peribadi rasulullah.docx

31
Mari kita meneliti mengenai peribadi Rasulullah saw iaitu seorang penyelamat manusia dunia dan akhirat. Walaupun sebelum ini kita telah banyak kali menceritakan tentangnya. Namun mungkin kali ini kita menyentuh sudut-sudut lain yang belum pernah disebut lagi. Kalau pun disebut berulang kali tiada salahnya demi mengingatkan kembali mengenai peribadi agung dan mulia ini: 1. Nabi Muhammad saw merupakan seorang yang luar biasa yang tidak ada tara atau tiada tandingan sebelum dan sesudahnya di kalangan manusia malah di kalangan Nabi dan Rasul. Malah kedudukan Rasulullah saw itu tidak boleh dibuat perbandingan dengan siapa- siapa pun. Ini kerana manusia luar biasa ini bukan hasil dicapai melalui usaha ikhtiar sebaliknya anugerah Tuhan. Rasulullah saw tetap seorang manusia biasa dan bukan Malaikat. Allah swt jadikan Rasulullah saw sebagai manusia luar biasa bertujuan memperlihatkan dan membuktikan Allah swt Maha Kuasa dan Maha Pencipta. 2. Baginda saw adalah rohnya malaikat yang sangat taat kepada Allah swt dan tubuhnya adalah manusia agar manusia dapat melihat dan mencontohi peribadi Baginda saw. Kerana luar biasa itulah maka kita dituntut agar mencontohi Baginda saw. Memang mustahil mana- mana manusia dapat mencapai setaraf dengan Baginda saw. Allah swt Maha Mengetahui mengenai kelemahan manusia biasa. Namun tidak ada sebarang halangan bagi setiap insan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai yang terbaik serta seberapa yang terdaya. Allah swt sentiasa permudahkan kepada siapa yang Allah swt kehendaki terutamanya kepada siapa saja yang berusaha serta meminta dipermudahkan. Beginilah sikap orang-orang utama seperti para Sahabat. Mereka berusaha agar dapat mencapai kesempurnaan atau

description

sirah

Transcript of peribadi rasulullah.docx

Page 1: peribadi rasulullah.docx

Mari kita meneliti mengenai peribadi Rasulullah saw iaitu seorang penyelamat manusia dunia

dan akhirat. Walaupun sebelum ini kita telah banyak kali menceritakan tentangnya. Namun

mungkin kali ini kita menyentuh sudut-sudut lain yang belum pernah disebut lagi. Kalau pun

disebut berulang kali tiada salahnya demi mengingatkan kembali mengenai peribadi agung dan

mulia ini:

1. Nabi Muhammad saw merupakan seorang yang luar biasa yang tidak ada tara atau

tiada tandingan sebelum dan sesudahnya di kalangan manusia malah di kalangan Nabi

dan Rasul. Malah kedudukan Rasulullah saw itu tidak boleh dibuat perbandingan

dengan siapa-siapa pun. Ini kerana manusia luar biasa ini bukan hasil dicapai melalui

usaha ikhtiar sebaliknya anugerah Tuhan. Rasulullah saw tetap seorang manusia biasa

dan bukan Malaikat. Allah swt jadikan Rasulullah saw sebagai manusia luar biasa

bertujuan memperlihatkan dan membuktikan Allah swt Maha Kuasa dan Maha Pencipta.

2. Baginda saw adalah rohnya malaikat yang sangat taat kepada Allah swt dan tubuhnya

adalah manusia agar manusia dapat melihat dan mencontohi peribadi Baginda saw.

Kerana luar biasa itulah maka kita dituntut agar mencontohi Baginda saw. Memang

mustahil mana-mana manusia dapat mencapai setaraf dengan Baginda saw. Allah swt

Maha Mengetahui mengenai kelemahan manusia biasa. Namun tidak ada sebarang

halangan bagi setiap insan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai yang terbaik

serta seberapa yang terdaya. Allah swt sentiasa permudahkan kepada siapa yang Allah

swt kehendaki terutamanya kepada siapa saja yang berusaha serta meminta

dipermudahkan. Beginilah sikap orang-orang utama seperti para Sahabat. Mereka

berusaha agar dapat mencapai kesempurnaan atau mencapai kedudukan yang paling

hampir kepada peribadi Baginda saw.

3. Hati (roh) Rasulullah saw adalah Malaikat sebab itu roh Baginda saw di peringkat

bercahaya kerana Malaikat itu dicipta dari cahaya.

4. Rasulullah saw seorang yang paling kuat iman dan paling tinggi taqwa. Baginda saw

adalah bapa taqwa. Allah swt utus Rasulullah saw dengan peranan utama untuk

membina iman dan taqwa manusia. Maka sudah tentulah iman dan taqwa Baginda saw

yang paling tinggi. Iman dan taqwa ini merupakan perkara paling utama yang menjadi

faktor manusia mentaati Allah swt, menundukkan nafsu, subur mahmudah, menjadi

baik, berkasih sayang, hidup aman damai dan bahagia. Iman dan taqwa juga

merupakan jaminan utama untuk kejayaan serta keselamatan dunia dan akhirat. Allah

Page 2: peribadi rasulullah.docx

swt beri jaminan serta janji untuk membela dan membantu mana-mana bangsa yang

beriman dan bertaqwa di dunia sementara ini. Allah swt tinggikan martabat di dunia

dengan menjadikan mereka bangsa yang unggul manakala Allah swt janjikan

keampunan, rahmat dan syurga di akhirat kelak. Allah swt segala-galanya, tempat

sekalian makhluk bersandar dan bergantung dalam semua hal dan perkara. Rata-rata

umat Islam kini sudah lupa lantas terlalu mengabaikan dua aspek pokok dan utama ini

iaitu iman dan taqwa. Ertinya umat Islam sudah terlalu melupakan Allah swt lantas Allah

swt melupakan umat Islam dalam erti kata Allah swt tidak datangkan bantuan,

pembelaan dan pertolongaan. Allah swt biarkan umat Islam dengan keupayaan dan

kemampuan sendiri. Maka umat Islam berhempas pulas dengan keupayaan sendiri

untuk berjaya. Dalam pada itu nafsu juga turut campur tangan, maka semakin jauh dari

Allah swt, akibatnya Allah swt bertambah murka. Betapa pentingnya iman dan taqwa

kerana dalam masyarakat yang beriman dan bertaqwa bukan tiada gejala sosial tetapi

terlalu minima serta tidak secara terbuka. Dalam masyarakat yang beriman dan

bertaqwa bukan tiada masalah tetapi Allah swt beri jalan keluar kepada masalah itu atau

juga Allah swt permudahkan dalam mengatasinya. Masalah yang timbul, kalau ada,

tidak pula hingga merumitkan keadaan. Masyarakat yang beriman dan bertaqwa,

mereka berjiwa besar dan kuat. Manusia yang berjiwa besar merasakan setiap masalah

itu kecil dan sedikit sahaja. Manusia berjiwa kerdil dan lemah setiap masalah dan

cabaran dirasakan besar dan banyak. Oleh itu besarkanlah jiwa umat nescaya kecillah

masalah.

5. Salah satu sifat wajib bagi Rasul ialah sifat siddiq yakni sifat benar. Tiada suatu pun

pada diri Rasulullah saw melainkan semuanya benar belaka. Lawan kepada sifat benar

ialah sifat bohong. Mustahil seorang utusan Allah swt itu seorang penipu. Rasulullah

saw bersifat Siddiq dalam segala hal yang dirangkumkan sebagai benar pada

perkataan, benar pada perbuatan dan benar pada hati. Tiada suatu pun dari perkataan,

perbuatan dan hati Baginda saw melainkan semuanya adalah benar yakni wahyu dari

Allah swt. Sifat siddiq sangat menonjol pula pada diri Saidina Abu Bakar sebab itu beliau

bergelar As Siddiq.

6. Amanah merupakan sifat wajib yang kedua bagi Rasul. Lawan kepada sifat amanah

ialah khianat. Mustahil seorang Rasul selaku utusan Allah swt itu berlaku khianat.

