Perfect Euthanasia

download Perfect Euthanasia

of 12

description

Perfect Euthanasia

Transcript of Perfect Euthanasia

PENGENALAN

EUTANASIA DARI PERSPEKTIF SAINS, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG1.1 EUTHANASIA

Perkataan euthanasia berasal daripada bahasa Greek. Eu bermaksud baik dan thanatos bermaksud kematian. Satu maksud telah diberikan untuk mendefinisikan perkataan ini iaitu Sengaja menamatkan riwayat hidup seseorang dengan jelas dan nyata atas permintaan si mati tersebut

Oleh itu, istilah euthanasia biasanya menyifakan tindakan membunuh dengan niat atau sengaja oleh seseorang yang melakukan pembunuhan. Walau bagaimanapun, sesetenahpihak mendefinisikan euthanasia melalui dua istilah iaitu Voluntary (Sukarela) dan Involuntary (Bukan sukarela. (1)

Euthanasia sebenarny mempunyai banyak maksud mengikut moral, etika dan juga agama. Menurut kamus Dwibahasa Oxford, euthanasia bermakud Kematian (mencabut nyawa) dengan cara lembut kerana kasihan, terutama untuk menamatkan seksa (penderitaan) seseorang. (2)

Terdapat beberapa istiah yang berhubung kita dengan euthanasia atau yang mempunyai maksud yag tidak jelas. Jadi adalah penting untuk membezakan istilah-istilah berikut bagi mendefinisikan euthanasia sesuai dengan keadaan sebenar.

1. Euthanasia Pasif (Passive Euthanasia)

-Membiarkan sseorng itu dengn mengubah bentuk sokongan dan membiarkan mati dalam keadaan semulajadi, contohnya:

i. Menanggalkan peralatan sokongan idup seperti memberhentian respirator

(alat bantuan pernafasan)

ii Memberhentikan prosedur perubatan atau berhenti memberi ubat dan air

iiiMembenarkan seseorang pesakit itu terdehidrat, enderit atau mati

kelaparan.

ivTidak membekalkan CPR (Cardio-pulmonary resuscitation) dan

membiarkan jantung berhenti dan mati secara semulajadi.

Bentuk euthanasia yang paling biasa adalah dengan memberi pesakit morfin dalam dos yang tinggi untuk mengawal kesakitan, walaupun kemungkinan ubat penahan sakit itu akan menindas respirasi dan menyebabkan kematian yang lebih awal daripada yang sepatutnya.

2. Euthanasia aktif

-Melibatkan pembunuhan seseorang melalui tindakan secara langsung, sebagai menunaikan permintaan daripada orang yang dibunuh tersebut.

Suatu contoh pembunuhan rahmat dlam tahun 1998, yang mana melibatkan seorang pesakit ALS (penyakit Lou Gehng) oleh Dr. Jack Kevorkian, seorang doctor dari Michgan

Pesakitnya begitu takut terhadap kemudaratan penyakit tersebut yang boleh menyebabkan kematian yang mengerikan. Oleh it pesakit tersebut meminta agar nyawanya ditamatkan dengan carayang tidak menyakitkan.

Dr. Kevorkian kemudian menyuntik suhu badan yag dibawah kawalan kepada pesakit lalu menyebabkan kematiannya. Dalam perbicaraan yang berlangsung pada tahun 1990 para juri telah mensabitkan kesalahan dengan pembunuhan ke-2

3. Pembunuhan yang dibantu oleh seseorang doctor (Physician Assisted Suicide)

Seseorang yang menjelaskan pengetahuan mengenai euthanasia memberikan seseorang individu bimbingan dan cara untuk membunuh dengan jelas. Bimbingan dan cara untuk membunuh seseorag dengan niat yang jelas ini akan membantu mereka yang terlibat memahami tuju euthanasia. Seseorang doctor akan membantu seseorang untk membunuh diri dipanggil Physician assisted suicide.

