PERENGGAN PENDAHULUAN.ppt

23
PERENGGAN PENDAHULUAN PERENGGAN PENDAHULUAN 1. Pendahuluan yang baik mestilah tepat,jelas, dan 1. Pendahuluan yang baik mestilah tepat,jelas, dan menarik menarik 2. Pendahuluan mestilah berupa pernyata 2. Pendahuluan mestilah berupa pernyata umum dan tidak spesifik umum dan tidak spesifik 3. Pendahuluan mestilah dikaitkan dengan kehendak soal 3. Pendahuluan mestilah dikaitkan dengan kehendak soal 4. Pendahuluan boleh dibina dalam 10 jenis 4. Pendahuluan boleh dibina dalam 10 jenis

Transcript of PERENGGAN PENDAHULUAN.ppt

  • PERENGGAN PENDAHULUAN 1. Pendahuluan yang baik mestilah tepat,jelas, dan menarik

    2. Pendahuluan mestilah berupa pernyataan umum dan tidak spesifik

    3. Pendahuluan mestilah dikaitkan dengan kehendak soalan

    4. Pendahuluan boleh dibina dalam 10 jenis

  • Jenis-Jenis Pendahuluan:

    PDefinisiPendapatGambaranPersoalanPeribahasaSejarahFakta/ DataTajuk BeritaPuisiGabungan

  • Pendahuluan Definisi Perenggan pendahuluan ini dimulakan dengan memberi tafsiran, makna, atau definisi tentang tajuk karangan yang ditulis. Definisi dikaitkan maknanya berdasarkan kamus atau pemahaman pelajar sendiri tentang sesuatu tajuk.

    Contoh 1 Tajuk: Berjimat cermatSkop/Kehendak Soalan: Langkah untuk menggalakkan masyarakat berjimat cermat

  • Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara berhemat atau penggunaan sesuatu dengan tidak boros. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, berjimat cermat bermaksud berhati-hati terutamanya dalam penggunaan wang. Masyarakat hari ini dituntut supaya mengamalkan langkah berjimat cermat. Hal ini demikian kerana dengan berjimat cermat dapat mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakni satu keadaan dimana apabila permintaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan melebihi penawaran barangan dalam pasaran. Oleh itu, langkah-langkah berjimat cermat harus diambil oleh masyarakat untuk mengelak berlakunya kenaikan harga barang dan inflasi.

  • Obesiti atau kegemukan ditakrifkan sebagai kadar berat badan seseorang yang berlebihan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, obesiti bermaksud kegemukan yang disebabkanterdapatnya lemak secara berlebihan dalam badanseseorang. Ramai rakyat Malaysia mendapat gejala obesititerutamanya golongan kanak-kanak dan orang dewasa. Amalan pemakanan yang tidak sihat memang menjadi sebab berlakunya gejala obesiti. Walau bagaimanapun, terdapat juga faktor lain yang boleh menimbulkan masalah ini. Contoh 2

    Tajuk: Gejala obesiti atau kegemukanSkop/Kehendak Soalan: Amalan pemakanan yang tidak sihat dikatakan menjadi punca berlakunya gejala obesiti

  • Pendahuluan Gambaran / Suasana

    Pendahuluan karangan jenis ini dimulakan dengan mengisahkan satu keadaan atau suasana.Gambaran atau suasana ini berdasarkan perkara yang pernah dilihat oleh pelajar atau mungkin melalui pengalaman pelajar sendiri. Contoh 1:

    Tajuk: Semangat PatriotikSkop/Kehendak Soalan: Tindakan yang perlu dilakukan untuk memperkukuh patriotisme dalam kalangan rakyat

  • Hari kemerdekaan negara disambut pada setiap tahun. Pada tahun 2007, negara kita telah menyambut hari kemerdekaan yang ke-50. Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan yang ke-50, masih ramai warganegara yang tidak memahami erti kemerdekaan, dan masih ramai warganegara yang tidak memiliki semangat patriotik. Peristiwa membakar bendera jalur gemilang, mengadakan perhimpunan haram, dan memburuk-burukkan nama negara di luar negara adalah contoh bahawa rakyat negara ini masih tidak memiliki semangat patriotik dalam jiwa masing-masing. Kesedaran dan penghayatan seseorang terhadap semangat patriotik dapat dibuktikan melalui tindakan tertentu.