Amanah ada berbagai pengertian seperti jujur, dipercayai dan menjadikan manusia lain

rasa aman, tenteram, damai dan harmoni. Demikianlah sifat wajib bagi Rasulullah saw.

Page 3: peribadi rasulullah.docx

Tiada siapa yang terganggu fikiran dan perasaan apabila berurusan dengan Rasulullah

saw. Ketika Baginda saw menjadi Rasul sifat dan watak amanah itu telah terserlah

ketika menjalankan perniagaan hingga semua pelanggan merasa aman dan gembira.

7. Seluruh Al Quran telah disampaikan kepada manusia. Tidak ada satu huruf pun yang

tercicir melainkan wajib bagi Rasulullah saw menyampaikan. Inilah sifat wajib bagi Rasul

yang ketiga iaitu tabligh atau menyampaikan. Mustahil seorang Rasul menyembunyikan

kebenaran. Tablighnya Baginda saw termasuk sabda atau hadis yang ratusan ribu

jumlahnya, juga telah disampaikan. Yang hak itu datangnya dari Allah swt maka wajib

bagi Rasulullah saw menyampaikan kepada manusia biarpun dibenci oleh orang kafir.

Rasulullah saw terpaksa menghadapi berbagai tentangan serta risiko dalam

menunaikan tanggungjawab tabligh yang wajib itu.

8. Fathonah adalah sifat wajib yang keempat. Rasulullah saw orang yang paling cerdik.

Taraf fatonah yang Allah swt berikan kepada Baginda saw itu adalah cerdik luar biasa

yang tiada tandingan serta tidak dapat dibandingkan. Tiada manusia lain yang telah dan

akan mencapai taraf fatonah ini. Roh Baginda saw sangat bersih mencapai tahap

bercahaya yang membuatkan Rasulullah saw menjadi manusia paling cerdik. Banyak

faktor yang boleh menjadikan manusia itu cerdik. Salah satu rahsianya ialah kebersihan

hati. Cerdik luar biasa adalah tahap IQ yang tertinggi hingga mampu berfikir malah

mampu mengeluarkan idea dan teori yang bernas. Kalau melalui belajar ianya dipanggil

pandai. Kalau cerdik disertakan dengan pandai adalah lebih baik. Roh yang bersih dan

tajam akan menjadikan akal menjadi tajam. Rasulullah saw mendidik roh para Sahabat

hingga menjadi bersih. Natijahnya menjadikan generasi Sahabat sangat cerdik.

Sedangkan majoriti Sahabat pada asalnya adalah mereka yang hanya mengenali

kambing, unta, tamar dan Padang Pasir. Namun akhirnya mereka mampu mentadbir

empayar. Ini kerana roh mereka sangat berperanan dan sekaligus menjadikan IQ

mereka mencapai tahap tinggi. Buktinya mereka mampu mentadbir sebuah empayar

yang menguasai tiga suku dunia. Dinisbahkan kepada manusia biasa kita boleh melihat

sejarah ulama dan saintis Islam terdahulu. Mereka tidaklah mencapai taraf fatonah

namun mereka bijak, pintar, cerdas dan cerdik. Mereka mudah menghafal Al Quran dan

hadis, ingatan yang kuat, mudah hafal serta faham setiap ilmu yang dipelajari. Para

saintis pula banyak kejayaan dalam membuat penemuan baru. Sebab itu banyaknya

kitab para ulama dan banyaknya penemuan baru oleh saintis Islam. Di antara tokoh

tersohor ialah Imam Syafei. Pada usia tujuh tahun sudah hafal seluruh Al Quran. Pada

Page 4: peribadi rasulullah.docx

usia sepuluh tahun sudah mampu mentafsirkan Al Quran. Pada usia dua belas tahun

sudah hafal semua kandungan Kitab Al Mawatha’ kepunyaan Imam Malik. Pada usia

empat belas tahun dan masih belum baligh sudah menjadi guru yang mengajar para

ulama besar di zaman beliau. Suatu ketika Imam Syafei merasa sukar sedikit menghafal

ilmu. Apabila ditanya kepada guru beliau yang bernama Waqi’ jawapannya ialah kerana

terdapat titik dosa di hati. Jawapan Waqi’ itu menjelaskan hubungkait antara kebersihan

hati dengan keupayaan akal dalam menghafal dan memahami ilmu.

9. Ilmu Rasulullah saw bukan diperolehi dari akalnya walaupun Baginda saw merupakan

orang yang paling tajam akalnya. Rasulullah saw mendapt ilmu yang dijatuhkan oleh

Allah swt kedalam hatinya. Ilmunya diperolehi langsung dari Allah swt yang berupa

wahyu. Sebab itu Baginda saw dipanggil ummi yakni tidak perlu kepada pandai

membaca dan menulis. Ummi bukan bererti buta huruf (illiteral) seperti yang difahami

oleh umumnya umat Islam. Kalau Rasulullah saw buta huruf ertinya satu kecacatan atau

lemah yang dipandang hina oleh masyarakat. Kedudukan ummi Rasulullah saw itu

sebenarnya ialah tidak perlu kepada pandai membaca dan menulis. Andainya

diperlukan nescaya Allah swt jadikan Baginda saw memiliki kepandaian membaca dan

menulis tersebut. Sebagai contoh, Rasulullah saw tidak pernah melihat laut. Tetapi

Rasulullah saw mampu menerangkan tentang laut. Begitu juga Rasulullah saw mampu

menerangkan keseluruhan Masjid Al Aqsa di Baitulmaqadis sedangkan Baginda saw

hanya singgah sebentar sahaja sebelum naik mikraj. Pengetahuan Rasulullah saw

tentang Masjid Al Aqsa itu adalah perlu kerana kaum kafir Quraisy mahukan bukti yang

Rasulullah saw tiba di Masjid Al Aqsa pada malam isra dan mikraj. Pengetahuan itu

adalah dari Allah swt. Sebab itu Rasulullah saw tidak perlu kepada pandai membaca

dan menulis. Ilmu wahyu yang Allah swt jatuhkan dihati itu tidak pernah luput dari

ingatan yakni tidak pernah dilupai. Ini berbeza kalau ilmu yang sekadar dihafal. Ilmu

yang berada di akal amat mudah dilupai. Ilmu Rasulullah saw juga merangkumi ilmu

dunia dan ilmu akhirat. Bersifat ummi itu amat banyak hikmahnya. Hikmah besarnya

ialah agar tiada siapa yang menuduh Rasulullah saw mencedok ajaran dari kitab lain

atau belajar daripada orang lain. Andainya Rasulullah saw pandai menulis akan timbul

tuduhan kononnya Rasulullah saw mengarang sendiri Al Quran. Contoh yang paling

mudah ialah keadaan yang terjadi kepada Taurat dan Injil. Wahyu Allah swt dalam

Taurat dan Injil telah dengan sewenang-wenang dipinda oleh para pendeta sesuai

dengan nafsu dan selera mereka. Sedangkan Al Quran dijamin asli oleh Allah swt tidak

akan berubah sampai bila-bila. Itulah hikmahnya Al Quran yang mengandungi lebih

Page 5: peribadi rasulullah.docx

enam ribu enam ratus ayat itu mudah dihafal. Ertinya Al Quran itu berada dalam dada

berjuta orang umat Islam. Sedikit sahaja berlaku kesilapan seperti silap cetak, dengan

segera akan dapat dikesan oleh para penghafal Al Quran.

10. Tawakalnya Rasulullah saw amat luar biasa, sebab itulah pada malamnya makanan

tidak disimpan untuk esok harinya. Andainya terdapat makanan akan diberikan kepada

siapa saja yang memerlukannya. Tawakkal yang luar biasa itu kerana Rasulullah saw

yakin kalau esoknya dia masih hidup Allah swt akan beri rezeki kepada Baginda saw.

Namun kepada umatnya disuruh berusaha dan sekaligus bertawakkal kepada Allah swt.