4. Euthanasia bukan sukarela (Involuntary Euthanasia)

Istilah ini digunakan untuk menerangkan pembunuhan seseorang yang tidak meminta bantuan dengan jelas dan nyata dalam kematiannya. Kes ini selalu berlaku kepada pesakit yang berada dalam keadaan koma (Persistent Vegetative State) yang mungkin tidak akan pulih.

Terdapat juga beberapa istilah lain yang digunakan dalam mendefinisikan euthanasia oleh DR. Brian Pollards melalui artikelnya. Euthanasia menerusi aman web Southern Cross Biothics Institute

Menurut Dr. Brian Pollards, euthanasia ialah sengaja membunuh dengan tindakan atau mengabaikan kebebasan hidup sseorang untuk kebaikan.Kata kunci disini adalah dengan niat maka jika kematian adalah bukan dengan niat, ia adalah bukan tindakan euthanasia.

Dr. Brain menggunakan beberapa istilah untuk mentakrifkan euthanasia iaitu, Voluntary Euthanasia, Non-voluntary Euthanasia, Involuntary Euthanasia by action dan Euthanasia by Omission. Keempat-empat istilah ini adalah untuk memberikan definisi Eutanasia yang tepat dan sebarang yang berhubung kait dengannya.

Menurut beliau lagi, apa yang dikatakan BUKAN euthanasia: Seseuatu kematian itu bukan euthanasia kecuali kematia itu diseabkan oleh pembunuhan dengan niat atau sengaja. Terdapat jga sesetengah tindakan perubatan yang selalunya dilael sebagai euthanasia pasif sebenarnya bukan bentu euthanasia, sehingga ia dilakukan dengan niat atau sengaja mecabut nyawa seseorang.

Tindakan ini termasuklah memberikan rawatan permulaan yang tidak akan meberikan kebaikan kepada pesakit. Seperti penarikan baik sebarang rawatan yang tidak memberi sebarang kesan, rawata adalah sangat membebankan pesakit atau tidak dikehendaki dan kaedah memberi ubat penahan sakit dalam dos yang tinggi yag mungkin membahayakan pesakit walaupun ia termasuk kaedah euthanasia. Semua ini adlah seahagian daripada praktik perubatan yang baik dan disokong oleh undang-undang apabila ia digunakan dengan sewajarnya. (1)

1.2 SEJARAH EUTHANASIA

Sejarah Euthanasia bermula kira-kira 400 B.C melalui Sumpah Hippokratik oleh ahli perubatan Greek,Hippocrates (bapa perubatan) Saya tidak akan memberi ubat yang menyebabkan kematian kepada ssiapa pun jika diminta mahupun dicadangan.Engish Common Law Abad ke-14-20 (Petikan ini adalah daripada Mahkamah Agong Amerika berkuatkuasa dalam tahun 1997 di Washington V. Glucksberg dan pendapat ini ditulis oleh ketua Haim Rehnaquist)

Lebih spesifik, melebihi 700 tahun, undang-undang Umum Anglo Amerika tidak membenarkan kedua-dua bunuh diri dan pembunuhan diri dengan bantuan.

182-Badan Berkuasa Undang-undang Amerika dengan nyata dan jelas mengharamkan pembunuhan diri dengan bantuan. (Petikan adalah daripada Mahkamah Agung Amerika berkuatkuasa pada tahun 1997, Washington V. Gluckberg-Pendapat ini ditulis oleh Ketua Hakim Rehnquuist).

Badan berkuasa undang-undang Amerika awal-awal dengan nyata dan jelas mengharamkan pembunuhan diri dengan bantuan dilakukan. Ia digubal di New York pada 10 Disember 1828. Banyak Negara yang menjadikan New York sebagai contoh. Di antara tahun 1857 dan 1865 satu Suruhanjaya New York yang diketuai oleh Dudley Field telah merangka satu kod jenayah yang mencegah pembunuhan diri dengan bantuan terutamanya membekalkan kepada individu tertentu dengan sebarang peralatan yang boleh menyebabkan kematian atau dadah yang beracun, sedangkan mengetahui individu itu berniat untuk membunuh diri dengan menggunakan peralatan atau dadah tersebut.

