Peribahasa Bahasa Melayu

download Peribahasa Bahasa Melayu

of 9

Transcript of Peribahasa Bahasa Melayu

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu

    1/9

    Koleksi Peribahasa Melayu,

    Simpulan Bahasa Dan Maksud

    1. Dayung sudah di tangan, perahusudah di air

    Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudahdiperoleh.

    2. Yang lama dikelek, yang baharudidukung

    Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan disamping budaya hidup yang baru.

    3. Seperti lembu dicucuk hidung Maksud : Orang yang selalu menurutkemahuan orang

    4. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dekpanas

    Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatuyang tetap utuh.

    5. Bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

    6. Bulat air kerana pembetung, bulatmanusia kerana muafakat

    Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalammesyuarat.

    7. Bagai Aur Dengan Tebing Maksud : Hubungan yang rapat antara samasama yang lain dan saling membantu.

    8. Berat sama dipikul, ringan samadijinjing

    Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

    9. Bara yang digenggam biar sampaijadi arang

    Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukarhendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

    10. Hujan emas di negeri orang, hujanbatu di negeri sendiri, lebih baik di negerisendiri

    Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan dinegara orang, tetap negeri sendiri lebih baiklagi.

    11. Melentur buluh biarlah dari rebungnya Maksud : Mendidik anak biarlah sejak merekakecil lagi.

    12. Duduk sama rendah, berdiri samatinggi

    Maksud : Dua orang atau pihak yang samadarjat dalam adat

    13. Yang berat sama dipikul, yang ringan

    sama dijinjing

    Maksud : Bersama-sama menghadapi atau

    mengerjakan sesuatu.

    14. Kalau takut dilambung ombak, janganberumah di tepi pantai

    Maksud : Kalau takut berhadapan denganpenderitaan , lebih baik jangan melakukansesuatu yang susah

    15. Indah khabar daripada rupa Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkarayang dilebih-lebihkan.

    16. Hati gajah sama dilapah, hati kumansama dicecah

    Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

    17. Bukit sama didaki, lurah samadituruni

    Maksud : Perhubungan yang sangat akrab,senang susah bersama.

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu

    2/9

    Koleksi Peribahasa Melayu,

    Simpulan Bahasa Dan Maksud18. Kacang lupakan kulit Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau

    orang yang pernah menolongnya setelahmendapat kesenangan.

    19. Di mana bumi dipijak, di situ langitdijunjung

    Maksud : Menurut adat atau peraturan ditempat yang kita diami atau tinggal.

    20. Masuk kandang kambingmengembek, masuk kandang kerbaumenguak

    Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempatdan keadaan

    21. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji,pecah semua

    Maksud : kesilapan yang dilakukan olehseseorang menyebabkan orang lain yangmenerima akibatnya

    22. Kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalautak mahu berusaha dan bersusah payah

    23. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian

    Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untukmendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

    24. Yang bulat tidak datang menggolek,yang pipih tidak datang melayang

    Maksud : Sesuatu benda tidak akan datangtanpa usaha

    25. Untung anak lelaki cari-carikan,untung anak perempuan nanti-nantikan

    Maksud : orang lelaki yang merisik bakalisterinya.

    26. Bagai ikan pulang ke lubuk Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.b. Kehidupan yang senang.

    27. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukitMaksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

    28. Bak cendawan tumbuh selepas hujan Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

    29. Yang kita kejar tak dapat, yang kitakendong pula berciciran

    Maksud : Bernasib malang kerana setelahmemperoleh sesuatu, tetapi yang sudah ditangan hilang pula.

    30. Biar mati anak, jangan mati adat Maksud : orang yang kuat perpegang padaadat.

    31. Sediakan payung sebelum hujan Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapatsesuatu bencana

    32. Mencari Jalan Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatuperkara.

    33. Memerah Otak Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

    34. Berbesar Hati Maksud : Gembira.

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu

    3/9

    Koleksi Peribahasa Melayu,

    Simpulan Bahasa Dan Maksud

    35. Anak Buah Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawahjagaan kita.

    36. Tuan Rumah Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatuacara

    37. Batu Penghalang Maksud : Halangan

    38. Darah daging Anak dan saudara-mara daripada keturunansendiri.

    39. Meninggi diri Maksud : Sombong

    40. Bermuka Dua Maksud : Tidak jujur.

    41. Baik Hati Maksud : Bersikap baik dan penyayang (sukamenolong).

    42. Tulang Belakang Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

    43. Terang Hati Maksud : Lekas pandai.

    44. Rendah Hati Maksud : Tidak sombong

    45. Murah Hati Maksud : Pemurah.

    46. Tangan Kosong Maksud : Hampa.47. Lintah Darat Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan

    yang terlalu tinggi.