Antara usaha dan tawakkal ini bukan bercanggah tetapi mesti berlaku seiring agar tidak

putus sandaran dan pergantungan kepada Allah swt. Dalam hal ini Rasulullah saw

mengajarkan kaedahnya dengan menyuruh agar mengikat unta terlebih dulu sebagai

usaha atau sebab dan selepas itu serahkan kepada Allah swt. Usaha itu merupakan

sunatullah bagi menghadirkan sebab. Usaha itu adalah perintah Allah swt yang

mendapat ganjaran pahala. Namun bertawakkal kepada Allah swt itu adalah hakikatnya

yakni Allah swt yang memberi bekas. Ini memahamkan kepada kita bahawa syariat dan

hakikat tidak boleh dipisahkan.

11. Rasulullah saw memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Kekuatan jiwa itu tumbuh dari

tiga sebab:

 Kuatnya iman.

Kuatnya keyakinan kepada Allah swt.

Kuat serta tingginya cita-cita dan keazaman memperjuangkan Tuhan.

Dari kekuatan jiwa itu menjadikan Rasulullah saw sangat sabar, tabah, gigih,   bersungguh-

sungguh, kuat kemahuan, sanggup berhadapan dengan apa jua risiko, cabaran dan rintangan.

Rasulullah saw tidak pernah kecewa, tidak kenal undur, tiada putus asa dan sangat istiqamah

dan teguh pendirian dalam semua perkara kebenaran. Sewajarnya umat Islam turut memiliki

kekuatan jiwa sebagai modal yang amat penting dalam menghadapi sebarang cabaran. Lemah

jiwa mengakibatkan umat Islam bukan sahaja tidak mampu mengatasi dan menyelesaikan

masalah orang lain, malah masalah sendiri pun terpaksa orang lain pula yang selesaikan.

Buktinya, mereka yang menjadi penagih dadah itu adalah tanda atau signal lemah jiwa serta

tidak mampu mengatasi masalah diri sendiri dan terpaksa pula orang lain yang selesaikan.

Page 6: peribadi rasulullah.docx

12.  Rasulullah saw juga memiliki kekuatan fizikal, sihat, cergas dan tangkas. Gabungan

kekuatan jiwa dan kekuatan fizikal ini yang membuatkan Rasulullah saw kuat beribadah serta

kuat dalam melaksanakan perjuangan.

13. Rasulullah saw sangat kuat membezakan antara yang hak dengan yang bathil. Ini sesuai

dengan akhlak Baginda saw adalah Al Quran. Nama lain bagi Al Quran itu ialah Al Furqan

bererti pembeda antara yang hak dan yang bathil. Sifat ini sangat menonjol pada diri Saidina

Umar Al Khattab yang bergelar Al Faruq.

14. Rasulullah saw tidak membunuh orang. Walaupun terdapat keadaan tertentu yang

situasinya Baginda saw sudah wajar membunuh. Tetapi Rasulullah saw tidak membunuh.

Baginda saw mengambil jalan yang lebih utama iaitu memberi kemaafan. Dalam peperangan

sekalipun syariat mengizinkan membunuh musuh namun Rasulullah saw mengajarkan adab-

adab yang mesti dijaga. Bukan seperti peperangan zaman ini yang amat sukar mengelak kesan

sampingan termasuk kematian orang yang tidak berdosa serta kemusnahan yang yang tidak

perlu. Mendapat kemaafan daripada Rasulullah saw membuatkan Datsul masuk Islam di tangan

Baginda saw. Sejarah yang masyhur ialah berkaitan dengan Datsul. Ketika Rasulullah saw

sedang berehat di bawah pokok tiba-tiba datang Datsul menghunus pedang untuk membunuh

Rasulullah saw dengan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang boleh menyelamatkan engkau

dari pedang ini?’ Rasulullah saw menjawab, ‘Allah.’ Lantas pedang Datsul terlucut daripada

tangannya. Tubuh badan Datsul gementar ketakutan. Rasulullah saw mengambil pedang yang

jatuh itu dan bertanya kepada Datsul, ‘Siapa yang boleh menyelamatkan engkau dari pedang

ini?’ Datsul tidak menjawab. Memang logiklah Datsul tidak dapat menjawab kerana dia tiada

tempat bersandar demi menyelamatkan dirinya. Datsul memeluk Islam kerana Rasulullah saw

memaafkan Datsul. Dalam hukum syariat Islam sudah menetapkan iaitu bunuh balasannya

adalah bunuh, namun di sisi Allah swt memberi maaf itu adalah lebih baik. Ini dikhususkan

kepada dalam kesalahan peribadi. Memberi maaf ini satu sikap yang amat payah hendak

dilakukan kecuali mereka yang benar-benar mengharapkan keredhaan Allah swt. Hikmah di

sebalik Allah swt menganjurkan memberi maaf itu  lebih baik sekurang-kurangnya ada tiga

sebab. Pertama ialah memakai sifat Allah swt yang Maha Pemaaf. Kedua ialah dari aspek

kemasyarakatan, biarlah seorang sahaja yang kehilangan anggota keluarga dan mungkin

seorang yang amat disayangi atau tempat bergantung. Kalau seorang lagi yang kehilangan

nyawa maka dua keluarga sudah kehilangan anggota yang mungkin juga mereka yang

tersayang. Ketiga, Allah swt mahu agar manusia berfikir kalau kesalahan membunuh pun

dianjurkan memberi maaf betapalah dalam kesalahan yang lebih kecil kedudukannya

Page 7: peribadi rasulullah.docx

berbanding kesalahan membunuh. Seperti Rasulullah saw yang memilih jalan lebih utama

maka demikian juga umat Islam dianjurkan agar memilih yang lebih utama dalam beramal

kepada Allah swt dan dalam bersikap kepada manusia lain. Namun demikian kepada umatnya

dibolehkan membunuh musuh tetapi terbatas dalam peperangan sahaja.

15. Rasulullah saw bersifat maksum ertinya bersih dari dosa. Namun Baginda saw seorang

yang dalam setiap hari bertaubat tujuh puluh kali. Di sini perlu difahami iaitu terdapat dua jenis

taubat. Pertama taubat terhadap dosa. Ini wajib dilakukan oleh siapa sahaja yang berbuat dosa

samada dosa lahir lebih-lebih lagi dosa batin. Kedua taubat atas sebab rasa kehambaan.

Taubat jenis inilah yang dilakukan oleh Rasulullah saw yakni Baginda saw merasa kehambaan

yang amat mendalam. Taubat rasa kehambaan ini perlu juga dilakukan oleh manusia biasa

sebagai tanda merendah diri dan merasa berdosa biarpun tidak melakukan dosa.

16. Rasulullah saw adalah seorang pakar pendidik. Rasulullah saw mendidik manusia dengan

menjadikan akal, hati dan nafsu sebagai sasaran utama. Ini kerana akal, hati dan nafsu adalah

penentu kepada perubahan manusia. Akal diisi dengan ilmu yang benar, hati diisi dengan iman

dan taqwa manakala nafsu ditundukkan atau dijinakkan supaya selaras dan selari dengan

kehendak Allah swt. Rasulullah saw dalam mendidik manusia melalui pendekatan kekeluargaan

serta secara besahaja.

17. Rasulullah saw seorang pentadbir. Baginda saw menyusun barisan kepimpinan menurut

bidang, kemahiran, keupayaan dan kemampuan seseroang. Misalnya dalam bidang perniagaan

diserahkan kepada Saidina Abd Rahman Bin Auf, peperangan diserahkan kepada Khalid ibnu

Khalid, menghafal hadis kepada Abu Hurairah, bidang puisi kepada Hassan Bin Tsabit, utusan

atau perhubungan luar kepada Dihya Al Qalbi dan begitulah seterusnya dalam berbagai bidang

yang lain.

18. Rasulullah saw sangat gigih serta tabah. Misalnya ketika melakukan seruan di peringkat

awal, Rasulullah saw sangat mendapat tentangan hebat daripada Abu Lahab. Namun setiap

kali Rasulullah saw menganjurkan pertemuan untuk menyampaikan seruan, orang pertama

yang diajak oleh Baginda saw ialah Abu Lahab. Begitulah dilakukan berulang kali.

