PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC...

27
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OKTOBER 2018 TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA PUAN HAJAH ROSNAH AWANG KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 4 OKTOBER 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Transcript of PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC...

Page 1: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA OKTOBER 2018

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA PUAN HAJAH ROSNAH AWANG

KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA

4 OKTOBER 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Page 2: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengacara Majlis

Yang Berusaha Dr. Cornelia Charito

Siricord @ Faridatul Akmar

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Pengarah-Pengarah Kanan

Pengarah-Pengarah Bahagian

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Page 3: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

3

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat

Allah SWT kerana dengan izin dan

limpah kurniaNya, dapat kita bersama-

sama dalam Majlis Perhimpunan

Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu

Pejabat bagi bulan Oktober 2018 pada

pagi yang berbahagia ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Page 4: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

4

Pengarah Kanan serta warga kerja

Pusat Pengurusan Kualiti &

Penyelidikan kerana telah mengatur

dan menganjurkan Majlis

Perhimpunan Bulanan kita pada pagi

ini dengan baik sekali.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[MESTECC BEBAS PLASTIK]

3. Seperti semua sedia maklum, YB

Menteri MESTECC telah melancarkan

Kempen “Let’s Breakup with Single-

Use Plastic” pada 7 September yang

Page 5: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

5

lepas. YB Menteri telah memberikan 3

cabaran iaitu “No Single-Use Bottle”,

“No Straw” dan “No Plastic Wrap On

Food”.

4. Saya amat berharap agar semua

warga Kimia dapat bekerjasama bagi

menjayakan kempen ini. Pihak Kelab

Kimia telah menyahut cabaran ini di

mana semasa Kejohanan Badminton

Tertutup 2018 pada hari Sabtu lepas,

botol air mineral tidak diedarkan.

Sebaliknya semua peserta

Page 6: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

6

menggunakan cawan yang boleh

diguna semula.

5. Pihak MESTECC juga sedang

mengadakan Cabaran Media Sosial

iaitu “Pertandingan Post Paling

Kreatif” untuk kempen ini yang akan

tamat pada 7 Oktober ini. Jadi

gunakan kreativiti anda untuk turut

serta dalam pertandingan tersebut.

PROJKM telah menghantar emel

hebahan mengenai pertandingan

tersebut, namun untuk maklumat

Page 7: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

7

lanjut boleh berhubung dengan

PROJKM.

6. Kempen “Let’s Breakup with Single-

Use Plastic” ini tidak hanya terhad di

Ibu Pejabat sahaja, saya turut

menyeru semua Makmal Negeri serta

Cawangan untuk sama-sama

menjayakan program yang murni ini.

#plasticfreeMESTECC

#MESTECCputuscinta

Page 8: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

8

Hadirin sekalian,

[KENAIKAN PANGKAT]

7. Untuk makluman, Encik Muhammad

Fauze bin Mohamad Ayob dari Kimia

Bintulu telah menerima pemangkuan

pangkat sebagai Pengarah Kimia

Sibu, Gred C52 bermula 1 Oktober

2018.

8. Tahniah saya ucapkan kepada beliau

dan selamat menerajui Kimia Sibu

dengan jayanya.

Page 9: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

9

9. Berhubung dengan urusan kenaikan

pangkat lagi, sukacita saya umumkan

keputusan pengesahan kenaikan

pangkat kepada 8 pegawai C54, 6

pegawai C52 dan 8 pegawai C48.

Tahniah buat semua.

10. Pada 2 Oktober juga, Jabatan

menerima keputusan pemangkuan

C41/C44 Fleksi untuk 22 orang

pegawai C41. Seorang pegawai telah

dinaikkan pangkat ke Gred C44 Hakiki

dan 2 lagi pegawai yang sambung

Page 10: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

10

belajar sebelum ini telah disahkan

kenaikan pangkat C41/C44Fleksi.

11. Tahniah sekali lagi kepada semua

yang terlibat.

[ANUGERAH PEMENTORAN KATEGORI

INDIVIDU]

12. Lagi berita baik untuk jabatan, Encik

Nor Azmi bin Abd. Karim, Pegawai

Sains di Bahagian Toksikologi, Pusat

Analisis Sains Forensik telah terpilih

sebagai penerima Anugerah

Pementoran Kategori Individu

Page 11: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

11

berdasarkan keputusan Mesyuarat

Panel Penilai Anugerah Pementoran

Jabatan Perkhidmatan Awam yang

telah diadakan pada 21 September

2018 yang lepas.