    48. Anak Dagang Maksud : Orang luar yang datang menetap disesuatu tempat

    49.Ibarat negeri berubah rasam; ibarattahun berubah musim.

    Orang yang tidak tetap kedudukannya.

    50. Ikan di hulu tuba di hilir. Perbuatan yang sia-sia

    51. Ikan lagi di laut, lada garam sudah disengkalan.

    Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasilyang belum lagi diperoleh

    52. Ikut hakim memiat daging:sakit diawak sakitlah orang.

    Sesuatu perintah hendaklah dilakukan denganadil.

    53. Intan dikalungkan di leher anjing.Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepadaorang yang tidak mahu atau bukan padatempatnya.

    54. Ingat ranting yang akan melenting,dahan yang akan mencocok, duri yang

    akan mengait.

    Hendaklah selalu beringat tentang segalabahaya dan rintangan ketika melakukan

    sesuatu pekerjaan.

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu

    4/9

    Koleksi Peribahasa Melayu,

    Simpulan Bahasa Dan Maksud55. Alah sabung, menang sorak. Ertinya:~ Biarpun kalah, tetapi masih tetap

    tinggi juga cakapnya.

    56. Satu dijentik, sepuluh rebah.Ertinya:~ Seorang yang dikata-katai sekalianyang mendengar ikut merasa.

    57. Anjing menyalak bukit, takkan runtuh. Ertinya:~ Orang baik yang dicela oleh orangjahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.

    58. Sigai dua segeragai. Ertinya:~ Perkara yang satu ada sangkut-pautnya dengan perkara yang lain.

    59. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak katadiulang-ulang.

    Ertinya:~ Nasihat yang baik perlu diulang-ulangmenyebutnya.

    60. Mengembalikan manikam ke dalamcembulnya.

    Ertinya:~ Memikirkan kembali apa-apa yangtelah terkatakan

    61. Seperti kaca terhempas ke batu. Ertinya:~ Hati yang hancur kerana dukacita.

    62. Kura-kura di dalam perahu, pura-puratidak tahu.

    Ertinya:~ Bertanya sesuatu yang sudahdiketahui.

    63. Kerana mulut badan binasa. Ertinya:~ Mendapat kecelakaan keranaperkataannya.

    64. Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisausudah ke tangan, kilat cermin sudah kemuka.

    Ertinya:~ Orang yang bijaksana denganmudah menangkap hujung kata atau kiasseseorang.

    65. Ada seperti tampaknya apung-apung. Ertinya:~ Barang yang dihajati telah ada tetapibelum tentu dapat diambil atau dipakai.

    67. Dalam menunduk dia menyonggeng.Ertinya:~ Lahirnya dia menerima dengan baik,tetapi hatinya sendiri membantah.

    68. Jauh boleh ditunjukkan, dekat bolehdikakukkan.

    Ertinya:~ Kebenaran sesuatu perkataan yangdiucapkan boleh diuji, kerana ada tanda danbuktinya.

    69. Air mata jatuh ke dalam. Ertinya:~ Berdukacita dengan diam-diam.

    70. Bagai haruan di dalam tuar. Ertinya:~ Tidak tetap keadaannya, kerana sakitatau susah

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu

    5/9

    Koleksi Peribahasa Melayu,

    Simpulan Bahasa Dan Maksud71. Dibuat kerana Allah, menjadi murkaAllah.

    Ertinya:~ Dilakukan dengan maksud baik, tetapiditerima orang dengan curiga.

    72. Dikulum menjadi manikam,

    dimuntahkan (= diludahkan) menjadisekam.

    Ertinya:~ Diam itu lebih baik daripada berkata-

    kata.

    73. Seekor kerbau membawa lumpur,semuanya terpalit.

    Ertinya:~ Seorang yang berbuat salah,semuanya terbawa-bawa.

    74. Berlurah di balik pendakian. Ertinya:~ Ada sesuatu maksud yangtersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan,perkataan dan sebagainya.

    75. Enggang apa kepada enggang; orangapa kepada orang.

    Ertinya:~ Memang mudah menyuruh berbuatbegini begitu, tetapi yang sukar ialah yang

    mengerjakannya.

    76. Dekat dapat ditunjal, jauh dapatditunjuk.

    Ertinya:~ Perkataan atau pengakuan yangdapat dibuktikan kebenarannya

    77. Bagai belacan dikerat dua: yang pergibusuk, yang tinggal hanyir.

    Ertinya:~ Perkara yang mendatangkan aibkepada kedua-dua belah pihak.

    78. Buangkan yang keruh, ambil yangjernih.

    Ertinya:~ Buang yang jahat ambil yang baik;memulai penghidupan yang baru.

    79. Seperti raja dengan menteri. Ertinya:~Seia-sekata dalam semua perkara

    80. Apa sakit berbini janda, anak tiri bolehdisuruh.

    Ertinya:~Alasan yang berlawanan denganmaksud yang sebenarnya.