19. Rasulullah saw merupakan seorang yang sangat taat kepada Allah swt lahir dan batin.

Lahiriahnya sangat taat dengan mengikut syariat dari aspek yang sekecil-kecil hinggalah dalam

aspek yang besar dan utama. Batin juga sangat taat yakni dipenuhi oleh berbagai rasa takut

dan cinta kepada Allah swt. Hati Baginda saw dipenuhi dengan semua sifat-sifat mahmudah.

Page 8: peribadi rasulullah.docx

20. Baginda saw adalah seoarang yang sangat peka serta prihatin terhadap masyarakat

keliling. Misalnya ketika melalui satu lorong Baginda saw melihat seorang kanak-kanak yang

memencilkan diri dan hanya melihat sahaja kawan-kawan sebayanya sedang bermain.

Rasulullah saw menghampiri kanak-kanak yang memencilkan diri. Setelah ditanya kanak-kanak

itu menyatakan kesedihannya kerana ketiadaan ibu dan bapa seperti kanak-kanak lain. Lalu

Rasulullah saw membawa pulang serta memberi tahu kanak-kanak itu, “Mulai hari ini akulah

bapa kamu dan Aisyah adalah ibu kamu.” Kanak-kanak itu sangat gembira.

21. Rasulullah saw merupakan seorang pendamai. Salah satu peristiwa penting ialah berjaya

mendamaikan empat kabilah yang bersengketa kerana mendakwa paling layak serta berhak

mengangkat Hajarul Aswad ke tempat asalnya setelah dihanyutkan oleh banjir. Empat kabilah

itu terus menerus berseteru dengan alasan yang kecil seperti itu. Memang begitulah lazimnya

masyarakat jahiliyyah. Rasulullah saw telah diminta mengadili pertikaian tersebut. Rasulullah

saw telah membentangkan sehelai kain, kemudian Rasulullah saw sendiri yang meletakkan

Hajarul Aswad di tengah-tengah kain tersebut. Ketua setiap kabilah memegang setiap bucu

kain serta mengangkat Hajarul Aswad kembali ke Kaabah. Sekali lagi Rasulullah saw

menurunkan Hajarul Aswad dari atas kain. Semua empat orang ketua kabilah itu sangat

berpuas hati dengan keputusan Rasulullah saw itu.

22. Rasulullah saw sangat bersangka baik terutama kepada Allah swt. Contoh yang terkenal

ialah apabila Malaikat menawarkan khidmat untuk menghempap penduduk Thaif kerana

menentang Rasulullah saw dengan keras termasuk membaling batu. Rasulullah saw menolak

tawaran Malaikat itu sebaliknya mendoakan penduduk Thaif, “Allahummahdini kaumi fainnahum

la ya’lamun.” Maksudnya ‘Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka

adalah tidak mengetahui.’ Lantas menjelaskan kepada Malaikat, “Andainya bukan mereka, aku

mengharap zuriat mereka akan mengikut aku.”

23. Rasulullah saw merupakan pelindung kepada semua. Ketika tertegaknya negara Islam

pertama di Madinah Rasulullah saw telah menaungi dan menjadi pelindung kepada semua

penduduk Madinah tanpa mengira agama, bangsa, kaum, kabilah, keturunan dan etnik hatta

bangsa Yahudi. Rasulullah saw memberi layanan kepada semua dengan adil dan penuh

tanggungjawab. Secara khusus pula Rasulullah saw sangat melindungi para janda, orang

miskin dan anak yatim.

24. Rasulullah saw sangat mencintai golongan fakir miskin serta seringkali duduk-duduk

dengan golongan fakir miskin di mana saja.

Page 9: peribadi rasulullah.docx

25. Rasulullah saw bersikap mudah mesra terhadap siapa sahaja dan mudah pula dimesrai

oleh orang lain terhadap Baginda saw. Inilah salah satu ciri kasih sayang. Mudah mesra dan

mudah pula dimesrai itu ertinya berlaku dua hala antara diri Bagnda saw dengan orang lain.

26. Rasulullah saw memiliki wajah yang cantik serta menarik. Tidak ada satu juzuk dari fizikal

Rasulullah saw melainkan semuanya cantik dan menarik dilengkapi pula dengan akhlak mulia

yang membuatkan manusia melihatnya amat mudah tertambat hati.

27. Beraninya tiada tandingan. Rasulullah saw sanggup berjalan di hadapan musuh yang

mengepungnya seorang diri. Musuhnya tidak boleh berbuat apa-apa malah terpinga-pinga

sahaja. Sifat berani itu adalah manifestasi daripada keyakinan serta tawakkal kepada Allah swt.

Apa yang perlu kita ambil iktibar ialah perlunya memiliki sifat berani dalam menjalani kehidupan.

Kita jangan lupa iaitu demi mencapai kejayaan dalam aspek apa pun amat perlukan sifat berani.

Tidak semua orang memiliki sifat berani secara semula jadi melainkan sifat berani itu dapat

dibina melalui keyakinan dan tawakkal yang kental kepada Allah swt.

28. Rasulullah saw sangat rajin. Rasulullah saw juga membenci orang yang pemalas.

Rasulullah saw pernah memuji serta menganggap mulia apabila Baginda saw bersalam dengan

seorang petani yang tapak tangannya kasar. Kemuliaan orang itu adalah kerana bekerja

sebagai petani serta kasarnya tapak tangan kerana rajin bekerja. Rasulullah saw membenci

orang yang meminta-minta. Terdapat manusia yang bersifat rajin secara semula jadi tetapi amat

jarang terjadi. Namun sifat rajin dapat dibentuk melalui motivasi hingga setiap insan memiliki

cita-cita hidup yang tinggi. Mana-mana bangsa yang cita-cita dan matlamatnya adalah Allah swt

maka akan secara otomatik terbinalah sifat yang sangat rajin. Kalau dilihat kepada mana-mana

bangsa yang berjaya di dunia hari ini salah satu faktor tercapai kejayaan itu adalah kerana

mereka sangat rajin. Sifat rajin bukan warisan mana-mana bangsa. Demikian juga sifat malas

juga bukan warisan mana-mana bangsa. Ertinya Allah swt tidak menjadikan mana-mana

bangsa itu lebih rajin atau lebih malas berbanding bangsa lain. Rajin dan malas sangat

bergantung kepada cita-cita hidup sesuatu bangsa. Semakin tinggi cita-cita sesuatu bangsa

maka semakin besar dan kuatlah jiwa bangsa tersebut dan sekaligus semakin rajinlah bangsa

itu. Ini kerana mana-mana bangsa yang memiliki kekuatan jiwa akan lahirlah sifat-sifat lain iaitu:

1. Rajin.

2. Berani.

3. Sabar dan tabah.

Page 10: peribadi rasulullah.docx

4. Bertanggungjawab.

5. Berdisiplin.

6. Kreatif.

7. Gigih dan bersungguh-sungguh.

8. Sentiasa optimis.

9. Tahan uji.

10. Merasakan setiap masalah itu keuntungan.

29. Rasulullah saw seorang yang sangat memiliki sense of responsibility atau sangat

bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawab memang sangat dituntut kepada semua manusia.

Maka seringkali diulang-ulangkan gesaan kepada semua agar bertanggungjawab. Sering

kedengaran seruan seperti berikut, ‘Pemimpin hendaklah bertanggungjawab kepada rakyat, 

suami hendaklah bertanggungjawab kepada keluarga, pengurus dan pentadbir hendaklah

bertanggungjawab kepada organisasi serta anggota, guru hendaklah bertanggungjawab kepada

pelajar,  orang berharta hendaklah bertanggungjawab kepada yang memerlukan, pihak

keselamatan hendaklah bertanggungjawab kepada keamanan dan ketenteraman, pemandu

hendaklah bertanggungjawab ketika berada di jalan raya dan banyak lagi.’

Sebenarnya sifat bertanggungjawab tidak terjadi dengan sendiri. Sikap bertanggungjawab akan

terjadi bermula dengan adanya faktor lain. Demi memahami kedudukan ini mari kita fahami apa

yang diperkatakan oleh Saidina Umar Al Khattab kepada Khalifah Saidina Abu Bakar lantaran

Saidina Umar mahu meletakkan jawatan dari kedudukan beliau sebagai ketua hakim negara.

