PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 · TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI...
Transcript of PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017 · TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI...
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2017
TEKS UCAPAN
YANG BERBAHAGIA
DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
07 MAC 2017 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Hajah Rosnah
binti Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Puan Hajah Hasnah
binti Hussin
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati
Sejiwa.
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan berkat limpah
4
kurniaNya, dapat kita bersama-sama
dalam Majlis Perhimpunan Bulanan
Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat
bagi bulan Mac 2017 pada pagi yang
berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah dan warga kerja Bahagian
Industri & Klasifikasi Tarif
Dagangan (IKTD) kerana telah
mengatur dan menganjurkan Majlis
5
Perhimpunan Bulanan kita pada pagi
ini dengan baik sekali.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[PEMANGKUAN GRED PENGURUSAN
TERTINGGI KIMIA]
3. Syukur alhamdulillah, semalam pada 6
Mac, selepas 20 tahun, saya telah
menerima surat pemangkuan ke Gred
Jusa A. Ini merupakan suatu
pencapaian yang amat
membanggakan untuk Kimia Malaysia.
6
4. Pada 2 Mac yang lepas pula, Puan
Rosnah binti Awang, Timbalan Ketua
Pengarah (Dasar), Jabatan Kimia
Malaysia telah menerima watikah
pemangkuan ke Gred Utama B
daripada Ketua Setiausaha Negara
dalam Majlis Amanat yang
berlangsung di Kementerian
Kewangan.
5. Dr. Abdul Rahim Bin Ahmad dan Tuan
Haji Mohamed Zaini bin Abdul
Rahman pula telah menerima
pemangkuan ke Gred Utama C
7
masing-masing sebagai Pengarah
JKMC Sabah dan JKMC Pulau
Pinang.
6. Tahniah dan syabas kepada semua.
Teruskan usaha dalam memainkan
peranan penting bagi meningkatkan
kecemerlangan perkhidmatan awam
amnya dan Jabatan Kimia Malaysia
khususnya.
[PERSARAAN]
7. Untuk makluman semua, seorang
Pembantu Tadbir, Gred N19, Jabatan
8
Kimia Malaysia, Cawangan Sibu,
Sarawak iaitu Puan Dayang Salamah
binti Haji Awang Yahya akan bersara
pada 18 Mac akan datang.
8. Terima kasih atas jasa bakti dan
sumbangan puan pada Jabatan Kimia
Malaysia selama ini.
Hadirin sekalian,
[AUDIT ASCLD/LAB INTERNATIONAL]
9. Bahagian Forensik, Ibu Pejabat dan
makmal cawangan Jabatan Kimia
9
Malaysia sedang menjalani
Surveillance Audit ASCLD/LAB
yang bermula pada 5 Mac hingga 10
Mac 2017.
10. Makmal-makmal Narkotik di JKMC
Perak, Melaka, Terengganu, Kuching
dan Kota Kinabalu akan terlibat dalam
“Expanded Surveillance” manakala
Pegawai Penilai akan menjalankan
pemeriksaan dokumen kualiti ke atas
Makmal Forensik Ibu Pejabat, JKMC
Pulau Pinang, Pahang, Johor dan
10
Bintulu untuk “Standard
Surveillance”. Diharap makmal-
makmal yang terlibat telah bersedia
sepenuhnya bagi menghadapi audit
tersebut.
Tuan-Tuan/Puan-Puan sekalian,
[KENYATAAN AWAM BERKAITAN KES
KEMATIAN SEORANG WARGA NEGARA
KOREA UTARA]
11. Negara kita telah dikejutkan dengan
satu kes kematian seorang warga
negara Korea Utara di KLIA2 pada 13
11
Februari yang lepas. Seperti semua
sedia maklum, Jabatan Kimia
Malaysia turut menerima beberapa
sampel berhubung kes tersebut
daripada pihak polis.
12. Sehubungan dengan itu, kerjasama
semua adalah dimohon untuk tidak
membuat apa-apa kenyataan awam
berhubung kes tersebut sama ada
secara rasmi atau tidak rasmi bagi
mengelakkan spekulasi oleh pihak
berkepentingan.
12
13. Saya ingin menarik perhatian semua
kepada Peraturan 19, Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993
“Mengeluarkan Pernyataan Awam –
pegawai tidak boleh mengeluarkan
pernyataan awam kecuali mendapat
kebenaran Menteri yang
berkenaan”. Sekiranya didapati
melanggar arahan dan peraturan
ini, Tuan/Puan boleh dikenakan
13
tindakan tatatertib oleh pihak
Jabatan.
