PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

download PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

of 23

Transcript of PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    1/23

    1

    SKEMA SUKATAN PELAJARAN SEJARAH BAHARU : AKHIR TAHUN 6 RENDAH

    CARA PEMARKAHAN

    PENGENALAN : 3M

    ISI : 15M

    KESIMPULAN : 2M

    PENGREDAN

    A

    Calon mengingat semula, memilih, dan menggunakan pengetahuan sejarah yangreleven dan tepat untuk menyokong hujah yang koheren dan logik

    Calon menyampaikan idea dengan cara yang jelas dan koheren mengunakan istilahSejarah yang bersesuaian

    Calon menunjukkan pemahaman tentang kompleksiti konsep sejarah, membezakandengan jelas antara sebab dan akibat, perubahan dan kesinambungan, persamaan

    dan perbezaan dengan menggunakan /bukti sejarah yang tepat dan releven

    Calon menunjukkan pemahaman tentang individu dan masyarakat masa silam;memahami kepentingan motif individu yang terlibat

    Calon menggunakan, menilai dan menginterpretasi sumber sejarah sebagai bukti,mengenal pasti dengan tepatnya kekangan sumber tertentu, membanding dan

    membezakan pelbagai sumber serta membuat esimpulan yang jelas dan logic

    C

    Calon mengingat dan memilih pengetahuan sejarah yang releven untuk menyokonghujah yang logic Calon menyampaikan idea secara jelas dan koheren dengan menggunakan istilah

    sejarah yang bersesuaian

    Calon membezakan antara sebab dan akibat, perubahan dan kesinambungan sertapersamaan, dan perbezaan dengan menggunakan bukti yang tepat tetapi terhad

    Calon menunjukkan pemahaman tentang individu dan masyarakat masa silam Calon menggunakan, menilai dan menginterpretasi sumber sejarah sebagai bukti,

    menunjukkan kekangan sumber tertentu, membanding, dan membezakan pelbagai

    sumber serta membuat kesimpullan yang koheren

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    2/23

    2

    1. Huraikan susun lapis masyarakat di England pada abad ke-16 hingga 17

    Pendahuluan ( 3 Markah )

    Feudalisme juga sering dikenali sebagai satu sistem anarki yang dirancang. Dalam mentafsirkanfeudalisme, perlu diingat bahawa anarki yang dirancang adalahlah lebih baik daripada anarkiyang tidak mempunyai organisasi dan tanpanya masyarakat Eropah akan mengalami keadaan

    yang tidak teratur dan kacau-bilau. Disamping itu juga, feudalisme turut didefinisikan sebagai

    satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan Empayar

    Charlemagne dan berlanjutansehingga abad ke-14. Abad tersebut memperlihatkan era yang

    digelar masyarakat feudal. Dalam buku Feudal Society karya Marc Bloch , beliau mentakrifkan

    istilah feudal digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adab yang sekian lama diterima

    dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan masyarakat itu yang meliputi perjanjian

    secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan. Jika dilihat dari segi strukturnya,

    sistem feudal memaparkan satu bentuk piramid.

    Feudalisme secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan,iaitu kuasa politikdikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian dan bukan kerajaan pusat. Pada

    asasnya, sistem ini seperti yang wujud di Eropah sejak abad ke-9 memperlihatkan hubungan

    peribadi yang erat antara tuan tanah (lord ) dan petani (vassal ) yang disyaratkan untuk memberi

    taat setia kepada lord . Satu pihak akan memberi perlindungan sementara satu pihak lagi

    memberi perkhidmatan ketenteraan dankeselamatan kepada raja. Selain aspek ketenteraan dan

    keselamatan, feudotari juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah buruh

    untuk sistem kerah. Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperoleh faedah dan

    keuntungan bersama. Sistem feudal menyediakan satu unsur , tetapi secara keseluruhannya

    berkesan, pertahanan dalam masa peperangan dan rangka yang perlu untuk mengekalkan

    undang-undang dan peraturan.

    Dalam sistem feudal terdapat 3 ciri pemerintahan utama iaitu Counts atau Lords, Vassals, danManor. Counts atau Lords ialah orang yang penting dalam sesebuah wilayah dan mempunyai

    kekuasaan ke atas tanah yang luas. Golongan Lord yang kurang berpengaruh terpaksa tunduk

    kepada Counts untuk mendapatkan perlindungan dan terpaksa menjadi Vassal kepada Counts.

    Vassals bererti pekerja ataupun pemilik tanah kepada Lord. Di kawasan kampong, terdapat satu

    corak kehidupan digelar Manor, iaitu harta milik Lords. Para pekerja dalam sistem ini dikenali

    sebagai serf, iaitu hamba yang terikat kepada Lord dan diberi perlindungan

    Isi-isi ( 5 isi x 3 markah = 15 markah )

    SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND

    Dalam masyarakat feudal di Engaland terbahagi kepada tiga golongan iaitu golonganpemerintah raja, golongan bangsawan iaitu Baron dan Knight dan golongan diperintah iaitu

    hamba yang dikenali sebagai villains, serf atau hamba. Tiga golongan ini berkait rapat dan saling

    memerlukan antara satu sama lain. Raja memerlukan Baron untuk menjalankan aktiviti

    memungut hasil cukai daripada pihak knight, manakala kbight bertanggungjawab kepada Baron

    dan raja dengan memberi perlindungan dari segi ketenteraan, manakala hamba pula

    menyediakan bekalan makanan dan sumber tenaga dalam peperangan. Sebaliknya golongan

    atas menganugerahkan tanah kepada golongan pertengahan sebagai balasan terhadap

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    3/23

    3

    perkhimatan yang telah diberikan. Golongan pertengahan pula memberi perlindungan kepada

    golongan bawahan atas jasa mengusahakan tanah dan menyediakan makanan kepada mereka.

    SUSUN LAPIS DAN PERANAN MASYARAKAT FEUDAL ENGLAND

    1. RAJA

    Raja menduduki hierarki tertinggi dalam sistem feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dannegara. Dalam sistem yang kompleks daripada pengagihan kuasa pusat ini,idea tentang kerajaan

    yang terdiri daripada rakyat yang terdiri daripada rakyat yangdiperintah secara langsung oleh

    kerajaan pusat tidak wujud lagi. Namun, di sepanjang zaman feudal, negara dapat mengekalkan

    kewujudannya dan raja masih terus memerintah walaupun kuasa mereka semakin berkurangan.

    Pada masa itu, tidak terdapat sistem percukaian, undang-undang atau mahkamah serta

    tentera kebangsaan. Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah

    negara dengan memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak. Dalam erti kata

    lain,golongan raja mempunyai kuasa yang penuh ke atas tanah-tanah di dalam negara

    dan berhak memutus kan kepada sesiapa untuk memajakkan tanah yang menjadi miliknya . Olehitu, seseorang yang dipercayai sahaja yang diberikan hak untuk memajak tanah tersebut iaitu

    daripada golongan puak Vassal. Akan tetapi, Vassal terlebih dahulu dikehendaki untuk

    mengangkat sumpah sebagai tanda taat setia kepada raja dan harusmenjalankan tugas mengikut

    arahan raja. Kebiasaannya, golongan Vassal ini adalah terdiri daripada golongan lelaki.