Kata Saidina Umar, ‘Tiada sebarang dakwaan yang dibawa ke muka pengadilan kerana mereka

semua telah bertaqwa, mereka telah menunaikan tanggungjawab, mereka bertolong bantu,

agama mereka adalah nasihat, kerja mereka adalah amar makruf dan nahi mungkar, yang

lemah dibela, yang tidak hadir dicari.’ Dalam jawapan Saidina Umar itu taqwa berada di tempat

pertama. Ini kerana orang bertaqwa sangat bertanggungjawab.

Kalau mahu melahirkan manusia yang bertanggungjawab hendaklah dibina taqwa dalam diri

masing-masing. Zaman ini kita menjadi letih dan penat dalam mengatasi berbagai masalah

termasuk tidak bertanggungjawab. Kita sogok dan suap berbagai teori namun kesannya amat

minima. Sedangkan taqwa bukan teori tetapi itulah rahsia untuk melahirkan manusia yang

Page 11: peribadi rasulullah.docx

benar-benar bertanggungjawab. Rasulullah saw adalah bapa taqwa. Dunia akan aman damai di

tangan orang bertaqwa. Ambil contoh kecil, suami pasti akan bertanggungjawab kepada

keluarga dengan adanya taqwa pada suami itu. Sekarang ini ramainya motivator, pendakwah,

pemikir, penulis yang bercakap mengenai rumahtangga, namun menurut perangkaan rasmi

dalam tahun 2009, purata setiap lima belas minit satu kes perceraian berlaku. Mengapa terjadi

demikian? Kerana pembinaan taqwa dalam diri anggota keluarga hampir-hampir tidak

diperkatakan secara jelas. Sedangkan taqwa adalah keutamaan Rasulullah saw yang

melahirkan insan berakhlak mulia termasuk bertanggungjawab.

30. Kasih sayang Baginda saw kepada semua orang sangat ketara. Allah swt mahu para

hamba-Nya lebih mengenali Allah swt dengan sifat pemurah dan pengasih. Sebab itu kalimah

‘basmalah’ yang paling banyak diungkapkan oleh para hamba-Nya. Dengan ketaranya sifat

kasih sayang Rasulullah saw itu membuatkan manusia tertarik hati kepada Baginda saw.

Melalui kasih sayang itu juga menjadikan manusia amat mudah jinak hati kepada Allah swt.

Semua manusia menyukai kasih sayang kerana ianya merupakan fitrah semula jadi manusia.

Malah kasih sayang merupakan hiburan yang utama kepada manusia. Manusia merasa

bahagia dengan adanya kasih sayang biarpun hidup dalam keadaan miskin. Tanpa kasih

sayang manusia akan menderita biarpun kaya raya betapalah kalau papa kedana. Kasih

sayang Baginda saw lebih ketara terhadap fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda.

Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya. Baginda saw membuka bajunya untuk

disebat sebagai pengganti kepada hamba sahaya itu. Sikap Baginda saw itu membuatkan tuan

kepada hamba sahaya itu menjadi malu. Lalu dimerdekakannya. Pernah Rasulullah saw

membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya.

31. Rasulullah saw adalah seorang penyelamat manusia terutamanya dalam aspek aqidah,

syariat serta akhlak manusia. Selamatkan aqidah, syariat dan akhlak manusia adalah

perjuangan Baginda saw dan sekaligus bertujuan untuk selamatkan manusia dunia dan akhirat.

Seluruh kehidupan Rasulullah saw adalah dicurahkan kepada perjuangan menyelamatkan

manusia. Dalam perjuangan itu Rasulullah saw terpaksa menanggung berbagai cabaran serta

kesengsaraan. Namun Baginda saw tetap sabar dan tabah demi keselamatan manusia.

Penyelamat juga merupakan salah satu ciri kasih sayang.

32. Rasulullah saw sangat bersifat pembela. Pembela di sini bermaksud memberi pembelaan

kepada agama Allah swt serta membela kehidupan manusia. Bagi mereka yang telah beriman,

apabila aspek kehidupan mereka dibela maka tidak terganggu dalam mentaati Allah swt. Bagi

Page 12: peribadi rasulullah.docx

mereka yang belum beriman maka inilah sifat perikemanusiaan Rasulullah saw dan sekaligus

dapat menambat hati mereka agar jinak kepada Allah swt.

33. Sifat pemurahnya Baginda saw tidak ada taranya. Rasulullah saw memberi sedekah lajunya

macam angin kencang. Tiada siapa yang boleh menandinginya.

34. Rasulullah saw merupakan seorang yang tidak pernah menghampakan orang yang

meminta, pasti akan dipenuhi permintaan orang yang meminta. Dalam keadaan Baginda saw

tidak memiliki apa-apa Rasulullah saw tetap memberi biarpun terpaksa berhutang buat

sementara.

35. Rasulullah saw sangat berhikmah. Pendekatan yang Baginda saw bawa kepada

masyarakat sangat menarik dan besahaja sesuai dengan sabda Baginda saw sendiri yang

bermaksud, “Bercakaplah sesuai dengan akal mereka.” Inilah salah satu pengertian hikmah

iaitu dalam berhadapan dengan masyarakat perlu disesuaikan dengan tahap akal mereka yang

berbeza-beza. Misalnya tentulah berbeza tahap akal orang desa dengan orang kota, berbeza

akal mereka yang belajar tinggi dengan yang hanya setakat sekolah rendah, berbeza akal

orang yang sekolah dengan yang langsung tidak bersekolah. Malah terdapat golongan yang

tidak perlukan sebarang kata-kata sebaliknya memadai dengan memperlihatkan contoh akhlak

yang mulia.

36. Andainya terdapat orang mengata dan menghina peribadi Rasulullah saw, Baginda saw

diam sahaja, tidak menjawabnya. Malah tidak pernah mencemuh, menghina atau mengutuk

kembali atau mendedahkan aib orang itu sekalipun terhadap musuhnya.

37. Rasulullah saw mengamalkan sikap seperti dalam sabda baginda saw sendiri yang

bermaksud, ‘Berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kamu.’ Sikap dan amalan

yang amat mulia ini sudah amat jarang dipraktikkan. Sepatutnya sekali orang berbuat baik

sepuluh kali kita membalas kebaikannya. Adakalanya menjadi terbalik bila mana terhadap

orang yang berbuat baik pun tidak dibalas dengan kebaikan. Misalnya sekali orang berbuat

baik, sepuluh kali kita balas dengan kejahatan. Sekali orang berbuat jahat sepuluh kali kita

balas dengan kejahatan. Sepatutnya sekali orang berbuat jahat kita balas sepuluh kali dengan

kebaikan. Ini dalam hal peribadi dan bukan berkaitan dengan agama dan maruah yang wajib

dibela. Menjadi dayus andainya tidak membela agama dan maruah yang dicabuli.

Page 13: peribadi rasulullah.docx

38. Rasulullah saw menyambut atau memberi reaksi kepada sesuatu kegembiraan tidak sampai

ketawa, hanya senyum sahaja. Kegembiraan juga hanya ketara dapat dilihat pada wajah

Baginda saw.

39. Rasulullah saw makan sedikit sekadar mengalas perut dan tidak sampai sendat perut

hingga menjadi mengah. Sendat perut selain menyebabkan malas dalam beribadah juga

menjadi punca kepada berbagai penyakit.

40. Rasulullah saw tidak pernah makan seorang diri sekalipun terlalu lapar. Paling tidak

Baginda saw akan mencari seorang sebagai teman untuk makan.

41. Rasulullah saw tidak mencerca makanan yang tidak disukai. Baginda saw hanya

meninggalkan saja makanan tersebut.

42. Makanan yang sering dimakan oleh Rasulullah saw ialah tamar, susu, madu dan daging.

Biarpun makan sedikit namun jenis makanan pilihan Baginda saw adalah sangat berkhasiat.

Inilah contoh terbaik dalam memilih makanan yakni makan sedikit sahaja tapi pilih yang banyak

manfaat atau memberi kebaikan kepada badan. Pilih makanan yang berkhasiat mendatangkan

kesihatan kepada badan.