14. Peruntukan peraturan tersebut jelas
menunjukkan bahawa menjadi satu
kewajipan semua warga Kimia
untuk menjaga kerahsiaan terutama
ketika menjalankan tugas yang
melibatkan isu perhubungan dua
negara (sebagaimana termaktub di
dalam Seksyen 7A dan 8, P.U Akta
Rahsia Rasmi 1972).
14
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[LAWATAN KERJA RASMI]
LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI
MOSTI
15. YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin
Mohamad Diah, Timbalan Menteri
MOSTI telah mengadakan lawatan
kerja rasmi di JKMC Kuching,
Sarawak pada 17 Februari yang
lepas.
16. Ingin saya ucapkan syabas & terima
kasih kepada warga kerja Kimia
Kuching walaupun pada hari lawatan
15
tersebut Pengarah JKMC Kuching
tiada kerana urusan keluarga yang
tidak dapat dielakkan, namun saya
dengar YBTM amat berpuas hati
dengan layanan warga Kimia Kuching.
Tahniah.
LAWATAN YBHG. KSU MOSTI
17. Pada 27 Februari lepas pula, YBhg.
Datuk Seri Dr Mohd Azhar bin Haji
Yahaya turut meluangkan masa bagi
melawat Ibu Pejabat, Jabatan Kimia
Malaysia. Sesi lawatan beliau kali ini
16
lebih tertumpu kepada lawatan ke
Makmal Senjata Kimia.
LAWATAN TURUN PADANG KP KIMIA
18. Saya sendiri turut mengadakan
lawatan turun padang ke dua (2) buah
cawangan Jabatan Kimia Malaysia
iaitu di:
JKMC Terengganu (16 Februari)
JKMC Sabah (23 Februari)
19. Di Terengganu, saya turut
berkesempatan meninjau projek
17
bangunan baru JKMC Terengganu.
Bangunan tersebut dijangka siap pada
hujung tahun ini.
Warga Kimia sekalian,
[MESYUARAT TERHIMPUN PUSPANITA]
20. Pada 21 Februari yang lepas,
Mesyuarat Terhimpun Puspanita
Kimia Ke-34 telah diadakan.
21. Saya ingin menggalakkan semua
wanita Kimia terutamanya kakitangan
wanita senior untuk bergiat aktif dalam
18
Puspanita yang nyata memberi impak
positif kepada Jabatan secara amnya.
22. Di kesempatan ini juga, saya ingin
mengucapkan Selamat Hari Wanita
Peringkat Antarabangsa yang akan
diadakan pada esok, 8 Mac 2016
dengan temanya “Be Bold For
Change”.
23. Untuk makluman juga, pada 11 Mac
(Sabtu) akan datang, satu program
Konvoi Berbasikal Wanita 2017
19
sempena Hari Wanita Sedunia akan
diadakan di Dataran Putrajaya, Presint
3, Putrajaya. Warga wanita Kimia yang
berminat untuk menyertainya boleh
melayari lawan sesawang rasmi
Kementerian Wilayah Persekutuan
(KWP) www.kwp.gov.my atau
Facebook - Konvoi Berbasikal Wanita
2017 untuk maklumat lanjut.
20
Hadirin sekalian,
[PEMBUDAYAAN STI]
24. Pada bulan Februari yang lepas,
Jabatan Kimia Malaysia terlibat secara
aktif dengan beberapa siri pameran /
pembudayaan STI di seluruh negara,
antaranya:
11 Februari, JKMC Sabah:
Pameran sempena Majlis
Perasmian & Serah Milik Pusat
MyCyber Komuniti@Sabah di
Tamparuli, Sabah.
21
14-15 Februari, JKMC Pahang:
Pameran serta ceramah kerjaya
sempena Pahang Chemistry
Carnival di International Islamic
University Malaysia.
22 Februari, JKMC Pulau Pinang:
Pameran sempena Karnival Anti
Dadah di Sekolah Menengah
Agama Daeratul Maarifil Wataniah
1, Kepala Batas, Pulau Pinang.
24-26 Februari, JKMC Sabah:
Pameran sempena “Construction
Fair 2017” di Sabah Trade Centre.
22
25. Syabas diucapkan kepada semua
yang begitu komited dalam
menjayakan program kesedaran STI
tersebut.