    Di samping itu juga, raja turut memberikan tanah kepada golongan bangsawan yang terdiridaripada Barons, Bishops dan Knight sebagai balasan atau pun ganjaran terhadap

    perkhidmatan yang telah mereka berikan. Namun, sebagai balasannya, golongan bangsawan

    haruslah membekalkan askar-askar untuk tujuan peperangan. Dalam masyarakat feudal,

    kesetiaan yang tidak berbelah bahagi adalah amat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua

    golongan pada masa tersebut. Tanah-tanah telah dapat dikumpulkan melalui pemberian olehgenerasi, raja yang didorong oleh hasrat untuk menyatukan dirinya dengan Tuhan dan membuat

    kerja kebajikan supaya dosanya yang lalu dapat diampunkan. Sebagai contoh, Henry II (contoh

    raja yang paling baik pada zaman pertengahan) telah menggunakan hakim. Sistem pengadilan di

    England, mengadakan mahkamah penyiasatan kes atas tindak tanduk pihak berkuasa

    tempatan yang bertanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan peraturan.

    Walaupun raja berkuasa dalam sesebuah wilayah namun golongan itu perlu mencari kaedahuntuk mengekalkan kedudukannya. Mereka perlu memberikan ganjaran kepada golongan

    bangsawan untuk mengawal golongan bangsawan tersebut. Secara tidak langsung, golongan

    bangsawan akan dikurniakan tanah dan sekali gus golongan ini akan terikat dengan pemerintah

    pada zaman itu. Taat setia akan ditumpahkan kepada raja danmereka akan melindungi rajadaripada sebarang ancaman baik secara luaran mahupun dalaman. Selain itu, mereka juga akan

    memaklumkan dan memberi sokongan bersenjata kepada pemerintah.

    Golongan raja juga turut memperolehi hasil pendapatan daripada cukai-cukai yang dikenakankepada golongan bangsawan hasil daripada tanah yang telah mereka berikan. Dalam bidang

    ketenteraan, raja turut bertanggungjawab untuk mengepalai tentera dalam peperangan dan

    seterusnya mencetuskan kemenangan bagi pihaknya. Di bawah sistem feudal, raja diiktiraf

    sebagai penguasa ke atas semua Lord dan pemilik kesemua tanah dalam kerajaannya. Raja

    memerintah bukan sekadar raja mutlak atau pun sebagai raja berpelembagaan, tetapi sebagai

    feudal overlord iaitu golongan bangsawan yang berkuasa penuh ke atas tanah, anak-anak buah

    dan hamba-hambanya.Hasil perbelanjaan negara juga diperolehi oleh raja menerusi pendapatandaripada tanahnya sendiri, estet-estet di raja dan bantuan daripada pihak vassal. Selain itu

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    4/23

    4

    juga, beliau tidak dapat membentuk pasukan tentera kebangsaan tetapi boleh memanggil

    hambanya untuk melaksanakan perkhidmatan tentera yang disertai oleh hamba mereka yang

    lain. Di samping itu juga, beliau tidak boleh mengisytiharkan perundangan yang mengikut semua

    ahli dalam negeri tetapi beliau boleh mengarahkan hambanya danmengeluarkan peraturan

    pihak berkuasa dengan harapan bahawa hambanya akanmenyampaikan kepada orang yang

    berada di bawah pemerintahan mereka.

    Golongan raja juga tidak mempunyai bidang kuasa terhadap sebahagian besar rakyat tetapibeliau boleh mengadakan mahkamah feudal untuk membicarakan hambanya yang terdekat dan

    tanggungannya. Dari segi amalan, sememangnya ketua hamba mematuhi raja dan melaksanakan

    tugas mereka hanya jika difikirkan perlu dan mereka jarang membawa sebahagian hamba

    mereka bersama apabila dipanggil untuk memberi perkhidmatan ketenteraan. Pada awal zaman

    feudalisme, kebiasaannya mereka telah mengenepikan perintah raja. Di England, pemerintahan

    beraja feudal tidak lagi memegang tampuk kuasa namun akhirnya kedua-duanya menjadi

    mangsa kepada sengketa warisan dan raja yang lemah.

    2. BANGSAWAN/ BARON

    Golongan bangsawan kekal mendominasi kumpulan sosial, yang mana kuasa dan pengaruh nyatetap kukuh dalam sistem feudal dan struktur-struktur manor itu. Walau bagaimanapun,

    perubahan keadaan ekonomi telah membawa perubahan baru yangmenjejaskan status dan gaya

    hidup mereka. Golongan bangsawan menduduki hierarki kedua selepas golongan raja. Golongan

    ini turut memainkan peranan yang penting dalam system pemerintahan pada zaman dan Duke

    telah menjadi sesuatu yang diwarisi secara turun temurun. Keadaan tersebut menjadi mudah

    kepada golongan Count dan Duke untuk mendapatkan lebih pengaruh kerana dikatakan mereka

    mempunyai kekuasaan dan hak yang lebih hebat daripada golongan raja. Golongan bangsawan

    juga diberi sebahagian tanah yang dimiliki oleh raja dan tanah tersebut dikenakan cukai sebagai

    taat setia kepada raja. Selain itu, tanah yang diberi oleh golongan raja ini boleh diwarisi secaraturun temurun oleh keluarga bangsawan.

    Golongan bangsawan akan memainkan peranan penting dalam sesuatu urusan pentadbiransekiranya ketiadaan raja dalam wilayah. Peranan golongan bangsawan ialah bertanggungjawab

    terhadap golongan raja iaitu menyediakan makanan, tempat tinggaldan hiburan. Di samping itu

    juga, golongan bangsawan perlu menghadirkan diri seandainya terdapat sebarang lawatan atas

    arahan pemerintah. Golongan ini berkhidmat dengan pemerintah melalui pelbagai kaedah

    seperti terlibat dalam peperangan, sebagai penegak keadilan serta melibatkan diri dalam Dewan

    Majlis.

    Selain itu, golongan bangsawan juga berperanan dalam memberi nasihat kepada golonganpemerintah dalammembuat sesuatu keputusan. Manakala, dalam hal-hal yang berkaitan denganilmu agama pula, golongan bangsawan turut memainkan peranan dalam mentabir hal-hal

    yang berkaitan dengan gereja di samping mengendalikan urusan pentadbiran dan

    politik kerajaan. Di samping itu, dari segi penempatan golongan bangsawan ini, mereka tinggal di

    suatu kawasan yang luas berserta dengan rumah yang besar. Secara tidak langsung,rumah yang

    besar itu melambangkan tahap kekayaan dan taraf hidup golongan bangsawan tersebut. Mereka

    mencari kawasan yang luas dan selamat kerana bimbang akan serangan daripada pihak musuh.

    Dalam hal ini, golongan pahlawan atau knight bertanggungjawab untuk melindungi golonganbangsawan. Kebiasannya, rumah golongan bangsawan ini mempunyai dua bilik yang besar,

    dewan dan bilik tidur yang cantik serta dilengkapi dengan almari pakaian. Dewan yang besarpula terdiri daripada ruang tamu, dewan makan, bilik tetamu dan turut disediakan bilik untuk

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    5/23

    5

    hamba-hamba mereka. Dalam dewan tersebut, golongan ini turut menjalankan urusan dengan

    pembantu mereka, vassal dan para petani.

    Kebiasaannya, petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanahmereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksamenjadi hamba. Selain itu, semua penghuni

    istana tersebut akan makan di meja yang diperbuat daripada kayu panjang manakala paratetamunya akan duduk di tempat yangagak tinggi di hujung dewan tersebut. Pada malam hari

    pula, semua ahli keluarga golongan bangsawan akan tidur di bilik persendirian, manakala

    golongan hamba merekaakan tidur di atas lantai. Bilik tidur pula merupakan ruangan untuk

    berehat bagi seisi keluarga. Di samping itu, kelengkapan almari pula digunakan oleh golongan

    bangsawan untuk menyimpan kesemua pakaian mereka. Di dalam rumah itu juga, turut

    disediakan sebuah gereja kecil yang digunakan untuk memudahkan mereka mengadakan

    upacara keagamaan yang kecil atau pun sebagai tempat sembahyang secara persendirian.