Amerika abad ke-20(Petikan ini adalah daripada Mahkamah Agung Amerika berkuatkuasa dalam tahun 1997 di Washington V. Glucksberg dan pendapat ini ditulis oleh Ketua Hakim Rehnquist)

Bagaimanapun dengan asas yang mendalam, Amerika menghalang pembunuhan diri dengan bantuan seseorang doktor setelah beberapa tahun menyelidik dan mengesahkannya.Kerana kemajuan dalam bidang perubatan dan teknologi, Amerika pada hari ini mula membenarkan kematian di sebarang istitusi perubatan berbanding dengan di rumah yang diakiakan oleh penyakit kronik.

1920-Buku Permitting the Destructin of life not worthy of life telah diterbitkan

Pengarang buku ini adalah Alfred Hoche, M.D, seorang professor psikiatrik di Universiti of Freiburg dan Karl Binding, juga merupakan seorang professor udang-undang daripada Universiti of Lepzig, membantah pesakit yang menerima bantuan kematian dengan alasan mereka sepatutnya diletakkan dibawah keadaan pengawalan yang sangat cermat lebih daripada seorang psikiatrik. Buku ini membantu memberi sokongan euthanasia. Buku ini membant memberi sokongan euthanasia Involuntary kepada Nazi German.

1935-Persatuan Euthanasia England dibentuk untuk memperkenalkan euthanasia

1939-Laman web Nazi German The History place

Pada Oktober 1939 huru hara dari letusan Perang Hitler telah tersebar luaa berikutan arahan melakukan pembunuhan rahmat (mercy killing) kepada mereka yang sakit dan tidak berkeupayaan. Kod Aktion T4 ialah program Euthanasia Nazi untuk menghapuskan kehidupan yang tidak sepatutnya yang pada mulanya penumpuan diberikan kepada bayi baru dilahirkan dan kanak-kanak.

Bidan dan doktor perlu untuk mendaftar kaak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas yang menunjukkan simpton. Kaedah ini termasuklah pengedaran satu borang soal selidik daripada Kementerian Kesihatan Reich.

Program Euthanasia Nazi berkembang dengan cepat termasuk program untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya. Pada Oktober 1939, Hitler telah memerintahkan supaya mereka yang didapati menghidap sesuatu penyakit yang tidak boleh diubati setelah menjalani diagnosis terhadap tahap penyakit tersebut haruslah diberikan mercy killing.

1995-Kawasan utara Australia meluluskan, satu draf undang-undang euthanasia

Ini memberian kesan dalam tahun 1996 dan pada tahun 1997 yang mana Parlimen Australia telah menolak draf ini.

1998-Oregon, Amerika meluluskan pembunuhan diri dengan bantuan

2000-The Netherlands melluskan euthanasia

2002-Belgium meluluskan euthanasia

1.3 Negara-negara yang meluluskan dan melaksanakan euthanasia

Dalam tahun 1935, The Euthanasia Society of England telah ditubuhkan untuk menyokong euthanasia. Dalam bulan Oktober 1939, Hitler mengarahkan mercy killing secara besar-besaran untuk mereka yang sakit dan kurang upaya. Kood itu dinamakan Aktion T 4. Ia bertujuan untuk melenyapkan life unworthy of life dan ia difokuskan terhadap golongan bayi yang baru lahir dan kanak-kanak. Bidan-bidan dan para doctor ketika itu diarahkan agar mendaftarkan kanak-kanak sehingga yang berumur 3 tahun yang menunjukkan simptom-simpton terencat akal, ketidaksempurnaan fizikal dan lain-lain simpton yang terdapat dalam soal selidik dari kementerian Kesihatan Reich.Program euthanasia Nazi itu berkembang dengan cepat terhadap golongan kanak-kanak yang lebih tua dan golongan yang dewasa yang kurang upaya. Dekri Hitler menyatakan: The authority of certain physicians to be designated by name in such manner that persons who, according to human judgment, are incurable can, upon a most careful diagnosis of their condition of sickness, be accorded a mercy death.

