesan:
mendengar dengan penuh kesabaran
berusaha untuk memahami perasaan pihak yang bercakap
peruntukkan masa yang mencukupi untuk mengadakanperbincangan
mengelak daripada mengemukakan soalan secara langsung
dan member pendapat yang bercanggah
kemukakan soalan yang ringkas
berusaha untuk mengenal pasti sebarang perkara yang tidak
diluahkan atau fakta yang tertinggal
memberi pandangan yang ikhlas
berusaha untuk memfokus kepada kandungan maklumat,
jangan mencelah sehingga pihak yang bercakap berhenti
bercakap mengelak daripada membuat penghakiman sehingga semua
maklumat atau fakta dinyatakan.
( maksima 5 markah, terima mana-mana yang munasabah)
Mana-mana 5, atau lain-lain isi relevan
1