Pergerakan Dan Sokongan Haiwan

download Pergerakan Dan Sokongan Haiwan

of 14

Transcript of Pergerakan Dan Sokongan Haiwan

PERGERAKAN DAN SOKONGAN BAGI HAIWAN

Mencari makanan

Mencari pasangan

Kepentingan pergerakan

Mencari persekitaran yang sesuai

Menjauhi musuh

Mengelakkan kesesakan sesuatu tempat

rangka dalam

ss e rangkarangka luar

rangka hidros atik

Rangka dalam-rangka ini terdapat dalam tubuh manusia dan haiwan vertebrata. -Terdiri daripada tisu hidup seperti tulang dan rawan Contoh:

Rangka luarArthropoda seperti serangga dan ketam mempunyai rangka luar yang rigid. - menyokong organ badan yang penting dan membolehkannya berfungsi dengan efisyen. - melindungi struktur dalaman daripada rosak dan membolehkan haiwan bergerak. - serangga mempunyai kutikel sebagai rangka luar yang menutupi permukaan luar. - Kutikel adalah diselaputi lilin yang mencegah kehilangan air daripada serangga. - tidak hidup maka ia tidak boleh mengalami pertumbuhan. - Untuk bertumbuh, arthropoda akan menukar kulit dalam satu proses yang dinamakan ecdysis Contoh: Serangga Krustasia (Udang &Ketam) Moluska (Siput& kerang)

Rangka hidrostatik- terdapat pada haiwan bertubuh lembut. - cecair dalaman yang disimpan pada tekanan di dalam ruang di dalam badan yang dikelilingi otot. - cecair ini mempunyai tekanan hidrostatik mampu menyokong badan haiwan yg lembut. -memberikannya bentuk. -bantuan otot membolehkannya bergerak. Contoh:

Mamalia Reptilia Amfibia Ikan

ulat beluncas cacing tanah Obor-obor

JENIS RANGKA DAN CONTOH-CONTOH HAIWAN

RANGKA LUAR

RANGKA HIDROSTATIK

RANGKA DALAM

RANGKA LUAR

Mamalia Reptilia Amfibia Ikan

RANGKA DALAM

Serangga Krustasia (Udang &Ketam) Moluska (Siput& kerang)

Ulat beluncas

RANGKACacing tanah

HIDROSTATIKObor-obor

Menyediakan sendi untuk pergerakan

Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot

Kepentingan sistem rangka

Menyokong berat badan

Pergerakan haiwanPergerakan cacing tanah

-

Bergerak dengan cara merayap. Seluruh bahagian ventral badannya bersentuhan dengan permukaan pepejal. Pada bahagian ventral terdapat keta yang bertindak sebagai cangkuk semasa pergerakan. Pergerakan disebabkan oleh siri pengecutan dan pengenduran otot lingkar dan otot membujur pada dinding badan. Tindakan otot secara antagonis menghasilkan tekanan hidrostatik pada cecair dalam badan dan suatu gelombang peristalsis. Apabila otot lingkar di bahagian hadapan cacing tanah mengecut, otot membujur akan mengendur.badannya menjadi kurus dan memanjang. Cecair di dalam badannya dialihkan ke belakang badan. Apabila otot membujur di bahagian hadapan cacin g itu mengecut dan otot lingkar mengendur, badannya menjadi gemuk dan pendek. Cecair dipindahkan ke bahagian ini oleh tekanan hidrostatik dan menyebabkan bahagian belakang ditarik ke depan.

Pergerakan belalang

-

Melompat, terbang dan berjalan.

MELOMPAT-

Mempunyai kaki belakang yang panjang dan dapat dilipat dalam bentuk Z. Akan meluruskan kaki belakangnya ke bellakang. Rintangan tanah menyebabkan pergerakan dalam arah yang berlawanan-ke depan dan belakang. Pergerakan dibantu oleh otot-otot yang mengecut dan mengendur secara antagonis untuk meluruskan kakinya. TERBANG Mempunyai dua pasang sayap di bahagian toraks. Sayap hadapan yang tebal melindungi sayap belakang yang nipis , ringan dan luas apabila dilipatkan. Sayap belakangnya mengepak-ngepak ke atas dan ke bawah. Semasa ayunan ke bawah, sayapnya tersentak ke bawah dan ke hadapan sedikit. Menghasilkan rintangan udara yang tinggi pada permukaan bawah sayap dan mendorong belalang bergerak ke atas dan ke hadapan. Semasa ayunan ke atas, sayapnya bergerak ke belakang sedikit. Membolehkan belalang melayang di udara dengan rintangan yang rendah.