Di Oregon (U.S state of Oregon), Netherlands dan Belgium sahajalah di mana euthanasia dilaksanakan secara sah disisi undang-undang. Bagaimanapun, hanya di Netherlands euthanasia dipraktikkan secara terbuka. Oregon membenarkan assisted suicide bermula tahun 1998. (4) Manakala, Netherlands dan Belgium membenarkan kedua-dua assisted suicide dan euthanasia. Walaupun euthanasia telah lama dilaksanakan di Netherlands, semuanya adalah tidak sah dari segi teknikal sehinggalah bil Review of cases of termination of life on request and assistance with suicide diluluskan pada bulan April 2001. Undang-undang Belgium pula diluluskan pada 16 Mei 2002.

Di Holland pula, mereka agak kritikal dengan sistem mereka sendiri. Mereka masih memperbaiki dan mencuba walaupun secara umumnya mereka berpendapat bahawa euthanasia menghormati hak seseorang manusi dan ia adalah sebahagian daripada kaedah perubatan yang baik.

Dalam bulan Jun 1995 pula, Australias Northern Territory telah meluluskan satu bil euthanasia iaitu Rights of the Terminally III Act. (5) Ia dipraktikkan bermula tahun 1996 tetapi bil berkenaan dibatalkan oleh Parlimen Australia dalam tahun 1997

Dalam tahun 1997 juga ,Colombias supreme Court mengarahkan agar penalti untuk euthanasia dikeluarkan. (6) Bagaimanapun, arahan berkenaan tidak dilaksanakan sehinggalah panduan-panduan, masih dalam bentuk draf, diluluskan oleh Colombian Congress.

4.0 Euthanasia Dari Pelbagai Perspektif

1. Agama

A) Islam

Dalam Islam euthanasia atau membunuh diri tidak dibenarkan sama sekali. Ini adalah kerana manusia tidak mencipta dirinya sendiri, maka tubuh kita bukanlah hak milik mutlak kita sendiri. Didapati pandangan agama Islam ini sama seperti pandangan agama Kristian. Allah adalah pemilik dan pemberi kehidupan kepada manusia, maka dialah yang berhak memberi atau mengambil nyawa manusia. Membunuh diri dianggap sebagai satu jenayah dalam Islam dan ia adalah satu dosa besar. Beberapa bukti yang menyokong kenyataan diatas yang dipetik dari Al-Quran dan telah diterjemahkan: Janganlah membunuh (atau merosakkan) diri kamu sendiri,seseungguhnya Allah telahpun maha belas kasihan keatas kamu.Sabda Rasullullah SAW pula yang bermaksud:Barangsiapa yang membunuh diri menggunakan alatan logam, akan hiduplah dia di dalam neraka selama-lamanya.Barangsiapa yang meminum racun untuk membunuh diri, akan meneguk racun neraka selama-lamanya di dalam neraka. Barangsiapa yang membunuh diri dengan terjun dari gunung, nescaya dia akan sentiasa terjun ke dalam neraka buat selama-lamanya.

Seseorang yang telah membuat ikrar sedang ia dalam keadaan waras bahawa dia tidak mahu di pasangkan alat life supporting system kalau dia berada dalam keadaan nazak (terminal ill) hukumnya adalah harus. Ini adalah kerana dia sanggup bersabar dan lebih rela mati dlam keadaan tabie kerana berkeyakinan bahawa apabila sampai ajal seseorang itu maka dia pasti mati.