    3. KNIGHT

    Knight biasanya didominasi oleh kaum lelaki. Seorang yang layak menjadi knight apabila bapaatau atuknya pernah dilantik menjai knight. Kebiasaanya seawall umur 7 atau 8 tahun kanak-kanak ini akan dihantar ke istana raja atau bangsawan lain untuk mendapatkan latihan dan

    bertujuan bagi mengelakkan kanak-kanak tersebut terpengaruh oleh pemikiran ibu dan kakak

    mereka. Knight akan diberikan tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang

    ketenteraan. Mereka juga akan mula berkhidmat kepada raja atu lord atau baron dan mendapat

    ganjaran seperti tanah, harta dan barang rampasan. Knight juga diberi tanggungjawab iait perlu

    melindungi Baron dan keluarga. Mereka juga terikat oleh sumpah yang menghendaki mereka

    berkhidmat untuk Baron dan Raja yang boleh dipanggil bertarung bila-bila masa dan akan diberi

    ganjaran tanah. Mereka mempunyai tanah yang luas dan mengagihkan kepada golongan villeins

    (serf) untuk dikerjakan semasa ketiadaan mereka. Knight juga akan tinggal di tanah miliknya dan

    berhak memungut hasil dari tanah tersebut. Mereka juga memiliki tentera mereka sendiri danpenduduk yang mengusahakan tanah tersebut akan tinggal di situ. Sebagai balasan knight akan

    melindungi mereka (petani, hamba abdi serta keluarga).

    Kehidupan harian pada zaman pertengahan di England ditentukan oleh Raja atau Baron.Kehidupan mereka tertumpu kepada peperangan untuk melindungi Raja atau Baron. Banyak

    masa Knight dihabiskan untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran dalam ketenteraan (strategi

    peperangan, pengetahuan tentang pengepungan dan penggunaan senjata). Mereka mesti

    berpegang kepada kod kesatriaan yang ditentukan oleh Raja atau Baron iaitu berjanji untuk

    melindungi golongan lemah, bersopan dengan golongan wanita, setia kepada raja dan

    menyembah Tuhan sepanjang masa. Mereka juga mesti bersifat rendah diri dan tidak bermegah-

    megah terhadap orang lain terutama mengenai kehebatan mereka. Knight juga diajar untukmemaafkan musuh bagi mengalah dan menundukkan mereka.

    Di sebelah petang Knight menjalani latihan untuk menambah kemahiran-kemahiran merekamenunggang kuda atau mengiringi Baron atau raja dalam aktiviti memburu, penjajahan atau

    memeriksa tanah-tanah dan ladang-ladang. Pada sebelah malam biasanya Knight makan malam

    di Hall Castle atau Manor House. Selepas makan malam mereka dihidangkan pula dengan

    hiburan seperti muzik, menari, baut-badut dan sebagainya. Rutin harian kehidupan seorang

    Knight biasanya berulang dari hari sehari

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    6/23

    6

    4. VASSAL

    Raja mempunyai banyak tanah,namun tidak mampu untuk menguruskan kerana merekaterpaksa mengembara ke negeri lain.Oleh itu ,raja memerlukan satu kuasa untuk mengekalkan

    hak ke atas tanah tanah tersebut walaupun tidak secara lansung untuk menyelesaikan masalah

    tersebut ,satu jenis kontrak antara bangsawan dan raja telah dibuat .Bangsawan yang dipercayaiitu adalah Vassal. Vassal dikehendaki menjalankan acara sumpah taat setia kepada raja.Vassal

    bergilir gilir melakukan sumpah setia tersebut di hadapan raja atau wakil raja iaitu steward .

    Majlis ini dinamakan sebagai Sumpah Kesetiaan. Majlis ini penting untuk mengikat hubungan

    antara kedua dua pihak supaya Vassal dapat memberi sokongan kepada raja sepanjang

    pemerintahan beliau. Raja akan mengenakan cukai ke atas Vasal sebagai wang perlindungan .

    Vassal juga bertanggungjawab mengurus kan tanah yang diberian dan menyediakan askar- askar

    untuk peperangan.

    Gelaran Vassal ialah seorang bangsawan yang bersumpah di hadapan raja atau steward. Merekamelutut di hadapan baginda dan bersumpah akan taat setia. Keadaan ini dikenali sebagai

    Penghormatan dan Kesetiaan yang menyebabkan Vassal terikat dengan golongan Raja supayamenjaga tanah yang diamanahkan. Sekiranya mereka tidak memenuhi syarat yang ditetapkan

    mereka dikira pengkhianat. Tanah yang mereka miliki kebiasaanya antara 1 200 hingga 1 800

    ekar

    Peranan Vassal yang utama ialah mengusahakan tanah yang dianugerahkan oleh raja. Merekadikehendaki menguruskan petani atau villains supaya mengerjakan tanahnya dan sebagai

    balasan akan dibayar upah. Cukai-cukai dikenakan terhadap petani dan serf. Cukai yang

    dikenakan merupakan pendapatan Vassal. Golongan serf dan villlians akan bekerja 3 hari

    seminggu di tanah Vassal. Mereka juga membekalkan tenaga tentera untuk peperangan selian

    menyiapkan kerja rutin di istana yang dikehendaki oleh raja. Dalam bidang ketenteraan pula,

    Vassal berperanan menyediakan askar-askar terlatih untuk menghadapi peperangan selainmenyediakan peralatan seperti baju-baju dan senjata-senjata untuk askar-askar.

    5. GOLONGAN BAWAHAN

    Golongan petani, serf ataupun hamba berada dalam kedudukan paling bawah dalam sistemfeudal di England. Kewujudan golongan petani berkait rapat dengan tuan-tuan tanah kerana

    mereka kebiasaannya mempunyai hutang dengan tuan tanah. Petani di England terdiri dari 4

    golongan iaitu petani bebas, petani separuh bebas, serf dan hamba. Petani bebas adalah petani

    yang memiliki tanah mereka sendiri di mana mereka bebas untuk bercucuk tanam manakala

    petani separuh bebas adalah petani yang tidak memiliki kebebasan, tidak mempunyai tanah dan

    hidup mereka tertakluk kepada undang-undang tuan tanah. Serf pula bercucuk tanam danmenternak binatang di atas sekeping tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk

    keperluan harian. Sebagai balasan golongan serf ini memberi perkhidmatan dengan

    mengerjakan tanah dan juga tugas-tugas lain. Serf yang mempunyai kemahiran tertentu seperti

    membuat perabot dan peralatan perang akan menghasilkan barangan tersebut untuk ditukarkan

    dengan barang-barang keperluan asas yang lain seperti gandum, kambing dan kuda dengan

    menggunakan kaedah pertukaran barang. Hidup serf ditentukan oleh tuan tanah di mana

    mereka tidak mempunyai selepas berhak untuk berkahwin, boleh dihantar ke manor yang lain

    serta boleh ditukarkan dengan serf yang lain oleh tuan tanah. Petani di England juga terpaksa

    membayar sewa kepada tuan tanah dalam bentuk ayam, buah-buahan, sayur-sayuran ataupun

    dalam bentuk bulu kambing biri-biri. Tuan tanah turut meminta pelbagai jenis denda dan salah

    satunya ialah heriot. Heriot merupakan bayaran khas yang dibayar oleh waris apabila kematian

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    7/23

    7

    seorang petani sebagai pengiktirafan hak milik tuan tanah bagi memperbaharui kontrak warisan

    tersebut

    Pada abad ke 16 hingga 17 kehidupan petani berubah selepas berlaku perubahan kepadaekonomi England. Banyak tanah dibuka untuk tujuan pertanian dan permintaan terhadap bahan

    makanan bertambah. Pertanian komersil turut dijalankan. Golongan serf kini bebas daripadatuan tanah selepas berlaku peningkatan dalam pertanian dagangan, kemunculan Bandar dan

    perkembangan sector perusahaan. Petani keluar dari kampong dan mencari pekerjaan di bandar

    menyebabkan kekurangan buruh di kampong. Tuan tanah terpaksa menyewakan tanah dan

    mengupah orang bebas yang dibayar gaji dan terpaksa membebaskan serf supaya dapat

    menyewakan tanah kepada mereka. Serf yang dibebaskan pula menjadi petani dan menjual

    hasil tanaman bagi menyara hidup. Kesannya hubungan antara tuan tanah dengan petani tidak

    begitu rapat dan mereka menyifatkan petani sebagai buruh upahan dan lebih kepada hubungan

    di antara majikan dan pekerja.

