Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

48
Peribahasa Men 2 (Buku Jauhari)

description

Slaid Peribahasa Men 2E-Jauhari

Transcript of Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Page 1: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Peribahasa Men 2

(Buku Jauhari)

Page 2: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Cuba teka Peribahasa

Berdasarkan gambar dan pembayang yang diberikan, cuba kamu

teka peribahasa berikut.

Page 3: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

gendang tari

Page 4: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Bagaimana bunyi gendang, begitulah

tarinyaa.Bagaimana perintah, begitulah yang harus diturutib. bagaimana perbuatan/ perkataan demikianlah balas dan jawapannya

Page 5: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

bangau kerbau

Page 6: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Peribahasa:

Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang

kerbau jugaa. Walau ke mana juga kita pergi,

akhirnya akan balik ke negara asal juga

b. Walau berapa tinggi pangkatnya akhirnya hilang juga

Page 7: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

jagung padi

Page 8: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi

masakSementara menunggu apa

yang baik, lakukanlah kegiatan/perkara-perkara

yang berfaedah

Peribahasa:

Page 9: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

tepuksebelah tangan

Page 10: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Bertepuk sebelah tangan tidak akan

berbunyi

Sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang melakukannya

Page 11: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

cakap siang/malam

Page 12: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk

Page 13: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

carik-carik bulu ayam

Page 14: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula

Page 15: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

cubit paha

Page 16: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga

Penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarga yang lain

Page 17: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Bara api arang

Page 18: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Peribahasa:

Genggam bara api biar sampai jadi arang

Membuat sesuatu pekerjaan yang sukar atau susah hendaklah bersabar sehingga mencapai

kejayaan

Page 19: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

guruhtempaya

n

Page 20: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Harapkan (mendengar) guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan

Page 21: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

kayu berbuahmanusia berjasa

Page 22: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa

Seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain

Page 23: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

jauhari manikam

Page 24: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Jauhari juga yang mengenal manikam

Orang yang bijaksana jua yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang.

Page 25: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

benih laut

Page 26: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Peribahasa:

Jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

Orang yang mulia akan tetap mulia walau ke mana juga dia berada

Page 27: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

bukit lurah

Page 28: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Peribahasa:

Bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

Bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar

sama-sama dirasai

Page 29: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

kerbau manusia

Page 30: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Peribahasa:

Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya

Manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak

mungkir janji

Page 31: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

padang belalang

lubuk ikan

Page 32: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Peribahasa:

Lain padang lain belalangnya, dan lain lubuk

lain ikannya

Lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya

Page 33: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

laut bumi

Page 34: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa

hujan

Manusia tidak sunyi daripada melakukan

kesalahan dan kesilapan

Peribahasa:

Page 35: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

air bah pasir

Page 36: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Peribahasa:

Sekali air bah, sekali pasir berubah

Apabila bertukar ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun

berubah juga

Page 37: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari
Page 38: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Peribahasa:

Seperti buah padi, makin berisi makin rendah, jangan seperti

lalang, makin lama makin tinggi

Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri

(tidak sombong)

Page 39: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

ketam anak

Page 40: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Contoh

Children See Children Do

Page 41: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Peribahasa:

Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul

Tiada berguna menasihati orang lain, kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya

Page 42: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

tikus beras

Page 43: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Peribahasa:

Seperti tikus jatuh ke beras

a. Orang yang dapat kedudukan yang mewah

b. Seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu

menceritakannya kepada orang lain

Page 44: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

panas hujan

Page 45: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Tak lekang dek hujan, tak lapuk dek panas

Sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang

masa

Peribahasa:

Page 46: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

titik tumpah

Page 47: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari

Peribahasa:

Takut titik lalu tumpah

Hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian

besar

Page 48: Peribahasa Men_2E_Buku Jauhari