Warga Kimia yang dikasihi sekalian,
[AKTIVITI KECERGASAN]
26. Dalam kesibukan dengan kerja-kerja
hakiki di makmal, kita semua
seharusnya tidak lupa menjaga
kesihatan masing-masing dengan
melibatkan diri dengan aktiviti
kecergasan. Di samping dapat
23
meningkatkan stamina dan kesihatan,
aktiviti sebegini juga dapat
mengeratkan tali silaturrahim antara
rakan sekerja.
27. Aktiviti kecergasan tidak hanya
melibatkan aktiviti di luar jabatan,
malah aktiviti gotong-royong di sekitar
jabatan turut boleh diinterpretasi
sebagai aktiviti kecergasan juga.
28. Pelbagai aktiviti kecergasan telah
diadakan sepanjang bulan Februari
serta awal bulan Mac, antaranya:
24
13 Februari, JKMC Sibu: Gotong
royong membersih serta mengecat
makmal
18 Februari, JKMC Pahang:
Kejohan Bowling Kimia Pahang di
Kuantan Megalane
24 Februari, JKMC Pahang:
Gotong royong perdana sekitar
jabatan sempena Amalan Hijau
25 Februari, JKMC Tawau: Hari
Keluarga & rentas desa di Taman
Bukit Tawau
25
4 Mac, JKMC Kelantan: Aktiviti
hiking ke Bukit Kluang, Besut,
Terengganu.
Hadirin sekalian,
[KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA
KIMIA MALAYSIA 2017]
29. Kejohanan Badminton Terbuka
Jabatan Kimia Malaysia 2017 telah
diadakan dengan jayanya pada 18
Februari lepas di Dewan Badminton
SMK (L) Bukit Bintang, Petaling
Jaya. Pertandingan dijalankan
26
melalui sistem undian dan dijalankan
melalui format beregu berpasukan.
Seramai 43 kakitangan Jabatan Kimia
Malaysia telah menyertai pertandingan
ini (35 peserta lelaki dan 8 peserta
wanita).
30. Tahniah buat para pemenang dan
bagi yang tidak berjaya jangan
kecewa. Kalah menang adat
bertanding. Yang penting adalah
semangat kesukanan dan berpasukan
dalam diri para peserta. Saya tidak
27
mengumumkan senarai pemenang
sekarang kerana pengerusi majlis
akan mengumumkannya kelak.
Tuan/Puan,
[KIMIA MENAWAN PUNCAK KINABALU]
31. Rasanya semua warga Kimia telah
maklum berkenaan “Projek Kimia
Malaysia Menawan Puncak
Kinabalu”. Seramai 8 orang warga
Kimia telah menyahut cabaran ini dan
meraka adalah:
28
i. Khairul Faizi bin Yussof (IKTD)
ii. Isma Murni Mohmad (KAS)
iii. Michelle Teh Phaik Kim (KAS)
iv. Zanariah Zahari (BKP)
v. Som Chai a/l Choi Kimia (JKMC
Kedah)
vi. Amiruddin Madjalumin (KAS)
vii. Noor Aiin Hidayati Wahab
(Forensik)
viii. Mohd Azam Arshad (KAS)
32. Pasukan pendaki Kimia Malaysia ini
berlepas ke Kota Kinabalu dari Kuala
Lumpur pada 25 Februari 2017.
Pendakian bermula dari Timpohon
Kinabalu Park ke Laban Rata pada 26
Februari. Seterusnya pada 27
29
Februari seawal 2.00 pagi, pendakian
dari Laban Rata ke Puncak Gunung
Kinabalu. Pasukan pendaki kita telah
berjaya menawan puncak Gunung
Kinabalu seawal pukul 5 pagi pada 27
Februari tersebut. Tahniah & syabas
buat semua! Bukan semua orang
mampu untuk ke puncak Gunung
Kinabalu tersebut. Terima kasih
kerana membawa nama Kimia ke
puncak Gunung Kinabalu. Syabas!
30
Warga Kimia sekalian,
[PENUTUP]
33. Sebelum saya mengakhiri ucapan
saya pada kali ini, Saya juga ingin
mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’
serta semoga panjang umur dan
murah rezeki kepada warga Kimia
yang menyambut ulang tahun
kelahiran pada bulan Mac ini.
34. Cuti persekolah adalah pada 18
hingga 26 Mac akan datang. Saya
31
yakin ramai yang akan bercuti untuk
meluangkan masa bersama anak-
anak. Pesanan saya bagi yang ingin
balik ke kampung, sila berhati-hati di
jalan raya. Ingatlah orang yang
tersayang.
Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.