-

BERJALAN Menggunakan tiga kaki serentak untuk bergerak dan tiga kaki yang lain untuk menyokong badan.-

-

Setiap kumpulan tiga kaki terdiri daripada kaki pertama dan kaki ketiga pada sebelah badan yang sama dan kaki kedua pada sebelah badan yang lain. Apabila kumpulan tiga kaki (pertama) mencengkam pada tanah, kumpulan tiga kaki yang kedua pula terangkat dan terayun ke hadapan.

PERGERAKAN IKAN

-

Mempunyai bentuk larus untuk mengurangkan rintangan dalam air. Mempunyai sisik tersusun menghala ke belakang untuk mengurangkan rintangan pergerakan dalam air. Pergerakan ikan disebabkan oleh tindakan oto yang berbentuk W (otot miotom) di kedua-dua belah tulang belakangnya serta tindakan sirip-siripnya.

PERGERAKAN KE BELAKANG Semasa berenang, sirip ekornya dikibas ke kiri dank e kanan untuk membengkokkan badannya ke kiri dan ke kanan agar dapat bergerak ke hadapan.-

-

Kibasan ekor ikan ini disebabkan oleh pengecutan dan pengenduran otot miotom di kedua-dua belah tulang belakang secara antogonis. Pengecutan oto sebelah kanan akan menarik ekor ke sebelah kanan , pengecutan otot di sebelah kiri menarik ekor ke kiri. Kibasan ekor secara berterusan hanya menghasilkan suatu daya tujahan yang menolak ikan itu ke hadapan kerana kedua-dua daya ke sisi yang bertentangan membatalkan kesannya.

-

KESEIMBANGAN BADAN IKAN

-

Sirip berfungsi memelihara keseimbangan badan ikan semasa pergerakannya. Sirip yang berpasangan terdiri daripada sirip pelvis dan sirip pektoral. Sirip pektoral bertindak sebagai kemudi untuk menukar haluan dan sebagai brek untuk memperlahankan atau memberhentikan pergerakan. Sirip pelvis mencegah junaman dan golekan. Sirip tak berpasangan yang terdiri daripada ridip dan sirip dubur mencegah pesongan dan golekan.

Pergerakan katak

BERENANG-

Menggunakan membran di antara jari-jari kaki belakangnya untuk berenang. Membran ini menyediakan satu luas permukaan yang besar untuk menolak melalui air.

MELOMPAT-

Katak mempunyai kaki yang panjang dan dapat dilipat menjadi bentuk Z dengan otot yang besar dan kuat. Otot peha mengecut untuk meluruskan kaki belakang dengan cepat dan menolak tanah ke bawah dan belakang. Tindakan ini menolak katak ke atas dan ke hadapan. Kaki hadapan katak yang lebih kecil dihulurkan untuk mendarat dan kaki belakangnya ditarik ke badan apabila mendarat. Kaki hadapan bertindak sebagai penyerap getaran semasa pendaratan.

PERGERAKAN BURUNG

-

Badan berbentuk larus mengurangkan rintangan di udara semasa terbang. Badan yang ringan tulangnya berongga , kepala kecil, badan tidak berlemak. Sesetengah organ seperti testis dan ginjal wujud secara tunggal dan tidak berpasangan. Bulu pelepah pada ekor dan kepak membantu menambahkan luas permukaan sayap. Badan burung diliputi bulu pelepah yang kalis air menyebabkan badannya tidak basah dan sentiasa kering. Sayap berbentuk aerofoil menghasilkan daya angkat yang membolehkan burung terbang.

PENERBANGAN BURUNG-

Berlaku melalui dua cara: a) Kibasan sayap b) Meluncur

-

Semasa mengibas sayap ke bawah; i) ii) iii) iv) v) Pektoralis major mengecut kepak ditarik ke bawah rintangan udara memberikan satu tujahan ke atas. Tujahan dipindahkan dari kepak ke korakoid. Seluruh badan diangkat ke atas.

-

Semasa meluncur , sayap bertindak sebagai satu aerofoil. Aliran udara yang lebih laju di bahagian atas sayap menghasilkan kawasan tekanan tinggi di bahagian bawah sayap. Satu daya angkat terhasil dan mengangkat burung. Ini merupakan prinsip Bernoulli.

Bibliografi

1. 2. 3. 4.

Siri teks referens Biologi, ting 4&5,PEARSON ,longman,penulis; Betsy Teh Lay Hong,2005.http://books.google.com.my http://sainst2.blogspot.com/