Perkara ini dibenarkan kerana menurut pandangan majoriti ulamak Islam hukum berubat itu tidaklah wajib walaupun Islam sangat menggalakkannya. Ini berpandukan sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari yang menceritakan tentang seorang hamba perempuan yang sakit dan meminta nabi SAW supaya mendoakannya

Lalu Nabi SAW bersabda: Jika engkau mahu bersabar, maka ganjaran untukmu adalah syurga ataupun engkau mahu aku doakan kepada Allah supaya kamu disembuhkan Maka jawab perempuan tersebut, kalau begitu aku lebih suka bersabar.

Tambahan pula alat life supporting system yang dipasangkan itu adalah satu ikhtiar rawatan digunakan untuk meneruskan fungsi organ di tubuh tetapi tidak memberi kesan apa-apa pada keadaan sakit yang dideritai. (17)

B) Kristian

Agama Kristian menyatakan bahawa nyawa adalah pemberian tuhan dan setiap individu adalah khalifah di muka bumi-Nya. Tuhan meminjamkan sesuatu jasad itu kepada manusia dan kemudiannya ditiupkan roh ke dalam jasadnya itu, lalu bermulalah penghidupannya, maka hanya tuhan yang berhak menamatkan atau mengambilnya semula nyawa. Pada pandangan agama Kristian euthanasia adalah seperti membunuh diri, sesiapa yang membunuh diri itu dianggap telah melakukan dosa.

C) Agnostik, Atheises, Humanist, Sekularis, Ben Kristian, Dan Liberal Kristian Di Amerika Utara

Agama-agama ini masing-masing bersetuju bahawa setiap orang mempunyai hak ke atas kehidupannya sendiri, Sesiapa yang mempunya kehidupan yang tidak berkualiti atau tidak bermakna berhak membuat keputusan untuk menamatkan kehidupannya dan berhak mendapat bantuan sekiranya perlu. Dalam keadaan seseorang yang mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga menjadi beban yang tidak tertahan olehnya maka kematian boleh mewujudkan penyelesaian terbaik baginya.

2) Aspek-aspek etika euthanasia

Sebahagian daripada pesakit terminal ill yang rata-ratanya berkeadaan tenat berada dalam kesakitan teruk ataupun menjalani kehidupan yang sangat menyedihkan. Mereka memilih untuk menamatkan riwayat mereka dari terus hidup sebegitu. Adakah sesebuah Negara itu berhak untuk menolak permintaan mereka ini?

Seseorang individu yang berada dalam keadaan nazak tidak boleh membunuh diri kesan daripada keadaan fizikal dan mental mereka. Haruskah mereka diberi pilihan untuk membunh diri? Mana-mana penganut agama, tidak mengira Islam, Kristian atau sebagainya merasakan perbuatan ini (membunuh diri) adalah salah disisi agama dan dimurkai Tuhan. Tetapi bagi golongan yang tidak ada pegangan agama (Atheis), mereka menganggap membunuh diri adalah salah satu sara bagi melepaskan diri dari kesalitan atau kesusahan hidup. Adakah pendapat-pendapat mereka ini akan diguna pakai?

Jika euthanasia dibolehkan sesetengah daripada pesakit mungkin akan disuruh atau dipengaruhi oleh keluarga untuk melakukannya. Keadaan seperti ini perlu diberi perhatian kerana untuk memastikan keputusan seseorang pesakit itu adalah pilihannya sendiri tanpa ada pengaruh lain. Ada sesetengah orang yang merasakan campur tangan daripada pihak lain ke atas keputusan pesakit adalah sangat serius sehingga merasakan euthanasia patut dimansuhkan.