    Pembebasan yang dinikmati oleh serf membolehkan mereka bekerja sebagai buruh upahan diladang, menyewa tanah daripada tuan tanah untuk mendapatkan hasil tanaman dan berpindahke bandar untuk bekerja sebagai buruh kasar atau mahir

    KESIMPULAN ( 2 markah )

    Nyatalah feudalisme adala satu sistem pemerintahan yang lahir pada abad ke-9 dan berlanjutanhingga abad ke 13. Sesungguhnya feudalisme di Eropah adalah satu sistem hidup dengan

    penggantungan 3 golongan iaitu gereja (men of prayer), panglima perang (men of war) dan

    petani (men of work). Walaupun terdapat kelemahan sistem ini sekurang-kurangnya

    memberikan sedikit peraturan kepada masyarakat dalam zaman yang tidak mempunyai undang-

    undang dan ia berjaya menyatukan Eropah terutamanya sehingga kemunculan kuasa monarkiyang boleh mengikatnya ke dalam satu kerajaan yang kukuh serta merupakan peralihan kepada

    tamadun moden

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    8/23

    8

    2. Huraikan peranan Peter The Great (1682-1725) dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia.

    PENDAHULUAN (3M)

    -Biodata Peter The Great

    -Konsep pemerintahan beraja

    -Latarbelakang Rusia

    ISI ( 5 x 3M = 15 M)

    -Peranan Peter The Great dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia.

    1) Politik

    -Menyusun semula sistem pentadbiran Rusia yang diwarisi sejak era Moscow dan Dinasti

    Rurik.Badan yang bertanggungjawab membantu pemerintahan dan pentadbiran ialah Duma

    (Majlis Penasihat Tertinggi-bangsawan kanan),Zemskii Sabor (Majlis Penasihat-

    bangsawan),Prikazi (Jabatan Kerajaan yang melaksana dasar yang diluluskan Duma)

    -Tahun 1971 Duma dan Zemskii Sabor diganti dengan Majlis Senate (dianggotai 9

    orang/kemudian Colleges dibentuk untuk memikul beban tugas Majlis Senate yang semakin

    berat.)

    -Tahun 1721 Peter memindahkan pusat pentadbiran dan ibu kota Rusia dari Moscow ke

    St.Petersburg.Tahun 1914 nama St. Petrsburg ditukar kepada Petrograd yang menjurus kepada

    identity Rusia.

    2)Ekonomi

    -Memberi sokongan kepada industri perkilangan membuat senjata,peralatan teknikal tentera

    dan pembuatan makanan

    -Penekanan kepada sektor pembuatan seperti tekstil,kertas,kaca dan barangan kulit.

    -Menambahkan Perbendaharaan Negara dan membantu membiayai peperangan

    (memperkenalkan pelbagai cukai ,cth:cukai barang keperluan seperti madu/ikan tepung / cukai

    kepala cth: petani dan hamba 70-80 kopecks / professional dan aristokrat 1 rouble (20

    kopecks)..Cukai mesti dibayar tunai.

    -Pengenalan kaedah banci (diperkenalkan tahun 1719 untuk mengetahui jumlah keseluruhan

    rakyat Rusia dan melancarkan kutipan cukai),buktinya tahun 1719 (5 570 000 orang awam telah

    membayar cukai ) dan tahun 1724 (169 000 dari orang awam tinggal di bandar besar.

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    9/23

    9

    3) Pembaratan

    -Pemerintahan mutlak yang diamalkan oleh Peter menunjukkan usaha Peter melakukan

    pembaratan cth:

    i-Penampilan diri masyarakat Rusia (pegawai tinggi diarah cukur janggut dan berpakaian alaJerman dan Hungary)

    ii-Peraturan ini juga diwajibkan kepada semua masyarakat Rusia kecuali petani dan institusi

    gereja, jika enggan cukur janggut mesti didenda (cukai)

    iii-Mewajibkan menghisap curut

    iv-menggalakkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan wanita dalam sebarang temasya

    atau pesta yang diadakan

    4) Tanah-tanah tak alih

    -Zaman Moscow tanah tak alih dibahagikan sama rata dalam kalangan anak lelaki selepas

    pemilik meninggal dunia,menyebabkan peningkatan bilangan gentry dan sukar dikawal oleh

    Peter

    -Tahun 1714 Peter mengeluarkan dikri kepada seorang anak lelaki sahaja,jika tiada anak lelaki

    diserahkan kepada anak perempuan,jika tiada anak perempuan diserahkan kepada saudara

    waris

    5)Pengubahsuaian Kalendar

    -Mengikut kalendar yang digunakan oleh masyarakat Rusia sebelum ini,Tahun Baru disambut

    pada bulan September

    -Peter menggunakan sistem takwin Julius (tahun baru disambut bulan Januari)

    6)Pengubahsuaian hidup rakyat

    -Rakyat Rusiadigalak menterjemah bahan bacaan dari luar Negara

    -Surat Khabar pertama Rusia diperkenalkan

    -Wanita diberi kebebasan keluar rumah dan menghadiri majlis keramaian

    -Menjaga kebajikan rakyat (memastikan rumah sesuai diduduki dan atap rumah ditutup dengan

    jubin untuk mengelak kebakaran.

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    10/23

    10

    7)Pembangunan Pendidikan

    -Pelajar Rusia dihantar untuk menuntut ilmu dan mempelajari kepakaran ke Negara barat lain

    agar Rusia boleh bersaing dengan Negara barat lain

    -Menambah bilangan institusi pendidikan dengan menubuhkan lebih banyak sekolah (penekanan pembelajaran berkaitan ketenteraan seperti arithmetic,geometri,geografi dan ilmu

    pelayaran. Cth sekolah : The Navigator School,Naval Academy dan Artillery Academy.

    -Mengilhamkan idea penubuhan sebuah Universiti iaitu The Imperial Academy of Science yang

    meliputi kolej ilmu fizik,matematik dan sejarah

    8)Ajaran Kristian Ortodoks

    -Berperanan mengukuhkan dan menyuburkan ajaran agama kristian ortodoks bertujuanmemastikan kerajaan Uthmaniyah tidak dapat bersatu dengan masyarakat Islam bukan Russia di

    bahagian selatan Rusia seperti Kazakh,Karakalpak,Bashkir dan Nogay untuk menumbangkan

    Rusia.

    -Penukaran agama golongan minoriti untuk mengukuhkan kuasa Peter,Dinasti Ramanov dan

    Empayar Rusia kerana golongan ini menumpahkan kesetiaan politik.