43. Rasulullah saw sangat menyorok atau memendamkan atau menelan kemarahan. Kalau dia

marah terhadap seseorang, disembunyikannya, sehingga orang itu tidak tahu Baginda saw

sedang marah. Malah Rasulullah saw senyum sahaja melihat dua orang isteri Baginda saw

memperlihatkan rasa cemburu. Menyembunyikan kemarahan termasuk salah satu ciri

mengorbankan perasaan. Manakala mengorbankan perasaan merupakan salah satu ciri kasih

sayang. Dalam hidup bermasyarakat sangat perlu mengorbankan perasaan agar masyarakat

tidak tersinggung atau terguris hati. Andainya sikap begini dapat dilakukan oleh semua pihak

nescaya tenteramlah kehidupan bermasyarakat.

44. Rasulullah saw tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia. Baginda saw sanggup makan

dengan orang berkudis. Begitu halus perasaan Rasulullah saw terhadap manusia lain yang

semuanya makhluk ciptaan Allah swt. Terimalah hakikat bahawa kecacatan atau kekurangan

manusia lain itu bukan kehendak dari orang itu. Kalau demikian mengapa memandang jijik

kepada mereka yang cacat atau berpenyakit.

45. Rasulullah saw memiliki sifat sabar yang luar biasa. Ujian yang Allah swt timpakan kepada

Baginda saw berbagai-bagai bentuk serta tidak terhingga banyaknya, Baginda saw sabar dan

Page 14: peribadi rasulullah.docx

redha terutamanya dalam menghadapi ragam dan karenah musuh. Lantaran itu Allah swt beri

gelaran ‘Ulul Azmi’ kerana kesabaran yang tiada bandingannya. Malah Baginda saw adalah

ketua ‘Ulul Azmi’ di kalangan Rasul-Rasul.

46. Di tangan Rasulullah saw lahirlah ‘murid-murid’ yang luar biasa iaitu para Sahabat. Menurut

setengah pendapat jumlah Sahabat ialah 124 ribu. Wujudnya generasi Sahabat begitu ramai

tidak pernah berlaku dikalangan Rasul-Rasul sebelumnya. Semua sahabat-sahabat Baginda

saw masuk syurga. Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Allah swt kerana terlalu besar

serta banyaknya jasa mereka kepada manusia terutamanya kepada umat Islam. Agama Islam

sampai ke merata dunia serta bersambung hingga sepanjang zaman adalah jasa atau jariah

para Sahabat. Sahabat-sahabat itu laksana bintang-bintang di langit. Rasulullah saw pula

adalah bulan purnama. Allah swt sebut dalam Al Quran terhadap para Sahabat dengan kata-

kata, ‘Radhiallahu anhu.’

47. Hati Rasulullah saw tidak tidur sekalipun matanya tidur. Menunjukkan hatinya sentiasa jaga.

Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu’nya.

48. Rasulullah saw menghormati, meraikan dan melayan manusia sesuai dengan darjat dan

kedudukan setiap orang. Baginda saw melayan dan meraikan manusia sekalipun terhadap

orang kafir. Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk dijadikan tempat duduk tetamunya

kerana sangat menghormati tetamu. Sabda Rasulullah saw bermaksud, ‘Barangsiapa beriman

kepada Allah dan hari akhirat hendaklah menghormati tetamu.’ Keutamaan menghormati

tetamu hingga dikaitkan dengan keimanan kepada Allah swt dan hari akhirat.

49. Rasulullah saw tidak mengutuk dan melaknat makhluk Allah swt sekalipun binatang yang

melata, betapalah manusia. Ini sebagai tanda Baginda saw adalah seorang yang sangat halus

adabnya kepada Allah swt. Bagi mereka yang tidak beradab kepada Allah swt bukan sahaja

haiwan, terhadap manusia pun sering dikutuk. Rasulullah saw mengajarkan menjaga adab

kepada manusia hingga manusia itu mati. Bukan sahaja memuliakan jenazah orang Islam,

mayat orang bukan Islam pun turut dimuliakan selaku makhluk Allah swt. Sebab itu Rasulullah

saw berdiri ketika ada rombongan membawa mayat orang kafir

50. Rasulullah saw juga tidak pernah melakukan kesalahan sekalipun menyalahi utama. Ini

bermakna antara perkara yang utama dengan yang kurang utama Rasulullah saw tetap memilih

yang lebih utama.

Page 15: peribadi rasulullah.docx

51. Andainya Rasulullah saw melihat perempuan, mata ditundukkannya kerana sangat menjaga

syariat atau tidak mahu melakukan biarpun sekecil-kecil dosa. Apatah lagi melihat aurat

perempuan merupakan dosa sederhana. Kita orang awam perlu menghindari dosa kecil kerana

kalau dosa kecil itu di kumpulkan sedikit demi sedikit akhirnya menjadi dosa besar.

52. Rasulullah saw orang yang paling pemalu. Sifat malunya mengatasi sifat malu anak dara

yang paling pemalu. Sebab itu seumur hidup Baginda saw tidak pernah melihat kemaluannya

dan kemaluan isterinya. Kalau dia berjalan, tidak dibenarkan perempuan dihadapannya. Sifat

malu merupakan salah satu tanda kesempurnaan iman atau salah satu cabang iman yang

penting. Tanpa adanya sifat malu manusia akan berbuat apa saja kejahatan. Nu’man Bin Basyir

dipuji oleh Allah swt melalui Rasulullah saw kerana memiliki sifat pemalu dan lemah lembut.

Zaman ini para pelaku jenayah tidak merasa malu yang mana terpampang wajah mereka

dimedia, begitu pun tidak menginsafkan mereka serta tidak juga membuatkan orang lain

merasa malu dan mengambil iktibar.

53. Ibadah Rasulullah saw amat banyak, terutama di waktu malam. Hingga bengkak-bengkak

kakinya kerana terlalu lama berdiri menunaikan sembahyang malam. Banyaknya beribadah itu

sebagai tanda seorang hamba yang sangat bersyukur kepada Allah swt.

54. Rasulullah saw suka berkhidmat kepada isteri-isteri dan keluarga. Khidmat Baginda saw itu

bukan disuruh atau diminta oleh isteri-isteri Baginda saw. Tetapi Rasulullah saw melakukannya

dengan sukarela kerana mencari redha Tuhannya.

55. Rasulullah saw merupakan sebaik-baik suami. Tiada suami yang mampu berbuat baik

terhadap isteri-isteri setanding dengan Baginda saw.

56. Sifat tawadhu’ Rasulullah saw amat luar biasa. Baginda saw adalah kekasih Allah swt,

paling tinggi darjat, paling mulia, paling hampir kedudukannya dengan Allah swt namun sering

duduk bersama fakir miskin dan anak yatim. Juga sering berjalan-jalan di lorong Kota Madinah,

makan bersama dengan siapa saja, menjahit pakaian sendiri, menampal kasut sendiri,

memakai pakaian biasa dari jenis kasar dan berharga murah.

57. Rasulullah saw pernah berkhidmat dengan musuhnya. Satu cerita yang menyayat hati.

Seorang buta yang amat benci kepada Rasulullah saw. Orang buta itu meminta supaya dibawa

ke tempat yang jauh agar tidak lagi terdengar nama Muhammad sampai ke telinganya.

Rasulullah saw sendiri mendukung orang buta itu membawa ke sebuah gua dan memberi

khidmat tanpa memperkenalkan diri kepada orang buta tersebut. Rasulullah saw setiap hari

Page 16: peribadi rasulullah.docx

memandikan dan menyuapkan makanan kepada orang buta tersebut. Sambil itu Baginda saw

melayani berbual dengan lemah lembut dan penuh mesra. Hinggalah Baginda saw wafat,

khidmat disambung pula oleh Saidina Abu Bakar. Tapi dirasakan oleh orang buta itu ada

kelainan dari orang sebelumnya yang sangat lembut. Orang buta itu bertanya, ‘Kamu ni siapa?’