  • Di sekitar zaman 60-an sehingga akhir zaman 70-an dahulu, kanak-kanak bermain wau di tepi sawah atau di tepi pantai adalah perkara yang lumrah. Apabila tamatnya musim menuai, kanak-kanak atau orang dewasa mengambil kesempatan untuk membuat dan bermain wau. Demikian jugalah dengan permainan tradisional yang lain seperti permainan gasing, batu seremban, polis santri, wayang kulit, dan sebagainya adalah permainan yang sangat popular pada waktu itu. Namun begitu, pada masa ini kegiatan seni budaya tradisional semakin terpinggir. Masyarakat pada hari ini ada yang tidak mengenal seni persembahan tradisional, seni rupa tradisional, permainan tradisional, dan sebagainya. Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan keadaan ini. Contoh 2:

    Tajuk: Kegiatan seni budaya tradisionalSkop/Kehendak Soalan: Faktor-faktor yang menyebabkan kegiatanSeni budaya tradisional tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini

  • Pendahuluan Persoalan

    Pendahuluan jenis persoalan meminta pelajar bertanya iaitu mengapa, kenapa, bagaimana, apakah, dan siapakah. Pelajar dikehendaki membina banyak ayat tanya dan persoalan yang dilontarkan itu mestilah relevan dengan tajuk dan kehendak soalan. Contoh 1:Tajuk: Kempen Cintai SungaiSkop/Kehendak Soalan: Kepentingan kempen dan peranan masyarakatdalam menjaga kebersihan sungai

  • Kempen Cintailah Sungai telah dilancarkan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sungai dan kesedaran untuk menjaga kebersihan sungai. Apakah yang dimaksudkan dengan kebersihan sungai? Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga kebersihan sungai? Mengapakah kerajaan melancarkan kempen Cintailah Sungai? Bagaimanakah sambutan masyarakat terhadap kempen ini? Mungkin ada antara kita yang menganggap bahawa kempen ini tidak perlu kerana sungai tidak mempunyai fungsi kepada masyarakat. Persoalannya, apakah yang akan terjadi sekiranya semua sungai di negara ini tercemar? Oleh itu, marilah kita membincangkan kepentingan kempen ini dan peranan kita untuk menjayakannya.

  • Kementerian Pelajaran Malaysia telah memasukkan Komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi pelajar tingkatan satu hingga pelajar tingkatan lima. Apakah tujuan sebenar dasar Kementerian Pelajaran ini? Adakah langkah ini memberi kesan positif kepada pelajar-pelajar terutamanya apabila dikaitkan dengan dasar kerajaan sekarang yang menekankan aspek untuk melahirkan modal insan berkualiti dan disegani? Secara umumnya bolehlah dikatakan langkah Kementerian Pelajaran memperkenalkan Komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu memberi kesan positif kepada pelajar. Contoh 2

    Tajuk: Komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaranBahasa MelayuSkop/Kehendak Soalan: Kesan positif kepada pelajar

  • Pendahuluan Peribahasa

    Pendahuluan jenis ini menghendaki pelajar memasukkan unsur peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Pelajar boleh memasukkan lebih daripada satu peribahasa, pepatah, atau cogan kata tetapi mestilah relevan atau berkaitan dengan tajuk karangan.

    Contoh 1

    Tajuk: Berjimat cermatSkop/Kehendak Soalan: Langkah untuk memupuk budaya berjimat cermat

  • Orang Melayu diakui kaya dengan peribahasa yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Contoh peribahasa yang menggambarkan amalan berjimat cermat adalah seperti bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian, Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, dan Sehari selembar benang lama-lama jadi kain. Cogan kata yang lazim kita lihat dan dengar seperti Berjimat cermat Amalan Hidup, Berjimat cermat membawa berkat, dan banyak lagi adalah ungkapan yang membawa maksud kita sebagai pengguna dikehendaki berjimat cermat dalam kehidupan seharian. Banyak langkah yang boleh kita ambil untuk memupuk budaya berjimat cermat.

  • Contoh 2 Semangat patriotik penting dalam diri setiap warganegara Malaysia. Di atas robohan kota Melaka kita dirikan jiwa merdeka, Malaysiaku Gagah Gemilang, Malaysia namamu gah seantero dunia adalah ungkapan yang membawa semangat patriotik kepada seluruh warganegara. Kita sebagai warganegara yang berdaulat dan merdeka perlu mempertahankan kemerdekaan negara ini dan perlu memainkan peranan dalam usaha memperkukuh patriotisme. Tajuk: Semangat PatriotikSkop/Kehendak Soalan: Tindakan yang perlu dilakukan untuk Memperkukuh patriotisme

  • Pendahuluan Fakta

    Pelajar dikehendaki memasukkan fakta atau data yang bersesuaian dengan tajuk. Fakta yang diberi hendaklah relevan dan menyakinkan. Fakta ini hendaklah ditunjukkan angka atau peratus, tahun, dan sumber rujukan. Contoh 1

    Tajuk: Penagihan dadahSkop/Kehendak Soalan: Langkah untuk membendung kegiatanpengambilan dadah

  • Kira-kira dua peratus daripada jumlah penduduk di Pulau Pinang ialah penagih dadah dan lima orang penagih baru dikenal pasti pada setiap hari di negeri tersebut. Mengikut perangkaan daripada Ketua Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohd. Bakri bin Omar, pada tahun 1998, seramai 3,553 orang penduduk di Pulau Pinang dikenal pasti sebagai penagih. Oleh itu, langkah-langkah yang drastik perlu dijalankan untuk membendung kegiatan pengambilan dadah. Kita mahu negara ini bebas daripada dadah.