    -Peter menggunakan tawaran kemewahan dan kebendaan sebagai umpan dalam usaha

    menukar pegangan agama golongan minority, antaranya:

    i-Tuan tanah beragama Islam di Kazan dan Azov telah diberi pilihan menukar agama dalam masaenam bulan jika tidak, tanah milik mereka akan dirampas

    ii-Mereka ditawar ganjaran lumayan (bagsawan lelaki akan diberi 10 rouble untuk diri sendiri,5

    rouble untuk isteri dan setiap anak 1.25 rouble.

    iii-Kerajaan pusat menaikkan cukai dan mewajibkan individu Islam berkhidmat lama dalam

    tentera,jika mereka tukar agama mereka dikecualikan cukai dan tempoh perkhidmatan dalam

    tentera hanya 3 hingga 6 tahun sahaja.

    -Usaha pengukuhan agama Kristian Ortodoks diteruskan dengan :

    i-Mengarahkan Mubaligh mempelajari bahasa masyarakat tempatan dan menterjemah kitab

    Bible ke dalam bahasa tempatan

    ii-Menghantar mubaligh menetap dengan keluarga yang ditetapkan Peter.Penganut agama

    Kristian baru dipindahkan ke kawasan baru.cth ; orang Bashkir yang menukar agama

    ditempatkan di Nagaibak di ufa.

    -Merombak institusi gereja dengan cara:

    i-Mengurangkan kuasa gereja dan Peter mengambil alih semuanya.

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    11/23

    11

    ii-Mempraktikkan kekuasaanya terhadap institusi gereja (tidak melantik pengganti ketua gereja

    Kristian Ortodoks iaitu Patriarch,apabila meninggal dunia)

    iii-Selepas 21 tahun memerintah,Holy Syod diperkenal bertujuan mengambil alih tugas Patriarch

    dan melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Holy Syod.Biskop dipilih kerajaan pusat untuk

    menganggotai Holy Syod.

    iv-Peter bertindak menutup Biara kecil dan Biara besar beroperasi dengan membayar cukai

    tertentu dan perlu memainkan peranan aktif membangunkan masyarakat.

    9) Pengukuhan Ketenteraan.

    -Peter mengukuhkan kekuatan ketenteraan untuk mengelakkan ancaman.

    -Menaikkan peruntukan ketenteraan pada abad ke 18 cth: 2.3 juta rouble tahun 1701 danmeningkat kepada 32 juta rouble tahun1710.

    -Memastikan peruntukan belanjawan pusat memberi tumpuan kepada pertahanan negara dan

    menggunakan sebahagian besar hasil perbendaharaan untuk mengukuhkan tenteranya.

    10) Perluasan Empayar

    -Pengukuhan ketenteraan membolehkan Peter meluaskan Empayarnya

    -Berusaha mencari jalan baru yang boleh menghubungkan Rusia dengan benua Eropah lain.

    -Bertindak bijak dengan merancang taktik dan strategi peperangan hingga Berjaya mengalahkan

    Sweden dibawah pimpinan Raja Charles XII

    -Mengupah buruh mahir dari Itali,Greece dan Britain bekerja di Rusia bagi meningkatkan

    perdagangan dan memulihkan hubungan dengan negara barat lain.

    KESIMPULAN (2 M)

    -Apa-apa sahaja yang berkaitan.

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    12/23

    12

    3. Bincangkan faktorfaktor yang menyebabkan perkembangan perindustrian di Jerman danJepun pada abad ke-19 hingga abad ke-20.

    Pengenalan ( 3 markah )

    - Perindustrian didefinisikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran baranganselain daripada pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan dari

    menggunakan tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia.

    - Negara Jerman telah menjadi peneraju utama dalam industri kimia dunia pada akhir abadke 19. Perkembangan industri di Jerman berkait rapat dengan kedudukan poklitik dan

    kekuatan ekonomi negara itu.

    - Manakala di Jepun, perkembangan perindustrian telah berlaku dengan pesatdi bawahpemulihan maharaja Meiji yang telah mengubah empayar Jepun menjadi negara industrimoden.

    Isi-isi ( 15 markah )

    Faktor-faktor perkembangan perindustrian di Jerman. ( 8 markah )

    - Pengenalan penjanaan kuasa hidro elektrik di Alps membolehkan perindustrian yang pesatdi Utara Itali, bermula pada tahun 1890an. Penggunaan petroleum yang menggantikan arang

    batu telah menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti serta mengurangkankepentingan arang batu.

    - Kemunculan pengusaha terkemuka seperti Alfredd Krupp yang mengeluarkan barangan alatganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi. Pada tahun 1851, Syarikat Krupp telah

    mengadakan pameran di istana Crystal, London. Dalam pameran ini telah mempamerkan

    gerabak keretapi yang terkini dan meriam bagi memeperlihatkan besi-besi keluaran negara

    Jerman yang terbaik. Kesannya, permintaan keretapi dari Jerman telah meningkat dan

    membawa peningkatan pekerja dari 250 orang pada tahun 1850 kepada 16000 orang pada

    tahun 1873.

    - Pelaburan Jerman dalam penyelidikan terutama dalam bidang kimia, automotif danelektrik. Sistem Kartel Jerman ( konzerne) digunakan sepenuhnya untuk memastikan

    penggunaan modal yang lebih cekap.

    - Kejayaan Jerman menyaingi Britain sebagai negara utama industri di Eropah. Inimenyebabkan Jerman mampu membina kilang seperti Britain dan menjadikan penggunaan

    modal yang lebih cekap dan menggunakan kaedah yang lebih baik untuk melonjak dalam

    bidang teknologi.

    - Perkembangan ciptaan baharu telah menyemarakkan lagi perkembangan perindustrian.Contohnya, inovasi yang dihasilkan oleh Siemens dan Martin yang menyebabkan

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    13/23

    13

    pengeluaran keluli meningkat daripada 0.9 juta tan kepada 1335 juta tan pada tahun 1886.

    Ciptaan Siemens telah menyebabkan firmanya terkenal dalam bidang kejuruteraan elektrik.

    - Hubungan perdagangan Jerman dengan China telah membolehkan Jerman mendapatkanarang batu dan mewujudkan pengkalan di pinggir laut China. Jerman Berjaya menyewa

    Tsingtao dari China selama 99 tahun menerusi perjanjian yang ditandatangani pada 6 Mac

    1898. China juga memberikan hak pembinaan jalan keretapi dan mengusahakan

    perlombongan arang batu di Wilayah Shantung. Perjanjian ini memberikan keuntungan

    kepada Jerman di mana pendapatan telah meningkat dari 1.4 juta marks pada tahun 1871

    kepada 52 juta marks pada tahun 1910. Pendapatan ini dapat digunakan untuk

    pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan keretapi.

    Faktor-faktor perkembangan perindustrian di Jepun ( 7 markah )

    - Perubahan pentadbiran. Di bawah pemerintahan Syogun Tokugawa yang mengamalkandasar tutup pintu telah melaksanakan proses perbandaran, membina rangkaian jalanraya

    yang baik dan sebagainya. Keadaan ini menyumbang kepada pembangunan industri-proto di

    Bandar seperti Osaka dan Edo (Tokyo)

    - Perkembangan perindustrian. Perkembangan dalam industri-proto di kawasan BandarJepun turut berlaku di kawasan luar Bandar selepas tahun 1700. Ini member sumbangan

    yang besar kepada pertumbuhan produktiviti dalam pengeluaran padi dan tanaman industri

    yang semakin meningkat seperti the, buah-buahan, mulberi dan kapas. Sumber-sumber

    domestik ini memberi sumbangan yang besar kepada kejayaan industri di Jepun.