Saidina Abu Bakar berkata, ‘Aku Abu Bakar, pengganti orang sebelum ini yang telah

berkhidmat kepada kamu.’ Orang buta itu bertanya pula, ‘Siapa orang sebelum kamu yang

sangat lemah lembut dan sangat mesra, aku rindu kepada orang itu?’ Jawab Saidina Abu

Bakar, ‘Orang itu adalah Muhammad Rasulullah saw dan sudah wafat.’ Si buta itu amat terkejut

kerana yang berkhidmat kepadanya adalah orang yang paling dibenci. Kerana terkejut yang

amat sangat menyebabkan dia mati, tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat, Islamlah

dia.

58. Rasulullah saw sangat toleransi dan berlapang dada dalam perkara yang dibolehkan.

Sebab itu Rasulullah saw mengajak para Sahabat berbincang dan mendengar berbagai

pendapat sebelum menghadapi Perang Uhud. Ketika perang Ahzab atau juga dikenali sebagai

perang khandak Rasulullah saw menerima cadangan Salman Al Farisi untuk menggali parit di

keliling kota Madinah. Ketika timbul kejadian fitnah terhadap Saidatina Aisyah, Rasulullah saw

meminta pendapat Saidina Ali. Rasulullah saw meminta pandangan para Sahabat dalam

perkara yang tidak diwahyukan oleh Allah saw. Hinggalah akhirnya Rasulullah saw bersabda

bermaksud, ‘Berbeza pendapat di kalangan umatku itu satu rahmat’. Rahmat dalam berbeza

pendapat itu adalah dalam aspek yang dibolehkan berbeza dengan syarat semua pihak

menjaga ‘adabul khilaf’ yakni menjaga adab-adab dalam berbeza pendapat itu.

Malangnya kadang-kadang dalam perkara yang sepatutnya mendatangkan rahmat bertukar

menjadi bencana. Ini kerana tidak pandai menangani dalam perkara yang dibolehkan berbeza

pendapat. Perkara khilaf dalam ajaran Islam yang mendatangkan rahmat itu menggambarkan

betapa luasnya ajaran Islam serta memberi ruang dan kelonggaran yang memudahkan

penganutnya membuat pilihan. Contoh paling ketara ialah berbeza dalam pegangan mazhab

fiqah.

59. Rasulullah saw juga bersikap tegas. Kalau tidak difahami seolah-olah sikap tegas ini kontra

atau bertentangan dengan sikap toleransi. Demi memahami situasi itu kita terlebih dahulu perlu

memahami apa maksudnya tegas. Tegas bukan keras, bukan kasar, bukan bengis. Keras,

kasar dan bengis adalah sifat nafsu yang amat dilarang manakala tegas pula memang disuruh.

Tegas maksudnya berpegang teguh dengan prinsip terutama dalam soal kebenaran. Ini bererti

Page 17: peribadi rasulullah.docx

kita dituntut supaya tegas dalam aqidah, tegas dalam syariat, tegas dalam keyakinan dan lain-

lain. Sebab itu Rasulullah saw pernah berkata maksudnya, ‘Kalau Fatimah anakku mencuri

nescaya aku akan potong tangannya.’ Sikap tegas Baginda saw itu telah menjadi ikutan para

Sahabat. Misalnya apabila anak Saidina Umar Al Khattab disabitkan kesalahan berzina, Saidina

Umar sendiri yang menjalankan hukuman rejam ke atas anaknya. Sebab itu umat Islam juga

perlu memahami serta yakin tehadap ‘Maqasid Syariat’. Tujuan utama Allah swt datangkan

syariat adalah

1. Demi menjaga aqidah.

2. Demi menjaga nyawa.

3. Menjaga zuriat.

4. Menjaga harta.

5. Menjaga akal.

Musuh Islam serta mereka yang tidak faham menganggap ‘Maqasid Syariat’ ini sebagai keras.

Dasarnya memang tegas tetapi dalam pelaksanaannya amat toleransi tertakluk kepada kaedah-

kaedah yang telah ditetapkan dalam bab jinayat. Andainya kita memahami ‘Maqasid Syariat’ itu

nescaya tiada siapa yang akan    menolaknya malah akan merasakan betapa indahnya

ketetapan Allah swt kepada para hambanya.

‘Maqasid Syariat’ itu sebenarnya sangat serasi, selaras dan sesuai dengan fitrah semula jadi

setiap manusia. Selain itu ianya menjamin kesejahteraan, kedamaian dan keharmonian hidup

masyarakat sekaligus ianya bermaksud demi selamatkan manusia di akhirat yang kekal abadi

kelak. Di sini bukan bertujuan hendak membahaskan panjang lebar. Memadailah disebutkan di

sini, andainya manusia tidak rosak fitrahnya apakah ada manusia yang suka dan setuju

manusia rosak aqidah yang akan menjerumuskan seseorang itu kekal abadi di neraka. Apakah

ada manusia yang menyukai kejadian berbunuhan?

Apakah manusia suka dan setuju berlakunya penzinaan serta lahir ramainya anak haram yang

tidak diketahui siapa yang bertanggungjawab ke atas anak-anak zina tersebut. Sedangkan

haiwan kecuali khinzir sangat menjaga keturunan. Apakah ada manusia yang suka dan

bersetuju banyaknya pencuri     hingga sumber harta milik seseorang itu adalah haram? Apakah

ada manusia yang suka dan bersetuju ramainya manusia rosak akal kerana arak atau dadah

Page 18: peribadi rasulullah.docx

sehingga merosakkan maruah diri dan kemanusian itu sendiri selain     berleluasanya side

effect kepada kehidupan individu masyarakat dan negara?

60. Rasulullah saw bersahabat atau berkawan sangat setia juga sangat mengutamakan

sahabatnya. Bahkan sering berkhidmat kepada sahabatnya.

61. Rasulullah saw sangat adil kepada semua. Sifat adil adalah menghampiri kepada taqwa.

Setiap orang yang bergaul dengan Baginda saw akan dilayani hingga mereka akan merasa

berpuas hati dengannya. Setiap orang merasa dia dilayan dan dihormatinya walaupun di

kalangan berbagai-bagai peringkat serta kedudukan.

62. Rasulullah saw tidak akan makan sebelum lapar. Dan akan berhenti makan sebelum

kenyang. Yakni tidak seperti manusia biasa yang sudah amat jarang merasai lapar. Umat Islam

pun hanya kelaparan semasa berpuasa waktu siang, akan ditebus secara makan berganda di

waktu malam. Rasulullah saw menyebut dengan maksud, ‘Aku dapat bersyukur ketika

direzekikan makanan dan aku dapat bersabar ketika berlapar.’

63. Rasulullah saw tidak menyukai makan dengan banyak jenis lauknya. Bukankah sikap ini

amat berbeza dengan manusia biasa. Sebab itu manusia biasa kalau ada peluang lebih suka

makan di restoran hotel berbintang kerana menu restoran itu ada puluhan pilihan.

64. Rasulullah saw kalau menyukai sesuatu atau seseorang adalah kerana Allah swt. Demikian

juga kalau Baginda saw marah atau benci pun kerana Allah swt dan bukan kerana peribadinya

jauh sekali dari dorongan nafsu.

65. Rasulullah saw wafat, hampir-hampir tidak meninggalkan harta. Sedangkan Baginda saw

adalah pesuruh Allah swt, wakil Tuhan, kekasih Allah swt yang menguasai timur dan barat dan

menguasai alam lahir dan alam ghaib.

66. Rasulullah saw tidak meninggalkan sembahyang jemaah. Kecuali sekali saja di dalam

hidupnya, iaitu ketika sakit hingga membawa kepada wafatnya.

67. Makan minum Rasulullah saw bukan diusahakannya. Tetapi setiap kali hendak makan, ada

rezekinya. Tapi pengikutnya disuruh berusaha. Terutama yang ada keluarga.

68. Rasulullah saw tidak menerima upah, lebih-lebih lagi meminta upah di atas kerja, khidmat,

dakwah dan perjuangan Baginda saw.

Page 19: peribadi rasulullah.docx

69. Rasa takut kepada Allah swt jelas terlihat amat ketara di wajahnya. Rasulullah saw pernah

menyebut kepada para Sahabat maksudnya, ‘Andainya kamu tahu apa yang aku tahu nescaya

kamu akan banyak menangis berbanding ketawa.’