3) Pandangan dari sudut perubatan

A) American Medical Association (AMA)

Ia merupakan sebuah pertubuhan yang menyokong penuh pengguguran bayi dalam kandungan. Oleh itu adalah sesuatu yang ganjil apabila pertubuhan ini menentang euthanasia. AMA telah mengambilalih isu yang kontroversi ini dan menyatakan bahawa semua pesakit haruslah mendapat peluang menerima suatu yang sebaik mungkin dan tidak langsung melakukan euthanasia. Bagi AMA, doktor yang dianggap sebagai penyelamat nyawa tidak patut dalam masa yang sama mengambil nyawa seseorang, ini akan menjstuhksn kredibiliti para doctor dan menimbulkan rasa ketakpercayaan pesakit terhadapnya.

Menurut Dr. Carlos F. Gomez, MD, PHD seorang professor perubatan di University Of Virginia School Og Medicine, ia adalah sesuatu mengejutkan apabila AMA begitu kuat membangkang isu euthanasia. Beliau juga merasakan isu ini tidak bersesuaian pada masa sekarang dimana bidang perubatan semakin maju dan berkembang. Ia menyatakan untuk melakukan euthanasia kini adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Dr. Gomez juga berpendapat bahawa seseorang doktor itu mesti cuba sedaya upaya mencari jalan untuk merawati pesakitnya dengan memberi ubat tahan sakit atau rawatan alternative yang lain. Mereka juga harus memberi sokongan dan dorongan kepada pesakit-pesakit tenat dan tiada harapan untuk hidup supaya menguatkan semangat mereka.

AMA juga memerhatikan bahawa doktor-doktor di Netherland akan memilih untuk menjalankan euthanasia kepada pesakit apabila segala rawatan yang mereka telah jalankan ke atas pesakit tersebut tidak berkesan. AMA tidak mahu kes seumpama ini juga turut berlaku di Amerika.

Di Holland pula, apabila seseorang doktor itu merasakan yang mereka boleh menamatkan riwayat pesakit mereka, maka akan tiada undang-undang atau peraturan yang boleh melindungi pesakit-pesakit ini dan orang awam secara keseluruhan.

4) Perundangan

Kes-Kes

1) Cruzan V. Director, Missouri Department Of Health

Selama 7 tahun, Nancy Cruzan terbaring koma di Missouri Hospital dengan keadaan persistent vegetative state dan bergantung hidup hanya menerusi bantuan tiub. Mahkamah Agung mengarahkan negeri Missouri menafikan permintaan yang dibuat oleh ibu bapa Cruzan untuk mencabut sambungan tiub untuk membenarkan anak perempuan mereka mati. Alasannya kerana undang-undang Missouri mengkehendaki bukti-bukti yang menyatakan pesakit koma tersebut mempunyai hasrat dan dapat menyatakan hasratnya untuk tidak menyambung rawatan bagi kesinambungan hidupnya. Cruzan , sewaktu masih sedar, gagal menyatakan hasratnya sebagaimana yag dikehendaki dan diperuntukkan oleh undang-undang. Hasil kes ini menunjukkan mahkamah mengiktiraf hak kebebasan seseorang individu.

KAREN ANN QUINLAN

Pada 15 April 1975, K.A Quinlan 21 tahun, seorang yang sihat sepenuhnya dan bersemangat untuk menghadiri perjumpaan sosial dengan kawan-kawannya. Pada sebelah petangnya mungkin disebabkan oleh bencana akibat reaksi dadah, dia tidak sedarkan diri dan berhenti bernafas selama two fifteen minit. Dia dimasukkan ke Hospital New Jersey, dimana selepas beberapa kaedah kecemasan gagal untuk meyedarkannya, dia akhirnya diberi alat pernafasan melalui tiub. Para pakar menyatakan da berada sebagai chronic persistent vegetative state. Keadaannya bukan dianggap sebagai kematian otak, kerana dia mampu memberi tindakbalas yang positif kepada beberapa fungsi otak seperti tindakbalas minima kepada stimulasi luaran dengan menggunakan cahaya dan bunyi.