    - Mencontohi kuasa barat. Jepun telah membuka pintu negara untuk mencontohi kuasabarat. Beberapa langkah untuk meningkatkan infrastruktur, membaiki pendidikan dan

    melahirkan tahap celik huruf yang tinggi. Jepun meniru dari barat dalam bidang industri-

    proto menerusi cara pengagihan tugas, membentuk organisasi dan teknik pengeluaran

    tenaga seperti arang batu dan bahan apui yang lain untuk menjana kuasa wap.

    - Perkembangan infrastruktur dan pertahanan negara. Kerajaan Meiji yang komited kepadadasar Fukoku Kyohei ( negara kaya/tentera yang kuat ) telah mengadakan rundingan semula

    berkaitan dengan perjanjian-perjanjian dengan kuasa barat. Kesannya telah mewujudkan

    infrastruktur yang memudahkan kegiatan perindustrian. Jepun dapat membina pasukan

    tentera laut moden untuk menghadkan kuasa barat dan menubuhkan zon penampan

    perlindungan di Asia Timur.

    - Pembaharuan kerajaan Meiji. KKementerian Pelajaran telah ditubuhkan dan mewajibkanpendidikan sekolah rendah bagi orang ramai. Memperkenalkan pendidikan universiti elit

    yang bertujuan meningkatkan bidang kejuruteraan dan pengetahuan sainstifik. Kementerian

    Kewangan telah membina Banj Jepun pada tahun 1882 sebagai batu asas bagi sistem

    perbankan swasta. Membina landasan keretapi berkuasa wap yang menghubungkan 4 buah

    pulau utama iaitu Tokaido dengan Tokyo/Yokohama, Osaka/Obe dan sepanjang pantai

    Pasifik Pulau Utara Honshu.

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    14/23

    14

    - Peralihan bidang. Peralihan dari pertanian yang menghasilkan produktiviti rendah ke bidangyang menghasilkan produktiviti yang tinggi seperti sector perlombongan dan pembinaan. Ini

    telah menyumbang kepada peningkatan produktiviti.

    - Pertumbuhan seimbang. Pertumbuhan seimbang merujuk kepad sektor yang menggunakanteknologi tradisional dan moden telah meningkat pada kadar lebih kurang sama dan

    penggunaan tenaga buruh terutamanya gadis-gadis muda yang dilatih daripada isi rumah

    untuk bekerja di kilang-kilang tekstil.

    Kesimpulan ( 2 markah )

    - Perkembangan perindustrian telah membawa kepada kepesatan ekonomi di Jerman danJepun.

    - Jerman telah muncul sebagai negara industri utama di Eropah malahan telah berjayamemimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik.

    - Manakala di bawah pemulihan Meiji telah mengubah Jepun menjadi negara industri modendan sekaligus memperkuatkan angkatan tenteranya sehingga menjadi salah sebuah kuasa

    imperialis di Asia.

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    15/23

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    16/23

    16

    masyarakat dan permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat. Beliau juga

    menyatakan bahawa campur tangan pemerintah akan menjejaskan kecekapan ekonomi dan

    akhirnya akan menaikkan harga. Konsep ini kemudiannya dikenali dengan istilah laissez faire.

    - Adam Smith menekankan pentingnya meritokrasi. Meritokrasi mendorong masyarakat agarselalu memperbaiki dirinya sendiri dan mewujudkan pengkhususan dan kecekapan dalam

    ekonomi.

    - Beliau percaya bahawa pembahagian kerja adalah titik permulaan dari teori pertumbuhanekonomi. Dengan adanya pembahagian kerja, maka berlaku peningkatan produktiviti

    tenaga kerja, yang akhirnya meningkatkan keterampilan pekerja, menjimatkan waktu dalam

    pengeluaran barang dan penemuanyang menjimatkan tenaga kerja.

    - Adam Smith menekankan bahawa proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahuludaripada pembahagian kerja. Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya

    proses pembangunan ekonomi. Modal diperolehi daripada tuan tanah atau bangsawan. Parapengusaha atau kapitalis akan mengembangkan modal daripada tuan tanah atau

    bangsawan. Modal akan digunakan untuk perdagangan.

    - Menyatakan prose pertumbuhan ekonomi bersifat kumulatif. Ini bermakna apabila wujudkemakmuran kesan dari kemajuan dalam bidang pertanian, industri pengeluaran dan

    perniagaan akan menarik pelaburan modal, kemajuan teknologi, meningkatkan jumlah

    penduduk, perluasan pasaran, pembahagian kerja dan peningkatan keuntungan secara

    berterusan.

    Kesimpulan (2 markah)

    - Adam Smith percaya bahawa kerajaan cuma mempunyai tiga fungsi utama iaitu melindungirakyat daripada penaklukan tentera, melindungi warganegara dsaripada ketidakadilan dan

    menyediakan kemudahan seperti jalanraya dan sebagainya yang tidak boleh disediakan oleh

    individu.

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    17/23

    17

    4. Perang Dunia Kedua berlangsung antara tahun 1939 hingga1945.Nyatakan faktor-faktormeletusnya Perang Dunia Kedua di Eropah.

    PENDAHULUAN (3M)

    -Konsep Perang Dunia Kedua

    -Latarbelakang Eropah

    ISI ( 3 isi x 5 markah = 15 M)

    -Faktor-faktor meletusnya Perang Dunia Kedua di Eropah.

    1) Pertembungan Ideologi Demokrasi Menentang Fasisme/Nazisme

    -Pertengahan tahun 1920an dan awal 1930an ideologi fasisme dan nazisme muncul mencabar

    Negara yang mengamalkan demokrasi.

    -Fasisme dikaitkan dengan Benito Mussolini (Itali)

    -Fasisme memberi keutamaan kepada kepentingan Negara melebihi kepentingan

    individu.Mussolini menubuhkan tentera khas bertujuan menghapuskan penentangan

    terhadapnya sebagai ketua parti dan Negara.

    -Mussolini juga menekankan dasar Imprealisme bertujuan mengukuhkan fasisme,beliaumenakluk Habsyah di Afrika.Walaupun dikecam hebat beliau tetap menggunakan kekerasan dan

    senjata kimia untuk menghapuskan penentangan penduduk tempatan.

    -Mussolini juga berhasrat menguasai laut tengah termasuk Albania dan tanah jajahan Perancis di

    Afrika Utara.Namun beliau terpaksa berhadapan dengan Britain dan Perancis yang

    berkepentingan di situ.

    - Nazisme muncul di Jerman setelah Adolf Hitler menguasai negara itu (Canselor) Beliau

    mempunyai tentera peribadi (parti Nazi) yang mengetepikan perlembagaan dengan

    menumpaskan tentangan dalam negeri dan melantik dirinya sebagai diktator Jerman.

    -Nazisme juga mengutamakan kepentingan negara,mengagungkan bangsa Jerman (bersifat anti

    Yahudi dan anti-Slav) dan menyatukan bangsa Jerman yang berselerak di Eropah Tengah dan

    Timur.

    -Bagi Nazisme, Eropah Tengah dan Timur merupakan kawasan penting bagi bangsa dan Negara

    Jerman.Orang Jerman perlu berhijrah ke kawasan baru seperti di Balkan untuk mengusahakan

    pertanian sekaligus menguasai bangsa Slav.

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    18/23

    18

    2)Kelemahan Perjanjian Versailles

    -Perjanjian Versailles menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin Negara

    terutamanya Jerman.

    -Hitler yang tidak berpuas hati dengan Perjanjian Versailles bertindak melanggar perjanjiantersebut.Tahun 1935 Hitler telah mengumumkan pembentukan Tentera Udara Jerman.