    81. Dari telaga yang jernih, tak akanmengalir air yang keruh.

    Ertinya:~ Daripada sifat yang mulia, tak akanlahir budi bahasa yang kasar

    82. Laksana bunga dedap, sungguh

    merah berbau tidak.

    Ertinya:~ Orang yang elok dan tampan tetapiberbudi bahasa

    83. Elok basa 'kan bekal hidup, elok budibekal mati.

    Ertiny:~ Orang yang baik bahasanya jadikesayangan orang selagi hidup, sesudah matijadi kenang-kenangan

    84. Berhampar lapik, berlicin daun. Ertinya:~ Bermuafakat mencari penyelesaianyang baik dengan setulus-tulus hati, tidak adamenyembunyikan perasaan-perasaan yangburuk

    85. Batu pun empuk, jangankan hatimanusia.

    Ertinya:~ Perkataan yang lemak manis dapatmenawan hati yang keras.

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu

    6/9

    Koleksi Peribahasa Melayu,

    Simpulan Bahasa Dan Maksud86. Seperti anjing dengan kucing Ertinya digunakan untuk menggambarkan dua

    orang yang saling berkelahi bila berjumpasusah utk mereka berdamai

    87. Seperti ayam dengan itik Ertinya digunakan untuk menggambarkan duaorang yg mempunyai masalah berkomunikasi

    88. Melepaskan anjing tersepit, sudahlepas dia menggigit.

    Ertinya:~ Menolong orang yang tiada tahuberterima kasih

    89. Seberapa panjang sarung, begitulahpanjang matanya.

    Ertinya:~ Perangai (perkataan) yang baik ataujahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmuseseorang

    90. Umpama semut mempersembahkanpaha belalang kepada raja.

    Ertinya:~ Pemberian yang tidak ada ertinya.

    91. Ada beras, taruh dalam padi Ertinya:~ Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.

    92. Ada bukit, ada paya Ertinya:~ Ada baik, ada jahat; ada miskin, adakaya.

    93. Di mana bumi dipijak, di situ langitdijunjung

    Ertinya:~ Hendaklah menurut adat dan aturantempat yang kita diami.

    94. Kemana angin deras, kesitucondongnya

    Ertinya:~ Pendirian yang tidak tetap.

    95. Asal ada, kecil pun pada Ertinya:~ Kalau tak ada banyak, sedikit puncukup juga.

    96. Cencang dua segeragai Ertinya:~ Sekali jalan, dua tiga pekerjaanselesai.

    97. Dikati sama berat, diuji sama merah Ertinya:~ Pangkat atau kedudukan yang sama.

    98. Sampai bersalam, pulang berterajang Ertinya:~ Masuk ke negeri orang dengan namayang baik, tetapi pulang dengan nama yangjahat.

    99. Sayangkan kain, buangkan baju;sayangkan lain, buangkan aku

    Ertinya:~ Isteri yang mencari kekasih lain.

    100. Dikulum menjadi manikam,Dimuntahkan menjadi sekam

    Ertinya:~ Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

    101. Ada angin ada pohonnya. Ertinya:~ Segala yang terjadi ada sebab-

    sebabnya.

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu

    7/9

    Koleksi Peribahasa Melayu,

    Simpulan Bahasa Dan Maksud102. Luka di tangan nampak berdarah,luka di hati siapa tahu.

    Ertinya:~ Hanya diri orang itu sahaja yang tahuakan penderitaan atau kesedihannya.

    103. Berapa berat mata memandang,

    berat juga bahu memikul.

    Eritnya:~ Berapa susah kita melihat kesusahan

    orang lain, terlebih susah juga orang yangmenderita kesusahan itu.

    104. Seperti kain kasa di atas duri. Etinya:~ Suatu perkara yang terlalu sukarmenyelesaikannya; harus sabar dan hati-hati.

    105. Bibir saya bukan diretak panas. Ertinya:~ Kata-kata saya bukan sia-sia ataudusta.

    106. Buat di alang tahun, belayar di luarmusim.

    Ertinya:~ Melakukan sesuatu salah masa.

    107. Jangan tercicir di periuk Ertiny:~ Jangan membuat angkara di manakita menumpang.

    108. Bersihkan halaman sendiri dulu, barubersihkan halaman orang.

    Ertinya:~ Urus hal sendiri dahulu baru urus halorang

    109. Manusia tahan kias, binatang tahanpalu.

    Ertinya:~ Mengajar manusia dengan sindiranmanakala haiwan dengan pukulan.

