Percubaan Spt 2014 Kedah
-
Upload
shima-hasimah -
Category
Documents
-
view
15 -
download
1
description
Transcript of Percubaan Spt 2014 Kedah
MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5TAHUN 2014
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)
MODUL 2
SAINS PERTANIAN
Kertas 2Dua jam
JANGAN BUKA KERTAS MODUL INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi enam soalan.2. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian : Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.3. Jawab semua soalan daripada Bahagian A, satu soalan daripada Bahagian B dan satu soalan daripada Bahagian C.4. Setiap soalan diperuntukan 15 markah.5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.
Kertas soalan ini mengandungi 8 Halaman bercetakBahagian A
[30 markah]
Jawab semua soalan.
1(a)Kaedah pengurusan perosak bersepadu melibatkan penggunaan kombinasi
beberapa kaedah kawalan. Terangkan tiga kaedah kawalan yang boleh
diamalkan.
[6 markah]
(b)MARDI terlibat dalam penghasilan varieti baru ciku Maha. Terangkan mengikut
urutan yang betul langkah MARDI menghasilkan ciku Maha.
[9 markah]
2Rajah 1 menunjukkan dua kaedah pengawalan organisma perosak tanaman.
KAEDAH XKAEDAH Y
Rajah 1(a)Terangkan tiga kelebihan kaedah X berbanding kaedah Y.
[7 markah](b) Rajah 2 menunjukkan dua kaedah pembiakan tanaman secara aseks.
Kaedah PKaedah Q
Rajah 2
(i) Namakan kaedah pembiakan P dan Q
[2 markah ](ii) Terangkan tiga kelebihan pembiakan P berbanding Q.[6 markah]
Bahagian B
[15 markah]Jawab satu soalan sahaja.
3 Jadual 1 menunjukkan maklumat pembajaan untuk satu program pembajaan tanaman jagung..
Jenis BajaKuantiti Digunakan (kg)Kos /beg (50kg)
UREA (46%N)240RM85.00
CIRP (35% P2O5 ) 120RM55.00
Muriat Potasy200RM70.00
Jadual 1Hitungkan:
(a) Kuantiti N, P2O5 dan K2O dalam baja campuran itu.
[6 markah]
(b) Kuantiti baja Urea, CIRP dan Muriat Potasy yang diperlukan untuk menghasilkan baja campuran itu.
[3 markah]
(c) Jumlah kos baja campuran.
[6 markah]
4Jadual 1 (a) dan 1 (b) menunjukkan maklumat tentang bidang usaha ternakan ayam sebanyak 1000 ekor.
Umur
(minggu)Purata berat
badan (g/ekor)Berat makanan dimakan (g / ekor)
115095
2390160
3640310
41050450
51650860
61830980
Jadual 1 (a)PerkaraAmaun
(RM)
Perbelanjaan6.80 / ekor
Harga jualan5.20 / kg
Jadual 1 (b)
(a) (i) Hitung pertambahan berat badan ayam daripada minggu ke-2 hingga
minggu ke-3.
[2 markah](ii) Nyatakan pada minggu ke berapa pertambahan berat badan ayam tertinggi dicapai.
[ 1 markah]
(iii) Hitung nisbah penukaran makanan pada minggu ke-5.
[ 4 markah](b) Jika ternakan itu di jual pada minggu ke-6, hitung:
(i) jumlah perbelanjaan. [ 2 markah]
(ii) jumlah pendapatan. [ 2 markah]
(iii) keuntungan. [ 2 markah]
(iv) pulangan setiap ringgit dilabur. [ 2 markah]
Bahagian C
[15 markah]
Jawab satu soalan sahaja.5. a) Huraikan langkah-langkah eksperimen menentukan pH tanah dengan
menggunakan larutan Penunjuk Universal (kaedah Kuhn).
[ 9 markah]
b) Huraikan langkah-langkah eksperimen menentukan pH tanah
menggunakan meter pH.
[ 6 markah]
KomponenKuantiti
Penapis1
Pam1
Paip sisi2
Paip utama1
Paip sub utama1
Kunci paip utama1
Kunci paip sisi2
Meter tekanan1
Kepala percikan4
Penyambung T1
Penyambung L2
Penamat2
Paip tegak4
Jadual 26. Jadual 2 menunjukkan senarai komponen yang diperlukan untuk sistem pengairan percikan jenis mikro.
Lampiran 1 adalah pelan menunjukkan susun atur kotak semaian dan punca air di mana sistem pengairan itu hendak dipasang.
(a) Lakar dan labelkan pelan sistem pengairan pada Lampiran 1 dengan menggunakan semua komponen dalam Jadual 2.
[10 markah]
(b) Huraikan bagaimana sistem pengairan itu beroperasi bermula daripada punca air.
[5 markah]
Lampiran 1
KERTAS SOALAN TAMATNo Kad Pengenalan.. Angka giliran
Kotak semaian
Punca air
Kotak semaian