13. Anugerah tersebut akan disampaikan

oleh YBhg. Datuk Borhan bin Dolah,

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Malaysia pada 9 Oktober 2018 di

Jabatan Perkhidmatan Awam

sempena Persidangan Psikologi

Perkhidmatan Awam ke-23 Tahun

2018.

Page 12: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

12

14. Tahniah Encik Nor Azmi (mohon ke

hadapan) dan tahniah jua buat

Urusetia Program Pementoran (PLKM

& BKP) yang menguruskan program

tersebut. Diharap program

pementoran yang dijalankan di Kimia

Malaysia dapat diteruskan untuk

meningkatkan pembangunan dan

kompetensi profesional, budaya,

peribadi dan sosial bagi pegawai baru.

Page 13: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

13

[HARI SUKAN NEGARA]

15. Sambutan Hari Sukan Negara telah

diisytiharkan pada setiap hari Sabtu

minggu kedua bulan Oktober setiap

tahun. Pada tahun ini, Hari Sukan

Negara telah diisytihar pada 13

Oktober 2018. Sehubungan itu,

Jabatan diminta untuk merancang

suatu aktiviti kesukanan pada hari

tersebut yang akan melibatkan

peserta Jabatan. Saya telah

berbincang dengan SU Kelab Kimia

Page 14: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

14

yang akan menguruskan aktiviti ini

bersama AJK Kelab. Aktiviti yang

dikenalpasti akan diumumkan nanti.

Diharap semua warga Kimia turut

serta dalam program tersebut nanti.

16. Sambutan Hari Sukan Negara ini

merupakan suatu inisiatif Kementerian

Belia dan Sukan di mana ia adalah

satu langkah proaktif dalam proses

transformasi ke arah mencapai hasrat

menjadikan Malaysia sebagai sebuah

‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Page 15: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

15

17. Bertepatan dengan Hari Sukan

Negara, Kejohanan Tertutup

Badminton Kimia Malaysia telah

dianjurkan pada Sabtu yang lepas.

18. Tahniah saya ucapkan kepada para

pemenang. Yang lain…cuba lagi.

Kalah menang adat bertanding.

19. Terima kasih serta tahniah jua buat

Kelab Sukan & Kebajikan serta

PUSPANITA Kimia yang telah berjaya

menganjurkan kejohanan ini.

Page 16: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

16

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[BULAN BAHASA KEBANGSAAN]

20. Oktober semestinya bulan yang

dinanti-nantikan saban tahun oleh

pencinta bahasa. Ini kerana, seluruh

rakyat Malaysia akan menyambut

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK),

iaitu salah satu program tahunan

negara.

21. Bulan Bahasa Kebangsaan

merupakan suatu program yang

memfokuskan kempen cintai bahasa

Melayu yang dipelopori

Page 17: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

17

penganjurannya oleh Dewan Bahasa

dan Pustaka. Tujuan utama

pelaksanaan program ini adalah untuk

mendidik masyarakat berbilang

bangsa khususnya di Malaysia agar

dapat menyemarakkan dan

seterusnya memartabatkan bahasa

kebangsaan negara tersebut dalam

pelbagai aspek dan bidang yang boleh

memaju ke arah kelestarian bahasa

Melayu sebagai bahasa kelas dunia

yang praktikal dan realistik.

Page 18: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

18

22. Untuk makluman awal, PEMURNI

Kimia dengan kerjasama Kelab Kimia

& Puspanita Kimia bercadang untuk

menganjurkan pertandingan Dikir

Barat serta Koir sempena Bulan

Bahasa tersebut.

Warga Kimia yang dikasihi,

[MESEJ INTEGRITI]

23. Di sini, saya ingin mengingatkan agar

warga Kimia untuk sentiasa

merancang pengurusan kewangan

serta permohonan pinjaman masing-

Page 19: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

19

masing bagi memastikan tidak

berlakunya masalah keberhutangan

serius.

24. Sebagai peringatan, pegawai awam

hanya dibenarkan berhutang 60%

daripada emolumen dan mempunyai

baki gaji sekurang-kurangnya 40%.