    110. Serkap jarang Maksudnya; menuduh tampa usul periksaContoh: "Jangan pakai serkap jarang, siasat

    dahulu tuduhan awak itu." Kata Rahim kepadasaya

    111. Jaga mulut Maksudnya: Pelihara lidah; berhati-hati dalampercakapan

    Contoh: Dizaman Jepun dahulu sesiapa yangtidak jaga mulut akan ditangkap oleh pihakkempeitai.

    112. Periuk mengumpat belanga. Ertinya:~ Orang yang memburukkan orang lain,sedangkan ia sendiri pun buruk juga.

    113. Bercakap memandang-mandang,silap lidah jiwa hilang.

    Ertinya:~ Memperkatakan sesuatu hal oranglain hendaklah berhati-hati.

    114. Rantai besi dimakan bubuk. Ertinya:~ Cerita yang tak masuk di akal.

    115. Kalau kerbau sekawan dapatdikawali, manusia seorang tiada dapatdimaklumi.

    Ertinya:~Sangatlah sukar untuk menghadapimanusia kerana tiap-tiap orang berlainanpendapatnya.

    116. Tegang berjela-jela, kendurberdenting-denting.

    Ertinya:~ Pemerintahan yang baik ialah didalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak

    ada kerasnya.

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu

    8/9

    Koleksi Peribahasa Melayu,

    Simpulan Bahasa Dan Maksud117. Salah cotok melantingkan. Ertinya:~ Tiap-tiap pekerjaan hendaklah

    dilakukan dengan sewajarnya, yang salahhendaklah dibetulkan.

    118. Kalau asal benih yang baik, jatuh kelaut menjadi pulau.

    Ertinya:~Yang baik itu biar di mana puntempatnya akan tetap baik juga.

    119. Matahari tengah gerhana. Ertinya:~ Berwajah muram kerana dukacita.

    120. Rasa termengkelan di hati. Ertinya:~ Merasa musykil.

    121. Seperti memekik di tengah padangluas.

    Ertinya:~ Seruan yang tidak diendahkan orang.

    122. Seperti bunyi gong tertangkup. Ertinya:~ Kata-kata yang tidak jelas.

    123. Sebagai ayam diasak malam. Ertinya:~ Tidak ada daya upaya lagi.

    124. Biar, biar naik ke mata. Eritnya:~ Kecewa

    125. Seperti di atas titian. Ertinya:~ Dalam kebimbangan.

    126. Api padam puntung berasap. Ertinya:~ Perkara yang telah putus, tetapiditimbulkan kembali.

    127. Agak-agak bertutur malam hari. Ertinya:~ Mesti selalu beringat-ingat ketikamemperkatakan sesuatu.

    128. Orang itu empat gasal, lima genap. Ertinya:~ Orang yang suka berbantah danberlainan faham daripada orang banyak.

    129. Buruk muka cermin dibelah. Ertinya:~ Diri sendiri yang kurang pandai, oranglain yang disalahkan.

    130. Melentur biarlah waktu rebung. Ertinya:~ Mengajar anak-anak biarlah selagikecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dantidak dapat diajar lagi.

    131. Dikacak betis sudah bak betis,dikacak lengan sudah bak lengan. Ertinya:~ Orang yang menyangka dirinya telahcukup kuat (tentang wang atau akal) sehinggatidak perlu meminta bantuan daripada oranglain lagi.

    132. Hujan panas permainan hari, senangsusah permainan hidup.

    Ertinya:~Dalam hidup manusia ada kalanyasenang dan ada kalanya susah.

    133. Jangan menumbuk di periuk,bertanak di lesung.

    Ertinya:~ Jangan berbuat sesuatu pekerjaanyang menyalahi kebiasaan.

    134. Segigi tajam bertimbal, nak hujungpangkal menjelma.

    Ertinya:~ Orang yang mempunyai duapendirian.

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu

    9/9

    Koleksi Peribahasa Melayu,

    Simpulan Bahasa Dan Maksud135. Longgar sendat lapang bertukul. Ertinya:~ Hanya berpura-pura menerima

    sesuatu kebenaran tetapi sebenarnya tidak.

    136. Seperti kecek ular.

    .

    Ertinya:~ Menceritakan berlebih-lebihan

    daripada keadaan yang sebenarnya

    137. Silap cakap kena radak, hilang jiwapercuma saja.

    Ertinya:~ Memperkatakan sesuatu perkara(rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hatibenar, sebab buruk padahnya.

    138. Syarak yang mengata, adat yangmemaksa.

    Ertinya:~ Syarak dan adat tidak dapatdipisahkan

    139. Di mana tumbuh, di situ disiang. Ertinye:~ Jika terjadi suatu perkara atauperselisihan, hendaklah diperiksa dandiselesaikan di situ juga

    140. Mudah luka payah sembuhnya. Ertinya:~ Mencari perselisihan sangat mudah,tetapi mencari perdamaian sangat sukar.