Pandangan para doktor menyatakan untuk kembali sembuh amatlah sukar, tetapi perlu diberi rawatan dan alat bantuan pernafasan kerana keadaannya tidak capai ke tahap mati otak. Bapanya seorang kristian mazhab katolik telah memohon kepada mahkamah untuk mengiktiraf haknya sebagai penjaga kepada pesakit tersebut dan memohon alat bantuan penafasan dicabut untuk memudahkan anaknya mati dengan tenang.

Mahkamah Agung New Jersey memutuskan:-

i. Quinlan mempunyai hak sulit mengikut pelembagaan yang membenarkan dia membuat keputusan terhadap rawatan ke atas dirinya sendiri

ii. Bapanya diberi hak sebagai penjaga yang berkelayakan yang memberikannya hak untuk membuat keputusan bagi pihak Quinlan (anaknya)

iii. Makamah mencadangkan pada waktu akan datang, keputusan hendaklah dibuat melalui pelbagai komiti-komiti etika yang terdiri daripada ahli fizik, pekerja sosial, peguam, agamawan ataupun pengamal moral. Komiti-komiti tersebut akan melakukan screen out bagi membantu menyelesaikan masalah tanpa campurtangan pihak kehakiman. Mahkamah tersebut mencatatkan jika prosidur ini berjalan ulasan kehakiman tidak perlu dilakukan kerana ia bukan sahaja boleh dianggap sebagai pencerobohan sukarela kepada bidang (profesion) perubatan, tetapi oleh kerana kompetensi ia mungkin sukar untuk digunakan. Quinlan kemudian dicabutkan alat bantuan pernafasan tetapi dia mampu hidup lagi sehingga 10 tahun berikutnya iaitu pada 11 Jun 1985 tanpa tanda-tanda untuk sembuh.

Superintendent of Belchertown V. Saikewicz.

Dalam kes ini, isu samada kemoterapi secara undang-undangnya boleh dijalankan ke atas Joseph Saikewicz, seorang pesakit mental yang tidak kompeten yang mengidap penyakit leukemia terencat akal semenjak kecil, berusia 67 tahun sewatu rawatan (diagnosis), tetapi mempuyai I.Q seperti budak berusia 2 tahun. Dia tidak faham tujuan rawatan atau kesan sampingannya, dimana boleh menyebabkan kesakitan malah mungkin membawa maut. Tetapi jika dinafikan komoterapi dia boleh mati untuk tempoh seminggu atau sebulan tanpa mengalami kesan khas atau tidak selesa. Mahkamah dalam kes ini bersetuju dengan Quinlan, komiti-komiti etika memainkan peranan penting dalam menasihati hakim-hakim tentang keputusan menyambung hidup pesakit-pesakit yang tidak kompeten. Tetapi mahkamah Massachusetts melawan dengan tajamnya cadangan mahkamah Tinggi New Jersey bahawa kosultansi dan penghormatan kepada profesion perubatan boleh mengambil alih penyelidikan kehakiman menolak ulasan kehakiman New Jersey sebagai pencerobohan sukarela/percuma (Gratuitous Encroachment) kepada kepakaran perubatan. Pandangan seolah-olah bercorak imperialistik refleksi bukanlah bertujuan untuk menolak pandangan perubatan sebagai pemutus untuk mengawal piawai undag-undang dalam membuat keputusan. Piawai Mahkamah Massachusets memilih adalah penghakiman gantian (subtituted judgement) yang mana memerlukan timbalan pembuat keputusan untuk membuat keputusan dimana akan dibuat oleh orang yang tidak kompeten, jika orang itu kompeten pun perlu diambil kira tentang ketidak kompetensinya masa kini dan akan datang oleh seseorang individu itu. Secara praktikal, piawai penghakiman gantian hampir mustahil untuk dilaksanakan, dimana tidak seorang pun pembuat keputusan yang boleh mencapai piawai seperti yang dikehendaki. Dalam kes Re storar mempunyai persamaan dengan kes Saikewicz.6) Pendapat Orang Ramai Terhadap Eutahanasia.