  • Mengejutkan dan mengerikan. Banyak orang tergamam ekoran berita penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dibunuh secara kejam dan tubuh kecilnya dilipat-lipat untuk dimuatkan dalam sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya, Selangor. Banyak lagi kisah sebelum itu yang menceritakan kezaliman terhadap mangsa sehingga menimbulkan trauma kepada keluarga mangsa dan masyarakat di negara ini. Statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa sepanjang tahun 2005, 1887 kes rogol dilaporkan. Kes itu terus meningkat kepada 2435 pada tahun 2006. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow mendedahkan bahawa sepanjang lima bulan iaitu dari Januari hingga Mei 2007, sejumlah 1191 kes rogol dilaporkan oleh PDRM. Trend peningkatan ini amat membimbangkan kerana kezaliman yang dilakukan oleh penjenayah semakin melampaui batas kemanusiaan. Oleh hal yang demikian, usaha untuk mencegah jenayah ini perlu diambil. Contoh 2

    Tajuk: Jenayah SeksualSkop/Kehendak Soalan: Usaha mencegah jenayah seksual

  • Diabetis atau lebih dikenali sebagai kencing manis merupakan penyakit yang sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia. Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Institut Diabetis Antarabangsa beberapa tahun lalu, jumlah pesakit diabetis bakal meningkat kepada 1.3 juta orang menjelang tahun 2010. Pada tahun 2007, hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap diabetis, dan bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat komplikasi diabetis meningkat dengan ketara, iaitu daripada 21,872 orang pada tahun 1995 kepada 41,375 orang pada tahun 2005. Banyak punca yang menyebabkan berlakunya penyakit diabetis.Contoh 3

    Tajuk: DiabetisSkop/Kehendak Soalan: Punca penyakit diabetis

  • Pendahuluan Tajuk Berita Perenggan pendahuluan jenis ini dimuatkan dengan beberapa tajuk berita yang berkaitan dengan tajuk karangan yang dipilih dan kemudian diberi sedikit ulasan.

    Tajuk: Pendatang tanpa izinSkop/Kehendak Soalan: Langkah-langkah untuk mengurangkanbilangan pendatang tanpa izin

  • Contoh:

    Tekong Laut Guna Peralatan Canggih Kawalan Perairan Dipertingkat Operasi Nyah I dan II Berterusan di Seluruh Negara Pendatang Tukar Identiti untuk Masuk Semula

    Tajuk berita tentang pendatang asing di atas dipetik daripada akhbar tempatan di negara ini. Kemasukan pendatang asing ke negara ini semakin bertambah, dan berita terkini terdapat seramai 30,000 orang pendatang dari Indonesia sedang berada di Tanjung Pinang dan sedang menunggu peluang untuk memasuki negara ini melalui perairan Johor. Pada hari ini dianggarkan 1.2 juta pendatang asing berada di negara ini. Kehadiran pendatang tanpa izin ini membawa banyak masalah kepada negara. Oleh yang demikian, langkah-langkah untuk mengurangkan bilangan pendatang tanpa izin perlu diambil.

  • Pendahuluan Gabungan

    Pelajar dikehendaki menggabungkan dua atau lebih jenis-jenis pendahuluan. Pelajar boleh memulakan mana-mana jenis perenggan dan diikuti dengan jenis pendahuluan yang lain.

    Contoh 1:

    Tajuk: SukanSkop/Kehendak Soalan: Langkah-Langkah untuk MeningkatkanMutu Sukan Negara

  • Sukan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti kecergasan yang dapat mengisi masa lapang dan menjaga kesihatan. Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4, sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran dan kegiatan untuk menyihatkan badan. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pernah berkata dengan bersukan kita dapat menjaga kesihatan dan dengan bersukan juga kita dapat menaikkan nama negara. Kejayaan Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998 telah mengharumkan nama negara, demikian juga dengan penganjuran sukan bertaraf dunia seperti formula One, Le-Tour de langkawi, dan Grand Prix Motosikal. Memandangkan sukan memberi banyak kebaikan, langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan negara perlu diambil oleh pelbagai pihak.

  • Obesiti bolehlah ditakrifkan sebagai kadar berat badan seseorang yang berlebihan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, obesiti bermaksud kegemukan yang disebabkan oleh lemah yang berlebihan dalam badan seseorang. Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia, di Malaysia dianggarkan seramai 2 juta penduduk mengalam masalah obesiti dan separuh daripada jumlah itu adalah kanak-kanak. Mengapa ramai rakyat Malaysia mengalami masalah ini? Dikatakan sebab berlakunya masalah ini ialah amalan pemakanan yang tidak sihat. Walau bagaimanapun terdapat juga sebab lain yang boleh menimbulkan masalah ini. Contoh 2: Tajuk: ObesitiSkop/Kehendak Soalan: Amalan pemakanan yang tidak sihatmenjadi punca gejala obesiti