Warga Kimia dipohon supaya

mematuhi surat-surat pekeliling dan

peraturan-peraturan yang berkuat

kuasa. Sekiranya pegawai masih tidak

mematuhi surat-surat pekeliling dan

berada dalam keberhutangan

Page 20: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

20

kewangan serius sehingga

menjejaskan prestasi kerja maka,

tindakan tatatertib boleh diambil

terhadap pegawai tersebut di bawah

peraturan 4.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

[PERSIJILAN MS ISO/IEC 17025:2017]

25. Mulai tahun 2019, semua makmal-

makmal ujian, khususnya bukan

forensik, di Jabatan ini akan dinilai di

bawah Skim Akreditasi Makmal

Malaysia (SAMM) untuk persijilan MS

Page 21: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

21

ISO/IEC 17025 yang baharu iaitu versi

tahun 2017, bagi menggantikan versi

tahun 2005. Semua dokumen kualiti

yang berkaitan dengan skim persijilan

ini perlu dikaji semula dan disesuaikan

dengan keperluan semasa.

26. Dokumen seperti Quality Manual,

Standard Operating Procedures,

borang-borang teknikal perlu dikemas

kini selaras dengan keperluan-

keperluan baharu dalam standard MS

ISO/IEC 17025:2017.

Page 22: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

22

27. Pusat Pengurusan Kualiti dan

Penyelidikan, sedang giat menyiapkan

semua dokumen-dokumen yang

berkaitan untuk kegunaan semua

makmal di jabatan ini.

[MS ISO/IEC 17043 MALAYSIA

PROFICIENCY TESTING PROVIDER

(MYPTP) EXTENSION OF SCOPE AUDIT]

28. Seksyen Ujian Kemahiran Analisis

telah diaudit oleh Jabatan Standard

Malaysia untuk penambahan skop

akreditasi di bawah sistem MyPTP

Page 23: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

23

pada 28 September yang lepas di

mana sebanyak 5 skim PT telah

dimohon untuk diakreditasikan.

Pasukan penilai telah membangkitkan

2 minor NCR dan 2 Observations.

[HARI INOVASI]

29. Hari Inovasi Jabatan Kimia Malaysia

peringkat Ibu Pejabat akan

berlangsung pada 23 Oktober 2018

ini. Program anjuran Pusat

Pengurusan Inovasi dan Kualiti

diadakan bertujuan untuk memupuk

Page 24: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

24

dan meningkatkan budaya inovasi

dalam perkhidamatn awam,

khususnya di Jabatan Kimia Malaysia.

Budaya inovasi amat penting dan

telah dikenal pasti sebagai

sebahagian daripada elemen dalam

gerakan transformasi sektor awam

yang menyokong agenda peningkatan

daya saing Negara ini.

30. Pelbagai program telah diatur oleh

Pusat Pengurusan Inovasi dan Kualiti

sempena Hari Inovasi ini untuk semua

Page 25: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

25

kakitangan seperti Ceramah Inovasi,

Pertandingan Anugerah Inovasi

Horizon Baharu KIK Kimia Malaysia,

Anugerah Inovasi & Kualiti

Pengurusan Makmal, Pertandingan

Penulisan Artikel & Kualiti, Cabaran

Inovasi (diadakan dengan kerjasama

Pusat Sains Negara) serta Cabaran

Kreativiti.

31. Semuanya pertandingan ini

menjanjikan hadiah-hadiah yang hebat

dan lumayan kepada para pemenang.

Page 26: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

26

Semua kakitangan adalah dijemput

untuk turut serta bagi memeriahkan

program ini.

32. Adalah diharapkan, dengan

penganjuran Hari Inovasi yang penuh

dengan pelbagai aktiviti menarik ini,

akan dapat menyuntik semangat

warga kerja di jabatan ini untuk terus

kreatif dan inovatif dalam memperbaiki

dan meningkat mutu perkhidmatan

yang kita sediakan.

Page 27: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Seperti semua sedia maklum, YB Menteri MESTECC telah melancarkan Kempen “Let’s Breakup with Single-Use Plastic” pada 7 September

27

33. Sebelum saya mengakhiri ucapan

saya pada kali ini, saya juga ingin

mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’

serta semoga panjang umur dan

murah rezeki kepada warga Kimia

yang menyambut ulang tahun

kelahiran pada bulan Oktober ini.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.