PERIBAHASA MELAYU

1
Seperti katak di bawah tempurung - amat cetek/sedikit pengetahuannya Seperti embun di hujung rumput - Kasih sayang yang cepat hilang. Mencurah air ke daun keladi - Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati. Sudah jatuh di timpa tangga - Berturut-turut mendapat kesusahan. Orang mengantuk disorongkan bantal - Memperoleh apa yang diingininya. Seperti ayam berak kapur - Rupa pucat kerana menghidap penyakit. Nasi sudah menjadi bubur - Perkara yang sudah dilakukan, tak dapat diubah lagi. Indah khabar dari rupa - Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya Ada gula, ada semut - Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. Bagai harimau beranak muda - Orang perempuan yang terlalu bengis. Maksud peribahasa - peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa juga merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.

description

Bahasa Melayu

Transcript of PERIBAHASA MELAYU

Page 1: PERIBAHASA MELAYU

Seperti katak di bawah tempurung - amat cetek/sedikit pengetahuannya

Seperti embun di hujung rumput - Kasih sayang yang cepat hilang.

Mencurah air ke daun keladi - Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.

Sudah jatuh di timpa tangga - Berturut-turut mendapat kesusahan.

Orang mengantuk disorongkan bantal - Memperoleh apa yang diingininya.

Seperti ayam berak kapur - Rupa pucat kerana menghidap penyakit.

Nasi sudah menjadi bubur - Perkara yang sudah dilakukan, tak dapat diubah lagi.

Indah khabar dari rupa - Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya

Ada gula, ada semut - Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.

Bagai harimau beranak muda - Orang perempuan yang terlalu bengis.

Maksud peribahasa - peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa juga merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.