Ada beberapa negara didunia ini membenarkan perlaksanaan euthanasia dan ada yang masih dalam peringkat percubaan untuk membenarkan euthanasia dilaksanaan di negara mereka. Antara negara yang hebat membincangkan isu euthanasia ini ialah Amerika Syarikat, Australia, Britain dan Neherland.

Di Amerika Syarikat sebanyak 57% euthanasia dilakukan kerana perasaan belas kasihan terhadap individu yang telibat (CNN / US TODAY edisi Jun 1997). Bancian awal yang diambil oleh Gallup Poll adalah pada bulan May 1966 yang mana sebanyak 75% menyokong tindakan euthanasia dibuat. Tiga tempat utama di Amerika Syarikat tidak menunjukkan sokongan terhadap euthanasia iaitu Washington, California dan Oregon. (37) Sebanyak 46% sokongan diperolehi di Washington pada than 1991. Pada tahun 192, California mencatatkan 46% sokongan pihak awam terhadap perlaksanaan euthanasia. Di Oregon, peratusan orang ramai terhadap euthanasia adalah 51% pada tahun 1994 dan angka ini meningkat menjadi 60% pada tahun 1997.

Pada tahun 1962, menurut bancian yang dibuat di Australia, hanya 47% menerima euthanasia secara sukarela, 39% menentang dan 14% tidak mempunyai keputusan mengenainya. Pada tahun 1995, bancian dijalankan selepas Northern Territory membenarkan euthanasia secara sukarela pada 25 Mei 1995. Bancian ini dilakukan oleh Roy Morgan Research Centre menunjukkan sokongan yang tinggi penduduk Australia terhadap euthanasia pasif dan aktif. (38) Kajian pada tahun 1995 diterbitkan oleh The Bulletin pada 28 Jun 1995, datang daripada temubual bersemuka dengan 1,158 orang berumur 14 tahun ke atas. Responden yang menyokong euthanasia secara sukarela menyatakan komen seperti, kita mempunyai hak untuk membuat apa saja ke atas hidup mengikut kehendak kita, hidup yang berkualiti adalah sangat penting serta hanya akan menerima euthanasia apabila mendapat kaunseling daripada pakar psikologi. Manakala responden yang menentang pula memberikan komen seperti, doktor tidak sepatutnya diberikan kuasa mutlak, akan timbul masalah jika euthanasia dibenarkan kerana risiko penyalahgunaannya pasti ada, serta menyatakan euthanasia seperti membunuh diri dan tidak akan menerimanya

Melalui tinjauan yang dilakukan oleh British Social Attitude, terdapat 7 justifikasi yang menggambarkan tentang euthanasia, diberikan untk mengetahui pendapat umum mengenainya. (39) Hanya 5% yang ditemubual akan menentang salah satu kategori tersebut dan majoriti mungkin menerima euthanasia dalam kes-kes tertentu sahaja. Kumpulan yang menentang euthanasia merupakan golongan yang lebih berumur dan alim beragama, manakala kumpulan yang menerima pula terdiri daripada golongan muda yang berfikiran lebih terbuka.Justifikasi tersebut adalah seperti berikut: dalam tempoh satu hari, 13% menyokong euthanasia dan menjelang seminggu, sebanyak 35% menyokong tindakan euthanasia.

Satu tinjauan ke atas golongan tua mengenai pendapat mereka terhadap perlaksanaan euthanasia, telah dijalankan oleh seorang doktor perubaan bernama J.H Seger pada tahun 1987 di Netherland. (40) Menurut tinjauannya, 50-60% responden khuatir nyawa mereka akan mengambil bertentangan dengan kehendak mereka, 47% responden yang tinggal di rumah sendiri dan 93% responden yang tinggal di rumah sakit persendirian menentang eutansia aktif serta 66% responden yang tinggal di rumah sendiri dan 95% yang tinggal di rumah sakit persedirian menentag kerajaan membenarkan euthanasia disahkan dari segi undang-undang. PAGE 1