70. Rasulullah saw beristerikan Khadijah seorang janda kaya. Setelah Rasulullah saw

menerima harta yang diserahkan oleh Khadijah, Baginda saw korbankan kepada perjuangan.

71. Rasulullah saw, kalau dia berkawan, merupakan sebaik-baik kawan yang sangat setia serta

membela dan sanggup berkongsi susah dan senang.

72. Kalau Baginda saw dirumah merupakan sebaik-baik suami dan sebaik-baik bapa.

73. Dalam kepimpinan Rasulullah saw merupakan sebaik-baik pemimpin.

74. Rasulullah saw bercakap terutama mengenai aspek keimanan, lantang suaranya, tegang

urat merihnya. Bercakap bak mutiara yang sangat berkesan pada jiwa orang yang

mendengarnya.

75. Kalau Baginda saw berucap atau berpidato, tidak ada gelak ketawa manusia yang

mendengarnya. Ini kerana manusia yang mendengar menjadi insaf dibuatnya kerana Rasulullah

saw bercakap dari hatinya yang takutkan Tuhan.

76. Rasulullah saw bercakap singkat-singkat sahaja tetapi padat, tidak meleret. Tidak seperti

kebanyakan manusia. Percakapan pendek sahaja tetapi terhimpun berbagai-bagai ilmu di

dalamnya. Dikatakan oleh hadis ‘Jawamiul kalim’. Kata-katanya singkat tapi padat. Kata-

katanya singkat tapi maksudnya luas. Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa.

Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada. Masa terbuang begitu saja

sedangkan cakapnya tidak menggetarkan jiwa.

77. Rasulullah saw berjalan-jalan tidak membuang masa melainkan atas tugas dakwah,

perjuangan, ibadah dan ziarah.

78. Rasulullah saw juga tidak akan bercakap yang sia-sia, sekalipun tidak berdosa. Sabda

Rasulullah saw bermaksud, ‘Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah

berkata yang baik atau diam.’

79. Andainya terdapat sesuatu yang melucukan Rasulullah saw hanya senyum sahaja tidak

ketawa hingga berbunyi.

Page 20: peribadi rasulullah.docx

80. Rasulullah saw melahirkan kegembiraan bila kawan-kawannya gembira. Dia melahirkan

kesedihan diatas kesedihan kawan-kawannya.

81. Rasulullah saw mudah menangis kerana takutkan Tuhannya.

82. Rasulullah saw tahu Allah swt kasih kepadanya. Akhlaknya sungguh agung dan Tuhan

memujinya, bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa di kalangan manusia. Seolah-olah

Rasulullah saw tidak mendengar pujian dari Allah swt terhadap dirinya. Allah swt puji,

“Akhlaknya sungguh agung, tidak ada siapa yang boleh menandinginya.” Tetapi Rasulullah saw

tidak merasa bangga, Baginda saw tetap merasa hamba. Rasulullah saw tetap dapat

mengekalkan rasa takut kepada Tuhannya. Rasa kehambaan sentiasa di dalam hatinya. Malah

tidak pernah putus daripada perasaan kehambaan. Bagi Rasulullah saw itu adalah hak Allah

swt hendak memuji dirinya. Tetapi Baginda saw tetap merasa hamba kepada Tuhannya.

Tawadhu’ terhadap Tuhannya sentiasa ada dan sangat ketara.

83. Rasulullah saw berpakaian jubah dan serban. Warna yang di sukai kebanyakannya putih

dan hijau. Warna lain ada juga dipakainya, tapi sekali sekala.

84. Apabila bercakap perkara yang biasa, suara Rasulullah saw cukup-cukup dapat didengari

oleh orang yang hadir.

85. Rasulullah saw apabila berjalan badannya condong sedikit ke hadapan sebagai tanda

tawadhu kepada Allah swt. Juga tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali perlu.

86. Rasulullah saw sangat baik akhlaknya kepada istari-isteri Baginda saw.

87. Rasulullah saw sangat adil kepada setiap isteri-isteri Baginda saw. Namun demikian setiap

kali Rasulullah saw selesai menunaikan giliran kepada Isteri-isteri dengan adil, Rasulullah saw

akan menadah tangan berdoa kepada Allah swt lebih kurang begini, ‘Alhamdulillah, ya Allah,

aku telah menunaikan hak aku menurut kemampuan aku, andai ada apa-apa kekurangan

menurut pandangan-Mu, aku serahkan semua kepada-Mu.’ Melalui doa ini memperlihatkan

betapa tingginya rasa kehambaan Rasulullah saw kepada Allah swt. Ertinya dalam keadaan

Baginda saw menunaikan hak dengan sempurna, masih lagi merasa bimbang andainya ada

cacat cela. Sedangkan kita yang berbuat dalam keadaan yang penuh dengan cacat cela, masih

tidak merasa bimbang terhadap kelemahan tersebut.

88. Rasulullah saw merupakan ubat bagi segala penyakit terutamanya penyakit-penyakit hati.

Banyakkan berselawat dapat merawat penyakit lahir serta penawar kepada penyakit hati yang

Page 21: peribadi rasulullah.docx

berupa sifat-sifat mazmumah. Lebih-lebih lagi penyakit-penyakit hati akan sembuh andainya

mencintai serta menyalin peribadi Baginda saw.

89. Rasulullah saw merupakan anak kunci kebahagiaan dunia dan akhirat. Banyak berselawat

mendatangkan ketenangan dan kebahagiaan. Mencintai dan menyalin peribadi Baginda saw

akan menjadikan kehidupan mendapat bahagia dunia dan akhirat.

90.Rasulullah saw adalah cahaya bagi segala cahaya yang menyinari kehidupan manusia lahir

dan batin, dunia dan akhirat. Salin peribadi serta ikuti jejak kehidupan Baginda saw adalah

umpama mendapat cahaya kehidupan.

 

Demikianlah secara ringkas, serta menyeluruh tentang sifat peribadi contoh. Yang tidak disebut

di sini berusahalah untuk mempelajarinya. Di dalam sejarah Rasulullah saw lebih banyak lagi

disebut mengenai sifat-sifat Baginda saw. Selama ini ramai di kalangan umat Islam masih

samar-samar mengenai sifat-sifat peribadi Rasulullah saw atau mungkin selama ini disebut

secara umum sahaja. Setelah mengetahui sifat-sifat Rasulullah saw apa yang penting ialah

berusaha mencontohi, mengikuti dan menyalin sifat-sifat itu.

Mukjizat lahir dan batin banyak berlaku pada diri Rasulullah saw. Mukjizat paling besar serta

berlaku sepanjang zaman ialah Al-Quran dan Al-Hadis. Yang kekal sampai ke akhir zaman

untuk pengajaran dan panduan kepada manusia demi keselamatan manusia dunia dan

akhiratnya. Senarai sifat, sikap serta watak Rasulullah saw yang disebutkan di atas itu sudah

memadai bagi mereka yang tiada masa mengkajinya lebih mendalam dan meluas. Kalau

peribadi seseorang itu dapat menggambarkan salinan atau bayangan Rasulullah saw, orang itu

boleh menjadi ikutan manusia. Kalau dia seorang pemimpin, nescaya Tuhan memberkatinya. 

Sayangnya apa yang berlaku di akhir zaman ini, orang yang menceritakan mengenai sejarah

Rasulullah saw, dia melupakan diri. Mereka menceritakan dengan memuji Rasulullah saw, tapi

dirinya tidak terpuji seperti diri Rasulullah saw.

Hasilnya ialah percakapan yang banyak itu tidak memberi kesan kepda hati pendengar. Tanda

tidak berkesan ialah orang yang mendengar itu tidak berubah. Seseorang itu banyak bercakap

tetapi tidak menggambarkan sikap Rasulullah saw. Walaupun dia seorang pemimpin, orang

tidak suka mengikutnya. Lidahnya tidak masin. Dia berkata tidak mengotakannya. Malah orang

berani mengata, mencemuh dan mencerca di belakangnya. Kadang-kadang anak dan isterinya

turut tidak menghormatinya.

Page 22: peribadi rasulullah.docx

http://www.ikhwantoday.net/fokus/1005/