    -Jerman memperkenalkan semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk pasukan tentera yang

    mempunyai 500 000 anggota.Tahun 1936tentera Jerman menawan kembali daerah Saar dan

    Rhineland yang diberikan kepada Peranchis.

    -Tahun 1938 Hitler memasukkan Austria dalam Jerman walaupun dilarang dalam Perjanjian

    Versailles.Hitler juga membuat tuntutan terhadap kawasan yang diduduki bangsa Jerman di

    Czechoslovakia walaupun beliau telah memberi jaminan tidak mencabuli Czechoslovakia dalam

    Rundingan Munich.(Tahun 1939 Jerman menyerang dan menawan Czechoslovakia)

    -Hitler seterusnya beralih ke Poland menyebabkan Britain dan Perancis bimbang (mereka

    memberi jaminan akan membantu Poland jika diserang Jerman.

    -September 1939 Jerman menyerang Poland, Britain dan Perancis mengistiharkan perang

    terhadap Jerman (maka bermulalah Perang Dunia Kedua)

    -Perjanjian Versailles gagal memusnahkan Negara Jerman hanya melemahkan buat sementara

    waktu sahaja.Tambahan pula ada kalangan pemimpin Eropah tidak mahu Jerman dilemahkan

    terus kerana kepentingan ekonomi dan kestabilan politik di Eropah.

    -Rakyat Jerman merasa terhina dengan syarat-syarat Perjanjian Versailles yang berat sebelah

    lantas menyokong Hitler menghadapi cabaran kuasa Berikat.

    -Italisebagai pihak yang menang dalam Perang Dunia Pertama juga tidak puas hati dengan

    Perjanjian Versailles kerana tidak diberikan ganjaran yang sewajarnya seperti tanah jajahan.

    3) Desakan Ekonomi

    -Kejatuhan harga saham di Bursa Saham New York tahun 1929,dikatakan punca kemelesetan

    ekonomi dunia.Para pemodal (pelabur) di Amerika Syarikat terjejas teruk hingga terpaksa

    menarik balik pinjaman yang diberikan kepada pelabur di Eropah, menyebabkan ekonomi dunia

    tidak stabil.

    -Gandum merupakan hasil utama beberapa buah Negara seperti Amerika Syarikat,Kanada,Soviet

    Union mengalami kejatuhan harga teruk.

    -Petani kecil (gandum) menjadi miskin,pengangguran berlaku dengan meluas terutamanya

    kakitangan awam,manakala graduan Universiti ramai menganggur.

    -Kemelesetan ekonomi menyebabkan rakyat gelisah dan beralih sokongan kepada partipembangkang pimpinan Hitler,menjadikan beliau pemimpin kebangsaan yang mendapat

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    19/23

    19

    sokongan pekerja dan pemodal.(Namun pemulihan ekonomi disulitkan dengan tindakan

    meningkatkan keupayaan senjata oleh Hitler)

    -Hitler bertindak menawan Austria dan Czeshoslovakia untuk mendapatkan bahan mentah.

    -Krisis sistem kredit dan institusi bank turut menjejaskan perdagangan antarabangsa diEropah.Tahun 1932 sebuah bank di Austria mengamalkan dasar tutup pintu.

    -Bagi mengurangkan kerugian , para pelabur memberi perhatian kepada emas jongkong

    walaupun Jerman cuba menyekat keluar masuk emas, Jerman juga mengenakan sekatan kepada

    tukaran wang asing yang digunakan bagi menjalankan urus niaga eksport dan eksport.

    -Akibat ketidakstabilan ekonomi dunia,setiap Negara berusaha secara bersendirian mencari jalan

    menyelesaikan masalah ekonomi hingga menimbulkan nasionalisme ekonomi yang menghadkan

    perdagangan antarabangsa. Contohnya, sebagai Negara industiy, Britain menarik diri daripada

    standard emas dan mewujudkan tariff perdagangan dengan memberi keutamaan perdagangan

    empayar hingga mengabaikan perdagangan dengan Eropah.

    -Pengunduran Britain tersebut memberi peluang kepada Jerman mengukuhkan kedudukan

    ekonominya di Eropah Timur dan Eropah Tengah seterusnya menyebarkan pengaruh politiknya.

    4) Sikap Negara-negara Terlibat

    - Amerika Syarikat mula menonjolkan diri dan keluar dari dasar pemencilan yang diamalkan

    sekian lama.Mereka tergugat dengan dasar perluasan kuasa Jepun dan curiga dengan sikap

    British.

    -Tahun1930an Jepun cuba bersaing dengan Britain dengan Britain untuk menguasai

    perdagangan di China.

    -Britain sedar bahawa tiada harapan untuk menewaskan Jepun jika berperang di Asia Timur

    kerana Jepun memiliki angkatan tentera yang kuat manakala tentera British di Asia Timur

    jumlahnya kecil berbanding Jepun

    -British sanggup bersekongkol dengan Jepun dan sedia berunding soal pembahagian keuntungan

    aktiviti perdagangan di China agar kepentingan ekonominya di China tidak tergugat.

    -Persaingan kuasa antara British,Amerika Syarikat Perancis dan Jepun menyebabkan masing-

    masing bertindak mengukuhkan angkatan tentera khususnya angkatan laut dan udara.

    KESIMPULAN (2 M)

    -Apa-apa sahaja yang berkaitan.

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    20/23

    20

    6. Huraikan tentang dasar dan organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB )

    Pendahuluan ( 3 markah )

    Kesan daripada Perang Dunia Pertama mewujudkan kesedaran untuk mewujudkan sebuahbadan dunia yang berperanan untuk kebaikan bersama lalu terbentuklah persepakatan

    antarabangsa yang pertama iaitu Liga Bangsa.

    Liga Bangsa ini berperanan untuk menjamin dan mengekalkan perdamaian di dunia melaluiperundingan, bermuafakat dan bertukar-tukar fikiran antara negara-negara anggota-

    anggotanya tetapi pakatan ini gagal apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua.

    Kegagalan Liga Bangsa telah menyebabkan beberapa negara telah berkumpul di Londonuntuk membuat pakatan damai dan hasilnya pada bulan Ogos 1941, Franklin D. Roosevelt

    dan Winston Churchill telah membuat satu perisytiharan yang dinamakan Piagam Atlantik

    dan Piagam ini menjadi asas penubuhan PBB seterusnya.

    Pada Januari 1942, satu dokumen ringkas telah ditandatangani antara empat kuasa besariaitu Amerika Syarikat, Britain, Rusia dan China. Mereka berikrar untuk menamat perang dan

    mengikat negara-negara tersebut daripada membuat perdamaian secara berasingan dengan

    musuh. Dokumen ini kemudiannya dikenali sebagai perisytiharan Bangsa-bangsa Bersatu

    dan dari sinilah buat pertama kalinya istilah United Nations digunakan.

    Seterusnya, beberapa perjanjian telah ditandatangani seperti Perisytiharan Moscow danPersidangan Dumbarton Oaks ke arah mewujudkan PBB dan kemuncaknya pada April 1945

    satu persidangan telah diadakan untuk menggubal Piagam PBB. Hasilnya pada 24 Oktober

    1945 maka terbentuknya PBB di mana 51 negara telah menandatangani perisytiharan PBB

    tersebut. Lima anggota asal PBB telah diberikan kuasa veto iaitu Amerika Syarikat, Britain,

    Rusia, Perancis dan China yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan.

    Isi-isi ( 15 markah )

    Dasar-dasar PBB ( 5 Markah )

    1. PBB didasarkan kepada persamaan taraf dan kedaulatan semua negara anggotanya.2. Setiap negara anggota akan mematuhi kewajipannya mengikut piagam PBB3. Semua negara anggota akan menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa dengan perasaan

    dan semangat dan keyakinan yang tinggi tanpa menggugat keamanan, keselamatan dan

    keadilan sejagat.

    4. Negara-negara anggota tidak boleh menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap kawasanatau kemerdekaan sesebuah negara ataupun dengan cara yang tidak sesuai dengan

    semangat PBB

    5. Negara-negara anggota diminta memberi bantuan dalam apa sahaja tindakan yang diambiloleh PBB dan dikehendaki tidak memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang

    dikenakan tindakan oleh PBB

    6. PBB akan memastikan supaya negara-negara yang tidak menyertai pertubuhan ini mematuhidasar-dasar PBB setakat yang perlu bagi memelihara keamanan dan keselamatan

    antarabangsa.

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    21/23

    21

    7. PBB tidak akan mencampuri urusan dalaman sesebuah negara khususnya yang berkaitandengan bidang perundangan. Bagaimanapun, dasar ini akan diketepikan apabila tindakan

    terpaksa diambil untuk menghadapi ugutan yang mengancam keamanan dan keselamatan

    dunia

    Organisasi PBB ( 5 isi x 2 markah = 10 markah )

    1. Perhimpunan Agung Merupakan badan PBB yang terpenting. Badan-badan lain dilantik oleh Perhimpunan

    Agung iaitu Ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, Ahli Majlis Keselamatan dan Majlis

    Amanah. Majlis ini juga berperanan untuk Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

    Perhimpunan Agung diwakili oleh semua negara anggota dan setiap negaramempunyai satu undi sahaja. Perhimpunan Agung mengadakan sidang tahunannya

    pada minggu ketiga bulan September setiap tahun dan berlangsung biasanya tidak

    kurang dari tiga bulan

    Antara tugas Perhimpunan Agung ialah :- Menimbang dan membuat syor tentang dasar kerjasama antarabangsa

    - Mengambil langkah mengkaji dan membuat syor bagi menggalakkan kerjasama

    antarabangsa dalam bidang politik, perkembangan undang-undang antarabangsa,

    menggalakkan kesedaran terhadap hak dan kebebasan asasi manusia dll.

    - Mengawas dan membuat syor berhubung dengan kawasan-kawasan amanah

    - Membuat syor untuk menyelesaikan sebarang masalah secara damai dan seterusnya

    mengekalkan hubungan berbaik-baik antara negara.

    - Menimbang dan meluluskan rang perbelanjaan PBB, menentukan kadar sumbangan

    wang daripada negara-negara anggota dan memeriksa perbelanjaan pertubuhan-

    pertubuhan khas PBB.

    2. Majlis Keselamatan Bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal berkaitan keamanan dan

    keselamatan dunia. Sejak penubuhannya sehingga tahun 1965, majlis ini mempunyai11 ahli iaitu lima ahli tetap iaitu Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China

    dan enam ahli biasa yang dilantik setiap dua tahun.

    Mengikut Piagam Madinah, antara tindakan yang boleh diambil oleh MajlisKeselamatan dalam menyelesaikan sebarang pertelingkahan adalah seperti berikut :

    - Meminta semua negara anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengannegara yang ingkar itu.

    - Meminta semua anggota PBB memutuskan perhubungan kereta api, laut dan udara,perhubungan pos dan telegraf, radio atau sebarang bentuk komunikasi

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    22/23

    22

    - Meminta semua negara anggota PBB memutuskan perhubungan ekonomi dengannegara tersebut

    - Meminta negara anggota PBB mengambil tindakan ketenteraan terhadap negaratersebut samaada melalui sekatan darat, laut atau udara

    - Ciri terpenting Majlis Keselamatan ialah ahli tetapnya diberi kuasa veto. Setiaptindakan PBB hendaklah mendapat persetujuan daripada ahli tetap dan inibermakna bantahan daripada satu ahli tetap akan menggagalkan sebarang

    keputusan PBB. Dalam isu-isu yang penting, Keputusan yang sah mestilah mendapat

    undi dua pertiga ( sembilan ) ahli Majlis keselamatan.

    3. Majlis Ekonomi dan Sosial Bertanggungjawab terus kepada Perhimpunan Agung dan antara tugas majlis ini

    ialah membuat kajian, laporan dan syor dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan,

    kebudayaan, pelajaran, kesihatan dan sebagainya

    Majlis ini bertanggungjawab menyelaras dan mengarahkan aktiviti PBB dalam bidangekonomi, sosial, kemanusiaan dan kebudayaan. Persidangan Majlis Ekonomi dan

    Sosial ini akan diadakan sebanyak dua kali setahun.

    Antara agensi yang membantu majlis ini termasuklah FAO, UNESCO, ILO, UNCTAD,IBRD DAN IMF.

    4. Majlis Amanah Dipertanggungjawabkan untuk menyelia wilayah yang diamanahkan di bawah

    pentadbiran PBB di mana wilayah yang telah dirampas daripada musuh yang telah

    dikalahkan tidak boleh memjadi tanah jajahan oleh mana-mana kuasa yang menangdan wilayah itu hendaklah ditadbir oleh kuasa antarabangsa sehingga wilayah itu

    mampu membentuk kerajaannya sendiri

    Selepas 1945, terdapat 11 wilayah yang telah diambil daripada Jerman, Itali danJepun dan contoh kawasan yang pernah diletakkan dibawah kawasan amanah ialah

    New Guinea ditadbir oleh Australia, Samoa Barat ditadbir oleh New Zealand,

    Cameroon, Tanganyika dan Togoland ditadbir oleh Britain, tetapi menjelang 1960an

    wilayah-wilayah tersebut telah mencapai kemerdekaan menyebabkan Majlis

    Amanah kurang berfungsi

    5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa Mahkamah ini terletak di Hague, Belanda. Mempunyai 15 orang hakim yang dipilih

    bersama oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan. Setiap hakim mestilah

    daripada warganegara yang berlainan dan boleh berkhidmat selama 9 tahun dan

    boleh dilantik semula

    Mahkamah ini berkuasa mengendalikan sebarang kes yang dibawa kepadanya danberkuasa memberi nasihat atas permintaan Perhimpunan Agung atau Majlis

    Keselamatan tetapi kekurangan mahkamah ini ialah tiada agen penguatkuasaan

    terhadap keputusan yang dibuatnya.

  • 7/31/2019 PERCUBAAN STPM BAHARU 2012/2013 - SKEMA SEJARAH PENGGAL 1

    23/23

    23

    Pelaksanaan keputusan mahkamah adalah terletak kepada persetujuan negara yangterbabit untuk mematuhinya dan antara kes yang sering dibawa kepadanya ialah kes

    tuntutan ke atas wilayah, penentuan garis sempadan dan tuntutan gantirugi antara

    negara.

    6. Sekretariat PBB Diketuai oleh Setiausaha Agung yang dipilih oleh Perhimpunan PBB atas cadangan

    dan sokongan majlis Keselamatan dan Sekretariat PBB ini beribu pejabat di New

    York, Amerika Syarikat.

    Setiausaha Agung merupakan pentadbir tertinggi dan keberkesanan dankewibawaan sekretariat adalah tertumpu kepada pengaruh peribadi Setiausaha

    Agung berkenaan. Setiausaha Agung mempunyai kuasa untuk melantik

    kakitangannya dan bertanggungjawab memimpin dan menyelia pentadbiran Ibu

    Pejabat PBB yang terdiri daripada 3000 orang pekerja.

    Kesimpulan ( 2 markah )

    PBB memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keamanan dankesejahteraan dunia dapat dikawal dan terpelihara.

    Apa sahaja yang bersesuaian